Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, October 31, 2004

Kita hanya mampu merancang, Allah menentukan segalanya.


alhamdulillah…Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam. Hari ini (Sabtu - 30 Oktober 2004) diri ini berpeluang untuk ke Surau An-Nur, Bangi. Kita hanya mampu merancang, Allah lah yang menentukan segalanya. Seperti yg ana war-warkan Al-Fadhil Ust Harun Din akan mengadakan kuliah pada hari ini di Surau An-Nur. Mungkin disebabkan oleh sebab-sebab yang tak dapat dielakkan kuliah beliau tidak dapat diadakan. Tapi takpe lah, walaupun kuliah beliau tidak ada yang penting menghadirkan diri untuk meraih keberkatan Ramadhan untuk berterawikh.

InsyaAllah jika tiada aral melintang, Surau An-Nur akan mengadakan Iftar (berbuka puasa) pada 5 November 2004 bersamaan dengan hari Jumaat depan. Dan mengikut perancangan seusai solat terawikh akan diadakan kuliah oleh al-Fadhil Ust Harun Din. Dan solat terawikh pada malam itu akan dipendekkan kepada 8 rakaat bagi memberi ruang kepada ustaz menyampaikan kuliah beliau…insyaAllah.

Sungguhpun malam ini, al-Fadhil Ustaz tidak menyampaikan kuliah, seisi majlis ilmu tidak terbantut. Seperti biasa pihak Surau An-Nur ada menjemput penceramah untuk menyampaikan tazkirah selesai rakaat ke-8. Alhamdulillah, malam ini giliran Ust Mohd Farid Ravi Abdullah, tenaga pengajar di Kisdar dan juga seorang daie yang dikenali ramai.

First time ana dengar kuliah Ust Farid sekitar hujung tahun lepas atau awal tahun nie, tak sure bila first time dengar kuliah beliau. Subhanallah….. I love the way he recite the Quran verse. Memang merdu dan mengasyikkan. That was the first time I heard thro’ TV talk. And alhamdulillah, kali ini berpeluang bertemu face to face dengan beliau.

Kejahilan adalah musuh kita yang paling hampir antara isi seisi tazkirah beliau. Antara sedar atau tidak musuh ini mungkin ada pada diri individu yang tidak mahu mencari ilmu. Jahil bererti tiada ilmu. Bayangkan orang jahil yang memberi pendapat atau fatwa, sudah pasti pendapat atau fatwa yang dihasilkan oleh orang yang jahil akan memporak-perandakan masyarakat. Pendapat yang dikeluarkan yang tidak berlandaskan dalil-dalil. Si jahil bukan hanya merosakkan dirinya sendiri, malah melibatkan individu lain juga. Nauzubillah .. Bukan dalam urusan agama sahaja individu jahil akan memporak perandakan masyarakat, bahkan dalam apa bidang sekali pun jika ada individu yang jahil cuba memberi pendapat tanpa berlandaskan fakta pasti ianya akan menporak-perandakan situasi. Sebagai contoh, seorang jurutera yang tidak faham akan sesuatu sistem, tapi berpura-pura dia lebih tahu daripada seorang technician yang lebih lama berkecimpung dalam bidang tersebut cuba mengajar sesuatu yang tidak betul pada system berkenaan, bayangkan apa akan jadi. Sendiri mau ingatlah ….. Kalau kita seorang jurutera, jangan segan bertanya dengan sub-coordinate kita, malu bertanya kita akan jahil. Never under estimate our sub-ordinate. Without them we are nothing… Tanpa mereka tugas kita akan bertambah sukar…


Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) (Al-'Alaq : 1)

Ayat pertama yang diwahyukan oleh Allah azzawajalla kepada Junjungan Besar Muhammad SAW ketika bagida beruzlah. Untuk menjadi tidak jahil, perkara pokok untuk mendapat ilmu ialan dengan membaca. Dengan membaca, insyaAllah kita akan mendapat ilmu. Membaca adalah cara pertama untuk memperolehi ilmu selain dari jalan-jalan lain seperti bermusafir, berguru dan sebaginya. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ilmu yang kita gali biarlah berlandaskan untuk mencari redhaNya. Itulah yang dimaksudkan Bacalah dengan nama Tuhanmu. Jangan kita sempitkan pemikiran kita dengan menggali ilmu agama sahaja untuk mencari keredhaanNya. Ilmu yang kita gunakan untuk menjalani kehidupan yang fana ini juga seharusnya berlandaskan untuk mencari redhaNya. Bukan sekadar ilmu agama sahaja. Inilah yang membezakan ummat Muhammad SAW, kita mencari ilmu untuk mencari redhaNya, bukan untuk mencari nama atau kemewahan dunia yang sementara ini sepertimana yang dilakukan oleh ilmuwan-ilmuwan kuffar yang sekadar untuk mencari nama dan kemewahan dunia serta personal satisfaction tanpa memerhatikan ilmu yang dikurniakan kepada mereka bukanlah bersifat mutlak milik mereka. Ilmu yang manusia miliki adalah terlalu sedikit. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (Al-Kahfi :109) Sama-samalah kita berdoa agar kita ditetapkan untuk istiqamah dalam mencari ilmu.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama mendoakan agar seluruh umat Islam dilindungi oleh Allah dari musuh-musuh Islam yang cuba menghancurkan kita. Kita dikejutkan dengan insiden di Selatan Thai. Bila diri ini duk tengok gambar mereka dianiya seperti itu memang tersentuh sangat. Geram, sakit hati dan pelbagai lagi perasaan yang sukar digambarkan. Pattani United Liberation Organisation. (Tq Pakdi for sharing this info)

HOME

Friday, October 29, 2004

Nuzul Al-Quran



alhamdulillah, perjalanan ke Penang selama 2 ½ hari telah selesai, dan yang lebih melegakankan segala urusan Testing and Commissioning berjalan lancar di Ibusawat Telekom Komtar.

Last Monday, I read an article about Abdullah ibn Ummu Maktum from a blog belong to to a sahabat. It was a nice perkongsian. Mungkin ramai yang mengetahui Asbabun nuzulnya Surah Abasa. Ramai diantara kita mungkin aware kenapa surah ini diturunkan tetapi mungkin ramai diantara kita yang kurang pasti siapakah hamba Allah yang tidak dapat melihat itu. Namanya ialah Abdullah ibn Ummi Maktum.

subhanallah.. seorang insan yg tidak sempurna fizikalnya spt ibn Ummi Maktum boleh melakukannya.. kita yg diciptakan sbg hambaNya yg sempurna segala sifat masih lagi lalai dgn nikmat2 yg dikurniakan, sdgkan semua nikmat tersebut pasti akan diperhitungkan bila tiba masanya..(Ayat sahabat di dalam blognya yang ana sgt2 setuju) ….

Those who have intention to read a brief history of Abdullah ibn Ummi Maktum can click at this link. Seorang hamba Allah yang kurang dari segi penglihatan tapi tetap teguh dalam menjalankan tugas sebagai hambaNya. Kita bagaimana yer?

Hari ini genap 15 hari kita telah menjalani ibadah puasa.insyaAllah lagi 5 hari kita akan berada di dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Dan insyaAllah, kita akan berada pada malam nuzul Al-Quran pada malam Sabtu ini. Sekadar mengwar-warkan satu perkhabaran Majlis 'Ilmu yang telah dikhabarkan dahulu, cuma hendak dikhabarkan sekali lagi sahaja kerana majlisnya sudah hampir tiba. insyaAllah, Surau An-Nur, Fasa 1, Bandar Baru Bangi akan mengadakan ceramah agama bersempena dengan Malam Nuzul Al-Quran. Penceramah jemputan jika tiada aral melintang ialah Yang Berbahagia al-Fadhil Ust. Harun Din. Mari kita pakat2 ramai2 pi Surau An-Nur....

Kepada sahabat-sahabat yang berpeluang mengerjakan ibadah 'umrah dan ziarah di bulan Ramadhan al-Mubarak ini moga perjalanan ibadah kalian dipermudahkanNya, moga beroleh 'umrah yang mabrur ... ameenn.

HOME

Sunday, October 24, 2004

Sempurnakan Puasamu


Sekali lagi minggu ini diri ini berpeluang menggunakan khidmat adikku bagi membantu diriku untuk menaip artikel yang ku kira menarik untuk dikongsi bersama. Terasa macam seronok pula meminta bantuan dari adikku, secara tak langsung dia membaca. Seusai dia menaip diriku melakukan semakan. Memamng normallah, setiap kali adikku taip pasti ada minor error. Tapi tak per, yang penting dia tolong.... :D. Syukran jazeelan wahai adindaku., Siti Syaza Shahirah.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga”. (Hadis Riwayat Nasai & Ibnu Majah)

Hadis di atas mengisyaratkan bawa puasa seseorang tidak akan sempurna hanya dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga saja mulai terbit fajar hingga terbenam matahari, tetapi lebih daripada itu puasa juga menghendaki agar umat Islam menahan anggota badan daripada melakukkan pelbagai perbuatan yang keji.

Imam Al-Ghazali menerangkan kesempurnaan puasa tersebut dengan enam perkara:

1. Menundukkan pandangan dan menahannya daripada memandang secare liar ke setiap hal yang tercela dan dibenci, mengendalikan mata mata dari hal yang boleh menyibukkan hati dan melalaikan diri daripada mengingati Allah SWT. Rasulullah s.a.w bersabda: “Pandangan adalah salah satu anak panah beracun di antara anak panah yang dilepaskan iblis. Barang siapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan memberikan kepadanya keimanan yang terasa manis dalam hatinya. (Riwayat Hakim).

2. Menjaga lisan daripada bualan, dusta, ghibah, gunjingan, kekejian, perkataan kasar, pertengkaran dan perdebatan. Mengendalikannya dengan diam, menyibukkan diri dengan zikir kepada Allah dan membaca Al-Quran. Itulah yang disebut puasa lisan. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya puasa merupakan perisai; apabila salah seorang di antara kamu sedang berpuasa maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berlaku bodoh; dan jika ada seseorang menyerangnya atau mencacinya maka hendaklah ia mengatakan “sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

3. Menahan pendengaran daripada medengarkan hal-hal yang dibenci dan kurang baik, kerana setiap hal yang diharamkan mengucapkannya diharamkan pula mendengarkannya. Allah SWT berfirman: “.....,Maka janganlah kalian duduk bersama mereka sehingga mereka masuk ke perbincangan yang lain, kerana sesungguhnya (jika kami berbuat demikian) tentulah kalian serupa dengan mereka....." (An-Nisa’ ayat 140).

4. Menahan pelbagai anggota badan lainnya daripada pelbagai perbuatan dosa, seperti menahan tangan dan kaki daripada hal yang tercela, menahan perut daripada pelbagai hal syubhat ketika berbuka dan sebagainya. Rasulullah s.a.w bersabda: “Berapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapat apa-apa daripada pausanya kecuali lapar dan dahaga.” Di katakana ia adalah orang yang tidak menjaga anggota badannya daripada dosa dan maksiat.

5. Tidak memperbanyakkan makan ketika berbuka meskipun itu makanan yang halal, kerana tidak ada tempat yang dibenci Allah selain perut yang penuh dengan makanan. Tujuan puasa adalah mengosongkan perut dan menundukkan hawa nafsu demi memperkuat jiwa menuju takwa. Ini tidak akan terwujud dengan perut yang penuh dengan makanan.

6. Hendaklah selepas iftar(berbuka) hati berasa gelisah penuh cemas dan harap, apakah puasa kita telah diterima Allah atau tidak, sebab kita tidak tahu apakah puasa kita diterima sehingga menjadikan kita termasuk dalam golongan muqarrabin atau sebaliknya puasa kita ditolak dan malah termasuk ke dalam golongan orang-orang yang dimurkai!

Dengan memperhatikan dan mengamalkan pesan Imam Ghazali tentang kesempurnaan puasa tersebut, semoga Allah menerima puasa kita pada tahun ini.

Artikel dikupas dari Majalah I, November 2003, Diringkaskan daripada buku Mensuci Jiwa karangan Sa'id Hawwa.

-------------------------------------------------

Dalam minggu nie waktu berjalan dialam siber, to be specified duk pusing2 kat ukhwah.com terserempak dengan satu forum yang menyentuh hatiku. Sedih sesangat. The way the the person react with the jurnalist reaction terlalu mengecewakan. Seorang Islam, tapi jawab macam tu, infact tak patut buat macam tu pon, carilah kerja lain. Pembaca blogku nilailah sendiri tanggapan individu ini.

HOME

Saturday, October 23, 2004

Banner baru.

Alhamdulillah ...dapat juga buat banner temporary sementara tunggu hosting adik den dipulihkan kembali...
Banner bukan lah baru pon cuma, baru di tempat lain .. :D

Ini sebenarnya adalah proses percubaan menghantar posting.

Just to share this nice fact, simple flash presentation tapi menarik untuk dihayati. Diperolehi dari weblog seorang sahabat .....

Cara mengkhatamkan Quran in a Month - Flash Presentation

HOME

Friday, October 22, 2004

1 Minggu...


Alhamdulillah, hari nie kita sudah sampai ke hari yang ke 8 melaksanakan ibadah puasa. Antara sedar dengan tidak sedar 8 hari telah berlalu dengan pantas meninggalkan kita semua. Terasa lama tidak mengupdate blogku ini. Terasa untuk mengupdate sedikit blogku pada hari ini. Sudah 8 hari yer? Bagaimanakah amalan kita semua ye? Ada improvement? Atau masihkah di takuk lama? Tepuk dada tanyalah iman.

Terasa ingin berkongsi pengalaman diriku selama seminggu lebih berpuasa. Hanya kenangan manis yang hendak kucoretkan di sini. Alhamdulillah, Solat terawikh ku yang pertama tahun ini di Masjid Istiqamah di dalam qariah tempat ku menetap. And the best part is, the Jemaah was really ramai. Alhamdulillah. Tak kira lah tua atau muda, jarang-jarang dapat ku lihat orang seramai itu di masjid tersebut. It was a really nice feeling flowing thro my vein to see ppl are pushing to their limit to grab the opportunity of Ramadhan al-kareem. Alhamdulillah. Moga ianya berterusan sehingga at least berakhirnya Ramadhan. ameenn …

Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah adalah masjid pertama iftarku tahun ini. Alhamdulillah, the jemaah yang iftar di masjid pon ramai. Bukan orang bujang sahaja yang ada di sana, malahan yang sudah berumahtangga juga kelihatan. Ada orang Tanya, awat buka kat masjid? Takkan kedeku sgt kot..heheheh? Takkan saving sgt kut? Alhamdulillah, in term of money I am capable of buying goods for the iftar, but in term of gaining experience (ukhwah) breaking fast with other muslim is the thing I could not gain. Yesterday I had my iftar at Masjid Uniten. A place where I used to had my Iftar during my study years. Pon seronok jugak. Masih ramai sahabat-sahabat lama yang menetap di sekitar Bangi dan Kajang yang masih menghadirkan diri untuk sama-sama memeriahkan masjid walaupun masing-masing sudah berkerjaya yang bulih dikatakan mantap.alhamdulillah … dapat lah jumpa beberapa orang kawan-kawan lama di sana dan ramai familiar face yang kelihatan tapi tak sure nama ..hehehe..

Kalau orang tanya diriku, masjid atau surau mana yang paling best sepanjang diriku mengembara untuk berterawikh, kan ku jawab .. setakat ini Masjid Putrajaya (MP) dan selepas itu surau Taman Guru. MasyaAllah….. the first day I perform my solat Isya’ and Terawikh at MP I was really impressed with the attendance (jemaah) that came to perform the solat. Dengan izin Allah MP offer us a great atmosphere. Diriku rasa most of us know that MP is located beside a lake which make it a bit breezy while we perform the solat….subhanallah …. Kalau nak best, duk lah saf pertama, really breezy.

Surau taman guru ku katakana best kerana disanalah diri ini berpeluang berjumpa rakan-rakan sepermainan sewaktu zaman remaja dahulu. La nie masing-masing dah besar. Kenangan yang bulih dikatakan ada manis dan pahit. Hujung minggu sudah ramai juga rakan-rakan yang pulang untuk iftar bersama family, tu yang ramai rakan-rakan yang berpeluang kutemui last week. Diriku sebenarnya bukanlah dari kecil menetap di Taman Guru, hanya mula tinggal di taman guru sewaktu tingkatan tiga and above. Itupon bila masuk tingkatan 4 dah tak duk umah, sampai lah la nie. Anyway kesempatan sekali-sekala berjumpa sahabat-sahabat sepermainan diwaktu remaja membuat diriku berasa best….alhamdulillah….

Semalam adik ku mengkhabarkan hosting dia down, di sebabkan hosting dia down maka dengan itu kebanyakan gambar yang ada di dalam blogku juga bermakna tidak boleh dilihat. insyaAllah in a few days nanti sihat lah tu. Sebab utamanya ialah Bandwidth Limit Exceeded.

Esok, diriku akan menghantar adikku ke perhentian bas UPM. Adik den nak poie Kelantan. He and the rest of the team are assigned to do the lab testing on the ayam and burung di sana. Nak determine level of contimination kat sana (virus selsema burung).Doakan adik ana and the rest of his team selamat dan dipermudahkan urusan olehNya.....ameennn.

HOME

Saturday, October 16, 2004

Biar Telinga Lebih Berperanan


Alhamdulillah....hari nie dapat lagi kubuli adikku agar bisa menulis untuk ruangan ini.Alhamdulillah dia setuju untuk menaip sedikit hasil bacaan ku. TQ my little Sister, rasa-rasanya dah tak little lagi dah kut..:)

Salah satu rahsia untuk berjaya di dalam perhubungan tidak kira hubungan sesama ibu-bapa, guru, kawan-kawan atau sesiapa sahaja ialah memberi perhatian. Kita boleh sama ada memberi hati, memberi buah fikiran, menumpukan mata dan telinga kepada orang yang sedang kita berhubung. Kita lupakan sebentar diri kita, sebaliknya menumpukan perhatian kepada orang lain.

Apa yang perlu kita faham ialah manusia adalah makhluk sosial. Ertinya, tidak ada seorang manusia pun yang dapat hidup bersendirian. Nabi Adam a.s misalnya, sekalipun berada dalam syurga, tetap memerlukan teman. Dengan kehendak Allah, Dia menjadikan Hawa sebagai teman dan isteri Adam a.s. maka kita yang hidup di dunia yang penuh cabaran dan kesukaran ini lebih-lebih lagilah memerlukan teman, bukakah begitu? Kita sentiasa memerlukan “orang lain” dalam melaksanakan usaha dan aktiviti dalam kehidupan sehari-hari.

Realitinya, kebanyakan orang gagal dalam hidup disebabkan oleh kegagalan menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain. Urusan hidup adalah sesuatu yang sangat mencabar, dan tidak ada seorang individu pun yang cukup kuat untuk menghadapinya secara bersendirian.

Cuba kita hanyati kisah Rasulullah s.a.w. Baginda sendiri pun mempunyai ramai sahabat, pengikut dan ahli keluarga yang setia. Nabi misalnya, mempunyai isteri yang setia seperti Siti Khadijah, anak yang taat seperti Siti Fatimah, menantu yang baik seperti Sayidina Ali, sahabat dan mertua yang soleh seperti Sayidina Abu Bakar, pekerja yang taat seperti Abu Hurairah, pengikut yang setia seperti Abu Ubaidah. Baginda berjaya menjalinkan hubungan yang baik antar suami-isteri, bapa-anak, menantu-mertua, majikan-pekerja, pemimpin-pengikut dan juga antara sahabat dengan sahabat, ini adalah antar rahsia kejayaan Rasulullah s.a.w. dalam perjuangannya.

Jadi, apakah kunci kepada perhubungan yang baik ini? Jawapanya ialah memberi perhatian! Oleh itu, berilah perhatian kepada orang yang kita berhubung. Bagaimana? Kita boleh menunjukkan rasa prihatin, minat, simpati, empati, mendengar, tumpuan, kesukaan kepada orang yang kita hubungi. Jika kita seorang anak, berilah perhatian kepada ibu-bapa. Jika kita seorang pelajar, belilah perhatian kepada guru-guru.

Tidak salah menjadi seorang yang peramah. Apabila bertemu seseorang, ringankanlah mulut untuk bertanya misalnya:

“hai, apa khabar?”
“Bagaimana pekerjaan awak?”
“Nampak aak ni muram je, awak ada masalah ke?”

Banyak perkara yang kita boleh tanyakan selagi ia masih dalam lingkungan syariat. Hasilnya dari situlah akan berputiknya kemesraan dan keserasian.

Apabila kita memberi perhatian, secara tidak langsung membuktikan betapa kita mempunyai rasa kasih, suka, cinta, simpati atau ingatkan mereka. Tetapi hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah s.w.t. Berbuatlah dari hati, Insya-Allah akan jatuh ke hati juga. Inilah rahsianya. Ertinya, buatlah dengan ikhlas bukn dengan pura-pura. Buatlah sepenuh hati bukan sekadar ambil hati.

Terdapat mereka yang ingin orang lain hanya memberi perhatian kepadanya sahaja. Sebenarnya kita perlu memberi terlebih dahulu barulah kita boleh menerima. Di dalam Islam, kedudukan orang yang memberi lebih baik daripada orang menerima. Dalam banyak-banyak hadis Nabi Muhammad s.a.w, baginda menegaskan bahawa tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, orang yang menziarah mendapat lebih pahala daripada orang yang diziarahi dan sebagainya. Begitulah didikan Rasulullah s.a.w kepada kita.

Walau bagaimanapun, diakui bahawa perbuatan memberi perhatian ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ia menuntut pengorbanan, memakan waktu dan memerah fikiran. Tidak hairanlah jika ganjaran yang disediakan Allah lebih besar kepada orang yang pertama memberi perhatian. Mereka yang mampu berbuat demikian tentunya seorang yang mempunyai lebih tawaduknya, mempunyai kesabaran dan kegigihan yang tinggi untuk menrapatkan hubungan silaturrahim.

Seorang pakar psikologi menegaskan, “Orang yang menyusahkan dirinya dan paling menyusahkan orang lain ialah orang yang tidak mahu memberi perhatian kepada orang lain. Semua kegagalan berpunca daripada sikap seperti ini.”

Pernahkan kita bosan jika berhadapan dengan mereka yang asyik bercakap tentang dirinya-rambutnya, bajuku, kerjaku dan lain-lain “ku”nya lagi. Jika berbual di dalam telefon pula, mereka lebih suka mengusai sebahagian besar dalam perbualan. Atau apabila kita belum selesai bercakap, dia memotong percakapan kita. Sudah tentu ini membosankan. Bayangkan jika kita memiliku sifat seperti ini, kita tentu tidak akan memperolehi kawan sejati. Kalau adapun, ditakuti mereka berkawan sekadar untuk “mengamil hati” kita, tetapi hakikatnya di dalam hati Tuhan sahaja Yang Lebih Maklum. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini terjadi.

Mari renung sejenak mengapa Allah ciptakan manusia mempunyai dua telinga. Mengapa mulut hanya satu, tidak dua? Mungkin Allah SWT ciptakan begitu supaya kita disuruh lebih banyak mendengar dari bercakap. Wujud juga satu golongan yang asyik bercakap sehingga terlupa mendengan cerita orang lain.

Perlu kita ingat bahawa setiap manusia memerlukan perhatian, mereka juga menginginkan cakapnya didengar dari mendengar cakap cakap orang lain. Kita akan berjaya dalam setiap perhubungan jika merelakan diri menjadi “telinga” daripada “mulut”. Insya-Allah, kita akan dapat mempengaruhi orang lain dengan banyak mendengar cakapnya daripada cuba memaksa dia mendengar cakap kita. Jadi, inilah rahsianya.


Artikel oleh Pahrol Mohd Joui

HOME

Kiranya Sebuku Daging Itu Baik



Sabda Rasullah SAW :-
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam diri ada sebuku daging, sekiranya daging itubaik, maka baiklah seluruh tubuh, dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruhtubuh. Ketahuilah sebuku daging itu adalah hati."

Betapa pentingnya kita dalam mendidik hati agar tidak dihinggapi penyakit-penyakit kejiyang terlarang. Penyakit cemburu, dengki, iri hati dan tidak boleh melihat kesenangan atau kelebihan orang lain merupakan pernyakit yang merbahaya sekali. Padahlah pada yang masih belum mahu sedar.

MAKSIAT merupakan racun hati yang utama. Mereka yang berdampingi dengan maksiatakan menjadi 'benak hati'(hati yang tertutup) dari menerima kesucian ajaran agama. Jauhilah Maksiat agar hati kita lebih terpelihara. Abdullah Ibnul Mubarak berkata: "Aku lihat dosa-dosa itu mematikan hati, dan rindu pada berbuat dosa, ia akan mewariskan kehinaan. Meninggalkan dosa bererti menghidupkan hati, kerana itulah yang terbaik untukmu."

Antaranya ada empat Racun Hati iaitu:-
1. Berlebih-lebih dalam bicara atau Gurauan yang Keterlaluan.
2. Berlebih-lebih dalam memandang atau Terlalu Membuka Mata terhadap orang lain.
3. Berlebih-lebih dalam makan dan
4. Berlebih-lebih dalam pergaulan.

Jika diperhatikan racun-racun hati ini memang mengundang penyakit-peyakit keji yang terlarang.

"Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian dia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya dia telah memikul kesalahan berbuat dusta dan melakukan dosa yang amat nyata." (An-Nisa' : 111-112)

Khazanah hati walau sebijak mana kita berahsia, tetap tidak terlepas dari pengetahuan Allah SWT.

Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. - (An Nisa :108)

Sebijak mana kepetahan seorang pendusta menafikan kebenaran dan membentangkan fakta-fakta mengiakan yang batil, jangan terlupa pada Kebijaksanaan Tuhan yang lebih Agung.

Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)? [An Nisa :109]

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. [An Nisa 4.114]

Menyedari akan kebesaran Allah dapat melahirkan ketakwaan kita terhadapNya.Segalanya bermula dari hati. Bersamalah kita mendidik hati agar jauh dari sifat-sifat keji. Bersamalah kita mengkaji diri kita, sejauh mana kesucian hati kita yang boleh meletakkan kita sebagai 'jujur dalam berkata-kata', 'jujur dalam bertindak', 'jujur dalam berkawan' dan sebagainya. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang sesat.

Semoga Ramadan ini, bersamalah kita segera mengembalikan warna suci sekeping hati (membasuh sebuku daging), menjadi hati muslimin & muslimah sejati. Dan doasaya semoga Ramadhan ini, terbukalah mata-mata hati yang terpejam.!!!

Sekian yang terbaik hanya dari Allah SWT.

Sumber : Email dari sahabat, syukran bro...

HOME

Thursday, October 14, 2004

Selamat Datang Ramadhan al-Mubarak



Ramadhan al-Mubarak, Selamat datang Ramadhan. Hari ini sekadar menulis sepatah dua kata. Sekadar ingin memngingatkan diri ini dan juga kepada sahabat-sahabat yang berkunjung ke blogku yang serba kekurangan ini.

“Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa dalamnya; pada bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat. Juga ada pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barang siapa tidak memperoleh kebaikannya, maka dia tidak memperoleh apa-apa.” (Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasa'i)

Sudahkah kita mempersiapkan diri kita dengan perancangan untuk menempuh dan menikmati Ramadhan yang bakal kunjung tiba sebentar cuma lagi? Tertarik dengan tulisan Prof Maznah semalam di dalam akhbar Berita Harian semalam, empat persedian sambut kedatangan Ramadhan. Persiapan rohani, persiapan mental, persipan fizikal dan juga persiapan emosi. Nak tahu detail bacalah artikel di link diatas.

“Barang siapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharap pahala daripada Allah, nescaya diampuni dosanya yang lalu.” (Hadis Muttafaq 'Alaih).

Puasa kita janganlah hanya sekadar puasa awwam. Sama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan taraf puasa kita. Sama-samalah kita berpuasa atas dasar iman, berpuasa atas dasar iman akan menjadikan kita insan yang bertaqwa kepadaNya.“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”(Surah al-Baqarah, ayat 183).

Cuba kita menyorot kepada zaman kanak-kanak, suatu ketika sewaktu di zaman kanak-kanak kita berasa agak mustahil untuk Solat Terawih 20 rakaat. Ianya agak terlalu lama untuk diselesaikan. Tapi sekarang, kita sudah mencecah umur puluhan tahun, masihkah kita tidak mampu? Jika kita tidak mampu seolah-olah kita tidak berubah pon, dalam erti kata lain tiada peningkatan amal jika dibandingkan dengan zaman kanak-kanak. Memang benar, solat Terawih tidak boleh dijadikan indikator semata-mata peningkatan amal kita. Tetapi sama-samalah kita berusaha untuk menunaikan solat Terawih ini. Tidak mampu setiap hari untuk mendirikan 20 rakaat, dapat sekali sekala pon sudah memadai. Memang kadang-kala tuntutan sesuatu perkara membuat kita tidak berupaya melaksanakannya. Tapi yang pasti marilah kita sama-sama tanamkan azam untuk mendirikan solat sunat Terawih setiap malam. Jika tidak berkesempatan untuk berjemaah, kita dirikan secara sendirian. Hanya pada bulan ini sahajalah kita dikurniakan kesempatan untuk menunaikan solat Terawih, sebulan dalam setahun.

Menyorot kembali kepada zaman kanak-kanak, sewaktu zaman kanak-kanak kita rasakan untuk mengkhatamkan al-Quran dalam jangkamasa 1 bulan adalah mustahil. Tapi kini, insyaAllah mengkhatamkan satu mushaf Uthmani selama sebulan boleh dilaksanakan, malahan 2 atau 3 tetapi dengan iltizam. Iltizam serta azam yang kuat untuk mengkhatamnya.

Akhir kata, dikesempatan ini diriku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan agar kita sama-sama dapat menjalankan dan memperbanyakkan ibadah di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Sama-samalah kita memohon dari Allah azzawajalla agar dipermudahkan kita untuk melakukan amal ibadat. Moga Ramadhan ini menjadi yang terbaik dalam diri kita semua.

“Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas 10 kali ganda bahkan sampai 700 kali ganda. Allah berfirman, ‘Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang membalasnya. Ia telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sesungguhnya, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi.” (Hadis Muttafaq 'Alaih).

HOME

Tuesday, October 12, 2004

Temuramah Eksklusif bersama Isteri As-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi


Keratan temuramah ini kuperolehi dari Umminq dari Islah-net groups. Jika ada masa bacalah, hati kita pasti akan tersentuh dengan temuramah ini. Artikel ini agak panjang sedikt, tapi menarik untuk dibaca dan dicerna.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu' terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita). Kata beliau " TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan" maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.

Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya. Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.

Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa'yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.

Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu' dan kepercayaan kepada diri.

Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.

Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. " Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu". Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, " Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu".

Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau "Berjuang..Berjihad.." lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid "Penyuluh ke jalan Allah" samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.

Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami, walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu "fadlun" pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio "Suara Aqsa" pada waktu itu berkumandang azan Isya' kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu' dan mendirikan solat Isya'. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. "dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa.."

Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu.dan persedian beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya.

Setiap para syuhada' akan ada tanda-tanda kemuliaannya.maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya.bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.

Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" (Az-Zariyat : 56). Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu' dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.

Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, "Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku " kata beliau dalam keadaan tersenyum.

Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah.."Tuhanku masukkan aku ke syurga,inilah kemuncak impianku.."

Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid..tidak ada yang lebih dari itu.

Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana menghadiri kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?
Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.

Apa yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda " Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ". Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah payung rahmatNya.

Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

" Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya " (al-Baqarah : 281)

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: "Pulanglah kepada panduan asal kamu.kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu.kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.

Sumber : Suara Kampus (Edisi Shoubra) - Julai 2004, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

HOME

Majlis 'Ilmu



“Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada ilmu pengetahuan.” (az-Zumar:9)

Alhamdulillah minggu lepas dikurniakan kesempatan untuk menghadari 2 majlis ilmu yang disampaikan oleh 2 tokoh ilmuwan tanahair kita. Yang pertama kuliah Ustaz Harun Din di Darus Syifa’ Bangi dan yang kedua kuliah Ustaz Ishak Bahrom di Masjid Kajang. Bukan hajat dihati untuk mengwar-warkan pada masyarakat yang diri ada menghadiri majlis ilmu dua tokoh yang disegani. Kesempatan yang ada di alam siber ini ingin dikongsi bersama agar lebih ramai sahabat-sahabat atau pembaca-pembaca blog ku untuk hadir ke majlis-majlis ilmu. Lebih-lebih lagi jika kita berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh guru-guru mursyid. Ku katakana lebih-lebih lagi bukan bermakna diri ini menyanggah ilmu-ilmu yang dimiliki oleh guru-guru lain dan menyanggah sahabat-sahabat serta diri ini dari menghadiri majlis-majlis ilmu yang lain.. Kesemua pendidik-pendidik ini menjalankan amanah mereka, mereka berusaha untuk mengajar kita agar kita lebih mengenali Islam, agar kita lebih hampir kepadaNya, agar kita mempunyai kefahaman yang benar dalam mengamalkan ilmu kita.

Alhamdulillah , di dalam majlis Ust Harun Din memang ramai yang hadir, dan yang menyedapkan mata memandang ialah masih ramai golongan muda yang hadir untuk menadah ilmu dari beliau. Di sini terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang mungkin ramai di antara kita yang sedar dan pernah mengalaminya sendiri. Segelintir masyarakat kita yang mana mendengar ceramah agama yang akan disampaikan oleh tokoh-tokoh politik aliran PAS pasti akan bertanya, ceramah agama atau ceramah politik? Rasa terkilan pon ada bila soalan sebegini ditanya. Nak buat macam mana, setiap manusia ada tanggapan masing-masing. Kalau org ada tanya soalan sebegini pada diriku, directly diri ini menjawab kuliah agama. Kuliah agama yang disampaikan oleh beliau merupakan satu kuliah yang menarik serta hebat dan ianya berpandukan kepada kitab Sairus Salikin. Tiada unsur-unsur politik yang diterapkan di dalam kuliah beliau dan hanya sesekali sahaja beliau mengutarakan contoh yang benar atas salah laku syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC). Bukan tuduhan yer, tapi suatu kebenaran. Those who attend the kuliah mungkin faham apa yang cubaku sampaikan. Why it is worth attending his kuliah. There is abundance of reason. Bayangkan kuliah disampaikan dari seusai solat Maghrib hinggalah pukul 10.15. Dalam jangka masa yang singkat itu beliau sekadar membentangkan adab-adab haji yang terdapat di dalam kitab itu. 10 adab, tetapi kenapa lama sangat ye. Itulah perbezaannya, daya intelektual beliau memang tak dapat kita sanggah. Adab yang hanya 10 beliau kupas sehingga 2 jam lebih. Itu sebab diri nie duk static kat sano ari tu.

Di kesempatan ini diri ini menyeru kepada diriku sendiri dan sahabat-sahabat yang membaca blog ku ini agar sama-samalah kita berusaha untuk menambahkan ilmu kita ini. Semasa muda dah semasa masih gagah inilah kita tanamkan rasa untuk menambahkan ilmu. Galilah permata yang tidak ternilai ini bersama-sama secara istiqamah, tidak mampu setiap hari, jadikan ianya rutin mingguan, tidak mampu setiap minggu jadikannya 2 minggu sekali dan setiap kali kita menghadiri majlis ilmu, cuba kita azam kan tekad untuk lebih banyak menghadiri majlis ilmu di masa akan datang. InsyaAllah jika kita mahu segala-galanya akan dipermudahkanNya.

Teringat kata-kata Ustaz Fawzy Sahar tempoh hari, kata-kata semangat yang patut hadir dalam diri kita agar kita selalu untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu. “Biar kita penat sekalipon muslimin dan muslimat sekelian, setelah kita selesai melakukan tugas harian kita di siang hari. Tanamkan di dalam hati kita, Ya Allah kehadiranku ke Majlis Ilmu Mu adalah untuk mencari keredhaan Mu Ya Allah. Hadir ke majlis Ilmu merupakan satu Ibadat dan setiap Ibadat yang kita lakukan adalah untuk mencari RedhaNya. At least bila kita dah mai ke majlis ilmu kita telah berusaha untuk menambah saham kita di akhirat kelak. Hanya dengan duduk dan dengar. Tak mengapa jika kita hadir ke majlis ilmu tapi kita terlelap. Kesungguhan kita dalam mencari redhaNya itu lah yang lebih penting. Tapi janganlah kita mai kuliah-kuliah agama memang purposely nak lelap.” Antara pesanan Ustaz Fawzy.

Hujung minggu lepas dapat ku sediakan satu link baru di dalam blog ku ini yang berkaitan dengan majlis-majlis ilmu. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah melihat jadual-jadual kuliah yang dapat kusediakan bolehlah ke link berkenaan. InsyaAllah, pada malam 17 Ramadhan ini Ustaz Dr Harun Din akan mengadakan ceramah di Surau An-Nur. Pembaca-baca blog ku dijemput hadir beramai-ramai dan diminta disampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Sesiapa yang tidak tahu bagai mana untuk sampai ke surau An-Nur dan berhajat untuk menghadiri kuliah beliau bolehlah mengemailku di faizul@sukiada.com.my, untuk mendapatkan mapnya atau insyaAllah akan ku beri directionnya. Untuk memudahkan urusan respon, boleh juga diemail kepadaku.

Sama-samalah kita berusaha untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu, lebih-lebih lagi jika penceramahnya terdiri dari ilmuwan-ilmuwan yang terbilang. InsyaAllah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu beliau kita akan dapat memperolehi satu kenangan yang manis.


Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu datangnya dari diriku sendiri.

HOME

Sunday, October 10, 2004

Terima Kasih ....



Alhamdulillah …Minggu nie diriku dikejutkan oleh ahli keluargaku sekembalinya dari Puchong.

Balik-balik tanya bonda, mana angah and jaja. Bonda kata pi Ampangan sat. Pi tengok pameran flora sat. Memang tak terasa peliklah kalau angah pi tengok pameran flora sebab dia pon ada monat sikit2 dengan flora nie, walaupon dia lebih berminat dengan haiwan.

Biasalah bila sampai umah cek email dan jalan-jalan alam siber sebentar. Tengah duk berjalan di alam siber, depa balik dari Ampangan. Depa terus panggil den. Mai la sini Long. Den pon cam biaso poie lah kek diorang. Tengok2 depa hulurkan diriku sebungkus hadiah….alhamdulillah ….. Thank You Abah, Mak, Angah and Jaja. Dapat 2 kad. Satu from my parents dan satu lagi from my brother and sister. Dan part yang paling best ialah dapat adiah. Dah besar-besar pon dapat adiah dari ummi. Dapat satu bijik jam baru. Alhamdulillah …Terima kasih semua.

Tak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat dan upismate yang mengwish dan mendoakan diriku sempena hari kelahiran ku. TERIMA KASIH semua. Antara orang yang pertama yang mengwish diri ini ialah housemateku yang bernama Nazrain. Tak expect plak dia ingat, biasanya lelaki nie kurang sikit ingat besday kengkawan depa. Tengah duk membaca dalam bilik tetiba bilikku diintai orang, tengok si ayen duk ngintai, bilo dio selak pintu dio wish eppy besday. TQ Yen. Kepada sahabat-sahabat yang mengwish thro' phone call, sms dan e-card jutaan terima kasih atas ucapan kalian.

Ingat nak letak gambor kad dan present besday kat sini, tapi minggu nie angah tak bawak balik plak kamera. Nak pakai camera phone pon cam tak bulih nak transfer, sbb tak bawak balik bluetooth device. Takpo lah … mungkin dilain kesempatan kut …

Akhir kata, to those who had wish me and make a du'a for me, Thanks a lot. Any May Allah Blessed all of Us. Sorry entry nie mengarut sikit, duk cerita totally personal life plak.

Saturday, October 09, 2004

My Boss



Sekadar mencoret pengalaman yang ku alami di upis ari nie. Satu soalan yang membuatkan ku terkejut dari bossku. Pengalaman yang ku rasa amat best, terharu and macam-macam yang bestlah… subhanallah alhamdulillah.

Tengah duk buat sikit documentation untuk projek melaka tetiba boss ku bertanya. “Akak dengar kamu ada website yer faizul?” Terkedu sebentar diriku. “Na’am” ku jawab. Tapi bukan na’am lah yang ku sebut. “Ya Boss” (kengkadang den panggil boss den boss kengkadang akak). I would rate my boss as nice woman. Dia memang best. Of Course she’s not the big boss, but she’s still my boss. A humble malay lady. Dio pon mintak lah den punyo address. Den kasik la macam biaso. Selama nie, dalam upis nie hanya beberapa orang jer yang tahu dengan kewujudan web den, sobab nyer tak ghamai yang muslim dan ramai yang selalu takdo kek upis. Den torkojot gak mano dio tahu, kebetulan waktu dio tanyo den tu, dio kato Jas ada kato den ado website. Ohoooo … Jas(rakan sekerjaku) yang bagitau. TQ jas …..

Bukan hendak kegembiraan bossku membuka weblog ku yang ingin ku kongsikan di sini. Aku ingin berkongsi sesuatu yang kurasa patut ada dalam diri kita as a muslim. Tak ku sangka bossku duk lamo membelek weblog ku. Sogan pon ado raso nyer, maklumlah bahasa den hampeh. Dio bulih lak puji bahaso den, dio kato ok….Posting den yang lamo-lamo den post pon ado dio baco. MasyaAllah duk tengah type ado lak lagu “Di Hati”, nie lagu favorite sahabat den nie.

Bagaimana ku tahu yang boss den ado baco the old posting? Tengah duk buat the documentation tetiba boss ku menyelitkan beberapa keping nota wang. Torkojut lah den. Apo lak akak nie bagi den duit? Den raso dio tak do hutang dengan den. Dan den bukannya baru balik dari outstation pun, biasa nya kalu den poie outstation den akan tanyo ado apo-apo nak beli dari tempat den outstatation to my upismate. Kalau ado posanan den akan boli, boss den nie pon ada gak kengkadang posan kek den. Biasalah kan orang pompuan. Tapi ari nie den bukannya baru balik dari outstation. Bertambah torkojut lah den.

Rupa-rupanya, boss ku ada membaca postingku yang lepas. Yang mana di dalam posting itu ada kukhabarkan sedikit kepayahan hidup sepupuku yang bernama Shafie yang kini sedang menuntut di Politeknik Tanjung Malim. MasyaAllah …… Sempat boss ku membisik kepadaku, berikan sedikit bantuan ini pada Shafie. Pada mulanya aku sedikit keliru sebab terkejut. Within a few second barulah ku teringat, yang aku pernah meletakkan posting tentang sepupuku ini. Barulah ku tahu bossku ada membaca posting-posting lama ku dan berhajat untuk menghulur sedikit bantuan kepada sepupuku ini. Syukran boss.Moga rezeki akak sentiasa dimurahkan olehNya….ameenn..

Rezeki manusia boleh dating dengan pelbagai cara. Kita tidak tahu dari mana Allah akan mengurniakan rezeki itu. Maha Suci Allah yang sentiasa mengurniakan rezeki kepada hamba-hambaNya. Sesungguhnya Allah tidak mengharap kepada makhluk ciptaanNya tetapi kita lah yang mengharap kepadaNya. Ini merupakan rezeki sepupuku yang yatim itu. Alhamdulillah …..

Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.(Taha:132)

Sifat kedermawanan sepatutnya ada dalam diri kita. Tidak kira lelaki atau wanita, tidak kira tua atau muda. Jika yang muda sentiasa di latih agar selalu mengeluarkan sedeqah, insyaAllah kedermawanannya akan berpanjangan. Jika dari kecil kita telah ringan tangan untuk menghulur, insyaAllah kita akan berasa sesuatu tidak cukup dalam hidup kita jika kita tidak bersedeqah. Terlalu banyak medium bagi kita untuk menghulur. Tidak kira lelaki atau wanita.

Mereka yang suka bersedeqah ini merupakan manusia yang telah diberi nur oleh Allah. Mereka nampak akan kepentingan hidup disana. Sekadar berkongsi satu kisah yang pernah di dengar dari satu kuliah. MasyaAllah …kagum dengan kedermawanan seorang wanita yang di ceritakan oleh penceramah. Menurut penceramah, beliau pernah dihampiri oleh seorang wanita yang ingin membantu anak-anak yatim. Lalu dihulurkan oleh wanita itu satu envelope itu kepada penceramah tersebut. Ustaz itu lalu mengucapkan terima kasih dan mengucapkan jazakallahu khairan kepada wanita itu. Seusai urusan penyerahan, wanita itu pon beredar dan ustaz itu pon membuka envelope, dan beliau sungguh terkejut dengan amount yang diinfaq kan oleh wanita tadi. Lebih kurang RM5,000.00, jika dilhat dari apa yang dinaiki oleh wanita itu agak mustahil untuk dia menhginfaqkan duit sebanyak itu. Wanita itu memandu sebuah Perodua Kancil. Inilah orang yang nampak akan saham akhirat, kata-kata ustaz itu. Mereka memiliki dan menikmati sekadar apa yang perlu di kehidupan ini, dan selebihnya dipersiapkan diri mereka untuk saham di negeri abadi.

Sekadar berkongsi pengalaman agar sama-sama beroleh manfaat. InsyaAllah.

Segala yang baik itu sesungguhnya datang dari Allah dan segala kelemahan itu datangnya dari dalam diri ini.

Wallahu ‘alam.

HOME

Mengendali Emosi



Alhamdulillah … pagi nie dapat rasanya berkongsi sesuatu setelah lama tidak menghantar posting. Keadaan server di upis yang 2 hari minggu nie down membuat kesempatan untuk menghantar posting kekurangan. Di samping agenda-agenda lain membuat diri ini tidak sempat untuk mencoret sesuatu di alam siber. Sekadar berkongsi hasil tulisan Dr. ‘Aidh al-Qarni.

Emosi dan perasaan akan bergolak disebabkan oleh 2 perkara; kegembiraan yang dikecapi dan musibah yang berat.
Firman Allah Taala ,

“(Kami jelaskan yang demikian) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya jangan kamu terlalu gembira dengan apa yang diberkanNya kepadamu” (Al Hadid: 23)

Sesiapa yang mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa baik yang yang memilukan atau yang menggembirakan, maka dialah orang yang memiliki kekukuhan iman dan keteguhan keyakinan. Oleh yang demikian ia akan memperoleh kebahagiaan dan kenikmatan disebabkan keupayaan mengalahkan nafsu. Allah s.w.t. menyebutkan bahwa manusia adalah makhluk yang senang bergembira dan berbangga diri. Namun, menurut Allah, ketika ditimpa kesusahan manusia mudah berkeluh kesah, dan ketika mendapatkan kebaikan manusia sangat kikir. Bagi orang-orang yang khusyu' dalam solatnya perkara-perkara sebegini mungkin tidak berlaku.. Itu adalah kerana merekalah orang orang yang mampu berdiri seimbang di antara gelombang kesedihan yang hebat dengan dan luapan kegembiraan yang tinggi. Dan mereka itulah yang akan senantiasa bersyukur tatkala mendapat kesenangan da bersabar tatkala berada dalam kesusahan.

Emosi yang gagal dikawal hanya akan melelahkan, menyakitkan dan eresahkan diri sendiri. Sebab, ketika marah misalnya, maka kemarahan akan meluap dan agak payah untuk dikawal. Dan itu akan membuat seluruh tubuh gementar, mudah memaki siapa saja, seluruh isi hatinya akan terasa sakit nafasnya tersekat-sekat, dan ia akan cenderung bertindak sekehendak nafsunya. Adapun saat mengalami kegembiraan, ia menikmatinya secara berlebihan, mudah lupa diri, dan tak ingat siapakah dirinya

Begitulah manusia ketika tidak menyukai seseorang, ia cenderung mengherdik dan mencelanya. Akibatnya, seluruh kebaikan orang yang tidak ia sukai itu tidak kelihatan langsung. Demikian pula ketika menyukai orang lain, maka orang itu akan terus dipuka dan disanjung setinggi tingginya seolah-olah tak ada cacatnya. "Cintailah orang yang engkau cintai sewajanya, kerana siapa tahu satu hari kelak ia akan menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu itu sewajamya, karena siapa tahu dia menjadi sahabatmu di lain waktu "

Barangsiapa mampu menguasai emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan benar, maka ia akan melihat kebenaran, akan tahu jalan yang lurus dan akan menemukan hakikat.

“Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul Rasul dengan membawa bukti bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.
(Al Hadid : 25)


Islam mengajarkan keseimbangan norma, budi pekerti dan perilaku sebagaimana ia mengajarkan manhaj yang lurus, syariat yang diredhai, dan agama yang suci.

“Dan demikianlah (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan. (Al Baqarah: 143)

Keadilan merupakan tuntutan keidealan sebagaimana ia diperlukankan dalam penerapan hukum. Ini adalah kerana pada dasarnya Islam dibangun di atas paksi kebenaran dan keadilan. Yakni benar dalam memberitakan berita-berita Ilahi dan adil dalam menetapkan hukum, mengucapkan perkataan, melakukan tinakan dan berbudi pekerti. Dan,

“Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil.” (al-An’am : 115)

Sumber : La Tahzan, Dr ‘Aidh al-Qarni (2004)

HOME

Sunday, October 03, 2004

Memahami Pengertian Puasa


Alhamdulillah .... semalam waktu tengah duk type post entry sinopsis La Tahzan semalam berkesempatan meminta bantuan adinda Jaja untuk menolong menaip artikel yang terdapat di dalam Majalah I bulan Oktober 2004. Selepas adindaku menaip biasalah kenalah buat semakan ejaan dia pulak. Mungkin dia seronok menaip.... at least dengan membantu diri ini menaip secara tak langsung dia membaca jugalah artikel tersebut. TQ Jaja.Artikel ini ditulis oleh Rasidah Mustafa. Banyak juga artikel-artikel yang menarik di dalam Majalah I keluaran Oktober ni. Harganya pon agak murah, RM4.90 sahaja. Dapatkan segera di pasaran yer..... :) Jadi promoter tak bertauliah Majalah I plak den ari nie.





Masyarakat Islam menyambut Ramadhan dengan tangkapan yang berbeza berdasarkan keyakinan, tangkapan dan tahap ilmu masing-masing. Ada yang melihat di sudut kewangan,bagaimana Ramadhan boleh menambah atau mengurangkan pendapatan? Ada pula yang melihat di sudut kesihatan, bagaimana puasa mempengaruhi kesihatan tubuh badan? Manakala ada pula yang memandang di sudut pahala dan dosa., berkat dan fadhilat, rahmah dan maghfirah. Pandangan-pandangan secara langsung akan membentuk sikap dan perlakuan kita bukan sahaja pada bulan yang mulia itu tetapi jugak bulan-bulan lain.

“What you see is what you get”. Maksudnya, apa yang kita lihat menentukan apa yang akan kita dapat. Jadi kesan dan manfaat puasa bergantung kepada cara kita melihatnya. Jika pandangan kita mengenai puasa tepat, maka kita akan mendapat hasil yang tepat juga. Sebaliknya, jika pandangan kita tersalah atau serong maka tersasar jugalah hasil dan kesan puasa itu. Inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam dewasa ini, kesan puasa tidak padu dan menyeluruh. Antara penyebabnya ialah pandangan kita terhadap puasa yang tepat.

Kebanyakkan umat Islam mengamalkan puasa pada aspek ‘ritual’nya sahaja. Aspek-aspek yang lebih mendasar dan mendalam yakni elemen ‘substance’ dalam puasa itu sering kali terabai.

Semasa bulan puasa kita melihat masjid penuh dengan orang berterawih, al-Quran ditadaruskan, majlis bebuka puasa yang meriah dan lain-lain amalan tradisi. Namun bagaimana kesan amalan-amalan ritual itu dalam menjana akhlak dan keperibadian yang tinggi. Tegasnya, apakah pakej amalan-amalan rohani sepanjang Ramadhan mampu menyekat kemungkaran dan kejahtan hingga terbina sebuah keluarga yang bahagia masyarakat yang penyanyang?

Membetulkan Niat.
Puasa kerap dilihat secaa terbatas, yakni hanya sebagai satu tuntutan ibadah khusus yang memerlukan kita menahan lapar,bersahur,solat terawih dan sebagainya. Begitulah selalunya anggapan sesetengah kita. Sedangkan skop puasa hakikatnya lebih daripada itu, puasa pada pengertian bahasa ialah ‘menahan diri’. Jadi apa sebenarnya yang tersirat dalam kunci-kata ‘menahan diri’ itu? Apa yang perlu ditahan? Kenapa kita perlu menahannya? Dan bagaimana?

Tujuan puasa yang utama ialah menahan dan melawan nafsu. Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Nafsu yang ada di dalam diri kita adalah punca seluruh kejahatan dalam kehidupan. Jadi, puasa adalah satu proses (mekanisme) khusus untuk membantu manusia bagi melawan dan menjinakkan nasfu yang secara semula jadinya sangat buas. Allah SWT menyebut dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan” (Yusuf:53)

Dengan berpuasa, orang Islam hakikat sedang melawan hawa nafsu untuk mencapai rasa taqwa di dalam diri. Jika solat adalah latihan menghubung hati secara langsung dengan Tuhan, zakat membersihkan rasa tamak pada harta di dalam jiwa, maka puasa adalah ibadah khusus untuk melawan hawa nafsu. Dalam ibadah puasa adalah pakej latihan-latihan tertentu untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi membentuk rasa taqwa yang sejati.

Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”(Surah al-Baqarah, ayat 183).

Soalnya bagaimana melaksanakan puasa hingga tercapai maksud melawan hawa nafsu itu?
Ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 183 di atas mejelaskan bahawa puasa mesti dilaksanakan atas dasar iman. Sebab itu kewajipan berpuasa dimulakan dengan seruan ‘wahai orang yang beriman’. Tegasnya, seorang berpuasa mestilah didasari oleh keyakinannya kepada Allah. Oleh itu puasa mesti diniatkan ‘kerana Allah’. Di sinilah sering berlaku kesilapan di kalangan umat Islam. Tanpa disedari ramai yang berpuasa bukan atas dasar iman.

Kadang-kadang apa yang ‘diniatkan’ lebih terfokus kepada hikmah bukan perintah. Misalnya, antara hikmah berpuasa ialah dapat melahirkan rasa simpati, empati dan ihsan kepada orang-orang miskin. Ini kerana rasa lapar dalam bulan puasa mengingatkan kita pada nasib orang-orang miskin yang selalu berlapar. Benar, ini adalah antara hikmah berpuasa tetapi itu bukan niat utama kita berpuasa. Jika itu adalah niat yang utama, kenapa orang miskin yang sering berlapar itu pun masih diwajibkan berpuasa?

Besar bezanya, ‘berlapar’ kerana Allah berbanding ‘berlapar’ kerana tiada makanan. Sebab itu, si miskin yang selalu berlapar kerana tiada makanan itupun diwajibkan berlapar kerana Allah pada bulan Ramadhan. Sesetengahnya pula terlalu asyik memburu fadhilat hingga fadhilat itu yang menjadi niatnya. Sayugia diingatkan bahawa fadhilat bukanlah dasar sesuatu ibadah, tetapi ia hanya bersifat galakan atau ‘insentif’ yang berfungsi sebagai galakan atau dorongan.

Untuk memberi kesan pada pembentukan peribadi, puasa mestilah dibuat berdasarkan rasa kehambaan kepada Allah. Sebagai hamba Allah, maka sudah sewajarnya kita mematuhi perintah Tuhan sama ada dengan atau tanpa ganjaran. Puasa yang dilaksanakan atas dasar inilah akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi. Inilah maksud kenapa seruan berpuasa ditujukan kepada ‘orang-orang beriman’ dalam ayat al-Quran tersebut. Pendek kata, mukadimah puasa mesti tepat supaya natijahnya juga tepat.

Pelaksanaan Yang Tepat
Sungguhpun begitu, niat yang betul sahaja belum menjamin kesan puasa yang baik. Ia perlu disusuli oleh pelaksaan yang baik juga. Sebab itu puasa hendaklah dilaksanakan dengan cara yang betul dan tepat mengikut segala ‘manual’ fikahnya. Dan ia juga mesti dilaksanakan dengan ‘roh’ tasawufnya. Selain menepati hukum wajib dan sunatnya secara fikah, puasa juga hendaklah diiringi dengan melaksanakan amalan-amalan yang baik dan meninggalkan amalan-amalan jahat dari segi lahir mahupun batin.

Pada dasarnya nafsu adalah musuh batin, maka sepatutnya ia juga mesti ‘dilawan’ secara batin juga. Namun soal batin sangat berkait dengan soal lahiriah. Oleh itu pertalian kuat antara nafsu dengan makanan, pandangan, perkataan, penciuman dan sebagainya mesti diputuskan!

Paksi kejahatan dalam diri itu digambarkan begini…. Nafsu mendapat kekuatan dari makanan dan rangsangan syaitan. Dan ia menjadi kuat apabila seseorang makan secara berlebihan. Nafsu perut (makanan) pula sangat berkaitan dengan nafsu seks. Dari sini lahrlah sifat-sifat mazmumah seperti tamak, hasad, pemarah dan lain-lain. Maka apabila seseorang makan dengan banyak, nafsunya akan menjadi kuat dan sifat mazmumah akan meningkatkan untuk disalurkan pada jalan-jalan kemungkaran.

Ini menjelaskan kepada kita kenapa pada bulan puasa, sekalipun syaitan telah ‘dirantai’, masih ramai yang melakukan kemungkaran. Berdasarkan logik, nafsu sepatutnya sudah lemah dalam keadaan sebegitu. Sumber tenaganya (makanan) dan ‘motivator’nya (syaitan) sudah tidak ada.

Kenapa? Ini kerana proses ‘menyempitkan’ saluran darah (yang merupakan ‘highway’ syaitan) dengan mengurangkan makanan tidak tercapai, justeru sewaktu berbuka puasa saluran ini dibuka seluas-luasnya semula. Jadi apa lagi, nafsu makan, tetapi hakikatnya Cuma mengempangnya buat seketika dan apabila telah membuak-buak kita lepaskan semahu-mahunya. Jadi tidak hairan kalau nafsu bukan semakin lemah, tetapi semakin kuat pada bulan puasa!

Mengapa ini terjadi? Mudah sahaja. Ini disebabkan kita tidak melihat puasa sebagai satu mekanisme melawan hawa nafsu melalui menyempitkan laluanya dengan cara menahan lapar dan dahaga. Ketika ditanya, mengapa kita berpuasa? Ramai orang Islam menjawab, agar kita dapat merasakan kelaparan yang dialami oleh orang-orang miskin, maka dengan ini akan terbina jiwa prihatin dan simpati kepada nasib mereka. Jika benarlah itu tujuan utama, mengapa orang miskin yang mampu berpuasa juga diwajibkan berpuasa?

Bukankah hari-hari yang bukan bulan puasa pun mereka selalu mengalami rasa lapar dan dahaga (kerana kesempitan hidup)? Ikut logiknya, biarlah hanya orang kaya yang selalu kenyang itu sahaja yang berpuasa. Tetapi tidak demikian, yang kaya dan miskin sama-sama diwajibkan berpuasa. Ini bermakna ada tujuan lain yang lebih tinggi dan utama di sebalik rasa ‘lapar’ semasa berpuasa. Lapar kerana kesempitan hidup dengan lapar kerana berpuasa sangat jauh bezanya. Orang miskin mungkin selalu merasakan kelaparan kerana kesempitan duit, tetapi di bulan puasa mereka berlapar hanya semata-mata kerana Allah yang hakikatnya itulah latihan membentuk peribadi mereka menjadi orang miskin yang sabar. Dan buat si kaya yang selalu kenyang pula, mereka terpaksa berlapar kerana Allah di bulan puasa walaupun makanan ada di hadapan mata. Disebabkan ia satu latihan bagi membentuk peribadi ke arah menjadi si kaya yang bersyukur hatinya.

Oleh itu puasa yang benar-benar menjadi latihan ialah puasa orang soleh iaitu puasa yang dapat menahan anggota pancaindera seperti pendengaran, penglilatan, lidah, tangan, kaki dan anggota-anggota tubuh lain daripada melakukan dosa. Kemudian meningkat setahap lagi menjadi puasa orang muqarrabin yakni orang yang hatinya hampir dengan Allah yang mana hati dan akal fikiran dikawal daripada mengingati selain Allah. Inilah puasa cemerlang.

Dan latihan berlapar di siang hari itu diikuti oula oleh pakej latihan yag berbentuk ‘habluminallah’(hubungan dengan Allah) dan ‘habluminannas’ (hubungan dengan manusia). Pakej ini perlu dilaksanakan untuk mendapat kesan yang padu dalam berpuasa. Oleh itu, dalam bulan puasa, kita perlu menjalani latihan-latihan. Antara latihannya ialah solat terwih, membaca al-Quran, memperbanyakkan sedekah, iktikaf di masjid, mengerjakan umrah dan memperbanyakkan amalan kebajikan.

Apabila nafsu dan hati telah terdidik, ia ibarat penjana diri untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan pada sebelas bulan berikutnya. Hati setelah dicanai dengan memperbanyakkan solat sunat, minda pula dicanai melalui pembacaan al-Quran, bertasbih dan beriktikaf, maka hati dan fikiran dapat dikawal dengan sebaik-baiknya. Apakah kelebihan iktikaf? Ia adalah satu perkara yang memberi konsentrasi dan mengawal minda. Apabila minda cantik, sikap yang dilahirkan pun cantik. Sikap itu adalah terjemahan dari hati dan minda.

Kesimpulanya, Allah SWT pula telah menyediakan suasan yang kondusif bagi persiapan untuk latihan-latihan tersebut. Namun, kesan puasa tidak sama pada semua orang. Ia bergantung kepada cara kita melihat, tahap kita berusaha, kemampuan menahan keperitan, untuk mendapatkan taqwa. Moga-moga kita mendapat takwa pada bulan Ramadhan. wallahu 'alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu datangnya dari diriku sendiri.

HOME



Malam Air Mata Palestin
(Beserta Tayangan Video)






Hari nie ada dua jemputan tahlil. Kedua-duanya di taman yang berhampiran. Tahlil selepas solat Maghrib. Bila dah ada dua jemputan bonda dan diriku tak tahu nak pi yang mana satu. Last sekali bonda pi satu rumah and diriku pi satu rumah lagi. Kebetulan abiku belum tiba dirumah sewaktu tahlil diadakan, secara tak langsung diriku lah yang menjadi wakil abiku. Alhamdulillah ….. usai sahaja tahlil dan selesai mengalas perut terus bergegas ke Pusat Dakwah Paroi untuk menghadiri Malam Air Mata Palestin. Memang dah plan awal-awal lagi nak pi program tu. Tapi bila balik jer dikhabarkan berita ada tahlil. Jadi kenalah pi sbb org dah jemput. Apa-apa pun diri ini bersyukur dikurniakan juga kesempatan untuk ke Malam Air Mata Palestin.

Program malam tadi terdapat beberapa segmen seperti pentomin, talk, perutusan, nasyid dan tidak ketinggalan aktiviti jual-beli disekitar Pusat Dakwah. Alhamdulillah the sambutan was tremendous jugak lah kiranya. Penuh lah juga dewannya. Waktu diriku sampai pon memang dah tak der seat kosong dah. Maklumlah sampai pon dah lambat. Nak buat camna, adat org sampai lambat.


Apabila menonton Video Klip yang ditayangkan memang hati ini tersentuh. Marah, geram dan pelbagai perasaan yang hadir. Sukar digambarkan. InsyaAllah the video yang ditayangkan adaku uploadkan di ruangan download main page ku dan juga blogging portalku ini.. Tapi mungkin tak lama dapat ku letakkan di sana disebabkan space constraint. Sesiapa yang berhajat untuk melihat video tersebut boleh lah mengdownloadkannya. Untuk melihat secara streaming boleh lah mengklik this link. Dan bagi yang mahu save as kan video ini boleh juga disave as kan direct dari page ini (blogging portal) atau main page downloadku dengan cara right klik mouse dan pilih save as pada link ini. Lihatlah kekejaman Yahudi Israel kepada saudara seIslam kita di Tanah Suci kita. Suatu video klip 45 minit yang tidak dapat kita lihat di kaca TV. wallahu 'alam

HOME

Saturday, October 02, 2004

Pengalaman Ramadhan



InsyaAllah dalam sela masa yang tak sampai 2 minggu kita akan berada di bulan mulia, Ramdhan al-Mubarak. Kesempatan yang sepatutnya diambil oleh setiap individu muslim. Jadikanlah Ramdhan ini Ramdhan yang terbaik, kita tidak tahu samaada kita berpeluang atau tidak untuk menjejak Ramdhan 1426. Sama-samalah kita beazam untuk menjadikan Ramdhan tahun ini adalah yang terbaik.

Sebelum berkongsi artikel dari Majalah I, Oktober 2004 terasa ingin berkongsi pengalaman suatu Ramdhan yang agak kelam-kabut pernah ku lalui. Seperti biasa kita di dalam bulan yang penuh keberkatan ini antara amalan lazim yang kita laksanakan ialah berusaha untuk menkhatamkan Al-Quran. Tidak ku ingat tahun bila, tapi yang pasti tahun semasa diri ini masih bergelar pelajar secara formal. Seperti orang lain diri ini tidak ketinggalan berusaha untuk mengkhatamkan al-Quran semasa bulan Ramdhan. Dek kerana tidak istiqamah satu juzu satu hari diri ini hampir gagal mengkhatamkan al-Quran pada tahun tersebut. Dengan izin Allah berjaya juga ku khatamkan pada Ramdhan tahun itu. Tapi ada peristiwa yang kurang menarik untuk diceritakan agar pembaca-pembaca blogku dapat mengambil ikhtibar dari apa yang telah ku alami. Al-Quran hanya berjaya ku khatamkan pada Ramadhan tahun itu pada hari terakhir Ramdhan. Dan part yang paling menjadi ingatan / pengajaran buat ku ialah diri ini berusaha menghabiskan 5 atau 6 juzu’ dalam hari terakhir Ramadhan itu. Alhamdulillah habih jugak ….

Moral dari pengalaman yang pernah ku alami ialah diri ini berazam tidak akan mengulangi perkara yang sama di lain-lain Ramdhan. Istiqamah lah at least 1 juzu’ satu hari. And NEVER procrastinate on performing Ibadah. Alhamdulillah tahun-tahun berikutnya lebih teratur dan lebih manis perancangannya. Performing our daily routine as an engineer, lecturer, accountant or any other profession should not be a problem for us to be in istiqamah mode in reciting Quran(at least once a year in this month of barakah). Terlalu banyak ibadah nawaffil yang boleh kita laksanakan di dalam Ramdhan ini. Satu lagi perkara yang inginku berpesan pada diri ini dan juga sahabat-sahabat dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah. Pesanan alim ulama’ dalam kita melaksanakan amal ibadat. JANGANLAH kita terlalu mengharap ganjaran daripada Allah, biarlah kita beribadat untuk mendapat keredhaanNya dengan penuh ikhlas, bukan terlalu mengharap ganjaranNya. Ganjaran Allah kepada kita adalah hak mutlakNya kepada kita. Ganjaran Allah adalah kurniaan rahmahNya kepada kita. Sama-samalah kita mencari keredhaanNya disepanjang hidup kita bukan sekadar pada bulan Ramadhan sahaja.

Wallahu ‘alam ….

HOME

La Tahzan (Jangan Bersedih)





La Tahzan (Jangan bersedih) merupakan antara karya phenomenol yang dihasilkan oleh Dr ‘Aidh al-Qarni. Ianya merupakan sebuah buku motivasi seperti buku-buku yang lain yang terdapat banyak di dalam pasaran sekarang ini. Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara buku ini dan buku-buku motivasi yang terdapat di dalam pasaran. Terlalu banyak ungkapan di dalam al-Quran yang mengingatkan kita agar tidak bersedih. Setiap musibah yang datang melanda pasti ada hikmahnya, dan setiap musibah yang hadir tidak akan selama-lamanya. Dengan izin Allah musibbah yang melanda berupaya membuat kita mengukir senyuman lantaran bersyukur dengan nikmat musibbah yang melanda kita.

Mengapa buku ini dikatakan salah satu karya phenomenol Dr ‘Aidh. Buku ini ditulis di dalam bahasa Arab pada asalnya. Salah satu bukti yang menunjukkan buku ini adalah karya phenomenol adalah kerana ianya telah dialih bahasakan kepada beberapa bahasa. Bahasa Indonesia oleh Qisthi Press, Bahasa Inggeris oleh IIPH (International Islamic Publishing House yang berpengkalan di Riyadh dan juga ke dalam Bahasa Melayu (yang mana ana tak tahu siapa publishernya). Yang ada dalam koleksiku adalah terbitan Qisthi Press. Bukti lain yang menunjukkan ianya adalah satu buku yang laris dipasaran ialah jumlah cetakannya. Buku ini pertama kali dicetak pada Sept 2003 dan pada Ogos 2004 ianya telah dicetak sebanyak 9 kali. Sekadar berkongsi sambutan buku ini dikalangan kita.

Kebanyakan buku-buku self motivation dewasa ini banyak memperkatakan bagaimana mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan seharian kita, lebih-lebih lagi kecermerlangan kita dalam beroleh kejayaan material. Contohnya buku-buku motivasi yang dihasilkan oleh penulis-penulis barat. The Magic of Thinking Big karya David J Schwartz, How to Stop worrying and Start Living karya Dale Carnegie mahupun Seven Habit of Highly Effective People tulisan Steven R Covey. Pengaruh buku-buku motivasi penulis-penulis barat ini memang banyak dapat kita lihat dalam kehidupan seharian kita, tidak menjadi kesalahan untuk kita mengikuti apa yang disarankan oleh penulis selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat. Kilang Sony di Bangi sanggup menyediakan buku tulisan Covey bagi pekerjanya (sekitar 2003) agar pekerjanya membaca dan melaksanakan pemikiran covey bagi menjamin produktiviti mereka. Satu langkah yang baik ku kira bagi memupuk minat membaca dikalangan eksekutif mereka. Tetapi satu kelemahan yang paling nyata karya tulisan penulis-penulis barat ini lebih cenderung kepada duniawi, dan tiada unsur ukhrawi diselitkan di dalam penulisan mereka. Bagi mereka hidup mestilah dimanfaatkan sebaik-baiknya tidak kira dengan apa cara sekalipun agar beroleh kesenangan yang fana.

Berbalik kepada La Tahzan, alhamdulillah buku ini mencakupi motivasi untuk kebahagian duniawi dan ukhrawi. Buku ini sangat padat dengan nuansa rabbani tanpa mengesampingkan hal-hal duniawi. Kita akan diajak oleh penulis untuk memerhati dunia ini dengan pemikiran yang seimbang. Kita diajak menjadi manusia yang ideal dengan tetap realistic, mempersiapkan manusia untuk masa kini dan tidak lupa akan masa hadapan yang bakal menjelma, diajak bekerja dengan besungguh-sungguh dan diajak juga agar beristirehat dalam kita bekerja bersungguh-sungguh.

Tulisan di dalam buku ini menunjukkan kita resipi-resipi bagaimana kita harus meniti jalan kehidupan dan membangunkan kehidupan yang bahagia dengan pedoman pada satu kata: La Tahzan. Dengan kata kunci ini kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh semangat. Kita tidak akan risaukan dengan masa lalu yang telah berlalu dan tidak pula dicemaskan dengan masa hadapan yang bakal tiba. Kita akan mejadi manusia masa kini yang bekerja dan beribadah dengan mencurah segenap kekuatan dan fikiran yang ada dengan keyakinan bahawa hasil akhirnya atau buahnya diserahkan kepada Allah SWT. Dunia ini akan menjadi sangat indah andai kita menjadikannya tempat kita sentiasa menguntumkan senyuman, bukan dengan muram durja serta kesedihan yang berpanjangan. InsyaAllah dengan membaca buku ini kita akan dapat merasakan perubahan kualiti hidup kita. Selanjutnya akan lahir dalam diri kita rasa simpati kepada orang lain, rasa mengambil berat sesama insan dan makhluk dan yang lebih penting kita akan merasakan kita semakin hampir kepada Maha Pencipta.

Bahasa-bahasa yang tidak terlalu panjang, penuh hikmah dan terdapat waqfah(rehat) untuk kita merenung sebelum membaca tulisan-tulisan selanjutnya adalah salah satu ciri menarik di dalam buku ini.

Penulis (Dr ‘Aidh) ada membicarakan ada beberapa hal penting sebelum kita sebagai pembaca meneruskan pembacaan buku ini.

Pertama, buku ini ditulis untuk menghadirkan rasa kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, kelapangan hati, membuka pintu optimis dan menyingkirkan segala kesulitan demi meraih masa depan yang lebih baik. InsyaAllah. Buku ini merupakan pengetuk hati agar kita selalu ingat akan rahmat dan ampunan Allah, bertawakkal dan berbaik sangka kepadaNya, mengimani qadha’ dan qadarNya, menjalani hidup sesuai dengan apa yang kita miliki, melepaskan kegundahan tentang masa hadapan, dan sentiasa mengingat dan mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhingga.

Kedua, buku ini cuba menyediakan resipi-resipi bagi menghindarkan kita manusia dengan rasa dukacita, cemas, sedih, tertekan dan putus asa.

Ketiga, penulis berusaha menyertakan dalil-dalil Al-Quran dan hadith yang sesuai dengan tema perbahasan.

Keempat, Buku ini bersifat umum, sesuai untuk semua golongan tidak kira tua atau muda, muslim dan juga bukan muslim. Ini adalah kerana dasar perbincangan buku ini adalah berkaitan watak dan sifat naluriah dan persoalan-persoalan umum kejiwaan manusia. Buku ini menempatkan manhaj Rabbani sebagai penyuluh.

Kelima, di dalam buku ini penulis juga mengungkap kata-kata dari penulis-penulis barat yang mana bersesuaian dan bermanfaat. Bahawa hikmah itu laksana barangan yang hilang dari kaum muslim.

sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ini boleh cuba menghantar email di alamat ini. mujib_resources@yahoo.com. Harganya juga memang berpatutan, Hasil terjemahan bahasa Indonesia dijual dengan harga RM58.00 (semasa ana beli ari tu, tak tahulah kalau dah turun atau naik plak nanti). insyaAllah... gaya penulisan bahasa Indonesianya juga mudah dibaca.


HOME

Friday, October 01, 2004

Terbantut





Perjalanan pulang ke Seremban hari ini terbantut seketika. Terbantut di separuh jalan dek kerana tertinggal barang di rumah. Seperti biasa hari Jumaat yang hari sabtunya tidak bekerja diriku akan pulang pada malam hari jumaat jika tiada aral melintang.

Alhamdulillah …. Dalam keadaan yang tergesa-gesa untuk pulang ke rumah satu urusan di Uniten dapat diselesaikan. Mengejar waktu, mungkin itu yang menyebabkan diriku terlupa untuk membawa pulang buah tangan yang kubeli untuk bonda sewaktu pi Penang semalam. Barang yang ku bawa dari penang terlupa tapi barang yang satu lagi untuk bonda ingat plak 8). Mungkin sebab barang yang satu nie duk dalam peti sejuk tu yang buat tak teringat agaknya.

Selesai urusan di Uniten, berpatah lah balik ke rumah ku di Puchong. Rasa tak best plak tak bawa pulang buah tangan dari Penang untuk bonda. Sebab rasanya bonda memang expect buah tangan dari penang tu. Maklumlah jeruk-jeruk nie.

Perjalanan pulang ke Seremban hari nie juga agak terbantut-bantut. Traffic jam di highway. Jauh jugak jamnya. Lebih kurang 5 km dari exit seremban sudah mula jam. Tak tahu apa yang menyebabkan traffic jam. Biasanya ambil exit senawang, dek kerna tak tahan dengan traffic jam diriku membuat decision untuk amik exit seremban. Alhamdulillah it was a wise decision, sbb malam nie traffic di Bandar Seremban berjalan lancar. Cuma jauh lah sikit nak sampai rumah. It’s better smooth moving traffic rather than halted traffic.

alhamdulillah...sampai Seremban dalam kol 1050. Sampai jer biasalah terus makan hidangan bonda...8). Bonda waktu diriku tengah makan dia mesti temankan, dalam dia temankan diriku yang tengah khusyuk makan dia duk bukak barang-barang yang kubawa pulang. Bonda kato sodap n cantek dan dia ucapkan terima kasih ...alhamdulillah .....pueh ati tengok bonda tersonyum.


HOME