Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, July 26, 2005

Rahamah Kassan

Rahamah Kassan, 70 tahun. Mungkin nama ini kita tak pernah dengar pon sebelum ini, tetapi secara peribadinya diriku kagum dengan apa yang dilakukan oleh beliau.

Bagiku usaha beliau wajar dikagumi. Beliau telah mendermakan wang sejumlah RM18,000.00 untuk Program Tabung Bersamamu. Dari mana sumber kewangannya, beliau mengeluarkan duit simpanan Tabung Haji nya untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan. Dalam erti kata lain orang-orang yang lebih memerlukan darinya.

Bagi diriku inilah insan yang bersyukur, walaupon sesungguhnya kita tidak berupaya mengukur tali kesyukuran seorang hamba Allah itu, tapi bagi diriku yang mengukur mengikut ukuran ku sendiri yang pastinya masih banyak kekurangan melihat beliau tergolong dari golongan orang yang bersyukur dengan nikmat Allah.

Beliau melihat golongan yang dibawahnya, lantaran melihat orang yang lebih susah darinya timbul rasa untuk bersedekah. Itulah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, kita disarankan selalu melihat orang yang dibawah, jika kita senantiasa melihat orang yang di atas kita tidak pernah akan rasa cukup dengan apa yang kita miliki. Jika kita sentiasa melihat orang yang di atas nescaya sifat qanaah dalam diri kita akan beransur-ansur hilang.

Teringat satu kisah yang pernah didengar dari Ust Dasuki suatu ketika dahulu, seorang wanita menghulurkan beliau RM10,000.00 untuk diinfaqkan, pada perkiraan Ust Dasuki mungkin hamba Allah ini merupakan seorang yang berada atau kukuh kedudukan kewangannya.

Tapi alangkah terkejutnya beliau apabila melihat hamba Allah itu hanya memandu sebuah Kancil ketika menghantarnya ke kereta. Subhanallah .. Maha Suci Allah, sesungguhnya orang-orang ini adalah orang-orang yang nampak akan janji-janji Allah. Mereka dapat merasakan kemanisan menyumbang untuk kebaikan ummah dan juga kebaikan mereka di alam sana, alam kekal abadi . Itulah antara kata-kata yang keluar dari Ust Dasuki tatkala memberi tazkirah suatu ketika dahulu.

Kita selak lembaran kitab suci Al-Quran, kita selak satu persatu tafsirannya mahupun terjemahannya, atau kita periksa di laman-laman web yang mempunyai translasi Al-Quran, berapa banyak wahyu yang menyaran agar kita bersedekah. Kita selak pula kitab-kitab Hadith, terlalu banyak saranan untuk kita bersedekah dan membantu orang.

Islam ditauti dengan rasa kasih-sayang sesama insan, dengan rasa kasih-sayang inilah yang akan membuat seseorang tidak sampai hati untuk melihat orang lain dalam kesusahan.

Dikesempatan ini diriku mengambil peluang untuk menyeru terutama diriku sendiri dan juga blogger-blogger serta pembaca-pembaca blogku yang lain agar sama-samalah kita menyumbang untuk membantu meringankan beban mereka, tidak perlu kepada kita menyumbang sehingga RM10, 000.00 sumbang lah sebulan RM2 pon jadilah jika tidak mampu untuk lebih, apa yang penting adalah keikhlasan, sama-samalah kita rajin-rajin menghulurkan bantuan.

Bila ke masjid, letakkan lah apa yang termampu, Amalan yang sudah menjadi rutin insyaAllah kita akan terbiasa. Percayalah tiada apa-apa kerugian jika kita berderma.

Wallahu ‘alam.
--------------------------------------------------------------
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu) , maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.“( Al-Baqarah : 271 )

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home