Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, October 02, 2004

Pengalaman Ramadhan



InsyaAllah dalam sela masa yang tak sampai 2 minggu kita akan berada di bulan mulia, Ramdhan al-Mubarak. Kesempatan yang sepatutnya diambil oleh setiap individu muslim. Jadikanlah Ramdhan ini Ramdhan yang terbaik, kita tidak tahu samaada kita berpeluang atau tidak untuk menjejak Ramdhan 1426. Sama-samalah kita beazam untuk menjadikan Ramdhan tahun ini adalah yang terbaik.

Sebelum berkongsi artikel dari Majalah I, Oktober 2004 terasa ingin berkongsi pengalaman suatu Ramdhan yang agak kelam-kabut pernah ku lalui. Seperti biasa kita di dalam bulan yang penuh keberkatan ini antara amalan lazim yang kita laksanakan ialah berusaha untuk menkhatamkan Al-Quran. Tidak ku ingat tahun bila, tapi yang pasti tahun semasa diri ini masih bergelar pelajar secara formal. Seperti orang lain diri ini tidak ketinggalan berusaha untuk mengkhatamkan al-Quran semasa bulan Ramdhan. Dek kerana tidak istiqamah satu juzu satu hari diri ini hampir gagal mengkhatamkan al-Quran pada tahun tersebut. Dengan izin Allah berjaya juga ku khatamkan pada Ramdhan tahun itu. Tapi ada peristiwa yang kurang menarik untuk diceritakan agar pembaca-pembaca blogku dapat mengambil ikhtibar dari apa yang telah ku alami. Al-Quran hanya berjaya ku khatamkan pada Ramadhan tahun itu pada hari terakhir Ramdhan. Dan part yang paling menjadi ingatan / pengajaran buat ku ialah diri ini berusaha menghabiskan 5 atau 6 juzu’ dalam hari terakhir Ramadhan itu. Alhamdulillah habih jugak ….

Moral dari pengalaman yang pernah ku alami ialah diri ini berazam tidak akan mengulangi perkara yang sama di lain-lain Ramdhan. Istiqamah lah at least 1 juzu’ satu hari. And NEVER procrastinate on performing Ibadah. Alhamdulillah tahun-tahun berikutnya lebih teratur dan lebih manis perancangannya. Performing our daily routine as an engineer, lecturer, accountant or any other profession should not be a problem for us to be in istiqamah mode in reciting Quran(at least once a year in this month of barakah). Terlalu banyak ibadah nawaffil yang boleh kita laksanakan di dalam Ramdhan ini. Satu lagi perkara yang inginku berpesan pada diri ini dan juga sahabat-sahabat dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah. Pesanan alim ulama’ dalam kita melaksanakan amal ibadat. JANGANLAH kita terlalu mengharap ganjaran daripada Allah, biarlah kita beribadat untuk mendapat keredhaanNya dengan penuh ikhlas, bukan terlalu mengharap ganjaranNya. Ganjaran Allah kepada kita adalah hak mutlakNya kepada kita. Ganjaran Allah adalah kurniaan rahmahNya kepada kita. Sama-samalah kita mencari keredhaanNya disepanjang hidup kita bukan sekadar pada bulan Ramadhan sahaja.

Wallahu ‘alam ….

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home