Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, April 30, 2006

Windows berjaya mengsanku





Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan April 2006
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan April 2006 di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------

“Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat” (Hud:114)

Wednesday, April 19, 2006

Respon rakyat Malaysia yg Prihatin

Alhamdulillah, beginilah sikap yang patut ditunjukkan oleh setiap individu muslim di negara kita. Moga-moga draf bangang itu tidak menjadi kenyataan. Dibawah sy pastekan tiga surat yang ditulis di dalam ruangan akhbar Berita Harian hari ini.
--------------------------------------------

Pergaulan bebas patut disekat

SAYA tertarik dengan laporan akhbar semalam bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan hanya dibenarkan mengambil tindakan terhadap individu atau pasangan yang berbogel atau membuka pakaian untuk melakukan sesuatu yang menjurus kepada perlakuan seksual di tempat awam.

Selaku mahasiswa Islam, saya begitu tersentuh dengan kata-kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berkata penguat kuasa PBT hanya boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang berbogel atau ‘membuka baju untuk melakukan sesuatu’ kerana ia didefinisikan sebagai perbuatan lucah melampau.

Pada hemat saya, elok kiranya menteri berkenaan merujuk kepada tokoh agama tidak kira Islam mahu pun agama lain sebelum menyiapkan draf itu sepenuhnya. Perkara ini begitu penting kerana draf itu dilihat kurang sensitif kepada dasar agama.

Sebagai contoh dalam Islam, umat Islam dilarang mendekati perbuatan zina. Oleh itu, jika kita lihat secara kasar daripada laporan akhbar semalam seolah-olah ada pula perkara lucah yang ‘halal’ dan ada perkara lucah yang ‘tidak halal’.

Di samping itu, jika diteliti draf berkenaan, ia seolah-olah menggalakkan gejala sosial seperti pergaulan bebas di kalangan masyarakat masa kini. Perkara yang paling saya bimbangkan ialah masyarakat terutama mahasiswa yang boleh menyalahgunakan kenyataan menteri itu dan mereka bebas untuk meraba-raba asalkan tidak berbogel atau membuka baju.

Jika dirujuk pada prinsip pertama Islam Hadhari sendiri pun ia menekankan kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Tambahan pula Islam Hadhari juga menjadi teras kepada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9).

Oleh itu, sewajarnya apabila kita hendak menetapkan sesuatu ketetapan mestilah kita merujuk kepada sensitiviti agama terlebih dulu. Saya berharap kementerian berkenaan akan mengambil kira pandangan rakyat terutama masyarakat Islam dalam merangka peraturan itu.

ASHABULYAMIN AYOUB,
Universiti Putra Malaysia.

--------------------------------------------

Abim tak setuju garis panduan

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (Abim) memohon kerajaan mengkaji semula draf awal garis panduan yang disediakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang antara lain membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan hanya apabila ada individu atau pasangan yang berbogel atau membuka pakaian untuk melakukan sesuatu yang menjurus kepada perlakuan seksual di tempat awam.

Abim berpendapat draf awal garis panduan itu yang dikemukakan melalui kenyataan media oleh menteri berkenaan tidak selari dengan realiti dan tuntutan budaya dan agama masyarakat Malaysia.

Peruntukan itu boleh disalahtafsirkan kerana ia akan menjurus kepada interpretasi perlakuan seksual. Perlakuan moral yang kurang sesuai boleh juga berlaku tanpa menunggu pelaku membuka baju atau berbogel.

Abim mencadangkan kerajaan mengadakan rundingan yang komprehensif dengan semua pihak, terutamanya badan bukan kerajaan (NGO), tokoh masyarakat, generasi muda dan kelompok strategik bagi mendefinisikan perlakuan lucah.

Realiti masyarakat majmuk di negara ini tidak memungkinkan definisi yang mudah dan bersifat stereo taip, namun kerajaan perlu mengambil kira pandangan arus perdana dan pendapat daripada mereka yang memahami fitrah dan lunas budaya serta agama sebelum garis panduan yang jelas diputuskan.

Rujukan pada instrumen hak asasi manusia antarabangsa hanya akan menjadi relevan selepas realiti dan tuntutan budaya dan agama masyarakat Malaysia diambil kira sepenuhnya.

Bagi masyarakat Islam yang menjadi sebahagian besar penduduk di negara ini, tindakan kawalan moral adalah salah satu cara untuk menjalani kehidupan mengikut batas yang ditentukan agama.

Masyarakat Islam, apabila melihat sesuatu masalah moral atau sosial mempunyai hak mencadangkan tindakan kawalan moral yang bersifat non-punitif. Tindakan ini bagaimanapun harus dilakukan dalam kerangka perundangan sesuatu komuniti dan dengan kebenaran pihak berkuasa.

Setiap orang Islam dan bukan Islam harus mengalu-alukan mana-mana percubaan munasabah untuk memperbaiki kualiti moral masyarakat. Kualiti moral yang terjaga sebenarnya adalah tindakan untuk melindungi masyarakat daripada masalah moral yang lebih serius.

Abim menegaskan kita harus mengelakkan anggota masyarakat daripada terbabit dalam tindakan moral yang tidak dapat diterima hingga terpaksa menurut negara Barat seperti Britain yang terpaksa memperkenalkan Perintah Perlakuan Anti-Sosial untuk mengawal perlakuan yang menimbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat umum.

Oleh kerana masyarakat Malaysia masih berhemah tinggi dan mengikut lunas ketimuran dan keagamaan, maka kerajaan seharusnya lebih berhati-hati dalam merangka dan mendefinisi perlakuan lucah agar dasar kebebasan semata-mata tidak menjadi landasan utama penentuan perlakuan lucah.

Sikap pertanggungjawaban dan rasa hormat yang tinggi, toleransi beragama dan kesesuaian perlakuan perlu menjadi kayu ukur di dalam penentuan perlakuan lucah.

Abim percaya masyarakat mendambakan peruntukan undang-undang yang membendung budaya kurang sesuai dengan adab ketimuran dan lunas keagamaan seperti bercium di khalayak ramai, berpeluk dalam suasana yang keterlaluan di antara pasangan belum berkahwin dan sebagainya.

Peruntukan memelihara perlakuan berkenaan di khalayak ramai tidak akan memberi kesan kepada pelancongan tetapi menambahkan lagi rasa hormat masyarakat antarabangsa kepada kita oleh kerana mempunyai jati diri yang bersesuaian dengan realiti dan tuntutan budaya dan keagamaan.

KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR
Setiausaha Agung
Abim Pusat, Kuala Lumpur.

--------------------------------------------

Kurang sopan ikut tafsir ulama

MERUJUK laporan akhbar bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan hanya dibenarkan mengambil tindakan terhadap individu atau pasangan yang berbogel atau membuka pakaian di tempat awam berdasarkan draf awal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Persatuan Pegawai Agama Negeri Perak berpendapat adalah lebih wajar jika pihak terbabit turut mendapatkan pandangan ulama atau ilmuan Islam dalam menyediakan draf berkenaan.

Kami berpendapat isu berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai adalah isu yang akan membabitkan sentimen hidup beragama di negara ini.

Pihak yang bertanggungjawab menyediakan draf berkenaan perlu menghormati pandangan dan pegangan majoriti penduduk negara ini yang beragama Islam dan menghayati wawasan Perdana Menteri melalui gagasan Islam Hadhari. Selain itu Perdana Menteri adalah juga Pengerusi Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC).

Sudah sampai masanya tanggungjawab untuk melahirkan watak insan yang baik, kompeten, menjaga tatasusila hidup beragama dan adat ketimuran perlu dilihat secara serius untuk digalas bersama-sama dan tidak hanya dibebankan kepada agensi agama saja kerana secara dasarnya tugas amar makruf dan nahi mungkar adalah tanggungjawab setiap individu.

Walaupun penguatkuasaan undang-undang Syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas umat Islam, orang bukan Islam pun perlu diselamatkan daripada kehancuran akal budinya kerana realitinya kita sama-sama hidup dalam sebuah negara yang sama.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar semalam, draf berkenaan tidak menyentuh mengenai isu bercium atau berpeluk di tempat awam.

Kami berpandangan draf berkenaan perlu diperhalusi lagi kerana unsur berpeluk dan bercium di khalayak ramai adalah gejala tidak sihat dan menyalahi hukum agama serta menjadi contoh tidak baik kepada anak kita.

Kami berpandangan negara ini tidak akan lebih dikenali dan disegani semata-mata terlalu liberal sehingga membiarkan perkara tidak senonoh itu sewenang-wenangnya berlaku di hadapan mata tanpa ada teguran.

Jika tindakan hanya boleh diambil terhadap mereka yang berbogel atau ‘membuka baju untuk melakukan sesuatu’, kami rasa itu sudah terlambat dan amat keterlaluan. Rasanya tiada mana-mana bangsa pun berasa selesa dengan keadaan itu.

Janganlah kerana beriya-iya untuk menarik pelancong asing ke negara ini dan takut menjejaskan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007, kerajaan terpaksa menggadaikan maruah bangsanya sendiri.

Sebaliknya kita boleh membuktikan kepada dunia bahawa kita boleh memajukan negara kita sendiri berdasarkan acuan kita tanpa meniru budaya asing lagi pun yang mereka ingin lihat dari negara kita bukanlah aksi liar di khalayak ramai.

Mereka sudah biasa dengan adegan itu di negara mereka tetapi sebenarnya mereka mahu melihat keunikan negara ini yang berbilang kaum tetapi mampu mempertahankan kesopanan dan kesusilaan sesuai dengan falsafah Rukun Negara.

ZAMRI HASHIM,
Yang Dipertua
Persatuan Pegawai Agama Perak.


Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan April 2006
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan April 2006 di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------

Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.(Adz-Dzaariyaat:40)

Tuesday, April 18, 2006

Bila Bogel dan Buka Baju Baru Tangkap

Lihatlah bila kempimpinan dan keputusan dibuat oleh orang kafir. Kita sepatutnya mencegah bukannya bila perkara dah berlaku baru nak ambil tindakan.

Diriku personally cukup tersentuh dengan berita muka depan akhbar berita harian hari ini. Sunggupon perkara ini belum muktamad, tapi bunga-bunga keputusan sudah ada menampakkan perkara-perkara yang tidak kena. Moga-moga Pak Lah tidak membuat keputusan sebodoh begini.

Mencegah biarlah dari akar umbinya, bukan kita hendak menghalang kebebasan orang, kebebasan orang ada batasannya, jika kebebasan diluar lingkungan batasan maknanya kita sedang berjalan menuju kehancuran.

Sudahlah tindakan murni sesetengah pihak diperkotak-katikkan, ini pula timbul cadangan untuk menyuburkan lagi budaya maksiat dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Jadi dengan itu tidak hairanlah satu hari nanti Malaysia boleh menjadi seperti negara-negara barat yang hancur nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Steven R. Covey pon sedar akan peranan beragama dalam hidup manusia,(Lihat Habit ke 8 yang dicadangkan oleh Steven) tetapi orang-orang kita pula cuba menjauhkan diri dari kehidupan beragama yang telah menetapkan satu cara hidup yang lengkap.

Dibawah den pastekan keratin akhbar Berita Harian hari ini.
-----------------------


Draf perinci kelakuan lucah
Oleh Shamsul Kamal Amarudin

LUMUT: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan hanya dibenarkan mengambil tindakan terhadap individu atau pasangan yang berbogel atau membuka pakaian untuk melakukan sesuatu yang menjurus kepada perlakuan seksual di tempat awam.

Perkara itu terkandung dalam draf garis panduan yang akan dimasukkan dalam Undang-undang Kecil Taman PBT sebagai panduan kepada penguat kuasa ketika menjalankan tugas.

Bagaimanapun, draf awal garis panduan itu, yang sudah disediakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas arahan Kabinet minggu lalu, tidak menyentuh mengenai isu bercium atau berpeluk di tempat awam.

Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Ting (gambar), berkata penguat kuasa PBT boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang berbogel atau ‘membuka baju untuk melakukan sesuatu’ kerana ia didefinisikan sebagai perbuatan lucah melampau.

“Definisi kelakuan lucah melampau atau sumbang ini akan diperincikan lagi selepas berbincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pelancongan.

“Hanya selepas definisi itu diluluskan Kabinet dan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT), barulah ia akan diguna pakai secara seragam oleh semua PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perbadanan Perbandaran Malaysia yang dihadiri semua Yang Dipertua PBT seluruh negara di Swiss Garden Resort di Damai Laut, dekat sini, semalam.

Ong berkata, definisi penting supaya anggota penguat kuasa PBT tidak membuat tafsiran sendiri terhadap undang-undang kecil berkenaan.

“Kita tidak mahu undang-undang kecil itu ditafsirkan sewenang-wenangnya sehingga pasangan yang berpegangan tangan atau memeluk bahu pun mahu diganggu.

“Kita tidak mahu anggota penguat kuasa PBT menjadi polis akhlak kecuali jika ada aduan daripada orang ramai yang menyatakan ada orang berbogel di kawasan awam seperti taman,” katanya.


Beliau juga berkata, anggota penguat kuasa tak perlu mengekori pasangan yang masuk ke taman untuk mengintip apa yang mahu mereka lakukan kerana ini akan menghantar mesej salah kepada dunia luar terutama pelancong asing.

“Isu ini turut mendapat perhatian pihak di luar negara serta boleh memberi kesan terhadap Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007, jika tidak dilakukan dengan betul,” katanya.

Sementara itu, Ong berkata kementeriannya akan menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) terhadap semua PBT untuk menilai kecekapan agensi berkenaan dalam mentadbir kawasan masing-masing.

Berikutan itu, PBT yang ingin memohon kenaikan taraf pada masa depan akan dinilai berpandukan KPI dan usaha itu dapat menjamin setiap pihak berkuasa berkenaan mempunyai keupayaan seiring dengan status naik taraf yang dipohon.

“Sejak tiga tahun kebelakangan ini, banyak PBT memohon naik taraf daripada majlis daerah menjadi majlis perbandaran dan seterusnya bandar raya dengan mengemukakan data seperti bilangan penduduk dan kutipan cukai sebagai syarat kelayakan.

“Bagaimanapun, kita dapati PBT hanya menunjukkan prestasi memberangsangkan sebelum dinaikkan taraf, sebaliknya kembali bersikap sambil lewa selepas permohonan itu diluluskan,” katanya.


Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan April 2006
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan April 2006 di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------

Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.(Adz-Dzaariyaat:40)

Friday, April 14, 2006

Coward Leadership

Pagi tadi waktu dalam perjalanan ke JKR Kuala Lumpur dan Mindef ada satu seisi forum di Radio IKIM.fm yang membuatkan diriku rasa tertarik untuk mendengarnya.

Mungkin yang biasa mendengar radio IKIM.fm tahu forum apakah yang ku maksudkan ini. Hampir sebulan lamanya promo mengenai forum ini diulang-ulang, forum yang dimaksudkan ialah Global Risk and Crisis Forum yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam, Malaysia. Mantan PM kita telah dijemput untuk membicarakan apa yang dinamakan dengan leadership.

Apa yang menarik perhatianku adalah kata-kata beliau diakhir ceramah beliau tadi, beliau menyentuh mengenai Coward Leadership yang mana di masa sekarang, ianya adalah satu trend yang dipraktikkan oleh kuasa-kuasa besar yang kononnya hebat dalam dasar-dasar luar mereka. Kuasa besar yang merasa diri mereka hebat sebenarnya terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang berpaksikan ideologi pengecut.

Dalam menjadi pemimpin salah satu tanggungjawab pemimpin adalah membuat keputusan. Bagaimanapun kepimpinan pengecut ini berupaya membuat keputusan dari beribu batu, hatta sejauh 8,000 batu kepada tentera-tentera yang berada di negara-negara yang mereka dakwa musuh-musuh mereka. Pemimpin hanya tahu mengarahkan tanpa tahu akan situasi medan peperangan, atau dalam bahasa mudahnya pemimpin tidak tahu apa-apa tentang peperangan dan hanya mengikut hawa nafsu mereka sahaja dalam mengambil keputusan. Apa yang diperolehi dari mesyuarat sesama mereka, itulah yang akan terlaksana nun jauh beribu batu dari tempat keputusan diambil.

Mungkin juga kepimpinan pengecut ini boleh dikaitkan dengan isu Nuklear Iran. Kuasa-kuasa barat hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja. Mereka takut jika negara yang tidak bersekutu dengan mereka bakal memiliki sesuatu yang amat bernilai yang mereka sangka hanya milik mereka selama ini, mungkin mereka beranggapan barang ini hanya milik mutlak mereka dan orang lain tidak berhak untuk memiliki dan membangunkannya..

Kuasa barat sebenarnya telah melakukan kesilapan yang besar jika mereka beranggapan sedemikian, keupayaan seseorang atau sesebuah negara itu bergantung pada usaha mereka. Merekalah orang yang bertanggungjawab merencana dasar-dasar negara mereka sendiri, bukankah ini suatu yang kuasa barat canangkan suatu ketika dulu melalui dasar Nasionalisme mereka. Ingatkah kita bagaimana Empayar Turki Uthmaniah hancur dek kerana dasar Nasionalisme keparat ini.

Kini bila sebuah negara ada rasa kebertanggungjawaban dalam memelihara kedaulatan negara mereka dengan cara mempersiapkan keupayaan mereka, kuasa barat mula gentar dengan mereka. Adakah wajar dominasi nuklear hanya didominasi oleh kuasa yang tidak bertanggungjawab dan sejarah telah membuktikan kuasa barat adalah satu kuasa yang tidak bertanggungjawab pada Perang Dunia Kedua. Atas dasar kebinatangan mereka inilah Nagasaki dan Hiroshima di hancurkan walaupon pada masa itu kekuatan Jepun telah mula merosot ke tahap minimum.

Kelemahan Jepun ini mereka sedari sebaik sahaja Kapal Yamamoto milik tentera Jepun dimusnahkan oleh puak kuasa Barat. Jepun sudah pon berada diambang kekalahan apabila tenggelamnya Yamamoto, tapi disebabkan sikap rakus kuasa barat ini dan sikap tidak mampu menangani pasukan kamikaze tentera Jepun kuasa barat telah mengambil keputusan untuk menghancur Nagasaki dan Hiroshima. Hanya disebabkan keberanian tentera kamikaze yang hanya, hanya, hanya menyerang tentera-tentera bersekutu, rakyat Jepun yang tidak berdosa menjadi korban kebuasan suatu kuasa yang kononya mendaulatkan hak asasi manusia. Mereka sedar kepimpinan Jepun memang sayangkan negara mereka, jadi salah satu cara untuk meredakan ledakan-ledakan kamikaze adalah melakukan perbuatan kejam dan zalim tersebut.

Tidak mustahil satu hari nanti kuasa barat boleh bertindak seperti apa yang mereka pernah lakukan, jika tiada suatu kuasa yang bersiap untuk menggerunkan mereka, sudah pasti mereka merasakan mereka adalah kuasa besar mutlak dunia. Dari dulu sampailah sekarang, sememangnya puak kuffar ini memiliki ciri-ciri coward leadership. Pengecut untuk menghadapi realiti peperangan yang sebenarnya, ini dibuktikan dengan peristiwa WW2. Takut menerima realiti ada negara ingin memperkayakan sumber uraniumnya, ini dibuktikan dengan isu nuklear Iran dan isu-isu nuklear terdahalu, bila USSR wujud mereka musnahkan keupayaan USSR.

Entahlah, I’m too irritated with US policy tentang banyak perkara. Malam nie sekadar melepaskan kegeramanku kepada US yang bodoh dan tidak berhati perut.

Tapi ada satu ayat Dr M yang membuatkan kurasa terkejut. Dia menyanjung para panglima atau para jeneral yang berjuang di medan perbatasan dengan menggunakan kuda-kuda, pedang-pedang serta peralatan-peralatan peperangan dan berupaya membuat keputusan pada masa itu juga tanpa bergantung kepada orang lain dalam membuat keputusan seperti yang berlaku sekarang ini.

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan April 2006
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan April 2006 di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------

“Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat” (Hud:114)

Thursday, April 13, 2006

Mengapa Orang-Orang Muslim Terhina Sekarang Ini?

Kita semua menamakan diri orang-orang Muslim, dan kita yakin Allah melimpahkan rahmatNya kepada orang-orang Muslim. Tetapi marilah kita buka mata kita dan kita lihat apakah rahmat Allah dilimpahkan kepada kita atau tidak. Apa pun yang terjadi di akhirat, itu adalah urusan nanti, tetapi yang penting marilah kita lihat kedudukan kita di dunia ini. Kita kaum Muslimin di Hindustan ini berjumlah 90 juta orang (sebelum India terbahagi menjadi India dan Pakistan) jumlah kita demikian besar sehingga bila masing-masing kita melemparkan sebuah batu, maka longgokan batu itu akan menjadi sebuah gunung.Tetapi di negeri yang begitu banyak orang-orang Muslimnya ini, pemerintahan berada di tangan orang-orang kafir.

Tengkuk kita berada dalam cengkaman tangan mereka, dan mereka memutar kepala kita ke arah mana sahaja yang mereka sukai. Padahal seharusnya kepala kita tidak kita tundukkan di depan siapa pun juga kecuali Allah, tetapi sekarang kita tunduk di hadapan manusia-manusia yang sama seperti kita juga. Kehormatan kita yang semestinya tidak boleh dinodai oleh sesiapa pun juga, sekarang berlumuran tanah. Tangan kita yang selama ini selalu di atas sekarang berada di bawah dan menadah di hadapan orang-orang kafir. Kebodohan, kemiskinan dan hutang telah merendahkan darjat kita di mana-mana.

Apakah ini semua rahmat Allah? Apabila ini semua bukan rahmat melainkan kemurkaan, maka alangkah anehnya bahawa kita sebagai orang-orang Muslim mendapatkan kemurkaan Allah!

Kita semua orang-orang Muslim, tetapi kita berkubang dalam lumpur kehinaan, kita semua orang-orang Muslim, tetapi kita hidup sebagai budak-budak! Situasi seperti ini kelihatannya betul-betul tidak mungkin, seperti tidak mungkinnya suatu benda dalam waktu yang sama berwarna hitam dan putih.

Bila seorang Muslim adalah seorang yang dicintai Allah, bagaimana mungkin hidup terhina di dunia ini? Apakah Allah, (na’udzu billah min dzalik), seorang tuhan penindas hingga sementara kita menjalankan kewajipan-kewajipan terhadapNya dan mentaati perintahperintahNya, Dia membiarkan orang-orang yang menentangNya memerintah kita dan menghukum kita kerana kepatuhan kita kepadaNya?

Apabila kita percaya bahawa Allah bukanlah penindas dan bila kita percaya bahawa balasan kepatuhan kepada Allah tidak mungkin berupa kehinaan, maka kita semua harus mengakui bahawa ada sesuatu yang salah dalam pengakuan kita sebagai orang-orang Muslim. Walaupun dalam kad penduduk kita tercatat sebagai orang-orang Muslim, tetapi Allah tidak memberikan penilaian berdasarkan keaslian kad penduduk yang dikeluarkan oleh pemerintah.

Allah punya pejabat sendiri. Kita harus mencari dalam daftarNya untuk melihat apakah nama kita termasuk dalam kelompok hamba-hambaNya yang patuh ataukah dalam kelompok yang tidak patuh?

Allah mengirimkan KitabNya kepada kita, hingga dengan membacanya kita dapat mengenalNya dan tahu cara-cara untuk menjadi hambaNya yang patuh. Apakah kita pernah mencuba untuk mengetahui apa yang tertulis dalam Kitab itu? Allah mengutus RasulNya kepada kita untuk mengajar kita cara menjadi seorang Muslim. Apakah kita pernah mencuba mengetahui apa yang diajarkan oleh utusanNya itu ? Allah menunjukkan kepada kita jalan untuk memperoleh kehormatan dan kemuliaan di dunia ini dan di akhirat nanti. Apakah kita sudah menuruti jalan tersebut? Allah dengan jelas memberitahukan kepada kita perbuatan-perbuatan yang bagaimana yang dapat merendahkan kedudukan manusia di dunia ini dan di akhirat nanti. Apakah perbuatan-perbuatan tersebut sudah kita hindari? Jawapan apa yang dapat kita berikan kepada pertanyaan-pertanyaan ini? Bila kita mengetahui bahawa kita tidak mempunyai pengetahuan dari Kitab Allah dan dari kehidupan UtusanNya dan tidak pula mengikuti jalan yang ditunjukkan olehNya, maka bagaimana kita boleh disebut orang-orang Muslim yang patut menerima rahmatNya? Pahala yang kita perolehi adalah sebanding dengan darjat kita sebagai Muslim, dan kita akan memperoleh balasan yang seperti itu pula diakhirat nanti.

Saya telah menyatakan sebelumnya bahawa secara mutlak tidak ada perbezaan antara seorang Muslim dengan seorang kafir, kecuali dalam masalah pengetahuan dan perbuatan. (Lihat entry sebelum ini; Apakah Perbezaan antara Muslim dan Kafir) Apabila pengetahuan dan perbuatan seseorang sama dengan pengetahuan seorang kafir, sedangkan dia menyebut dirinya seorang Muslim, maka ucapannya itu adalah dusta yang tidak tahu malu.

Seorang kafir tidak suka membaca al-Quran dan tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya. Apabila seseorang yang mengaku Muslim keadaannya juga demikian, bagaimana ia dapat disebut seorang Muslim? Seorang kafir tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw dan jalan lurus yang telah ditunjukkannya untuk menuju kepada Allah. Apabila seorang yang mengaku dirinya Muslim sama bodohnya seperti ini, bagaimana ia boleh disebut seorang Muslim? Seorang kafir hanya mengikuti kemahuannya sendiri, bukan perintah Allah. Apabila seorang yang mengaku Muslim sama seperti ini, keras kepala, dan hanya mengikuti fikiran dan pendapatnya sendiri, mengacuhkan Allah, dan menghamba kepada kemahuannya sendiri, maka bagaimana ia mempunyai hak untuk menyebut dirinya seorang Muslim (hamba Allah yang patuh)?

Seorang kafir tidak membezakan antara yang halal dan yang haram, dan mengambil apa sahaja yang menguntungkan dan menyenangkan baginya, tanpa mempedulikan apakah itu halal atau haram dalam pandangan Allah. Apabila seorang yang menyebut dirinya Muslim tingkah-lakunya sama dengan seorang yang bukan Muslim, apa bezanya dia dengan seorang kafir? Ringkasannya, apabila pengetahuan seorang Muslim tentang Islam sama bodohnya dengan pengetahuan seorang kafir tentang Islam, dan ia (Muslim) melakukan perbuatan-perbuatan yang dilakukan seorang kafir, maka bagaimana ia dapat dianggap lebih tinggi kedudukannya daripada seorang kafir? Atau bukankah hal ini sama dengan perbuatan seorang kafir? Ini adalah masalah yang harus kita renungkan dalam keadaan yang tenang.


Masalah Yang Harus dipertimbangkan dengan Serius.

Saudara-saudara yang tercinta!
Janganlah saudara-saudara mengira bahawa saya mahu men'cap' orang-orang Muslim sebagai orang-orang kafir. Tidak, bukan begitu maksud saya. Saya hanya mengajak saudara-saudara untuk berfikir dan merenungkan mengapa kita semua tidak memperoleh rahmat Allah. Mengapa kita menjadi korban bencana dari segala penjuru? Mengapa mereka yang kita sebut orang-orang kafir, yakni hamba-hamba Allah yang membangkang kepadaNya, di mana-mana menguasai kita? Dan mengapa kita, yang menyatakan diri sebagai hamba-hambaNya yang patuh, diperbudak orang di mana-mana?

Semakin saya merenungkan sebab dari situasi ini, semakin saya merasa yakin bahawa satu-satunya perbezaan yang tinggal antara kita dengan orang-orang kafir sekarang ini hanyalah perbezaan dalam nama sahaja, sedangkan kita sama lupanya kepada Allah dengan mereka, sama tidak takutnya kepadaNya, dan sama pula pembangkangnya dengan mereka, orang-orang kafir.

Tentu sahaja ada perbezaan sedikit antara kita dan mereka, tetapi perbezaan ini demikian kecil dan tidak bererti apaapa. Justeru perbezaan itu membuat kita semakin patut memperoleh hukuman dari Allah, kerana kita tahu bahawa al-Quran adalah Kitab Allah tetapi kita memperlakukannya seperti perlakuan yang diberikan orang-orang kafir kepadanya.

Kita tahu bahawa Muhammad SAW adalah Utusan Allah, tetapi kita, seperti halnya orang-orang kafir, takut untuk mengikutinya. Kita tahu bahawa Allah mengutuk para pembohong dan telah menyatakan dengan tegas bahawa tempat tinggal orang-orang yang merasuah dan yang menerima rasuah adalah neraka. Dia telah menyatakan bahawa para pengambil dan para pemberi riba adalah penjahat-penjahat yang paling keji. Dia telah mengatakan bahawa memfitnah orang lain adalah seperti memakan daging saudara sendiri yang telah mati.

Dia telah memperingatkan bahawa kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang kotor, kebiadapan dan perbuatan-perbuatan yang cabul akan dihukum dengan hukuman yang pedih. Tetapi walaupun kita mengerti itu semua, namun kita melakukannya dengan bebas seperti orang-orang kafir, seolah-olah kita sama sekali tidak takut kepada Allah. Inilah sebabnya mengapa kita tidak memperoleh rahmat, kerana kita tampaknya sahaja adalah orang-orang Muslim, tetapi sebenarnya kelakuan kita sama sahaja dengan orang-orang kafir. Kenyataan bahawa orang-orang kafir menguasai dan memerintah kita, dan kehinaan kita di tangan mereka pada setiap peristiwa, adalah bentuk hukuman atas kejahatan kita yang telah tidak menghargai nikmat kurnia Islam yang telah dilimpahkan kepada kita.


Apa yang saya katakan pada hari ini tidaklah ditujukan untuk menyalahkan anda semua. Kedatangan saya ke sini bukanlah untuk mencela saudara-saudara. Maksud saya hanyalah untuk menyedarkan dan mengajak kita semua untuk memperoleh kembali apa yang telah hilang dari tangan kita. Keinginan untuk memperoleh kembali harta yang hilang akan timbul, bila seseorang menyedari apa yang telah hilang dari tangannya dan betapa bernilainya harta yang hilang itu. Kerana itulah saya mencuba untuk menyedarkan kita semua. Bila kita semua mengerti dan sedar bahawa sesungguhnya kita dahulu pernah memiliki suatu harta yang tidak ternilai harganya, yang kemudian hilang dari tangan kita, maka kita pasti akan berfikir untuk memperoleh harta itu kembali.

Artikel Oleh Abu A’alaa Al-Maududi dari buku bertajuk Dasar-Dasar Islam

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan April 2006
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan April 2006 di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------

“Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat” (Hud:114)

Tuesday, April 11, 2006

Perubahan Kuliah DMAZA

Alhamdulillah ... ari nie berkesempatan sat untuk mengcek email di cc selesai makan tengahari ....
dan ada beberapa info terbaru mengenai Kuliah Dr Asri di sekitar Lembh Klang.

Terima Kasih kepada al-Firdaus yang mengkhabarkan perkara ini.. JZKK

Kuliah di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) yang dijadualkan pada AHAD, 16 April 2006 dibatalkan, manakala Kuliah Maghrib di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer telah ditukar ke Kuliah Subuh. Harap maklum.

Jadual Kuliah asal DMAZA bulih dilayari dilink dibawah.

Syukran for the info al-Firdaus.

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan April 2006
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan April 2006 di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, (Al-Mulk:2)

Saturday, April 08, 2006

Ketenangan Jiwa

A. Tidak ada Kebahagian, kalau tiada Ketenangan
Pada suatu hari, ketika itu saya masih muda. Saya mem buat sebuah jadual (daftar) tentang kesenangan hidup, sebagai yang biasa dan diketahui umum. Di situ saya cantumkan beberapa keinginan keduniaan iaitu; kesihatan, kecintaan, bakat, kekuatan, kekayaan dan kemasyhuran. Lalu saya kemukakan daftar itu kepada seorang ahli fikir yang telah tua. Katanya: “Daftar ini bagus, dan letak susunan tidak mengapa. Tetapi yang dilihat bagi saya, engkau melupakan suatu pokok yang terpenting. Daftar akan menjadi gagal semuanya, kalau perkara pokok itu tidak ada. Lalu diambilnya pena dan ditulisnya pada seluruh daftar itu dua kalimah: “Ketenangan Jiwa”

Selanjutnya dia mengatakan: “Pokok (ketenangan jiwa) adalah sesuatu yang disimpan oleh Allah untuk diberikannya kepada orang-orang pilihanNya. Sesungguhnya banyak orang yang diberi Allah kepintaran, kesihatan dan harta yang banyak, serta tidak jarang pula kemasyhuran. Tetapi ketenangan jiwa hanya dikurniakan oleh Allah dengan ukuran dan terbatas. Seterusnya orang tua itu memberikan penjelasan: “Ini bukan pendapat saya sendiri, melainkan saya ambil dari pendapat ahli-ahli fikir. Semua mereka mendo'a: “Biarlah ya Tuhan segala kesenangan dunia ini terletak di bawah tapak kaki orang orang bodoh. Dan kepadaku, berikanlah hati yang tidak pernah bergoncang!”

Ketika itu saya merasa keberatan menerima pendapat yang demikian. Tetapi sekarang, sesudah setengah abad dalam pengalaman dan penelitian, saya merasa dan mengaku, bahawa ketenangan jiwa adalah tujuan yang utama dalam hidup ini. Sekarang saya menyedari bahawa segala kelebihan yang lain itu, tiada selamanya diperlukan untuk memperoleh ketenangan. Saya melihat ketenangan jiwa itu boleh diperoleh tiada dengan pertolongan harta, bahkan tiada pula dengan pertolongan kesihatan. Dari pengaruh ketenangan itu, pondok kecil boleh berubah menjadi istana yang besar. Dengan tiadanya ketenangan, istana raja menjadi sangkar dan rumah penjara.

Demikianlah pengalaman, pengalaman menyatakan bahawa dalam hidup ini tidak ada nikmat yang lebih mahal harganya, lebih utama dan lebih menguntungkan, selain dari ketenangan jiwa dan ketenteraman hati.

B. Tidak ada Ketenangan, Jika tiada Iman
Tidak diraguil lagi, bahawa ketenangan jiwa menjadi sumber pertama untuk memperoleh hidup bahagia. Tetapi bagaimana jalan untuk mencapai ketenangan, kalau dia bukan sesuatu yang dapat dihasilkan oleh kecerdasan dan pengetahuan bukan oleh kesihatan dan kekuatan, bukan oleh harta dan kekayaan, bukan dengan tuah dan kemasyhuran dan bukan pula oleh berbagai bagai kesenangan kebendaan? Dengan tegas dapat dijawab bahawa ketenangan jiwa itu hanya satu sumbernya, dan tidak ada duanya, iaitu IMAN dengan Allah dan hari akhirat, dengan keimanan yang benar dan mendalam, tidak dicampuri ragu ragu dan kepalsuan.

Perjalanan hidup ini telah memberikan pelajaran kepada kita, bahawa kebanyakan orang yang dilamun keluh kesah, kesempitan dan kegoncangan batin, merasa sepi dan tidak mempunyai apa apa, hanyalah orang orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan. Hidup mereka tiada rasa dan tiada perisa, hambar dan kosong, walaupun mereka dilingkungi kelazatan dan kemewahan.

Ketenangan jiwa itu adalah hembusan dari langit, diturun kan ke dalam hati orang yang beriman dari penduduk bumi, supaya mereka berhati teguh di kala orang banyak mengalami kegoncangan, mereka yakin ketika ramai orang penuh keraguan, mereka sabar ketika ramai orang telah berkeluh kesah dan mereka berlapang dada, ketika ramai orang telah cemas.

Ketenangan serupa inilah yang memenuhi jiwa Rasulullah Sallalahu 'alaihi wasallam di hari hijrah bersama dengan Abu Bakar Radiyallahu'anhu; tiada perasaan cemas dan dukacita, tiada tekanan ketakutan dan kegentaran, tiada digoncangkan oleh ragu ragu dan keluh kesah. Disebutkan keadaannya dalam firman Allah Ta'ala: “….sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: `Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.` Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quraan menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (At-Taubah:40)

Ada orang yang bertanya: “Mengapa orang beriman lebih berhak merasakan ketenangan jiwa dan ketenteraman hati?” Apa sebab ketenangan itu tidak diperoleh manusia dalam 'ilmu pengetahuan, kebudayaan dan falsafah? Atau dalam apa apa yang dihasilkan oleh teknologi moden, yang menghasilkan alat alat yang dapat mempermudah dan memperindahkan kehidupan? Jawabnya memerlukan sedikit penjelasan, supaya terang sebab musabab dan hukum yang berlaku mengenal kejiwaan, sehingga jelas apa yang menyebabkan orang beriman lebih berhak memperoleh ketenangan dan ketenteraman.

C. Orang Beriman Memperkenankan Panggilan Fitrah
Asbab yang pertama, orang beriman itu memperoleh ketenangan ialah kerana dia menempuh jalan hidup yang sesuai dengan fitrah (kemanusiaan) yang ditanamkan Allah dalam jiwa manusia. Fitrah kemanusiaan itu kosong, tidak dapat dipenuhi oleh 'ilmu, peradaban dan falsafah, dan hanya dapat dipenuhi oleh KEIMANAN kepada Allah. Fitrah manusia merasa lapar dan dahaga, dan hanya dapat dipuaskan dengan mengetahui Allah, beriman dan menghadapkan tujuan kepadaNya. Ketika itu, baru kemanusiaan merasa berhenti dari kelelahan, puas dari dahaga, kenyang dari lapar dan aman dari ketakutan. Baru dia tahu dan menampak jalan raya kehidupan yang perlu ditempuh, dalam menuju tujuan yang terang. Di situ baru dia mengenali akan dirinya, mengetahui tujuan perjalanan hidupnya, mengetahui tugas dan kewajiban terhadap Tuhan yang menciptakannya.

Tiada dapat merasakan kebahagiaan dan ketenangan apabila seseorang tidak mengenali akan Tuhannya dan tidak bukan hanya dengan mengingkari kewujudan Allah atau enggan menyembahNya, melainkan lebih banyak dengan menghadapkan sembahan kepada selain Allah atau mempersekutukan Allah dengan makhluk makhluk yang ada di langit atau di bumi. Oleh sebab itu, tugas utama bagi Rasul rasul sepanjang zaman, ialah membetulkan sembahan manusia, dari menyembah makhluk kepada memuja Khaliq, sehingga hal itu menjadi seruan pertama dari rasul-rasul kepada kaumnya, sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran: “Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): `Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu`, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). (An-Nahl:36)

Sebagai kesimpulan, manusia itu tidak boleh hidup tanpa mempunyai kepercayaan, mempercayai Tuhan yang dibesarkan dan dimuliakan, ditakuti dan ditumpahkan harapan kepadaNya. Kalau dia tidak percaya kepada Allah dan tidak memuja kepadaNya, nescaya dia akan memuia kepada selain Allah, disedarinya atau tidak. Siapa yang menyembah Allah, dia tiada akan memuja dan tiada akan tunduk kepada selain Allah. Dengan demikian, kehidupannya sejalan dengan fitrah kemanusiaan, yang ditanamkan Tuhan dalam jiwanya. Oleh sebab itu, dia memperoleh ketenangan dan ketenteraman dalam hidupnya.

Artikel Oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dari buku bertajuk al-Iman wa al-Hayat

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan April 2006
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan April 2006 di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------

“….. dan apa-apa yang kamu nafkahkan dijalan kebaikan, nescaya Tuhan akan menggantinya. Dia Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Saba’:39)

Friday, April 07, 2006

Apakah bezanya antara seorang Muslim dengan Kafir?

Yang pertama adalah pengetahuan dan yang kedua perbuatan ataupon boleh disebut amalan. Pengetahuan bererti bahawa seorang Muslim harus tahu siapa TuhanNya, apa perintah-perintahNya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendakNya, perbuatan-perbuatan mana yang disukaiNya dan mana yang tidak disukaiNya. Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya sebagai hamba ciptaan Tuhannya, melaksanakan kehendak-kehendakNya dan mengabaikan kemahuan-kemahuannya sendiri. Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tetapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia harus melepaskan keinginannya sendiri dan melaksanakan perintah Tuhannya.

Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia di matanya, tetapi Tuhannya mengatakan bahawa perbuatan itu hina, maka ia harus memandangnya hina pula. Sebaliknya, bila suatu perbuatan nampak hina dimatanya, tetapi Tuhannya mengatakan mulia, maka ia harus memandangnya mulia pula. Apabila ia melihat bahawa sesuatu pekerjaan mengandung bahaya, tetapi TuhanNya mengatakan bahawa pekerjaan itu harus dilakukan, maka bagaimanapun juga ia mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta benda bahkan nyawanya.

Sebaliknya, apabila ia memandang bahawa sesuatu pekerjaan akan mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya melarang pekerjaan tersebut, maka ia harus meninggalkannya, walaupun pekerjaan tersebut boleh mendatangkan keuntungan sebanyak harta benda yang ada di seluruh dunia ini. Inilah pengetahuan dan perbuatan yang menjadikan seorang Muslim sebagai hamba Allah yang sejati, yang mendapat limpahan rahmatNya serta kedudukan yang luhur mulia. Sebaliknya, kerana seorang kafir tidak memiliki pengetahuan ini, ia dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang membangkang dan tidak mendapat limpahan rahmatNya.

Sekarang, seandainya ada seseorang yang menyatakan dirinya seorang Muslim, tetapi ia sama bodohnya tentang Islam dengan seorang kafir, dan sama pula penentangannya kepada Allah, dapatkah kita mengatakan dengan menggunakan pertimbangan yang adil, bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir, semata-mata kerana ia memiliki nama yang berbeza, memakai pakaian yang berbeza dan memakan makanan yang berbeza dengan orang kafir tersebut?

Dan apa pula alasannya untuk mengatakan bahawa ia berhak memperoleh rahmat Allah di dunia dan di akhirat? Islam bukanlah sesuatu yang bersifat kebangsaan, kekeluargaan atau persaudaraan yang secara langsung diwarisi dari orang tua kepada anak dan dari anak kepada cucu.

Kedudukan sebagai seorang Muslim tidaklah diperoleh kerana keturunan sebagaimana halnya kasta, di mana anak seorang Brahmana akan tetap memperoleh kedudukan yang tinggi, walaupun betapa bodoh dan jahat perangainya, kerana ia memang lahir dalam keluarga Brahmana yang berkedudukan tinggi. Sementara itu, anak dari orang tua berkasta rendah akan tetap berkedudukan rendah, kerana memang ia lahir di tengah-tengah keluarga yang berkasta rendah. Dalam hal ini Allah telah menyatakan dalam KitabNya:“... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu... " (al-Hujerat:13)


Ertinya, semakin banyak orang mengetahui tentang Allah dan semakin mentaati perintahNya, maka akan semakin tinggi pulalah kedudukannya di mata Allah. Mari kita ambil iktibar dari dua contoh di bawah. Kita ambil contoh Nabi Allah Ibrahim yang dilahirkan di tengah-tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi beliau mengenal Allah dan mentaati perintahNya. Itulah sebabnya Allah mengangkatnya sebagai imam seluruh dunia. Anak Nabi Nuh dilahirkan dalam keluarga seorang nabi, tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak mentaati perintahNya.Itulah sebabnya mengapa Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa mempedulikan keluarganya, hingga kisahnya menjadi contoh bagi seluruh dunia.

Kerana itu marilah kita fahami benar-benar bahawa apa pun perbezaan yang ada diantara seorang manusia dengan manusia yang lain, dalam pandangan Allah hal itu berhubungan erat dengan pengetahuan dan perbuatan. Baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengerti akan Allah, tahu jalan yang benar yang ditunjukkanNya, dan melaksanakan perintah-perintahNya. Mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat ini sama sahaja kedudukannya dengan mereka yang kafir, dan tidak berhak memperoleh rahmatNya, tidak peduli mereka benama Abdullah, Abdurrahman, Joni atau Kartar Singh.

Artikel Oleh Abul A’la al-Maududi dari buku bertajuk Dasar-Dasar Islam

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan April 2006
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan April 2006 di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------

(Ingatlah), ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya berkata: `Mereka itu (orang-orang mu`min) ditipu oleh agamanya`. (Allah berfirman): `Barang-siapa yang bertawakkal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana`. (Al-Anfal : 49)

Alhamdulillah

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Itulah ucapan yang menemani tidurku malam tadi. Aku bersyukur dengan nikmat kurniaanMu Ya Allah.

Semalam antara malam-malam yang membimbangkanku, perkhabaran yang diterima membuatkan diriku terasa sedikit lega, aku bersyukur kepadaMu Ya Allah.

Setelah hampir dua hari gusar akhirnya perkhabaran yang menggembirakan telah kudengar, kebimbangan ku beransur hilang apabila memperolehi berita gembira, Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah. Aku hanya mampu merafak sujud dengan kurniaanMu yang tidak terhingga.

Ya Allah kurniakan daku taufiq dan hidayah Mu untuk aku menjadi seorang hambaMu yang bertanggungjawab dan sentiasa dalam keredhaanMu.Ameenn.

Bandar Puteri Puchong,
6 April 2006
2235


Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan April 2006
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan April 2006 di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------

(Ingatlah), ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya berkata: `Mereka itu (orang-orang mu`min) ditipu oleh agamanya`. (Allah berfirman): `Barang-siapa yang bertawakkal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana`. (Al-Anfal : 49)

Sunday, April 02, 2006

Berjimat tapi jangan sampai kedekut

FIRMAN Allah Taala bermaksud: "Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlampau menghulurkannya, kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." (al-Isra':29-30)

Ayat ini mengajar umat Islam agar dapat mengurus kehidupan ekonomi mereka dengan sebaik-baiknya iaitu dengan cara berbelanja secara berjimat-cermat dan sederhana, tidak bersifat boros membazir dan juga bakhil kedekut.

Ungkapan (jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu) dalam ayat di atas adalah bermaksud bakhil kedekut, sementara ungkapan (terlampau menghulurkannya) pula bermaksud boros membazir. Di sini jelas menunjukkan bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya bersikap melampau terutama dalam soal berbelanja. Terlampau sempit iaitu bakhil dan terlampau luas iaitu boros, kedua-duanya sifat buruk dan negatif pada pandangan Islam.

Yang baiknya ialah pertengahan di antara kedua-duanya iaitu bersifat sederhana.

Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan bahawa : “Tiada miskin orang yang berjimat cermat”. [Hadis riwayat Imam Ahmad melalui Abdullah bin Mas'ud].

Berjimat cermat bukanlah bererti bakhil, kerana bakhil itu dicela dalam Islam. Antara dalil yang membuktikan bahawa bakhil itu tidak disukai Islam ialah sabda Rasulullah saw bermaksud: “Pada setiap hari akan turun dari langit kepada hamba-hamba Allah dua Malaikat yang salah satunya berdoa: Ya Allah Engkau berilah kepada orang yang berbelanja (hartanya pada jalan Allah) gantinya, dan satu Malaikat lagi berdoa: Ya Allah, Engkau berilah kepada orang yang bakhil itu kebinasaan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Hurairah) dan sabdanya lagi bermaksud:

“Jauhilah kamu daripada kedekut, kerana binasanya umat sebelum kamu, disebabkan mereka menyuruh bersikap bakhil, memutus silaturahim dan melakukan kejahatan.“ (Hadis riwayat Abdullah bin Umar)

Sebaliknya Islam menggalakkan kita berbelanja dan bersedekah, sabda Nabi saw bermaksud: “Tiada kurang harta dengan sebab sedekah, dan pasti Allah akan menambahkan ketinggian kepada seorang hamba yang berbelanja, dan sesiapa yang merendah diri kerana Allah, pasti Allah akan meninggikannya.”(Hadis riwayat Muslim)

Daripada penjelasan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan akhirat semata-mata, tanpa mengambil kira kehidupan dunia seseorang. Justeru itu, ia mengajar dan mendidik manusia agar berhemat dalam berbelanja supaya hidupnya tidak tercela. Sekiranya ia bakhil kedekut, dia akan dicela semua orang dan tiada yang suka kepadanya.

Sebaliknya juga sekiranya dia terlalu boros membazir, berbelanja di luar batas kemampuannya sehingga akhirnya jatuh miskin, akibatnya ditimpa penyesalan. Sekali gus, al-Quran mengingatkan kita bahawa segala harta yang ada di tangan kita itu adalah milik Allah, merupakan amanah-Nya yang perlu dijaga dan ditunaikan kepada yang berhak. Kita wajib berbelanja sepenuhnya mengikut panduan yang diberikan-Nya tanpa rasa syak dan ragu-ragu. Justeru kerana itu, Allah menegaskan melalui ayat-Nya di atas ( Sesungguhnya Dia melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya).

Dialah Maha memberi rezeki, meluas dan menyempitkannya, Mengurus segala makhluk ciptaan-Nya dengan apa yang dikehendaki-Nya. Dia berhak memberi kekayaan kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan juga memfakirkannya, mengikut hikmah yang ada pada-Nya. Sebagaimana terdapat sebuah hadis yang bermaksud:" Sesungguhnya antara hamba-hamba-Ku ada mereka yang tidak sesuai baginya melainkan kefakiran, sekiranya Aku memberikannya kekayaan nescaya ia merosakkan agamanya. Dan ada di antara hamba-hamba-Ku yang tidak sesuai baginya melainkan kekayaan, sekiranya Aku memiskinkannya, nescaya ia akan merosakkan agamanya".

Kadang-kadang kekayaan itu pada setengah orang sebagai tipu-daya dan kefakiran pula sebagai seksaan dan balasan Allah. Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada kedua-dua keadaan itu.

Artikel OlehDr Abdul Rashid Ahmad

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan April 2006
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan April 2006 di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------

(Ingatlah), ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya berkata: `Mereka itu (orang-orang mu`min) ditipu oleh agamanya`. (Allah berfirman): `Barang-siapa yang bertawakkal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana`. (Al-Anfal : 49)