Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, September 29, 2006

Andai kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir

From email

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
”sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

--------------------------------------------------------------

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (Al- Baqarah:31)

Tuesday, September 26, 2006

Pintu Keampunan

Alhamdulillah, semalam Terawih pertama ku di negeri Shah Alam. MasyaAllah, the jemaah di Masjid negeri Shah Alam memang outstanding. Alhamdulillah.

Kebelakangan ini aku sering berasa sedih, ada banya asbabnya aku bersedih, biarlah tidak kukongsikan di sini. Hatiku cepat betul tersentuh buat masa ini. Masa yang berlalu buat minggu lepas terasa begitu lama berlalu. Saat-saat tersalah ke kereta dan pelbagai lagi saat membuatkan aku rkadang-kala senyum sendirian.

Berbalik kepada Ibadah Terawih, alhamdulillah, masyarakat kita sebenarnya masih cinta untuk mengerjakan dan mengejar ibadah. Buktinya pergilah ke Masjid Negeri Selangor, rata-rata menjejaki masjid ini semata-mata mengejar maghfirahNya, mengejar keredhaanNya dan mengejar seribu keberkatan yang dijanjikan Rabbul ‘Izzati.

Berpusu-pusu manusia berlumba-lumba ke masjid. Alhamdulillah. Moga jemaah yang ramai ini sentiasa istiqamah sepanjang Ramadhan. Jika tidak di masjid ini, perform lah di mana-mana, asalkan kita sama-sama berusaha bertaqarrub kepadaNya. Hidup ini amat singkat, tempoh yang Allah pinjamkan kepada kita tidak terkira nilainya. Jika panjang umur, kita bakal menginjak umur 60,70 atau 80 tahun. Jika Allah izinkan kita hidup hingga esok, maka Ramadhan inilah Ramadhan yg terakhir buat kita. Sudahkah kita fully utilizekan Ramadhan ini.? Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang diredhaiNya.

Dalam orang berpusu-pusu berusaha menambah kebaikan untuk saham akhirat, ada pula dek kerana kebaikan yg dilaksanakan mereka dihumban ke dalam lokap.

Orang nak buat kebaikan pulak yang kena lokap; apa dah jadi dengan undang-undang dan penguatkuasaan sekarang nie. Laporan dibuat, tiada penguatkuasaan, dimanakah silapnya. Kesian den tengok 3 hamba Allah yang cintakan kebaikan ini. Bacalah artikel dibawah untuk merasa kesedihan dengan situasi yang berlaku. Cuba cegah maksiat di bulan yang mulia, ini pula jadinya pada mereka. Moga mereka bertiga dikurniakan ganjaran oleh Allah dengan kebaikan yang mereka lakukan. Ameeeennn.
Orang lain yang patut ditahan, orang lain pula ditahan.
--------------------------------------------------------------

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).(Al-Qasas:10)

Monday, September 25, 2006

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bertemu Ramadhan lagi tahun ini. Alhamdulillah.

Ramadhan Kareem... saya mohon maaf atas segala kesalahan saya samada sedar atau tidak, yg sengaja atau tidak sengaja, zahir & batin pada sahabat2 yang mengenali diri ini mahupon dalam reality atau di alam maya...

Moga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya, insyaAllah...dengan terhapusnya dosa2 yang lalu & doa yang dimakbulkanNya serta diberikan kesempatan untuk bertemu dengan malam al-Qadar & mudahan juga akan tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung semasa di akhirat sana...ameen ya Rabb

-------------------------------------------
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”(Al-Baqarah:185)

Friday, September 15, 2006

EK 343

Ya Allah hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang kurasai. Ya Allah berikan kami kekuatan untuk terus berjuang.

Perasaan yang menyedihkan telah kulalui semalam. Tanpa kusedari air mata kami berlinangan tanpa menghiraukan orang sekitar kami. Air mata tidak putus-putus mengalir.

Ku tunggu EK343 berlepas di Anjung Tinjau. Aku hanya beredar selepas polis hadir membersihkan kawasan berkenaan.

Aku berjanji akan sentiasa mendu’akan kejayaanmu dan keredhaan ke atas mu. Ya Allah berikan kami kekuatan melalui ujian ini. Ya Allah hanya kepadaMu tempat kami bergantung dan menyerah.

--------------------------------------------------------------

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang melindungi dan menolong; mereka itu, adalah orang-orang yang sebenarnya beriman. Bagi mereka adalah ampunan dan rezeki yang mulia.”(Al-Anfal:74)