Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, November 29, 2004


Hari Sabtu balik2 tengok komik alwan dah sampai. Alhamdulillah, efficient betoi para dealer Alwan nie yer. Untuk mendapat keterangan lanjut sila layari ke laman alwancomics.com Lepas ziarah laman web tu belilah yer, bantulah industri komik dakwah kita, tak mahal, RM3 sahaja. Beli jangan tak beli, insyaAllah para dealer akan menghantar komik tersebut, depa nie efficent.

Hari nie diriku dan adiku doBot berusaha untuk membuat template adik kami, dia ado hajat lah plak nak buek blog macam kami...Dia cuma reti buka account jer, lepas tu kami lah jadi mangsa, sampai ke tengah pagi buek template dia. Mula2 tu dia duk tunggu sambil memerharti apa yang kami buek, lepas tu terus jer terlelap. Masa duk membantu dio nie lah bukan nyer baik adikku jaja. Mintak lah buek apo pon sanggup dibueknya. Siap mintak urut2 laie :D, tu model yang pegang komik alwan tu adik den jajalah tu,duk tulih posting ni lopeh buek kan template adik den lah nie.Memandangkan blog nyer belom disempurnakan oleh adikku jaja, maka masa untuk mewar-warkannya belum bulih lagi,dia pon belum tengok hasil kerja kami. Kami hanya buat atas instruction dia.Kalau dia rasa ok, maka macam tu lah kami buek. Sekian.

P/S ----> sekadar mumbling dipagi hari.

HOME

Sunday, November 28, 2004

Jalan-jalan Melaka.


Semalam sampai rumah parents lebih kurang jam 1830. Stranded sat kat highway, tak tahu apa punca nya traffic jam yang agak panjang, nampak cam ok jer, tapi very slow moving. Bertolak dari Uniten kira-kira jam 1700, sampai jam 1830. Kira lewat jugalah tu, lari dari perjalanan sebenar. Mula-mula ingat mahu bertolak after office hours tapi keadaan tidak mengizinkan.

Sampai di rumah sempat duduk berehat sebentar, dan seusai solat isya’ kami bertolak ke Melaka untuk berziarah mak su kami disana. Alhamdulillah perjalanan agak smooth, pergi dan balik. Lama juga rasanya diri tidak ke rumah maksu walaupun a few month back ada projek di Melaka, bukan tidak mahu menyinggah, Cuma takut rakan setugas berasa kurang enak jika menyinggah2. Tiap kali jika ada urusan di Selatan bersama rakan setugas terasa kurang selesa untuk menyinggah di mana-mana, even my house, takut dia berasa kurang selesa.

Macam-macam cerita yang diperbualkan, cerita kucing diduduk oleh anak-anak yang dijaganya turut dijadikan topik perbualan. Macam biasalah, bila ada permasalahan haiwan mesti org duk tanya pada adikku, doBot.

Antara perkhabaran yang paling menggembirakan diriku dan family members yang lain adalah keputusan anaknya epie yang memberangsangkan…alhamdulillah …. Syukur sangat aku mendengarnya. Mungkin ada yang tahu latar belakang maksu ku ini, kerana diriku pernah menulis tentangnya serba sedikit suatu ketika dahulu. Maksuku merupakan seorang balu beranak 4. Tiada suami tempat bergantung dan dia menyara keluarganya dengan mengambil upah menjaga anak-anak orang.

Sewaktu epie mula mendaftar di Politeknik Tg Malim, diriku dan bondaku lah yang menghantar mereka. Alhamdulillah, nampaknya dia sudah bulih adapt dengan kehidupan di sana. Banyak kuhamburkan kata2 nasihat agar belajar bersungguh-sungguh bagi membantu ibunya kelak. Diriku bersyukur sangat dengan anugerahMu Ya Allah. Keputusan SPM epie tidak lah sebaik mana, alhamdulillah beroleh tempat di Politech, itupon second call(kadang2 orang panggil second intake), dan dalam second call itu pon ada pihak yang telah membuat minor error yang menyebabkan epie mendapat tempat di Politech itu. Error yang dimaksudkan itu ialah kesalahan meletakkan epie di dalam kursus diploma Mechatronic. Menurut pihak admin di situ sepatutnya epie tidak layak untuk mengambil jurusan itu kerana ada subjek SPM nya yang membuatkannya tidak layak untuk mengambil jurusan itu. Sepatutnya epie ditawarkan kursus sijil. Alhamdulillah, selepas kami menceritakan serba sedikit permasalahan kami pihak pengetua dan ada beberapa staff politech bersetuju untuk menawarkan epie kursus diploma mechatronic, memandangkan masih banyak lagi kekesongan. Alhamdulillah … bersyukur sangat ..

Apa yang kurisau kan semasa epie dibenarkan mengambil jurusan itu ialah kemampuannya untuk membawa bidang itu. Alhamdulillah…..epie berjaya mengharungi first semester dengan cemerlang, 3.70. Itulah namanya rezeki kurniaan Allah dan berkat usaha, du’a dan tawakkalnya. Niat yang baik insyaAllah dipermudahkan oleh Allah.

Kegagalan lalu tidak bemakna selama-lamanya gagal. Usaha, du’a dan tawakkal adalah elemen penting untuk berjaya. Sekadar berusaha tanpa du’a dan tawakkal jika berjaya sekalipon kita menjadi makhluk Allah yang tidak bersyukur akan nikmatNya yang terlalu banyak. Tatkala mengenang cerita epie semalam, diriku teringat antara kata-kata sahabatku, kadang-kadang mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran (baca SPM) bukanlah seorang yang gagal, mereka Cuma tiada peluang untuk meneruskan pelajaran, tiada pihak yang membantu mereka untuk meneruskan proses pembelajaran mereka. Mereka bukan tidak pandai, cuma mungkin disebabkan oleh faktor2 lain yang menyebabkan mereka memperolehi keputusan seperti itu. Apabila faktor2 lain itu dapat dikesampingkan, insyaAllah mereka boleh berjaya seperti orang lain. Semoga berjaya menjadi insan yang berguna epie dunya wal ukhrawi….ameenn…

Hari nie pula, kami sekeluarga berziarah ke rumah ex-jiran kami di Seremban sewaktu lunch hour. Part yang paling best, diriku dan abiku menjadi tukang basuh pinggan, tuan rumah salah budjet. Nasib baiklah kami dah biasa buek keje2 camtu…:D

Perlu beransur, maghrib bakal menyusur ….wallahu ‘alam

HOME

Thursday, November 25, 2004

Banyak ketawa buat hati mati


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam atas Junjungan Besar Muhammad SAW, keluarga Baginda, sahabat-sahabat serta muslimin dan muslimat. Semalam selesai menguruskan satu urusan yang kukira penting bagi diriku. Mungkin ada dikalangan rakan taulan ku tahu apa yang kumaksudkan. Cuma tinggal minor matter to be done, du’akan dipermudahkan ye sahabat. Ucapan terima kasih kepada family dan sahabat2 yang mendu’akan diri ini dipermudahkan dalam segala urusan. Dikesempatan ini ingin berkongsi artikel yang diperolehi dari ingatan groups yang ku kira menarik untuk bacaan kita agar sama2 kita dapat bermuhasabah…insyaAllah.

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.

Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud : "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.." (Surah at-Taubah, Ayat 82).

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan.

Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap menghadkannya untuk mengelaknya berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran itulah, walaupun berada dalam apa juga keadaan hidup yang akhirnya menuntut diri seseorang secara spontan berada dalam keadaan yang sesuai dengan apa yang dialami dan dirasai, Islam menyediakan pilihan lain yang boleh diguna pakai bagi mengelak daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi berpandukan arahan hati yang murni.

Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia. Jika baik dan bersih hati seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahir seseorang dalam melakukan apa juga tindakan dalam hidup seharian.

Sebaliknya, jika buruk dan rosak sebuku hati itu, maka akan rosaklah segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tertentu dalam hidup ini.

Apabila hati sudah mati, maka akan mudahlah syaitan dan nafsu merajai diri dan akhirnya akan membawa diri ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran.

Begitu juga, akan terbentuklah kelompok manusia yang alpa dengan fungsi dan tanggungjawab asal manusia sebagai khalifah di bumi Allah.

Sesungguhnya, hati berperanan besar menjadi penghubung kepada jiwa dan perasaan manusia untuk mentazkiah (menyucikan) diri melalui bisikan zikir dan doa, yang mana dengan cara itulah, manusia boleh mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta dan menyemai rasa takut untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan suruhan agama.

Jika hati sudah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pada ketika itu, keunggulan ciri-ciri manusia sejati yang lahir dengan kedudukan dan tanggungjawab di alam fana ini akan terabai.

Perlu juga disedari, bahawa pada ketika hati itu sudah rosak, maka sesuatu yang akan binasa ialah maruah diri.

Individu itu tidak mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya iaitu kehormatan diri kerana proses untuk memantap dan menghidupkan darjat diri sudah tidak berfungsi lagi.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa." (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).

Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif daripada yang positif.

Orang banyak ketawa akan lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang, banyak ketawa boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia akan lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Orang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaian memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah, ketua, ayah dan pemimpin dalam dunia.

Abdullah bin Abi Yu'la pernah berkata: "Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah."

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik dilakukan sepanjang masa agar tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Ini kerana, ia adalah suatu dugaan daripada Allah kepada hambanya beriman. Di samping itu, kita digesa supaya menilai keperibadian sendiri pada setiap waktu agar dapat mengenal pasti setiap kelemahan dan kesalahan sama ada sengaja atau tidak.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri, dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Benarlah ada kata-kata yang menyebut bahawa orang yang banyak ketawa akan banyak menangis kemudian. Hal ini kerana, manusia celaka di dunia yang banyak ketawa bukan saja tidak akan mampu ketawa dalam azab Allah, bahkan tidak akan mempunyai masa untuk mengukir senyum.

Sebaliknya, akan dihiasi dengan jeritan dan tangisan yang menghibakan. Abdullah Ibn Abbas pernah berkata, sesiapa melakukan perbuatan dosa dan kemudian ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan tangisan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Hal ini kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

Semoga kita akan sama-sama berusaha mengawal diri daripada menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku. Maka akan hilanglah kenikmatan hidup untuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.

HOME

Wednesday, November 24, 2004

Selamat Bercuti Hukamak...


Selamat bercuti buat Hakim, moga cuti dipenuhi dengan perkara yang berfaedah....
Ingat nak email kat akim, tapi memandangkan email dia address uni dia, jadi takut-takut tak dapat diakses oleh akim.

Nak letakkan di blognya, sodeeq down plak. Sebab dah tak der cara lain jadi letak kat sini sahajalah. Selamat bercuti yer kim...

Tuesday, November 23, 2004

Rakaman Audio


Minggu lepas thro' YM akhi Muhammad ada meletakkan status yang agak menarik untuk dikongsi bersama. Di sini ingin berkongsi 2 link yang menarik, satu diperolehi dari akhi Muhammad yang juga admin Portal Nurhidayah. Link yang dimaksudkan ialah CeramahIslam.com. alhamdulillah, halaman ini sarat dipenuhi dengan kuliah-kuliah, insyaAllah ianya bermanfaat untuk santapan ruhi kita.

Satu lagi link diperolehi dari akhi Hafiz Firdaus, link ini ada disertakan dengan audio kuliah-kuliah yang disampaikan oleh pencaramah-penceramah yang hebat antaranya ialah Ust. Dr Abdullah Yassin, Ust Shofwan Badrie, Ustaz Kariman Abdul Muin, Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Yahya Ibrahim dan antara kuliah yang ku kira paling menarik adalah Tuan Guru Sheikh Mohammad Abdul Kadir Mandeeli.

Tuan Guru Sheikh Mohammad Abdul Kadir Mandeeli adalah satu-satunya anak Melayu yang mengajar di dalam Masjidil Haram. Untuk melihat biodata ringkas beliau boleh lah klik dilink ini yang disediakan oleh Madrasah al-Wahidah. Untuk ke halaman audio beliau bolehlah lawati Halaman audio Pertubuhan Al-Nidaa'. Selain kuliah beliau, kuliah-kuliah ustaz yang disebutkan di atas tadi juga boleh didapatkan dilaman berkenaan.

Penyakit Ujub


Sekadar berkongsi email dari groups...
apabila sudah mula bertugas kekerapan untuk menulis idea sendiri secara automatik berkurang, bukan tiada idea, cuma kesempatan untuk menulis dan membuat rujukan agak terhad.

Ujub itu ialah salah satu penyakit hati. Ia banyak terkena kepada orang pandai, orang yang banyak ilmu seperti ulamak, ahli 'abid dan juga para pemimpin. Apa yang dimaksudkan dengan ujub? Iaitu mengkagumi diri sendiri atas kerana kelebihan atau keistimewaan yang ada pada diri. Contoh, berlaku kepada orang pandai. Bila ada ilmu lebih sikit daripada orang lain, boleh pula bercakap dan memberi idea, timbul rasa dalam hati, "Pandai juga aku ini", "mana ada orang yang sebaik aku dalam memberi idea ini".

Perasaan seperti inilah yang dikatakan ujub. Dia memuji dirinya sendiri. Dia kagum dan tertarik dengan kelebihan yang ada padanya. Contoh lain, ahli'abid atau dikenali sebagai ahli ibadah bilamana boleh bersembahyang banyakdari sembahyang fardhu ke sembahyang sunat, lepas itu, sembahyang lagi sehingga 8 ke 10 rakaat. Terdetik kata-kata di dalam hatinya, "Tak ada orang lain boleh buat seperti aku", "boleh tahan juga aku ni". Begitulah penyakitujub itu, ia boleh datang ke dalam hati manusia dalam keadaan manusia itusedang beribadah kepada Tuhan.

Apa ubatnya kepada penyakit ini?

Kenali Tuhan dan faham peranan Tuhan, itulah yang dapat mengubati penyakit ujub. Bila Tuhan dikenali, peranan Tuhan difahami, akan terasa di hati betapa Maha Besar, Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya Tuhan. Akan terasa di hati, segala nikmat yang kita dapat sebenarnya dari Tuhan. Juga, segala pujian itu selayaknya adalah untuk Dia. Kita tak hebat tetapi yang hebatnya adalah Tuhan. Tak akan kita dapat sedikitpun kelebihan, baik kepandaian,boleh berpidato, boleh beribadah dan sebagainya melainkan dengan izinNya.Dialah yang menentukan. Dialah yang memberi kelebihan itu. Mana mungkin kita boleh menafikan semua itu?

Rasa-rasa seperti inilah yang disebut sebagai rasa bertuhan. Hanya dengan rasa bertuhan sahaja, kita akan dapat menangkis ujub. Hanya dengan rasa bertuhan otomatik akan datang rasa kehambaan dalam diri. Sesuai dengan status kita sebagai hamba, mana boleh hamba "claim" yang dia mempunyai? Mana mungkin hamba itu kata yang dia memiliki itu dan ini? Memang kalau hamba itu tetaplah dia hamba. Hamba tidak mempunyai dan memiliki. Sebaliknya, hamba itu dipunyai dan dimiliki. Walaupun ada kelebihan pada hamba, kelebihan itu dipinjamkan. Kelebihan itu diberikan sementara. Hak mutlak ada pada Tuan. Hamba hanya pakai sementara. Hamba hanya dapat bilamana Tuan izinkan. Hamba tak akan dapat kalau Tuan tak beri.

Begitulah juga hubungan hamba dgn Tuhan. Ia mengatasi hubungan hamba dgn Tuan. Tuhan kita adalah Tuan pada segala Tuan. Dia adalah raja segala raja. Dunia seisinya adalah kepunyaan Dia. Termasuk kita manusia adalah kepunyaan Dia. Jika kita faham begini, maka mudahlah untuk kita selamatkan diri kita daripada ujub. Kenapa perlu bangga atau kagum dengan kelebihan pada diri. Ia boleh datang dan pergi, bergantung pada kehendak Tuhan. Ia adalah nikmat dari Tuhan dan kalau kita pandai mengambilnya, akan jadi rahmat yakni berserta kasih sayang Tuhan. Tetapi kalau kita salah cara menerimanya, makaia jadi bala'. Ia adalah nikmat Tuhan dalam bentuk istidraj. Kita akan sentiasa dalam kemurkaan Tuhan kecuali kita bertaubat dan membaiki kesilapankita.

Marilah kita ambil berat tentang penyakit ujub ini dan selalulah memeriksadiri agar kita terselamat darinya. Moga-moga panduan serba ringkas ini,dapat memberi kita ilmu tentang penyakit ujub dan cara mengatasinya. Sekian.

Sumber dari e-mail hidayahnet

HOME

Monday, November 22, 2004

Kecintaan Sesama Saudara Islam Kerana Allah.


"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat...
Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorangtiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Uthman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa persaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat disyurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara."Q.S Al-Hujurat : 10

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." HR. Muttafaqun 'Alaih

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad SAW. Persaudaraan merupakan buahdan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cintayang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya?

Wallahu‘alam.

Dipetik dari anak_ummi....

HOME

x-ray


Hari nie ada peristiwa kelakar dalam hidupku, seusai membuat x-ray malam tadi,dalam perjalanan pulang keretaku semput2. ghupa2nya kehabisan petrol…..hehehe. Entah macam mana diriku terlupa untuk mengrefill petrol keretaku, biasanya ada indication light menyala, ghupa2nya indication lite tu dah rusak. Patut lah tetiba mati tgh jalan, dah lah jalan besar plak tu, mujurlah bila time nak mati tu tengah turun bukit, adalah sikit kekuatan keretaku untuk bergerak…Pengajaran utama buat diriku, lepas nie jgn tunggu indication light menyala. Indication lite bila2 bulih malfunction, sampai jer Empty atau dah jejak 500 km refill.

Nak minta bantuan ayah dan bunda, mereka ada tetamu jadi tak dapek la nak dapatkan pertolongan depa. Alhamdulillah adikku baru kembali dari Serdang, waktu bertolak ke klinik untuk buat x-ray adikku belum pulang lagi, sekali lagi urusanku dipermudahkan walaupun kereta sedang kehausan yang teramat sgt. And part yang best, kereta kehabisan petrol dekat dengan kedai makan, jadi berpeluang lah diriku mengisi perut dahulu.Biasalah familyku hanya tersenyum melihat gelagatku bersama keretaku.

Ziarah terakhirku sebelum kembali ke Lembah Kelang ialah ke rumah mak teh ku, alhamdulillah dah abih dah pusing rumah sedara kat Seremban n N9, insyaAllah next week ghumah sedara2 di Klang Valley plak.

Malam nie saja 3 kali makan, mkn di kedai waktu tunggu doBot, makan dirumah bersama family dan makan di rumah mak teh ku. Alhamdulillah …..

Memang planning pulang lewat sikit malam nie, nak elakkan kesesakan lalulintas, biasanya pon memang balik lambat pon, selesai kelas baru balik. Tak tahu lah lepas nie bulih attend kelas lagi or not. Moga-moga bulih...ameennn.

p/s --->lepas nie sesapa yang telepon den jgn torkojut lak ado bunyi lagu2. Baru last week "Bermain dengan teknologi"(bak kata Maxis), dah menambahkan function caller ring tone. Nak dengar lagu apa, call lah... :)

HOME

Sunday, November 21, 2004

Klinik Permata


Alhamdulillah, the medical check up run smoothly, but the x-ray could not be done by the clinic. Tapi doctor ada bagi suggestion untuk buat x-ray di Hospital Tawakkal. Dan apa yang bagusnya hospital nie bulih buat x-ray 24 jam, according to the receptionist yg jawab phone callku tadi. InsyaAllah malam sikit kang pi plak tawakkal kat senawang. Sebelom kuar klinik sempat jugak jemput doctor Samingan tu ke rumah untuk berhari raya. Kami sekeluarga memang rapat juga lah dengan doctor nie, maklumlah satu taman.

Teringat waktu buat undergrad dulu, bila nak buat x-ray ada satu jer yg bulih buat kat seremban nie. Namo dio Gill x-ray specialist, la nie ada hospital yg dimiliki oleh orang kita, siap bulih buat memalam lagi, and the cost is the same, alhamdulillah ….

HOME

Novel oh Novel


Hari ini merupakan hari terakhir diriku bercuti di rumah. Esok dah nak mula bertugas. Alhamdulillah, terasa cuti tahun nie agak panjang. Macam2 dah ada dalam kepalaku apa yang nak dikerjakan esok, moga2 biarlah ianya berjalan lancar. Sebentar lagi selesesai solat asar terasa ingin ke klinik untuk membuat medical check up. Procedure biasa….alhamdulillah. Aku bersyukur dengan peluang yang Kau kurniakan padaku Ya Allah. Moga Kau permudahkan urusanku seterusnya….ameen

Tadi ada membelek sebuah novel yang dipinjam oleh adikku, walaupun dah acap kali kukatakan pi la cari bahan ilmiah sikit, jgn asyik duk baca buku yang kurang ilmiah. Bulih dibaca, tapi pastikan tahu membezakan yang haq dan batil. Jgn mudah terpengaruh dengan unsur2 yang kurang sihat. Bila memula belek tu ada terasa bestnya, first sebab tgk novelis tu ada lah juga buat homework tentang apa yang hendak digarap, secondly ada unsur2 bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada hambaNya ada digarapkan unsur kehambaan kepada Al-Khaliq and last sekali unsur respek kepada orang tua walaupun makciknya merupakan seorang yang agak bengis terhadap si watak utama sejak dari kecil lagi (setakat tu jer yang mampuku cari kerana tak baca sampai habis pon). It was a nice thing to see ppls are respecting the older generation which are a common degradation in the western culture and hopefully it will not reach here.

Hatiku yang berbunga di awal pembacaanku tadi tiba2 terasa kurang best bila si penulis memasukkan bab asamaradana, entah mengapa hatiku terdetik, mengapa setiap novel yang hendak dikomersialkan mesti mempunyai unsur2 cinta asmaradana (bukan semua ya, tapi majoritinya). Unsur cinta pada diriku mungkin tidak menjadi isu sgt, sudah menjadi fitrah makhluk Allah yang bernama manusia untuk meraih cinta orang. Tetapi penggarapan novel yang menonjolkan elemen kepincangan moral individu bercinta yang membuat aku rasa kurang enak. Perkara berpimpinan tangan, berpelukan adalah sangat tidak sesuai bagi kita untuk ditulis dan dibaca oleh golongan muda-mudi, terutamanya remaja. Jangan sampai satu hari remaja kita akan berpendapat ini adalah budaya m’kat sebelum mendirikan rumahtangga. Bercinta, berdating dan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama. Mungkin ada orang akan berkata, kenapa aku hanya nampak perkara yang tidak elok sahaja dalam novel ini. Bukan begitu, alhamdulillah, aku masih dikurniakan oleh Allah agar dapat meneliti novel ini (walaupun tak sampai satu buku). Diriku dapat meneliti ada elemen yang baik di dalam novel ini. Tapi bak kata orang melayu kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dan kita sebagai seorang muslim memang sedia maklum bahawa cara tida menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh syariat begitu juga sebaliknya. Penulis perlu lebih sensitif dengan elemen bercinta ini. Ini adalah kerana dari membaca remaja akan menghayati dan dari menghayati takut2 pula mereka akan mencuba. Jangan terkejut pernah satu ketika diriku pernah berjumpa dengan seorang wanita yang menyatakan berpimpinan tangan itu satu perkara biasa, according to her it was a way to express love for each other. Astaghfirullah …..

Pernah membaca novel Hamka “Di Bawah Lindungan Kaabah” , ini pon dikategorikan novel cinta, alhamdulillah Pak Buya Hamka berupaya menggarap sebuah novel yang mampu memperlihatkan cinta sesama manusia. Tiada unsur2 asmaradana. Pernah juga membaca cerpen tulisan saudara tarmizi a.k.a akhimasrawi yang berunsur cinta (Cinta Suffiah). Begitu juga dengan cerpen Ghafirah Idris yang pernah saya baca. Alhamdulillah tiada unsur2 asmaradana. Tapi ada unsur2 cinta. Mungkin orang akan mempertikaikan genre cerpen tidak sepayah genre novel yang perlu digarap dengan panjang lebar. Saya bukanlah orang yang anti kepada golongan novelis. Secara jujurnya saya akui ada di antara mereka yang berusaha berdakwah dengan cara penulisan kreatif mereka, which I see a good thing.

Akhir kata, saya memohon maaf kepada penulis2 jika tulisan saya menyinggung hati anda. Tetapi kita mempunyai kewajipan untuk berusaha ke arah yang lebih baik, memakmurkan bumi Allah. Sama-samalah kita berusaha memakmurkan Bumi Allah ini, bumi yang mana langit dan gunung pon tidak sanggup memikulnya tetapi kita berupaya memikulnya…. InsyaAllah Bulih … Sama-samalah kita berusaha, yang penulis dengan cara menulisnya, yang doktor dengan ilmu kedoktorannya, yg egr dengan ilmu engineeringnya…

Nak solat n pi klinik …… wassalamualaikum warahamtullah ….

Glossary ciptaanku
asmaradana – adegan percintaan seperti berpimpin tangan, berpeluk2kan dan perkara2 yang tidak sedap mata memandang.
Is this vocab(asmaradana) exist in Kamus Dewan?

HOME

Saturday, November 20, 2004

Vast difference between Islam and the actual practice of muslims


Lately I feel a lot of thing to jot down in the blog, about the ‘idulfitri sermon, about ppl need motivation (which the greatest motivation we as a muslim had been granted by Allah is the Holy Quran and ada several things lagi nak ditulis) but due to several unexpected outcome the chances to jot down just vaporized mcm tu jer. This interesting articles was picked up from one of Dr. Zakir small books. His book can be bought at Saba Media. But this article was downloaded from Bahan Tarbiyyah, Common Questions About Islam.Dr Zakir profile can be view by clicking this link.

Question:
If Islam is the best religion, why are many of the Muslims dishonest,unreliable, and involved in activities such as cheating, bribing, dealing in drugs, etc.?

Answer:

1. Media maligns Islam
a. Islam is without doubt the best religion but the media is in the hands of the westerners who are afraid of Islam. The media is continuously broadcasting and printing information against Islam. They either provide misinformation about Islam, misquote Islam or project a point out of proportion, if any.

b. When any bomb blasts take place anywhere, the first people to be accused without proof are invariably the Muslims. This appears as headlines in the news. Later, when they find that non-Muslims were responsible, it appears as an insignificant news’ item.

c. If a 50 year old Muslim marries a 15 year old girl after taking her permission, it appears on the front page but when a 50 year old non-Muslim rapes a 6 year old girl, it may appear in the news in the inside pages as ‘Newsbriefs’. Everyday in America on an average 2,713 cases of rape take place but it doesn’t appear in the news, since it has become a way of life for the Americans.

2. Black sheep in every community:
I am aware that there are some Muslims who are dishonest, unreliable, who cheat, etc. but the media projects this as though only Muslims are involved in such activities. There are black sheep in every community. I know Muslims who are alcoholics and who can drink most of the non-Muslims under the table.

3. Muslims best as a whole:
Inspite of all the black sheep in the Muslim community, Muslims taken on the whole, yet form the best community in the world. We are the biggest community of tee-totallers as a whole, i.e. those who don’t imbibe alcohol. Collectively, we are a community which gives the maximum charity in the world. There is no community as a whole in the world which can show even a candle to the Muslims where modesty is concerned; where sobriety is concerned; where human values and ethics are concerned.

4. Don’t judge a car by its driver:
If you want to judge how good is the latest model of the “Mercedes” car and a person who does not know how to drive sits at the steering wheel and bangs up the car, who will you blame? The car or the driver? But naturally, the driver. To analyze how good the car is, a person should not look at the driver but see the ability and features of the car. How fast is it, what is its average fuel consumption, what are the safety measures, etc. Even if I agree for the sake of argument that the Muslims are bad, we can’t judge Islam by its followers? If you want to judge how good Islam is then judge it according to its authentic sources,
i.e. the Glorious Qur’an and the Sahih Hadith.

5. Judge Islam by its best follower i.e. Prophet Mohammed (pbuh):
If you practically want to check how good a car is put an expert driver behind the steering wheel. Similarly the best and the most exemplary follower of Islam by whom you can check how good Islam is, is the last and final messenger of God, Prophet Muhammad (pbuh). Besides Muslims, there are several honest and unbiased non-Muslim historians who have acclaimed that prophet Muhammad was the best human being. According to Michael H. Hart who wrote the book, ‘The Hundred Most Influential Men in History’, the topmost position, i.e. the number one position goes to the beloved prophet of Islam, Muhammad (pbuh).There are several such examples of non-Muslims paying great tributes to the prophet, like Thomas Carlyle, La-Martine, etc. For us Muhammad (pbuh) is our qudwah hasanah.

HOME

Friday, November 19, 2004

Bebaskan diri daripada kongkongan nafsu


1 Syawal yang lalu antara artikel yang menarik kutemui ketika duduk2 sambil membaca akhbar Berita Harian. Sekadar copy and paste. Tak teringat nama penulisnya.

SUDAH sebulan kita menjalani ibadah puasa. Kini, Aidilfitri pula menjelma sebelum kita disunatkan berpuasa enam.

Sebenarnya ada rahsia tersirat di sebalik kefardhuan puasa Ramadan ini yang tidak dapat diselami dan dihayati dengan sedalam-dalamnya sekiranya kita tidak mengetahui hakikat penciptaan manusia itu sendiri.

Adakah manusia ini hanya sebatang jasad dan tubuh badan kasar yang terdiri daripada darah, daging, tulang belulang serta anggota badan zahir semata-mata? Kalaulah manusia ini hanya itulah saja, maka alangkah kerdil dan hinanya manusia ini berbanding dengan makhluk ciptaan Allah yang lain, seumpama binatang, langit, bumi, gunung ganang dan sebagainya. Apa ertinya manusia ini berbanding dengan semua itu, kalau dilihat dari segi fizikal dan lahirnya!

Memang, sebenarnya manusia ini bukanlah sekadar struktur tubuh dan badan kasar saja, akan tetapi ia mengandungi roh yang mulia di dalam jasadnya. Itulah rahsia dan kurniaan Ilahi yang dibaluti jasad yang berasal daripada tanah. Hakikat manusia sesungguhnya berasaskan roh yang mulia yang ditiupkan Allah ke dalam jasadnya. Dengan roh itulah manusia boleh berfikir, merasa seterusnya mengatur tadbir alam ini. Justeru itulah, Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya supaya sujud memberi penghormatan kepada Nabi Adam as.

Demikianlah asal kejadian manusia yang terdiri daripada gabungan roh yang tinggi dan jasad yang rendah. Jasad bagaikan rumah dan roh selaku penghuninya. Jasad bagaikan kenderaan dan roh selaku penunggangnya. Rumah tidak dibina untuk dirinya, sebagaimana kenderaan tidak diadakan untuk dirinya juga, akan tetapi rumah untuk keperluan penghuninya seperti mana kenderaan untuk kepentingan penunggangnya.

Betapa anehnya manusia yang mengabaikan dirinya dan dalam waktu yang sama mengutamakan rumahnya, begitu juga peliknya manusia yang menjadikan dirinya hamba kepada kenderaannya. Dalam erti kata yang lain, mengabaikan rohnya dan tunduk patuh kepada kehendak jasadnya semata-mata. Mereka bekerja semata-mata untuk jasad dan tuntutan nafsunya, hanya untuk perut dan nafsu seksnya saja.

Mereka itulah yang disebut Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: >“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipuja lagi ditaati. Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka?). Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan ( bawaan) mereka lebih sesat lagi.” (al-Furqan ayat 43-44)

Apabila manusia benar-benar mengenal nilai dirinya, maka ia akan mengutamakan penunggang daripada kenderaan, mengutamakan penghuni daripada rumah. Dengan demikian, ia akan mendahulukan tuntutan rohani daripada tuntutan jasad. Akhirnya jadilah ia bebas merdeka daripada kongkongan hawa nafsu yang jahat dan dengan itu kedudukannya lebih mulia daripada Malaikat.

Di sinilah letaknya rahsia Allah mewajibkan kita berpuasa supaya bebas daripada pengaruh hawa nafsu yang kerap kali mendorong manusia ke jalan yang tidak diredai Allah Taala.

Semoga puasa kita pada Ramadan kali ini diterima Allah dan kita berjaya mencapai ketakwaan yang sebenar-benarnya.

HOME

Maaf Zahir & Batin, cukupkah?



Entah kenapa malam nie rasa mcam susah sikit hendak melelapkan mata, mungkin kerana dah terlelap seusai solat isya’ tadi menyebabkan diriku agak sukar untuk melelapkan mata malam ini.

Memberi kemaafan dan memohon maaf adalah satu amalan mulia dalam syarit Islam.

“Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun” (Al-Hajj:60) Begitulah luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya selama mana mereka memohon kemaafan kepadaNya dan selama mana tidak syirik kepadaNya.

Memberi Kemaafan
Taqwa adalah nilaian Allah kepada hamba-hambaNya. Yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa di antara mereka. Bagaimana cara beroleh taqwa? Jika kita merenung di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa ada 2 sifat yang membawa kita ke arah taqwa. Seorang itu semakin dekat (bukan semestinya ya) membina taqwa dalam dirinya apabila memiliki sifat adil dan pemaaf.
“….dan pemaafan kamu itu lebih dekat dengan taqwa.” (Al-Baqarah:237)
“ Jadilah engkau pemaaf ….. “ (Al-‘Araf : 199)


Dalam erti kata lain, jika seseorang individu itu belum boleh memaafkan seseorang maka seseorang individu itu usahlah mendakwa dirinya sudah bertaqwa. Mudah memberi maaf bukan bermakna diri seseorang itu tiada langsung perasaan marah di hatinya. Marah itu ada, tapi ia ditahan dan dikekang kerana marah itu bukan kerana Allah azzawajalla. Maka amalan mulia ini seharusnya menjadi pakaian orang-orang yang beriman. Sifat mulia ini jugalah yang sentiasa hadir dalam diri Baginda SAW sepanjang Baginda berdakwah.

“…. Dan orang-orang yang menahan api kemarahannya dan memaafkan orang .” (ali-‘Imran:134)

Sabda Baginda SAW
Sesiapa yang dapat menahan api kemarahannya sedang ia mampu untuk menghambur kemarahannya itu, maka Allah akan memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman damai (HR Abu Daud dan Ibnu Abid Dunya)

Sabda Baginda SAW
”Bolehkah aku memberitahu kamu apa yang dapat meninggikan bangunan dan mengangkat darjat?” Para sahabat berkata “Ya wahai Rasulullah.” Baginda bersabda “ Berlemah-lembut terhadap orang yang berlaku bodoh terhadap kamu, berilah kemaafan terhadap orang yang menganiyamu berilah kepada orang yang bakhil terhadapmu dan bersilaturrahim terhadap orang yang memutuskan darimu.” (HR at-Tabrani)

Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Muhammad SAW, Baginda sendiri mencontohkan apa yang Baginda ucapkan. Semua di antara kita mengetahui sejarah pembukaan Kota Mekkah oleh Baginda SAW dalam bulan Ramadhan. Semua di antara kita jelas bagaimana kaum Quraisy memerangi Baginda SAW, bagaimana Baginda dan sahabat-sahabat dizalimi dalam usaha Baginda untuk menyebarkan Islam di negeri Baginda sendiri. Kejayaan Baginda membuka semula Kota Mekkah merupakan satu kejayaan yang cukup hebat, tapi apa yang Baginda lakukan adalah juga hebat dengan mempamerkan satu akhlak yang sangat mulia.Baginda tidak marah malah memaafkan kaum musyrikin Mekkah yang selama ini memerangi beliau. “ Pergilah kamu semua! Kamu semua bebas hari ini.” Satu akhlak yang benar-benar mulia. Beroleh kuasa tanpa menzalimi kembali orang yang pernah menzalimi Baginda, suatu yang tampak sukar tapi telah dibuktikan oleh sejarah.

Memohon Kemaafan
Rintihan hati orang yang memohon maaf ini digambarkan oleh Allah di dalam firmanNya;
“….(Ya Allah) maafkanlah kami, ampunilah dosa kami dan rahmatilah diri kami. Engkaulah penolong kami….” (Al-Baqarah:286)

Persoalannya, adakah kita mahu memohon keampunan dari Allah Taala seperti itu? Orang yang sombong dengan Allah payah untuk memohon kemaafanNya. Yang tahu dan mahu memohon kemaafan dan keampunanNya adalah mereka yang benar-benar ada jiwa kehambaan.

Itu kita memohon kemaafan dengan Allah Taala, bagaimanapula kita memohon kemaafan sesama manusia? Sudahkah kita usahakan?

Kalau kita lihat syarat taubat terhadap dosa yang berlaku sesama manusia, maka salah satu darinya hendaklah kita memohon maaf kepada orang yang kita bersalah. Usahalah untuk mendapat keredhaan dan kemaafan bukan hanya ketika menanti detik ‘Idulfitri. Bukankah mati boleh tiba bila-bila masa sahaja? Bukankah mati paling hampir dengan kita? Maka janganlah kita menangguh2 memohon kemaafan sesama manusia. Jika diri kita dizalimi atau disakiti oleh individu, sama-samalah kita memberi kemaaf kepada sipelaku tersebut. Bukankah amalan ini yang digalakkkan dilakukan sebelum kita melelapkan mata setiap malam. Tiada ruginya kita memaafkan seseorang, perasaan hasad(dengki) hanya akan mengundang rasa tidak tenteram dalam jiwa kita (cuba fikir-fikirkan)

Kesungguhan Kita
Bersungguhkah kita dalam memohon dan memberi kemaafan. Perhatikan hakikat sebenar seorang individu di dalam keadaan terdesak ataupun ia tidak benar-benar ikhlas dalam memohon kemaafan atau dalam memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya. Kadang-kadang terfikir juga yang selama ini kita berpuas hati dengan sekadar ucapan “Maaf zahir batin ya.” Begitu juga dengan ucapan “kosong-kosong ya.” Apakah ia diucapkan dengan penuh keihklasan jika ya Alhamdulillah, atau sekadar ucapan retorik atau luahan di mulut sahaja?

Ucapan kemaafan dimulut dengan keredhaan di hati itu sesuatu yang amat berbeza. Boleh mengucapkan kemaafan kepada seseorang tidak bermakna hati benar-benar dapat memaafkan, redha dan melupakan kesalahannya. Boleh “forgive” tidak semestinya boleh “forget”. Oleh yang demikian setiap ucapan kemaafan biarlah ia datang dari hati yang ikhlas dan bersih, bukan sekadar sebagai perencah kehidupan dalam melayari kehidupan ini. InsyaAllah dengan hati yang ikhlas dalam memberi kemaafan dan memohon kemaafan hati kita akan menjadi tenang.

Jelaslah amalan memberi kemaafan dan memohon kemaafan mestilah datang dari hati yang ikhlas kerana Allah Taala. Janganlah ia sekadar Lain di mulut lain di hati. Apakah kita tidak berasa takut seseorang memaafkan kita kerana semata-mata hendak mengambil hati kita, padahal jauh dilubuk hatinya masih tersimpan perasaaan tidak redha? Masihka belum dapat melupakan kesalahan kita terhadapnya. Hakikatnya dia belum memaafkan kita.

Sama-samalah kita menanam niat di dalam hati agar setiap kemaafan yang kita laksanakan datang dari hati yg tulus ikhlas kerana Allah. Siapalah kita manusia, sedangkan Allah Maha Pengampun inikan kita yang tidak punya apa-apa di alam yang fana ini, sama-samalah kita berusaha menjadi insan yang setiap hari memaafkan orang yang menzalimi atau berbuat silap terhadap kita.

Adaptasi dari nukilan Amal Islami, Anis November 2003

Wallahu ‘alam

HOME

Wednesday, November 17, 2004

Hardtalk - BBC



Alhamdulillah …. 14 November lepas kita telah menyambut ‘Idulfitri. Disebalik kegembiraan menyambut ‘Idulfitri dengan aman damai di negara kita masih ramai diantara saudara kita yang tidak berpeluang merasai nikmat keamanan yang kita rasai sekarang ini. Sesiapa yang ada membaca Mingguan Malaysia 14 November lepas pasti akan tersentuh melihat kebiadapan tentera Amerika ke atas jenazah-jenazah saudara seagama kita. Hatiku memang terasa benar pabila melihat gambar frontpage mingguan Malaysia itu. Semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan dan dirahmati oleh Allah. Ameenn… sama-samalah kita memanjatkan du’a agar musuh-musuh kita gentar akan kita.

Pada ‘Idulfitri yang kedua kami sekeluarga berziarah ke rumah saudara-saudaraku di Kuala Pilah dan juga berziarah ke hospital yang mana pak ngah ku dimasukkan ke hospital kerana diserang paru-paru berair. Alhamdulillah, nampaknya pak ngah ku semakin beransur sihat, Cuma kelihatan badannya agak susut sedikit.

Sekembali dari Kuala Pilah lebih kurang jam 0030 diriku tidak ada apa-apa plan. Cuma mengambil peluang membaca sedikit buku ikhtibar perjalanan ke Tanah Suci, didepan bongkah televisyen rumahku. Mula-mula terfikir juga untuk mengupdate blog, tetapi memandangkan streamyx connection teramatlah uzur, hasrat hati terpaksa dibatalkan kerana terlalu slow sangat. Itu yang mengambil peluang sebelum melelapkan mata dengan membaca sedikit bahan bacaan. Duk tengah baca-baca, ada satu rancangan di kaca tv yang menarik perhatianku. Rancangan Hardtalk, disiaran BBC.

Dalam edisi kali ini BBC telah menjemput Amr Moussa, Setiausaha Agung Liga Arab untuk membincangkang isu Palestin. Seperti yang kujangkakan pihak BBC akan berat sebelah. Memang tidak meleset jangkaan ku, sehinggakan Amr Moussa kelihatan sedikit berang dengan penemurah yang asyik memperlihatkan perjuangan pejuang-pejuang Palestin yang mereka sifatkan tindakan keganasan. Langsung tidak disentuh akan kezaliman yang dilakukan oleh rejim zionis Israel. Jelas terlihat kekecewaan diwajah Amma dengan soalan-soalan yang diajukan oleh penemuramah beliau.

Bagi diriku penemuramah beliau kebanyakannya bertanya soalan yang boleh dijawab oleh budak-budak kecil dan memperlihatkan si penemuramah tak buat homework dengan bijak, kalau buat pon sejimput jer kut. Soalan seperti why do the Fatah group and Hamas group keep on firing at the Israeli soldier even after the seize fire order had been instructed? Tak ke soalan yang tak masuk akal ditanya tu? Macam mana depa nak seize fire, their own soil had been invaded, their occupation army (Israelis soldier) had occupied their home soil, keep on killing the innocence, children, women, unarmed men, old citizen or in simple word genocide is underway. Cuba si penemuramah tu duduk di kerusi rakyat Palestine, adakah dia akan diam diri sahaja. Sudah pasti tidak, paling tidak pon, pasti dia akan meniupkan api semangat pada husband dia untuk berjuang untuk kemenangan Palestine. Tanya soalan tanpa berfikir. Isu gencatan senjata ini hanya omong-omong kosong Israel sahaja, cakap tak mau tembak, tapi depa duk gak tembak kat orang-orang awam. Kalau nak seize fire betoi2, keluaq dari bumi Palestine. Habih cerita, end of story.

Itu isu pertama yang tidak masuk akal yang dibawa oleh penemubual BBC itu, isu kedua yang lebih memperlihatkan si penemuramah tidak membuat homework ialah How could possibly United States cooperate with the Palestinian groups (depa baca pejuang-pejuang Palestine such as Hamas, Fatah and etc) if their leadership is elected to ruled the country in the coming election to work out the peace process? Kalau ikut demokrasi yang dicanangkan oleh Amerika, A democracy is a process where the government is being elected by their own people. Kalau dah rakyat Palestine pilih depa punya pemimpin, apa masalahnya? Itu pilihan mereka. It’s a matter want to cooperate or not, apa US ingat pejuang-pejuang Palestine nie tak mau keamanan ka? Apa US ingat depa nie tak bulih pikiaq ka? Soalan memang tak de kualiti langsung lah. Sesiap saja yang dipilih untuk menduduki kerusi Yasser Arafat pasti ingin memperjuangkan sebuah negeri Palestine. Tak kiralah sapa pon, la nie US nie hanya tahu mengecop orang nie terrorist la, org tu terrorist la, depa tak penah terpikiaq ka depa lah kepala terrorist, datang mai negeri org bawak 15000 kekuatan ketenteraan lepas tu pi attack. Tu namanya uncivilized.

Satu lagi soalan yang paling menyakitkan hati. In the reign of Yasser Arafat as President of Palestine, I don’t see much contribution that mr Arafat had promoted to the people of Palestine. What do u see mr Arafat contribution to the people of Palestine? Terlalu banyak kalau nak dihabaqkan oleh Encik secretary General Arab League tu, one of the major contribution that mr Arafat had bring upon to the people of Palestine is the important of having a Palestine state. Dia berusaha menaikkan semangat rakyat Palestine untuk berjuang mendapatkan hak mereka. Semoga rohnya dirahmati Allah..ameen.

Segala yang Baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu berpunca dari diriku sendiri.

Wallahu ‘alam ….

P/S : posting dah ditulis sejak petang semalam, tapi memandangkan streamyx buat hal, tak dapek den upload, sampai ke la nie streamyx slow sesangat.

HOME

Friday, November 12, 2004

Iftar Ansara Pusat


Alhamdulillah …. Semalam dalam pukul 1230 mlm diriku memulakan perjalanan pulang ke Seremban. Seperti biasa, jika kurasa hari ini bakal menempuh satu perjalanan yang tersangkut2 akan ku telefon no PLUS hotline untuk bertanya keadaan trafik disepanjang perjalanan Sg Besi ke Seremban. Alhamdulillah, “Setakat nie perjalanan adalah lancar, encik.” Itulah antara jawapan yg diberikan oleh operator yang bertugas. Sempat juga ku mengucapkan Selamat Hari Raya buat operator yang bertugas. Operator yang bulih kukira friendly jugalah dalam melaksanakan tugasnya.

Sesampai jer di Seremban selepas bersalaman dengan kedua orang tuaku, terus bertanya khabar adiku yang baru pulang dari Kelantan yang baru selesai praktikelnya disana. Dia duk test blood ayam di sana, bagi memastikan Kelantan bersih dari virus selsema burung. Kelakor juga tengok dia berpakaian ala-ala astronaut dalam dia menjalankan tanggungjawab dio mengambil sample darah ayam. Di sini kuletakkan contoh pakaian yang digunakan oleh adikku sepanjang dia menjalankan tugas beliau di sana.



Hari ini Gmie menelefonku jam 1100 pagi, beliau membawa perkhabaran tentang majlis Iftar Ansara Pusat yang diadakan di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur. Dia cadangkan bertolak seusai solat Zuhur. Den dengan selamba menjawab, “ Hang nie nak buka puasa lepas solat Asar atau lepas solat Maghrib?” torgolak dio ngan soalan den. Ye lah, awal sangat tu nak bertolak, KL – Seremban bukannya jauh sangat. Akhirnya kami bersepakat bertolak dalam jam 1500. Tujuan utama bertolak awal adalah untuk sampai sebelum jam 1730. Katanya TPM tiba time-time macam tulah.Kalau diikutkan hati nie, memang dah tak mau dah menghadiri iftar tu. Tapi mengenangkan sudah berjanji dengan Gmie, nak tak nak kena lah pergi juga sebab tiada keuzuran. Dalam perjalanan, kami singgah di Keramat untuk mengambil seorang lagi rakan sepengajian sewaktu di MRSM dulu. Dari sana kami bertolak ke Muzium dihujani dengan hujan yang berselang-seli kejap-kejap sederhana kejap-kejap lebat yang biasa turun di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah, perjalanan agak smooth dan tiada tersangkut2 di sepanjang perjalanan ke Muzium.

Sampai di muzium hujan sedikit lebat, walaubagaimanapun dapat juga masuk ke dalam muzium dengan bantuan payung simpanan Gmie. Duduk-duduk punya duduk dalam pukul 1800 Najib pon sampai. Personally, takde apa pun yang speselnya dengan kehadiran Najib nie, sbb personally ana rasa kredebiliti Najib nie takde apa pon yang menarik perhatian (Just a personal tought).

Biasalah bila VIP dah sampai, majlis pun dimulakan. Majlis dimulakan dengan ucapan Presiden ANSARA, Dato’ Mukhriz. Selepas itu diikuti dengan ucapan TPM. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan dan memberi sumbangan sedikit kepada adik-adik yang kurang bernasib baik dan juga ibu-ibu tunggal dari Kubang Pasu.


Gambar yang kurang clear, gambar yang lebih baik tidak dapat disnap. Kameraku kehabisan bateri semasa majlis ini, sian kek Gmie. Disebabkan den ado kamera dio tak bawak turun kamera dio.. Bilo bateri dah abih tak dapek la amik gambo banyak-banyak.

Selesai berbuka puasa ringan kami mendirikan solat Maghrib di Surau di dalam Muzium. Apa yang menariknya adalah tempat wudhu’nya yang ku kira agak menarik. Fountain yang indah dijadikan tempat untuk berwudhu’. Berwudhu’ bertemankan fountain yang mencurah-curah. Suatu pengalaman baru kukira.

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke Seremban juga agak smooth. Entah macam mana tipon den bulih tertinggal dalam kereta Gmie. Nampak gayanya esok kena pi Rantau lah untuk amik tipon den. Cuai betol la den. Mungkin disebabkan jarang memakai baju Melayu membuat diriku sedikit cuai. Tapi nak buat macam mana, jika sesuatu perkara itu telah disuratkan untuk berlaku, ianya tetap juga berlaku. Berdu’a dan Saborlah yang dapat kupanjatkan. Moga selamat tipon den.

HOME

Wednesday, November 10, 2004

Naib Canselor UTM disoal siasat FBI


Hari ini merupakan hari terakhir diriku akan berada diupis untuk minggu nie. insyaAllah lepas nie balik Soromban cuti raya selama 1 minggu dan 4 hari. Apa-apa pon besok ada iftar Ansara Pusat.

Hari nie waktu baca akhbar Berita Harian Online tersentak dengan satu tajuk yang agak menarik. Naib Canselor UTM disoal siasat FBI. Apa kenalah dengan Amerika ni, terlalu prejudis terhadap setiap orang Islam. Setiap orang disangkanya pengganas. Depa lupa yang depa tulah pengganas nombor satu dunia. Sesedap rasa je nak kata orang nie pengganas, orang tu pengganas. Mujurlah Naib Canselor itu tidak diapa-apakan (Baca tak disuruh buat perkara yang pelik-pelik atau diperlakukan seperti haiwan). Alhamdulillah.

Disini saya paste keratan akhbar online BH tu, saja jer paste kali nie sebab kalu tak paste dalam seminggu artikel nie ilang, masuk archives BH, dah tak bulih ekses. Taktik berniaga depa.

Naib Canselor UTM disoal siasat FBI
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Kerana disyaki anggota Jemaah Islamiah (JI), Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, disoal siasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Kejadian itu berlaku pada 24 September lalu ketika Dr Mohd Zulkifli mengikuti kursus Advanced Management Programme di Harvard Business School, Boston, Massachusetts.

Dr Mohd Zulkifli berkata, ejen FBI memberitahunya mereka menerima maklumat dari Malaysia bahawa beliau adalah anggota JI serta memintanya menjelaskan latar belakang dan penyelidikannya di UTM.

“Saya memberitahu bahawa saya bukan anggota JI dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan JI walaupun dua pensyarah UTM masih dalam buruan pihak berkuasa kerana disyaki anggota JI.

“Saya memaklumkan kepada ejen itu bahawa maklumat diterimanya itu adalah fitnah. Pemberi maklumat itu sama ada zalim, mempunyai masalah mental atau berharap dapat manfaat jika saya dikenakan tindakan oleh kerajaan AS,” katanya di sini semalam.

Dr Mohd Zulkifli mengikuti kursus itu mulai 7 September hingga 4 November lalu dan baru tiga hari pulang ke tanah air. Beliau mengikuti kursus itu bersama 147 eksekutif dari seluruh dunia.

Selain beliau, dua lagi peserta dari Malaysia ialah Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Abdul Rahman Manaf dan bekas Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan, Datuk Ramlan Osman.

Bagaimanapun, hanya beliau yang didatangi dan disoal siasat oleh FBI.

Dr Mohd Zulkifli berkata, dalam soal siasat selama hampir dua jam itu, ejen FBI turut menanyakan penyelidikannya mengenai bangunan tahan daripada letupan bom, yang dilakukannya beberapa tahun sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UTM pada 2001.

Beliau juga ditanya mengenai abangnya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang.

“Saya menjelaskan penyelidikan itu bukan mengenai kaedah meruntuhkan bangunan, sebaliknya mencari penyelesaian bagi menahan kesan letupan akibat bom. Saya berterus terang mengenai semua maklumat kerana tiada apa yang hendak disembunyi.

“Soal siasat ini dilakukan kerana ketika itu AS menghadapi pilihan raya presiden dan selepas ulang tahun kejadian 11 September. Jadi, pihak keselamatan dan keadaan di sana amat berjaga-jaga.

“Walaupun ejen itu bertanya dengan baik dan tidak menggunakan sebarang kekerasan, saya bimbang juga ditahan mengikut Patriot Act, akta pencegahan pengganas di negara itu,” katanya. (kononnya menentang ISA, kata ISA tak civilized lah depa pon sama 2 x 5 cam kita jugak, Akta nie samalah dengan ISA nie..free country kunun.. liberate country kunun)

Dr Mohd Zulkifli berkata, dia tidak memberitahu sesiapa mengenai soal siasat oleh ejen FBI berkenaan sama ada menerusi e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), surat atau perbualan.

Katanya, dia juga tidak memaklumkan soal siasat itu kepada rakan sekursusnya kerana bimbang menimbulkan suasana kurang senang sepanjang berada di sana.

“Saya hanya memberitahu isteri saya mengenai soal siasat ini selepas tiba di Malaysia Sabtu lalu. Saya mendedahkannya hari ini untuk memberitahu janganlah kerana ada masalah dalaman, kita memfitnah hingga menjejas keselamatan orang lain.

“Dengan kedudukan saya sebagai Naib Canselor, mungkin fitnah ini datang daripada kalangan kakitangan UTM,” katanya. (Selambanya Mamat nie buat accusation, sampai ke situ dia berfikir, tang nie yang den tak berapa pueh ati ngan adik MB Perak nie)

HOME

Sunday, November 07, 2004

Keperluan Manusia Kepada Kesihatan Jiwa Dan Kekuatan Kerohanian.


Sekali lagi minggu ini aku berupaya mendapat kidmat adikku untuk menaip sedikit artikel yang ku kira menarik. Semalam waktu terbaca catatan bluehikari tersentuh dengan kejadian yang dialaminya. Menguruskan jenazah orang yang membunuh diri akibat beban hutang dan masalah rumahtangga. Kebetulan ketika membelek buku Dr Qardhawi terjumpa akan topik ini, kukira agak menarik untuk dikongsi bersama. Moga sama-sama beroleh manfaat..insyaAllah…Ucapan terima kasih diucapkan buat adikku yang menaip kembali artikel ini.

Keperluan manusia kepada kesihatan jiwa dan kekuatan kerohanian adalah sebahagian dari tuntutan kehidupan manusia, cita-citanya dan penderitaannya… keperluan manusia kepada satu tempat pergantungan yang kukuh dan sandaran yang utuh. Apabila manusia ditekan oleh keperitan, ditimpa oleh bencana sehingga kehilangan apa yang dikasihinya, atau menghadapi sesuatu yang tidak disukainya atau gagal mencapai perkara yang diharapkannya atau berlaku sesuatu yang ditakutinya… maka di sini kepercayaan keagamaan pun datang. Kepercayaan ini akan memberikanya kekuatan di saat dia lemah, harapan baru di saat di kecewa, keinginan di saat ketakutan serta kesabaran di saat menghadapi kesukaran dan putus harapan.

Kepercayaan kepada keadilan dan kerahmatan Allah, kepada balasan baik dan buruk di akhirat, akan memberikan kesihatan jiwa dan kekuatan kerohanian kepada manusia. Lalu hidupnya menjadi ceria, kerohanianya penuh dengan optimis, ruang lingkup kehidupan akan menjadi luas pada pandangannya. Dia akan melihat kepada kehidupan dengan pandangan yang bersih.

Semua kesukaran yang dihadapinya di dalam kehidupannya yang singkat dan fana ini manjadi mudah baginya. Seterusnya dia akan merasakan keselesaan, harapan dan ketenangan yang tidak mungkin dapat dipenuhi oleh sebarang ilmu, falsafah, harta, anak-pinak bahkan kerajaan Timur dan Barat sekalipun,

Semoga Allah meredhai Umar yang pernah berkata: “Apabila aku ditimpa musibah, aku memperolehi empat nikmat Allah kepadaku: musibah itu tidak berlaku pada agamaku, musibah itu tidak lebih besar dari itu, aku tidak terhalang untuk merasa redha dengannya dan mengharapkan pahala darinya”.

Orang yang hidup di dalam kehidupannya tanpa agama dan kepercayaan, dia mengembalikan semua perkara kepada dirinya, terutama apabila kesulitan meliputinya, bencana bertali arus menimpanya dan jalan penyelesaian sudah tiada lagi. Tetapi orang yang mempunyai keimanan dia akan bertanyakan kepada Allah, maka Allah akan memberi jawapan kepadanya, meminta kepada Allah, Allah memberi kepadanya, memohon perlindungan dari Allah, maka Allah melindunginya serta memberikan kepadanya pertolongan yang tidak mungkin dapat diatasi dan dihalangi lagi.

Sebaliknya orang yang hidup tanpa kepercayaan ini, dia akan hidup dalam kebimbangan, kebingungan, hilang arah tujuan dan kehidupannya serabut. Sebahagian ahli falsafah menyamakan kedudukan orang ini seumpama “Raqayak” yang malang. Menurut perkisahan orang tentangnya, dia pada suatu masa dahulu telah membunuh seorang raja. Hukuman yang dikenakan keatasnya ialah diikat kedua tangan dan kakinya pada empat ekor kuda tersebut berlari ke empat arah yang bertentangan sehingga jasadnya habis koyak rabak.

Koyakan jasad yang amat menggerikan ini adalah seumpama kekoyakan jiwa yang dialami oleh orang yang hidup tanpa agama. Boleh jadi yang kedua ini lebih dahsyat dari yang pertama menurut pandangan orang-orang arif yang mendalami persoalan jiwa, kerana koyakanya tidak akan berhenti walau seketika pun. Ia adalah seksaan yang berpanjangan yang sentiasa bersama orang terlekat dengannya sepanjang hayat,

Lantaran ini, kita dapati orang-orang yang hidup tanpa kepercayaan yang kukuh lebih kerap menghadapi tekanan jiwa, ketegangan saraf dan kecelaruan pemikiran, mereka selalu cepat “terjatuh” apabila menghadapi tekanan hidup. Sama ada mereka memilih jalan membunuh diri atau mereka meneruskan kehidupan dengan jiwa yang sakit, seumpama bangkai yang bernyawa. Keadaan ini samalah dengan madah seorang penyair Arab silam:

Bukan mayat namanya bagi orang yang (mati lalu) berehat, sebaliknya mayat ialah mayat yang bernyawa.
Sesungguhnya mayat itu hanyalah orang yang hidup malang.
Kecewa dan putus harap.


Inilah yang diakui oleh ahli-ahli psikologi dan terapi kejiwaan(psychotherapy) di zaman moden sebagaimana yang telah dirakamkan oleh para pemikir dan pengkritik antarabangsa.

Seorang sejarawan dan ahli falsafah yang bernama Arnold Toybee telah berkata:
“Agama adalah pembawaan sejati dan tabie bagi manusia cukuplah kita katakana bahawa keperluan keada agama menyebabkan andaikata seseorang itu merasa putus harapan dia akan mencari hiburan keagamaan untuk menghadapi perkara yang sudah tidak dapat diatasinya”

Dr. Karl Bang telah berkata di dalam bukunya “Manusia Moden yang Mencari Dirinya Yang Sebenar”

“Setiap pesakit yang memintan nasihat dariku sepanjang tiga puluh tahun yang lepas dari setiap pelusuk alam, adalah disebabkan oleh kekurangan dan kegoyahan kepercayaan(akidah) mereka. Mereka tidak sembuh melainkan setelah kembalinya kepercayaan mereka”

William James ahli falsafah pragmatism berkata: “Ubat kepada tekanan (tidak syak lagi) ialah iman (kepercayaan)

Dr. Brill berkata: “Orang yang benar-benar beragama tidak akan menghadapi sakit jiwa”

Dale Carnegie telah berkata di dalam bukunya “Tinggalkanlah Tekanan(stress) Dan Mulakan Hidup Baru”: “Para pakar jiwa menyedari bahwah keimanan yang kukuh dan pegangan kepada agama sudah memadai untuk menghalau serta mengubati tekanan dan ketegangan oerasaan”

Dr. Henry Lang telah menerangkan dengan panjang lebar di dalam bukunya “Kembali kepada keimanan” berkenaan masalah ini serta membuktikannya dengan pengalamannya yang banyak sepanjang tugasnya mengubati sakit jiwa”.

Artikel kupilan al-Madkhal Li Ma’rifah al-Islam (Pengantar Pengetahuan Islam) oleh Prof Dr. Yusuf al-Qardhawi, buku pemberian sahabat….Syukran for the nice book sahabat.

Sedekah membuat hati menjadi lapang.


Melakukan kebaikan termasuk dalam hal-hal yang dapat mendatangkan kebaikan dan menghilangkan keresahan. Melakukan kebaikan di sini boleh berupa sedekah, berbuat baik, dan memberikan sesuatu yang baik. Semua ini adalah antara perkara-perkara yang dapat menghasilkan kedamaian di dalam hati..insyaAllah.

Wahai orang-orang yang beriman! sedekahlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu (Al-Baqarah :254)

Rasulullah SAW menggambarkan orang yang kikir dan orang yang dermawan itu dengan dua orang yang masing-masing memiliki jubah. Orang yang dermawan terus menerus memberi dan menginfakkan hartanya, sehingga jubah yang dipakai terus melebar demikian pula dengan baju perangnya yang terbuat daripada besi, sehingga bekas-bekas telapak kakinya terhapus. Sementara itu orang yang kikir terlalu kuat memegang hartanya dan semakin hari semakin berkurang sehingga menyempitkan sehingga jiwanya tersendat.

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah : 265)

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (Al-Isra’ : 29

Belenggu yang mengikat jiwa adalah sebahagian belenggu yang mengikat tangan. Orang-orang yang kikir adalah orang yang sempit jiwanya dan rosak akhlaknya. Mereka adalah orang yang kikir atas kurniaan Allah. Seandainya mereka sedar bahawa apa yang mereka berikan kepada orang lain akan mendatangkan kebaikan kepada dirinya, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk memberi dengan hati yang ikhlas.

Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). (At-Taghabun :17)

Firman Allah azzawajalla lagi

sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr : 9)

Allah telah memberi rezeki kepadamu maka keluarkan anugerahNya
harta itu akan padam dan umur akan berakhir pula
Harta itu laksana air, jika kau simpan akan berbau
dan jika kau alirkan akan sentiasa segar
Demi Zat yang Mengetahui yang ghaib
Dan yang Menghidupkan tulang-belulang yang berantakan
aku telah mengikat perutku padahal aku sangat berkeinginan pada makanan itu
Khuatir satu saat aku dipanggil kikir


Apakah menimbun harta akan membuat si penimbunnya menjadi kekal!!! Apakah menginfakkannya akan mendekatkannya dengan ajalnya? Jawapannya TIDAK …

Wallahu ‘alam ….

Artikel kupilan La Tahzan, M/surat 217, Dr ‘Aidh al-Qarni


Saturday, November 06, 2004

Iftar Ansara Pusat


Pagi tadi keluar dari Balai Bomba Putrajaya dapat call dari Gmie, merangkap Presiden Ansara Serting. Burak punya burak dia tanya diri ku “nko pi tak Iftar ANSE (Ansara Serting)?” Aku hanya mampu menjawab diriku tidak pasti lagi samaada nak pi atau tidak lagi.

Lepas tu dia meninvite diriku untuk menghadiri Iftar Ansara Pusat pada hari Deepavali nanti. Antara nak pi dengan tidak jer, sbb planning nak duk rumah je, tapi kesian lah plak tengok Gmie. Beriya-iya dia ajak den. Siap lobi macam-macam lagi tu, Buffet RM60 lah, Najib mai laa…. Tu yang buek den kesian nengok Gmie tu, lalu den pon setuju la. Silap nya Ansara Pusat nie buat iftar pon bila time orang dah start nak cuti, maka tiadalah orang yang berkesempatan untuk pergi.

Antara Berita menarik hari ini di dalam akhbar ….
Alhamdulillah…Untung lagi Petronas tahun nie yer.. In fact tetiap tahun untungkan? Keuntungan separuh tahun Petronas RM26.23b – Berita Harian 6 November 2004. Biasanya artikel dalam Berita Harian hanya bertahan dalam seminggu jer… lepas tu dia masuk archives. Bila dah masuk archives nak baca kena bayar… Pandai-pandai betul depa nie kan?

Tak sangka macam nie tahap kesesakan jalan rayanya. (Berita Harian 6 November 2004). Alhamdulillah … walaupun hujan agak lebat semalam di area perumahanku semalam, selamat juga ku sampai ke Masjid Uniten untuk Iftar dan Surau An-Nur pada waktu Isya’. Memang semalam hujan nyer extra ordinary.

HOME

Friday, November 05, 2004

Luqman's Advice to his Son


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam. Dalam seminggu nie terasa abit empty in the office. Tak banyak kerja yang boleh dilaksanakan, atau dalam kata lain takder keje. Segan lah plak rasanya bila tak de kerja nie kan? Malam ini (Jumaat 5th November 2004) ada Majlis Iftar di Surau An-Nur, Bangi. Seusai solat terawikh 8 rakaat ada ceramah Nuzul Quran seperti yg diwar-warkan ari tu. insyaAllah sapa nak jumpa ana, mai laaa ke surau An-Nur….Mcm glamer jer kitakan?  . Di kesempatan ini ingin berkongsi nasihat Luqman kepada anaknya.

Most of us are aware of Luqman’s advice to his son, keep on revising on his advice will keep us aware of our responsibility to our Khaliq.

The Quran contains ten precious advices Luqman offered his son. Following is the list of this advice offered to Muslim parents, that they may communicate them to their children, family and members of society that they may implement them. If this valuable advice is followed and implemented then we will all be on the straight Path leading to Paradise. Luqman himself summed up in a few words the way to succeed in this life and on the Day of Judgement.

1. Luqman warns his son against the greatest injustice man can do. Allah said that Luqman said:

"O my son! Join not in worship others with Allah. Verily, joining others in worship with Allah is a great injustice indeed." [31:13]

Luqman calls his son: "My Son". To do so catches his son's attention so that he may listen carefully to his father . Then he calls his son's attention to Tawhid. " Shirk," Luqman said:" Is a great injustice indeed ".

Therefore, the one who associates others with Allbh in worship does injustice to Allbh, the owner and Creator of the universe. A great injustice is also done to the Mushrik: he subjects himself to Allah's anger and eternal punishment in Hell.

2. Luqman reminds his son of the rights of his parents on him,

"and We have enjoined on man to be dutiful and good to his parents. His mother bore him upon weakness and hardship" [31:14]

He describes hardships mothers face bearing children.

"And his weaning is in two years, give thanks to Me and to your parents. Unto Me is the final destination." [ 31:14]

Luqman mentions the total dependence of infants on their mothers for two years. Thank Allah, and then your parents . In not, then the final destination is to Allah.

"And if they both strive with you to make you join in worship with me others that of which you have no knowledge, then obey them not, but behave with them in the world kindly." [31:15]

Luqman tells his son that if the parents are Mushriknn, then do not follow their way: Allah's right comes first by far. Even so for as long as the live, treat your Mushrik parents with kindness.

3. Luqman then describes some of Allah's Might.

"O my son! If it be equal to the weight of a grain of mustard seed, and tough it be as a rock, or in the Heavens or the earth, Allah will bring it forth. Verily Allah is subtle in bringing out that grain, well aware of its place." [31:16]

Allah's Knowledge is so perfect that the existence of anything, big or small, is acknowledged and controlled by Him. Luqman tries to impress his son reminding him of Allah's absolute control over His kingdom. Such might and power must not be challenged or ignored by anyone.

4. A great advice to Luqman's son is to establish regular solat, on time and with the best possible performance,

"O my son! Offer solat perfectly." [31:17]

Solat is the direct connection between a Muslim and his Creator. Parents must take great care to teach and call upon their children to establish solat.

5. Luqman advises his son to "enjoin (people) for good, and forbid from evil." [31:17]

If every Muslim observe this duty , then evil and mischief will have no place in Muslim society.

6. After the useful advice he offered his son, Luqman recommended patience in implementing them, and in all matters of life,

"And bear with patience whatever befalls you. Verily, these are some of the important commandments ordered by Allah with no exemption." [31:17]

Patience is a righteous act ordered, and rewarded by Allbh.

7. Arrogance is an attribute of Allah alone and not for man.

The Creator and Owner of the universe is the only One who deserves to be Arrogant. Allah threatens arrogant people with punishment in Hellfire. Luqman said:

"And turn not your face away from men with pride." [31:18]


8. To be moderate is a great attitude anyone can possess,

"Nor walk in insolence through the earth. Verily Allbh likes not each arrogant boaster." [31:18]

Allah does not like that man is arrogant and proud of themselves.

9. To be moderate in walking and talking is also one of Luqman's advises to his son, "And be moderate (or show no insolence) in walking." [31:19]

Islam offers a code of conduct in every aspect of life. Even the way Muslims walk and talk are regulated. Islam offers guidelines in this regard that will produce the best behavior and generate respect.

10. Luqman reminds his son that being harsh while talking will liken his voice to the braying of a donkey. Shouting does not win hearts, rather , it will offend and alienate people,

"And lower your voice. Verily the harshest of all voices is the voice (braying] of an ass!!" [31:19]

Luqman shows great wisdom in his advice to his son. If Muslims parents take his example, and have their children implement these advises, then by Allah's permission our Ummah will be successful.

HOME

Monday, November 01, 2004

Kita Semua adalah Petani


Sekali lagi minggu ini diriku mendapat bantuan daripada adikku untuk menaip artikel pendek ini. Menarik untuk dibaca dan dicerna. TQ adikku Syaza.

Dalam satu sesi tugasan luar, menjelajah sampai ke Sekinchan dan beberapa buah desa berdekatannya. Menysusur laluan di pinggiran sawah. Bukan musim menanam atau menuai, sawah kosong kekeringan. Tetapi damai desa permai tetap terasa. Bebas daripada kesibukan kotak besar Kuala Lumpur.

“Hidup kita ini…. Samalah macam orang bertani di sawah,” kata-kata Ustaz Said, bilal masjid Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur dalam satu majlis ilmunya kembali menjengah di ingatan.

“Orang bersawah, bukan saja kena menghabiskan banyak masa di tengah sawah. Tetapi kene jaga tanaman mereka supaya tidak dirosakkan oleh serangga, tkus, burung dan makhkuk-makhluk perosak yang lain,” kata Ustaz Said lagi.

Malangnya, tambah Ustaz, semasa orang lain sedang tekun bekerja, ada segelintir peduduk yang asyik dengan’kerja’ mereka pula. Mereka juga berada di sawah. Cuma kerja mereka bukan mencangkul atau menanam padi. Sebaliknya leka menangkap ikan. Sebelah petang pula, bermain laying-layang. Begutulah cara mereka menghabiskan masa di sawah.

Tiba musim menuai, orang lain datang ke sawah dengan wajah senyum berseri. Jerit-perih dan penat lelah selama ini telah berbalas. Siapa yang banyak menanam dan baik pula mutunya, banyaklah pendapatannya. Siapa yang banyak menanam tetapi kurang mutunya masih boleh mengaut keuntungan.

Tetapi mereka yang sedikit menanam, sedikitlah hasilnya. Barangkali sekadar balik modal sahaja. Untung mungkin tiada.

Manakala segelintir yang leka menangkap ikan dan bermain laying-layang tadi, pastilah tidak ada apa-apa yang diperolehinya. Gigit jari melihat rakan-rakan pulang dengan hasil pendapatan yang berlipat ganda.

Demikian kiasan nasib kita dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Siapa yang rajin dan banyak menanam amal pahala, serta dijaga pula agar tidak dirosakkan oleh dosa-dosa dan sifat-sifat mazmumah yang bertindak sebagai perosak, beruntunglah dia. Di negeri abadi Akhirat, banyaklah ganjaran yang dipetik dari tanamannya itu.

Tetapi jika kita menjadi seperti segelintir penduduk yang leka menangkap ikan, bermain laying-layang, berbual kosong semasa rakan lain sedang tekun berusaha, apa yang bakal kita petik di Akhirat nanti? Sawah ladang tempat bercucuk tanam telah ditukar tempat membuang masa.

Semasa bermain, yang dirasai ialah keseronokan. Apa yang diperolehi daripada keseronokan kecuali kelalaian. Mujurlah dahulu ada orang yang menegur agar tidak bermain apabila bekerja, org menegur kita agar memenuhkan petak-petak anak-anak benih padi.

Namun tindakan susulannya juga kita sendiri yang memilihnya. Samaada mahu segera menyahut teguran atau menangguh-nangguhkannya lantaran permainan masih berlangsung.

Rugi di sawah kerana tidak berpeluang menanam padi, masih ada peluang menanam di musim hadapan. Tetapi rugi di dunia kerana tidak menanam amalan pahala dan kebajikan semasa waktu hidup di dunia, menangis air mata darah sekalipon tak mungkin kita diberi peluang yang kedua.

Artikel oleh Muhammad Widad dikupil daripada Majalah Anis Disember 2003.

HOME