Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, July 02, 2005

Program Infaq

Alhamdulillah ….
Hari Khamis malam Jumaat baru ini berpeluang mengikuti kuliah Us Mohd Farhan Abdullah di Masjid Al-Muhajirin, TUDM Subang. Seorang bekas Paster di Sabah yang juga merupakan sahabat kepada Nazrey (Raihan). Beliau juga sering memberi tazkirah bersama Ustaz Tajuddin Othman yang merupakan bekas paderi besar Sabah.

Kehadiran ke Kuliah memang tidak dirancang pada dasarnya. Alhamdulillah, sebelum mendirikan solat fardhu Isya tempoh hari berpeluang mendengar sedikit peringatan dari Ustaz.

Seusai urusan di Kapar terpaksa menggagahkan diri kembali ke pejabat untuk membuat sedikit daily report activity di Kapar untuk hari tersebut, malas rasanya nak menangguhkannya. Habis sahaja tugasan dan serba sedikit aktiviti mengsurf di pejabat, diriku terus ke Masjid Muhajirin.

Ustaz Mohd Farhan ketika ini sedang berusaha untuk membina satu pusat pengajian di negeri kelahirannya, disamping itu beliau juga giat menjalankan kerja-kerja dakwah dan islahiyah, di sini saya menyeru pada diri sendiri dan sahabat-sahabat serta pembaca-pembaca blogku yang terasa ingin meninfaqkan bantuan kewangan boleh melakukannya dengan mendeposit wang seperti no akauan bank yang tertera dibawah.

Menderma dengan cara menghantarkan cek, Money Order, Wang Pos juga bulih dilakukan.

SKIM WAKAF TAPAK DAN BANGUNAN
Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Islam Al-Azhar Sabah (PUPIS) & Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari

Lot 23, Fasa 5, Taman Nikmat 89157 Kota Belud, Sabah.
No Pendaftaran : 001393859-U
Tel:088-931249 (Pejabat)

Sesungguhnnya nikmat Islam dan Iman tidak boleh dilahirkan dengan kata-kata. Us Mohd Farhan dahulunya dibesarkan di dalam suasana agama Kristian dan mendapat didikan awal dari ayahnya sendiri yang merupakan bekas ketua gereja. Bila Allah SWT memilih beliau memeluk Islam kira-kira 14 tahun lalu, beliau terus mendalami ilmu-ilmu Islam bermula dengan mengikuti pengajian di Institusi Dakwah Islamiyah PERKIM Pengkalan Chepa, Sijil Pusat Bahasa Arab Nilam Puri, Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM, B.A Al-Quran dan Qiraat di Shoubra Al-Azhar, Mesir dan sekarang dalam proses melanjutkan pengajian ke universiti tempatan dalam peringkat M.A dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan.

Beliau bercita-cita ingin menjadi pendakwah amnya kepada masyarakat Islam dan khasnya kepada kaumnya sendiri iaitu Kadazan. Kini beliau aktif berceramah di seluruh negara untuk menyampaikan tazkirah agama khasnya di Jabatan-jabatan kerajaan. Antara tempat yang pernah menjemput beliau adalah seperti Putrajaya Holding, ABIM Serdang, KLCC. Dan antara topic yang sering diperdengarkan kepada masyarakat adalah “Murtad dan Kenapa saya memilih Islam”.

Alhamdulillah kini beliat telah mengislamkan kira-kira 1,000 orang termasuk ibu dan bapanya dan kira-kira 30 buah keluarga terdekat. Menurut beliau demi memperingati pengorbanan Baginda Rasulullah SAW yang mana asbab keperitan baginda dan sahabat-sahabat berdakwah terpancar Islam dan Iman di dada-dada umat Islam hari ini, maka kerja dakwah Islamiyah dan Islahiyah perlu diteruskan agar manusia lain yang belum beriman menerima hidayah daripada Allah. Tanpa asbab kepada hidayah, mereka tidak berpeluang mengecapi nikmat Islam dan Iman.

Oleh yang demikian, Us. Mohd Farhan B Abdullah bersama seketeriat yang ada telah menubuhkan Pusat Pengajian Ilmu-ilmu Islam Al-Azhar Sabah (PUPIS) dibawah kelolaan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari meneruskan usaha melalui lapangan pendidikan dan dakwah yang dinamakan Program Dakwah Bergerak secara sukarela. Setakat ini seketeriat ini telah meratakan tapak masjid – surau dan mendapatkan tapak sementara berkat sumbangan derma masyarakat Islam yang prihatin tentang usaha dakwah.

Namun demikian seketeriat ini masih memerlukan sumbangan dari para penderma membina sebuah pusat pengajian yang menelan belanja lebih kurang RM250,000.00 dan pembinaan Masjid yang bernilai RM90,000.00 Harga sekaki persegi adalah RM50.00. Untuk maklumat lebih kurang 70,000 saudara baru di Sabah yang memeluk Islam sejak zaman pemerintahan Tun Dato’ Mustapha, statistik ini berdasarkan Mingguan Warta 2002. Sesungguhnya asas bagi ajaran Islam yang pertama ialah pembinaan aqidah barulah diikuti dengan hokum-hakam, akhlak dan pemerintahan.

Kepada muslimin dan muslimat yang Allah kurniakan rezeki yang banyak infakkanlah sedikit rezeki itu demi kerja-kerja dakwah, maka bantulah kami dari segi kewangan demi kerja-kerja dakwah, kebajikan dan pendidikan saudara baru di Sabah yang memerlukan bimbingan, tarbiyah, dan bantuan keduniaan. Moga sumbangan ikhlas itu menjadi saham kita di negeri abadi kelak, insyaAllah. Hantarkan sumbangan wakaf, zakat dan derma ke alamat di atas ataupon kreditkan ke dalam akaun Bank Islam atas nama ;

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN BESTARI
NO. AKAUN : 12-029-01-003493-7


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian di bawah
1.Ustaz Mohd Farhan Abdullah - (012) 661 3555
2.Hj Julnialam – (019) 897 9929
3.Hj Rauf – (012) 824 9935
--------------------------------------------------------------
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu) , maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”( Al-Baqarah : 271 )

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home