Sifat Dermawan
In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful
Sebaik-baik sikap manusia terhadap harta benda adalah jika harta tersebut tidak ada disampingnya hendaknya ia bersikap qanaah dengan apa yang ada. Sebaliknya jika ia memiliki harta kekayaan yang melebihi dari keperluannya hendaklah ia mengutamakan orang lain, pemurah, berbuat makruf dan sesekali tidak bakhil atau kedekut.
Sifat murah hati atau dermawan adalah sebahagian dari akhlak para nabi. Sifat pemurah juga menjadi pangkal keselamatan seseorang. Ia juga ibarat ranting yang merimbun di dalam syurga sebagaimana dinyatakan oleh baginda Rasulullah SAW Sifat pemurah itu adalah sepohon kayu dari kayu syurga. Dahan dan rantingnya merimbun sampai ke bumi. Maka sesiapa yang mengambil satu ranting daripadanya nescaya ranting itu akan membawanya ke syurga (HR Ibnu Hiban)
Sifat murah hati dan dermawan adalah antara sifat yang disukai oleh Allah SWT. Sebagaimana diceritakan oleh Abdullah b Amr sebagai berikut; Rasulullah SAW bersabda Ada 2 sifat yang disukai oleh Allah SWT dan 2 sifat yang dibenci olehNya. 2 sifat yang disukaiNya ialah baik akhlak dan pemurah dan 2 sifat yang tidak dibenciNya adalah jahat akhlaknya dan bakhil. Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang hamba, nescaya digunakan hamba tersebt untuk menunaikan hajat manusia (HR Abu Mansur ad-Dailami)
Ringan tangan dan cepat kaki, iaitu panggilan orang yang suka membantu orang lain dengan sifat pemurahnya dapat membawa seseorang itu masuk ke syurga dengan sebab diampuni dosanya. Aku bertanya, Wahai Rasulullah SAW, tunjukkanlah aku kepada amal yang membawa ku ke syurga, Kemudian Baginda menjawab Sesungguhnya sebahagian dari apa-apa yang dapat memastikan pengampunan dosa adalah; memberi makanan, mengucapkan salam dan sentiasa baik perkataan (HR at-Tabrani)
Cuba kita perhatikan sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang berkorban nyawa dan harta benda untuk memastikan Islam bangkit dibumi ini. Saidina Abu Bakr menginfaqkan seluruh hartanya di dalam peperangan Badar Saidina, Umar pula menginfaqkan separuh harta beliau di dalam peperangan yang sama. Marilah sama-sama kita menanamkan tekad untuk bersedeqah walaupun nilainya sedikit, yang penting usaha kita ikhlas kerana Allah. Jika tangan kita selalu menghulur, insyaAllah ianya akan menjadi kebiasaan dalam diri kita dan kita akan merasakan rezeki akan sampai kepada kita tanpa disangka-sangka. Allah menyintai orang kaya yang selalu bersedeqah, dan Allah lebih menyintai orang miskin yang bersedekah.
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home