Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, July 30, 2005

Syeikh Abdul Kadir Mandeeli

Alhamdulillah ….
Nama Syeikh Abdul Kadir Mandeeli mungkin tidak biasa kita dengar di arena dakwah negara kita. Tidak ramai di antara kita yang mengenali nama beliau. Beliau merupakan satu-satunya anak melayu yang mendapat kebenaran untuk mengajar di dalam Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Teringat lagi ketika pertama kali menadah ilmu dari beliau, kagum sedikit diriku dibuatnya, anak melayu menyampaikan ilmu di bumi Makkah, di dalam Masjidil Haram. Semasa itu hanya berpeluang menghadiri dua kuliahnya sahaja.

Alhamdulillah, pada hari Khamis ( 28 July 2005) yang lalu berpeluang sekali lagi mengikuti kuliahnya, tapi kali ini di bumi Malaysia. Di Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara. Terima kasih kuucapkan kepada hamba Allah yang bertanggungjawab mengwar-warkan kehadiran beliau ke Malaysia.

Baru kutahu, Syeikh Abdul Kadir saban tahun akan pulang ke Malaysia. Sejak 1974 beliau menetap di Makkah dan mengajar pada orang-orang yang dahagakan ilmu, terutamanya jemaah-jemaah yang datang dari kepulauan Nusantara untuk mengerjakan ibadah umrah.

Dan insyaAllah, berkemungkinan besar beliau akan kembali ke tanahair pada bulan Syawal ini. Telo Kedah beliau masih tidak berubah, anak kelahiran Kedah ini cukup mengkagumkan den. Ilmunya, MasyaAllah, ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith begitu cair dimulutnya.

Kuliah dimulakan seusai solat Maghrib, masa berlalu begitu pantas sehingga jam 10 malam, rasa macam tak cukup masa menadah ilmu dari beliau. Kira-kira jam 10 beliau terpaksa memberhentikan kuliahnya selepas beliau menjawab pelbagai isu-isu yang ditanya oleh jemaah-jemaah yang hadir. Alhamdulillah the crowd juga ramai.

Mula-mula sampai tu terasa sedih juga sebab nengok crowd macam tak ramai, alih-alih bila dah start kuliah nengok belakang agak ramai juga, Alhamdulillah. Tapi ramai-ramai pon den ghasa tak sampai seratus orang kut yang hadir.

Banyak perkara yang dikongsi oleh beliau, dalam banyak-banyak nasihat yang diberikan beliau ada beberapa perkara yang ingin ku highlight secara ringkas dan kita fikirkan bersama.

Pertama; Mungkin ramai di antara kita sudah tahu metodologi dakwah, biarlah kalau kita berdakwah kita berlemah-lembut. Kalau kita baling sesuatu biarlah dengan benda yang lembut, jangan kita baling dengan benda yang keras, jika dibaling dengan benda yang keras ianya akan melantun kembali kepada kita. Umpama kita melontar sebiji batu yang keras pada dinding, pasti ia akan melantun balik, jika kita mlontar sebiji pisang pasti ianya akan melekat, jika tidak melekat semuanya pon ianya akan ada yang terlekat pada dinding.

Kedua; Jangan kecewa. Jika kita menyampaikan ilmu pada orang, dan jika orang itu tidak dapat menerima atau mendengar tapi enggan menerima dan mencerca ilmu yang kita sampaikan, apa yang patut kita buat adalah bersabar dan jangan melawan. Kita sebenarnya telah menjalankan tanggungjawab kita, taufiq dan hidayah adalah kurniaan Allah kepada hambaNya, jika DIA menghendaki sesuatu hijab itu terbebas dari seorang individu, nescaya perkara itu amat mudah bagiNya dan sekiranya DIA tidak menghendaki hijab itu kekal ianya juga amat mudah bagiNya.

Sebenarnya banyak perkara yang diutarakan oleh beliau, tidak dapat kukongsi semuanya di sini. Di sini diriku menyeru pembaca-pembaca blogku terutamanya diriku sendiri, jika ada kesempatan dan kita tahu ada tokoh-tokoh ilmuwan yang bercadang untuk mencurah ilmu, kita ringan-ringankanlah tulang-tulang kita untuk menadahnya. Di Malaysia masih ramai tokoh-tokoh agama, sama-samalah kita menadah ilmu dari mereka sebelum ilmu mereka tidak dapat kita tadah lagi.

Wallahu ‘alam ……

Jalan-jalan Alam Siber
Berjalan-jalan di alam siber ketemu dengan satu artikel yang agak menarik untuk kita baca. Pandangan Blair yang sebenarnya memerangkap dirinya dan sekutu-sekutunya sendiri.
Tiada dalih untuk Tony Blair
----------------------------------------------------------

“Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.“(Az-Zumar : 51)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home