Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, October 24, 2004

Sempurnakan Puasamu


Sekali lagi minggu ini diri ini berpeluang menggunakan khidmat adikku bagi membantu diriku untuk menaip artikel yang ku kira menarik untuk dikongsi bersama. Terasa macam seronok pula meminta bantuan dari adikku, secara tak langsung dia membaca. Seusai dia menaip diriku melakukan semakan. Memamng normallah, setiap kali adikku taip pasti ada minor error. Tapi tak per, yang penting dia tolong.... :D. Syukran jazeelan wahai adindaku., Siti Syaza Shahirah.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga”. (Hadis Riwayat Nasai & Ibnu Majah)

Hadis di atas mengisyaratkan bawa puasa seseorang tidak akan sempurna hanya dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga saja mulai terbit fajar hingga terbenam matahari, tetapi lebih daripada itu puasa juga menghendaki agar umat Islam menahan anggota badan daripada melakukkan pelbagai perbuatan yang keji.

Imam Al-Ghazali menerangkan kesempurnaan puasa tersebut dengan enam perkara:

1. Menundukkan pandangan dan menahannya daripada memandang secare liar ke setiap hal yang tercela dan dibenci, mengendalikan mata mata dari hal yang boleh menyibukkan hati dan melalaikan diri daripada mengingati Allah SWT. Rasulullah s.a.w bersabda: “Pandangan adalah salah satu anak panah beracun di antara anak panah yang dilepaskan iblis. Barang siapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan memberikan kepadanya keimanan yang terasa manis dalam hatinya. (Riwayat Hakim).

2. Menjaga lisan daripada bualan, dusta, ghibah, gunjingan, kekejian, perkataan kasar, pertengkaran dan perdebatan. Mengendalikannya dengan diam, menyibukkan diri dengan zikir kepada Allah dan membaca Al-Quran. Itulah yang disebut puasa lisan. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya puasa merupakan perisai; apabila salah seorang di antara kamu sedang berpuasa maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berlaku bodoh; dan jika ada seseorang menyerangnya atau mencacinya maka hendaklah ia mengatakan “sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

3. Menahan pendengaran daripada medengarkan hal-hal yang dibenci dan kurang baik, kerana setiap hal yang diharamkan mengucapkannya diharamkan pula mendengarkannya. Allah SWT berfirman: “.....,Maka janganlah kalian duduk bersama mereka sehingga mereka masuk ke perbincangan yang lain, kerana sesungguhnya (jika kami berbuat demikian) tentulah kalian serupa dengan mereka....." (An-Nisa’ ayat 140).

4. Menahan pelbagai anggota badan lainnya daripada pelbagai perbuatan dosa, seperti menahan tangan dan kaki daripada hal yang tercela, menahan perut daripada pelbagai hal syubhat ketika berbuka dan sebagainya. Rasulullah s.a.w bersabda: “Berapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapat apa-apa daripada pausanya kecuali lapar dan dahaga.” Di katakana ia adalah orang yang tidak menjaga anggota badannya daripada dosa dan maksiat.

5. Tidak memperbanyakkan makan ketika berbuka meskipun itu makanan yang halal, kerana tidak ada tempat yang dibenci Allah selain perut yang penuh dengan makanan. Tujuan puasa adalah mengosongkan perut dan menundukkan hawa nafsu demi memperkuat jiwa menuju takwa. Ini tidak akan terwujud dengan perut yang penuh dengan makanan.

6. Hendaklah selepas iftar(berbuka) hati berasa gelisah penuh cemas dan harap, apakah puasa kita telah diterima Allah atau tidak, sebab kita tidak tahu apakah puasa kita diterima sehingga menjadikan kita termasuk dalam golongan muqarrabin atau sebaliknya puasa kita ditolak dan malah termasuk ke dalam golongan orang-orang yang dimurkai!

Dengan memperhatikan dan mengamalkan pesan Imam Ghazali tentang kesempurnaan puasa tersebut, semoga Allah menerima puasa kita pada tahun ini.

Artikel dikupas dari Majalah I, November 2003, Diringkaskan daripada buku Mensuci Jiwa karangan Sa'id Hawwa.

-------------------------------------------------

Dalam minggu nie waktu berjalan dialam siber, to be specified duk pusing2 kat ukhwah.com terserempak dengan satu forum yang menyentuh hatiku. Sedih sesangat. The way the the person react with the jurnalist reaction terlalu mengecewakan. Seorang Islam, tapi jawab macam tu, infact tak patut buat macam tu pon, carilah kerja lain. Pembaca blogku nilailah sendiri tanggapan individu ini.

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home