Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, February 26, 2006

Gerombolan Kucing

Gerombolan kucing di rumah orang tuaku tatkala waktu memberi makan tiba.










Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
--------------------------------------------------------------

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. (Al-Baqarah:120)

Friday, February 24, 2006

Mimbar Jumaat:Budaya Hiburan Melampau "Cabaran dan Tindakan Kita"

Sidang Jumaat sekalian yang di hormati Allah sekalian,

Marilah sama-sama kita ingat mengingati sesama kita agar terus berusaha untuk memperteguhkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada allah s.w.t. Sesungguhnya manusia yang paling mulia disisi allah s.w.t adalah mereka yang paling tinggi takwanya kepada allah s.w.t sebagaimana firmannya:

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi allah s.w.t ialah orang yang paling bertakwa”.(Al-Hujurat:13)

Sidang Jumaat yang dihormati Allah sekalian,

Marilah sama-sama kita renungkan satu persoalan mengenai “Budaya hiburan yang melampau”, yang sedang melanda umat Islam hari ini.

Suatu ketika pernah Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa orang mukmin sentiasa berada diambang menghadapi lima dugaan, antaranya ialah:

1. Orang mukmin yang dengki kepadanya

2. Golongan munafik yang benci kepadanya

3. Orang-orang kafir yang memerangi

4. Syaitan yang menyesatkan

5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Dalam realiti kehidupan dunia tanpa sempadan dan dunia yang semakin kecil ini, kita tidak dapat lari dari cabaran global yang begitu pantas melanda bagaikan ombak besar tsunami. Berbagai isu dan persoalan diseluruh dunia kini dapat dicapai dan dirasai kesannya dalam masa beberapa minit sahaja.Semuanya boleh diperolehi dengan hanya duduk diatas kerusi dan dihujung jari sahaja.

Musuh-musuh Islam sentiasa memikir dan merancang strategi untuk merosak dan memusnahkan Islam. Kajian mereka mendapati bahawa keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap agama mereka adalah begitu teguh dan mantap sekali. Mereka mengakui bahawa umat Islam adalah penganut agama yang paling sukar dimurtadkan.

Kajian mereka juga merumuskan bahawa formula baru untuk memusnahkan umat Islam bukanlah dengan cara menggunakan senjata, kereta kebal atau peluru, tetapi cukuplah sekadar menjauhkan dan memesongkan mereka dari ajaran agamanya. Strategi yang digunakan ialah dengan memberikan mereka hiburan sebaik-baiknya. Hiburan yang banyak akan melekakan umat Islam terutama sekalian golongan muda, remaja dan belia. Kehidupan berpoya-poya yang penuh dengan kelazatan dan keseronokan, hiburan sepanjang hari siang dan malam, akan menjauhkan hidup mereka dari gaya hidup beragama.Apabila mereka telah leka,mereka akan melupakan ajaran dan peraturan agama mereka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Hakikat tentang kehidupan dunia yang penuh dengan keseronokan dan hiburan ini telah diperingatkan oleh allah s.w.t beberapa kali dalam al-quran, dengan firmannya:

“Kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan berseronok, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami hal lain?”(Al-An'aam :32)

Ayat yang hampir sama, dalam surah al-Ankabut ayat 64 Allah mengingatkan lagi tentang realiti hidup dimuka bumi ini.

Tidakkah pernyataan Allah s.w.t tidak meyakinkan kita lagi?. Firmannya:

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan gurau senda, jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepada kamu dan tidak akan meminta harta-hartamu”. (Muhammad:36)

Untuk memahami perkara ini dengan lebih jelas lagi, marilah kita renungkan pula ayat berikut dengan firman allah s.w.t :

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak-pinak”. (Al-Hadid : 20)

Sidang Jumaat yang dihormati Allah sekalian,

Persoalan utama yang cuba diketengahkan disini ialah tentang budaya hiburan yang melampau dan berlebih-lebihan dikalangan generasi muda umat Islam. Fenomena ini semakin sukar dikawal dan meluru deras merempuh segenap lapisan masyarakat.Keadaan ini jika tidak segera dibendung dibimbangi akan menyemarakkan lagi wabak penyakit sosial yang telah sedia parah, bahkan banyak permasalahan yang melibatkan muda mudi Islam kita seperti lari dari rumah, pergaulan bebas, sumbang mahram,perzinaan,buang anak,penagihan pil khayal dan dadah,selain itu jenayah juvana juga bukanlah lagi menjadi rahsia kepada masyarakat umum, bahkan kadangkala orang-orang yang mempunyai asas didikan agama pun boleh tumbang dirempuh badai seperti ini.

Hari ini kita berdepan dengan budaya berhibur yang luar biasa. Kita diperkenalkan dengan berbagai jenis hiburan yang sangat mempesona dan mengasyikkan. Masyarakat kita begitu seronok dan teruja yakni terangsang dengan gaya hiburan realiti masa kini. Media massa dan masyarakat Islam kita menerimanya dengan ghairah sekali. Mereka sanggup mengadap television berjam-jam tanpa rasa jemu dan bosan, mereka rela menghabiskan wang untuk mengirim sms bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka yang telah diciptakan.

Malangnya diantara mereka yang agak keberatan dengan memandang sepi apabila disuakan atau diajukan tabung-tabung derma untuk membantu mangsa-mangsa peperangan dan kebuluran, pesakit-pesakit golongan miskin, membantu pesakit kanser dan pengidap aids, pembinaan sekolah-sekolah, masjid-masjid dan sebagainya.

Apa yang membimbangkan kita ialah seperti yang disuarakan oleh profesor diraja Engku Aziz apabila generasi muda kita tidak lagi berminat untuk menimba ilmu pengetahuan, minda mereka semakin lesu dan tidak bermaya untuk berfikir, apatahlagi untuk memikirkan persoalan-persoalan besar dan berat, sedangkan bangsa-bangsa dan penganut agama lain berlumba-lumba menimba ilmu pengetahuan, untuk memperbaiki kehidupan mereka bagi memburu kecemerlangan dalam dunia hari ini, sebaliknya anak-anak muda kita terus hanyut dibawa arus deras terkapai-kapai tanpa haluan.

Sidang Jumaat dihormati Allah sekalian,

Islam tidak melarang dan memusuhi hiburan. Hiburan yang berpada-pada dan mengikuti peraturan syariat adalah dibolehkan. Jiwa yang duka nestapa eloklah dihiburkan.Badan yang letih lesu juga perlu dihiburkan.Dalam sirah Nabawiyah, catatan menunjukkan bahawa terdapat ramai sasterawan dan ahli pemuisi yang handal, mereka pandai melagukannya untuk santapan pendengar dan peminat.Penduduk Madinah Al-Munawarah adalah masyarakat yang sukakan kesenian.Mereka pandai mencipta lagu-lagu yang sedap didengar dan merangsang semangat jiwa yang lesu.

Begitu juga semasa Rasulullah s.a.w dan rombongan tiba dari Mekah ke Madinah, baginda telah disambut dengan alunan nasyid dan diiringi dengan paluan kompang yang sungguh gamat dan meriah.Jelasnya hiburan bukanlah sesuatu yang diharamkan secara mutlak,asalkan ianya tidak bertentangan dengan peraturan syariat.

Sidang Jumaat sekalian,

Dikesempatan yang amat baik ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita agar menjadi insan Rabani yang diimpikan.Langkah awal yang patut dimulakan islah:

1. Berpadalah dalam berhibur dan sekadar perlu sahaja, kerana Rasulullah s.a.w sering berpesan kepada kita agar bersederhana dalam melakukan perkara-perkara yang harus seperti hiburan dan sebagainya.

2. Didiklah anak-anak dengan peraturan syariat dan dasar-dasar Islam yang betul. Bimbinglah dan dampingilah mereka dengan kasih sayang serta berhemah.Bertolak-ansur dalam perkara yang diharuskan dan bertegaslah dalam perkara yang diharamkan.

Semoga segala usaha dan amal yang kita lakukan sentiasa diberkati,disamping itu berdoalah semoga kita dimasukkan kedalam golongan mukmin yang sentiasa diredhai oleh allah s.w.t dengan beroleh kebahgiaan hidup didunia dan diakhirat.

Ya-Allah , kurniakanlah kehormatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan, kesuburan dan penghasilan, keatas negeri kami, negeri Selangor Darul Ehsan.Jadikan rakyatnya bersatu-padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, lindungi kami daripada persengketaan,perpecahan,fitnah-memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian negeri Selangor dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor, 24 Februari 2006

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
--------------------------------------------------------------

(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya, dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun. (al-Israaa:71)

Thursday, February 23, 2006

Terkejut

Marah dan sakit hati itulah yang dapat kugambarkan bila terdengar tindakan sebuah hotel di pusat bandaraya yang menghalang seorang wanita untuk meneruskan kerja hanya kerna beliau sayangkan Islam.

Tindakan biadap hotel berkenaan memang di luar batasan hak asasi manusia yang kononnya dicanangkan oleh warga dunia terutamanya dunia barat. Adakah kredebiliti melaksanakan kerja akan berkurangan jika wanita berkenaan bertudung? Musykil jugak diriku dibuatnya, kita adalah Negara Islam, tapi apabila kita nak mempraktikkan Islam dilarang pula oleh pihak yang kurang ajar.

Buat adikku yang akan bersama dengan operasi menjejaki unggas di sekitar Kuala Lumpur, moga usaha ekau dan kawan-kawan yang lain dipermudahkanNya. Banyakkan berdu’a bilo masuk site yo?

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
--------------------------------------------------------------

Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam, (An-Nisaa : 140)

Sunday, February 19, 2006

Cute

Alhamdulillah, dapat video nie dari ahkam, cute betol budak nie.


































Launch in external player


Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
--------------------------------------------------------------

Dan telah datang Fir'aun dan orang-orang yang sebelumnya dan (penduduk) negeri-negeri yang dijungkir balikkan karena kesalahan yang besar.(Al-Haqqa:9)

Saturday, February 18, 2006

Mari sama-sama kita Berfikir

Marilah kita sama-sama berfikir dengan apa yang diperkatakan oleh seorang paderi dalam era kekalahan mereka ketika Perang Salib.

“Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam.”

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
--------------------------------------------------------------

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. (Al-Baqarah:120)

Friday, February 17, 2006

Wanita dan Lelaki “Saling Memerlukan”

Mula-mula sekali ingin saya bacakan sepotong ayat Al-Quran, dan kemudian saya akan cuba menerangkan pandangan Islam tentang perhubungan sosial dan menggambarkan betapa ianya amat realistik di dalam kehidupan bermasyarakat Ayat itu berbunyi:-

Wahai Manusia' Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya' kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.(Surah An-Nissa': 1)

Ayat ini menerangkan dengan jelasnya pandangan Islam tentang kedudukan wanita, hak-hak serta kewajipan lelaki dan wanita. Pertamanya, Allah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dijadikan dengan cara yang sama dan matlamat kewujudan mereka amat berkait rapat, seolah-olah mereka berasal dari tubuh yang satu. Kelainan dalam binaan tubuh-badan mereka menyebabkan mereka menjalani kehidupan ini dengan selesa.

Kedua-dua lelaki dan wanita dicipta dari satu jiwa dan jiwa itu dibahagikan kepada dua bahagian, namun demikian tidak wujud percangahan atau permusuhan sesama mereka. Dalam menjalani hidup ini, kaum lelaki diberikan seorang teman hidup dari jenisnya sendiri yang mana ia adalah sebahagian daripada tubuhnya. Selepas itu umat manusia berkembang biak dari mereka berdua. Allah S.W.T merestui penyatuan, kasih sayang dan kehidupan rumahtangga mereka dengan menambahkan bilangan mereka, dengan ini mereka yang pada asalnya cuma dua orang kini telah berlipat ganda menjadi berjuta-juta orang sehingga tiada siapa yang dapat memberitahu berapa ramai jumlah manusia yang dilahirkan di dunia ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Allah membayangkan ramainya bilangan mereka dengan menggunakan perkataan “Berkembang Biak”.

Kemudian Allah menyatakan: Takutilah Allah yang atas namanya kamu meminta kepada orang lain. Satu saranan yang bersifat revolusioner pertama kali disebut oleh Al-Quran iaitu dalam hal ehwal pengendalian ekonomi manusia, tiada seorang pun boleh berdiri sendiri, semua orang bergantung kepada orang lain. Setiap orang pada masa yang sama ialah seorang pemberi dan seorang peminta. Pembahagian ini bukanlah pada satu pihak terdiri dari peminta-peminta dan pada satu pihak lagi adalah pemberi-pemberi. Si peminta juga adalah pemberi dan begitu juga sebaliknya. Setiap orang diikat oleh rangkaian hak-hak dan kewajipan, Dalam susunan (network) hidup bertamaddun setiap orang saling memerlukan antara satu sama lain.
Menurut kebiasaan orang Arab, apabila mereka menanyakan sesuatu atau memintanya kepada orang lain mereka mengucapkan nama Allah. Seperti: "As aluka billah" ertinya: Saya bertanya atau meminta kepadamu dengan nama Allah.

Tanpa wanita, tiada lelaki yang dapat memenuhi perjalanan tabi'enya dengan cara yang selesa dan mudah, dan begitu juga, tiada wanita soleh yang dapat menjalankan kehidupan yang bahagia dan tenteram tanpa ada seorang teman hidup. Allah Pencipta alam menjadikan mereka saling memerlukan, yang mana tanpa ada seorang maka kehidupan seorang lagi menjadi tidak sempurna.

Sekali lagi, ditegaskan bahawa dengan Nama Allah maka kita meminta hak kita sesama sendiri. Ummah Islamiah (Masyarakat Islam) ditegakkan atas kepercayaan kepada Allah yang Esa, Kekuasaan, Kebesaran dan KetauhidanNya. Perhubungan antara seorang Muslim dan Muslimah menjadi sah apabila disebutkan nama Allah di antara mereka. Dengan nama Allahlah maka orang asing, saudara mara yang jauh dan dekat menjadi bersaudara.

Ikatan antara lelaki dan wanita adalah ikatan Iman dan kasih sayang; ikatan yang mendalam, rapat dan semula jadi. Ini, merupakan satu ikatan yang unik. Semua ini ialah keajaiban yang lahir dari menyebut nama Allah. Satu dunia baru dilahirkan apabila disertakan dengan Nama Allah. Muslimin dan Muslimah tidak boleh bercampur secara bebas antara satu sama lain dan ada kalanya mereka tidak boleh berjalan sama. 'Mereka bukan muhrim’ (Mereka tidak boleh masuk ke bilik Muslimah dan sebaliknya). Tetapi satu ikatan yang suci dibuat sebaik sahaja Nama Allah di sebut di antara mereka.

Al-Quran dengan gayanya yang tidak dapat ditiru telah menerangkan kenyataan asas masyarakat manusia, saling bergantungan di kalangan anggotanya, saling kait dan memerlukan, dalam beberapa ayat yang mudah Dengan mempergunakan NamaNya kamu saling meminta antara satu sama lain.

Ayat ini seterusnya mendesak supaya kita bertaqwa kepada Allah yang dengan menggunakan NamaNya kita menghalalkan apa yang dihalalkannya dan mencetuskan revolusi dalam kehidupan kita. Al-Quran telah menggunakan satu ungkapan yang tiada tolok bandingnya untuk menjelaskan perhubungan yang rapat antara suami dan isteri. Ayat itu menyebut: Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. ( Al-Baqarah 2:187) Hanya Al-Quran sahaja yang mampu menggunakan perkataan pakaian dalam konteks ini. Pakaian digunakan untuk menutup kebogelan dan perhiasan hidup. Ia menyimpulkan kepada kita segala-galanya yang merangkumi pengertian perhubungan cinta, kepercayaan dan sikap amanah antara suami dan isteri. Jika tanpa pakaian manusia kelihatan seperti haiwan dan tidak berupa manusia yang bertamadun, maka begitu juga tanpa perkahwinan, manusia adalah tidak bertamadun.

Di dalam Islam perkahwinan tidak dianggap sebagai satu keperluan tetapi tergolong sebagai suatu Ibadah yang menghampirkan manusia kepada al-Khaliqnya atau dengan kata lain, konsep perkahwinan di dalam Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan biologi atau kehidupan sosial yang tanpanya kenikmatan hidup menjadi tidak sempurna, tetapi ia mempunyai kepentingan Aqidah dan mempunyai kedudukan sebagai satu Ibadah. Rasulullah S.A.W menunjukkan contoh yang terbaik dalam kehidupannya. Sabda Baginda “Orang yang terbaik di antara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada keluarganya, dan akulah yang paling baik terhadap keluargaku.” Jika kita mempelajari sirah Rasulullah S.A.W kita akan ta'ajub terhadap kehormatan yang Islam berikan kepada kaum wanita. Usaha Rasulullah S.A.W untuk menggembirakan isteri-isteri Baginda, penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti
rekreasi mereka dan keadilannya terhadap mereka amatlah mulia.

Rasulullah SAW amat baik hati dan sayang kepada kanak-kanak, sehingga Baginda akan memendekkan solah yang paling di sukainya, jika ia mendengar suara anak-anak menangis, inilah kemuncak kemurahan hati dan pengorbanan. Tiada suatu pun yang lebih berharga bagi Rasulullah selain dari Solah. Meskipun demikian Rasulullah menyatakan, “Kadang-kala saya gemar memanjangkan solah tetapi apabila saya mendengar suara kanak-kanak menangis, saya memendekkannya dengan berfikir yang ini akan menyusahkan hati para ibu (yang turut sama dalam solah jema'ah)”

Contoh-contoh ini ada di hadapan kita. Allah meminta kita menjaga nama baik kita. Kita tidaklah boleh mempunyai kepentingan yang lain. Perintah ini ditujukan kepada lelaki dan wanita. Kita kini hidup dalam era globalisasi yang rata-rata orang boleh tahu apa yang kita laksanakan. Kita bukan sahaja mesti memperkenalkan ajaran-ajaran Islam kepada dunia, tetapi juga kita mesti menunjukkan model (contoh) sistem kekeluargaan Islam kepada dunia. Tamaddun Barat sekarang ini sedang menuju ke arah kejatuhan. Tidak ada kesangsian lagi. Salah satu dari sebab-sebab utama ialah perpecahan keluarga.

Perasaan kasih sayang dan sifat percaya mempercayai yang menjadi tunggak kehidupan keluarga sekarang ini diambil alih oleh sifat kepentingan diri dan syahwat. Ahli-ahli falsafah moden berasa bimbang dan kajian-kajian untuk menjaga keutuhan keluarga telah dilakukan. Seharusnya wujud perasaan simpati dan kasih sayang dari kedua-dua belah pihak, kerana inilah sahaja yang dapat memberikan kebahagian yang sebenarnya. Walaupun berlaku kemiskinan dan kelaparan tetapi dapat diatasi oleh ketenteraman kerana di sana terdapat kesediaan dan perasaan kasih sayang dan berkongsi perasaan antara satu sama lain. Sampai ke hari ini pun terdapat banyak keluarga di Timur yang tidak cukup makan tetapi mereka hidup bahagia kerana ada perasaan kasih sayang. Di Barat, terdapat segala kekayaan, penemuan saintifik, dan pencapaian keilmuan - tetapi hati-hati itu tidak merasai ketenangan dan kepuasan. Mereka tidak mampu menjadikan Rumahtangga mereka sebagai syurga. Seperti kata Iqbal: la mencari orbit bintang tetapi tidak dapat menyelami dunia pemikirannya.

Manusia moden dilengkapi dengan kekuatan tetapi berpandangan cetek. Orang yang menjumpai kuasa matahari (solar radiation) tidak dapat menerangi jalannya sendiri, dan orang yang mencari orbit bintang-bintang - dan jika Iqbal ditakdirkan masih hidup pada hari ini ia mungkin akan berkata, orang yang menuju ke bulan tidak dapat mengembara dunia fikirannya sendiri dan menjadikan rumahtangganya tempat yang bahagia. Orang yang menukar dunia menjadi syurga berakhir dengan menjadikan rumahtangga sebuah neraka. Banyak dari keluarga-keluarga Barat yang tidak dirahmati dengan kedamaian dan kebahagiaan. Itulah sebabnya mengapa mereka mencarinya di kelab-kelab dan lain-lain aktiviti luar.

Ayat suci Al-Quran yang dihuraikan menerangkan kebenaran asas sistem hidup Islam di mana masyarakat manusia ditegakkan atas dasar saling bergantungan dan hormat-menghormati hak antara satu sama lain. Setiap orang ada kemahuannya. Tetapi untuk menyedarinya sebagai satu hakikat kewujudan manusia dan untuk berterima kasih kepada orang yang menunjukkan hakikat itu ialah merupakan sikap yang ada pada seseorang Islam. Islam sentiasa berusaha mengembangkan dan mengukuhkan pandangan seumpama ini. Islam menghendaki setiap orang menganggap dirinya bergantung kepada orang lain dan menghormati semua ahli-ahli dalam masyarakat. Dengan ini tidak timbul masalah penyesuaian.

Artikel oleh Syed Abu Hassan Ali Nadawi

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
--------------------------------------------------------------

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan segala amanah (dan tanggungjawab) kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu mengadili di antara manusia, maka hendaklah kamu mengadili mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi sebaik-baik pengajaran kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.” (An-Nisa’:58)

Outstation ke Melaka

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad SAW.

Alhamdulillah, dikurniakan kesempatan oleh Allah untuk bergerak ke Melaka hari ini untuk menjalankan beberapa tugasan di Ibusawat Telekom Alor Gajah, insyaAllah esok (16 Februari) akan menjalankan T & C di site.

Kesempatan berehat membuatkan ku terasa ingin mencoret sesuatu.

Betapa diriku ini tergolong dalam golongan orang yang kurang berjalan, alhamdulillah kesempatan berada di kompeni sekarang memberi ku ruang untuk berjalan melihat keindahan bumi ciptaan Allah ini. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan kesempatan yang dikurniakan Allah ini.

Di Melaka, kami bertiga menginap ni di A’Famosa Resort. MasyaAllah, boleh tahan jugak kota ciptaan manusia ni. Aku boleh dikategorikan dalam golongan orang yang kurang berminat berjalan-jalan bila ditugaskan di luar kawasan. Sehinggakan ada beberapa orang technician ku merungut dengan sikap ku ini. Bukan tidak mahu berjalan, cuma terasa malas berjalan tanpa tujuan, kukira lebih best rasanya kalau berjalan dengan tujuan.

Hari ini sewaktu hendak keluar makan dari A’Famosa Resort, sewaktu di pintu pagar utama kami dihambat oleh kereta polis yang mengiringi satu kereta, dek kerana kereta polis di belakang kami, kami terpaksa ketepi walaupon sebenarnya diriku terpaksa meninggalkan sedikit details di pondok jaga.

Bila melapor diri sempat kubertanya, siapakah yang di escort oleh polis tersebut? Jawab pakcik jaga tu “Polis tu tengah duk escort Mawi.”

Terkejut boruk den, polis duk escort Mawi, dahsyat jugak si Mawi nie yer, siap diescort oleh polis, ghupa-ghupanya depa nie dalam perjalanan nak pi Tampin, ado show kononnya.

Terpikir jugak Mufti Kerajaan Negeri Sembilan pon tak diescort sebegini rupa, hebat aura Mawi nie yer, sampai perlu diescort oleh polis. Kek Tampin pon nak berescort, bukannya ado traffic jam pon.

Selalu terfikir, kenapa orang kita selalu berpusu-pusu bila ada artis glamer buat persembahan, tapi bila orang-orang hebat bagi talk atau show sambutannya tidak sehebat sambutan artis-artis yang buat show? Walaupon talk tu FOC. Cuma ada satu jer majlis ‘ilmu yang den perhati sambutannya hebat, yakni sambutan Maal Hijrah 1427 di Dataran Senawang tempoh hari, terharu sangat tengok orang ramai datang.

Ontahlah, den cumo ghaso, orang kito nie kurang kesedaran untuk mengutip ‘ilmu dari orang-orang hebat. Sewajarnya kita mengutip ‘ilmu dari orang-orang hebat sementara mereka masih wujud di bumi Allah ini.

0629, Level 8, Tower 4,
A’Famosa Resort,
15 Februari 2006
2305

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
--------------------------------------------------------------

“Wahai orang-orang yang beriman! Ta’atilah kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan pemerintah-pemerintah dari golongan kamu. Kemudian jika kamu bertentangan pendapat mengenai sesuatu persoalan, maka rujukkanlah kepada Allah (al-Quran) dan rasul (as-Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat. Tindakan itu adalah lebih baik untuk kamu dan lebih elok akibatnya.” (An-Nisa’:59)

Mimbar Jumaat : Antara Perjuangan dan Ujian

Sidang Jumaat sekalian,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahgiaan hidup didunia dan diakhirat. Firman Allah s.w.t :
“Ada diantara manusia, orang yang mengambil selain dari Allah s.w.t (untuk menjadi) sekutu-sekutu Allah, mereka mencintai (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah s.w.t." (Al-Baqarah : 165)

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Dunia kita hari ini dipenuhi dengan propaganda cinta manusia. Kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah cinta melalui drama,filem,teater mahu pun cerpen dan novel-novel. Ini termasuk lagu-lagu yang sebahagian besarnya membawa tema-tema cinta antara dua manusia, lelaki dan wanita. Lebih malang lagi, sebahagian besar lagu-lagu itu memainkan emosi dan ilusi manusia-manusia yang kecewa dan gagal dalam perhubungan cinta mereka. Tidak ketinggalan juga, nasyid-nasyid kontemporari terikut-ikut dengan rentak mendendangkan lagu tema-tema cinta, meski pun disertai ingatan tentang batasan syariat.

Hasilnya, masyarakat kita hari ini, khususnya golongan remaja menggunakan cinta. Mereka menjadikan sebahagian besar dari masa mereka untuk cinta, sehingga lahirlah ungkapan-ungkapan seperti "Cinta itu suci", "Perjuangan cinta", "Cinta yang sedang diuji", : Cinta anugerah Allah", "Dugaan cinta" dan sebagainya. Fenomena ini turut menyebabkan sesetengah golongan yang tidak dapat mengawal emosinya didalam cinta sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Tidakkah kita merasa pelik, ada orang yang tidak lalu makan dan minum kerana cinta?. Adakah wajar seorang remaja ponteng sekolah hanya kerana kecewa dalam percintaan?. Bagi sesetengah golongan pula, mereka mendapat motivasi untuk belajar, bekerja mahu pun berjuang dari hubungan cinta dengan manusia yang berlainan jantina.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Islam tidak menyekat atau mengahalang cinta sesama manusia. Namun al-Quran menjelaskan kedudukan cinta antara dua manusia berlainan jantina tidak lebih dari sebagai ujian.Cinta itu adalah ujian dari Allah s.w.t untuk melihat dikalangan hambanya, siapakah yang berjaya mengawal dirinya, tidak musnah menjadi korban cinta. Firman Allah s.w.t:
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup didunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah s.w.t ada tempat kembali yang sebanyak-banyaknya (iaitu syurga)”(Ali-Imran : 14)

Oleh itu, seseorang muslim tidak sewajarnya tenggelam dalam cinta nafsu sehingga mengabaikan tanggungjawab atau melanggar batas syariat. Sebaiknya, mereka perlu menghindari cinta yang hanya membuang masa, lalai dalam keindahan dunia yang sementara. Firman Allah s.w.t:
“Katakanlah : Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu?, iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan disisi Tuhan mereka beberapa syurga yang mengalir dibawahnya sunga-sungai, mereka kekal didalamnya. Disediakan juga isteri-isteri yang suci bersih serta keredhaan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat akan hamba-hambanya”. (Ali-Imran:15)

Hadis Rasulullah s.a.w juga menjelaskan kepada kita hakikat ujian cinta dengan sabdanya: “Kasihilah orang yang engkau kasihi sekadarnya, mungkin dia akan menjadi orang yang engkau benci suati hari nanti. Bencilah orang yang engkau musuhi sekadarnya, mungkin dia akan menjadi kesayanganmu pula suatu hari nanti".(Riwayat at-Tarmizi)

Firman Allah s.w.t : “Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya, dan ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "Zihar"kan itu sebagai ibu kamu, dan ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu doakan mengenai perkara-perkara yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan dialah juga yang memimpin kejalan yang betul.(Al-Ahzab: 4)

Ini bererti , segala ungkapan yang sering disebut dalam lamunan cinta hanyalah rekaan manusia semata-mata. Ia bukanlah suatu perkara benar selain cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ungkapan "Cinta itu suci" adalah tidak benar, kerana cinta sepasang kekasih sering dicemari maksiat. Tidak ada "Perjuangan cinta", kerana perjuangan manusia sering terhalang kerana cinta. Kata-kata sepasang kekasih "Cinta kita sering diuji" adalah tidak benar, kerana sebenarnya mereka yang sedang diuji Tuhan dengan perasaan cinta. Demikian juga, tidak ada "Dugaan cinta". Apa yang ada hanyalah rasa cinta yang sedang menduga keimanan manusia.

Sidang Jumaat sekalian,
Cinta naluri seperti yang dinyatakan dalam al-Quran tadi, tidak mempunyai nilai disisi Allah s.w.t. Cinta kepada wanita (atau wanita kepada lelaki), cintakan anak, harta, kenderaan, ternakan dan ladang pertanian adalah cinta naluri yang menjadi hiasan dalam kehidupan.

Cinta yang mendapat pahala dan ganjaran dari Allah s.w.t adalah cinta yang dibina dan dipupuk. Cinta manusia kepada Tuhannya tidak lahir secara semula jadi. Ia perlu dipupuk melalui ketaatan, zikir dan pengorbanan.

Apabila manusia mengorbankan perasaan dan kepentingan dirinya semata-mata untuk mematuhi perintah Allah s.w.t, dia akan merasai kemanisan iman kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w : “Ada tiga perkara, siapa yang memilikinya akan merasai kemanisan iman, apabila Allah s.w.t dan Rasulnya lebih dikasihi dari selain keduanya. Apabila dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah s.w.t. Apabila dia merasa benci untuk kembali menjadi kufur, seperti bencinya dia di campak ke dalam api neraka". (Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w sendiri menunjukkan contoh yang tepat, baginda mengenepikan cintanya kepada manusia kerana mendahulukan cinta kepada Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Kalaulah aku boleh menjadikan sesiapa sebagai kekasihku, nescaya aku pilih Abu Bakar sebagai kekasih. Namun, dia adalah saudaraku dan sahabatku. Dan Allah s.w.t telah (lebih dahulu) menjadikan aku sebagai kekasihnya".(Riwayat Muslim)

Ya-Allah, kurniakan kehormatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan, kesuburan dan penghasilan, keatas kami, negeri Selangor Darul Ehsan. Jadikan rakyat bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, lindungi kami daripada persengketaan,perpecahan,fitnah memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian negeri selangor dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.

17 Februari 2006
Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor
Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
--------------------------------------------------------------

“Wahai orang-orang yang beriman! Ta’atilah kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan pemerintah-pemerintah dari golongan kamu. Kemudian jika kamu bertentangan pendapat mengenai sesuatu persoalan, maka rujukkanlah kepada Allah (al-Quran) dan rasul (as-Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat. Tindakan itu adalah lebih baik untuk kamu dan lebih elok akibatnya.” (An-Nisa’:59)

Tuesday, February 14, 2006

Marilah membantu Maahad Tahfiz Darul Fuqaha

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad SAW.

Alhamdulillah dalam minggu lepas berpeluang menghadiri satu majlis ilmu di Bangi, yakni Forum Bicara Ad-Deen yang dianjurkan oleh Radio IKIM.fm. Forum diadakan di Darul Fuqaha, Sg Merab Bangi.

Alhamdulillah, perjalanan ku ke Bangi dipermudahkanNya, hati sebenarnya tertanya2 pukul berapa agaknya kuliah bermula, sebab berdasarkan pada pemberitahuan lebih kurang jam 8 mlm. Alhamdulillah forum start lewat sikit yakni lepas Isya’. Maklumlah diriku sampai rumah sudah kira-kira jam 7:15 malam, kalau nak kejar jam 8:00 malam mungkin tak sempat, bulih dikatakan den tawakkal jer poie hari tu, kot forum belum start pon tak po, kot forum dah start pon tak po. Yang ponting dapek jumpo dan dengar ilmu orang2 hebat ilmunya.

Para panelisnya terdiri dari Ust Dr Asri (USM), Ust Ahmad Syukri (PPZ) dan juga Ust Wan Sohor (UIA) dan moderatornya DJ glamer IKIM.fm, Ust Zamri Hj Zainal Abidin. Topik perbincangan adalah “Tsunami Jariah : Bersediakan anda?“

Alhamdulillah, forum mendapat sambutan yang amat baik dikalangan orang ramai. Individu sejauh Taman Tun pon turut hadir.

Di kesempatan ini terasa ingin berkongsi satu poin yang diutarakan oleh salah seorang panelis.

Antara kata-kata yang masih teringat “Biarlah bila kita bersedeqah kita terasa berat untuk mengeluarkan sedeqah tersebut“. Bukan niat panelis untuk mempertikaikan keikhlasan individu yang menghulurkan duit yang nilainya sedikit, tp panelis menyarankan agar kita sama-sama menghulur dengan satu nilai yang kita sayangi, yang mana kita rasa sedikit berat untuk mengeluarkannya.

Kita hulur untuk mencari keredhaanNya, kita menghulur untuk membantu dan meringankan beban orang-orang yang memerlukankannya. Panelis tidak sekali-kali meremehkan pemberian sedikit, cuma beliau menyarankan kalau bulih biarlah berlebih bila kita menghulur jika berkemampuan.

Di kesempatan ini ingin menwar-war kan kepada individu yang berhajat untuk menyumbang bagi Dana wakaf pembelian 2 ekar tanah untuk pembinaan Kompleks Ilmu Darul Fuqaha boleh lah berbuat demikian dengan bank in sejumlah wang ke dalam akaun yang dinyatakan di ruangan sumbangan ikhlas di kolumn sebelah kanan blog ini.

Untuk sumbangan bagi tujuan pengurusan Maahad Tahfiz Darul Fuqaha (MTDF) boleh juga berbuat demikian dengan menyalurkan ke dalam akaun mereka. Untuk pengetahuan kita semua kos pengurusan bulanan MTDF mencecah sebanyak RM12,000.00 sebulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai MTDF boleh lah layari Maahad Tahfiz Darul Fuqaha.

Kepada mereka yang berminat untuk mendengar Forum yang memakan masa hampir 1 ½ jam tempoh hari boleh lah kiranya download di link di bawah. Harap maaf, kualiti bunyi agak kurang baik, insyaAllah bulih dengar, Cuma noisenya sedikit banyak. Seusai pusingan pertama kupasan oleh setiap panelis terdapat persembahan nasyid dari penasyid2 dari UKM. Harap maaf, diriku terpaksa juga merakam nasyid mereka dan beberapa kata-kata pengerusi majlis pada majlis tersebut.

Forum Bicara Ad-Deen di Maahad Tahfiz Darul Fuqaha bertopik “Tsunami Jariah : Bersediakan Anda”

Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata: `Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?` Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. (Al-Munafiquun:10-11)

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006


--------------------------------------------------------------

Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran). (An-Naml:60)

Sunday, February 12, 2006

Tingkatkan Kesabaran, Kuatkan Iman Ketika ditimpa Musibah

KETENANGAN dan kebahagiaan hidup tidak boleh diukur dengan wang ringgit, perhiasan mewah dan mahal, istana yang indah atau anak yang ramai. Semua itu boleh menjadi bomerang yang memusnahkan pemiliknya jika si pemilik tidak pandai menggunakannya dengan baik.

Adakalanya hidup ini dirasakan tidak bererti, maka ramai yang kesal dengan nasib dirinya, putus asa dan bersedih.

Penyakit manusia moden pada hari ini banyak berpunca daripada jiwa. Jika jiwa terasa hampa, akan terdengarlah nyanyian duka yang begitu menyayat hati. Rupanya bukan hanya orang miskin yang menderita penyakit ini, bahkan orang kaya lebih parah dan terdedah kepadanya.

Semua kenikmatan terlalu susah untuk disyukuri apabila ujian Allah datang. Hal ini diungkapkan dalam firman-Nya bermaksud: "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Ada pun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku." (Surah al-Fajr, ayat 15 dan 16)

Sesungguhnya kesedihan itu sering berpunca daripada hilangnya nikmat yang Allah berikan kepada manusia.

Isteri kehilangan suami yang berkahwin lain, seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan, orang yang diancam hutang, orang tua yang memiliki anak yang derhaka atau remaja yang merasakan tidak dihargai ibu bapanya. Musibah seperti ini jika diterima dengan hati lapang, iman kuat dan kemampuan mengawal perasaan serta sikap positif dan berani akan menjadi tidak bererti pada diri yang terkena musibah.

Seperti firman Allah yang menjadi penghibur kepada jiwa rasul-Nya yang dilanda kesedihan kerana beban dakwah yang berat. Firman Allah dalam surah al-Insyirah ayat 1-6 yang bermaksud: "Bukankah telah kami lapangkan dadamu (wahai Muhammad). Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu. Yang memberatkan bahumu. Dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan. Selepas kesusahan ada kemudahan."

Yakinilah kalimah Allah yang Maha Suci ini bahawa: "Setiap kesusahan ada kemudahan," mendung dan ribut hujan akan hilang oleh pelangi yang menawan. Kita perlukan sikap berani dalam menerima setiap musibah. Kegagalan hanya suatu proses bagi mendapatkan kejayaan. Islam yang kita banggakan ini mengajar kita untuk melalui musibah dengan beberapa teknik bagi menghadapinya iaitu:

Pertama, zikirullah iaitu ingat kepada Allah. Sebutlah nama-Nya, katakanlah kita memerlukan pertolongan-Nya dan reda dengan segala ketentuan-Nya. Pada saat yang menyakitkan itu datang, kembalilah kita kepada Allah. Menangislah kerana bersyukur masih banyak lagi nikmat Allah yang kekal sedia ada pada kita. Bukannya menangis kerana putus asa daripada rahmat Allah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Berprasangka baiklah kepada Allah. Ini akan menyejukkan hati. Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Aku menurut sangkaan hamba-Ku." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika kita menerimanya sebagai kebaikan daripada Allah, maka akan jadi baiklah musibah itu. Tetapi, jika kita meraung dengan penuh kemarahan dan tidak mahu menerimanya, akan datanglah kemurkaan Allah.

Antara bentuk kemurkaan-Nya adalah kita dibiarkannya berputus asa, menyakiti diri sendiri, bahkan tertekan. Tanda kemurkaan Allah juga adalah Dia membiarkan kita dengan tidak diberinya hidayah atau petunjuk untuk memperbaiki keadaan yang berlaku ketika itu.

Oleh itu berzikirlah dengan penuh keredaan kepada-Nya. Ia seperti yang diajarkan oleh Rasulullah apabila kita mendapat musibah. Bacalah:

"Aku reda dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku."

Elok juga jika kita renungkan kata-kata hikmah ini: "Redalah kamu dengan nikmat Allah yang sedikit nescaya Dia reda kepada amalmu yang sedikit."

Kedua, ubatilah kesedihan dengan berbuat sesuatu yang bermanfaat. Mulakan usaha ini dengan mengatur masa yang baik. Buatlah jadual kegiatan seharian dengan teratur kerana masa begitu bernilai. Jangan rehatkan diri terlalu lama kerana ingatan kepada kesedihan kita akan kembali lagi. Mengemas rumah atau bilik pejabat, menanam bunga dan menziarahi sanak saudara.

Membaca juga baik untuk menajamkan akal dan mengubat perasaan. Buku yang paling baik untuk dibaca pada masa itu adalah buku motivasi, sirah Rasulullah dan kisah perjuangan sahabat Rasulullah atau buku mengenai biografi orang yang berjaya. Kisah cinta yang menyedihkan atau kisah kehidupan yang penuh tragedi dan penderitaan boleh memberi kesan negatif kepada orang yang sedang mengalami kegoncangan jiwa.

Senaman badan juga elok untuk memudahkan mengantuk dan tidur malam sehingga bayangan kesedihan tidak akan sempat mengganggu pada malam hari.

Ketiga, memaksa hati khusyuk walaupun pada ibadat yang sedikit.

Sembahyang lima waktu pada hakikatnya mengingatkan diri kita kepada alam akhirat. Jadikan tikar sembahyang seakan-akan titian sirat, kain sembahyang ibarat kafan, di kanan syurga, di kiri neraka, di hadapan timbangan amal dan di belakang syaitan musuh yang dahsyat. Maka, kita akan memujuk pada diri sendiri: "Jangan bersedih atas musibah di dunia kerana kengerian dan kedahsyatan akhirat lebih menakutkan berbanding dengannya."

Khusyuk bukan pada sembahyang saja, malah dalam sedekah ada khusyuk dalam membaca al-Quran ada khusyuk, puasa dan haji pun ada khusyuk. Kesedaran hati mengenai kehadiran dan pengamatan Allah kepada kita itulah dia khusyuk.

Betapa indahnya seseorang yang sentiasa diperhatikan kekasihnya, didengar segala keluhannya, dijanjikan dengan syurga yang penuh kenikmatan serta disembuhkan lukanya dengan kepuasan beribadat kepada-Nya.

Keempat, membandingkan musibah pada diri kita dengan orang lain yang menerima musibah yang lebih dahsyat dan menyedihkan.

Betapa beruntungnya kita yang masih dikurniakan nikmat hidup untuk bertaubat kepada Allah. Sentuhan ajaib Tuhan pada hati kita sehingga kita menyedari kesilapan sendiri, itulah pertolongan-Nya. Musibah ini umpama hilangnya sebutir bintang, bukankah masih ada berjuta yang masih berkilauan? Allah mengambil yang sedikit dan memberi terlalu banyak pada kehidupan kita.

Bersabar dan kuatkan kesabaranmu, itulah tanda iman yang sebenar-benarnya. Sambutlah hari esok dengan keceriaan kerana hidup ini terlalu berharga untuk ditangisi.

Artikel Oleh : Dr Juanda Jaya, Berita Harian, Ogos 2006

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006


--------------------------------------------------------------

Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran). (An-Naml:60)

Saturday, February 11, 2006

Nasyid : Ke Mana Haluannya?

Terasa ingin berkongsi satu artikel dari Majalah Milenia Muslim Februari 2006. Kepada pembaca blogku, kalau dapat kiranya kalian membeli majalah ini, dan jika berkemampuan langganlah majalah ini. InsyaAllah bermanfaat, banyak artikel ilmiah terkandung dalam majalah ini.
------------------------------

Muzik, sejak dari dahulu lagi telah menjadi alat bagi manusia untuk melahirkan perasaan mereka. Samaada perasaan ini berbentuk rindu, marah, kecewa, cinta, suka, duka mahupun rungsing, manusia telah memilih muzik sebagai medium untuk melahirkannya kepada orang lain. Samada muzik itu berbentuk lagu, gurindam, syair, sajak alunan alat-alat muzik, bunyian suara yang diubahkan, ketukan kayu, geseran besi dan apa sahaja yang dapat mengeluarkan bunyi dan juga menyampaikan maksud si empunya perasaan, ianya akan dijadikan medium tersebut.

Pendek kata manusia dan muzik tidak dapat dipisahkan. Malah Islam turut meraikan muzik yang wujud sejak dari hari Rasulullah SAW diutuskan menjadi Rasul lagi. Cukuplah perbincangan Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya “Malaamih al-Mujtama’ al-Muslim alladhi nunsyiduhaa” dan perbincangan ringkas tetapi padat oleh Dr. Abdul Karim Zayda di dalam ensiklopedianya, “al-Mufassal li Ahkaam al-Mar ah wa Bayt al-Muslim”.

Di sini bukanlah ruang untuk dibincangkan hukum mengenai muzik yang penuh dengan khilaf dan perbincangan. Cukuplah kita mengambil pendapat majoriti ulama kontemporari yang mengharuskan penggunaan alat muzik dengan bersyarat.

Persoalan utama yang ingin dibawa di sini ialah isu genre muzik nasyid di tanahair kita yang tidak membawa suara masyarakat. Tidak dinafikan awal kemunculan genre muzik nasyid di zaman OVA (Odio Video al-Arqam) di tahun-tahun 80’an adalah menjadi suara kepada arus dakwah yang begitu hebat melanda Malaysia. Nasyid menjadi muzik alternative dan juga medium penyampaian mesej dakwah kepada masyarakat. Barangsiapa yang menafikan kejayaan muzik nasyid di waktu tersebut , mereka adalah naïf dan jahil ataupun buta sejarah.

Lihatlah penampilan al-Arqam dengan penampilan serba konservatif dan melawan arus (berserban tebal, berjubah kasar, berpurdah hitam seumpama khemah dan bercelak mata) telah berjaya mendapatkan pengikut-pengikut untuk direkrut.

Hakikatnya, bidang kesenian, terutamnya nasyid yang dipelopori al-Arqamlah yang menjadi daya penarik utama masyrakat untuk menyertai gerakan itu. Samada mereka tertarik dengan senikata, dengan rentak dan nada lagu, persembahan atau konsert-konsert Islamik yang dibawa oleh al-Arqam. Kesimpulannya nasyid menjadi suara setengah rakyat untuk menyampaikan mesej mereka dan juga menjadi alternative untuk berdakwah.

Tidak kurang juga dengan nasyid-nasyid dakwah, tarbiyah dan jihad yang dihasilkan oleh Pustaka Salam yang dipelopori oleh anasir-anasir IRC (Islamic Representative Council) yang merupakan graduan-graduan UK (sekarang kebanyakan mereka menyertai JIM). Nasyid-nasyid Arab dan melayu yang dihasilkan oleh mereka mesej dan suara bagi golongan “haraki” (jangan baca hara-kiri, itu sudah membawa maksud lain). Mesej yang ingin mereka mungkin agak berbeza dengan kumpulan massonic al-Arqam yang menjadikan dakwah utama mereka untuk menantikan al-Mahdi.

Kumpulan IRC pula telah menjadikan nasyid sebagai medium untuk menyampaikan suara mereka kepada masyarakat untuk menegakkan daulah, syariat, kepentingan berdakwah, jihad Palestine dan juga tarbiyyah.

Generasi 90’an pula telah meneruskan perjuangan kumpulan al-Arqam dan juga IRC di dalam bidang nasyid. Di kala majority penuntut-penuntut di IPT dalam dan luar Negara dilanda arus PAS, kebanyakan aktivis dakwah PAS telah menjadikan nasyid sebagai medium melaungkan hasrat mereka untuk menegakkan hudud, mengajak masyrakat menyertai PAS, menegaskan PAS sebagai jemaah yang paling utama, menkritik kerajaan yang tidak Islamik dan juga kepentingan menegakkan syariat.

Di Mesir, Jordan dan IPT-IPT tempatan, kumpulan-kumpulan nasyid pro-PAS melahirkan album-album nasyid yang membawa mesej ini. Pendekatan nasyid masih lagi menjadi alternative untuk membawa mesej sesetengah kelompok di dalam masyarakat ke arah dakwah dan juga tarbiyyah.

Di penghujug tahun 90’an dan juga di millennium yang baru, nasyid menempuh era yang baru. Bermula dengan The Zikr (yang kemudian melalui metaformosis menjadi “Raihan”) ke dalam dunia hiburan konvensional, kumpulan-kumpulan nasyid lain mula mengekori jejak langkah mereka, Nasyid mula memasuki arus perdana muzik selama ini dimonopoli oleh ahli maksiat dan juga mereka-mereka yang lalai serta jauh daru arus dakwah dan Islam. Sambutan yang tidak terhingga telah diberikan kepada Raihan.

Buktinya, sehingga kini rekod jualan kaset mereka masih belum dapat ditandingi, hatta oleh Siti Nurhaliza sekalipun. Mawi yang menjadi kegilaan anak-anak muda sekarang (orang tua pon ramai juga yang menggilai mamat yang sorang ni) sehingga kini masih belum dapat menandingi rekod Raihan. Mana tidaknya, Raihan diminati bukan hanya oleh rakyat Malaysia, malah masyrakat muslim di Asia Tenggara dan juga muslim serata dunia.

Antara peminat mereka termasuklah mamat-mamat Negro muslim di Haarlem di US dan di Edgwer Street di UK. Bayangkan tidak pernah muncul di dalam sejarah Malaysia, sekumpulan rakyat Malaysia yang mempunyai jutaan peminat dari serata dunia seumpama Raihan, sayangnya tidak ada seorang sultan pun di Malaysia yang sedar perkara ini lantas mengiktiraf jasa tidak terhingga Raihan unyuk diberikan kepada mereka pangkat Datuk. Jika hendak dibandingkan jasa Raihan mengharumkan nama Malaysia di luar negara dengan Datuk M. Daud Kilau, ianya adalah umpama langit dengan kerak mantel bumi. Sayangnya, mengapa tidak ramai yang mempunyai akal untuk memikirkan perkara ini? Kesimpulannya, kejayaan Raihan telah mencetuskan satu era baru bagi muzik genre nasyid, nasyid mula memasuki alam komersial.

Selepas Raihan, muncuk kumpulan2 nasyid yang lain. Samada dari kalangan pelajar-pelajar IPT(terutamanya di UIA yang dikenali sejak dari dulu, kini dan selamanya sebagai lubuk nasyid) mahupun dari kalangan peminat seni nasyid yang lain. Yang pasti, muzik dari genre nasyid telah muncul menyemarakkan industri nasyid negara ibarat cendawan lepas hujan. Dengan kebanjiran kumpulan-kumpulan nasyid di seluruh negara, meraka telah memasuki fasa kedua bagi era nasyid moden, iaitu era kompetatif di antara kumpulan2 nasyid.

Demi menyaingi di antara satu sama lain, setiap kumpulan tercari-cari imej sendiri. Di dalam pencarian imej, nasihat syarikat rakamanlah yang menjadi firman dan sabda mereka. Nilai komersil dan permintaan pasaran menjadi salah satu daripada rukun iman bagi nasyid era moden. Tiada lagi mesej dakwah secara serius, jika ada pun di dalam satu lagu sahaja. Yang menjadi tema utama ialah cinta makhluk, cinta monyet dan cinta kampus.

Tidak cukup dengan mesej cintan bukan mahram yang dihalalkan ini, mereka terpaksa menghiaskan lagu-lagu tersebut dengan muzik hiper rancak demi mencari pasaran dan kelainan. Barangsiapa yang mengamati keadaan masyarakat, sudah ada trend baru di kalangan anak-anak muda “Islamik” di IPT-IPT. Jika dulu golongan dakwah dan surau dari kalangan mamat-mamat berkopiah dan minah tudung litup amat menjaga pergaulan dan batasan di antara bukan mahram, kini segalanya telah dihalalkan oleh firman2 dan sabda2 kumpulan nasyid era moden.

Walau apa pun yang telah terjadi terhadap industri nasyid tanah air, yang pasti nasyid di zaman moden pasca Raihan tidak lagi menjadi alternative untuk membawa agenda tertentu. Nasyid juga gagal menjadi suara rakyat dan masyarakat. Nasyid juga gagal membawa rakyat dengan menjadi media untuk kritikan sosial dan protes kepada nasib rakyat. Pelbagai isu yang berlegar di dalam masyarat nasyid gagal menjadi suara untuk merubahnya.

Persoalan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, korupsi pemerintah, riba, rogol, jenayah yang meningkat, kemunculan Islam Liberal, gejala moral di kalangan remaja dan pelbagai isu di dalam masyarakat tidak diambil peduli oleh kumpulan nasyid. Mungkin kebanyakan mereka sibuk memikirkan lagu2 cinta yang dapat menarik ramai pembeli kaset mereka, ataupun sibuk menghasilkan lagu-lagu yang akan dapat memastikan mereka meraih anugerah2 yang sering dianjurkan oleh pelbagai pihak.

Lagu-lagu rap nyanyian orang kulit hitam boleh dijadikan contoh bagaimana mereka berjaya menjadikan muzik sebagai saluran untuk menyuarakan ketidak puashatian mereka terhadap dasar kerajaan dan juga dasar perkauman. Kumpulan seperti Soldeirs of Allah merupakan mereka yang berjaya menggunakan muzik dari genre hip hop untuk membawa mesej kepada umat. Mungkin penyanyi Poe mantan penyanyi kumpulan “Rampa” lebih berjaya di dalam menyuarakan suara rakyat kepada dasar pemerintah berkaitan tol suatu masa dahulu.


Mengapa tida suara nasyid yang mewakili suara rakyat untuk mengkritik kenikan tol dan harga minyak yang tidak munasabah? Begitu juga kumpulan ahli fiqir melalui lagu angguk-angguk dari satu sudut sebenarnya menjadi suara rakyat mengkritik sikap masyarakat yang menjadi pak turut dan rela diri mereka diperlaku tanpa berfikir dan bertindak. Terlalu banyak isu yang boleh disentuh oleh kumpulan nasyid di Malaysia demi mewakili suara rakyat.

Ketika arus Islam Liberal sedang mula menampakkan belangnya mutakhir ini, samada ianya berbentuk anti-hadis, feminis melampau, orwellianisme, totalitarian, kumpulan kecewa reformasi dan pelbagai bentuk lagi liberalisme ide, kita ternanti-nantikan kemunculan mana2 kumpulan nasyid yang benar2 ingin membela Islam dan membidas penyelewengan ini….. ternyata sehingga kini tiada satu pun yang muncul. Akhirnya, kita sedar bahawa kumpulan2 nasyid moden di Malaysia ini semuanya hanya mencari makan…. Dan TIDAK JANTAN!!

Oleh : Maszlee Malik, Milenia Muslim, Februari 2006

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
----------------------------------------------------------
Dan Musa berkata: `Jika kamu dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya mengingkari (ni'mat Allah) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.(Ibrahim:8)

Friday, February 10, 2006

Mimbar Jumaat : Larangan Meraikan Hari Meningati Kekasih

Sidang Jumaat yang Berbahagia,
Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar takwa iaitu dengan mematuhi suruhannya serta meninggalkan larangannya, dan takutlah bahawa sesungguhnya azab Allah s.w.t adalah suatu yang pasti bagi orang-orang yang ingkar dan ianya adalah terlalu dasyat untuk dihadapi.

Sidang Jumaat yang dihormati,

Sejak kebelakangan ini, keruntuhan akhlak para remaja Islam telah sampai pada satu tahap yang membimbangkan. Kegiatan-kegiatan sumbang,tidak sihat serta salah laku semakin menjadi-jadi seperti yang dilaporkan oleh media massa dan ada juga yang berlaku didepan mata kita. Lebih membimbangkan apabila golongan yang ramai terjebak dalam masalah sosial adalah para remaja dan belia, yang menjadi harapan bangsa dan agama masa hadapan.

Para remaja dan belia merupakan aset negara yang amat berharga, yang bakal menjadi pemimpin, walaupun sekurang-kurangnya sebagai pemimpin dalam keluarga. Mereka wajib mengisi dada dengan ilmu dan iman bagi mempersiapkan diri sebagai pelapis pemimpin negara serta keluarga dan bukannya hanya asyik leka dengan keseronokan duniawi. Akibat keruntuhan ini, sekirannya tidak dibendung, pasti akan membawa kepada kerugian dan kehancuran keluarga, masyarakat,bangsa,agama dan negara. Kegagalan menghayati ajaran Islam dan kemasukkan budaya tidak sihat yang dibawa oleh golongan yang memusuhi Islam mempercepatkan lagi kehancuran umat Islam dan peradabannya.

Syahadah yang pernah kita lafazkan mengandungi ikrar bahawa tiada tuhan melainkan Allah serta Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah,tetapi mengapa kita gagal menghayati tuntutan tersebut? Sebaliknya lebih banyak terpengaruh dengan ciri-ciri ajakan dan meniru cara hidup musuh-musuh Islam, terutamanya golongan Yahudi dan Nasrani Laknatullah, yang berkiblatkan hasutan iblis dan syaitan.
Minggu hadapan apabila masuknya tarikh 14 Febuari, adalah tarikh yang diingati oleh sebahagian golongan muda-mudi. Pasti kita lihat nanti, akan ramai anak remaja Islam yang turut meraikan tarikh tersebut sebagai Valentine's Day. Mimbar jumaat hari ini mengingatkan, bukannya untuk kita meraikan hari tersebut, sebaliknya biarlah ia berlalu begitu sahaja.

Sidang Jumaat yang dihormati,

Nabi s.a.w pernah ditanya oleh sahabat tentang siapakah yang terselamat diakhirat kelak?

Jawab Baginda,
Mereka itu adalah golongan yang menuruti perjalananku dan perjalanan para sahabatku.

Harus diingatkan Valentine's Day ini bukan amalan yang disuruh oleh nabi atau para sahabatnya Tabiil At-Tabiin atau para solihin, adalah sangat malang lagi bila mana Valentine's Day ini diraikan oleh pasangan muda-mudi yang bukan mahran serta direstui pula oleh ibubapa yang jahil tentang hukum-hukum agama.Pasangan kekasih ada kalanya meraikan hari Valentine's Day ini hingga berakhir di pub-pub,disko-disko,hotel-hotel dan berpenghujung dibilik-bilik sehingga berlakunya zina, yang kononnya sebagai tanda cinta kepada pasangan kekasih yang mereka sayangi.

Sidang Jumaat yang dihomati,

Sebagai seorang Islam yang beriman, siapakah kekasih yang seharusnya kita agung-agungkan? Sebagai umat Islam kita hendaklah menjadikan Allah dan Rasulullah s.a.w itu sebagai kekasih utama, kemudiannya ibu bapa yang melahirkan serta membesarkan kita.

Tedapat tiga tanda untuk mendapat kemanisan iman iaitu,
1. Cinta kepada Allah dan Rasul lebih dari seisi dunia.
2. Kasih dan benci sesuatu kerana Allah.
3. Terlalu takut kepada kekufuran serta cukup takut dilontar kedalam api neraka.

Jika sudah berani keluar dengan pasangan bukan muhrim, sanggup dipeluk dan dibelai oleh pasangan yang bukan muhrim, sanggup menggadai kesucian diri untuk orang yang dianggap sebagai kekasih tanpa ikatan nikah, adakah perilaku ini dianggap sebagai kasih kerana Allah dan takut pada api neraka Allah?.

Sidang Jumaat yang dihormati,

Valentine's Day itu diambil dari nama seorang paderi yang begitu berpengaruh di zaman pemerintahan ratu dari Sepanyol. Terdapat beberapa variasi bagaimana Valentine's Day dikaitkan dengannya, namun sekurang-kurangnya terdapat dua variasi yang telah dicatat dalam sejarah.

1. Valentino adalah orang terpenting ratu Isabella yang berjasa menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Ratu Isabella dan seluruh rakyat menganggap dia sebagai kekasih, lalu 14 Febuari itu diraikan sebagai tanda kemenangan dalam menyembelih dan menumpaskan umat Islam serta memadamkan cahaya Islam di Sepanyol.

2. Sebelum mencapai kejayaannya menumpaskan Islam, Valentino dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertamanya beragama Islam dan kekasih keduanya beragama Kristian. Memandangkan berlainan agama, maka dia terpaksa melupakan kekasihnya Islam dan menumpukan kepada kekasih keduanya yang berfahaman Protestan. Apabila beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova Sepanyol, maka Ratu Isabella bertanya kepadanya, apakah bentuk ganjaran yang ingin dikurniakan atas kejayaanmu itu?. Lantas Valentino menyatakan keinginannya untuk mengahwini kekasihnya, yang berfahaman protestan itu. Permintaan ini menimbulkan kemarahan pada Ratu Isabella dan juga rakyat Cordova kerana Valentino merupakan paderi Katolik sedangkan kekasihnya seorang Protestan , tambahan pula beliau adalah seorang paderi ia sememangnya tidak boleh berkahwin. Atas kemurkaan inilah beliau dipenjarakan, tetapi sebagai mengenangkan jasa paderi ini maka tarikh 14 Febuari dianggap sebagai "Hari Mengingati Kekasih".

Di barat, hari kekasih bermaksud hari tersebut para pasangan kekasih bebas melakukan apa sahaja. Mereka bukan sahaja bertukar bunga-bungaan, malah mereka akan melakukan perkara yang berada diluar batas moral manusia dan akhirnya berlaku perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Agak bahaya budaya ini telah dijadikan sebagai gaya hidup pada golongan muda-mudi kita masa kini. Firman Allah s.w.t :
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana menegakkan agama Allah, janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kedalam bahaya kebinasaan,baikilah perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya".(Al-Baqarah : 195)

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Amalan menyambut Hari Valentine's ini, jelas bertentangan dengan Islam dan hari yang tidak dimuliakan oleh Islam. Hari yang asasnya bukan dari akidah yang benar, malah sesiapa dikalangan umat Islam yang meraikannya samalah seperti dia meraikan perjuangan seorang paderi yang telah berjaya meruntuhkan Islam dibumi Allah di sepanyol itu.

Meraikan Valentine's Day juga seolah kita mengiktiraf perilaku seseorang kasanova Valentino yang mengheret dua kekasih dalam satu masa. Hari kekasih yang dibawa oleh musuh-musuh Islam ini tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosakkan akhlak umat Islam. Sedarlah, bahawa budaya ini bukan budaya Islam. Budaya ini adalah kudis yang membawa barah kerosakkan dalam masyarakat kita, yang mana kumannya dikirim oleh musuh-musuh Islam dalam agenda mereka untuk memusnahkan khususnya para remaja Islam. Sewajarnya kita lebih menghayati dan meraikan kekasih kita -Habibullah- iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyinari kehidupan manusia dari kegelapan kepada cahaya seluruh alam.

Ya-Allah , kurniakan kehormatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan ,kesuburan dan penghasilan, keatas negeri kami, negeri selangor darul ehsan. Jadikan rakyatnya bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia,lindungi kami daripada persengketaan, perpecahan,fitnah memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian negeri selangor dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.

Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor, 10 Februari 2006.
------------------------------

InsyaAllah jika ada kesempatan terasa nak menulis mengenai topik Valentine Day ini, masa mungkin tidak mengizinkan buat masa ini, jika ada kesempatan akan ku tulis kekecewaan ku mengenai sambutan Valentine Day di Malaysia. Apa yang bulih kukatakan aku kecewa sangat-sangat.

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
----------------------------------------------------------
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.(Faatir:6)

Monday, February 06, 2006

Hijrah Mengangkat Martabat Umat Islam

Bagi kaum Quraish Makkah, mereka tidak pernah terfikir bahawa akan muncul di kalangan mereka seorang tokoh yang tiada bandingannya dalam sejarah manusia. Tokoh itu bukan sekadar mengubah nasib mereka, malah mampu meningkatkan taraf manusia sejagat serta mengeluarkan mereka daripada kekufuran kepada cahaya petunjuk, daripada bangsa yang tidak bertamaddun dan lemah kepada bangsa disegani. Mereka juga tidak terfikir akan wujud daripada bangsa mereka seorang pemimpin yang sangat berwibawa yang mampu mendirikan sebuah pemerintahan yang kuat, disamping membentuk suatu ummah yang mampu menghadapi segala cabaran dan rintangan zaman.

Nabi Muhammad s.a.w. mengembangkan agama Islam di tanah Arab dan berjaya mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat yang sekian lama berpecah sesama sendiri begitu juga baginda berjaya mewujudkan persaudaraan dan keamanan di rantau itu sehingga lahir satu ummah yang cemerlang dalam sejarah umat manusia.

Hijrah dari segi sejarah bukanlah suatu perkara baru yang dicipta oleh Rasulullah s.a.w. tetapi ia adalah sunnah dan cara hidup nabi dan rasul yang terdahulu, bermula, sejak Ibrahim a.s hinggalah kepada Isa a.s Peristiwa hijrah nabi Ibrahim disebut dalam Quran, yang bermaksud : “Sesungguhnya aku (Ibrahim) akan berhijrah ke (tempat Yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku), sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana” (surah al Ankabut : 26).

Sejarah merakamkan penghijrahan Ibrahim, bersama isterinya, Sarah dan anak saudaranya Nabi Lut dari Iraq ke Huran dan seterusnya ke Palestin, manakala Lut pula berhijrah ke kampung Sadum. Musa pula berpindah dari Palestin ke Mesir. Begitulah sunnah ini dipraktikan oleh Nabi Nabi yang lain hingga sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah melakukan tugas yang sama iaitu berhijrah dari Makkah ke Madinah. Hijrah baginda adalah titik permulaan bagi kebaikan manusia sejagat, suatu pemberitahuan kepada manusia bahawa kekuatan batil meskipun gagah dan perkasa akan menerima kehancuran dan kemusnahan akhirnya. Dengan perpindahan Rasulullah dan sahabatnya dari Makkah ke Yathrib (Madinah), berlakulah suatu perubahan sikap lebih menyeluruh iaitu daripada sikap negatif kepada positif.

Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah agama dakwah yang menyeru umat manusia supaya berilmu, beriman dan seterusnya menyampaikan pula kepada orang ramai. Justeru itu dakwah adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. Setiap individu Muslim berkewajipan berdakwah mengikut kemampuan masing masing. Menjadi seorang Muslim secara automatik menjadi seorang pendakwah.

Mesej dakwah Islamiah yang dilakukan oleh Rasulullah adalah suatu kebenaran yang mutlak dan jelas. Ia memusuhi setiap bentuk kekufuran, penindasan, pencerobohan dan kezaliman. Rasulullah berdakwah di kalangan Quraish Makkah selama 13 tahun. Dakwah di peringkat Makkah menghadap tentangan hebat. Makkah dikuasai oleh majoriti Quraish yang menyembah berhala. Baginda menghadapi kaumnya dengan bersenjatakan akidah tauhid iaitu kepercayaan kepada Keesaan Tuhan.

Setelah Rasulullah memperkenalkan konsep tauhid kepada masyarakat Makkah, ramai yang beriman kepada Allah manakala ada yang menolaknya. Kaum Quraish menyedari betapa bahayanya agama Islam yang baru muncul itu pada agama dan amalan hidup mereka, lantas mereka mengambil pelbagai tindakan dengan mengadakan penghapusan pengikut Islam, yang mana kemuncaknya ialah pakatan membunuh Rasulullah s.a.w. Oleh itu maka baginda diperintahkan supaya berhijrah ke Madinah.

Detik detik awal peristiwa Rasulullah berhijrah ke Madinah ini dirakamkan di dalam Quran, yang bermaksud : “Dan (ingatlah), ketika orang kafir (Quraish) memikirkan tipu helah terhadapmu. untuk memerangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik baik pembalas tipu daya.” (al Anfal : 30)

Seterusnya Allah azzawajalla menjelaskan lagi peristiwa ini dalam firmanNya yang bermaksud : “Jika sekiranya kamu tidak menolong (Muhammad) maka sesunggubnya Allah menolongnya (iaitu) ketika orang orang kafir (musyrikin Makkah) mengeluarkannya (dari Makkah) sedang dia salah seorang daripada dua orang, ketika keduanya berada alam gua di waktu dia berkata kepada temannya: Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah berserta kita. Maka Allah menurunkan ketenangan Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang orang yang kafir itulah yang rendah. Dan kalimah Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.” (at Taubah:40)

Selepas Rasululah berhijrah ke Madinah, maka dakwah Islamiah berjalan lancar dan kedudukan Islam bertambah kuat kerana penduduk Madinah menerima baik agama Islam. Peluang keemasan ini digunakan dengan secukupnya oleh Rasulullah s.a.w. lalu baginda mendirikan Masjid sebagai pusat kegiatan umat Islam. Rasulullah juga mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar dan seterusnya membuat perjanjian kerjasama dan persefahaman dengan bukan Islam di Madinah. Ketiga tiga perkara itu adalah asas penting untuk membangunkan sebuah masyarakat yang kuat dan padu.

Dalam sejarah banyak sekali peristiwa penting berlaku setelah Rasulullah berpindah ke Madinah. Pada tahun kedua hijrah berlaku pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Makkah, berlaku peperangan Badar, disyariatkan puasa Ramadhan dan seterusnya diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah.

Pada tahun ketiga berlaku peperangan Uhud dan diharamkan arak. Tahun keempat pula berlaku peperangan Dhat al Riqak dan pada masa itu juga disyariatkan qasar solat serta dibolehkan bertayammum. Tahun kelima menyaksikan peperangan Khandaq dan peperangan dengan Bani Quraizah. Manakala pada tahun keenam pula suatu perjanjian perdamaian yang dikenali dengan Perjanjian Khaibar ditandatangani, manakala pembukaan kota Makkah pula pada tahun yang kelapan dan peperangan Tabuq tahun kesembilan. Tahun kesepuluh pula Rasulullah mengerjakan Haji Perpisahan iaitu haji pertama dan terakhir yang dikerjakan oleh baginda.

Peristiwa itu adalah antara cebisan kecil dari aktiviti yang dijalankan oleh Rasulullah dan sahabat di Madinah. Dari peristiwa itu menampakkan dengan jelas banyak sekali berlaku peperangan di era Madinah. Oleh itu dapatlah dianggap bahawa ia berlaku kerana mempertahankan dakwah.

Allah memberi keizinan kepada Muslimin untuk bersiap sedia menghadapi musuh sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Telah diizinkan (berperang) bagi orang orang yang diperangi, kerana telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa menolong mereka.”( al-Hajj: 39)

Seterusnya Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu berperang pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(al Baqarah:216)

Peringkat mempertahankan diri daripada serangan dan muslihat musuh adalah suatu kelainan era Madinah daripada era Makkah. Ini kerana Muslimin di era Makkah tidak dibenarkan menggunakan kekerasan dan peperangan. Ini adalah suatu dasar baru di era Madinah dan berkuatkuasa sehingga hari Kiamat. Orang Islam hendaklah mengatur strategi dan membuat perancangan baik untuk menghadapi musuh Islam. Mereka hendaklah membuat persediaan yang cukup untuk memperolehi kemenangan.

Selain peperangan di era Madinah, Rasulullah berfungsi penting untuk menyempurnakan pembinaan ketahanan ummah dan negara Islam Madinah, supaya menjadi sebuah negara ideal yang menjadi contoh umat Islam disepanjang zaman.

Rasulullah juga menerima wahyu demi wahyu daripada Allah yang mempertingkatkan lagi syariat dan undang undang Islam yang mula merangkumi soal soal kemasyarakatan, ekonomi, ketenteraan, pendidikan selain daripada soal soal akidah sebagaimana yang menjadi topik mesej terpenting di era Makkah.

Berkat ketabahan Rasulullah dan sahabat, Madinah menjadi terkenal sebagai negara Islam yang bertaraf antarabangsa. Dakwah pula menjadi lebih cemerlang kerana mula menyeberangi batas geografi Semenanjung Tanah Arab.

Jelasnya peristiwa, itu menampakkan dengan jelas kebersihan hati dan keikhlasan serta tingkat jihad yang tinggi daripada kalangan Muhajirin, selain semangat setiakawan yang unggul sahabat daripada kalangan Ansar. Mereka membantu apa saja untuk meringankan penderitaan Muhajirin.

Banyak ayat al Quran menggambarkan keimanan, persaudaraan, perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh golongan Muhajirin dan Ansar, masing masing dengan jihad yang tersendiri yang dilakukan demi kemajuan dan kecemerlangan dakwah dan ummah. Daripada persaudaraan itu akan melahirkan ketahanan ummah dan keteguhan negara. Oleh itu dapatlah ditegaskan di sini bahawa hijrah mampu merubah kehidupan ummah seluruhnya.

Dipanjangkan oleh,
(Dato’ Hj Mohd Murtadza B. Hj Ahmad)
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Artikel ini diedarkan sewaktu kuliah yang diadakan di Masjid Tmn Rasa Sayang bersempena dengan Tahun baru Hijriah tempoh hari.

Bersama ini juga diletakkan link bagi mereka yang ingin mendengar kata-kata SS Syeikh Mohd Murtadza pada malam tersebut. File ini hanya akan berada didalam server untuk tempoh 30 hari dari 05 February 2006. Selepas 30 hari file berkenaan akan didiscard oleh server. Sila klik pada link, insyaAllah instruction for downloading will appear for u guys to follow. Kualiti bunyi agak kurang menarik, harap maaf diatas kualiti audio yang kurang baik.

Kuliah SS Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bersempena dengan Maal Hijrah.

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
2. Jadual Kuliah Sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk Bulan Februari 2006
3. Jadual Kuliah Surau al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong untuk Bulan Februari 2006
----------------------------------------------------------
Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) `mencintai` orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin), dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung (Al-Hasyr:9)