Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, July 17, 2005

Ponstan oh Ponstan

Alhamdulillah, sejak hari semalam diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang sihat. Bila masa beginilah kita terasa nikmat yang selalu kita lupakan, bak kata Dr. gigi yang kutemui tadi, bila kita dah tak bulih mengunyah dan tatkala bila kita mengunyah kita berasa sakit barulah kita akan timbul rasa sedikit kesal kerana tak berbuat apa yang patut tatkala kita masih tidak sakit. Inilah antara nasihat yang diberikan oleh Dr. Azman, dentist yang kutemui tengahari tadi, ini adalah gara-gara diriku tidak mengikut jadual mencuci gigi yang disarankan olehnya.

Gigi ku terasa sakit yang amat sangat sejak semalam, kemuncak kesakitannya adalah semalam, tanda-tanda untuk sakit telah ada pada hari Khamis, dan semalamlah hari pertama dalam hidupku terpaksa mengambil ponstan untuk meredakan kesakitan yang amat sangat. Dasyat juga yer kesan ponstan nie, tak sampai ½ jam kesakitan pada gerahamku beransur reda. Alhamdulillah, bulih meneruskan tugas diupis, dan kebetulan hari jumaat lalu seharian diriku berada diupis setelah hampir seminggu berada di site.

Sebenarnya 16 dan 17 Julai ini, kompeni di mana diriku mencari rezeki mengadakan Hari Keluarga di Bukit Tinggi. Mula-mula memang ada planning untuk pergi, tapi di saat akhir terpaksa dibatalkan kerana sepupuku menjemput kami sekeluarga kerumahnya untuk majlis kenduri kesyukuran kerana dia dan ahli keluarganya akan menghantar rombongan untuk meminang seorang gadis. Alhamdulillah, seorang lagi sepupuku berhajat untuk mengakhirkan zaman solonya.

Bila dah membatalkan hasrat untuk berhari keluarga bersama rakan-rakan sepejabat, diriku telah merancang aktiviti untuk hari Sabtu yakni 16 Julai, kebetulan pada 16 Julai ini seorang sahabat blogger ada menjemput untuk menghadiri majlis walimahnya di Cheras, jemputan melalui email, sememangnya berhajat sangat untuk menghadiri majlis berkenaan, siap dah printkan alamat rumah sahabat blogger ni untuk menghadirkan diri ke majlisnya. Dan selepas menghadiri majlis beliau sudah bercadang untuk menghadirkan diri ke AGM Ansara Pusat lebih kurang jam 1500. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah lah penentu segalanya.

Hari nie (Sabtu) jatuh gering yang amat sangat, berdenyut-denyut sampai kesannya sehingga ke kepala, dan apa yang lebih menarik sehingga demam. Majlis kenduri sepupuku juga tak dapat dihadiri, hanya ahli keluarga yang lain sahaja yang pergi, AGM Ansara Pusat juga tak dapat kuhadiri dan majlis walimah Anwar Qudus juga tak dapat kuhadiri. Kepada Anwar Qudus moga perkahwinan yang dibina sentiasa dalam keberkatanNya…Ameenn.

Minggu lepas minggu yang agak padat. Urusan pejabat dan site yang banyak membuatkan diriku menjadi sedikit kelam-kabut dibuatnya, setiap hari dalam minggu lepas hanya berpeluang sampai ke rumah pada jam 2100, alhamdulillah hari Jumaat dapat pulang awal sedikit. Bila selesai urusan di site balik ke upis sebentar untuk menyelesaikan Laporan Harian (daily report), itulah rutin seharianku pada minggu lepas.

Di tambah lagi dengan kejatuhan jejambat di laluan NKVE pada hari Ahad lalu membuat perjalanan ke site agak tidak selancar hari-hari biasa. Pada hari Isnin kukira NKVE, laluan Bukit Raja bulih digunakan, ingatkan minor diversion di tengah-tengah highway, rupa-rupanya tidak Memang tak bulih digunakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Dalam perjalanan ke site tempoh hari sewaktu menggunakan jalan biasa berkesempatan melihat sebuah lori terbakar ditengah-tengah jalan raya secara live. Kesian betul nasib pemandu lori berkenaan. Kelam-kabut cina tu memunggah barang dari lorinya. Berani sungguh dia memunggah, padahal lori tu bila-bila masa sahaja bulih burst up. Pada mereka yang biasa dengan kawasan Shah Alam peristiwa ini berlaku betul-betul depan Brunsfields Apartment di Hicom-Glenmarie. Sempat juga diriku mengsnap dua keeping gambar tatkala menanti lampu merah berubah hijau. Tapi tak dapat snap directlylah, imejnya Cuma dapat diambil dari cermin sisi keretaku.



Dan tatkala menggunakan semula highway pada hari khamis, berhadapan dengan satu lagi masalah di laluan dan tempat yang sama sewaktu hendak pulang dari site. Pernahkah anda menggunakan highwah 6 lorong yang mana semua kenderaannya menghala ke arah yang sama?

Itulah yang terjadi pada hari Khamis lepas, pada tempat terjatuhnya jejambat NKVE itu berlakunya banjir yang mana kenderaan tidak mungkin melepasinya. Lalu pengguna-pengguna lebuhraya berkenaan termasuklah diriku terpaksa membuat U-turn di tengah-tengah highway dan berpatah balik ke pondok tol yang mula-mula kami masuki tadi.

Ahad minggu lepas berkesempatan membawa bondaku menemui seorang makcik yang bercuti sempena summer holiday. Kenalan bondaku ini tinggalnya di UK, kadang-kala ada juga makcik nie menalipon bondaku, terima kasih makcik kerana sudi menalifon bondaku.

Masa bondaku baru selesai memasak(yang sebenarnya ada satu lagi dish yang nak digoreng), bonda mendapat panggilan dari makcik nie, terkejut betul nengok bonda, excited sungguh dia, den plak rasa cuak, kebetulan makcik nie dalam perjalanan hendak ke Kluang dengan menaiki keretapi, dan kebetulan makcik nie transit di Seremban, jadi inilah peluang bondaku untuk bertemu makcik nie.

Apa-apa pon makcik, jutaan terima kasih kerana bertemu dengan bondaku dan sering berinteraksi dengan bondaku, kenalan jauh tu. Mungkin lain kali bondaku bulih membelanja makcik di mana-mana, tak berkesempatan makan pon tempoh hari, hanya mampu berbual sebentar di stesen keretapi.

Sekadar mencoret tatkala ubat penahan sakit masih menjalankan tugasnya.

Wallahu ‘alam.

--------------------------------------------------------------
"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani."(Al-Anbiyaa':31)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home