Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, October 31, 2004

Kita hanya mampu merancang, Allah menentukan segalanya.


alhamdulillah…Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam. Hari ini (Sabtu - 30 Oktober 2004) diri ini berpeluang untuk ke Surau An-Nur, Bangi. Kita hanya mampu merancang, Allah lah yang menentukan segalanya. Seperti yg ana war-warkan Al-Fadhil Ust Harun Din akan mengadakan kuliah pada hari ini di Surau An-Nur. Mungkin disebabkan oleh sebab-sebab yang tak dapat dielakkan kuliah beliau tidak dapat diadakan. Tapi takpe lah, walaupun kuliah beliau tidak ada yang penting menghadirkan diri untuk meraih keberkatan Ramadhan untuk berterawikh.

InsyaAllah jika tiada aral melintang, Surau An-Nur akan mengadakan Iftar (berbuka puasa) pada 5 November 2004 bersamaan dengan hari Jumaat depan. Dan mengikut perancangan seusai solat terawikh akan diadakan kuliah oleh al-Fadhil Ust Harun Din. Dan solat terawikh pada malam itu akan dipendekkan kepada 8 rakaat bagi memberi ruang kepada ustaz menyampaikan kuliah beliau…insyaAllah.

Sungguhpun malam ini, al-Fadhil Ustaz tidak menyampaikan kuliah, seisi majlis ilmu tidak terbantut. Seperti biasa pihak Surau An-Nur ada menjemput penceramah untuk menyampaikan tazkirah selesai rakaat ke-8. Alhamdulillah, malam ini giliran Ust Mohd Farid Ravi Abdullah, tenaga pengajar di Kisdar dan juga seorang daie yang dikenali ramai.

First time ana dengar kuliah Ust Farid sekitar hujung tahun lepas atau awal tahun nie, tak sure bila first time dengar kuliah beliau. Subhanallah….. I love the way he recite the Quran verse. Memang merdu dan mengasyikkan. That was the first time I heard thro’ TV talk. And alhamdulillah, kali ini berpeluang bertemu face to face dengan beliau.

Kejahilan adalah musuh kita yang paling hampir antara isi seisi tazkirah beliau. Antara sedar atau tidak musuh ini mungkin ada pada diri individu yang tidak mahu mencari ilmu. Jahil bererti tiada ilmu. Bayangkan orang jahil yang memberi pendapat atau fatwa, sudah pasti pendapat atau fatwa yang dihasilkan oleh orang yang jahil akan memporak-perandakan masyarakat. Pendapat yang dikeluarkan yang tidak berlandaskan dalil-dalil. Si jahil bukan hanya merosakkan dirinya sendiri, malah melibatkan individu lain juga. Nauzubillah .. Bukan dalam urusan agama sahaja individu jahil akan memporak perandakan masyarakat, bahkan dalam apa bidang sekali pun jika ada individu yang jahil cuba memberi pendapat tanpa berlandaskan fakta pasti ianya akan menporak-perandakan situasi. Sebagai contoh, seorang jurutera yang tidak faham akan sesuatu sistem, tapi berpura-pura dia lebih tahu daripada seorang technician yang lebih lama berkecimpung dalam bidang tersebut cuba mengajar sesuatu yang tidak betul pada system berkenaan, bayangkan apa akan jadi. Sendiri mau ingatlah ….. Kalau kita seorang jurutera, jangan segan bertanya dengan sub-coordinate kita, malu bertanya kita akan jahil. Never under estimate our sub-ordinate. Without them we are nothing… Tanpa mereka tugas kita akan bertambah sukar…


Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) (Al-'Alaq : 1)

Ayat pertama yang diwahyukan oleh Allah azzawajalla kepada Junjungan Besar Muhammad SAW ketika bagida beruzlah. Untuk menjadi tidak jahil, perkara pokok untuk mendapat ilmu ialan dengan membaca. Dengan membaca, insyaAllah kita akan mendapat ilmu. Membaca adalah cara pertama untuk memperolehi ilmu selain dari jalan-jalan lain seperti bermusafir, berguru dan sebaginya. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ilmu yang kita gali biarlah berlandaskan untuk mencari redhaNya. Itulah yang dimaksudkan Bacalah dengan nama Tuhanmu. Jangan kita sempitkan pemikiran kita dengan menggali ilmu agama sahaja untuk mencari keredhaanNya. Ilmu yang kita gunakan untuk menjalani kehidupan yang fana ini juga seharusnya berlandaskan untuk mencari redhaNya. Bukan sekadar ilmu agama sahaja. Inilah yang membezakan ummat Muhammad SAW, kita mencari ilmu untuk mencari redhaNya, bukan untuk mencari nama atau kemewahan dunia yang sementara ini sepertimana yang dilakukan oleh ilmuwan-ilmuwan kuffar yang sekadar untuk mencari nama dan kemewahan dunia serta personal satisfaction tanpa memerhatikan ilmu yang dikurniakan kepada mereka bukanlah bersifat mutlak milik mereka. Ilmu yang manusia miliki adalah terlalu sedikit. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (Al-Kahfi :109) Sama-samalah kita berdoa agar kita ditetapkan untuk istiqamah dalam mencari ilmu.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama mendoakan agar seluruh umat Islam dilindungi oleh Allah dari musuh-musuh Islam yang cuba menghancurkan kita. Kita dikejutkan dengan insiden di Selatan Thai. Bila diri ini duk tengok gambar mereka dianiya seperti itu memang tersentuh sangat. Geram, sakit hati dan pelbagai lagi perasaan yang sukar digambarkan. Pattani United Liberation Organisation. (Tq Pakdi for sharing this info)

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home