Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, July 28, 2004

Peraduan SMS haram - Majlis Fatwa

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful
 
Oleh: NOR AZIAH JAAFAR

PUTRAJAYA 27 Julai - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan bahawa peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah haram kerana mengandungi unsur perjudian.

Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, keputusan itu berdasarkan beberapa hujah dan latar belakang peraduan tersebut yang bersifat samar-samar, mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan.

Selain itu, katanya, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan. Menurut beliau, jika disebut judi, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan yang tidak menentu serta mengeksploitasi duit orang ramai sedangkan yang mendapat keuntungan adalah pihak tertentu dalam bilangan yang terhad.
 
Dalam konteks kuiz melalui SMS, katanya, orang ramai terpaksa mengeluarkan wang untuk menyertai sesuatu kuiz melalui penghantaran SMS dengan harapan akan menang sedangkan yang mendapat keuntungan daripada kemenangan adalah sebilangan kecil peserta sahaja.
Dalam kuiz sedemikian banyak peserta dapat menjawab dengan baik, tetapi mereka kena bersaing dengan orang lain untuk menang.
``Umpamanya mata minimum adalah 200 dan dia kena belanja RM20 untuk SMS, kalau nak lebih daripada itu, dia kena keluar duit yang banyak untuk kirim SMS hingga beribu-ribu ringgit.


``Tetapi akhirnya dia tidak mendapat apa-apa pulangan dan perkara ini tidak diharuskan oleh agama kita,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di sini, hari ini.
Mesyuarat itu diadakan khusus untuk membincangkan mengenai berleluasanya penganjuran kuiz melalui SMS di negara ini sejak akhir-akhir ini termasuk promosi di media massa sehingga ada peserta tidak menyedari mereka kerugian beribu-ribu ringgit.


Beberapa stesen televisyen swasta turut menganjurkan pelbagai Kuiz SMS yang menawarkan pelbagai hadiah antaranya Maxmillion, Malaysia Idol SMS Challenge dan SMS Game. Menurut Ismail, fatwa mengharamkan peraduan kuiz melalui SMS ini bukan bermakna agama Islam menolak kemajuan dalam bidang teknologi maklumat (ICT).

Sebaliknya, kata beliau, banyak kemudahan tersebut seperti e-mel dan Internet digunakan untuk kerja-kerja pendakwahan.
 
 
HOME

Monday, July 26, 2004

Minhaj al-Muslim

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful.

Alhamdulillah ... sekembali dari JB menyelesaikan urusan tugas lebih kurang jam 2200.Selesai sahaja makan duk depan pc sat, terasa nak mengupdate sikit blogku. Sebenarnya dari semalam lagi nak mengupdate tapi hajat tak kesampaian. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Alhamdulillah ari ni kugagahkan juga menulis walau pon a bit penat. Maklumlah sehari berjalan dan meeting di JB. 

 
Ummi, my little sis, my bro and I went to Laman Lanskap 2004 yang diadakan di Tasik Perdana semalam. Membawa bonda jalan-jalan, seronok betoi dia tgk bunga-bunga dan lanskap-lanskap yang memang menarik...subhanallah ..... my mum, my sis and I bertolak dari Seremban dan kami janji jumpa my bro di laman lanskap. alhamdulillah ...senang jer dia jumpa kami di laman lanskap. Sebenarnya cerita kat laman lanskap nie panjang tapi rasanya tak sempat nak menulis lah sbb kesuntukan masa. part yang paling best berjalan2 di laman lanskap tanpa mengisi perut. Tulah kenangan kelakar. Mungkin ummiku kenyang kut tgk bunga-bunga dan lanskap yang sememangnya menarik. Some of the photo of our trip can be view via this link. Laman Lanskap 2004. insyaAllah ada kesempatan nanti ditambah lagi.
 
Tujuan menulis gak ari nie adalah untuk mempromosikan satu buku yang agak menarik. alhamdulillah....Karya Abu Bakr Jabir Al-Jaza'iry. Buku yang bertajuk Minhaj Al-Muslim (The way of a Muslim).
 
      
 
Buku ini boleh didapati di Saba Media. Buku yang agak menarik. With simple English and insyaAllah mudah difahami.  Proses membeli buku ini juga mempunyai cerita yang agak menarik. Sebenarnya sebulan yang lepas telah kuperhatikan buku ini. Kubelek-belek di dalam Saba Media di PKNS Shah Alam. Masa tu ujung bulan dan kebetulan uang untuk bulan 7 belom masuk lagi. Di belakang tanda harga buku itu tertera harga RM 100. dalam ati, mak aik mahai nya. Tapi disebabkan waktu ku membelek-belek buku itu last month ati ku telah jatuh chenta ngan this book. Bila dah jatuh chenta mesti ada azam untuk memilikinyakan? alhamdulillah bulan nie ada extra money dan sabtu lalu lepas je office hour aku terus ker PKNS untuk membeli buku ini. part yang paling best ketika nak bayar di kaunter. Note RM100 dihulurkan. alih-alih akak yang jaga kaunter tu cakap, buku nie dua volume. Yes, I do noticed that. Lepas tu dia cakap harga buku nie dedua sekali RM100..... alhamdulillah ...... pada mulanya kusangka satu buku berharga RM100. Rupa-rupanya dua buku RM100. Kira boleh tahan lah murah tu untuk buku hard cover.
 
alamak ..... dah melalut lak den ..... Okie this is a brief description about the author. 
 
The author has held the prestige of being a regular lecturer at the Prophet's Mosque in Al-Madinah.
 
The great author has a very humble and pious personality. If Allah wants someone to have the honor of serving His religion, then He Himself provides him with the necessary requirements. The author was born in 'Liwah', AI‑Jazair (Algeria) in 1921 CE. He was less than one year old when his father died, his pious mother nurtured the eminent child on the basis of Islamic guidelines. He learned the whole Quran in his youth before he was even twelve years old. He finished his early education in his hometown, then moved to the capital of Al‑Jazair and worked there as a teacher in a school. During that period he attended the lecturers of 'Allamah At‑Tayyab Abu Qir and was enlightened with the light of belief in Tawhid and the Sunnah (way) of Prophet SAW. When the French colonization began in 1372 AH or 1952 CE, he migrated to Al‑Madinah, the city of Prophet SAW. King Saud bin 'Abdul‑'Aziz was the ruler at that time and Al‑Madinah University was being established. Abu Bakr Jabir Al‑Jazari first worked as a teacher in Al‑Madinah, then he joined Al‑Madinah University and worked there until his retirement. He also worked as an adviser and helper in some institutes affiliated with the Muslim World League during that time.

Allah has given the author a great ability in reading and writing so he wrote several books, some small and some larger, totaling about eighty. Besides these he also wrote more than ten large books, among which Minhaj Al‑Muslim or "The Way of a Muslim", 'Aqeedah Mu'min or "The Believer's Creed", and a selection on the Sirah (biography) of the Prophet SAW, entitled Hadha Al‑Habib (This is the Beloved) and his Tafsir of the Qur'an entitled Aysar AtTafasir are the more popular.
 
The author wrote this book, Minhaj Al‑Muslim, at the request of the people of Wahdah', a city in Morocco. They desired such a book that included all of the necessary topics like correct belief, etiquette, manners, worship, business and transactions etc. So the author compiled this book after the incessant struggle of about two years, may Allah reward him and increase his benefit to the True Religion.
 
This is a book that we as a muslim shall read. Yes, out there is a lot of material that we can read but i would consider this book is very friendly user dur to its english simplicity. Wallahu 'alam
 
HOME

Sunday, July 25, 2004

Soalan dan Jawapan ....Proses percubaan

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful.

Assalamualaikum wrt ...... Ini adalah percubaan menghantar posting dari email. Soalan dan jawapan dibawah diperolehi dari seorang sahabat yang menghantar email kpdku.

Siapakah orang yang sibuk?Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


HOME


Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - Send 10MB messages!

Saturday, July 24, 2004

Muraqabah & Muhasabah

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Di sini terasa ingin berkongsi sebuah artikel yang diperolehi dari sebuah buku yang ditulis oleh Abu Mazaya al-Hafiz. Penulis juga ada menulis sebuah sebuah buku Sirah Nabi Muhammad SAW. Buku Sirah yang dikarang oleh beliau agak menarik kerana terdapat pelbagai gaya penulisan yang dipertonjolkan oleh beliau. Antaranya berbentuk dialog dan ada juga beberapa rangkap puisi bagi memastikan pembaca tidak terasa bosan dengan cara penulisan yang mendatar. It was a nice book to read, but a bit thick. Really thick. :) Disebabkan kesuntukan masa dan kekurangan sumber untuk mempublishkan artikel dalam minggu lepas terpaksalah mempublish dihujung minggu. 

Muraqabah adalah sikap lebih memperhatikan perbuatan diri sendiri. Seorang hamba yang ingin menjadi insan bertakwa mesti melatih dirinya agar sentiasa menjaga dan memperhatikan perbuatan dan tingkah lakunya sendiri.

Sikap selalu berhati‑hati tersebut lahir disebabkan adanya keyakinan bahawa Allah SWT sentiasa memperhatikan gerak‑gerinya. Samada di tempat sunyi dan dalam keadaan bersendirian atau di tengah‑tengah orang ramai ia merasa selalu dilihat dan diperhati oleh Allah SWT. Kerana itu ia malu melakukan sesuatu maksiat dan perbuatan dosa.

Keutamaan muraqabah ini akan melahirkan sikap ihsan pada jiwa seseorang. Pada suatu hari Malaikat Jibril a.s bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang perkara ihsan, maka Nabi SAW menjawab: “
Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah SWT seakan‑akan engkau melihatNya.”(HR: AI‑Bukhari dan Muslim)
 
Peringkat ihsan yang lebih rendah adalah sebagai mana diterangkan di dalam hadith Nabi SAW yang mafhumnya sebagai berikut: "Beribadahlah kepada Allah (dalam keadaan) seakan‑akan engkau melihatNya, maka jika engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia SWT melihat engkau." (HR Abu Naim)

Mafhum hadith di atas adalah jika kita tidak mampu melahirkan perasaan seakan‑akan melihat Allah ketika beribadah, maka hendaknya kita merasa diperhati dan dilihat Allah selalu. Dan perasaaan inilah yang seharusnya dimiliki agar kita selalu dalam keadaan muraqabah selama‑lamanya. Sehubungan dengan ini sangat baik difikirkan firman Allah yang bermaksud:".....Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (al-Maidah : 97) 

Muhasabah pula adalah tinjauan semula atau kajian ulang terhadap segala amal perbuatan dan juga keadaan diri seseorang. Penilaian terhadap diri sendiri adalah sangat penting bagi memastikan adanya peningkatan dan perbaikan amal.

Orang yang enggan menilai diri sendiri selalunya hanya sibuk melihat kesalahan dan kekurangan orang lain. Sebagai akibatnya ia akan menderita kerugian besar kerana berbagai kelemahan dan kekurangan dirinya tidak pernah nampak apalagi terfikir. Rasulullah SAW menyifatkan kepada manusia yang suka memperhatikan kekurangan dan kelemahan dirinya sendiri kemudian berusaha memperbaikinya sebagai manusia yang cerdik. Hal ini dinyatakan di dalam satu hadithnya seperti berikut: "Orang yang bijak (cerdik) adalah orang yang mengadakan muhasabah (perhitungan kepada dirinya sendiri) dan beramal untuk kepentingan sesudah mati. Dan orang yang bodoh adalah manusia yang mengikuti hawa nafsunya (namun) berangan‑angan kepada (rahmat dan belas kasih) Allah SWT" (HR Ahmad, at‑Tarmizi, Ibnu Majah)

Hadith di atas jelas mengajarkan kepada umat Islam agar selalu membuat perhitungan dan penilaian terhadap diri sendiri. Tujuannya untuk mengetahui sejauh mana seseorang telah memenuhi kewajipan‑ kewajipannya dan menjauhi segala larangan agama. Dengan demikian sememangnya muraqabah dan muhasabah adalah sangat penting bagi menjadi insane yang bertaqwa. Wallahu 'alam .....


Artikel oleh Abu Mazaya al-Hafiz 

HOME


Thursday, July 22, 2004

Cukupkah sekadar amal soleh

In The name of Allah The Most Gracious Most Merciful.

Tatkala membaca majalah Anis keluaran Julai 2004 teringat akan satu tazkirah yang sempat dihadiri sekitar awal tahun 2004 lalu. Antara kata-kata yang masih segar dalam ingatan ialah saranan ustaz agar bersyukur dengan nikmat Allah kerana masih dikurniakan Allah nikmat untuk beribadat kepadaNya. Masih ramai orang diluar sana yang tidak dikurniakan oleh Allah untuk berusaha bertaqarrub kepadaNya.

Ustaz berpesan agar janganlah kita berasa kita telah mencapai kejayaan apabila kita selesai melaksanakan amal soleh. Kejayaan melaksanakan amal soleh adalah dengan izin Allah. Tanamkan rasa syukur dan berharap agar Allah akan sentiasa membuka pintu hati kita agar sentiasa hampir kepadaNya dengan beristiqamah dalam melakukan amal soleh.

Istiqamah merupakan suatu proses yang bukan mudah. Tetapi perkara yang sukar tidak bererti ianya tidak boleh dilaksanakan. Tiada satu perkara pun yang sukar melainkan menjadi mudah apabila dimudahkan oleh Allah. Jika Allah permudahkan apa sahaja yang kelihatan sukar dan payah dilakukan akan menjadi mudah. Begitu juga sebaliknya; sesuatu yang nampak mudah dilaksnakan akan menjadi sukar apabila Allah tidak permudahkan urusan tersebut. Oleh itu kita disarankan agar memperbanyakkan doa agar dimudahkan oleh Allah dalam segala urusan kita, keluarga dan sahabat-sahabat.

Keluaran Julai betul-betul merefreshkan kembali memoriku tentang sebuah hadith yang mafhumnya ; “Bukan amal seseorang yang memasukkan ke dalam syurga atau melepaskannya daripada neraka, termasuklah aku. Tetapi ialah semata-mata rahmat Allah swt belaka”. (HR Muslim)
 
Kita semua meyakini bahawa hak syurga dan neraka malah keseluruhan yang ada di alam ini adalah hak MUTLAK Allah azza wa jalla. Perlu kita tanamkan dalam minda kita bahawa seseorang itu akan memasuki syurga kerana rahmat dan keredhaan Allah dan bukan atas tiket amal soleh kita. Ertinya sudah memiliki tiket belum menjamin kita akan memasuki syurga. Inikan pula jika tiada tiket langsung. Jika tiada tiket secara automatiknya sudah tentu insan itu tidak layak untuk mendiami Jannah Allah. Itulah pentingnya kita berasa bersyukur dan sentiasa berharap agar Allah mempermudahkan kita dalam melakukan amal soleh agar dapat menyedikan tiket untuk pulang ke negeri abadi. Jangan sesekali kita bangga dengan amal soleh yang telah kita laksanakan, ini adalah kerana ianya bukan milik kita secara mutlak. Ianya adalah kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih untuk menerimanya.

Iman dan amal adalah perlu untuk kita mencari syurga adalah perlu untuk kita menyusuri jalan ke syurga.Ia nya merupakan perintah Allah dan RasulNya.Dengan menyedari amal soleh tidak menjamin tempat di syurga maka ini membuka ruang untuk kita agar sentiasa ikhlas dalam beramal. “Sesungguhnya Kami turunkan kitab kepada engkau dengan sebenarnya, maka sembahlah Allah, serta mengikhlas agama bagiNya.” (az-Zumar:2.)


Jangan kita bergantung harap atau bertawakal dengan amal soleh kita, sebaliknya kita hendaklah bertawakkal kepada Allah swt. Dialah pemilik MUTLAK segala alam dan isinya yang tidak terjangkau untuk kita memikirnya. Amal soleh adalah bukti keyakinan dan penyaksian taat setia. Ia menjadi sebab dan kayu pengukur untuk penilaian sejauh mana seseorang hamba itu redha dengan suruhan dan laranganNya. Selepas itu barulah layak kita berharap diredhai olehNya. walhu 'alam ....

Semoga Tuan Guru Nik Aziz segera sembuh …… ameeeennnn ..

Sunday, July 18, 2004

Menganalisa dan Menjawab Lima Alasan Mereka yang Menolak Penurunan ‘Isa Pada Akhir Zaman

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful
 
Dalam minggu lepas atau 2 minggu lepas ada menerima satu email yang menglinkkan pada satu url. The java animation was nice. Subhanallah .... Maha Suci Allah yang menciptakan kejadiaan dengan secantik-cantiknya. Cubalah kita sama-sama saksikan sebahagian dari keindahan ciptaan Allah di url ini http://micro.magnet.fsu.edu/primer/java/scienceopticsu/powersof10/index.html

Alam maya dewasa ini sememangnya antara medium yang boleh digunakan untuk menaut tautan ukhwah sesama muslim. ianya juga boleh digunakan dalam usaha untuk berdakwah. last week ana ada email akhi hafiz firdaus memohon permissi untuk meletakkan artikel beliau yang bertajuk Benarkah Nabi Isa as akan turun pada akhir zaman? yang ditulis oleh beliau dalam majalah I keluaran Julai 2004.  Tujuan asal sekadar untuk memohon permisi beliau. Tetapi dengan baik hatinya beliau siap kasi file tersebut dalam format MS word.... Syukran akhi.
 
Artikel beliau adalah bertujuan untuk memperbetulkan tanggapan tentang isu ini setelah terdapat sebuah majalah tempatan yang memutarbelitkan tentang isu  Nabi Isa as ini. alhamdulillah ... with his  simple explaination people will understand and  totally will disagree with opinion of si tora-tora (gelaran Astora Jabat dalam al-ahkam.net) crony. Ramai juga orang yang menulis mengenai isu ini di dalam majalah I keluaran Julai ini. Jadikan dapatnya dipasaran sementara stok masih ada. Masih ada lagi ker ha? dah nak dekat2 hujung bulan nie... Cubalah cari bagi sesiapa yang berminat. Secara jujur saya katakan ianya best untuk dibaca dan difahami kerana akhi hafiz firdaus cuba menjawab persoalan/alasan yang dibangkitkan oleh kroni-kroni si tora-tora.
 
Menganalisa dan Menjawab Lima Alasan Mereka yang Menolak Penurunan ‘Isa Pada Akhir Zaman.   
Oleh :
Hafiz Firdaus Abdullah.

Antara iktikad Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah beriman kepada penurunan atau kebangkitan semula Nabi ‘Isa ‘alaihi salam pada akhir zaman. Keimanan ini adalah berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mutawatir yang menerangkan tentang penurunan semula Nabi ‘Isa a.s. pada akhir zaman.

Namun pada waktu yang sama wujud segelintir umat Islam yang menolak penurunan Nabi ‘Isa a.s. pada akhir zaman. Mereka memiliki beberapa alasan bagi penolakan ini. Namun jika kita mengkaji alasan-alasan mereka, semuanya dapat dirumuskan kepada lima alasan yang membentuk dasar penghujahan mereka. Insya-Allah artikel yang ringkas ini akan menganalisa dan menjawab lima alasan tersebut. Tidak dinafikan bahawa wujud alasan-alasan yang lain juga. Akan tetapi memadai untuk ketika ini kita memberi tumpuan kepada lima alasan sahaja memandangkan ia adalah yang paling lazim mereka kemukakan.  

Alasan Pertama:
Hadis-hadis yang menerangkan penurunan Nabi ‘Isa a.s. bersifat hadis ahad. Tidak boleh berpegang kepada hadis ahad dalam persoalan yang melibatkan aqidah.


Analisa dan Jawapan:

Alasan di atas dapat kita jawab dari dua sudut. Pertama, pendapat yang mendakwa hadis ahad tidak boleh dijadikan pegangan dalam persoalan aqidah adalah pendapat orang-orang mutakhir yang tidak memiliki penguasaan sepenuhnya dalam bidang hadis. Sila rujuk artikel Hadis Ahad & Azab Kubur: Membetulkan Kekeliruan Yang Ditimbulkan (Majalah i edisi April 2004) dan Kedudukan Hadis Ahad: Dari zaman awal Islam sehingga kini (Majalah i edisi Julai 2004).

Kedua, mendakwa hadis-hadis yang wujud dalam sesuatu persoalan sama ada bersifat hadis ahad atau mutawatir adalah tugas para ahli hadis sahaja. Seseorang yang bukan ahli hadis, apatah lagi jika hanya sekadar seorang pemikir dan modernis, tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mendakwa sesuatu persoalan itu hanya didasari oleh hadis ahad. Dakwaan bahawa persoalan penurunan Nabi ‘Isa a.s. hanya didasari oleh hadis ahad adalah bukti terbaik bagi membenarkan poin kedua ini.
 


Total Suppression System (FE-227)

In The name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah ….
Perjalanan ke beberapa site sebelum ini terasa sedikit berbaloi..
Trip to kelantan, melaka, jb dan n9.
 
Semalam mendapat panggilan dari En Jalil dari Telekom JB.
He told me that our company had been successfully offered the project.
Replacing the current total suppression system (halon 1301) to our product FE-227.
This is a clean agent total suppression system. The contract value alhamdulillah .... around 400k
 
Mungkin tidak sempat untuk bercerita panjang tentang apakah dia FE-227.Mungkin a brief one ..insyaAllah

Mungkin ramai di antara kita berpendapat the only gas agent untuk suppress fire is CO2 gas.
Sebenarnya  masih banyak lagi gas yang boleh digunakan untuk memadam api.
CO2 merupakan salah satu darinya, tetapi permasalahan yang timbul adalah ketidak sesuain gas in dari segi penggunaan ditempat-tempat yang sensitif seperti bilik-bilik server, bilik TOMA dan beberapa bilik lagi 
Ini adalah kerana CO2 meninggalkan residue. Itu yang menyebabkan ianya kurang sesuai untuk digunakan dibilik-bilik sensitif seperti server room dan etc
 
 
 
FE‑227ea fire suppression agent environmentally acceptable replacement for Halon 1301. HFC‑227ea has a zero owns depleting potential, a low global warming potential and a short atmospheric lifeline.
 
Kenapa ya Telekom  (TM) hendak menukar sistem sedia ada kepada FE-227 system?
Ini adalah kerana Halon menghasilkan CFC ..
Kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua premis menghentikan penggunaan gas Halon sehingga tahun 2005 ...
Hanya Kementerian Pertahanan sahaja yang masih dibenarkan menggunakan sistem ini.
Jadi nak tak nak TM terpaksa lah menukar sistem sedia ada.
Sistem ini juga berkebolehan memadam api dibawah 10 saat.
Kalau ada sahabat-sahabat yang ingin detail tentang product FE-227 bulih la ke laman web Fike.
The company that I worked for is the sole distributor of Fike product in Malaysia.
Nak cerita panjang pon tak berapa reti .. :)
Kelemahan yang paling nyata sistem ini ialah ...harganya.....
ianya agak mahal jika dibandingkan dengan sistem-sistem gas lain yang sedia ada.
Tapi gas sedia ada yang lain plak kurang bersih ... dan kalau ada yg bersih plak, ianya bertoksik ...
Mungkin sebab itulah sistem nie mahal ...
 
Alamak ...panjang betul mengarut hari nie .
Setakat ni yang mampu ditulis tentang FE-227 ...
Kalau nak citer banyak2 rasanya macam tak terlarat nak ditulis.
insyaAllah petang nanti nak share satu bahan dari akhi Hafiz Firdaus.
 
Wallahu a'lam  

HOME

Saturday, July 17, 2004

Riya'

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah...disini terasa ingin berkongsi artikel berkaitan penyakit hati yang bernama riyak. Marilah kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh agar tidak terjerumus ke dalam penyakit hati ini. Amal yang tidak ikhlas walaupun sekelumit tidak akan diterima Allah. Sama-sama kita mengajar diri kita agar mengikhlaskan amal ibadat kita dan segala apa yang kita lakukan adalah kerana Allah SWT... Moga-moga kita beroleh keberuntungan ... ameennn....

"Beramal kerana manusia adalah syirik, meninggal amal kerana manusia adalah riyak dan ikhlas adalah ubat yang akan menyelamatkan manusia daripada kedua penyakit tersebut."
Di sini janganlah kita meninggalkan amal kerana takut manusia katakan kita riyak, secara tidak sedar kita telah melakukan riyak andainya kita takut dikatakan manusia sedemikian, sesungguhnya amalan kita hanya layak dinilai oleh Rabb ul Izzati ...


Terdapat banyak nas al-Quran dan Sunnah yang menunjukkan bahawa penyakit riyak adalah perbuatan haram dan tercela. Dalam sebuah hadis qudsi Rasulullah SAW  bersabda: Allah SWT berfirman: "Aku Dzat yang paling tidak memerlukan sekutu. Barangsiapa yang beramal dengan menyekutukanku, maka Aku tinggalkan dia dan perbuatan syiriknya. " (HR Muslim) 

Dan Rasulullah juga telah bersabda: "Sesungguhnya yang paling saya takutkan pada kalian adalah syirik paling kecil" Para sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan syirik paling kecil itu?" Baginda menjawab: "Riyak." Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari semua amal hamba dibalas (hari kiamat): "Datangilah orang yang dulu kalian tunjukkan amal kalian padanya di dunia, lihatlah apakah kalian mendapatkan balasan daripada mereka." (Hadis riwayat Ahmad clan Al Baghawi. Syekh al Albani berkata: sanadnya baik (jayyid)," lihat Salasilah Hadis Sahih) 


Abu Umamah al-Bahiliy melihat seorang lelaki di dalam masjid sedang menangis ketika sujud, kemudian beliau herkata: "Seandainya ini saudara lakukan di rumah saudara (tentu lebih baik)."
 

SJSSAAS


In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah … dapat juga mencoret sesuatu hari ini.Setelah agak lama tidak berpeluang untuk menghantanr posting di dalam blog ini hari ini berpeluang untuk menjengah ke rumah maya ku ini … Hambatan tugas membuat diriku tak sempat menulis posting … malah menjengah pon tak sempat …kesempatan yang ada dalam weekend ini insyaALLAH akan ku cuba untuk berkongsi ilmu.

Sepanjang minggu diriku di tempatkan di Kapar Power Station. Stesen janaelektrik yang berkeupayaan menjana electricity at 2420 MW. Byak tu …. Kalu kene confirm tak hidup. Mungkin kebanyakan dari kita sudah mengetahui, tapi sekadar berkongsi pengalaman, This power plant is the largest plant yang ada kat Malaysia. Dan kosnya toksah cakap lah. Kalau Manjung power plant bernilai hampir 7 Billion, this power plant should be more. Subhanallah…this power plant is really huge. In term of producing power it is the largest and in term of equipment pon this plant is the largest. This power plant is a multi fuelled power plant. Tidak kurang dari 3 jenis system (plant) yang digunakan untuk menghasilkan tenaga di sini. Sebab itu ia dipanggil multi-fuelled plant. Gas turbine plant, conventional thermal (oil/thermal) and another conventional thermal (coal). This plant is divided into three phase, 1,2 and 3. Phase 1 consist of Gas Turbine plant…. MasyaALLAH, those turbine was really beautiful. Alhamdulillah tadi berpeluang tengok turbin nie diservis.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Stesen Janaelektrik Sultan Abdul Aziz Shah (SJSAAS) diri ini mampu hanya memuji kekuasaan Allah. Bayangkan Allah mengurniakan manusia akal yang size nyer kecil sahaja tapi berkeupayaan besar. Berkeupayaan besar sehingga boleh menghasilkan sebuah power plant yang sebegini besar dan sebegini cantik. InsyaALLAH kalau berpeluang nanti akan ku kepilkan beberapa foto stesen ini. Stesen ini berkupayaan menjana elektrik sebanyak 2420MW, satu jumlah yang besar. Mampu menyediakan bekalan elektrik hampir kesemua pantai barat semenanjung Malaysia, walaupun tidak semua tetapi hampir kesemua. Keupayaan 2420MW yang dijana oleh stesen ini menelan belanja billion ringgit dan masa yang lama untuk menyiapkan sebuah stesen yang berkeupayaan seperti ini. Tetapi sedarkah kita Allah telah mengurniakan kita dengan satu sumber electricity yang lebih hebat dari mana-mana stesen yang terdapat didalam dunia ini dalam beberapa saat. Kita dipinjamkan aqal oleh Allah dalam proses menjana electricity sebanyak 2420 MW tetapi kita manusia jarang berfikir yang Allah mengurniakan kita dengan satu kuasa yang berkeupayaan lebih hebat dari stesen-stesen ini. Apa yang ana maksudkan ialah kilat, sedar atau tidak kilat boleh menghasil elektrik sebanyak 100 million to one billion volts. subhanallah …. Within a few second the power can be generated at enormous amount. Marilah kita sama-sama melihat kekuasaan Allah dalam menjalani kehidupan kita sebagai hambaNya. Lihat sambil berfikir. Terlalu banyak ayat-ayat Allah yang menyeru kita berfikir tentang kekuasaanNya agar kita hampir kepadaNya.

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir. (al-Baqarah:219)

Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (ar-Ra'ad:3)

Bukan dengan terciptanya equipment yang hebat-hebat ini kita mengagumi manusia yang menciptanya. Tanpa keizinan dari Allah tidak mungkin sesuatu perkara itu akan terbina. Sebagai contohnya SJSAAS ini, dengan izin Allah, dengan kepandaian yang Allah pinjamkan kepada hamba-hambaNya yang membina stesen ini maka terbinalah stesen ini. Stesen yang dapat menjana dan memberi manfaat kepada kita semua (end user). Setakat ini Allah mengizinkan manusia bagaimana untuk menjana elektrik pada kadar tertentu dengan membina stesen-stesen seperti ini. Kita manusia belum mampu untuk mengambil dari sumber semulajadi bekalan elektrik ini, walaupun ianya terdapat di merata tempat yakni kilat. Kilat boleh dijadikan sumber tenaga kepada manusia sejagat, Cuma kemampuan manusia terbatas dan tidak mampu untuk tab this natural resources to store and distribute it to us as an end user. Perkara mendapatkan bekalan elektrik dari sumber kilat tidak mustahil boleh berlaku suatu hari nanti dengan izin Allah. At the moment, the major problem for us to tab this natural resources is due  to determine the exact location and time where and when the lightning will strike. Siapa yang tahu bila dan dimana kilat akan berlaku? Tiada siapa yang dapat tahu secara pasti, perkara ini suatu hari mungkin akan berlaku…. InsyaALLAH…

Sebagai contoh, tenaga nuclear, siapa sangka suatu masa dahulu plutonium dan uranium boleh menghasilkan tenaga sehebat yang kita tahu sekarang. La nie ada, nuclear power power plant, nuclear powered carrier, nuclear powered submarine. Apa yang pasti ini semua berlaku dengan keizinan Allah. Rahmat Allah kepada manusia.  
  
wallahu'alam

HOME


Sunday, July 11, 2004

Hikmah Penurunan al-Quran beransur-ansur

In The name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Ucapan terima kasih dimulakan pada seorang sahabat yang sudi berkongsi buku bertajuk Uloom al-Quran. JZKK sahabat.

Surah-saurah di dalam al-Quran dikategorikan kepada 2 bahagian yakni Madaniyah dan Makkiyah. Al-Quran diturunkan beransur-ansur. Banyak hikmahnya penurunan al-Quran diturunkan beransur-ansur, antaranya ialah ;

1. Meneguhkan hati Nabi s.a.w. berdasarkan firman Allah Ta'ala (al-Furqan 32-33):

Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)? Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).

2. Memudahkan hafalan, kefahaman dan amalan terhadap al-Quran kepada manusia dengan membacanya sedikit demi sedikit. Firman Allah Ta'ala (al-Isra : 106):

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

3. Memotivasikan kesungguhan mereka untuk menerima dan beramal dengan ayat-ayat yang turun. Cara beransur menjadikan manusia menanti-nanti dengan penuh semangat dan kerinduan terhadap penurunan ayat khususnya, apabila keadaan amat memerlukan seperti peristiwa al-ifk (pendustaan) dan al-li'an (laknat melaknati).

4. Pensyariatan secara berperingkat sehingglah sampai ke tahap sempurna, seperti dalam ayat-ayat pengharaman arak yang merupakan amalan dan kebiasaan masyarakat jahiliah. Adalah berat bagi mereka sekiranya turun larangan serta-merta mengharamkan arak. Ayat pertama turun ialah firman Allah Ta'ala (al-Baqarah :219):

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.

Ayat ini membuka penerimaan mereka terhadap pengharaman arak kerana akal yang waras menuntut supaya meninggalkan perkara, yang dosanya lebih besar daripada manfaatnya.Ayat kedua yang turun ialah firman Allah ta'ala (an-Nisa' : 43)

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan

Ayat ini melatih mereka supaya meninggalkan arak pada masa-masa tertentu iaitu ketika solat. Dan ayat terakhir turun ialah firman Allah Ta'ala (al-Maidah : 90-92)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

Sumber : Uloom Al-Quran, Terjemahan Fadlan bin Mohd Othman

HOME

Saturday, July 10, 2004

Orang Melayu dan Doa

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Masyarakat melayu yang rata-ratanya beragama Islam adalah begitu sinonim dengan doa. Kita sebagai umat Islam dituntut memperbanyakkan doa. Malahan hampir setiap aktiviti yang kita laksanakan dianjurkan agar dimulakan dengan doa. Bangun seawal pagi untuk mendirikan solat ada doanya, masuk ke dalam tandas ada donya, keluar tandas ada doanya, makan ada doanya, menaiki kenderaan ada doanya, hampir semua aktiviti yang kita laksanakan ada anjuran doanya, antara mahu atau tidak sahaja untuk kita menghafaznya.

Doa muqaddimah dalam majlis-majlis. Adakah ia perlu? Perlu dan tidak perlu adalah jawapannya. Kedua-duanya adalah jawapan yang sesuai untuk menjawab satu persoalan yang pendek ini. Doa dimulakan di dalam sesuatu majlis ilmu bagi mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dari ilmu yang dituntut.
Terpanggil untuk menulis darihal doa dalam entry ini adalah untuk berkongsi pendapat saudara Abdul Jalil dalam tulisan beliau yang bertajuk Orang Melayu dan doa. Sebagai umat Islam kita dituntut untuk memperbanyakkan doa. Doa dipohon dengan penuh rasa khusyuk dan tawadhu' dan yakin ianya akan diperkenankan oleh Allah. Dan antara perkara lain yang boleh dikatakan penting dalam berdoa selain 2 perkara yang dinyatakan tadi ialah biarlah perkara yang kita doakan itu perkara yang membawa kebaikan, kita dilarang memohon doa atas perkara keburukan dan kemungkaran. Selain 3 perkara itu, kita diajar adab-adab berdoa. Doa merupakan senjata setiap mukmin.

Doa bukan sahaja dijadikan bahan perantara di antara insan dan al-Khaliq sewaktu kita berada di dalam kesusahan sahaja. Biarlah dalam berdoa kita sentiasa beristiqamah. Tidak kira sewaktu kita susah atau senang kerana kita sebagai manusia sememangnya memerlukan Allah. Kita tidak dapat lari dari hakikat itu. Kita dijadikan olehNya untuk beribadat kepadaNya dan sentiasa mengingatiNya. Apabila manusia ditimpa kesusahan, ia memohon kepada Kami, tengah berbaring, tengah duduk atau tengah berdiri. Tetapi tatkala Kami hilangkan kesusahan itu, lalu ia seolah-olah tiada memohonkan kepada Kami atas kesusahan yang menimpanya. Demikianlah dihiaskan (pandangan baik) kepada orang-orang yang berlebihan terhadap apa-apa yang mereka kerjakan (Yunus : 12)

Ayat ini memperihalkan kekusutan jiwa manusia. Tatkala dalam kesusahan barulah memohon pada Allah, tatkala hajat tercapai mereka lupa hajat mereka dicapai dengan izin Allah. Tanpa keizinan Allah tidak mungkin sesuatu perkara boleh berlaku. Lihat sahajalah saintis-saintis barat yang kufur. Mereka lupa satu elemen yang kejayaan mereka itu merupakan dengan izin Allah. Mari kita lihat, Edison dalam proses mencipta lampunya, dia telah mencuba sebanyak 399 kali, percubaannya yang ke 400 berjaya mendapat keputusan seperti yang dikehendakinya. Setelah berusaha sebanyak 400 kali baru beroleh kejayaan. Tapi Edison lupa bahawa kejayaan yang dimilikinya itu adalah dengan izin Allah. Jika tanpa izin Allah mana mungkin ia berlaku. Di sini mari kita lihat, jika Edison berjaya atas usahanya sendiri, mengapa kejayaan tidak muncul pada percubaannya yang pertama, kedua atau yang ketiga. Mengapa pada percubaan yang ke 400 baru berjaya? Bukankah percubaan memerlukan masa dan perkara ini (mengulangi exp) adalah suatu yang memakan masa. Ini adalah kerana Allah mengizinkan perkara itu berlaku pada percubaan ke 400. Golongan kafir cuba mengabaikan aspek ini. Mereka percaya bahawa kejayaan mereka adalah kejayaan mutlak mereka. Adakah kita mahu menjadi seperti mereka? Sudah pasti tidak.

Berbalik kita pada masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu memang mementingkan doa sejak dari zaman dahulu lagi. Pantang ada majlis hampir pasti doa akan dipohon dan dibacakan. Upacara menepung tawar kapal dan jentolak baru pun dimulakan dengan doa, padahal sudah jelas menepung tawar, merencis kunyit dan perkara-perkara yang seumpama dengannya bertentangan dengan ajaran Islam.

Kewajaran berdoa dalam majlis-majlis yang ada unsur-unsur maksiat patut diberi perhatian oleh kita masyarakat Melayu. Sebagai contoh majlis perkahwinan yang diselitkan unsur-unsur maksiat didalamnya adalah sangat tidak wajar dimulakan dengan doa. Contohnya majlis perkahwinan yang diselitkan dengan aktiviti maksiat adalah seperti mengadakan joget lambak, tetamu yang hadir berpakain bertentangan dengan ajaran Islam. Bagaimanakah halnya permohonan kita akan dikabulkan jika terdapat perkara mungkar di dalam majlis yang kita jalankan? Pada dasarnya perkahwinan merupakan suatu perkara yang baik, tiada siapa yang dapat menafikan perkara ini, tetapi ianya boleh bertukar menjadi perkara yang diselubungi maksiat apabila kita terlalu terpengaruh dengan tuntutan masyarakat yang telah mengamalkannya sejak sekian lama. Tuan rumah atau orang yang dijemput untuk membaca doa mendoakan pasangan pengantin beroleh keberkatan dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri, tetapi pada masa yang sama majlis itu diselubungi perkara yang dimurkai oleh Allah. Bagaimana ya? Apabila hambaKu bertanya kepada engkau tentang halKu, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan doa orang yang meminta, bila ia meminta kepadaKu, tetapi hendaklah ia mengikut perintahKu, serta beriman kepadaKu, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk (al-Baqarah : 186)

Mari kita lihat ayat ini, Allah hampir kepada kita dan Dia memperkenankan doa hamba-hambaNya, TETAPI bersyarat!!!!! Syaratnya seperti yang dinyatakan di atas. Mengikut perintahKu dan beriman kepadaKu. Adakah dalam majlis seperti dinyatakan diatas boleh dikategorikan sebagai mengikut perintahNya. Sama-samalah kita renungkan dan mengambil pengajaran dari beberapan keping wahyu ini. Jangan kita jadikan contoh perkahwinan sahaja dalam berdoa ini. Dalam kehidupan seharian kita juga hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh mengikut perintahNya. Mungkin doa kita tidak diangkat oleh Allah kerana kesilapan kita dalam melaksanakan tuntutan ajaran Islam.

Satu lagi contoh klasik yang diketengahkan oleh saudara Abdul Jalil ialah ; sebelum memotong riben pada majlis perasmian satu ekspo perdagangan, doa dibacakn oleh tokoh agama. Antara isi kandungan doa ialah memohon kesempurnaan, keselamatan dan keberkatan sepanjang ekspo berjalan. Apa agaknya status doa berkenaan apabila sepanjang ekspo selama sebulan itu acara-acara hiburan termasuk memilih ratu ekspo, juga ada pelbagai permainan yang berbentuk perjudian? Mungkin setelah membaca ayat al-Baqarah 186 kita dapat menafsirkan status doa yang dibacakan. Walau apa pun tafsiran kita, termakbulnya sesuatu doa adalah hak mutlak Allah. Kita manusia hendaklah kita sentiasa mengingatiNya dan memohon kepadaNya.

Semoga kita muslimin dan muslimat sentiasa beroleh taufik dan hidayahNya….. ameennn..

HOME

Thursday, July 08, 2004

Sifat Dermawan

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Sebaik-baik sikap manusia terhadap harta benda adalah jika harta tersebut tidak ada disampingnya hendaknya ia bersikap qanaah dengan apa yang ada. Sebaliknya jika ia memiliki harta kekayaan yang melebihi dari keperluannya hendaklah ia mengutamakan orang lain, pemurah, berbuat makruf dan sesekali tidak bakhil atau kedekut.

Sifat murah hati atau dermawan adalah sebahagian dari akhlak para nabi. Sifat pemurah juga menjadi pangkal keselamatan seseorang. Ia juga ibarat ranting yang merimbun di dalam syurga sebagaimana dinyatakan oleh baginda Rasulullah SAW Sifat pemurah itu adalah sepohon kayu dari kayu syurga. Dahan dan rantingnya merimbun sampai ke bumi. Maka sesiapa yang mengambil satu ranting daripadanya nescaya ranting itu akan membawanya ke syurga (HR Ibnu Hiban)

Sifat murah hati dan dermawan adalah antara sifat yang disukai oleh Allah SWT. Sebagaimana diceritakan oleh Abdullah b Amr sebagai berikut; Rasulullah SAW bersabda Ada 2 sifat yang disukai oleh Allah SWT dan 2 sifat yang dibenci olehNya. 2 sifat yang disukaiNya ialah baik akhlak dan pemurah dan 2 sifat yang tidak dibenciNya adalah jahat akhlaknya dan bakhil. Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang hamba, nescaya digunakan hamba tersebt untuk menunaikan hajat manusia (HR Abu Mansur ad-Dailami)

Ringan tangan dan cepat kaki, iaitu panggilan orang yang suka membantu orang lain dengan sifat pemurahnya dapat membawa seseorang itu masuk ke syurga dengan sebab diampuni dosanya. Aku bertanya, Wahai Rasulullah SAW, tunjukkanlah aku kepada amal yang membawa ku ke syurga, Kemudian Baginda menjawab Sesungguhnya sebahagian dari apa-apa yang dapat memastikan pengampunan dosa adalah; memberi makanan, mengucapkan salam dan sentiasa baik perkataan (HR at-Tabrani)

Cuba kita perhatikan sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang berkorban nyawa dan harta benda untuk memastikan Islam bangkit dibumi ini. Saidina Abu Bakr menginfaqkan seluruh hartanya di dalam peperangan Badar Saidina, Umar pula menginfaqkan separuh harta beliau di dalam peperangan yang sama. Marilah sama-sama kita menanamkan tekad untuk bersedeqah walaupun nilainya sedikit, yang penting usaha kita ikhlas kerana Allah. Jika tangan kita selalu menghulur, insyaAllah ianya akan menjadi kebiasaan dalam diri kita dan kita akan merasakan rezeki akan sampai kepada kita tanpa disangka-sangka. Allah menyintai orang kaya yang selalu bersedeqah, dan Allah lebih menyintai orang miskin yang bersedekah.

HOME


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!

Sunday, July 04, 2004

Musibah dan Hakikatnya

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah ....Hari ini dapat menyalin kembali hasil pembacaan untuk diposkan ke dalam entry blog.This entry is a bit long and the this entry also is available at my index article page. insyaAllah mulai dari hari ini, jika ada kesempatan artikel-artikel akan diindexkan di index article page .... insyaAllah

Firman Allah :
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (Al-Baqarah: 156-157)
Khalifah Umar bin Khattab ra berkata: Sebaik-baik ucapan kemuliaan bagi orang yang ditimpa musibah adalah ucapan kedua Ayat di atas, sebagaimana yang di jelaskan pula di dalam hadith Rasulullah SAW yang maksudnya:

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. (HR Bukhari)

Di dalam hadith. yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud maksud:

"Apa pun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya." (HR Muslim)

Sabdanya, lagi yang bemaksud:

"Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya."(HR Bukhari & Muslim)

Imam Ahmad dari Yunus, dari Ibnu Saad, dari Yazid bin Abdullah, dari Affik bin Abu Amir, dari Muttalib, dari Ummu Salamah berkata: "Pada suatu ketika Abu Salamah mendatangiku setelah ia kembali dari menemui Rasulullah, ia berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang sungguh membuat saya merasa gembira, sebagaimana, sabdanya: 'Tidak ada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim lalu ia membaca Istirja' (Inna Lillahhi wa Inailaihirajiun) pada saat musibah itu menimpanya, berdoa:

Ertinya:
"Ya Allah berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengabulkan doanya."

Ummu Salamah seterusnya berkata: Pada saat Abu Salamah meninggal dunia saya menghafal doa itu dan saya, membaca, Istirja' serta berdoa: "Ya Allah berilah kami pahala dari musibah yang menimpa, pada diri kami ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dan Abu Salamah"

Pada saat saya telah mulai sedar dari kesedihan yang saya alami, saya bertanya kepada diri saya sendiri: "Siapakah orang yang lebih baik dari Abu Salamah?"
Akhimya pertanyaan saya itu terjawab setelah masa iddah saya, habis. Rasulullah SAW datang bertamu ke rumah saya, lalu merninta izin untuk masuk. Saya pun mengizinkannya masuk, lalu saya memberikan sebuah bantal kepadanya untuk sandaran. Baginda duduk lalu baginda meminang diri saya untuk dirinya sendiri.

Pada saat itu saya berkata: "Siapakah yang tidak menginginkan hal itu.Walaupun demikian, saya harap baginda maklum, saya adalah orang yang sangat cemburu, dan saya merasa takut jika Allah akan menyeksa diri saya disebabkan perasaan cernburu saya itu dan saya pun wanita yang sudah agak tua dan mempunyai keluarga."

Baginda menjawab: "Adapun tentang kecemburuanmu itu, maka Allah akan menghalangkannya, tentang umurmu yang sudah agak tua, maka keadaanku pun demikian juga.Adapun tentang keluargamu, maka keluargamu adalah keluargaku.

"Ummu Salamah berkata: "Saya pun menyerah kepada kehendak baginda."

Maka Rasulullah SAW mengahwini Ummi Salamah. Setelah itu Ummu Salamah berkata: "Benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah SWT itu. Dia, telah memberikan ganti untukku dengan yang lebih baik dari Abu Salamah."Lihatlah berapa mustajabnya doa seorang yang sabar dalam menempuh musibah.

Hidup di dunia ini memang tidak sunyi dari senang dan susah, dari suka dan duka yang datang silih berganti. Barangsiapa yang menyangka bahawa hidup ini hanya kesenangan, kegembiraan serta kemewahan semata-mata atau menyangka sebalikya bahawa hidup ini hanya kesusahan, kesedihan, kesempitan selama-lamanya, maka sudah pasti sangkaannya itu adalah sangkaan yang salah. Di antara kesenangan dan kesusahan itulah merupakan seni kehidupan dan ianya juga telah merupakan sunnatullah pada alam semesta ini. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian dan cubaan. Segala. sesuatunya apabila tidak diuji atau dicuba, maka tidak akan kelihatan keasliannya sehingga orang tidak dapat mengetahui mana yang emas dan mana yang tembaga.

Demikian juga terhadap manusia khususnya terhadap orang yang telah mengaku bahawa dirinya beriman sudah tentu harus melalui ujian dan cubaan pula. Sebagaimana firman Allah SWT

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (al-Ankabuut : 2-3)
Dalam ayat di bawah ini dijelaskan pula tentang hubungan antara manusia dengan kehidupan adalah hubungan antara ujian dan cubaan Sebagaimana firman Allah SWT:
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (al-Kahfi 7-8)
Ujian dan cubaan itu tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan sahaja, akan tetapi dapat juga berupa kesenangan, kemewahan dan sebagainya, sebagaimana firman Allah SWT
.......Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(al-Anbiya':35)
Ujian yang datang dari Allah berupa nikimat harta kekayaan dan berbagai macam kesenangan pada hakikatnya adalah lebih berat daripada ujian dengan bencana, seksaan dan lain-lain. Alangkah ramainya orang-orang memperoleh kekayaan akan tetapi dengan kekayaannya itu menyebabkan celaka bagi dirinya, kerana ia tidak dapat menggunakan hartanya itu dengan sebaik-baiknya. Kekayaan seperti itu justeru menjadi ujian bagi dirinya.Dernikian pula dapat kita lihat orang yang diuji dan dicuba dengan kekuasaan, kemegahan, pangkat dan lain-lain. Hal yang demikian dan ini di peringatkan oleh Allah SWT dalarn firmanNya yang maksudnya:
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (al-Alaq : 6-8)
Rasulullah SAW bersabda yang bemaksud:"Demi Allah, bukanlah kekafiran atau kerana kemiskinan yang aku bimbangkan ke atas kamu, akan tetapi aku bimbang kalau-kalau kemewahan dunia yang kamu dapatkan sebagaimana yang telah diberikan kepada orang-orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu sehingga kamu binasa sebagaimana mereka dahulu bergelumang dan binasa." (HR Bukhari)

Ujian dan cubaan itu bermacam-macam dan bertingkat-tingkat pula. Ada ujian yang menimpa badan, harta, anak pengaruh, kekuasaan, jawatan, aqidah dan lain-lain. Demikian juga perintah dan larangan dalam agama termasuk ujian dan cubaan.Di atas telah diterangkan, bahawa ujian yang berat adalah nikmat kesenangan, sedangkan yang ringan adalah ujian yang menimpa pada badan, seperti terkena penyakit atau kemalangan. Ujian pada badan ini dimaksudkan untuk menguji kesabaran, kerelaan seseorang dalarn menerima qadha dan qadar Allah SWT, kalau ternyata ia sabar ditetapkan pahala untuknya atau dihapuskan sebahagian dan dosanya atau diangkat darjatnya, hingga ujian itu menjadi suatu nikmat baginya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah SWT perbuatan buruknya serta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya."(HR. Muttafaq alaih)

Tidak ada musibah yang menimpa seperti, keletihan,kelesuan, sakit, duka, susah atau gangguan sekadar tusukan duri sekalipun, melainkan dihapuskan oleh Allah sebahagian dan dosa seseorang itu.Ujian untuk umat Nabi Muharnmad SAW adalah berupa harta benda dan kekayaan, sebagaimana yang dijelaskan oleh baginda di dalarn sebuah hadith yang maksudnya:

"Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan."(HR Tarmidzi)

Dalarn sebuah hadis Qudsi dijelaskan pula, yang maksudnya:"Wahai anak Adam! padamu telah ada kecupan, namun kamu masih saja mencari-cari apa yang nantinya akan menjadikan kamu melampaui batas wahai anak Adam, sesungguhnya kamu tidak puas dengan yang sedikit dan tidak kenyang dengan yang banyak.(HR Baihaqi)

Sedangkan ujian berupa cinta, akan menyebabkan seseorang melampiaskan hawa nafsu sebagaimana yang diungkapkan oleh Allah SWT dalarn firmanNya:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (ali-Imran:14)
Ujian yang paling berat bagi kaum lelaki ialah apabila ia diuji dengan wanita, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Sepeninggalanku nanti tiadalah ujian yang lebih berbahaya bagi kaun lelaki kecuali godaan kaum wanita."(HR Bukhari)
Adapun ujian yang menyebabkan manusia mudah tergelincir adalah ujian yang berkenaan dengan aqidah dan agama. Ramai orang yang mengaku Islam, beriman, setelah diuji iman dan agamanya oleh Allah SWT dengan berbagai macam cubaan, ternyata lemah dan terjenunus ke dalarn lembah syahwat keinginannya sehingga. menjadi, sesat. Sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya:
Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu dia taatkan manusia) dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk? Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui akan orang-orang yang munafik.(al-Ankabut :10-11)
Rasulullah SAW bersabda, yang maksudnya: "Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula olehAllah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa."(HR Tarmizi)

Dari keterangan yang telah dihuraikan di atas dapatlah disimpulkan di sini, bahawa tujuan dari musibah atau cubaan yang diturunkan Allah kepada hambaNya itu ialah:

1.Untuk membersihkan dan memilih mana orang mukmin yang sejati.
2.Untuk mengangkat darjat serta menghapuskan dosa.
3.Untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba.
4.Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia, sehingga menjadi umat berbudi tinggi.
5.Sebagai latihan, supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendiriannya.

Sesungguhnya Allah tidak berkehendak kepada hambaNya tetapi kitalah hambaNya yang berkehendak kepada Yang Maha Agung.

Sumber : Rahmat diSebalik Dugaan, Terbitan DarulNuman

_____________________________________________________

A few Verse from Al-Quran reminding us about Museebat and make us stronger to face the burden arise...insyaAllah

No misfortune can happen on earth or in your souls but is recorded in a decree before We bring it into existence: That is truly easy for Allah.[al-Hadiid : 22]


What! When a single disaster smites you, although ye smote (your enemies) with one twice as great, do ye say?- "Whence is this?" Say (to them): "It is from yourselves: For Allah hath power over all things." [ali-Imran : 165]


Whatever misfortune happens to you, is because on the things your hands have wrought, and for many (of them) He grants forgiveness.[as-Syuura : 30]


There are certainly among you men who would tarry behind: If a misfortune befalls you, they say: "(Allah) did favour us in that we were not present among them."[an-nisa' : 72]


If good befalls thee, it grieves them; but if a misfortune befalls thee, they say, "We took indeed our precautions beforehand," and they turn away rejoicing.[at-Taubah : 50]


"How then, when they are seized by misfortune, because of the deeds which their hands have sent forth? Then they come to thee, swearing by Allah: "We meant no more than good will and conciliation!"[an-nisa' : 62]


No kind of calamity can occur, except by the leave of Allah. and if any one believes in Allah, ((Allah)) guides his heart (aright): for Allah knows all things.[at-Taghabun : 11]


"If (We had) not (sent thee to the Quraish), in case a calamity should seize them for (the deeds) that their hands have sent forth, they might say: "Our Lord! why didst Thou not send us a Messenger? We should then have followed Thy Signs and been amongst those who believe!" [al-Qasas : 47]


Who say, when afflicted with calamity: "To Allah We belong, and to Him is our return":- [al-Baqarah :156]


HOME

Saturday, July 03, 2004

Wasiat Umar Bin Abdul Aziz

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

1. Percakapan dengan mengingati Allah adalah suatu yang baik, Berfikir tentang nikmat Allah merupakan sebaik-baik ibadat.

2. Aku lebih menyukai kesakitan ketika sakaratul maut (mabuk kematian) kerana ia merupakan pengakhiran kepada perkara untuk mengkifarah(menghapuskan dosa) daripada seseorang muslim.

3. Wahai Tuhanku berilah kebaikan kepada sesiapa yang mana kebaikannya itu memberi kebaikan kepada umat nabi Muhammad s.a.w. Wahai Tuhanku hancurkanlah sesiapa yang mana kehancurannya itu membawa kebaikan untuk umat nabi Muhammad s.a.w.

4. Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.

5. Sebaik-baik niat (qasad) ialah ketika ia ada untuk ditunaikan, sebaik-baik kemaafan ialah ketika berkuasa melakukannya.

6. Sesungguhnya engkau jika sentiasa merasai peringatan hari mati pada waktu malam dan siang maka engkau akan benci kepada setiap sesuatu yang fana (musnah) dan engkau akan mengasihi sesuatu yang kekal dan selamat.

7. Buatlah kebaikan untuk hari akhiratmu maka ia akan memberi kebaikan kepadamu bagi duniamu. Buatlah kebaikan untuk perkara yang tersembunyi maka ia akan memberi kebaikan kepadamu dalam perkara yang nyata. Demi Allah! sesungguhnya seseorang hamba itu tiada antaranya dengan nabi Adam seorang ayah yang hidup melainkan hanyut dalam kematian.

8. Aku berpesan dengan ketaqwaan kepada Allah di mana Dia tidak menerima selain taqwa, Dia tidak kasih melainkan kepada ahli taqwa, Dia tidak memberi ganjaran pahala melainkan atas taqwa. Sesungguhnya mereka yang berpesan dengan taqwa begitu ramai sedangkan mereka yang beramal dengan taqwa begitu sedikit.

9. Ambillah pandangan yang dibenarkan oleh golongan sebelum kamu, Jangan kamu ambil daripada apa yang menyalahi mereka. Sesungguhnya mereka adalah lebih baik daripadamu dan lebih alim.

10. Engkau mesti mempunyai sesuatu yang kekal di sisi Allah kerana setiap sesuatu yang kekal di sisi Allah maka ia akan kekal di sisi manusia. Sesuatu yang tidak kekal di sisi Allah maka ia juga tidak akan kekal di sisi manusia.

11. Sesungguhnya ibadat yang paling baik ialah menunaikan perkara fardhu dan menjauhi segala yang haram.

12. Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan azab kepada umum dengan sebab dosa khusus. Tetapi apabila dilakukan kemungkaran secara nyata maka mereka layak diazabkan secara keseluruhannya.

Sumber :Soleh Ahmad as-Syami, Mawaizh li Imam Umar bin Abdul Aziz, Maktab Islami, 1998


HOME