Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, July 11, 2004

Hikmah Penurunan al-Quran beransur-ansur

In The name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Ucapan terima kasih dimulakan pada seorang sahabat yang sudi berkongsi buku bertajuk Uloom al-Quran. JZKK sahabat.

Surah-saurah di dalam al-Quran dikategorikan kepada 2 bahagian yakni Madaniyah dan Makkiyah. Al-Quran diturunkan beransur-ansur. Banyak hikmahnya penurunan al-Quran diturunkan beransur-ansur, antaranya ialah ;

1. Meneguhkan hati Nabi s.a.w. berdasarkan firman Allah Ta'ala (al-Furqan 32-33):

Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)? Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).

2. Memudahkan hafalan, kefahaman dan amalan terhadap al-Quran kepada manusia dengan membacanya sedikit demi sedikit. Firman Allah Ta'ala (al-Isra : 106):

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

3. Memotivasikan kesungguhan mereka untuk menerima dan beramal dengan ayat-ayat yang turun. Cara beransur menjadikan manusia menanti-nanti dengan penuh semangat dan kerinduan terhadap penurunan ayat khususnya, apabila keadaan amat memerlukan seperti peristiwa al-ifk (pendustaan) dan al-li'an (laknat melaknati).

4. Pensyariatan secara berperingkat sehingglah sampai ke tahap sempurna, seperti dalam ayat-ayat pengharaman arak yang merupakan amalan dan kebiasaan masyarakat jahiliah. Adalah berat bagi mereka sekiranya turun larangan serta-merta mengharamkan arak. Ayat pertama turun ialah firman Allah Ta'ala (al-Baqarah :219):

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.

Ayat ini membuka penerimaan mereka terhadap pengharaman arak kerana akal yang waras menuntut supaya meninggalkan perkara, yang dosanya lebih besar daripada manfaatnya.Ayat kedua yang turun ialah firman Allah ta'ala (an-Nisa' : 43)

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan

Ayat ini melatih mereka supaya meninggalkan arak pada masa-masa tertentu iaitu ketika solat. Dan ayat terakhir turun ialah firman Allah Ta'ala (al-Maidah : 90-92)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

Sumber : Uloom Al-Quran, Terjemahan Fadlan bin Mohd Othman

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home