Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, July 31, 2005

Sejarah Makkah jadi korban Pembangunan

SETIAP tahun berjuta-juta orang dari segenap pelosok dunia akan mengunjungi Mekah dengan satu tujuan iaitu menunaikan haji yang juga menjadi salah satu rukun Islam kelima.

Selain menyerah diri kepada Allah semasa menunaikan haji, umat Islam juga pastinya mahu menikmati kesan-kesan sejarah yang ada di bumi Mekah, ibu kota kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, rasul yang terakhir.

Tetapi selepas masa berlalu dan kemajuan serta kemodenan dengan rancak dirancang, ada juga khabar yang kurang enak disebabkan oleh pembangunan khususnya di Mekah.

Di situ ia dikatakan bahawa beberapa tapak-tapak bersejarah, termasuk tapak kediaman Nabi Muhammad s.a.w diancam pembangunan hartanah.

Lebih buruk, mereka berpandangan tapak-tapak bersejarah itu sebagai `alat' menggalakkan pendewaan atau pemujaan.

Sami Angawi, seorang pakar dalam bidang seni reka bentuk Islam di rantau itu berkata, bangunan berusia 1,400 tahun bermula dari era awal kebangkitan Islam berisiko dimusnahkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan.

Ini termasuk projek yang mahukan menara tinggi dibina bagi membolehkan orang Islam yang datang berduyun-duyun menunaikan haji pada setiap tahun di kota suci Mekah itu ditempatkan.

"Kita kini sedang menyaksikan detik-detik terakhir hayat sejarah Mekah. Lapisan sejarah Mekah yang agung itu akan dimusnahkan oleh jentolak demi membina medan tempat letak kereta,"katanya.

Angawi menganggarkan bahawa sejak 50 tahun lalu, sekurang-kurangnya 300 bangunan bersejarah telah diruntuhkan di Mekah dan Madinah, sebuah lagi bandar suci yang menempatkan makam Rasulullah.

Mereka tidak membenarkan usaha-usaha pemuliharaan bangunan lama dilaksanakan, khususnya yang mempunyai kaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka bimbang jika orang Islam lain datang dan melihat bangunan-bangunan berkenaan sebagai tempat menyembah sekali gus menurut mereka mendorong kepada tindakan kufur dan mendewa-dewakan.

Institut Saudi yang berpangkalan di Washington dan menjadi kumpulan mengumpul maklumat bebas berkata, kebanyakan mercu tanda Arab Saudi diasaskan pada tahun 1932.

Ia menarik perhatian bahawa satu arahan dikeluarkan oleh ulama kanan majlis agama pada tahun 1994 yang menyebut, usaha memulihara bangunan-bangunan bersejarah akan membawa kepada kekufuran.

Sementara itu, Angawi, yang mengasaskan Pusat Kajian Haji pada tahun 1975 untuk mengkaji secara mendalam tentang kekayaan khazanah Mekah dan Madinah, mendakwa telah mengenal pasti tapak kediaman Nabi Muhammad.
Tetapi beliau enggan mendedahkan lokasi sebenar dengan alasan takut ia dimusnahkan seperti mana yang berlaku kepada Dar Al-Arqam - sekolah Islam pertama di mana Nabi Muhammad dikatakan mengajar.

Di London, Geoffrey King, pakar arkeologi dan seni Islam di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika berkata, nasib tapak-tapak bersejarah Islam di Arab Saudi sangat `menyedihkan'.

Pihak berkuasa agama gagal menghargai dan memberikan signifikan serta kepentingan bangunan-bangunan terbabit kepada Islam dan ulama di seluruh dunia, kata beliau.

King yang mengajar beberapa tahun di Arab Saudi menegaskan ramai pelajar generasi muda di negara itu bersetuju dengan pendapat beliau.

Dalam pada itu, mereka berkata, orang-orang Islam patut memberi tumpuan kepada Masjidilharam yang menempatkan Kaabah di dalamnya.

Firma-firma hartanah melihat permintaan secara besar-besaran untuk membina tempat penginapan bagi menampung lebih 20 juta jemaah yang dijangka mengunjungi bandar suci pada tahun akan datang.

"Infrastruktur pada masa ini tidak dapat menampung. Permintaan terhadap perkhidmatan hotel baru dan pangsapuri sangat mendesak," kata seorang pengarah sebuah syarikat hartanah yang enggan dikenali.

Beliau menganggarkan bahawa pemaju-pemaju membelanjakan kira-kira 50 bilion riyal (RM49.4 bilion) ke atas projek di bandar itu.

Kumpulan yang mendominasi projek berkenaan ialah Syarikat Pembangunan Jabal Omar.

Firma itu diberi tanggungjawab menyiapkan kawasan seluas 230,000 kaki persegi di mana ia bersambung dengan Masjidilharam.

Projek yang memakan masa selama tujuh tahun untuk disiapkan itu merangkumi beberapa bangunan yang menempatkan hotel, apartmen, kedai serta restoran.

Angawi berkata, pembangunan ini akan menyebabkan Masjidil Haram terpinggir selain barangkali menjadi tanda pengkormersialan keterlaluan.

"Mekah tidak sepatutnya diangkat sebagai sebuah bandar kepada korban pembangunan apabila ia adalah kota perlindungan. Rumah Allah dikomersialkan dan pembangunan ini direncanakan tanpa rasa hormat dan tidak masuk akal sama sekali."

Tetapi Syarikat Pembangunan Jabal Omar, firma yang bertanggungjawab dengan projek berkenaan berkata, ia perlu bagi menyuntik perubahan kepada Mekah.

"Ia bertujuan baik untuk pembangunan Mekah, selain memusnahkan lebih 1,000 rumah buruk dan daif di kawasan bukit yang ada di sekitar Masjidil Haram."

Firma itu berkata, kira-kira 70,000 penduduk daripada 29 warganegara berlainan biasa tinggal di tapak-tapak Jabal Omar sebelum mereka menjual dan berpindah ke kediaman yang lebih selesa di tempat lain.

Beberapa penduduk di kawasan berjiran juga kelihatan bersetuju dengan hasrat pemaju itu.

Ali Hussein,38, yang berasal dari Myanmar tinggal di rumah yang sangat padat dan buruk di kawasan berkenaan.

"Mereka yang pindah kini tinggal di rumah lebih baik," katanya.
"Kawasan ini tidak membangun. Kami berharap pelabur lain akan datang,"kata Amin Rafie, seorang penduduk tempatan.

Tambahnya, para penduduk mengharapkan tawaran pampasan yang baik atau dipindahkan ke kediaman yang lebih selesa di Arab Saudi.

Tetapi Angawi tidak yakin dengan motif pihak pemaju itu.

"Sememangnya kita perlu menampung jemaah baru setiap tahun, tetapi apakah kita perlu menempatkan mereka di menara atau bangunan pencakar langit? Kelihatannya, keuntungan menjadi perkiraan utama."

"Dalam hal ini, kita bertindak memusnahkan hubungan fizikal kepada masa lampau dan menukarkan agama serta sejarah kita kepada satu legenda," ujar beliau dengan nada kecewa. – Reuters

Sumber Artikel : Utusan Malaysia.

Nota Kaki
Apa pandangan anda mengenai isu ini? Baca dan renung-renungkanlah? Sedikit sebanyak diriku bersetuju dengan apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi sekarang ini.

Bagi mereka yang pernah berkunjung ke Tanah Suci mungkin ada diantara kita yang terfikir mereka ini dari mazhab atau aliran mana apabila melihat sesetengah gelagat jemaah-jemaah yang hadir.

Sejarah sebenarnya mengajar kita untuk menghadapi hari mendatang, tapi jika preservation sejarah menyebabkan timbulnya perkara-perkara yang bercanggah, ada baiknya usaha mengekalkan estatika sejarah dikaji semula.

Sebenarnya nilai sejarah Makkah tidak akan luput dek zaman, manusia akan sentiasa tahu sejarah Makkah, insyaAllah.

Masih runsing menunggu khabar dari sahabat, setiap kali sms dari dia ku terima hatiku terasa risau. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan urusan hambaMu itu. Ameeenn.
--------------------------------------------------------------
Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. ( Al-`Imran : 96 )

Terima kasih Pak Lah dan kerajaan.

Terasa sedih sangat tentang kenaikan harga minyak yang baru ini, naik 10 sen, banyak tu, baru sahaja ku rasa menulis perkara berkisar kenaikan harga minyak dua bulan yang lalu, kini harga minyak naik lagi.

Ku kira ini adalah pengagihan beban, beban kerajaan kepada beban rakyat, bukan aku nak menyalahkan seratus peratus, tapi setiap tindakan yang dilakukan perlu mengambil kira kepentingan rakyat.

Kita tidak mahu melihat perkara yang pernah berlaku di Indonesia turut berlaku di negara kita. Rakyat Indonesia pernah mengamuk kerana harga minyak mereka meningkat sehingga membebankan mereka.

Tatkala tambatan ringgit dihapuskan dan nilai ringgit semakin kukuh, dan ada sesetengah penganalisa ekonomi berpendapat nilai ringgit mungkin berkemampuan berada pada paras 2.60 per USD, walaupun pada pandangan ku agak mustahil sebenarnya, kita dikejutkan pula dengan kenaikan terbaru ini.

Tambatan yang dimansuhkan tempoh hari memberi sinar kepada rakyat Malaysia untuk melihat harga barangan, especially harga barangan runcit turun berikutan peningkatan nlai mata wang ringgit.

Kita berharap agar kenaikan ini tidak menaikkan harga barangan runcit, yang mana ku kira sukar untuk berlaku.

Nota kaki
Bonda seorang sahabatku sedang diuji dengan keadaan kurang sihat, diriku memohon kepada pembaca blog ku mendu’akan agar bonda sahabtku segera sembuh. Kepada sahabatku, perbanyakkan bersabar dan perbanyakkan du’a, yakinlah du’a seorang anak kepada orang tuanya amat mustajab. Ameeen …
--------------------------------------------------------------
Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman. (Taha : 111)

Saturday, July 30, 2005

Syeikh Abdul Kadir Mandeeli

Alhamdulillah ….
Nama Syeikh Abdul Kadir Mandeeli mungkin tidak biasa kita dengar di arena dakwah negara kita. Tidak ramai di antara kita yang mengenali nama beliau. Beliau merupakan satu-satunya anak melayu yang mendapat kebenaran untuk mengajar di dalam Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Teringat lagi ketika pertama kali menadah ilmu dari beliau, kagum sedikit diriku dibuatnya, anak melayu menyampaikan ilmu di bumi Makkah, di dalam Masjidil Haram. Semasa itu hanya berpeluang menghadiri dua kuliahnya sahaja.

Alhamdulillah, pada hari Khamis ( 28 July 2005) yang lalu berpeluang sekali lagi mengikuti kuliahnya, tapi kali ini di bumi Malaysia. Di Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara. Terima kasih kuucapkan kepada hamba Allah yang bertanggungjawab mengwar-warkan kehadiran beliau ke Malaysia.

Baru kutahu, Syeikh Abdul Kadir saban tahun akan pulang ke Malaysia. Sejak 1974 beliau menetap di Makkah dan mengajar pada orang-orang yang dahagakan ilmu, terutamanya jemaah-jemaah yang datang dari kepulauan Nusantara untuk mengerjakan ibadah umrah.

Dan insyaAllah, berkemungkinan besar beliau akan kembali ke tanahair pada bulan Syawal ini. Telo Kedah beliau masih tidak berubah, anak kelahiran Kedah ini cukup mengkagumkan den. Ilmunya, MasyaAllah, ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith begitu cair dimulutnya.

Kuliah dimulakan seusai solat Maghrib, masa berlalu begitu pantas sehingga jam 10 malam, rasa macam tak cukup masa menadah ilmu dari beliau. Kira-kira jam 10 beliau terpaksa memberhentikan kuliahnya selepas beliau menjawab pelbagai isu-isu yang ditanya oleh jemaah-jemaah yang hadir. Alhamdulillah the crowd juga ramai.

Mula-mula sampai tu terasa sedih juga sebab nengok crowd macam tak ramai, alih-alih bila dah start kuliah nengok belakang agak ramai juga, Alhamdulillah. Tapi ramai-ramai pon den ghasa tak sampai seratus orang kut yang hadir.

Banyak perkara yang dikongsi oleh beliau, dalam banyak-banyak nasihat yang diberikan beliau ada beberapa perkara yang ingin ku highlight secara ringkas dan kita fikirkan bersama.

Pertama; Mungkin ramai di antara kita sudah tahu metodologi dakwah, biarlah kalau kita berdakwah kita berlemah-lembut. Kalau kita baling sesuatu biarlah dengan benda yang lembut, jangan kita baling dengan benda yang keras, jika dibaling dengan benda yang keras ianya akan melantun kembali kepada kita. Umpama kita melontar sebiji batu yang keras pada dinding, pasti ia akan melantun balik, jika kita mlontar sebiji pisang pasti ianya akan melekat, jika tidak melekat semuanya pon ianya akan ada yang terlekat pada dinding.

Kedua; Jangan kecewa. Jika kita menyampaikan ilmu pada orang, dan jika orang itu tidak dapat menerima atau mendengar tapi enggan menerima dan mencerca ilmu yang kita sampaikan, apa yang patut kita buat adalah bersabar dan jangan melawan. Kita sebenarnya telah menjalankan tanggungjawab kita, taufiq dan hidayah adalah kurniaan Allah kepada hambaNya, jika DIA menghendaki sesuatu hijab itu terbebas dari seorang individu, nescaya perkara itu amat mudah bagiNya dan sekiranya DIA tidak menghendaki hijab itu kekal ianya juga amat mudah bagiNya.

Sebenarnya banyak perkara yang diutarakan oleh beliau, tidak dapat kukongsi semuanya di sini. Di sini diriku menyeru pembaca-pembaca blogku terutamanya diriku sendiri, jika ada kesempatan dan kita tahu ada tokoh-tokoh ilmuwan yang bercadang untuk mencurah ilmu, kita ringan-ringankanlah tulang-tulang kita untuk menadahnya. Di Malaysia masih ramai tokoh-tokoh agama, sama-samalah kita menadah ilmu dari mereka sebelum ilmu mereka tidak dapat kita tadah lagi.

Wallahu ‘alam ……

Jalan-jalan Alam Siber
Berjalan-jalan di alam siber ketemu dengan satu artikel yang agak menarik untuk kita baca. Pandangan Blair yang sebenarnya memerangkap dirinya dan sekutu-sekutunya sendiri.
Tiada dalih untuk Tony Blair
----------------------------------------------------------

“Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.“(Az-Zumar : 51)

Wednesday, July 27, 2005

It's about the Caliphate!!!!

This is an article that I got from one of the groups that I join. It was not a strange statement that is addressed by Mr. Blair. It shows us that the war against terrorism is not just a war against terrorism, it is much more than that.

It's the word that politicians dare not publicly mention for several decades in the hope it was dead and buried in 1924.

Yet the issue has now emerged explicitly such that it is impossible not to mention it. Earlier this year a CIA think tank predicted the re-emergence of the Caliphate by 2020. Then on Saturday 16th July 2005 Tony Blair made a speech where he gave his definition of what he thinks are the end aims of what he calls the 'evil ideology' of Islamic extremism.

'They demand the elimination of Israel; the withdrawal of all Westerners from Muslim countries, irrespective of the wishes of people and government; the establishment of effectively Taleban states and Sharia law in the Arab world en route to one caliphate of all Muslim nations.'

This has been the most open declaration so far that the War on Terror is a war to prevent the reestablishment of the Khilafah (the Caliphate). Hitherto, there has only been deceptive language about terrorism, WMD, and 'talebanisation'.

Yet he deceives the public because he will not say, and perhaps he has shut his mind to the fact, that the Caliphate is not simply the desire and aspiration of jihadi groups. Ask a Muslim who follows a Sufi Tareeqa if he or she wants to see the re-emergence of Khilafah Rashida and you may see tears of hope in their eyes. Muslims from the so called conservative brands of Islam in the Arabian Peninsula to the 'tiger economy' regions of Malaysia & Indonesia dream of the return of Khilafah. To reject this fact is to deny the obvious. Most, simply pray for its return; some try to work for it through existing systems; a small number think that fighting the existing oppressive rule is the way to see it established. But the largest group internationally works by non-violent political work to change the existing system via thought and opinion.

We ask all Muslims to express their positive views for Khilafah to all the people they meet so that a false impression does not get presented to the wider society that somehow Khilafah Rashida is associated with the negative stereotypes Blair hopes to associate with it. To desire Khilafah is not backward, extremist or terrorist.

It is the legitimate aspiration of the Muslim world for its own governance, sadly denied and obstructed by western governments and the puppet regimes they create and support. Many non Muslims are beginning to realise the injustice of their own government's foreign policy and we can lead the way in articulating clearer arguments.

It is not just about Palestine or Iraq, it is about the right of the Muslim world to govern itself in the way it wants, in a desire to please Allah. We pray all people must send a vocal message to Western colonial governments that their efforts to prevent this will only perpetuate misery, instability and insecurity in the whole world.
--------------------------------------------------------------
“Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang yang kafir menurut perkara yang salah, dan sesungguhnya orang-orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing."(Muhammad : 3)

Mahathir oh Mahaleel

Seperti yang kujangka, keputusan BOD Proton untuk tidak mempebahuri kontrak Tg Mahaleel akan membuat Dr. M sedikit melenting.

Lihat sahajalah pada sidang akhbar semalam, memalukan, beliau tidak dapat menyorokkan rasa marahnya dihadapan para pemberita.

Sebenarnya diriku tidak marah akan Mahathir dalam isu mempertahankan kepentingan Proton, sewajarnya dia mempertahankan Proton kerana di Proton terdapat banyak kepentingan, bukan hanya kepada beliau tetapi juga kepada mereka yang terlibat dengan Proton, tapi yang menjadi kemusykilan den adalah kelantangan beliau mempertahankan Mahaleel. Kenapa harus dipertahankan sangat si Mahaleel tu?

Sibuk dikatakan Mahaleel bagus. Kenapa seorang yang baik dalam menjalankan tanggungjawab harus diberhentikan? Itulah antara kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh dr. M suatu ketika dahulu ketika ura-ura Mahaleel akan dipecat oleh BOD.

Kayu pengukur kebolehan Mahaleel yang disandarkan oleh dr M ialah kebolehan Mahaleel membina kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim. Membina sebuah kilang tanpa bantuan kerajaan, itulah sebabnya kenapa dia bangga dan berterima kasih dengan Mahaleel yang meneruskan kesinambungan dr M dalam Proton yang beliau usahakan 20 tahun lepas.

Tapi sebenarnya apa yang orang luar tahu tentang kilang di Tanjung Malim, apakah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh warga Proton dalam usaha membina sebuah kilang yang serba canggih dan hampir keseluruhannya menggunakan kaedah automasi dalam pengeluarannya? Tahukah anda kilang Proton di Tanjung Malim hanya menggunakan 30% hingga 40% sahaja kemampuan sebenarnya dari segi pengeluaran?

Sebenarnya kilang Tg Malim tidak perlu dibina, kapasiti pengeluaran di Shah Alam sebenarnya sudah mencukupi. Jangan kita ikut gergasi automatif lain di dunia, mereka berani membina kilang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya selepas hanya 10, 15 atau 20 tahun beroperasi. Tapi apa yang perlu kita lihat dan ikuti adalah bagaimana mereka memasarkan produk mereka dengan efektif di dunia. Jika kereta sudah menembusi pasaran dunia dan mampu bersaing dengan kereta dunia barulah wajar kiranya membina kilang kedua yang kapasitinya lebih besar bersesuaian dengan permintaan.

Percaya atau tidak nak mencapai breakeven dalam tempoh 10 atau 15 tahun pon belom mampu untuk kilang di Tg Malim. Ini semua perkiraan mudah, simple calculation, takkan itu pon bekas CEO Proton tak bulih fikir?

Kenyataan dr M yang paling menyedihkan dan memalukan semalam ada dua yang sempat kudengar.

Yang pertama, kalau Nissan bulih dikuasai oleh kuasa asing kenapa Proton tidak? Biarlah mereka yang berkebolehan dan yang ada brain menyusun dan merangka perjalanan sebuah syarikat. PM asing pon bulih mentadbir negara jika dia ada brain. Sedihkan, kenyataan macam tu bulih keluar dari mantan PM yang kononnya satu ketika dulu memperjuangkan bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Ada ke dia mahu orang luar mentadbir negara.

Dan yang kedua, diriku rasa tidak wajar dr M mengetengahkan kedudukan kewangan kerajaan, ini semua akan menggusar rakyat Malaysia, ada ke patut dia kata kerajaan Malaysia tiada duit buat masa ni. Jika ada kebenaran pon dengan apa yang dikatakan, adakah tindakan itu suatu tindakan yang wajar? Bagi diriku ia adalah suatu tindakan tidak wajar sama sekali, ianya akan memberi kesan kepada pelabur-pelabur.

Dr. M kesian melihat Mahaleel yang mana pada klaus baru kontraknya tidak terdapat tanda-tanda kenaikan pada kontrak barunya. Hai dr M, si Mahaleel tu gajinya dah lah berlipat kali ganda banyaknya dari operator-operator di Proton. Takkan lah Mahaleel tak bulih consider untuk berkorban demi syarikat, jika orang lain tiada bonus kenapa hang plak nak demand kenaikan yang tidak dipersetujui oleh BOD.

Satu sahajalah yang bulih den katakana pada Mahaleel, kalau orang dah tak nak kita, undur la, don’t create a mess, don’t make other people feel uncomfortable with your existence and if u are not happy with the clause leave it and don’t ever create a national controversy.

Lagi bacaan mengenai isu Proton.
1. Berita Harian - Dr Mahathir perjelas isu AP, Proton
2. Utusan - `Saya mahu berbakti kepada Proton'
3. Utusan - `Kenyataan Rafidah tidak benar' -- Kerap berubah beri penjelasan soal AP tanpa asas kukuh - Mahathir
4. Bernama - FULL TEXT OF THE STATEMENT ISSUED BY FORMER PRIME MINISTER TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
5.Jeff Ooi - Vintage Mahathir

Dan pembacaan mengenai isu ini juga dikupas oleh Jeff Ooi di Screenshotsnya .....

Sekadar mencoret di malam hari.
2300 – 26 July 2005
--------------------------------------------------------------
(Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman): "Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu".(Az-Zukhruf : 78)

Tuesday, July 26, 2005

Rahamah Kassan

Rahamah Kassan, 70 tahun. Mungkin nama ini kita tak pernah dengar pon sebelum ini, tetapi secara peribadinya diriku kagum dengan apa yang dilakukan oleh beliau.

Bagiku usaha beliau wajar dikagumi. Beliau telah mendermakan wang sejumlah RM18,000.00 untuk Program Tabung Bersamamu. Dari mana sumber kewangannya, beliau mengeluarkan duit simpanan Tabung Haji nya untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan. Dalam erti kata lain orang-orang yang lebih memerlukan darinya.

Bagi diriku inilah insan yang bersyukur, walaupon sesungguhnya kita tidak berupaya mengukur tali kesyukuran seorang hamba Allah itu, tapi bagi diriku yang mengukur mengikut ukuran ku sendiri yang pastinya masih banyak kekurangan melihat beliau tergolong dari golongan orang yang bersyukur dengan nikmat Allah.

Beliau melihat golongan yang dibawahnya, lantaran melihat orang yang lebih susah darinya timbul rasa untuk bersedekah. Itulah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, kita disarankan selalu melihat orang yang dibawah, jika kita senantiasa melihat orang yang di atas kita tidak pernah akan rasa cukup dengan apa yang kita miliki. Jika kita sentiasa melihat orang yang di atas nescaya sifat qanaah dalam diri kita akan beransur-ansur hilang.

Teringat satu kisah yang pernah didengar dari Ust Dasuki suatu ketika dahulu, seorang wanita menghulurkan beliau RM10,000.00 untuk diinfaqkan, pada perkiraan Ust Dasuki mungkin hamba Allah ini merupakan seorang yang berada atau kukuh kedudukan kewangannya.

Tapi alangkah terkejutnya beliau apabila melihat hamba Allah itu hanya memandu sebuah Kancil ketika menghantarnya ke kereta. Subhanallah .. Maha Suci Allah, sesungguhnya orang-orang ini adalah orang-orang yang nampak akan janji-janji Allah. Mereka dapat merasakan kemanisan menyumbang untuk kebaikan ummah dan juga kebaikan mereka di alam sana, alam kekal abadi . Itulah antara kata-kata yang keluar dari Ust Dasuki tatkala memberi tazkirah suatu ketika dahulu.

Kita selak lembaran kitab suci Al-Quran, kita selak satu persatu tafsirannya mahupun terjemahannya, atau kita periksa di laman-laman web yang mempunyai translasi Al-Quran, berapa banyak wahyu yang menyaran agar kita bersedekah. Kita selak pula kitab-kitab Hadith, terlalu banyak saranan untuk kita bersedekah dan membantu orang.

Islam ditauti dengan rasa kasih-sayang sesama insan, dengan rasa kasih-sayang inilah yang akan membuat seseorang tidak sampai hati untuk melihat orang lain dalam kesusahan.

Dikesempatan ini diriku mengambil peluang untuk menyeru terutama diriku sendiri dan juga blogger-blogger serta pembaca-pembaca blogku yang lain agar sama-samalah kita menyumbang untuk membantu meringankan beban mereka, tidak perlu kepada kita menyumbang sehingga RM10, 000.00 sumbang lah sebulan RM2 pon jadilah jika tidak mampu untuk lebih, apa yang penting adalah keikhlasan, sama-samalah kita rajin-rajin menghulurkan bantuan.

Bila ke masjid, letakkan lah apa yang termampu, Amalan yang sudah menjadi rutin insyaAllah kita akan terbiasa. Percayalah tiada apa-apa kerugian jika kita berderma.

Wallahu ‘alam.
--------------------------------------------------------------
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu) , maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.“( Al-Baqarah : 271 )

Saturday, July 23, 2005

Khinzirophobia, arak dan judi halal!!!!

Bulan Julai ini majalah Milenia Muslim memuatkan pelbagai artikel yang menarik untuk dibaca bagi santapan ruhi secara santai. Sememangnya tulisan Ust. Maszlee Malik antara tulisan yang sukaku baca, tidak kiralah di majalah apa pon. Seperti juga tulisan Ust Pahrol Md Joui.

Kali ini berpeluang berkongsi artikel Ust. Maszlee Malik yang beliau coretkan dalam Majalah Milenia Muslim. Kalau bulan nie gagal mendapatkan majalah ini, di bulan-bulan depan carilah majalah ini. Pengisiannya insyaAllah berfaedah, jika tidak banyak sedikit pon jadilah, insyaAllah dari sedikit akan timbul minat yang lebih mendalam untuk mengetahui sesuatu perkara. Berikut adalah artikel yang ditulis oleh Ust Maszlee Malik.

Respons masyarakat Malaysia dalam isu sosej yang berkantungkan usus menunjukkan rakyat Malaysia masih lagi bernyawa dan masih lagi peka terhadap isu halal dan haram berkaitan dengan makanan. Jika tidak dalam semua aspek pon, sekurang-kurangnya dalam isu babi.

Sayangnya khinzirophobia yang dihidapi masyarakat Malaysia hanya tertumpu untuk babi sahaja. Pada majority rakyat Malaysia, memakan babi adalah sesuatu yang haram. Sesiapa yang telah melakukannya telah melakukan dosa yang paling besar dalam syariat Melayu. Sesiapa yang makan babi walaupon secara tidak sengaja, dia harus beristighfar, bertaubat, bersuci dari kotoran luaran dan dalaman.

Pendek kata, babilah kemuncak tertingginya haram sesuatu perkara. Babi juga benda yang paling haram dan najis di dalam dunia ini menurut syariat Melayu. Jangan sekali-kali sebut nama babi, pasti sahaja ada umat Islam Melayu yang akan termuntah walaupon di kala itu sedang menonton ‘filem biru’.

Tiada salahnya khinzirophobia kerana Allah telah mengharamkan umat Islam daripada memakan daging babi di dalam ayat ke lima Surah Al-Maidah. Tiada salahnya juga merasa jijik terhadap tabiat babi yang hidupnya yang penuh dengan 1001 jenis kuman dan penyakit seperti yang telah dibuktikan dengan penemuan-penemuan sains terkini. Tiada salahnya semua itu, yang salahnya ialah kebanyakan Muslim Malaysia tidak merasakan ada perkara yang lebih haram daripada babi itu sebagai haram. Malah ianya dianggap biasa dan juga di dalam banyak keadaan dianggap sebagai sebahagian daripada kehidupan.

Arak yang halal
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, bertenung nasib dan jga berhala-berhala merupakan amalan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya senoga kamu berjaya (dunia dan akhirat).” (Al-Maidah:90)

Di dalam ayat lain pula, “Dan mereka bertanyakan kamu (Muhammad) perihal arak dan judi. Katakan kepada mereka, pada kedua-duanya kebaikan dan dosa, dan dosanya lebih banyak daripada kebaikan.” (Al-Baqarah:219)

Ummu Salamah isteri Rasulullah SAW dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud, juga mengatakan “Rasulullah SAW telah mencegah daripada meminum semua minuman yang memabukkan dan melemahkan fikiran.”

Himpunan dalil ini telah cukup menunjukkan kepada kita bahawa arak adalah jelas haram. Malah ulama telah berijmak tentang keharamannya dari dulu, kini dan selamanya. Tidak pernah timbul di mana-mana zaman, mana-mana mujtahid mengatakan arak adalah halal. Lebih parah lagi Rasulullah SAW menggelakan arak sebagai “Umm Khabaith,” yakni ibu segala maksiat.

Arak juga telah disepekati oleh para ulama sebagai salah satu dosa-dosa besar yang akan menghumbankan peminumnya, pembuatnya dan sesiapa yang terlibat dengannya ke dalam api neraka.

Tidak hairanlah dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak; “Pemerahnya(atau pengusahanya), orang yang menyuruh memerahnya, peminumnya, pemberi munum, orang yang membawa minumnya(termasuklah pemandu-pemandu lori arak), orang-orang yang menyuruh membawanya. Penjualnya, pembelinya dan juga orang yang mengambil keuntungan dari jualannya.”(HR Tirmidzi).

Sayang sekali di Malaysia, arak bukanlah sesuatu yang haram lagi najis. Cuba sebut arak, tidak akan ada orang yang terasa hendak muntah. Cuba lihat tin-tin arak dan botol-botol arak yang dijual di kedai-kedai runcit, stesen-stesen minyak dan juga hypermarket. Tidak ada sesiapa pon yang merasa jijik, geli dan haram berbanding isu babi. Bukankah ini menunjukkan arak itu halal menurut syariat Islam Melayu versi Malaysia.

Jika kita mendengar seseorang meminum arak, itu biasa …. kata segelintir orang ramai. Jika kita tahu seorang pemimpin itu minum arak … itu perkara biasa. Jika kita dengar para peniaga dan ahli korporat minum arak …. itu juga biasa, ini kata segelintir orang ramai. Jika kita lihat ahli sukan meminum arak, juga segelintir masyarakat mengatakan itu perkara biasa. Jika kita lihat artis meminum arak, itu juga perkara biasa kata segelintir masyarakat. Di atas kapal terbang MAS milik negara Islam Hadhari Malaysia, arak dihidangkan, para pramugari Melayu Islam yang comel lote menawarkan arak, menuangkan arak dan juga menghidangkan arak … itu juga perkara biasa kata segelintir masyarakat.

Lebih menarik lagi, jika ada orang-orang Islam yang minum arak, bekerja ditempat yang dihidangkan arak ataupun menjadi penghibur di premis yang menjual arak..itu adalah satu kemulian. Mana tidaknya, jika ada pihak yang menagkapnya dan menahannya kerena berkelakuan sedemikian yang bertentangan dengan undang-undang agama Islam kerajaan negeri dan juga moral. Pihak media, ahli politik, para peguam dan beratus-ratus manusia lain akan membela mereka dan meletakkan pihak berkuasa agama di kandang pesalah. Bukankah itu dalil yang paling jitu menunjukkan arak adalah halal di Malaysia.

Menurut kajian salah sebuah NGO pengguna di Malaysia, industri arak samsu yang dihasilkan de dalam pasaran tempatan sahaja telah mencapai pengeluaran sebanyak RM180 juta setahun. Dan dari segi pengambilan pula, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM500 juta setahun untuk membeli arak. Keadaan yang memberangsangkan inimenjadikan Carlsberg AS di Denmark melihat Malaysia sebagai pasaran yang enting dalam penjualan arak mereka. Hebat sungguh Malaysia kita ini.

Bukti yang jelas lagi menunjukkan arak menjadi satu yang halal di Negara kita pada hari ini ialah melatanya iklan-iklan yang mempunyai unsur arak.

Ini amat memalukan kerana dengan terang-terang menjatuhkan imej Malaysia sebadai satu-satunya negara di dunia yang mengaku sebagai negara Islam. Malah lebih dari itu model negara Islam kepada negara-negara OIC yang lain. Adakah ini model “Hadhari” yang ingin kita daulatkan?

Yang pastinya, arak tidak mendapat tempat yang hina seperti hinanya babi di kaca mata rakyat Malaysia yang beragama Islam, terutamanya di kalangan para birokratnya.
--------------------------------------------------------------
“Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya."(Al-Hijr : 19)

Wednesday, July 20, 2005

Tipu harga tiba elak cukai kastam

Alhamdulillah hari kesakitan pada gusiku telah beransur reda sedikit, terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat dan juga adikku yang bersimpati dengan nasibku. Ada yang menghantar YM dan ada juga thro’ SMS dan ada juga thro’ email, syukran jazeelan sahabat-sahabatku.

Alhamdulillah, kiriman ke Oz telah selamat tiba, risau juga kalau-kalau tak sampai, maklumlah kali nie den lotakkan setemnya dibelakang, sbb setemnya sedikit cantik, siap akak kek pos ofis tu cakap nie orang Oz mesti suko dapek setem yang macam nie, adik jangan kupilkan dia satu persatu, adik tampalkan semuanya sekali di belakang envelope. Itulah antara kata-kata akak dipejabat pos yang berurusan denganku ketika proses penghantaran.

Untuk sahabatku di Oz, nanti den jawab email hang, nie pon menulis secara offline, bila ada peluang online malam karang insyaAllah baru upload posting nie.

Hari nie sebenarnya hendak mengpaste satu berita yang terdapat di dalam akhbar Utusan hari ini, bukan isu Rafidah menangis yer, tak do maso den nak ulas isu Rafidah menangis, dan secara jujurnya den ghaso dio dah lamo sangat di atas, bukan den nak suruh dio tinggalkan dunia politik, tapi den ghaso ado paedahnya diberi peluang kepada muka baru.

Antara menteri di kabinet yang palingku kenal sejak kecil adalah Rafidah dan Pak Samy Vellu. Rafidah dek kerana dia seorang wanita yang lama di Kabinet dan si Samy Vellu adalah dek kerana pemimpin India yang paling lama. Dari kecik sampai den bosar muko dua orang nie duk ado di kabinet, samolah kesnya dengan si Mat Isa yang baru-baru nie didapati bersalah. Jika benar dia melakukan kesalahn moga dio insaf dengan apa yang dilakukannya. Mungkin ramai yang tak tahu Puan Seri Hazizah (isteri Mat Isa) mengidap penyakit barah. Berita nie pon den tahu dari bondaku.

Isu tipu harga ‘tiba’ untuk elak cukai kastam adalah satu isu yang nampak tak masuk dek akal.

Anda percaya harga tiba sebuah Subaru Impreza hanya bernilai RM20,000.00, kalau macam tu den pon bulih boli Impreza.

Dulu den tak amik pusing waktu isu ini dibangkitkan oleh pihak media, salah satu sbb den tak amik pusing adalah kerana ketelusan dan kebenaran media di negara kita sebenarnya masih wajar diragui, sebagai contohnya sesiapa yang baca akhbar NST hari ini akan tahu apa yang ku maksudkan.

Media mungkin berusaha menulis berdasarkan fakta, tetapi kadang-kala jika fakta tidak dapat dikumpul, keberangkalian untuk mengadakan fakta atau menulis sesuatu yang bertentangan dengan fakta akan timbul. Contoh yang paling mudah adalah kedudukan Datuk Azzuddin di dalam syarikat milik Datuk Syed Azman, Weststar Motorsport yang diperjelaskan oleh Datuk Syed Azman hari ini di dalam akhbar NST ari ini.

Tapi isu menipu harga tiba yang dibangkitkan ini membuatkan diriku terasa sedikit percaya dengan fakta yang dikeluarkan oleh saudara Amran Ahmad. Dalam laporannya hari ini ada diletakkan gambar sekali berhubung isu menipu harga tiba kereta ini.

Diletakkan gambar declaration form dari pihak KDRM membuatkan diriku sedikit percaya dan berterima kasih kepada penulis kerana mendedahkan kebenaran.

Sebenarnya isu pemalsuan harga tiba kereta ini bukan bulih dilakukan oleh calang-calang orang. Bukan semua orang bulih membuat pegawai-pegawai KDRM diam seribu bahasa. Ini sebenarnya jenayah high profile yang mampu dilindungi dengan baik. Tapi bak kata pepatah melayu glokal ( :D ) “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah.” Di sini dipastekan berita mengenai berita tersebut.

Tipu harga tiba elak cukai kastam
Oleh: AMRAN AHMAD
KUALA LUMPUR 19 Julai - Bayangkan sebuah kereta berprestasi tinggi Subaru Impreza berharga RM201,000 di pasaran tempatan didaftarkan dengan harga tiba di pelabuhan hanya RM20,000.

Benarkah hanya RM20,000? Jika harganya begitu kenapa harga yang dijual kepada pengguna setinggi itu?

Apakah pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tidak sedar hal itu?

Itu baru kereta Subaru Impreza, bagaimana pula dengan kereta Mini Cooper terpakai keluaran BMW.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati di borang Permit Import (AP) JK69 tertera harga tiba Mini Cooper itu hanya RM16,000 sedangkan model itu dijual pada harga antara RM140,000 hingga RM190,000 seunit di pasaran tempatan.

Jika itulah harganya yang tertera di dalam borang AP itu, mungkin semua rakyat Malaysia akan dapat merasa memandu kereta-kereta mewah kegemaran mereka.

Tetapi harga tiba itu hanyalah satu `penipuan' yang dilakukan oleh pengimport (pemegang AP) untuk mengabui mata pihak Kastam supaya mengenakan cukai yang rendah berdasarkan pengisytiharan harga tiba itu.

Menurut pendedahan eksklusif Utusan Malaysia 2 Jun lalu, kerajaan telah kerugian RM1 bilion setahun akibat penyelewengan itu. Penyelewengan ini dilakukan oleh pemegang-pemegang AP ini - yang membuat untung berjuta-juta ringgit dan menafikan hak rakyat lain untuk menikmati cukai yang sepatutnya dibayar mereka.

Fuyooo, jumlah RM 1 billion nie adalah 1/9 dari harga subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan nie. Baik bagi subsidi minyak kek kito nie semua.

Satu lagi contoh yang diperoleh oleh Utusan Malaysia ialah, harga tiba bagi sebuah model kereta Mercedes-Benz ialah RM11,000 sahaja, sedangkan harga kereta itu sebenarnya bernilai ratusan ribu ringgit. Utusan Malaysia juga difahamkan, KDRM pula terpaksa menerima perisytiharan harga tiba yang rendah walaupun tahu harga sebenar dalam pasaran kerana ia didakwa sebagai mematuhi syarat-syarat yang termaktub dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Biar betul harga Mercedes-Benz bila tiba di pelabuhan hanya RM11,000.00.

Menurut syarat-syarat WTO, KDRM perlu membuat pengiraan duti import berdasarkan perisytiharan harga tiba yang dibuat oleh para pengimport kereta dan bukannya harga pasaran sebenar global.

Hari ini (19 Julai), semua akhbar tempatan mengumumkan bahawa Tan Sri Nasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd. Haniff Abdul Aziz dan Datuk Azzuddin Ahmad, sesama mereka telah diberikan lebih 25,000 permit import (AP) untuk mengimport kereta mewah pada tahun ini.

Menurut satu senarai yang dikeluarkan oleh kerajaan semalam, daripada jumlah itu, Syed Azman, Mohd. Haniff dan Azzuddin menerima sejumlah 16,214 AP menerusi beberapa syarikat manakala Nasimuddin, Pengarah Urusan Naza Motor Group, memegang 9,412 AP kebanyakannya menerusi Naza Kia Sdn. Bhd.

Senarai meliputi 67,158 AP itu bagi tahun ini, dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri ekoran timbulnya kontroversi mengenai pemberian AP.

Ini merupakan pertama kali nama penerima AP diumumkan walaupun sebelum ini para pemimpin kerajaan berkata dasar untuk tidak menghebahkan nama mereka dikekalkan.

Sementara, sumber terdekat berkata, empat nama teratas yang disenaraikan sebagai pemegang AP terbanyak hari ini merupakan antara beberapa syarikat yang sedang disoal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

``Salah seorang daripada empat pemegang AP ini juga adalah antara mereka yang berada dalam senarai paling atas KDRM sebagai pengimport yang paling banyak melakukan penyelewengan harga tiba melibatkan ribuan kenderaan dari Korea Selatan dan Eropah,'' dakwa beliau.

Mari kita lihat siapa yang terlibat selepas ini, mungkin ramai yang bulih mengagak siapakah beliau. Tapi jangan terus dipersalahkan si dia yang terlibat, biar mereka selidik dulu apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh si dia.

Nota Kaki
Teringat satu ketika dulu kereta ayahandaku yang ditarik oleh KDRM dek kerana tiada AP, sedih betul den nengok, kesian tengok abah, bukan ditarik kerna tak bayar tapi ditarik kerana kereta tiada AP.

Tapi abah memang cool, di saat den gelabah dan kesian nengok dio, dio bulih jawab, dah bukan rezeki kita kali nie, mana tahu di masa depan ada rezeki lebih kita beli yang lain. Den betul-betul puji abah dalam bab tu, bulih bersabar. Dahlah kena tipu kereta tak da AP, lepas tu ditarik KDRM dan dalam tempoh setahun kereta ditarik, bayaran bulanan mesti diteruskan. Alhamdulillah hanya setahun bayar buta, lepas tu bank kata tak payah bayar, itupon setelah berapa kali poie bawak kes jumpa lawyer. Dan sampai la nie abah masih berusaha membuktikan dia tak bersalah dan kalau bulih nak balik kereta tu, tapi usaha dia tidak lah secara total kerana dia ada banyak komitmen lain.

Yang den peliknya tu, macam mana bank bulih approved loan for unapproved car, musykil betol lah den, mungkin bank ditipu oleh pengedar merupakan satu kemungkinan. Tapi bank sepatutnya berupaya memastikan perkara ditipu oleh pengedar tidak berlaku. Sepatutnya pihak bank memastikan ada pegawainya yang turun padang untuk melihat keadaan kereta berkenaan dan menjalankan siasatan berkenaan status kereta itu sebelum dijual kepada pembeli.

Ada orang cakap, bank mana ada masa untuk semua tu, nak employ orang kerja dalam bidang yang bukan dari latar belakang perbankkan untuk memeriksa perkara-perkara remeh agak pelik dan menyusahkan mereka. Tapi percaya tak kalau aku cakap ada seorang sahabat aku yang berkelulusan kejuruteraan bekerja di Bank? Sebagai apa? Sebagai orang yang menilai sesuatu kertas kerja kejuruteraan jika ada individu atau syarikat yang berhajat meminjam modal dari Bank.

Wallahu ‘alam .

--------------------------------------------------------------
“Dan bukanlah harta benda kamu dan anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami, walaupun sedikit; tetapi hanya orang yang beriman dan beramal soleh – mereka inilah yang akan beroleh balasan apa yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka kerjakan, manakala mereka pula ditempatkan dalam mahligai yang tinggi dalam keadaan aman” ( Saba’ : 37 )

Tuesday, July 19, 2005

Cuti sakit Lagi ....

Pernahkah anda empat hari berturut-turut pergi menemui doktor?
Kali ini diriku terpaksa berkunjung sebanyak 4 kali ke klinik pergigian. Empat kali ku rasa satu jumlah yang bulih tahan banyak jugak tu.

Klinik pertama (yang aku pergi sebanyak 3 kali) mengatakan gusi ku bengkak, lalu diberikan antibiotik dan ubat kumur. Alhamdulillah beransur kurang tapi masih berada pada paras sakit yang membuatkan kepalaku dan gusiku bernyut-nyut.

Alhamdulillah, hari nie pergi pulak ke satu lagi klinik, Klinik Pergigian dan Surgeri di Seremban, klinik ini di kira yg secara ad-hoc ku pergi, hajat di hati pada mulanya hendak bertemu dentist yang bernama Dr. Halim, tapi apakan daya kliniknya pula tutup hari nie, maklumlah hari nie hari cuti keputeraan Yang Dipertuan Besar N9.

Tak dapat jumpa Dr. Halim jumpa lah den Dr. P. Tanaletchumy. Alhamdulillah, ada juga klinik yang buka hari nie. Seperti yang kujangkakan mesti gusiku bakal dipotong, maklumlah gusi tu dah menutup peluang gigi hujung ku untuk menjadi dewasa. Sakit waktu Dr Letchumy nie buat treatment hanya Allah sahaja yang tahu, aku rasa orang graduate India nie ganas-ganas belaka kot.... Jangan marah doktor-doktor yang dari India ya.

Apa yang lebih menakutkan aku ialah kata-kata doktor tersebut, dia katakana, nie gigi bungsu belom tumbuh lagi nie, kalau nak tumbuh sure u will feel more pain than this one, I don’t see any room for your gigi bongsu to grow. I think once ur gigi bongsu are going to grow u need an operation ..Alamak doktor nie bagi advise yang menakutkan den lah plak.
--------------------------------------------------------------
“Patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan menjauhkan peringatan Al-Quran daripada kamu, kerana kamu telah menjadi kaum yang melampau buruk keadaannya? (Tidak! Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu, sama ada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya)."(Az-Zukhruf : 5)

Monday, July 18, 2005

Judi oh Judi

Orang duk heboh memperkatakan keruntuhan akhlak dan moral golongan muda sehingga ada yang terlupa keruntuhan akhlak dan moral golongan dewasa juga tidak kurang hebatnya, malahan impaknya lebih bersifat nasional. Impaknya lebih dirasai oleh seluruh negara dek kerana perbuatan sesetengah golongan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Isu judi Datuk Osu Sukam merupakan satu isu nasional yang memalukan, sehinggakan Pak Lah turut berasa kesal yang amat sangat dengan apa yang berlaku.

“Beliau tidak menunjukkan sifat kepimpinan melalui tauladan”, itulah antara komen awal Pak Lah berhubung isu Osu Sukam ini.

Saudara Rozmal Malakan pernah mencoretkan isu perjudian yang berlaku berleluasa di Bandar Senawang, memang benar orang-orang melayu di kadai nombor ekor itu tanpa ada rasa segan silu membeli nombor walhal kedai menjual nombor itu terletak betul-betul dihadapan jalan besar.

Belum pernah kudengar orang menjadi kaya dengan bermain judi. Pengusaha kasino kaya raya itu biasa kudengar, sudah menjadi adat mereka yang mencipta pasti akan berusaha mengaut keuntungan maksima.

Orang kaya kerana rasuah pernah ku dengar, kaya dengan berjudi belum pernah ku dengar, bukan bermakna diriku menyokong orang yang menjalankan urusan rasuah. Kaya kerna rasuah pon tiada gunanya maklumlah rezeki tidak berkat namanya, kadang-kadang terfikir juga dibenak fikiranku, apa mereka tidak takut? Mungkin juga mereka lupa ataupon dikira masih ada kesempatan untuk mengintai pintu taubat satu hari nanti. Moga-moga aku tidak terjebak ke dalam lembah kebatilan ini.

Waktu baca The Star semalam sedikit terkejut dengan fakta mengenai jumlah individu Malaysia yang berjudi. Sekurang-kurangnya 10 individu di Malaysia berhutang dengan jumlah yang tinggi di luar negara.

Dibawah ini diletakkan koleksi artikel yang terdapat di dalam akhbar The Star semalam yang mendedahkan isu ini.

Pendedahan akhbat The Star tentang kaki Judi

--------------------------------------------------------------
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” ( Al-Maidah : 90 )

Sunday, July 17, 2005

Where Barbarians Masquerade as Civilized

This is an interesting article that I came across while I was reading NST today, a brilliant point of view from Dr. Chandra Muzaffar.

While the western civilization are searching the root problem of terrorism (as suggested by Mr. Blair), we already know what are the root causes of the problem.

IT is unanimous: The dastardly bomb attacks in London on July 7, 2005, were a barbaric act. There is no other way to describe the planned, premeditated targeting of civilians. It is political violence of this sort that constitutes stark, naked terrorism.

While all of us would regard 7/7 as barbaric, some of us would be deeply disturbed by statements attributed to British and American leaders in the immediate aftermath of the tragedy, statements that sought to present themselves as men upholding the canons of civilised conduct. In their view — and in the sight of the media — they were "defenders of civilisation" under siege from barbaric elements.

Nothing could be further from the truth. If it is barbaric to murder 50 civilians, is it civilised to kill 100,000 civilians in Iraq? That is the number of civilians who have died in Iraq as a result of the Anglo-American occupation since March 2003, according to a Johns Hopkins University study.

Is it civilised to use cluster munitions, incendiary bombs, depleted uranium (DU) and chemical weapons against a civilian population?

As a member of the Jury of Conscience of the World Tribunal on Iraq (WTI) which sat in Istanbul on June 23-27, 2005, I was presented detailed evidence by expert witnesses on "how leukaemia has risen sharply in children under the age of five residing in those areas which had been targeted by DU".

I heard accounts of how the occupying forces deliberately directed attacks on hospitals, residential neighbourhoods, electricity stations and water purification plants. The total destruction of Falluja is testimony to this. It is a city where even children, pregnant women, elderly persons and wounded civilians were sprayed with bullets.

And lest we forget, what about the degrading torture of prisoners not only in Abu Ghraib but also in Mosul, Camp Bucca and Basra? Is that a mark of civilisation?

The "civilised" destruction of Iraq did not begin with its occupation in 2003. The severe and inhuman economic sanctions against the people of Iraq over a period of 12 years beginning in August 1990 had already killed at least 650,000 children. How can civilised leaders preside over such inhumanity?

But Iraq is only the latest victim of the "civilised" embrace of the great centres of Western imperial power. We still remember Vietnam, whose soil is soaked with the blood of millions of men, women and children who were slaughtered mercilessly as they resisted first French and then American aggression. The latter had no qualms about using such "civilised" weapons as Agent Orange and napalm as it attempted to crush the "barbaric" Vietcong.

Other "barbaric" nations in Asia and Africa have their own tales to tell of the colossal price they paid when they came face to face with the "civilised" marauders from the West. It has been estimated that in the Western colonial subjugation of the two continents some 40 million lives were lost.

But the continent that has suffered most at the hands of Western civilisation is, of course, Latin America. From the extermination of the indigenous peoples from the 15th century onwards (perhaps some 30 million people were killed) to the elimination of opponents of US imperialism in the 20th century, it is a continent that has borne the full brunt of the "civilising mission" of powerful aggressors.

The point is simple. Leaders in the West, specifically those in London and Washington, have no moral authority to talk of civilised standards.

One should realise that when these leaders kill civilians it is invariably part of some nefarious plan to conquer someone else’s land, or to control someone else’s resources, or to establish one’s hegemonic power.

In other words, civilian slaughter has been an integral dimension of the numerous wars of aggression that the centres of power in the West have undertaken in the course of the last 1,000 years, the Iraq adventure being the latest.

Of course, non-Western states have also embarked upon wars of aggression. Whoever the perpetrator, a war of aggression by its very nature is a far greater evil than any other violence we know, as the Nuremberg Trials observed.

It follows from this that the killing of civilians in such wars is, from a moral perspective, more barbaric than the senseless, mindless violence that those who are fighting subjugation and occupation sometimes engage in. Thus, in specific language, the occupiers of Iraq have been more barbaric than the London bombers.

Why is it that most people are not aware of this? Why is it that the barbaric deeds of those who claim to be civilised are not part of the popular consciousness? The main reason is the reality of global power. Those who have donned on the robe of civilisation happen to be the rulers of the world. They are in a position to shape the global discourse on what is right and what is wrong, who is good and who is evil. Their power is so overwhelming that they have transformed oppressor into liberator; aggressor into victim; warmonger into peacemaker.

Which is why barbarians masquerade as the civilised today.
--------------------------------------------------------------
“Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?” (An-Nisaa' : 41)

Ponstan oh Ponstan

Alhamdulillah, sejak hari semalam diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang sihat. Bila masa beginilah kita terasa nikmat yang selalu kita lupakan, bak kata Dr. gigi yang kutemui tadi, bila kita dah tak bulih mengunyah dan tatkala bila kita mengunyah kita berasa sakit barulah kita akan timbul rasa sedikit kesal kerana tak berbuat apa yang patut tatkala kita masih tidak sakit. Inilah antara nasihat yang diberikan oleh Dr. Azman, dentist yang kutemui tengahari tadi, ini adalah gara-gara diriku tidak mengikut jadual mencuci gigi yang disarankan olehnya.

Gigi ku terasa sakit yang amat sangat sejak semalam, kemuncak kesakitannya adalah semalam, tanda-tanda untuk sakit telah ada pada hari Khamis, dan semalamlah hari pertama dalam hidupku terpaksa mengambil ponstan untuk meredakan kesakitan yang amat sangat. Dasyat juga yer kesan ponstan nie, tak sampai ½ jam kesakitan pada gerahamku beransur reda. Alhamdulillah, bulih meneruskan tugas diupis, dan kebetulan hari jumaat lalu seharian diriku berada diupis setelah hampir seminggu berada di site.

Sebenarnya 16 dan 17 Julai ini, kompeni di mana diriku mencari rezeki mengadakan Hari Keluarga di Bukit Tinggi. Mula-mula memang ada planning untuk pergi, tapi di saat akhir terpaksa dibatalkan kerana sepupuku menjemput kami sekeluarga kerumahnya untuk majlis kenduri kesyukuran kerana dia dan ahli keluarganya akan menghantar rombongan untuk meminang seorang gadis. Alhamdulillah, seorang lagi sepupuku berhajat untuk mengakhirkan zaman solonya.

Bila dah membatalkan hasrat untuk berhari keluarga bersama rakan-rakan sepejabat, diriku telah merancang aktiviti untuk hari Sabtu yakni 16 Julai, kebetulan pada 16 Julai ini seorang sahabat blogger ada menjemput untuk menghadiri majlis walimahnya di Cheras, jemputan melalui email, sememangnya berhajat sangat untuk menghadiri majlis berkenaan, siap dah printkan alamat rumah sahabat blogger ni untuk menghadirkan diri ke majlisnya. Dan selepas menghadiri majlis beliau sudah bercadang untuk menghadirkan diri ke AGM Ansara Pusat lebih kurang jam 1500. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah lah penentu segalanya.

Hari nie (Sabtu) jatuh gering yang amat sangat, berdenyut-denyut sampai kesannya sehingga ke kepala, dan apa yang lebih menarik sehingga demam. Majlis kenduri sepupuku juga tak dapat dihadiri, hanya ahli keluarga yang lain sahaja yang pergi, AGM Ansara Pusat juga tak dapat kuhadiri dan majlis walimah Anwar Qudus juga tak dapat kuhadiri. Kepada Anwar Qudus moga perkahwinan yang dibina sentiasa dalam keberkatanNya…Ameenn.

Minggu lepas minggu yang agak padat. Urusan pejabat dan site yang banyak membuatkan diriku menjadi sedikit kelam-kabut dibuatnya, setiap hari dalam minggu lepas hanya berpeluang sampai ke rumah pada jam 2100, alhamdulillah hari Jumaat dapat pulang awal sedikit. Bila selesai urusan di site balik ke upis sebentar untuk menyelesaikan Laporan Harian (daily report), itulah rutin seharianku pada minggu lepas.

Di tambah lagi dengan kejatuhan jejambat di laluan NKVE pada hari Ahad lalu membuat perjalanan ke site agak tidak selancar hari-hari biasa. Pada hari Isnin kukira NKVE, laluan Bukit Raja bulih digunakan, ingatkan minor diversion di tengah-tengah highway, rupa-rupanya tidak Memang tak bulih digunakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Dalam perjalanan ke site tempoh hari sewaktu menggunakan jalan biasa berkesempatan melihat sebuah lori terbakar ditengah-tengah jalan raya secara live. Kesian betul nasib pemandu lori berkenaan. Kelam-kabut cina tu memunggah barang dari lorinya. Berani sungguh dia memunggah, padahal lori tu bila-bila masa sahaja bulih burst up. Pada mereka yang biasa dengan kawasan Shah Alam peristiwa ini berlaku betul-betul depan Brunsfields Apartment di Hicom-Glenmarie. Sempat juga diriku mengsnap dua keeping gambar tatkala menanti lampu merah berubah hijau. Tapi tak dapat snap directlylah, imejnya Cuma dapat diambil dari cermin sisi keretaku.



Dan tatkala menggunakan semula highway pada hari khamis, berhadapan dengan satu lagi masalah di laluan dan tempat yang sama sewaktu hendak pulang dari site. Pernahkah anda menggunakan highwah 6 lorong yang mana semua kenderaannya menghala ke arah yang sama?

Itulah yang terjadi pada hari Khamis lepas, pada tempat terjatuhnya jejambat NKVE itu berlakunya banjir yang mana kenderaan tidak mungkin melepasinya. Lalu pengguna-pengguna lebuhraya berkenaan termasuklah diriku terpaksa membuat U-turn di tengah-tengah highway dan berpatah balik ke pondok tol yang mula-mula kami masuki tadi.

Ahad minggu lepas berkesempatan membawa bondaku menemui seorang makcik yang bercuti sempena summer holiday. Kenalan bondaku ini tinggalnya di UK, kadang-kala ada juga makcik nie menalipon bondaku, terima kasih makcik kerana sudi menalifon bondaku.

Masa bondaku baru selesai memasak(yang sebenarnya ada satu lagi dish yang nak digoreng), bonda mendapat panggilan dari makcik nie, terkejut betul nengok bonda, excited sungguh dia, den plak rasa cuak, kebetulan makcik nie dalam perjalanan hendak ke Kluang dengan menaiki keretapi, dan kebetulan makcik nie transit di Seremban, jadi inilah peluang bondaku untuk bertemu makcik nie.

Apa-apa pon makcik, jutaan terima kasih kerana bertemu dengan bondaku dan sering berinteraksi dengan bondaku, kenalan jauh tu. Mungkin lain kali bondaku bulih membelanja makcik di mana-mana, tak berkesempatan makan pon tempoh hari, hanya mampu berbual sebentar di stesen keretapi.

Sekadar mencoret tatkala ubat penahan sakit masih menjalankan tugasnya.

Wallahu ‘alam.

--------------------------------------------------------------
"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani."(Al-Anbiyaa':31)

Saturday, July 09, 2005

Milenia Muslim di 7 Eleven Puchong Utama

Alhamdulillah, Selamat sampai Seremban lebih kurang jam 2200.
Seperti biasa bertolak lebih kurang jam 2000 kemudian singgah sebentar di Bangi.

Waktu nak balik tadi singgah sebentar di 7-Eleven di kawasan perumahan.
Seperti biasa masuk situ mesti jeling-jeling rak majalah di sana.
Antara sebab selalu menjeling kat rak tu adalah kerana, majalah yang ada kat situ sering berubah-rubah,
Kejap-kejap tu ada majalah Anis, majalah i dan juga majalah al-Islam.

Tapi hari nie sedikit terkejut,
Di rak buku 7E tersebut terdapat satu majalah yang agak sukar di dapati di dalam pasaran.yakni Majalah Milenia Muslim.

Ramai sahabat-sahabat yang suggest majalah nie dulu, tapi untuk memilikinya sedikit sukar, bukan semua kedai buku jalanan yang ada menjual majalah ini.

Alhamdulillah waktu Pesta Buku tempoh hari ada memborong majalah ini dari keluaran Januari sehingga Mei.

Untuk pengetahuan kalian majalah ini adalah majalah bilingual, maknanya ada sesetengah artikelnya berbahasa Inggeris. Majalah yang menarik yang bulih dikatakan satu majalah yang menepati citarasa pembacaan ilmiah yang bersifat santai. Lebih kurang macam majalah i lah kiranya nie.

Dapatkan segera majalah ini di pasaran segera. Harganya ialah RM7.00, cari jangan tak cari.

Ucapan terima kasih pada seorang sahabat yang mengforwardkan interactive Flash oleh BBC. Di sini mengambil peluang untuk meletakkan linknya. Sila klik dibawah untuk melihatnya.

Flash Presentation by BBC on Human sense Challenge
--------------------------------------------------------------
“(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)". (Al-Maaidah : 21)

SMS tanpa Reply

Sebenarnya tiada apa yang mahu dicoretkan ....
Sekadar mengisi gap waktu rehat sebentar di pejabat. Sebenarnya duk tengah study pasal Fire Fighting pump . Kebetulan diberi tugasan mengenai fire fighting pump di Kapar Power Station, InsyaAllah dalam dua ke tiga minggu lagi akan menjalankan performance dengan flow test di Stesen janakuasa berkenaan.
 
Kepada sahabat-sahabat yang meng'sms' diriku, secara peribadinya ingin memohon maaf kerana tak berkesempatan untuk membalas, ada orang cakap, alahai nak reply sms pon tak sempat ke?
Tahu laa nko sibok, tapi takkan susah sangat nak reply sms... Maaf sangat-sangat kepada sahabat-sahabat dan rakan taulanku.
 
Memang betul ada kebenarannya, jika handak membalas sms bukannya lama mana pon.
tapi ada juga keadaan yang menyebabkan peluang untuk membalas itu terbatas,
salah satu contohnya, tatkala dapat sms terasa nak reply masa tu juga tapi apa bulih  in the middle of tugasan, jadi tangguhkan lah dulu hajat mengreply, alih-alih bila tugasan dan selesai lupa plak nak membalas sms.
 
Dan masalah sebenarnya yang membuatkan diriku sukar untuk membalas sms adalah kerana talifon bimbitku gagal berfungsi dengan baik.
 
Bukannya tidak bulih berfungsi cuma gagal berfungsi dengan baik ketika cubaan menulis sms. Dan kadang-kadang ketika mendail pon agak sukar. Bayangkan kadang kala bila nak mendail nombor, kita sudah biasa mendail dengan cepat, bila kita dail alih-alih nombor yang kita dail tu tak kuar dengan sempurna. Sebagai contoh apabila kita sudah mendail tiga nombor, yang keluarnya hanya dua atau satu, dalam erti kata lain kita tak bulih dail cepat-cepat. kena slow and steady.
 
Serupa juga dengan sms, bila kita cuba menaip kadang kala perkataan yang kita hajati tidak keluar seperti yang kita kehendaki.
 
Walaubagaimanapun belum ada hasrat untuk menukar talifon kerana talifon ini masih berfungsi sebagai talifon, cuma kita perlu sedikit bersabar dengan kerenah talifon ini.
 
Kepada sahabat-sahabat dan rakan taulan yang mengsms diriku tapi tak terbalas seribu kemaafan ku pohon kerana nak membalas sms kadang kala ada tugasan dan apabila tugasan sudah selesai adakalanya terlupa. Kesukaran tipon den pon menjadi satu faktor kelembapan untuk membalas sms.
 
Secara peribadinya sy mencadangkan supaya jangan membeli talifon sony ericsson. Kurang best, kalau nak talifon yang tahan lama pada kadar optimum, maksud pada kadar optimum disini ialah bila dah lama pon masih berfungsi macam baru-baru beli carilah Nokia. Itu yang terbaik kut den rasa. Den pakai tipon Sony Ericsson T610. Mungkin model nie dah tak da kot dalam pasaran sekarang nie kut. Wallahu 'alam ..

--------------------------------------------------------------------------
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. (Az-Zumar : 27)

Wednesday, July 06, 2005

Ada Apa Dengan KDNK?

Yang kaya semakin kaya, yang miskin pada kedana. Satu fenomena adanya jurang pendapatan yang besar dalam sesebuah negara dan dunia amnya.

Mengikut Laporan Bank Dunia Kaum Majoriti iaitu 80% dari penduduk dunia hanya menguasai 20% kekayaan dunia. Ini bermakna bahawa kekayaan dunia ini hanya perhimpun kepada puak minoriti, ini membuktikan kepada kita bahawa adanya jurang pendapatan. Ini bermakna KDNK (GDP) dan KNK (GNP)bukanlah alat yang tepat untuk mengukur 'kesejahteraan' sesebuah negara.

Lihat tulisan kritikan terhadap KDNK yang menjadi alat pengukur kesejahteraan rakyat dinegara kapitalis...dan bagaimana tuntutan Islam untuk mendekatkan jurang pendapatan dalam Islam.

1. Baca lagi artikel “Ada apa dengan KNDK?
2. AS Paling Kaya KDNK $11.67 trilion

Nota kaki
This article was posted by a friend of mine. Tq Bro.
Untuk mengetahui satu seminar yang bertajuk “Seminar Islam dan Cabaran Pemikiran Semasa” boleh lah melayari laman web dibawah ini.
http://jailurrashied.blogspot.com
----------------------------------------------------------

“Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.“(Az-Zumar : 51)

Tuesday, July 05, 2005

Bersuara lagi si 'dia'

Setiap kali isu Mahaleel diperkatakan si 'dia' pasti bersuara.
Dulu bila Abu Hassan Kendut dan lembaga pengarah lain bersuara menyarankannya agar berundur, 'dia' bersuara.
Minggu lpeas bila bekas anak didiknya bersuara tentang kenyataan Mahaleel 'dia' bersuara.
Lepas nie bila Pak Lah bersuara adakah 'dia' akan bersuara? Kita tunggu dan lihat moga-moga benda ini tak berlaku.
Memnag betol hang tu Penasihat Proton, tp kalau CEO tak berapa betol takkan menteri tak bulih bersuara. Musykil betoi den ....
 
Dr M Kata Tiada Langkah Untuk Ketepi Mahaleel, Persoal Keluar AP
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad hari Selasa mempertahankan ketua pegawai eksekutif (CEO)nya Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang dilaporkan menghadapi masalah kerana mengkritik dasar automotif kerajaan.

Bercakap di satu sidang akhbar yang dihadiri ramai pemberita, bekas perdana menteri itu berkata, Tengku Mahaleel bertanggung jawab untuk melindungi pembuat kereta nasional itu.

Beliau juga berkata bahawa tiada langkah untuk mengetepikan Tengku Mahaleel sebagai CEO dan juga tiada pengeluaran surat tunjuk sebab diberikan kepadanya, seperti yang dilaporkan secara meluas dalam media sejak beberapa hari lepas.

Dr Mahathir juga mempersoalkan cara Permit Kelulusan Untuk Mengimport (AP) dikeluarkan sejak kebelakangan ini untuk membawa masuk kereta-kereta import, sambil menyatakan tumpuan diberikan kepada beberapa buah syarikat berbanding kepada bilangan yang lebih banyak dan ini bertentangan dengan semangat untuk memupuk keusahawanan Bumiputera.

Dr Mahathir yang mengilhamkan kewujudan proton yang kini berusia 20 tahun Isnin telah menemui pengerusi Proton Datuk Azlan Hashim di mana beliau telah cuba mendapatkan gambaran yang lebih jelas kontroversi yang berkisar sekitar Tengku Mahaleel.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan satu mesyuarat Khazanah Nasional Bhd, cabang pelaburan kerajaan yang memiliki 42 peratus Proton pada minggu lepas menyatakan bahawa tiada keputusan itu dibuat untuk mengetepikan Tengku Mahaleel.

Pada Jumaat lepas, pihak media melaporkan bahawa Tengku Mahaleel telah diberikan satu surat tunjuk sebab kerana mengkritik dasar automotif kerajaan dan beliau telah diberikan satu minggu untuk menjawab surat itu.

Dr Mahathir berkata, Azlan yang bertemunya hari Selasa tidak menyatakan apa-apa mengenai langkah untuk mengenepikan Tengku Mahaleel.

Kontroversi itu muncul apabila Tengku Mahaleel yang bercakap dalam satu temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Cina Oriental Daily menyatakan bahawa Proton telah diberi layanan tidak adil oleh kerajaan di bawah satu dasar yang tidak telus dan didiskriminasi.

Beliau juga marah kerana kritikan terhadap Proton oleh ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan.

"Para pembuat dasar di negara ini hendaklah meniru China ketika membentuk dasar automobil nasional. China terkemudian menyertai industri automobil tetapi dasar automobilnya mendahului dasar kita... Di Malaysia, projek kereta nasional kita kini telah berusia lebih 20 tahun tetapi kita masih belum tahu bagaimana untuk memajukannya. Ini masalah serius," kata Tengku Mahaleel kepada akhbar itu.

Mengenai spekulasi bahawa Tengku Mahaleel telah diminta untuk berhenti, Dr Mahathir berkata: "Beliau (Tengku Mahaleel) tidak memberitahu saya bahawa beliau telah diminta (berbuat demikian) dan Azlan tidak juga memberitahu saya bahawa beliau telah meminta (Tengku Mahaleel untuk berhenti)."

"Sejauh yang saya tahu, Mahaleel tidak diminta untuk berhenti," kata Dr Mahathir.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai langkah Tengku Mahaleel untuk bertemu media untuk mengkritik dasar automobil kerajaan dan layanan tidak adil terhadap Proton, Dr Mahathir berkata "ianya (langkah Tengku Mahaleel) adalah sesuatu yang dijangkakan daripada seorang CEO dan malah daripada seorang pengerusi sesebuah syarikat.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak mempertahankan Tengku Mahaleel, "tetapi malah melindungi Proton seperti yang dijangkakan sebagai seorang penasihat."

"Tanggungjawab saya ialah memastikan Proton mendapat layanan yang adil," katanya.

Ketika menjawab pelbagai kritik termasuk daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz bahawa Proton mencatatkan prestasi ekport yang buruk, bekas perdana menteri itu berkata, ketika syarikat itu mengalami kerugian semasa mula-mula memasuki pasaran British, ia tidak membuat penipuan perisytiharan seperti yang dilakukan kereta Korea Selatan ketika memasuki Malaysia.

Katanya, beliau telah beberapa kali meminta Rafidah untuk memeriksa mengenai perbuatan penipuan perisytiharan oleh kereta Korea Selatan sejak semasa beliau menjadi perdana menteri dan tiga bulan lepas.

Beliau berkata, menteri itu tidak membuat sebarang percubaan untuk menyiasat dan kereta itu terus diimport di bawah kos bahan-bahan mentahnya.

Menurutnya, salah satu model kereta Korea Selatan itu telah diimport pada harga pendaratan sebanyak RM11,000 setiap sebuah yang tidak masuk akal kerana dalam tahun 1982, kos pengeluaran kereta Proton ketika itu ialah sebanyak RM14,000.

Beliau berkata, semasa Proton memilih untuk mencatatkan kerugian di U.K. pada waktu itu, langkah itu bukannya hasrat (untuk rugi) bagi selama-lamanya.

Dr Mahathir juga mempersoalkan cara AP dikeluarkan di mana terdapat beberapa kategori AP, yang termasuk bagi kereta yang ditala khas.

"Saya terkejut bahawa 67,000 AP dikeluarkan pada tahun lepas, hanya 12,600 telah diberikan kepada 82 buah syarikat manakala 54,400 AP telah diberikan kepada 20 buah syarikat lain.

"Ini tidak dilakukan dalam semangat untuk memupuk keusahawanan Bumiputera di mana ia (langkah mengeluarkan AP) sepatutnya memberi faedah kepada bilangan besar rakyat berbanding dengan memberi tumpuan kepada beberapa pihak sahaja," katanya.

Selain itu, beliau terdengar bahawa beberapa pihak sedang mencari kesempatan untuk membeli kepentingan dalam Proton, terutama sakali sebahagian ekuiti yang dipegang oleh Khazanah Nasional Bhd.

Katanya, Khazanah Nasional hanya mempunyai masa sehingga akhir tahun ini untuk menjual ekuiti 17 peratus yang telah dibelinya daripada Mitsubishi dari Jepun kerana saham-saham yang telah diperolehi dari pembuat kereta Jepun itu melepasi tahap yang menghendakinya melakukan tawaran am mandatori.

Satu tawaran am mandatori dihidupkan apabila ekuiti sesebuah pemegang saham dalam sesebuah syarikat meningkat kepada lebih 33 peratus.

Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya cuba untuk tidak membuat sebarang ulasan mengenai isu itu tetapi malangnya "nama saya telah diseret oleh sesetengah orang untuk menghalalkan perbuatan mereka dan saya perlu menjelaskan sedikit proses kerajaan supaya kita fahami apa yang berlaku."

"Walaupun saya telah dilabelkan sebagai seorang diktator oleh pihak akhbar tetapi para menteri agak bebas untuk mengambil tindakan sendiri jika mereka merasakan tindakan itu dihalalkan."

Sebagai contoh, katanya, ialah keputusan bagi sesebuah kereta perlu mempunyai 40 peratus kandungan tempatan untuk layak menjadi produk nasional bagi mendapat akses bebas cukai ke Kawasan Perdagangan Bebas Cukai (Afta).

"Keputusan itu tidak dibuat oleh Kabinet."

"Kabinet tidak mengetahui mengenainya sehingga kami diberitahu mengenainya dan kami perlu menyokongnya kerana ia adalah satu komitmen yang dibuat oleh seorang menteri yang bertanggung jawab.

"Malangnya, industri auto kita telah maju kepada satu peringkat di mana kandungan lebih 80 peratus (disifatkan) sebagai produk tempatan dan disebabkan itu kos kita menjadi semakin tinggi," katanya.

Dengan itu, Dr Mahathir berkata, adalah tidak adil untuk membandingkan kandungan tempatan 80 peratus sebagai kereta nasional (dalam kes Proton) berbanding dengan 40 peratus sebagai nasional (bagi kereta lain).

"Kita mempunyai kelebihan yang ketara dan disebabkan itu kita telah memohon supaya aplikasi perjanjian ini (untuk meliberalisasikan kereta import di bawah Afta) ditangguhkan untuk tempoh dua tahun lagi."

"Ini telah mewujudkan banyak masalah. Rakan kita dalam Afta tidak gembira," katanya.

"Ianya adalah sama dengan keputusan untuk menjadi sesebuah kereta sebagai kereta nasional. Ia tidak memerlukan kelulusan saya. Sememangnya saya tidak dapat mengingati pemberian sebarang kelulusan terhadap sebarang kelulusan bahawa sesuatu kereta disifatkan sebagai kereta nasional," katanya ketika mengulas kenyataan Rafidah bahawa Naza Ria, sebuah kenderaan pelbagai guna yang dipasang di Malaysia, diberi status kereta nasional oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri.

"Saya telah diberitahu bahawa kandungan tempatannya hanya 18 peratus. Saya hanya mengetahui mengenai perkara ini selepas saya melancarkan kereta ini (Naza Ria) dan selepas saya mendapatkan maklumat dalam kabinet kemudiannya saya diberitahu bahawa ia hanya 18 peratus.

"Selepas melancarkannya, tiada cara untuk menarik balik (tetapi) satu-satunya cara yang boleh kita lakukan ialah dengan meminta syarikat itu meningkatkan kandungan tempatannya dengan segera agar ia melebihi 50 peratus. Jadi kereta itu kekal sebuah kereta nasional," katanya mengenai Naza Ria yang dipasang oleh kumpulan Naza.

Dr Mahathir berkata, beliau mempercayai bahawa kandungan tempatan Naza Ria telah meningkat.

"Saya tidak tahu banyak mana tetapi ia telah meningkat pada kadar yang besar dan ia kekal diklasifikasikan sebagai kereta nasional," katanya.

"Sebab ia disifatkan (sebuah kereta nasional) adalah disebabkan ia bukan sebuah kereta penumpang. Ianya adalah kenderaan pelbagai guna dan dengan itu ia tidak sepatutnya bersaing dengan kereta nasional."

"Tetapi untuk menyatakan bahawa saya meluluskannya atau Kabinet meluluskannya tidak berapa tepat kerana prosedurnya ialah menteri berkenaan membuat keputusan dan Kabinet diberitahu kemudiannya," kata Dr Mahathir.

-- BERNAMA
---------------------------------------------------------------------------------------
"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim '. (Al-Mu'minun : 28)

Sunday, July 03, 2005

Muat Turun "The Unified Theory of Existence"

”Muslim Brothers and sisters, in the name of Allah you are called to jihad …. If we lose this battle against syaitan then Islam is lost. This is the last battle, this is the final jihad.”

Ini adalah sebahagian daripada tulisan Profesor Muhammad Al-Mahdi dalam satu. mesej bertajuk The Final Jihad.

Lebih menarik, aktivis Islam berbangsa Amerika ini suatu ketika dahulu. tidak pernah mempercayai kewujudan Tuhan. Dibesarkan oleh ibu. bapa berfahaman athies, dia sering berkata, dialah orang yang terakhir akan mempercayai Tuhan, hari ini Profesor Muhammad adalah antara mereka yang mengalak umat Islam di seluruh dunia berjihad melawan godaan syaitan.

Faktor inilah yang menarik saya menghubunginya. Biarpun baru. selesai menjalani rawatan kanser, beliau kelihatan sihat untuk berbicara mengenai hidup dan perjuangannya.

Air mukanya yang bersemangat pada pagi Jumaat itu., membuatkan saya sukar meneka sebesar manakah. penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh pesakit kanser peringkat akhir sepertinya. Tidak ada penawar untuk kanser peringkat ini. Malah. doktor pernah memberikan tempoh hidup selama tiga bulan kepadanya.

Apapun, dengan kuasa Allah s.w.t., setakat rencana ini ditulis, Profesor Muhammad masih lagi hidup dan bekerjaa selama 12 jam sehari bagi meneruskan perjuangan yang dirumuskan sebagai “Makna Jihad yang Terakhir.” Proffesor Muhammad adalah pengasas kepada laman web http://www.islamic-world.net, sebuah laman web terbesar di dunia, dilawati sebanyak 1.5 juta kalai dalam sebulan oleh pelawat dari 130 buah Negara.

Beliau merupakan pengasas kepada Projek Khalifah, satu projek yang menumpukan kepasa usaha membesarkan kanak-kanak dengan karekter Islam yang cemerlang. Setakat ini, Projek Khalifah diterima baik umat Islam di Malaysia, Afghanistan, Bangladesh, Mesir, Amerika Syarikat, Australia, Bosnia dan Arab Saudi.

Mengimbas ke belakang, Profesor Muhammad dilahirkan dan dibesarkan di Amerika Syarikat dalam masyrakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Memasuki alam dewasa dia semakin yakin bahawa Tuhan tidak wujud.

Bagaimanapun , kepercayaan ini gyah apabila beliau menyertai tentera Amerika Syarikat untuk dilatih dalam bidang elektronik nuclear dan teori fizik. Setelah memahami logic dalam teori asas relativity dan teori khusus relativity yang diperkenalkan oleh Albert Einstein, barulah beliau menyedari akan kewujudan Tuhan.

“Oh, No!”, inilah dua patah kata yang terdetik di dalam hatinya. Beliau sungguh terkejut kerana selama ini beliau begiu yakin dengan penemuan sains materialis bahawa Tuhan tidak ada.

“Tidak lama kemudian saya sedar, jika saya menjadi seorang saintis yang jujur, saya mesti menerima data saintifik yang mengesahkan secara terang Tuhan ada.”

Dalam tempoh empat tahun mempelajari fizik dan dilatih disebuah makmal penyelidikan terkemuka di Amerika Syarikat, Profesor Muhammad berpeluang bekerja dengan beberapa pemenang hadiah Nobel dalam bidang fizik. Beliau mengakui pengajian fiziklah yang menukar dirinya dari seorang bukan Muslim kepada seorang Muslim. Namun beliau tidak menjadi muslim sekelip mata. Belaiu merantau ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari agama. Beliau pergi ke India, Thailand dan Kemboja untuk mempelajari agama Buddha dan Hindu.

“Selama beberapa tahun mempelajari agama Hindhu, Buddha dan Kristian. Masa itu tidak terfikir langsung tentang Islam. Di Amerika kami minda kami diasuh Islam itu tidak bagus,”katanya.
Selepas mengkaji ketiga-tiga agama itu beliau tidak nampak logic didalamnya kerana agama berkenaan meminta dia melakukan perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan oleh saintis.

“Sebagai contoh, kristian memisahkan sains dan agama. Saya tidak yakin, jadi saya pon mencari agama lain.”

Profesor Muhamad seterusnya membaca terjemahan dan tafseer Al-Quran oleh Yusof Ali. Selain itu, turut membaca banyak buku mengenai pelbagai topic yang merangkum mengenai topic ttg Islam.

“Al-Quran mengesahkan semua perkara yang saya sudah tahubenar sebelum ini. Saya dapat jawapan yang saya tidak pernah dapat sebelum ini,” katanya.

Beliau mengakui berasa terlalu gembira kerana menemui agama yang yang membolehknnya bersifat jujur sebagai seorang saintis. Namum begitu, dia tidak mempunyai sahabat muslim pon dalam tempoh lima tahun dia mengkaji isi Al-Quran.

“Ini hanya berlaku antara saya dan Allah dan tiada siapa pon menjadi saksi,”katanya.

Seterusnya Profesor Muhammad berhijarah ke Indonesis untuk mendekati masyarakat Islam.

Alangkahterkejutnya beliau apabila mendapati penghayatan masyrakat Islam di Indonesia tidak sama dengan penghayatan yang tercatat di dalam Al-Quran.

“Mereka hanya mewarisi amalan spiritual, bukan ilmu pengetahuan berbentuk spiritual. Mereka tidak tahu teologi Islam, kepercayaan terhadap Islam yang lebih dari amalan seharian. Orang Islam sepatutnya ada ilmu yang objektif,” katanya.

Pengamatan terhadap masyarakat Islam sering menimbulkan pertanyaan, mengapa umat Islam amat lemah dalam mengamalkan ajaran sebenar agama ini? Apabila pengetahuan Islamnya semakin mendalam, beliau akhirnya menemui Konsep Khalifah.

“Orang Islam lemah kerana mereka mengabaikan fakta bahawa Allah ciptakan mereka untuk menjadi khalifah. Allah beritahu ini banyak kali.”

”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi” (Al-Baqarah:30)

Justeru, beliau mengasaskan Projek Khalifah yang bertujuan menarik perhatian ummah keada kenyataan paling terang di dalam Al-Quran iaitu Allah menciptakan manusia melalui Adam untuk menjadi khalifahNya di muka bumi.

Projek ini diasaskan dengan wangnya sendiri dan bantuan daripada dermawan muslim yang percaya dapat mengubah dunia dengan cara mengubah generasi. Tidak sukar berurusan dengan kanak-kanak kerana Profesor Muhammad memiliki tiga ijazah doktor falsafah dalam bidang psikologi kanak-kanak.

“Jika kamu membuat perubahan besar dalam diri manusia, kamu kenalah mula ketika mereka masih kecil.”
Selain mendidik kanak-kanak, Profesor Muhammad juga berjihad dengan cara menyebarkan ilmu pengerahuan, idea dan cara hidup Islam melalui internet.

Laman web yang diasaskannya banyak mencabar fahaman secular materailis Barat. Antara topic yang menarik di dalam laman web berkenaan adalah Modern Science Finds God. Menurutnya fahaman secular materialis Barat sekarang telah menjauhkan fikiran umat Islam daripada Allah, merampas masa depan kanak-kanak Islam, menanam kepercayaan tidak percaya kepada Tuhan di dalam minda kanak-kanak, tidak menghormati ibubapa dan orang tua, menjadi mudah putus asa, mengabaikan ilmu pengetahuan dan mencintai gaya hidup yang bersandarkan pada keseronokan semata-mata.

Mengenai Barat, katanya mereka sekarang amat kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan. Mereka guna kuasa perang dan ekonomi untuk membentuk imej gagah di mata dunia. Mereka juga memiliki alat propaganda yang efektif untuk mempengaruhi dunia.

“Lihatlah betapa hebat usaha ‘membasuh minda’ masyarakat dunia melalui berita, filem, muzik popular dan fesyen.”

Justeru adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menentang pengaruh Barat. Malangnya sekarang, amat sedikit di kalangan umat Islam yang mahu menunaikan tanggungjawab ini.

Bercakap tentang pengaruh Barat, saya terus bertanyanya mengenai jihad perang.

“Barat kuat dari segi ketenteraan. Jika menggunakan pedang, pistol dan bom, kita mungkin tidak ada peluang untuk menang. Jihad dengan akal fikiran akan lebih memenagkan kita kerana di dalam Al-Quran terdapat segala ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan jauh lebih hebat dari pedang.”

Sambungnya lagi, Islam sedang berkembang hebat dengan kira-kira 1.3 billion penduduk dunia. Orang Islam juga mempunyai senjata yang hebat, yakni ilmu pengetahuan dan cara hidup yang superior berbanding agama lain. Selain itu, Allah sentiasa menyebelahi umat Islam.

“Kalau kita gunakan kelebihan ini, saya yakin kita akan menang,” katanya.

Artikel oleh : Maizura Mohd Ederis, Milenia Muslim Januari 2005.

Nota Kaki
Alhamdulillah . …. Teruja den baco artikel di atas.
Dapatkan Majalah Milenia Muslim setiap bulan.

Untuk kalian mendownload e-books boleh lah ke link di bawah.
Antara buku beliau yang dikatakan menarik adalah The Unified Theory of Existence yang ditulis dalam tiga volume.

Bulih tahan juga tebalnya, dan yang lebih menariknya ianya ditulis dalam bentuk dialog diantara Philosopher Scientist and Tinny. Alangkah indahnya kalau buku ini dibiat movie.

Link dibawah ini adalah link ke web e-books koleksi Prof Muhammad.
Muat turun E-Buku tulisan Prof Muhammad al-Mahdi

--------------------------------------------------------------
“Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri, dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng`azab sebelum Kami mengutus seorang rasul. ( Al-Isra’ : 15 )

Saturday, July 02, 2005

Program Infaq

Alhamdulillah ….
Hari Khamis malam Jumaat baru ini berpeluang mengikuti kuliah Us Mohd Farhan Abdullah di Masjid Al-Muhajirin, TUDM Subang. Seorang bekas Paster di Sabah yang juga merupakan sahabat kepada Nazrey (Raihan). Beliau juga sering memberi tazkirah bersama Ustaz Tajuddin Othman yang merupakan bekas paderi besar Sabah.

Kehadiran ke Kuliah memang tidak dirancang pada dasarnya. Alhamdulillah, sebelum mendirikan solat fardhu Isya tempoh hari berpeluang mendengar sedikit peringatan dari Ustaz.

Seusai urusan di Kapar terpaksa menggagahkan diri kembali ke pejabat untuk membuat sedikit daily report activity di Kapar untuk hari tersebut, malas rasanya nak menangguhkannya. Habis sahaja tugasan dan serba sedikit aktiviti mengsurf di pejabat, diriku terus ke Masjid Muhajirin.

Ustaz Mohd Farhan ketika ini sedang berusaha untuk membina satu pusat pengajian di negeri kelahirannya, disamping itu beliau juga giat menjalankan kerja-kerja dakwah dan islahiyah, di sini saya menyeru pada diri sendiri dan sahabat-sahabat serta pembaca-pembaca blogku yang terasa ingin meninfaqkan bantuan kewangan boleh melakukannya dengan mendeposit wang seperti no akauan bank yang tertera dibawah.

Menderma dengan cara menghantarkan cek, Money Order, Wang Pos juga bulih dilakukan.

SKIM WAKAF TAPAK DAN BANGUNAN
Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Islam Al-Azhar Sabah (PUPIS) & Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari

Lot 23, Fasa 5, Taman Nikmat 89157 Kota Belud, Sabah.
No Pendaftaran : 001393859-U
Tel:088-931249 (Pejabat)

Sesungguhnnya nikmat Islam dan Iman tidak boleh dilahirkan dengan kata-kata. Us Mohd Farhan dahulunya dibesarkan di dalam suasana agama Kristian dan mendapat didikan awal dari ayahnya sendiri yang merupakan bekas ketua gereja. Bila Allah SWT memilih beliau memeluk Islam kira-kira 14 tahun lalu, beliau terus mendalami ilmu-ilmu Islam bermula dengan mengikuti pengajian di Institusi Dakwah Islamiyah PERKIM Pengkalan Chepa, Sijil Pusat Bahasa Arab Nilam Puri, Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM, B.A Al-Quran dan Qiraat di Shoubra Al-Azhar, Mesir dan sekarang dalam proses melanjutkan pengajian ke universiti tempatan dalam peringkat M.A dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan.

Beliau bercita-cita ingin menjadi pendakwah amnya kepada masyarakat Islam dan khasnya kepada kaumnya sendiri iaitu Kadazan. Kini beliau aktif berceramah di seluruh negara untuk menyampaikan tazkirah agama khasnya di Jabatan-jabatan kerajaan. Antara tempat yang pernah menjemput beliau adalah seperti Putrajaya Holding, ABIM Serdang, KLCC. Dan antara topic yang sering diperdengarkan kepada masyarakat adalah “Murtad dan Kenapa saya memilih Islam”.

Alhamdulillah kini beliat telah mengislamkan kira-kira 1,000 orang termasuk ibu dan bapanya dan kira-kira 30 buah keluarga terdekat. Menurut beliau demi memperingati pengorbanan Baginda Rasulullah SAW yang mana asbab keperitan baginda dan sahabat-sahabat berdakwah terpancar Islam dan Iman di dada-dada umat Islam hari ini, maka kerja dakwah Islamiyah dan Islahiyah perlu diteruskan agar manusia lain yang belum beriman menerima hidayah daripada Allah. Tanpa asbab kepada hidayah, mereka tidak berpeluang mengecapi nikmat Islam dan Iman.

Oleh yang demikian, Us. Mohd Farhan B Abdullah bersama seketeriat yang ada telah menubuhkan Pusat Pengajian Ilmu-ilmu Islam Al-Azhar Sabah (PUPIS) dibawah kelolaan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari meneruskan usaha melalui lapangan pendidikan dan dakwah yang dinamakan Program Dakwah Bergerak secara sukarela. Setakat ini seketeriat ini telah meratakan tapak masjid – surau dan mendapatkan tapak sementara berkat sumbangan derma masyarakat Islam yang prihatin tentang usaha dakwah.

Namun demikian seketeriat ini masih memerlukan sumbangan dari para penderma membina sebuah pusat pengajian yang menelan belanja lebih kurang RM250,000.00 dan pembinaan Masjid yang bernilai RM90,000.00 Harga sekaki persegi adalah RM50.00. Untuk maklumat lebih kurang 70,000 saudara baru di Sabah yang memeluk Islam sejak zaman pemerintahan Tun Dato’ Mustapha, statistik ini berdasarkan Mingguan Warta 2002. Sesungguhnya asas bagi ajaran Islam yang pertama ialah pembinaan aqidah barulah diikuti dengan hokum-hakam, akhlak dan pemerintahan.

Kepada muslimin dan muslimat yang Allah kurniakan rezeki yang banyak infakkanlah sedikit rezeki itu demi kerja-kerja dakwah, maka bantulah kami dari segi kewangan demi kerja-kerja dakwah, kebajikan dan pendidikan saudara baru di Sabah yang memerlukan bimbingan, tarbiyah, dan bantuan keduniaan. Moga sumbangan ikhlas itu menjadi saham kita di negeri abadi kelak, insyaAllah. Hantarkan sumbangan wakaf, zakat dan derma ke alamat di atas ataupon kreditkan ke dalam akaun Bank Islam atas nama ;

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN BESTARI
NO. AKAUN : 12-029-01-003493-7


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian di bawah
1.Ustaz Mohd Farhan Abdullah - (012) 661 3555
2.Hj Julnialam – (019) 897 9929
3.Hj Rauf – (012) 824 9935
--------------------------------------------------------------
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu) , maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”( Al-Baqarah : 271 )

Rimbunan Kemaafan

Alhamdulillah ...
Ada satu peringatan menarik dihantar oleh seorang sahabat melalui email... Jazakallahu khairan katheera sahabat..
Menarik dalam kita meniti kehidupan bersahabat dan bermasyarakat ....
Terasa ingin berkongsi di blog ....
 
Ini sebuah kisah anonymous tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.
 
Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya.  Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu: HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU..

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin."

Cerita di atas, bagaimanapun tentu saja lebih mudah dibaca dibanding diterapkan. Begitu mudahnya kita memutuskan sebuah persahabatan 'hanya' karena sakit hati atas sebuah perbuatan atau perkataan yang menurut kita keterlaluan hingga menyakiti hati kita. Sebuah sakit hati lebih perkasa untuk merusak dibanding begitu banyak kebaikan untuk menjaga. Mungkin ini memang bahagian dari sifat buruk diri kita.
 
Kerana itu, seseorang pernah memberitahu saya apa yang harus saya lakukan ketika saya sakit hati. Beliau mengatakan ketika sakit hati yang paling penting adalah melihat apakah memang orang yang menyakiti hati kita itu tidak kita sakiti terlebih dahulu.
 
Bukankah sudah menjadi kewajaran sifat orang untuk membalas dendam? Maka sesungguhnya boleh terjadi kita telah melukai hatinya terlebih dahulu dan dia menginginkan sakit yang sama seperti yang dia rasakan.
Mungkin juga sakit hati kita karena kesalahan kita sendiri yang salah dalam menafsirkan perkataan atau perbuatan teman kita. Mungkin kita tersinggung oleh perkataan sahabat kita yang dimaksudkannya sebagai gurauan.
 
Namun demikian, Saudara-saudaraku, salah seorang guru saya selalu mengajari muridnya untuk memaafkan kesalahan-kesalahan saudaranya yang lain. Tapi ini akan sungguh sangat berat. Karena itu beliau mengajari kami untuk 'menyerahkan' sakit itu kepada Allah -yang begitu jelas dan pasti mengetahui bagaimana sakit hati kita- dengan membaca doa, "Ya Allah, balaslah kebaikan siapapun yang telah diberikannya kepada kami dengan balasan yang jauh dari yang mereka bayangkan. Ya Allah, ampuni kesalahan-kesalahan saudara-saudara kami yang pernah menyakiti hati kami."
 
Karena itu, Saudara-saudaraku, mungkin aku pernah menyakiti hatimu dan kau tidak membalas, dan mungkin juga kau menyakiti hatiku karena aku pernah menyakitimu. Namun dengan iZin-Nya aku berusaha memaafkanmu. Tapi yang aku takutkan kalian tidak mau memaafkan aku.
 
Sungguh, Saudara-saudaraku, dosa-dosaku kepada Tuhanku telah menghimpit kedua sisi tulang rusukku hingga menyesakkan dada. Saudara-saudaraku, jika kalian tidak sanggup mendoakan aku agar aku 'ada' di hadapan-Nya, maka ikhlaskan segala kesalahan-kesalahanku. Tolong jangan kau tambahkan kehinaan pada diriku dengan mengadukan kepada Tuhan bahwa aku telah menyakiti hatimu. Tolong, sekali pun jangan. Tolong, maafkan.

Ambillah iktibar ini..insyaallah kitalah sahabat yang terbaik...

Dengan ikhlas hatinya penulis (akhifaizul) memohon kemaafan kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini secara realiti dan juga maya.


"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" Qaaf : 19