Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, October 12, 2004

Majlis 'Ilmu



“Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada ilmu pengetahuan.” (az-Zumar:9)

Alhamdulillah minggu lepas dikurniakan kesempatan untuk menghadari 2 majlis ilmu yang disampaikan oleh 2 tokoh ilmuwan tanahair kita. Yang pertama kuliah Ustaz Harun Din di Darus Syifa’ Bangi dan yang kedua kuliah Ustaz Ishak Bahrom di Masjid Kajang. Bukan hajat dihati untuk mengwar-warkan pada masyarakat yang diri ada menghadiri majlis ilmu dua tokoh yang disegani. Kesempatan yang ada di alam siber ini ingin dikongsi bersama agar lebih ramai sahabat-sahabat atau pembaca-pembaca blog ku untuk hadir ke majlis-majlis ilmu. Lebih-lebih lagi jika kita berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh guru-guru mursyid. Ku katakana lebih-lebih lagi bukan bermakna diri ini menyanggah ilmu-ilmu yang dimiliki oleh guru-guru lain dan menyanggah sahabat-sahabat serta diri ini dari menghadiri majlis-majlis ilmu yang lain.. Kesemua pendidik-pendidik ini menjalankan amanah mereka, mereka berusaha untuk mengajar kita agar kita lebih mengenali Islam, agar kita lebih hampir kepadaNya, agar kita mempunyai kefahaman yang benar dalam mengamalkan ilmu kita.

Alhamdulillah , di dalam majlis Ust Harun Din memang ramai yang hadir, dan yang menyedapkan mata memandang ialah masih ramai golongan muda yang hadir untuk menadah ilmu dari beliau. Di sini terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang mungkin ramai di antara kita yang sedar dan pernah mengalaminya sendiri. Segelintir masyarakat kita yang mana mendengar ceramah agama yang akan disampaikan oleh tokoh-tokoh politik aliran PAS pasti akan bertanya, ceramah agama atau ceramah politik? Rasa terkilan pon ada bila soalan sebegini ditanya. Nak buat macam mana, setiap manusia ada tanggapan masing-masing. Kalau org ada tanya soalan sebegini pada diriku, directly diri ini menjawab kuliah agama. Kuliah agama yang disampaikan oleh beliau merupakan satu kuliah yang menarik serta hebat dan ianya berpandukan kepada kitab Sairus Salikin. Tiada unsur-unsur politik yang diterapkan di dalam kuliah beliau dan hanya sesekali sahaja beliau mengutarakan contoh yang benar atas salah laku syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC). Bukan tuduhan yer, tapi suatu kebenaran. Those who attend the kuliah mungkin faham apa yang cubaku sampaikan. Why it is worth attending his kuliah. There is abundance of reason. Bayangkan kuliah disampaikan dari seusai solat Maghrib hinggalah pukul 10.15. Dalam jangka masa yang singkat itu beliau sekadar membentangkan adab-adab haji yang terdapat di dalam kitab itu. 10 adab, tetapi kenapa lama sangat ye. Itulah perbezaannya, daya intelektual beliau memang tak dapat kita sanggah. Adab yang hanya 10 beliau kupas sehingga 2 jam lebih. Itu sebab diri nie duk static kat sano ari tu.

Di kesempatan ini diri ini menyeru kepada diriku sendiri dan sahabat-sahabat yang membaca blog ku ini agar sama-samalah kita berusaha untuk menambahkan ilmu kita ini. Semasa muda dah semasa masih gagah inilah kita tanamkan rasa untuk menambahkan ilmu. Galilah permata yang tidak ternilai ini bersama-sama secara istiqamah, tidak mampu setiap hari, jadikan ianya rutin mingguan, tidak mampu setiap minggu jadikannya 2 minggu sekali dan setiap kali kita menghadiri majlis ilmu, cuba kita azam kan tekad untuk lebih banyak menghadiri majlis ilmu di masa akan datang. InsyaAllah jika kita mahu segala-galanya akan dipermudahkanNya.

Teringat kata-kata Ustaz Fawzy Sahar tempoh hari, kata-kata semangat yang patut hadir dalam diri kita agar kita selalu untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu. “Biar kita penat sekalipon muslimin dan muslimat sekelian, setelah kita selesai melakukan tugas harian kita di siang hari. Tanamkan di dalam hati kita, Ya Allah kehadiranku ke Majlis Ilmu Mu adalah untuk mencari keredhaan Mu Ya Allah. Hadir ke majlis Ilmu merupakan satu Ibadat dan setiap Ibadat yang kita lakukan adalah untuk mencari RedhaNya. At least bila kita dah mai ke majlis ilmu kita telah berusaha untuk menambah saham kita di akhirat kelak. Hanya dengan duduk dan dengar. Tak mengapa jika kita hadir ke majlis ilmu tapi kita terlelap. Kesungguhan kita dalam mencari redhaNya itu lah yang lebih penting. Tapi janganlah kita mai kuliah-kuliah agama memang purposely nak lelap.” Antara pesanan Ustaz Fawzy.

Hujung minggu lepas dapat ku sediakan satu link baru di dalam blog ku ini yang berkaitan dengan majlis-majlis ilmu. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah melihat jadual-jadual kuliah yang dapat kusediakan bolehlah ke link berkenaan. InsyaAllah, pada malam 17 Ramadhan ini Ustaz Dr Harun Din akan mengadakan ceramah di Surau An-Nur. Pembaca-baca blog ku dijemput hadir beramai-ramai dan diminta disampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Sesiapa yang tidak tahu bagai mana untuk sampai ke surau An-Nur dan berhajat untuk menghadiri kuliah beliau bolehlah mengemailku di faizul@sukiada.com.my, untuk mendapatkan mapnya atau insyaAllah akan ku beri directionnya. Untuk memudahkan urusan respon, boleh juga diemail kepadaku.

Sama-samalah kita berusaha untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu, lebih-lebih lagi jika penceramahnya terdiri dari ilmuwan-ilmuwan yang terbilang. InsyaAllah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu beliau kita akan dapat memperolehi satu kenangan yang manis.


Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu datangnya dari diriku sendiri.

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home