Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, July 18, 2005

Judi oh Judi

Orang duk heboh memperkatakan keruntuhan akhlak dan moral golongan muda sehingga ada yang terlupa keruntuhan akhlak dan moral golongan dewasa juga tidak kurang hebatnya, malahan impaknya lebih bersifat nasional. Impaknya lebih dirasai oleh seluruh negara dek kerana perbuatan sesetengah golongan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Isu judi Datuk Osu Sukam merupakan satu isu nasional yang memalukan, sehinggakan Pak Lah turut berasa kesal yang amat sangat dengan apa yang berlaku.

“Beliau tidak menunjukkan sifat kepimpinan melalui tauladan”, itulah antara komen awal Pak Lah berhubung isu Osu Sukam ini.

Saudara Rozmal Malakan pernah mencoretkan isu perjudian yang berlaku berleluasa di Bandar Senawang, memang benar orang-orang melayu di kadai nombor ekor itu tanpa ada rasa segan silu membeli nombor walhal kedai menjual nombor itu terletak betul-betul dihadapan jalan besar.

Belum pernah kudengar orang menjadi kaya dengan bermain judi. Pengusaha kasino kaya raya itu biasa kudengar, sudah menjadi adat mereka yang mencipta pasti akan berusaha mengaut keuntungan maksima.

Orang kaya kerana rasuah pernah ku dengar, kaya dengan berjudi belum pernah ku dengar, bukan bermakna diriku menyokong orang yang menjalankan urusan rasuah. Kaya kerna rasuah pon tiada gunanya maklumlah rezeki tidak berkat namanya, kadang-kadang terfikir juga dibenak fikiranku, apa mereka tidak takut? Mungkin juga mereka lupa ataupon dikira masih ada kesempatan untuk mengintai pintu taubat satu hari nanti. Moga-moga aku tidak terjebak ke dalam lembah kebatilan ini.

Waktu baca The Star semalam sedikit terkejut dengan fakta mengenai jumlah individu Malaysia yang berjudi. Sekurang-kurangnya 10 individu di Malaysia berhutang dengan jumlah yang tinggi di luar negara.

Dibawah ini diletakkan koleksi artikel yang terdapat di dalam akhbar The Star semalam yang mendedahkan isu ini.

Pendedahan akhbat The Star tentang kaki Judi

--------------------------------------------------------------
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” ( Al-Maidah : 90 )

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home