Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, October 16, 2004

Biar Telinga Lebih Berperanan


Alhamdulillah....hari nie dapat lagi kubuli adikku agar bisa menulis untuk ruangan ini.Alhamdulillah dia setuju untuk menaip sedikit hasil bacaan ku. TQ my little Sister, rasa-rasanya dah tak little lagi dah kut..:)

Salah satu rahsia untuk berjaya di dalam perhubungan tidak kira hubungan sesama ibu-bapa, guru, kawan-kawan atau sesiapa sahaja ialah memberi perhatian. Kita boleh sama ada memberi hati, memberi buah fikiran, menumpukan mata dan telinga kepada orang yang sedang kita berhubung. Kita lupakan sebentar diri kita, sebaliknya menumpukan perhatian kepada orang lain.

Apa yang perlu kita faham ialah manusia adalah makhluk sosial. Ertinya, tidak ada seorang manusia pun yang dapat hidup bersendirian. Nabi Adam a.s misalnya, sekalipun berada dalam syurga, tetap memerlukan teman. Dengan kehendak Allah, Dia menjadikan Hawa sebagai teman dan isteri Adam a.s. maka kita yang hidup di dunia yang penuh cabaran dan kesukaran ini lebih-lebih lagilah memerlukan teman, bukakah begitu? Kita sentiasa memerlukan “orang lain” dalam melaksanakan usaha dan aktiviti dalam kehidupan sehari-hari.

Realitinya, kebanyakan orang gagal dalam hidup disebabkan oleh kegagalan menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain. Urusan hidup adalah sesuatu yang sangat mencabar, dan tidak ada seorang individu pun yang cukup kuat untuk menghadapinya secara bersendirian.

Cuba kita hanyati kisah Rasulullah s.a.w. Baginda sendiri pun mempunyai ramai sahabat, pengikut dan ahli keluarga yang setia. Nabi misalnya, mempunyai isteri yang setia seperti Siti Khadijah, anak yang taat seperti Siti Fatimah, menantu yang baik seperti Sayidina Ali, sahabat dan mertua yang soleh seperti Sayidina Abu Bakar, pekerja yang taat seperti Abu Hurairah, pengikut yang setia seperti Abu Ubaidah. Baginda berjaya menjalinkan hubungan yang baik antar suami-isteri, bapa-anak, menantu-mertua, majikan-pekerja, pemimpin-pengikut dan juga antara sahabat dengan sahabat, ini adalah antar rahsia kejayaan Rasulullah s.a.w. dalam perjuangannya.

Jadi, apakah kunci kepada perhubungan yang baik ini? Jawapanya ialah memberi perhatian! Oleh itu, berilah perhatian kepada orang yang kita berhubung. Bagaimana? Kita boleh menunjukkan rasa prihatin, minat, simpati, empati, mendengar, tumpuan, kesukaan kepada orang yang kita hubungi. Jika kita seorang anak, berilah perhatian kepada ibu-bapa. Jika kita seorang pelajar, belilah perhatian kepada guru-guru.

Tidak salah menjadi seorang yang peramah. Apabila bertemu seseorang, ringankanlah mulut untuk bertanya misalnya:

“hai, apa khabar?”
“Bagaimana pekerjaan awak?”
“Nampak aak ni muram je, awak ada masalah ke?”

Banyak perkara yang kita boleh tanyakan selagi ia masih dalam lingkungan syariat. Hasilnya dari situlah akan berputiknya kemesraan dan keserasian.

Apabila kita memberi perhatian, secara tidak langsung membuktikan betapa kita mempunyai rasa kasih, suka, cinta, simpati atau ingatkan mereka. Tetapi hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah s.w.t. Berbuatlah dari hati, Insya-Allah akan jatuh ke hati juga. Inilah rahsianya. Ertinya, buatlah dengan ikhlas bukn dengan pura-pura. Buatlah sepenuh hati bukan sekadar ambil hati.

Terdapat mereka yang ingin orang lain hanya memberi perhatian kepadanya sahaja. Sebenarnya kita perlu memberi terlebih dahulu barulah kita boleh menerima. Di dalam Islam, kedudukan orang yang memberi lebih baik daripada orang menerima. Dalam banyak-banyak hadis Nabi Muhammad s.a.w, baginda menegaskan bahawa tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, orang yang menziarah mendapat lebih pahala daripada orang yang diziarahi dan sebagainya. Begitulah didikan Rasulullah s.a.w kepada kita.

Walau bagaimanapun, diakui bahawa perbuatan memberi perhatian ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ia menuntut pengorbanan, memakan waktu dan memerah fikiran. Tidak hairanlah jika ganjaran yang disediakan Allah lebih besar kepada orang yang pertama memberi perhatian. Mereka yang mampu berbuat demikian tentunya seorang yang mempunyai lebih tawaduknya, mempunyai kesabaran dan kegigihan yang tinggi untuk menrapatkan hubungan silaturrahim.

Seorang pakar psikologi menegaskan, “Orang yang menyusahkan dirinya dan paling menyusahkan orang lain ialah orang yang tidak mahu memberi perhatian kepada orang lain. Semua kegagalan berpunca daripada sikap seperti ini.”

Pernahkan kita bosan jika berhadapan dengan mereka yang asyik bercakap tentang dirinya-rambutnya, bajuku, kerjaku dan lain-lain “ku”nya lagi. Jika berbual di dalam telefon pula, mereka lebih suka mengusai sebahagian besar dalam perbualan. Atau apabila kita belum selesai bercakap, dia memotong percakapan kita. Sudah tentu ini membosankan. Bayangkan jika kita memiliku sifat seperti ini, kita tentu tidak akan memperolehi kawan sejati. Kalau adapun, ditakuti mereka berkawan sekadar untuk “mengamil hati” kita, tetapi hakikatnya di dalam hati Tuhan sahaja Yang Lebih Maklum. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini terjadi.

Mari renung sejenak mengapa Allah ciptakan manusia mempunyai dua telinga. Mengapa mulut hanya satu, tidak dua? Mungkin Allah SWT ciptakan begitu supaya kita disuruh lebih banyak mendengar dari bercakap. Wujud juga satu golongan yang asyik bercakap sehingga terlupa mendengan cerita orang lain.

Perlu kita ingat bahawa setiap manusia memerlukan perhatian, mereka juga menginginkan cakapnya didengar dari mendengar cakap cakap orang lain. Kita akan berjaya dalam setiap perhubungan jika merelakan diri menjadi “telinga” daripada “mulut”. Insya-Allah, kita akan dapat mempengaruhi orang lain dengan banyak mendengar cakapnya daripada cuba memaksa dia mendengar cakap kita. Jadi, inilah rahsianya.


Artikel oleh Pahrol Mohd Joui

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home