Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, June 29, 2005

Proton harus berhenti salahkan orang lain

Assalamualaikum warahmatullah ….
Sekadar mengcopy dan paste satu artikel di dalam Berita Harian hari ini. Kenapa agaknya Mahaleel buat dakwaan macam tu yer? Bukankah dia dah sedia maklum dengan polisi MITI.

Alahai Mahaleel, Proton tu kan dah 2 dekad dah usianya, takkan masih belum mampu bersaing.

Apa yang aku nampak, pihak kerajaan cuba untuk memberi kualiti yang terbaik untuk rakyatnya, tapi persoalan lain plak yang timbul, adakah betul caranya? Macam-macam khabar angin didengari mengenai isu AP, siapakah orang yang bertanggungjawab. Maleh den nak menulih isu nie, masih mencari sumber-sumber yang sahih, sekadar dengar dan baca tanpa bukti yang sahih macam tak best lah pulak untuk ditulis.

Mungkin juga ada kebaikannya apa yang Rafidah buat untuk kita rakyat Malaysia, dalam konteks untuk mendapat kereta yang lebih berkualiti, tapi apa yang kurang menarik adalah; kereta itu masih mahal walaupon sebenarnya masih bulih direndahkan. Sebab apa? Fikir-fikirkanlah.

Aiyaa Mahathir(Penasihat Proton), hang marah sama bekas orang kanan hang ka?
------------------------
Rafidah nafi kerajaan melindungi Kumpulan Naza
PROTON Holdings Bhd (Proton) harus berhenti menyalahkan orang lain dan memfokus usaha membina kekuatan pasaran sendiri supaya lebih berdaya saing, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Rafidah Aziz.

Beliau yang menafikan kerajaan melindungi Kumpulan Naza, menegaskan Proton tidak harus mengungkit kesalahan orang lain jika gagal bersaing dengan pengeluar lain terutama kereta dari Korea yang menjual kereta lebih murah.

“Kerajaan komited untuk terus memberi perlindungan kepada pengeluar kereta nasional termasuk Proton. Kereta import siap bina (CBU) hanya mewakili 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang dikeluarkan di Malaysia.

“Saya difahamkan Proton dan Perodua menguasai lebih 80 peratus pasaran...tak kan 80 peratus tak boleh bersaing dengan yang 10 peratus,” katanya selepas merasmikan bilik pameran bersepadu Naza World Hyper Showroom milik syarikat Naza Motor Trading Sdn Bhd di Petaling Jaya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Eksekutif Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff, dalam sebuah akhbar tempatan bahawa dasar automotif tempatan tidak jelas serta kenapa perlu ada empat pengeluar berstatus nasional.

Rafidah berkata, dasar automotif negara sangat jelas dan difahami semua pengeluar tempatan.

“Jika dia (Proton) tidak jelas mengenai dasar yang ada, ia boleh merujuk dengan Miti,” katanya sambil menambah keputusan kerajaan memberikan status kereta nasional kepada Naza dan Inokom dibuat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi Perdana Menteri.

Rafidah berkata, Proton tidak pernah mengadu secara langsung kepada Miti dan apa yang beliau ketahui hanya menerusi akhbar.

Beliau menegaskan Proton perlu menumpukan usaha memperbaiki daya saing dan memfokus membentuk ‘kelebihan’ sendiri untuk memenangi pasaran berikutan kereta import terutama dari Korea adalah murah.

“Saya sendiri sudah lihat kereta Daewoo Matiz di Korea dijual pada harga atas jalan termasuk semua cukai berkaitan pada AS$8,000 (RM30,400) seunit,” katanya.

Rafidah berkata, ini kerana syarikat kereta Korea mendapat sokongan teknologi dan sinergi pengeluar kereta asing termasuk General Motors (GM) dan mereka mengeluarkan berjuta-juta kenderaan setahun.

Mengenai draf pembentukan Dasar Automotif Nasional (NAP), beliau berkata, kementeriannya sedang memperhalusi draf itu sebelum membentangkannya kepada Kabinet dalam tempoh sebulan lagi.

Katanya, masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi termasuk aspek teknikal.

“Draf itu bukan hanya menyentuh mengenai duti tetapi menggariskan hala tuju keseluruhan sektor automotif bagi menjadikan Malaysia sebuah hab serantau pengeluaran automotif dan komponen,” katanya.

Mengenai struktur duti baru bagi kenderaan import, beliau berkata, ia dijangka diumumkan Kementerian Kewangan pada Ogos depan.

Jalan-jalan Alam Siber
Sekitar isu kebolehan menjadi pelacur kesan akibat dharurat telah menjadi isu sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi kolumn ini ditulis oleh Dr. Masyitah. Secara peribadinya saya tak tahu adakah ianya benar-benar ditulis oleh Dr. Masyitah atau tidak.

Alhamdulillah, saudara Rozmal ada menulis isu ini dan meminta penjelasan dari pihak yang berkuasa.

Saudara Rozmal ada menulis di dalam Diari Negeri Sembilan nya mengenai isu ini. Untuk yang ingin membacanya bulihlah melayari laman web dibawah.

Achieves June 2005 Diari Negeri Sembilan oleh Saudara Rozmal

Saturday, June 25, 2005

Gantung dan Gantung Lagi


Mohd Isa digantung.
Antara berita sensasi minggu ini. Dalam selang tak sampai dua minggu dua orang digantung.
Pertama, Y.B. Tuan S. Sothinathan MP Kemang dalam N9 dan yang kedua YB Dato’ Seri Utama Mohd Isa Samad juga dari N9.

Tapi penggantungan mereka didasarkan oleh dua sebab yang berlainan, satu kerana tak pueh hati dengan status CSMU, yang secara kebetulannya ramai pelajar kaum India di sana, dan sebagai wakil kepada kaum India YB Sothi mempertahankan kedudukan pelajar-pelajar kaum India yang sedang menuntut di sana. Tapi mungkin cara beliau tak kena (bak kata pakdi), jadi terpaksalah dia menerima akibat dari kelantangan beliau. 3 month suspenssion.

Keputusan dari pihak kerajaan menyatakan CSMU tak diiktiraf kerana sebab-sebab kualiti pembelajaran perubatan yang dilaksanakan di CSMU. Secara peribadinya sy bersimpati dengan nasib-nasib pelajar di sana. Tapi apa boleh buat kerajaan telah buat keputusan sebegitu, tapi persoalan timbul kenapa pihak kerajaan tidak membuat penyelidikan terhadap institusi pendidikan itu terlebih dahulu sebelum menghantar pelajar-pelajar ke sana. Jangan tak tahu pelajar tajaan MARA pon ada di sana. Bila melibatkan MARA sudah pasti ianya melibatkan kerajaan secara tak langsung.

Kes kedua lebih menarik, Isa kena gantung 6 tahun, Alhamdulillah …. Secara peribadinya sy rasa jika dia bersalah memang patut digantung. Terlalu banyak cerita yang tak menarik didengar tentang Isa, dan pernah juga diri sendiri terkena dengan buah mulut Isa nie.

Bila dah ada di atas terasa nak lagi diatas, namanya Hubbud Dunia, bila ada rasa terlalu cintakan dunia (terlalu yer, jika cintakan sahaja mungkin tidak mengapa) sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya.

Bila dah ada wang tak cukup plak rasanya, nak plak kuasa dan kedudukan yang tinggi. Maklumlah antara MB terlama yang pernah duduk dikerusi empuk MB. Elok bebenorlah jika hukuman seberat-beratnya dilaksanakan jika dia didapati bersalah.

Ada beberapa statement di dalam paper yang sebenarnya boleh membuatkan imej Mohd Isa nie tercalar dengan lebih parah. Lihatlah cara dia menjawab pada wartawan. Lihatlah cara dia menjawab tatkala dia berjalan ke keretanya sebaik turun dari tingkat 38 tempoh hari. Sepatutnya dia bertindak lebih manis dari apa yang dilakukannya.

Mohd Isa ketika dihubungi malam tadi pula berkata: “Saya tak tahu. Kamu lebih tahu. Saya tauliahkan kamu untuk tulis apa yang kamu nak tulis. Bukankah kamu lebih tahu. Jadi tulislah apa yang kamu tahu. Saya dah beri tauliah kepada kamu.” (Berita Harian Statement) ---> angkuhnya

Thank You Pak Lah.
Siapa pula selepas nie yer?

1. Berita Utusan Malaysia
2. Berita Harian
3. VP Isa Suspended From Umno For Six Years - Bernama
4. Vacant Umno Vice-president Post Will Not Be Filled - Bernama

----------------------------------------------------------

“Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;.“ (Al-Infitaar:7)

Friday, June 24, 2005

Debat Dr. Asri & AJ


Assalamualaikum warahmatullah ….
Dua hari lepas memperolehi sms dari seorang yang sahabat yang mempromo satu program yakni debat AJ dan Ust. Asri.

Dan Alhamdulillah hari nie dapat detail mengenai program dari seorang sahabat. Syukran jazeelan sahabat. Di sini sy letakkan sedikit info mengenai debat ini. Ianya dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf.

Kalau rasa-rasa nak nengok kelibat AJ yang kontorversi nie, bulih laa ke program berkenaan. Rasa-rasanya iklan nie bakal ada kut dalam keluaran Majalah i bulan Julai, tak sempat nak cek lagi sebab majalah biasanya sampai rumah kek Seremban. Belom berkesempatan melihat isi dalamnya lagi.

-------------------------

Debat Astora Jabat vs Dr. Mohd, Asri

Tajuk : Gerakan Tajdid Satu Perbincangan

Tarikh: Sabtu, 9 Jamadiul Akhir 1426 16 Julai 2005
Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Anjuran Bersama: Dewan Bahasa & Pustaka, Kumpulan Karangkraf dan Barakat Al-Aziziyyah


TEMPAT TERHAD, DAFTAR SEKARANG

Perbincangan Isu Terkini Agama

Anda telah mengikuti siri seminar-seminar yang kami anjurkan sebelum ini, antaranya Seminar Pertelingkahan Sahabah (2003), Seminar Penyelewengan Tarikat (2004), dan Seminar Bahaya Islam Liberal (Mei 2005). Semuanya padat dengan ilmu, dan panas dengan reaksi peserta dan penceramah.

Kali ini kami membawa dua orang penceramah untuk berdebat mengenai berbagai-bagai isu agama terkini:

Astora Jabat

Editor Majalah Al-Islam, juga kolumnis ruangan agama di akhbar Mingguan Malaysia. Tulisan dan pandangan beliau mengenai isu-isu dan hukum-hakam Islam, selalu dianggap kontroversi dan bercanggah dengan pandangan umum. Beliau menyuarakan pendapat tanpa selindung, dan sedia menerima kritikan dari orang ramai.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Pakar ilmu hadis, dan kini menjadi pensyarah kanan Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM). Sering memberi ceramah mengenai isu-isu agama semasa, dan membentang kertas kerja pada seminar dalam dan luar negara. Menghurai dan sanggup berhujah mengenai sesuatu perkara berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Matlamat Program
Mendapatkan penjelasan mengenai berbagai-bagai isu terkini agama. Kedua penceramah akan mengemukakan hujah berdasarkan fakta-fakta ilmiah, juga berpandukan sumber-sumber yang diperuntukkan oleh hukum-hakam agama Islam. Mengelakkan buruk sangka di kalangan sesama Islam, menerusi penyebaran maklumat yang tepat. Mencari kejernihan dari kekeruhan yang berpunca dari kelemahan dan kurang pengetahuan mengenai sesuatu perkara.

Membuka peluang kepada peserta untuk bertanya perkara-perkara yang menimbulkan keraguan, juga sama-sama berhujah dan memberi pendapat berhubung satu-satu isu agama.

Peserta
Para ulama, pengkaji ilmu agama, pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi, guru, dan mana-mana individu yang prihatin dan sentiasa mengikuti isu-isu Islam semasa. Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak digalakkan mengikuti debat ini.

Tempat terhad (hanya untuk 800 peserta), permohonan untuk menyertai debat ini ada berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. Mendaftarlah sekarang, sebelum kehabisan tempat!

Bayaran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM30. Bayaran tersebut ialah untuk mendapatkan beberapa majalah terkini terbitan Kumpulan Karangkraf, minum pagi, dan kos pengurusan.

Tag Nama
Untuk memudahkan urusan masuk dan keluar dewan, setiap peserta yang telah membuat pembayaran dan disahkan tempat akan diberi tag nama. Kami terpaksa mengadakan kawalan memandangkan tempat terhad, dan tidak mahu mana-mana peserta tidak mendapat tempat duduk.

Pendaftaran
Bayaran juga boleh dibuat menerusi akaun bank atas nama Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Mayban No. Akaun 014271-20001-1). Untuk pengesahan, slip pembayaran menerusi bank hendaklah difaks kepada

Ahmad Yani Abd. Manaf menerusi No. Faks 03-5101 3601.

Urusetia boleh dihubungi menerusi telefon.
Ahmad Yani Abd Manaf 03-5101 3856 / 019-3911313
Emel: ahmad.yani@karangkraf.com.my

Ahmad Baei 03-5101 3876
Nurol Shafie Anuar 03-5101 3724
Saharom Abd Aziz 03-51013876

Wallahu ‘alam ..

--------------------------------------------------------------
“Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
” (Al-Ghaffir:65)

Thursday, June 23, 2005

Perbezaan Pendapat adalah Kekayaan.


Perbezaan disamping merupakan satu rahmat dan keperluan, ia juga merupakan satu kekayaan yang tidak ternilai.

Perbezaan pendapat yang besifat ijtihad telah memperkayakan, mengembangkan dan memperluaskan fiqh. Ini kerana setiap pendapat pasti didasarkan kepada dalil-dalil dan pertimbangan syariat yang digali oleh akal para ulama dan pemikir Islam yang cemerlang melalui ijtihad, istinbhat, qiyas, istihsan, tarjih dan sebagainya.

Dengan pelbagai metadologi dan sumber pengambilan ini maka khazanah fiqhiah semain bertambah luas dan beraneka coraknya dari madrasatul hadis(aliran tekstual) hingga ke madrasatur ra’yi(aliran konteksual).

Aliran pertengahan pula mengambil pendapat terbaik daripada setiap aliran tanpa berpihak kepada Imam atau pendapat tertentu dan menghindari titik-titik lemah di setiap aliran berdasarkan ijtihad yang dilakukannya.

Akhirnya, berbagai madrasah, pendapat dan mazhab ini menghasilkan suatu khazanah dan kekayaan ilmiah yang tidak ternilai dan hanya orang-orang yang berilmu sahaja yang dapat menghargai nilainya.

Hal ini juga pernah disentuh oleh beberapa lembaga dan seminar-seminar antarabangsa di abad ini, seperti Seminar Perbandingan Undang-Undang yang diadakan di Lahay pada tahun 1936 M dan Seminar Paris pada tahun 1951 M. Bahkan Lembaga Pengkajian Fiqh di Rabitah Alam Islami, dalam pertemuannya yang kesepuluh yang diadakan pada tahun 1403 H, telah mengeluarkan suatu pandangan penting mengenai perbezaan fiqhiah antara berbagai mazhab dan masalah taasub fiqhiah di kalangan para pengikut mazhab. Berikut adalah kutipan teks dari Lembaga Pengkajian Fiqh tersebut ;

Segala puji hanya milik Allah. Selawat dan salam dilimpahkan atas junjungan Nabi terakhir Muhammad SAW dan para sahabatnya.

Amma ba’du ;

Sesungguhnya Lembaga Pengkajian Fiqh Islami dalam pertemuan yang kesepuluh yang diadakan di Makkah Al-Mukarramah, dari hari Sabtu 24 Safar 1408/17 Okt 1987 hingga hari Rabu 28 Safar, telah membahaskan perbezaan fiqh antara berbagai mazhab yang dianuti umat. Dibahaskan juga masalah taasub mazhab secara tidak sihat hingga mengakibatkan penghinaan terhadap mazhab dan ulama yang bukan semazhab.

Dalam pertemuan ini dibahas berbagai masalah yang menghantui fikiran dan pemahaman generasi muda sekarang berhubung dengan perbezaan mazhab yang tidak mereka katahui hujung pangkal permasalahan dan kepentingannya. Generasi muda yang telah berjaya diyakini oleh orang-orang tertentu terhadap suatu pola berfikir, tertanya-tanya mengapa harus terjadi perbezaan mazhab? Mengapa tidak disatukan sehingga kaum Muslimin menganut satu azhab dan satu pemahaman tentang hokum-hukum syariat?

Bukankah syariat Islam itu satu dan prinsip-prinsipnya juga diambil dari Al-Quran dan Sannah Nabawiyah yang sahih dan padu?

Selain itu dibahas juga masalah taasub mazhab dan masalah muncul darinya terutama di kalangan para pengikutnya yang beraneka aliran dan pemikiran kontemporari yang berkembang akhir-akhir ini. Mereka in mengajak kepada langkah ijtihad baru dan memandang rendah mazhab-mazhab yang telah dianut oleh umat Islam selama beberapa abad. Bahkan mereka mencaci maki sebahagian Imam dan fuqaha mazhab yang telah banyak berjasa.

Setelah melakukan perbahasan dan penkajian mendalam berhubung masalah ini, akhirnya Lembaga Pengkajian Fiqh Islami mengeluarkan keterangan yang ditujukan kepada kedua pihak; baik yang menolak ataupon yang taasub terhadap mazhab.

Perbezaan Mazhab
Sesungguhnya perbezaan mazhab-mazhab pemikir yag berkembang luas di negeri-negeri Islam ada dua jenis;

1. Perbezaan berkaitan mazhab-mazhab Aqidah.
Perbezaan ini merupakan musibah yang membawa berbagai tragedy di negeri-negeri Islam dan memecah belah barisan kaum Muslimin. Perbezaan ini perlu dihapuskan.

Umat Islam harus bersatu dalam mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang mencerminkan pemikiran Islam yang benar di mana Rasulullah SAW dan khulafa’ Ar-Rasyidin yang telah diumumkan oleh Nabi SAW sebagai kesinambungan dari Sunnahnya.

“Kamu harus mengikut Sunnahku dan sunnah para khulafa’ yang dipilih sesudahku. Berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah ia dengan gerahammu.”

2. Perbezaan berkaitan mazhab-mazhab Fiqh.
Perbezaan mazhab-mazhab fiqiah ini memiliki sebab-sebab ilmiah yang melatarinya. Di antara hikmah ilahiah daripada wujudnya perbezaan dalah masalah ini ialah; sebagai rahmat kepada hambaNya dan memperluaskan istinbhat (keterangan) hokum dari nas-nas syariat. Perbezaan ini juga merupakan nikmat dan kekayaan fiqhiah yang menjadikan umat Islam berada dalam kebebasan agama dan syariatnya. Mereka tidak terbatas dalam satu aplikasi hokum syariat tanpa memiliki alternative lain. Bahkan jika mazhab salah seorang Imam pada suatu masa dan dalam masalah tertentu terasa menyukarkan umat, maka di dalam mazhab lain ditemui kebebasan dan kemudahan; baik yang berkaitan masalah ibadah ataupon muamalah dan masalah-masalah keluarga, keadilan dan jinayat.

Perbezaan fiqh tidak bererti adanya kekurangan dan sesuatu yang berlawanan dalam agama kita. Bahkan perbezaan ini tidak dapat dihindari. Tidak ada satu pun sistem perundangan yang dimiliki oleh umat manusia kecuali telah menimbulkan perbezaan ijtihad dalam usaha memahami dan menerapkannya.

Pada hakikatnya perbezaan ini tidak mungkin dapat dihindarkan lantaran nas-nas asas yang mengandungi lebih dari satu makna. Di samping itu nas tersebut tidak mungkin mencakupi semua permasalahan yang mungkin terjadi, sebab nas-nas ini terbatas sedangkan permasalahan yang timbul tidak terbatas. Oleh sebab itu, kita mesti menggunakan qiyas dan menganalisa sebab-sebab suatu hukum, tujuan adanya syariat dan sasaran-sasaran umum yang ditetapkan oleh syariat. Usaha tersebut dijalankan untuk memberi jawapan terhadap permasalahan dan kes-kes yang sama sekali baru. Dalam hal inilah terjadi perbezaan pemahaman oleh para ulama dan kesimpulan-kesimpulan mereka mengenai hal-hal yang mempunyai beberapa penafsiran. Akibatnya, lahirlah beberapa hukum ijtihad yang berlainan mengenai suatu masalah. Tetapi masing-masing bermaksud mencari kebenaran, sehingga bagi ijtihad yang benar mendapat dua pahala dan bagi ijtihad yang keliru mendapat satu pahala.Dari sinilah timbul kebebasan.

Dengan demikian tidak ada alasan untuk mengatakan perbezaan fiqhiah ini sebagai suatu kekurangan. Bahkan ia merupakan satu kebaikan, rahmat dan nikmat dari Allah kepada para hambaNya yang beriman. Pada masa yang sama perbezaan ini merupakan kekayaan perundangan terbesar dan keistimewaan yang patut dibanggakan oleh umat Islam. Tetapi kaum yang sesat dari luar Islam yang memanfaatkan kelemaham wawasan para pemuda dan pemudi Muslim, memberikan gambaran kepada mereka bahawa perbezaan mazhab fiqhiah sama dengan perbezaan mazhab I’tiqadiah. Seterusnya kaum penyesat ini secara licik dan tanpa mahu menghiraukan perbezaan antara kedua perbezaan tersebut mengatakan bahawa hal ini menunjukkan sifat bertentangan dalam syariat Islam.

Terdapat kelompok lain yag menyeru penghapusan mazhab dan ingin membawa manusia kepada garis ijtihad baru seraya mengecam mazhab-mazhab fiqh yang ada para Imamnya. Sesungguhnya penjelasan penulis tentang mazhab fiqhiah dan keistimewaan kewujudannya di atas sudah cukup untuk menghentikan pola pemikiran dan gagasan yang bermaksud menyesatkan dan memecah-belah barisan kaum Muslim. Kaum Muslim tidak boleh berpecah belah kerana mereka memerlukan satu persatuan kalimat dalam menghadapi tentangan berbahaya dari musuh-musuh Islam ini.

Semoga selawat dan salam dicurahkan kepada junjungan kita Muhammad SAW dan keluarganya. Segala puji milik Allah, Penguasa alam semesta.

Sumber : Fiqh Ikhtilaf ; Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam yang Dibenarkan dan Dilarang oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi. Menurut nota kaki pengarang sebahagian artikel ini diperolehi dari Majalah Majma’ Fiqh Islami

Wallahu ‘alam ..

--------------------------------------------------------------
“Dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Al-Ahzab:72)

Wednesday, June 22, 2005

Rhetoric or Reality?


Semalam tergerak hati nak nengok Fast Forward. sebuah rancangan di TV1.
Alhamdulillah hari nie wakil PAS diberi peluang untuk diwawancara oleh moderator rancangan ini. YB Nasharuddin Mat Isa diwawancara.

PAS rhetoric or reality? Ada beberapa benda yang tak menarik yang diutarakan oleh moderator rancangan ini. Yang mana diriku rasa moderator macam tak buat sedikit homework. Ada beberapa soalan yang bulih dikategorikan clumsy jugak lah yang diutarakan oleh moderator.

Mungkin ada sesetengan ilmuwan dari golongan kerajaan juga akan merasa kecewa dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh moderator rancangan tersebut.

Antara soalan yang kukira tak menarik ialah “Why do the ulama’ and the professionals in your party tends to have conflict among yourselves”

Konflik ni sebenarnya suatu benda yang pasti hadir dalam satu organisasi, organisasi tanpa konflik merupakan satu organisasi yang ada masalah. Jika moderator ada mengikuti kelas Management mungkin soalan ini tak keluar. Alhamdulillah ustaz menjawab “Conflict is a normal thing.”

Konflik dalaman dalam PAS jadi besar sebab apa? Salah satu sebab utamanya adalah peranan media. Secara peribadinya diriku merasakan rata-rata orang setuju dengan pendapat ku yang ini, media Malaysia sering mengsensasikan berita konflik dalaman sesebuah organisasi, lebih-lebih lagi yang tidak sealiran. Mungkin agak keterlaluan kalau diriku mengatakan media Malaysia yang suka mensensasikan isu, mungkin semua media begitu kot, diriku bukan menidakkan peranan dan tanggungjawab pihak media menyampaikan perkara yang benar. Tetapi ada kalanya pihak media akan berusaha mensensasikan sesuatu berita.

Soalan kedua yang kukira sekadar nak menembak Ustaz adalah “As we can see in the recent party election Dr Mariah was nominated by Nik Aziz himself, but unfortunately she was not elected by the members, is this happen because in your organization gender biasness is being practice?”

Soalan nie macam terkena diri sendiri buat tuan moderator (maksudku soalan low quality), memula cakap Tn Guru nominate Dr Mariah, lepas tu cakap pasal gender biasness yang diamalkan oleh PAS, kalau kepimpinan PAS mengamalkan gender biasness, mana mungkin Tn Guru calonkan Dr. Mariah. Kalau orang tu mengamalkan gender biasness kenapa dia mesti calonkan seorang perempuan. Pelik-pelik, macam mana soalan macam nie bulih keluar.

Jawapannya mudah sahaja, macam Ustaz jawab, Dr. Mariah kalah sbb tak dipilih, itu sahaja, pemilihan adalah secara adil dan telus. Kalau dah tak cukup undian takkan kita nak umumkan dia menang. Tak mungkin berlakukan?

Sekadar mencoret sebelum melelapkan mata. Kadang-kadang suka gak tengok rancangan macam nie, sbb kita belajar dari kelemahan orang, dan belajar dari kekuatan orang. Kelemahan orang kita jadikan sempadan buat kita, kekuatan orang kita cerna untuk diri kita.

Wallahu ‘alam ..

--------------------------------------------------------------
“Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).” (Al-'Imran:101)

Tuesday, June 21, 2005

Harga minyak mentah naik paras tertinggi


Semalam waktu duk nengok Nightline terkejut dengan harga baru minyak. Sekadar meletakkan news Bharian agar ingat bila harga nie naik ke paras ini di masa hadapan tak berkesempatan nak mengulas.

HARGA minyak mentah melonjak ke paras tertinggi melepasi AS$59 setong semalam, meneruskan kenaikan minggu lalu berikutan tekanan ke atas konsulat Eropah di Nigeria menambahkan kebimbangan pelabur yang sudah sedia bimbang mengenai kekurangan bekalan.

Harga bahan api itu meningkat lebih sembilan peratus, atau hampir AS$5 (RM19) minggu lalu.

Kontrak hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Julai mencecah rekod AS$59.23 setong, sebelum stabil pada AS$58.82 setong semalam.

Kontrak bagi Ogos pula meningkat 46 sen kepada AS$59.64 setong dan kontrak bagi tempoh empat bulan terakhir tahun ini, ketika permintaan minyak meningkat di atmosfera utara, diniagakan melebihi paras AS$60 setong.

Jumaat lalu, pasaran kembali bimbang mengenai eksport minyak mentah daripada negara pengeluar apabila AS, Britain dan Jerman menutup pejabat konsulat masing-masing di Lagos, Nigeria, Jumaat lalu yang didakwa disebabkan kebimbangan ugutan kumpulan militan asing.

“Pasaran terus mengesyaki akan berlakunya gangguan bekalan berikutan isu di Nigeria itu.

“Apabila peristiwa sedemikian berlaku pada waktu sebegini, harga akan memberikan reaksi kuat,” kata Daniel Hynes, penganalisis di ANZ bank.

Nigeria, pengeluar minyak kelapan terbesar dunia yang membekal kira-kira 10 peratus minyak mentah AS, dinamakan calon bagi ‘pembebasan’ oleh Osama Laden.

Tinjauan industri di Boston minggu lalu menunjukkan lebih separuh responden menganggap pergolakan politik di negara strategik berkemungkinan menjadi punca kepada gangguan bekalan minyak.

Wujud juga kebimbangan penutupan kilang memproses diesel, minyak pemanas dan minyak jet, berikutan bekalan tidak mencukupi pada separuh kedua ini.

Harga naik melebihi 35 peratus sejak Januari berikutan dana spekulatif bertaruh pertumbuhan ekonomi global kukuh akan mengekang bekalan, terutama jika berlaku gangguan tidak dijangkakan, seperti penutupan kilang memproses petrol Royal Dutch/Shell di Deer Park, Texas, minggu lalu.

Kilang itu berkemungkinan akan ditutup selama dua minggu. – Reuters

Baca lagi mengenai Berita harga kenaikan minyak dunia.

1.Sumber 1
2.Sumber 3
3.Sumber 3
----------------------------------------------------------

“ Sesiapa yang kufur ingkar maka dia lah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing.“ (Ar-Rumm:44)

Monday, June 20, 2005

“This is not a race this is a fuss”


“This is not a race this is a fuss”. Seperti biasa malam ahad mesti pulang sedikit lewat, usai kelas baru balik ke Puchong. Dalam jam 1215 baru bertolak pulang ke Puchong.

Sirkit Indianapolis melakar sejarahnya sendiri semalam. Rasa macam kelakar pon ada. Percayakah anda hanya 6 kereta sahaja bermula dalam perlumbaan malam tadi. Dua biji Ferrari, dua biji Jordan dan dua biji Minardi. Terkejut betoi den…. Macam kelakar jer dengan apa yang berlaku.

Semua kereta Michelin tak bulih race, sebabnya mudah sahaja, takut tayar tak bulih tahan sampai habis race, mengikut peraturan baru FIA setiap kereta memang tak bulih tukar tayar la nie. Tayar yang dipakai waktu start race sampai la ke habis race depa kena pakai tayar yang sama.

Tayar Michelin tak bulih race. Pelik betoi, depa tak study ke circuit nie, sepatutnya race nie menjadi circuit yang paling best, mana taknya speed bulih menjejak ke 360 km/h di circuit nie.

Michelin oh Michelin, apa la yang korang buat, korang dah tau properties tayar soft compound korang macam tu, kenapa laa tak enhance kan tayar hangpa, tak buek simulation ke waktu develop tayar. Pelik betoi, kesian pon ada kek Michelin, tapi yang paling kesian peminat-peminat F1 laaa… Yang ada kek circuit tu la yang paling kecewa, siap ada yang baling botol air lagi tu. Hilang kesabaran laa agaknya tu.

Sebenarnya den nie peminat Ferrari, tapi bukanlah peminat yang betoi-betoi, sekadar meminatinya sahaja, walaupon waktu den tulis entry nie Ferrari belom menang, sebab race belom habih, sy tetap kecewa tengok race yang macam tu. Klakar lah plak rasanya, enam kereta yang bertarung merebut 8 tempat untuk mendapatkan mata.

Untuk season nie kalau Minardi dengan Jordan habih race, nie lah mata pertama mereka. Lepas nie confirm la pueh Michelin nak menjawab. Yang sebenarnya mereka nie tak bulih race sebab safety issue. Menurut adik den, last corner tu merupakan corner yang paling laju, dan sebaik sahaja lepas corner tu memang straight lane yang mana bertepikan tembok. Kalau langgar confirm berderai kereta.

Disebabkan Michelin punya authority kata tayar tu bakal haus sebelum race habis, jadi kebarangkalian untuk terlajak di corner terakhir tu memang tinggi, jadi mereka nasihatkan mereka agar tidak race, tapi ada la sorang driver nie namanya David Coulthard waktu starting grid warm-up duk jugak ghasa dia nak race, tapi boss RBR Cosworth kata tak bulih. Bahaya sangat.

Pasukan-pasukan yang menggunakan tayar Michelin ada request agar FIA menambahkan chicane pada last cornet tu, dengan tujuan dapat lah mereka semua (baca termasuk Ferrari yer) slow down di situ, tapi permintaan mereka ditolak oleh FIA. Ada baiknya juga permintaan mereka ditolak. Bila permintaan macam nie ditolak baru lah ada tanggungjawab yang berat yang bakal dipikul oleh pengeluar tayar Michelin. Akhirnya 6 biji kereta je bertarung. Makin rapat la jurang mata Micheal nampaknya.

Moga-moga di masa hadapan perkara nie tak berlaku lah lagi hendaknya. Untuk mengetahui perkembangan terkini anda bulih layari laman web di bawah.

Official Formula One website

Sunday, June 19, 2005

Ketenangan Hati


Artikel kali ini deperolehi dari seorang sahabat melalui email tak ingat pula bila sahabat sy tu mengemailkan pada saya.Terima kasih sahabat.

Dalam perkembangan hidupnya, manusia seringkali berhadapan dengan berbagai masalah. Akibatnya timbul kecemasan, ketakutan dan ketidaktenangan, bahkan tidak sedikit manusia yang akhirnya sehingga melakukan tindakan-tindakan yang dianggap tidak mungkin dilakukannya, baik melakukan kejahatan terhadap orang lain seperti banyak terjadi kes pembunuhan termasuk pembunuhan terhadap anggota keluarga sendiri maupun melakukan kejahatan terhadap diri sendiri seperti meminum minuman keras dan ubat-ubat terlarang hingga tindakan bunuh diri. Oleh kerana itu,ketenangan dan kedamaian jiwa sangat diperlukan dalam hidup ini yang terasa kian berat dihadapinya.

Itu sebabnya, setiap orang ingin memiliki ketenangan jiwa. Dengan jiwa yang tenang kehidupan ini dapat berjalan secara teratur dan benar sebagaimana yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya. Untuk menggapai ketenangan jiwa, banyak orang yang mencapainya dengan cara-cara yang tidak Islami, sehingga bukan ketengan jiwa yang didapat tapi malah membawa keserabutan dalam jiwanya itu. Untuk itu, secara tersurat, Al-Qur'an menyebutkan beberapa cara yang perlu kita praktis.

1. Dzikrullah.
Dzikir kepada Allah SWT merupakan cara untuk menggapai ketenangan jiwa, yakni dzikir dalam arti selalu ingat kepada Allah dengan menghadirkan nama-Nya di dalam hati dan menyebut nama-Nya dalam berbagai kesempatan. Bila seseorang menyebut nama Allah, memang ketenangan jiwa akan diperolehnya.

Ketika berada dalam ketakutan lalu berdzikir dalam bentuk menyebut ta'awudz (mohon perlindungan Allah), dia menjadi tenang. Ketika berbuat dosa lalu berdzikir dalam bentuk menyebut kalimat istighfar atau taubat, dia menjadi tenang kembali kerana merasa telah diampuni dosa-dosanya itu.Ketika mendapatkan kenikmatan yang berlimpah lalu dia berdzikir dengan menyebut hamdalah, maka dia akan meraih ketenangan karena dapat memanfaatkannya dengan baik dan begitulah seterusnya sehingga dengan dzikir, ketenangan jiwa akan diperoleh seorang muslim, Allah berfirman yang artinya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tentram.”(Ar-Ra’ad:28).

Untuk mencapai ketenangan jiwa, dzikir tidak hanya dilakukan dalam bentuk menyebut nama Allah, tapi juga dzikir dengan hati dan perbuatan. Karena itu, seorang mu'min selalu berdzikir kepada Allah dalam berbagai kesempatan, memandu, baik duduk, berdiri maupun berbaring.

2. Yakin Akan Pertolongan Allah.
Dalam hidup dan perjuangan, seringkali banyak mehnah,tribulasi tentangan dan hambatan yang harus dihadapi, adanya hal-hal itu seringkali membuat manusia menjadi tidak tenang yang membawa pada perasaan takut yang selalu menghantuinya. Ketidaktenangan seperti ini seringkali membuat orang yang menjalani kehidupan menjadi berputus asa dan bagi yang berjuang menjadi takluk bahkan berkhianat.Oleh kerana itu, agar hati tetap tenang dalam perjuangan menegakkan agama Allah dan dalam menjalani kehidupan yang sesulit apapun, seorang muslim harus yakin dengan adanya pertolongan Allah dan dia juga harus yakin bahwa pertolongan Allah itu tidak hanya diberikan kepada orang-orang yang terdahulu, tapi juga untuk orang sekarang dan pada masa mendatang, Allah berfirman yang ertinya: “Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tentram hatimu karenanya.Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-`Imran : 126)

Dengan memperhatikan betapa banyak bentuk pertolongan yang diberikan Allah kepada para Nabi dan generasi sahabat dimasa Rasulullah SAW, maka sekarangpun kita harus yakin akan kemungkinan memperoleh pertolongan Allah itu dan ini membuat kita menjadi tenang dalam hidup ini.

Namun harus kita ingat bahwa pertolongan Allah itu seringkali baru datang apabila seorang muslim telah mencapai kesulitan yang sangat atau dipuncak kesulitan sehingga kalau diumpamakan seperti jalan, maka jalan itu sudah buntu. Dengan keyakinan seperti ini, seorang muslim tidak akan pernah cemas dalam menghadapi kesulitan karena memang pada hakikatnya pertolongan Allah itu dekat, Allah berfirman yang artinya: “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: `Bilakah datangnya pertolongan Allah?` Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (QS Al-Baqarah:214).

3. Memperhatikan Bukti Kekuasaan Allah.
Kecemasan dan ketidaktenangan jiwa adalah kerana manusia seringkali terlalu merasa yakin dengan kemampuan dirinya, akibatnya kalau ternyata dia merasakan kelemahan pada dirinya, dia menjadi takut dan tidak tenang, tapi kalau dia selalu memperhatikan bukti-bukti kekuasaan Allah dia akan menjadi yakin sehingga membuat hatinya menjadi tentram,hal ini kerana dia sedari akan besarnya kekuasaan Allah yang tidak perlu dicemasi, tapi malah untuk dikagumi. Allah berfirman yang artinya: ”Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: `Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati.` Allah berfirman: `Belum yakinkah kamu ?` Ibrahim menjawab: `Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: `(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): `Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera.` Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah:260)

4. Bersyukur.
Allah SWT memberikan kenikmatan kepada kita dalam jumlah yang amat banyak. Kenikmatan itu harus kita syukuri kerana dengan bersyukur kepada Allah akan membuat hati menjadi tenang, hal ini kerana dengan bersyukur, kenikmatan itu akan bertambah banyak, baik banyak dari segi jumlah ataupun minimal terasa banyaknya. Tapi kalau tidak bersyukur, kenikmatan yang Allah berikan itu kita anggap sebagai sesuatu yang tidak ada ertinya dan meskipun jumlahnya banyak kita merasakan sebagai sesuatu yang sedikit.

Apabila manusia tidak bersyukur, maka Allah memberikan azab yang membuat mereka menjadi tidak tenang,Allah berfirman yang ertinya: "Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari ni`mat-ni`mat Allah, karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.(An-Nahl:112)

5. Tilawah, Tasmi' dan tadabbur Al-Qur'an.
Al-Qur'an adalah kitab yang berisi sebaik-baik perkataan, diturunkan pada bulan suci Ramadhan yang penuh dengan keberkahan, kerananya orang yang membaca (tilawah), mendengar bacaan (tasmi') dan mengkaji (tadabbur) ayat-ayat suci Al-Qur'an nescaya menjadi tenang hatinya,manakala dia betul-betul beriman kepada Allah SWT, Allah berfirman yang artinya: “Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur`an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.” (Az-Zumar:23).

Oleh kerana itu, sebagai mu'min, interaksi kita dengan al-Qur'an haruslah sebaik mungkin, baik dalam bentuk membaca, mendengar bacaan, mengkaji dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Manakala interaksi kita terhadap Al-Qur'an sudah baik, maka mendengar bacaan Al-Qur'an saja sudah membuat keimanan kita bertambah kuat yang berarti lebih dari sekedar ketenangan jiwa, Allah berfirman yang ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (Al-Anfal:2).

Dengan berbekal jiwa yang tenang itulah, seorang muslim akan mampu
menjalani kehidupannya secara baik, sebab baik dan tidak sesuatu seringkali berpangkal dari persoalan mental atau jiwa.

Akhirnya, menjadi tanggung jawab kita bersama untuk memantapkan ketenangan dalam jiwa kita masing-masing sehingga kehidupan ini dapat kita jalani dengan sebaik-baiknya.

wallahu 'alam.

Nota Kaki
Minggu lepas waktu mengcek link favorite (dengan tujuan untuk mengupdate dan membuang mana-mana broken link) dalam notebook nie tertekanlah pada link blogspot seorang sahabat lama. Setahu diri ini laa, jurnalnya dah lama tak berpenghuni, alih-alih berpenghuni plak bila dilawat tempoh hari.

Alhamdulillah, dah lama dia tak menulis, dan saya suatu ketika dulu amat kagum dengan penulisan beliau, la nie dia dah menulis balik, cikit2, untuk pengatuahuan kalian, sahabat sy yang sorang nie laa yang mengsuggestkan dan menyarankan sy memblogging, Syukran sahabat .... Moga urusan mu dipermudahkan. Satu lagi, harap maaf kalau terklik link anda. :D
--------------------------------------------------------------
“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,” (Al-'Imran : 105)

Saturday, June 18, 2005

demam


Alhamdulillah ….
Hari nie hari sabtu, semua orang tahukan ari nie ari sabtu.itu pon mau habaq ka?Sepatutnya hari nie ada planning nak pi satu program, tapi apa bulih buat keadaan tak mengizinkan, jatuh gering sikit ari nie.

Sebenarnya dah terasa akan jatuh gering start hari khamis malam jumaat yang lepas, Selepas selesai solat maghrib di Darul Syifa’ sudah mula terbersin2 dan terbatuk2 …

Dalam perjalanan ke Surau An-Nur bersinnya makin rancak, ado kot 15 kali terbersin, sampai di Surau An-Nur sudah berselsema hidung, Alhamdulillah dapat juga menghabiskan seisi tazkirah di Surau An-Nur yang membincangkan topic mukjizat bersumberkan buku Permata Ilmu Tauhid. Untuk pengetahuan kalian Surau An-Nur dan Darul Syifa’ hanya beberapa meter sahaja. Jalan kaki tak sampai pon tiga minit, insyaAllah sampai.

Sewaktu hendak menunaikan solat Isya’ tipon plak asyik bergegar, ada panggilan masuk, kubiarkan sahaja panggilan tidak dijawab, mana mungkin aku menjawab talifon yang berada di dalam seluar, malas nak mengangkatnya.

Selesai solat sunat tengok sapo yang membuat panggilan tadi, ghupa-ghupanya mak ngan abah yang menelefon. Mereka membuat panggilan bersebab, depa suruh pi tengok Forum Perdana kek TV1, topik mengenai “Bapa”, mana mungkin den sempat nengok, masa tu masih di Bangi dan ghasanya bila sampai rumah mungkin siarannya sudah habis. Memang betol jangkaanku bila sampai rumah program tu dah abis.

Mak ngan abah biasanya macam tulah, especially mak jika ada topik best mesti dia tipon dan suruh anak-anaknya tengok, adikku juga ditalifonnya.

Alhamdulillah, jam pemberian Bonda yang kukira rosak rupanya tidak rosak, lepas antar untuk diperiksa malam tadi didapati hanya baterinya sahaja yang telah habis, pelik jugak, ari Isnin ari tu waktu cek di Giant Shah Alam Sales Girl tu cakap baterinya ok lagi, mungkin jam yang rosak, tapi alih2 ari nie baterinya plak yang habis mengikut kata orang kedai (kedai asal jam dibeli).

Sy cakap dengan tokei kedai tu, ok la, kalau bateri habis kasi tukar sama itu bateri, tapi next time kalau problem sama berulang kembali sy datang lagi sekali kasi repair, kebetulan jam yang satu lagi pond ah kehabisan bateri, lalu den tukar lah kedua-dua jamnya bateri.

Sampai rumah ustaz dah ada, ada kelas ganti malam nie, biasanya malam Ahad tapi malam nie ngan malam esok pon ada, bonda cakap ust sedikit sibuk weekdays tempoh hari, tu yang dia buek replacement class.

Ustaz pon perasan agaknya den tak berapa sihat, kojap2 batuk, kojap tersedut hidung(betul ke perkataan nie? ghasa macam tak betoi jer…), tapi takpe lah nak buat macam mana dah tak berapa sihat, lama jugak den tak domam macam nie. Sekali-sekala best jugak demam nie, baru kita berfikir betapa bestnya nikmat sihat tu, kita kadang-kadang lupa dengan nikmat sihat yang dikurniakan Allah.

Ari tu baru dapat sms dari seorang sahabat mengatakan dia tak sihat, alih-alih sehari dua lepas tu sy plak yang tak sihat. Kepada sahabat yang tak sihat tu, Moga cepat sembuh.

Wallahu ‘alam ..

--------------------------------------------------------------
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?.” (Al-Anbiya’:30)

Thursday, June 16, 2005

Buku Baru - Irhab


Alhamdulillah hari Isnin baru ni berpeluang menyinggah di MPH Shah Alam, bila dah singgah tu belek-belek buku dan tertarik dengan sebiji buku ni, asalnya tertarik dengan satu buku lagi tapi buat masa tu keadaan kewangan tidak mengizinkan. InsyaAllah di masa hadapan akan ku dapatkan buku itu, moga-moga tak habis lah hendaknya.

Buku yang sempat ku beli berjudul “Keganasan Menurut Perspektif Agama Yahudi, Kritian dan Islam (Al-Irhab Fi Al-Yahudiyah Wa Al-Masihiyah Wa Al-Islam Wa Al-Siyasat Al-Mu’asirah) karangan Zaki Ali Al-Sayyid Abu Ghuddah terbitan Dar Al-Wafa, Kaherah yang diterjemahkan oleh Dr Basri Ibrahim al-Hasani al-Azhari ianya diterbitkan oleh Al-Hidayah Publisher untuk pasaran tempatan.

Di sini terasa ingin berkongsi sinopsis buku berkenaan dan juga komentar penterjemah mengenai buku ini. Perlu diingatkan setiap manusia ada kesilapan, pengarang juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jadi andai kiranya apa yang dibaca dirasakan kurang tepat atau kurang difahami silalah membuat rujukan dengan orang yang lebih arif.

Keganasan dalam bahasa Arabnya Irhab adalah lafaz yang amat berat hendak disebut, tetapi maknanya mudah difahami dan konsepnya begitu buruk sekali. Ia membawa maksud penggunaan kekuatan secara zalim – yang tidak ada kawalan daripada akhlak yang lurus dan juga agama yang mulia – didalam menyebarluaskan rasa takut, gelisah dan gerund di dalam jiwa orang-orang yang lemah.

Ianya dilakukan secara merampas sebahagian atau semua hak-hak mereka, melalui cara merealisasikan objektif-objektif yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.

Kekuatan ini kadang-kadang berbentuk material dan kadang kala berbentuk maknawi. Kekuatan material bermaksud ancaman sebenar yang datang dari pemilik senjata untuk menggunakannya jika tidak dapat memenuhi cita-citanya atau menggunakan secara lazimnya senjata ini digunakan.

Dengan cara ini hancurlah segala keturunan melalui proses pembunuhan, kecederaan, tawanan dan pemusnahan harta benda dan sebagainya.

Maksud kekuatan maknawi pula ialah melaksanakan dasar-dasar dan membina pemikiran-pemikiran yang tidak melibatkan sebarang peperangan dan pertumpahan darah, tetapi pada akhirnya akan menyebabkan objektif asalnya tercapai seperti kehilangan etnik, kehancuran negara dan kehilangan jati diri negara.

Keganasan bukanlah satu pemikiran baru tetapi satu pemikiran lama yang diperbaharui semula. Ia bermula sebaik bermulanya kehidupan manusia dan ianya tidak akan berakhir melainkan setelah berakhirnya kehidupan manusia.

Pengarang tidak hanya menumpukan keganasan individu yang dipraktikkan oleh beberapa individu atau kumpulan-kumpulan tertentu manusia. Pengarang lebih ditumpukan kepada keganasan antarabangsa di era moden ini, yang melibatkan angka korban puluhan dan ratusan ribuan orang malahan menjejak jutaan orang.

Pengarang juga cuba mengetengahkan beberapa hakikat keganasan. Sebahagian daripadanya berpunca daripada agama dan pegangan yang lainnya berpunca daripada pemikiran dan juga polisi pentadbiran.

Pengarang juga ada membuat rujukan beberapa perenggan daripada Kitab Suci Al-Quran, Old Testament dan juga New Testament, tujuannya adalah untuk menjelaskan hakikat-hakikat keganasan, walaupon pernjelasan tersebut kadang-kala agak panjang tetapi mungkin berguna untuk pengetahuan kita.

Teknik pengulangan fakta juga sering digunakan oleh penulis dengan tujuan memperkuatkan, memperingat dan memantapkan sesuatu topik yang sedang dibincangkan.

Pengarang juga ada membahas dan membincangkan secara mendalam beberapa tajk yang kadang kala dilihat sebagai terpisah daripada perbahasan. Antaranya hubungan antara agama Yahudi dan Kristian Sedunia.

Begitu juga dengan Armageddon dan kritikan terhadapnya, protokol Yahudi, Perang Salib, kempen Peranchis ke atas Mesir dan pertubuhan antarabangsa, sebagai asas kepada keganasan seluruh dunia.

Buku ini adalah bertujuan mengiklankan dan memberitahu manusia di seluruh dunia perkara-perkara yang mereka tidak tahu tentang keganasan agama dan menjelaskan tentang tidak wujudnya hubungan Islam dan orang-orang Islam dengan keganasan.

Begitu juga hubungan antara Krisian dengan keganasan dan sejauh manakah hubungannya dengan pemikiran Yahudi Kuno dan moden dan kesannya kepada politik antarabangsa.

Buku ini tidak bertujuan meletakkan intipati Old Testament dan New Testament lebih atas kedudukannya dari Kitab Suci Allah, Maha Suci Allah yang menguasai seluruh alam. Dalam sesetengah bab ada pengarang menyatakan kedudukan sesuatu perkara berasaskan kepada Old Testament dan New Testament, ini tidak bermakna pengarang menidakkan sumber utama kita yakni Al-Quranul Kareem dan As-Sunnah. Ianya sekadar perbandingan antara Old Testament dan New Testament yang mana untuk menjelaskan sesuatu perkara yang kaum Nasrani dan Yahudi pertikaikan.

Secara amnya buku ini menarik untuk dimiliki dan dibaca oleh individu muslim untuk memantapkan lagi pemahaman mengenai konsep irhab ini. Mempersiapkan diri kita dengan sedikit ilmu pengetahuan lebih baik dari tidak tahu langsung,

---------------------------
Selepas tragedi 11 September 2001, dunia secara amnya mula bermain dengan istilah keganasan. Amerika yang mendakwa dirinya sebagai pelopor kepada perang menentang keganasan, menyeru negara-negara didunia termasuk Negara-negara Islam, supaya bersama dengannya dalam memerangi keganasan.

Walaubagaimanapun sehingga kini dunia masih ragu-ragu dengan istilah perang anti-keganasan yang dilaungkan oleh pihak Amerika Syarikat, ini adalah kerana Amerika sendiri gagal mendefinasikan sendiri istilah keganasan. Apa yang dilihat sekarang adalah perang anti-keganasan ala Amerika sahaja dan bukannya perang anti-keganasan yang diakui dan diterima oleh dunia.

Beberapa buah negara kecil yang yang sudah sedia lemah, menjadi mangsa perang anti-keganasan yang dianjurkan oleh Amerika. Mula-mula Afghanistan yang tidak sudah-sudah dirundum malang, selepas terlepas dari ancaman Russia kini terdedah pula kepada ancaman Amerika.

Yang menjadi mangsa kepada perang anti-keganasan adalah rakyat Afghanistan yang tidak berdosa. Usamah Bin Laden dan Mulla Muhammad Omar yang dianggap tokoh yang terlibat dengan keganasan di Negara itu, sehingga sekarang masih belum ditangkap oleh Amerika dan masih belum dapat dibuktikan sebagai benar-benar penaja kepada keganasan dunia.

Sekarang ini Amerika sedang berusaha untuk menguasai Iraq sepenuhnya. Amerika terpaksa membayar dengan harga yang mahal dalam usaha untuk menguasai Iraq sepenuhnya.

Saban hari ada sahaja tenteranya yang terbunuh di Iraq, manakala saluran paip minyak yang disedut keluar dari bumi Iraq untuk kepentingan Amerika dan Israel dibom oleh pejuang Iraq.

Kita melihat penduduk dunia Islam menganggap Amerika dan sekutu-sekutunya merupakan pengganas nombor satu dunia. Tetapi kuasa dunia berada dalam tangan mereka, orang-orang Islam secara amnya tidak berani menyatakan secara lantang Amerika adalah pengganas nombor satu di dunia, jika ada segelintir golongan yang menyatakan sedemikian penyataan mereka akan diputar belitkan oleh media Barat lalu ia padam bak api yang disirami air.

Kerana itulah Amerika beani mentafsirkan keganasan mengkut adunan mereka sendiri. Sebarang Negara yang tidak mahu bekerjasama dengannya, mereka akan dianggap negara penaja keganasan. Usamah bin Laden yang bangkit menentang keganasan Amerika telah dijaja oleh Amerika sebagai pengganas dunia.

Padahal apa yang beliau lakukan ialah menentang penindasan dan sikap zalim Amerika terhadap umat Islam yang selama ini tidak berani dikumandangkan secara lantang oleh dunia Islam. Akibatnya Usamah dan orang-orang Islam yang bersimpati dengan perjuangannya dianggap pengganas. Mereka menuduh letupan-letupan yang berlaku diserata dunia dimonopoli oleh Usamah tanpa bukti yang konkrit.

Dalam pada itu regim Yahudi di Palestin bertambah selesa membelasah umat Islam di bumi Palestin. Mereka mengambil kesempatan sepenuhnya dari tumpuan dunia ke atas Usamah dan al-Qaeda, untuk membunuh kanak-kanak Palestin, orang-orang tua Palestin dan juga wanita-wanita Palestin yang tidak berdosa. Bahkan wartawan dunia juga menjadi mangsa mereka.

Mereka membina tembok pemisah yang panjangnya lebih kurang 280 km dan tingginya lebih kurang 8 kaki, bagi tujuan menyelamatkan kawasan penempatan pendatang Yahudi, tidak sedikit kita mendengar penduduk Palestin yang terbunuh ketika cuba melintasi tembok ini yang tujuan mereka untuk menziarahi sanak-saudara di sebelah sana.

Persoalan di sini timbul ialah adakan Amerika benar-benar berperang menentang keganasan sekarang, sehingga sanggup membelanjakan berbillion dollar atau lebih berbentuk perang bagi memastikan kedudukan Israel terus mantap dan utuh di tengah-tengah bumi Arab.

Amerika adalah pengawal Israel dan Israel itu sendiri adalah anak emas Amerika. Selain daripada itu juga, orang-orang kritian percaya dengan bumi yang dijanjikan oleh tuhan kepada kaum Bani Israel dan mereka perlu berperanan supaya bumi yang dijanjikan itu tetap menjadi milik rakyat Israel.

Inilah antara persoalan yang dikupas dalam buku ini. Selain daripada itu, buku ini mendedahkan tentang sumber keganasan di dalam kehidupan manusia itu sendiri, semenjak dari awal kewujudan mereka di atas muka bumi ini.

Contoh-contoh keganasan yang disedut daripada Old Testament dan juga New Testament, juga turut diutarakan di dalam buku ini. Begitu juga pandangan tiga agama yakni Yahudi, Kristian dan juga Islam tentang keganasan juga dibentangkan di dalam buku ini.

Akhir sekali dibentangkan tentang bagaimana formula Islam menangani keganasan, sebelum dan selepas daripada kemunculannya.


Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari

Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin

21300 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

--------------------------------------------------------------
“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap ummatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberiNy; dan sebagai lampu yang menerangi.” (Al-Ahzab:45-46)

Sunday, June 12, 2005

Al-Quran penyelesaian konflik Nasrani & Yahudi


InsyaAllah posting kali ini ingin berkonsi sedikit bahan bacaan yang dikupil dari satu buku karangan hebat Buya Hamka. Artikel(Huraian) ini mungkin agak panjang tetapi menarik untuk dibaca, moga bermanfaat untuk kita.
------------

"Sesungguhnya al Quran ini menjelaskan kepada Bani Israil sebahagian besar dari hal hal yang mereka perselisihkan." (An-Naml : 76).

Berselisih Bani Israil, terutama mengenai diri Nabi Isa anak Maryam, alaihis-salam. Bani Israil bertahan mengatakan mereka ummat Nabi Musa, dan tidak mahu menerima seruan Nabi Isa, padahal Nabi Isa menjelaskan bahwa beliau pun diutus untuk menyeru Bani Israil agar berjalan di atas jalan yang benar. Tetapi mereka itu, yang mengakui diri mereka beragama Yahudi tidak mau menerima seruan Nabi Isa. Bahkan mereka menuuduh Nabi Isa itu anak yang lahir di luar nikah, karena Nabi Isa dilahirkan oleh Maryam gadis suci, dengan takdir Allah, yang tidak bersuami. Mereka menuduh Nabi Isa, Rasul Allah, seorang anak zina. Mereka menolak mu'jizat tanda kebesaran Tuhan.

Sebaliknya pula orang Nasrani! Oleh karena Nabi Isa lahir ke dunia tidak dengan perantaraan bapa, melainkan dengan takdir Tuhan yang berkehendak sekehendakNya, mereka ciptakan suatu kepercayaan bahwa Nabi Isa al-masih anak Maryam itu adalah Putera Allah, iaitu Allah sendiri yang datang ke dunia ini, menjelma ke dalam perut seorang gadis suci buat lahir ke dunia sebagai anak Allah. Pendeknya Yahudi memandangnya orang "kotor", sedang Nasrani memandangnya Tuhan!

Nabi Muhammad diutuskan Allah, kepadanya diturunkanlah wahyu al Quran ini. Satu di antara keterangan yang diberikan oleh al Quran ialah menjelaskan soal yang mereka perselisihkan ini. Perkara ini dengan jelas diterangkan di dalam beberaba buah Surah. Antaranya Surah yang diberi nama Maryam, nama gadis suci yang melahirkan Isa itu. Kedua dalam Surah ali Imran, demikian juga dalam Surah 21, Al Anbiya' (Nabi nabi) ayat 91. Di dalam Surah surah itu terlebih dijelaskan kesucian Maryam, kesolehan ibu bapanya dan bahwa Maryam itu dibesarkan dengan suasana yang baik dan dijaga dan diasuh oleh Zakaria". (Surah ali Imran ayat 36). Kemudian baru diterangkan kelahiran Isa Almasih yang tidak berbapa itu.

Dengan demikian tertolaklah kehinaan yang ditimpakan oleh orang Yahudi kepada Al-masih tersebut. Penghinaan itu menurut hukum Islam adalah kafir! Sebab kekafiran yang pertama ialah karena menghina seorang Rasul Allah, kedua karena tidak mahu percaya bahwa Allah Maha Kuasa mampu melakukan sesuatu yang diluar kebiasaanNya.

Kemudian diterangkan lagi mengenai kelahiran Isa Almasih, dia bukanlah Tuhan. Dia bukanlah Putera Allah. Dia bukan Allah yang men¬jelma ke dalam perut gadis suci, lalu setelah genap bulannya dia lahir ke dunia untuk dikatakan bahwa dia adalah anaknya. Diperjelaskan bahwasanya terhitung kafir juga orang yang mengatakan bahwa "Allah itu adalah yang ketiga dari yang bertiga." (al Maidah: 73).Dan kafir juga orang yang mengatakan "Bahawa Allah itu ialah Isa Almasih." (al Maidah: 17).

Ada pula satu golongan, mengatakan Isa Almasih itu semata mata manusia. Segolongan lagi mengatakan bahwa Bapa, Putera dan Ruhul Qudus adalah rupa yang berlainan daripada Tuhan dalam menunjukkan dirinya kepada manusia. Kata mereka Allah itu tersusun dari tiga oknum, yaitu Bapa, Putera dan Ruhul Qudus. Yang dianggap putera itu ialah Isa Almasih (Jesus Christ), lalu menjelmalah Allah itu sebagai manusia ke dalam tubuh Maryam dalam rupa Ruhul Qudus, lalu lahir daripada Maryarn sang putera dalam rupa Almasih.

Segolongan lagi mengatakan yang putera tidaklah kekal sebagai yang Bapa, tetapi dia makhluk Allah juga. Sebab itu dia adalah mempunyai ke¬dudukan di bawah dari.Bapa. Segolongan lagi tidak mahu menerima Ruhul Qudus dianggap sebagai satu di antara tiga oknum itu.

Maka di dalam Rapat Besar Agama (Consili) di Nicea pada tahun 325 M diambillah keputusan bahwa Sang Anak dan Ruhul Qudus sama kedudukan¬nya dengan Sang Bapa dalam kesatuan ketuhanan. Inilah yang dikenal dengan sebutan "Trinity". Keputusan ini dikuatkan pula oleh Consili di Konstantinopel tahun 381M. Dijelaskan lagi bahwa Sang Putera telah lahir dari Sang Bapa sejak semula dan Ruhul Qudus timbul dari Sang Bapa.

Di Consili Thalithalah tahun 589 diputuskan tambahannya, yaitu bahwa Ruhul Qudus timbul dari Sang Putera juga. Soal soal seperti inilah yang menjadi perselisihan yang tidak pernah selesai di antara Gereja Timur dengan Gereja Barat, sampai kepada masa datangnya Agama Islam.

Maka datanglah al Quran memberikan pernyataan, bahwa Isa Almasih anak Maryam, bukantah anak zina, sebagai yang didakwakan secara tidak bermoral oleh orang Yahudi Yang hendak menolak beliau sebagai Nabi dan Rasul. Allah Maha Kuasa untuk melahirkan seorang manusia ke dunia ini di luar dari jalan yang biasa. Kelahiran Isa Almasih sama juga dengan belahnya lautan sehingga Bani Israil dapat menyeberang dengan pimpinan Nabi Allah Musa. Bila mana Allah menghendaki agar sesuatu terjadi, dia akan terjadi. Tetapi dengan kelahiran Isa Almasih secara ajaib itu, bukan pula bererti bahwa dia akan dianggap sebagai Tuhan, atau sebagai Allah yang menjelma ke dunia sebagai puteranya. Dengan demikian dibantahlah sekeras kerasnya kepercayaan yang diputuskan oleh orang Nasrani, yang memutuskan bahwa Isa Almasih dan Allah dan Ruhul Qudus itu adalah satu jua adanya.

Maka dengan sangat jelaslah diterangkan di dalam al Quran itu tentang kepercayaan. yakni bahawa Allah itu Esa. Tidak ada yang lain yang bersekutu dengan Dia. Tidak dia beranak, tidak pula dia diperanakkan dan tidak ada pula barang sesuatu pun yang menyamai Dia.

”Dan sesungguhnya dia adalah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (An-Naml:77)

Kemudian dijelaskan pula: "Dan sesungguhnya dia." Iaitu al-Quran itu, selain memberikan keterangan kepada Bani Israil tentang hal yang mereka perselisihkan tentang akidah Yang kacau balau itu; "Adalah petunjuk dan rahmat bagri orang orang yang beriman." Maka bukan sajalah al Quran memberikan penjelasan tentang akidah Yang salah, supaya dijauhi, karena tidak sesuai dengan akal yang sihat dan berfikir yang teratur, bahkan lebih penting lagi daripada itu, yaitu membawa petunjuk, menunjukkan jalan mana yang seharusnya ditempuh, supaya bertemu apa Yang diredhai oleh Allah, supaya selamat diri dunia dan akhirat. Asal saja orang mahu beriman, akan terbukalah baginya jalan petunjuk itu karena al-Quran bukan saja menceriterakan hal yang telah lampau, bahkan menceritakan dan menguraikan juga apa yang mesti dikerjakan sekarang. Bukan saja yang sekarang, bahkan bagaimana pula akibat yang akan dihadapi di belakang hari. Dijanjikan dalam ayat ini bahwa barangsiapa yang mengambil petunjuk dari al Quran, pastilah dia akan mendapat rahmat. Yakni belas kasihan Tuhan, kerana bebas daripada perasaan takut dan dukacita, perasaan bergantung hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Kuasa.

"Sesungguhnya Tuhan engkau akan memutuskan di antara mereka dengan hukumNya." (pangkal An-Naml : 78)
Banyak pula lagi perselisihan lain yang mereka timbulkan tentang Nabi nabi Allah. Tentang Nabi Isa saja, mereka berselisih, ada yang mengatakan bahwa Nabi Isa itu mati di atas kayu palang, lalu segera dikuburkan oleh murid muridnya. Tetapi setelah tiga hari dalam kuburan, dia pun berangkat terbang ke langit, dengan disaksikan oleh murid muridnya. Yang lain mengatakan pula bahwa Yang mati di atas kayu palang itu bukan dia, melainkan murid yang mengkhianatinya itu, Yudas Askarioti namanya, karena wajahnya hampir serupa dengan Isa Almasih, ada lagi yang berkata, bukan diganti dengan Yudas melainkan dengan Simon. Maka datanglah khabar pasti dari al Quran:


“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” (An-Nisa’ : 157)

Orang Yahudi pun banyak sekali menambah dan mengubah Taurat yang asli, terutama yang mengenai kehidupan Nabi nabi.

Nabi Ibrahim yang begitu besar, bertaraf ulul-azmi, nenek moyang dari Bani Israil dan Bani Israil digambarkan di dalam Taurat memperkenalkan isterinya Sarah kepada Abimalik Raja Palestina dan Fir'aun Raja Mesir, bahwa isterinya itu adalah saudara perempuannya, agar kedua raja itu menerima kedatangannya dengan sambutan yang baik.

Israil sendiri, yaitu nama yang asal dari Ya'kub diterangkan dalam Taurat, bersekongkol dengan ibunya mengambil berkat yang dipusakakan datuknya Ibrahim kepada ayahnya Ishak, Yang sedianya akan diberikan kepada abang¬nya Isu. Diceritakan dalam catatan yang mereka katakan Taurat itu bahwa si ayah, yaitu Ishak, mudah saja tertipu oleh anaknya Ya'kub yang tidak berhak menerima berkat itu.

Yang lebih seram kita membacanya pula ialah kisah Nabi Luth. Di dalam Taurat yang sampai sekarang dijadikan kitab "suci" pegangan itu masih dapat kita baca, bahawa setelah Nabi Luth dengan kedua anak gadisnya selamat karena negerinya Sodom (Sadum) dihancurkan Tuhan, ber¬istirahat di suatu tempat. Lalu kedua anak perempuan itu meminumkan anggur berganti ganti kepada ayahnya. Malam pertarna anak yang tertua, malam kedua anak yang bungsu dan pada kedua kali minumnya itu Nabi Luth mabuk. Sedang mabuk itulah kedua anak perawan itu menyerahkan dirinya disetubuhi oleh ayah kandungnya Nabi Luth, dan keduanya hamil dan keduanya menurunkan bangsa bangsa.

Nabi Daud dikatakan dalam kitab itu terpesona melihat isteri salah seorang Panglima Perangnya yang bernama Uria mandi tanpa seurat benang di dalam sungai yang mengalir dalam taman istana, sedang Nabi Daud melihat lihat mandian di istana yang menghadap ke taman. Tubuh perempuan itu sangat cantik dan beliau tergiur. Lalu beliau menyuruh mencari maklumat tentang wanita yang dilihatnya itu, setelah mendapat tahu bahawa suaminya merupakan seorang panglima perang,suaminya dihantar ke medan perang yang jauh sampai tewas di medan perang, dan si isteri cantik itu langsung diambil menjadi isteri oleh Nabi Daud.

Nabi Sulaiman pun diceritakan di dalam kitab yang dinamai Taurat itu, bahwa di hari tuanya beliau menyembah berhala, kerana tertarik atau menarik hati isterinya.

Itulah perkara-perkara yang dapat ditemui di dalam kitab-kitab yang dinamakan sebagai “Old Testament” yang sampai sekarang masih beredar dan banyak pula terdapat perselisihan catatan tentang diri Nabi Isa di dalam kumpulan kitab kitab yang dikumpulkan oleh orang Nasrani dengan nama ,"New Testament" Kedatangan al Quran, sebagaimana yang telah diterangkan di atas tadi, menjelaskan duduk perkara, dan juga membersihkan pandangan orang terhadap kepada Nabi nabi dan Rasul Tuhan, yang sampai dituduh berzina dengan anak kandungnya atau sampai tergila gila kepada bini orang.

Di dalam ayat ini dijelaskan bahwa Allah kelak akan memutuskan di antara mereka dengan hukumnya. Ada setengah ahli tafsir mengatakan bahwa hukuman Tuhan itu akan datang atas mereka kelak di hari kiamat. Tetapi dari sekarang hukum itu pun telah datang. Agama yang didasarkan kepada cerita-cerita bohong tentang Nabi nabi Allah itu akan jatuh martabatnya dalam hati orang yang berakal, atau akan membimbing orang kepada kecabulan belaka. Sehingga orang yang hendak mempertahankannya terpaksa tidak membuka¬kan hakikat yang sebenarnya kepada pengikutnya yang awam. " Dan Dia (Allah) adalah Maha Perkasa,Maha Mengetahui."(Hujung An-Naml : 78). Allah Maha Perkasa, sehingga apabila Dia menjatuhkan pembalasanNya kepada Yang bersalah, sangatlah seram hukumNya dan Dia Maha Mengetahui akan segala perbuatan hambaNya dan perkataan mereka yang keluar.

Melihat kepada ayat ayat ini jelaslah bahwa ajaran Islam haruslah ditegakkan di atas kekuatan da'wah dan seruan yang dapat membangkitkan akal yang murni dan perasaan yang halus. Dan dasar ajaran Islam adalah mengakui akan kesucian dan kemuliaan martabat Nabi nabi. Ajaran ajaran Yang tidak sesuai dengan akal, Yang terdapat pada agama Nasrani misalnya, dengan pendakwaan mereka bahwa Nabi Isa Almasih itu adalah Tuhan juga, atau anak dan Tuhan, atau Allah sendiri Yang menjelma menjadi anaknya, tidak lain adalah pusaka ajaran agama dan kepercayaan zaman purbakala yang dibawa orang pindah ke dalam Agama itu, sehingga hilang ajarannya yang asli.

"Maka bertawakkallah kepada Allah!” (pangkal An-Naml : 79).
Inilah bimbingan Allah kepada RasulNya, Muhammad SAW Yakni bahwasanya di dalam melakukan da'wah yang besar dan agung ini, menghadapi demikian hebat rintangan, yaitu kepercayaan salah yang telah berurat berakar, baik dalam per¬selisihan Bani Israil, ataupun dalam kekacauan fikiran kaum musyrikin sendiri, untuk pembangkit kekuatan tidak lain hanyalah tawakkal kepada Allah, berserah diri kepadaNya, bersandar bulat kepadanya. Sebab kekuatan manusia sudah nyata terbatas. Allahlah yang akan membangkitkan kekuatan dan tenaga pada manusia dalam melanjutkan usahanya.
"Sesungguhnya engkau adalah di atas kebenaran yang nyata." (Hujung An-Naml : 79).

Orang yang telah yakin bahwa apa yang dia perjuangkan itu adalah benar, dan nyata kebenaran itu, sehingga dapat dipertanggungjawabkan menurut akal yang sihat, di mana saja dan apabila saja, orang yang sudah sampai kepada keyakinan demikian pasti tawakkal kepada Allah. Pasti dia tenang menunggu hasil apa yang diperjuangkannya itu. Dia tidak terburu nafsu, dia tidak hendak memaksa sesuatu masak sebelum waktunya. Dia tidak hendak menanam pada hari, berbuah pun pada hari itu juga. Halangan dan rintangan daripada yang tidak menyukai sudahlah menjadi perhitungan Yang pasti daripada pejuang sejati. Bertambah besar masalah yang diperjuangkan, pastilah besar pula kesulitan yang ditempuh.

Tetapi tidaklah pernah kebenaran yang kalah ber¬hadapan dengan kedustaan. Kekerasan kadang kadang dapat tersumbul keluar seakan akan menang. Tetapi dalam peredaran zaman kemudian akan ternyata bahwa kecurangan, atau yang salah dipaksakan mengatakan benar itu akan laksana buih ditiup angin. Itulah sebabnya maka setiap perjuangan wajib bertawakkal kepada Allah. Ertinya jangan disangka bahwa urusan ini akan selesai di tangan kita. Walaupun kita misalnya mati, tewas, jadi kurban dari kebenaran yang kita perjuangkan, bukanlah berarti bahwa kebenaran itu kalah. Dia akan tetap ditegakkan juga oleh Allah, walaupun sepeninggal kita. Diri kita masing masing tidak ada artinya di hadapan kebenaran itu.

“Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya). Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas.” (An-Naml : 80-81)

Orang yang telah mati hatinya, inilah yang dimaksud oleh ayat ini. Orang yang telah mati hatinya tidaklah akan dapat diberi pen¬dengaran. Apa jua pun yang akan diserukan, tidaklah akan ada sambutan darinya.

Kalau yang pertama tadi hatinya mati, yang kedua ini hatinya berpaling kepada yang lain. Fikirannya tidak menerima kepada yang engkau serukan. Walaupun seruan itu telah disampaikan dengan cara melekapkan mulutmu ke daun telinganya, tidaklah akan didengarnya; Yang pertama mati hati, Yang kedua berpaling hati. Keduanya sama sama tidak mendengar.

"Dan tidaklah engkau pemberi petunjuk orang buta dari kesesatan mereka. " (pangkal ayat 81). Karena ini pun bukan mata, melainkan buta hati juga. "Kecuali orang orang yang beriman kepada ayat ayat Kami." Orang orang yang seperti inilah yang akan kembali hidup hatinya, nyaring pendengaran telinganya dan terang mata hatinya; "Lalu mereka pun berserah diri" (Hujung ayat 81). Berserah diri ialah erti sejati dari kalimat Muslimun. Mula mula timbul¬lah Iman, mereka pun menjadi Mu'min. Apabila Iman telah tertanam, dengan sendirinya timbullah penyerahan diri yang tulus ikhlas kepada Tuhan, itulah Islam. Bila Iman dan Islam telah tercapai, waktu itulah mulai hidup yang sejati, telinga mendengar nyaring, mata melihat dengan terang.

Wallahu ‘alam ….

Sumber : Tafseer Al-Azhar, Jilid 7, Prof Dr. Hamka.
--------------------------------------------------------------
“Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.” (An-Naml:89)

Sunday, June 05, 2005

Ikhlaskah aku??


Alhamdulillah ...dalam minggu lepas sy ada memperolehi satu email yang dikirimkan oleh kenalan alam siber. Di sini terasa ingin berkongsi apa yang telah disampaikan oleh kenalan saya. Jazakallahu khairan katheera ....

Ikhlas itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yg byk sekali, cthnya dlm kehidupan org yg mukhlis; dlm tindak-tanduknya, dlm pandangan terhadap dirinya dan juga org lain. Di antaranya adalah:

Pertama: Takut Kemasyhuran

Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk org yg mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bhw penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tdk secara terang-terangan dan didedahkan. Sbb andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tdk baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit pun manusia tdk memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.

Maka dr itu zuhud dlm masalah kedudukan, kemasyhuran, penampilan dan hal-hal yg serba gemerlap lbh besar drp zuhud dlm masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata: “Kami tdk melihat zuhud dlm hal tertentu yg lbh sedikit drp zuhud dlm kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dlm masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lbh byk lagi.”

Inilah yg membuat para ulama salaf dan org-org shaleh antara mereka mengkhuatirkan dan menyangsikan hatinya dr ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh krn itu mereka memperingatkan hal ini kpd murid-muridnya. Para pengarang buku tlh meriwayatkan dlm pelbagai gambaran ttg tingkah laku ini, spt Abu Qasim a-Qusyairi dlm ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dlm Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dlm al-Ihya’

Begitu pula yg dikatakan seorang zuhud yg terkenal, Ibrahim bin Adham, “Allah tdk membenarkan org yg suka kemasyhuran.”

Beliau juga berkata, “Tdk sehari pun aku berasa gembira di dunia kecuali hanya sekali. Pd suatu mlm aku berada di dlm masjid salah satu desa di Syam, dan ketika itu aku sdg sakit perut. Lalu muazzin dtg dan menyeret kakiku hingga keluar dr masjid.”

Beliau berasa senang krn muazzin tersebut tdk mengenalinya. Maka dr itu beliau diperlakukan secara kasar, kakinya diseret spt seorang pesakit. Beliau meninggalkan kedudukan dan kekayaannya krn Allah. Sebenarnya ketika itu beliau tdk ingin keluar jika tdk sakit.

Seorang zuhud yg terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, “Saya tdk mengenal org yg suka kemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi hina.”

Beliau juga berkata, “Tdk akan merasakan manisnya kehidupan akhirat org yg suka terkenal di tgh manusia.”

Seseorang prnh menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, org itu berkata, “Berilah aku nasihat.”

Ibn Muhairiz berkata, “Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tdk dikenal, berjalanlah sendiri dan jgn mahu diikuti, bertanyalah dan jgn ditanya. Lakukanlah hal ini.”

Ayyub as-Sakhtiyani berkata, “Seseorang tdk berniat secara benar krn Allah kecuali jika dia suka tdk merasakan kedudukannya.”

Khalid bin Mi’dan adalah seorang ahli ibadah yg dipercayai. Jika semakin ramai org-org yg berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi krg takut dirinya menjadi terkenal.

Salim bin Handzalah menceritakan, “Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di blkg Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya.”

Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, “Wahai Amirul Mu’minin, apakah yg tlh engkau lakukan?”

Jawab Umar, “Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bg yg mengikuti dan ujian bg yg diikuti.”

Ini merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yg pd permulaannya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yg jauh terhadap kejiwaan org-org yg mengikuti dan sekaligus org yg diikuti.

Diriwayatkan dr al-Hasan, beliau berkata, “Pd suatu hari Ibn Mas’ud keluar dr rumahnya, lalu diikuti beberapa org. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: “Ada apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua org antara kamu pun tdk akan dpt mengikutiku.”

Pd suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa org. Beliau bertanya, “Apakah kamu ada keperluan kpdku? Jika tdk, mengapa kejadian spt ini masih tersemat dlm hati org Mu’min?”

Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa org yg mengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata, “Andaikata tdk krn aku tahu bhw Allah mengetahi isi hatiku ttg ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dr Allah.”

Ibn Mas’ud berkata, “Jadilah kamu sbg sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pd waktu mlm dan pembaharu hati yg diketahui penduduk langit, namun tdk dikenal penduduk bumi.”

Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata, “Jika engkau sanggup utk tdk dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tdk dikenal? Apa sukarnya engkau tdk disanjung-sanjung? Tdk mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.”

Athar-athar ini tdk mengajak kpd pengasingan atau uzlah. Org-org yg menjadi sumber riwayat ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yg amat baik dlm menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yg dpt difahami dr sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dr naluri jiwa yg tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yg disusupkan syaitan ke dlm hati manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yg serba gemerlap dan dikelilingi org-org yg mengikutinya.

Kemasyhuran itu sendiri bknlah suatu yg tercela. Tiada yg lbh masyhur drp para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yg tercela adalah mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sgt bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tdklah menjadi masalah, sekali pun ia ttp menjadi ujian bg org-org yg lemah, spt yg dikatakan oleh Imam al-Ghazali.

Sejajar dgn pengertian ini yg tlh disebutkan dlm hadith Abu Dzar drp Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bhw Baginda prnh ditanya ttg seorang lelaki yg melakukan suatu amal kebajikan krn Allah, lalu org ramai menyanjungnya.

Maka Baginda menjawab, “Itu kurnia yg didahulukan, sekaligus khabar gembira bg org Mu’min.” (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Ada pula lafaz lain, “Seseorang melakukan amal krn Allah lalu org-org pun menyukainya..”

Pengertian spt inilah yg ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan alin-lainnya.

Begitu pula hadith yg ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dr hadith Abu Hurairah, bhw ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub kpdnya.”

Baginda bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala krn merahsiakan dan pahala memperlihatkan.”


Kedua: Menuduh Diri Sendiri

Org yg mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbg org yg berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dlm melaksanakan pelbagai kewajipan, tdk mampu menguasai hatinya krn terpedaya oleh suatu amal dan takjub pd dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tdk diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tdk diterima.

Krn sikap spt ini, ada sebahagian di antara para salaf yg menangis tersedu-sedu ketika jatuh sakit. Beberapa org yg menziarahinya bertanya, “Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan byk berzikir?”

Beliau menjawab, “Apa yg membuatkanku tahu bhw hanya sedikit dr amal-amalku yg masuk dlm timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku? Sementara Allah tlh berfirman, Allah hanya menerima (amal) dr org-org yg bertaqwa,”

Satu-satunya sumber taqwa adalah hati. Maka dr itu al-Quran menambahinya dgn firman Allah yg bermaksud: “Maka sesungguhnya itu timbul dr ketaqwaan hati..” (al-Hajj: 32)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Taqwa itu ada di sini,” Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah dadanya. (HR Imam Muslim)

Sayyidah Aishah prnh bertanya kpd Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ttg org-org yg dinyatakan dlm firman Allah bermaksud: “Dan org-org yg memberikan apa yg tlh mereka berikan dgn hati yg takut, (krn mereka tahu bhw) sesungguhnya mereka akan kembali kpd Rabb mereka.” (al-Mu’minun: 60)

“Apakah mereka org-org yg mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takut kpd Allah?”

Baginda menjawab, “Bkn wahai puteri as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah org-org yg mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tdk diterima. Mereka itu bersegera utk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah org-org yg segera memperolehinya.” (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya)

Org yg mukhlis sentiasa takut terhadap riya’ yg menyusup ke dlm dirinya, sdg dia tdk menyedarinya. Inilah yg disebut syahwah khafiyyah yg menyusup ke dlm diri org yg meniti jln kpd Allah tanpa disedarinya.

Dlm hal ini Ibn ‘Atha’illah memperingatkan, “Kepentingan peribadi dlm kederhakaan amat jelas dan terang. Sdgkan kepentingan peribadi di dlm ketaatan tersamar dan tersembunyi. Padahal menyembuhkan apa yg tdk nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya’ yg masuk ke dlm dirimu dan org lain juga tdk melihatnya. Tetapi kebanggaanmu bila org lain melihat kelebihanmu merupakan budi ketidakjujuranmu dlm beribadah. Maka kosongkanlah pandangan org lain terhadap dirimu. Cukup bagimu pandangan Allah terhadap dirimu. Tdk perlu bagimu tampil di hadapan mereka agar engkau terlihat di mata mereka.”

Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam, Jauh dari Liputan

Amal yg dilakukan secara diam-diam harus lbh disukai drp amal yg disertai liputan dan didedahkan. Dia lbh suka memilih menjadi perajurit bayangan yg rela berkorban, namun tdk diketahui dan tdk dikenali. Dia lbh suka memilih menjadi bahagian dr suatu jamaah, ibarat akar pohon yg menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tdk terlihat oleh mata, tersembunyi di dlm tanah; atau spt asas bangunan. Tanpa asas, dinding tdk akan berdiri, atap tdk akan dpt dijadikan berteduh dan bangunan tdk dpt ditegakkan. Tetapi ia tdk terlihat, spt dinding yg terlihat jelas. Syauqy berkata di dlm syairnya:

Landasan yg tersembunyi
Tdk terlihat mata krn merendah
Bangunan yg menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah

Di bahagian sblm ini tlh dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai org-org yg berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tdk hadir mereka tdk diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dr setiap tempat yg gelap.”

Kepentingan Ikhlas Bg Mereka Yg Meniti Jln Allah

Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata di dlm Muqaddimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq, yg memakan seperempat bahagian dr kitab Al-Ihya' :

"Dgn hujjah iman yg nyata dan cahaya al-Quran, mereka yg mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tdk akan tercapai kecuali dgn ilmu dan ibadah. Semua org pasti akan binasa kecuali mereka yg berilmu. Mereka yg berilmu pasti akan binasa kecuali yg aktif beramal. Semua org yg aktif beramal akan binasa kecuali mereka yg ikhlas."

Jadi sebutan mereka yg ikhlas amat rentan. Amal tanpa niat adalah ketololan, niat tanpa ikhlas adalah riya', yg bererti sama dgn kemunafikan dan tdk berbeza dgn kederhakaan. Ikhlas tanpa kejujuran dan perlaksanaan adalah sia-sia.

Allah tlh berfirman ttg setiap amal yg dimaksudkan utk selain Allah, sbg suatu yg tdk bermatlamat. Di dlm al-Quran Allah tlh berfirman yg bermaksud :

"Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan." (al-Furqan: 23)

Perkara yg serupa dgn apa yg dikatakan oleh al-Imam al-Ghazali itu sblmnya juga tlh dikatakan oleh seorang Rabbani yg arif bernama Sahl bin Abdullah at-Tustary, "Semua manusia spt org yg sdg mabuk kecuali mereka yg berilmu. Semua org yg berilmu adalah org yg bingung kecuali mereka yg mengamalkan ilmunya."

Dlm lafaz lain beliau berkata, "Dunia ini adalah kebodohan dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujjah ke atas pemiliknya kecuali yg diamalkannnya. Semua amal akan sia-sia kecuali yg dilaksanakan dgn ikhlas. Ikhlas itu dlm bahaya yg besar sehingga tetap berakhir dgnnya."

Sebahagian yg lain juga berkata, "Ilmu itu laksana benih, amal laksana tanaman dan airnya adalah ikhlas."

Ibn 'Atha'illah berkata dlm Al-Hikam, "Sesungguhnya Allah tdk menyukai amal yg mendua (berbelah bahagi), dan tdk pula hati yg mendua. Amal yg mendua tdk diterima dan hati yg mendua juga tdk akan diterima."

Amal yg tdk disertai ikhlas adalah ibarat gambar yg mati, dan raga tanpa jiwa. Allah hanya menginginkan hakikat amal, bkn rupa dan bentuknya. Maka dr itu Dia menolak setiap amal yg pelakunya tertipu dgn amalnya.

Dlm hadith shahih riwayat Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Sesungguhnya Allah tdk melihat kpd jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kpd hati kamu." Baginda memberi isyarat ke arah hati dgn jari-jari tangannya lalu berkata, "Taqwa itu letaknya di sini." Dan Baginda memberi isyarat ke arah dadanya sebanyak tiga kali." (HR Imam Muslim)

Allah berfirman ttg mereka yg menyembelih haiwan qurban, iaitu yg dilakukan oleh mereka yg menunaikan haji dan umrah :

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tdk dpt mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan drp kamulah yg dpt mencapainya." (al-Hajj: 37)


Wallahu a'lam..

Sumber:Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas (Konsep Niat dan Ikhlas Menurut Islam), Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Notakaki
1.Minggu nie adik den balik dari praktikal di Zoo Melaka. Kagum den nengok haiwan-haiwan yang adik den and the gang buek treatment. Macam best laa plak tengok bakal kerjaya adik den nie. Moga hang mumtaz yo bot in ur studies ...ameennn
Praktikal di Zoo Melaka.

2. InsyaAllah di masa hadapan sy akan sambung lagi sambungan mengenai artikel ini, menurut kata kenalan sy, artikel ini masih ada bahagian yang sedang dieditnya. Moga usahamu diberkati Allah sahabat... ameenn ...
--------------------------------------------------------------
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
” (Az-Zumar:2)