Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, July 24, 2004

Muraqabah & Muhasabah

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Di sini terasa ingin berkongsi sebuah artikel yang diperolehi dari sebuah buku yang ditulis oleh Abu Mazaya al-Hafiz. Penulis juga ada menulis sebuah sebuah buku Sirah Nabi Muhammad SAW. Buku Sirah yang dikarang oleh beliau agak menarik kerana terdapat pelbagai gaya penulisan yang dipertonjolkan oleh beliau. Antaranya berbentuk dialog dan ada juga beberapa rangkap puisi bagi memastikan pembaca tidak terasa bosan dengan cara penulisan yang mendatar. It was a nice book to read, but a bit thick. Really thick. :) Disebabkan kesuntukan masa dan kekurangan sumber untuk mempublishkan artikel dalam minggu lepas terpaksalah mempublish dihujung minggu. 

Muraqabah adalah sikap lebih memperhatikan perbuatan diri sendiri. Seorang hamba yang ingin menjadi insan bertakwa mesti melatih dirinya agar sentiasa menjaga dan memperhatikan perbuatan dan tingkah lakunya sendiri.

Sikap selalu berhati‑hati tersebut lahir disebabkan adanya keyakinan bahawa Allah SWT sentiasa memperhatikan gerak‑gerinya. Samada di tempat sunyi dan dalam keadaan bersendirian atau di tengah‑tengah orang ramai ia merasa selalu dilihat dan diperhati oleh Allah SWT. Kerana itu ia malu melakukan sesuatu maksiat dan perbuatan dosa.

Keutamaan muraqabah ini akan melahirkan sikap ihsan pada jiwa seseorang. Pada suatu hari Malaikat Jibril a.s bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang perkara ihsan, maka Nabi SAW menjawab: “
Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah SWT seakan‑akan engkau melihatNya.”(HR: AI‑Bukhari dan Muslim)
 
Peringkat ihsan yang lebih rendah adalah sebagai mana diterangkan di dalam hadith Nabi SAW yang mafhumnya sebagai berikut: "Beribadahlah kepada Allah (dalam keadaan) seakan‑akan engkau melihatNya, maka jika engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia SWT melihat engkau." (HR Abu Naim)

Mafhum hadith di atas adalah jika kita tidak mampu melahirkan perasaan seakan‑akan melihat Allah ketika beribadah, maka hendaknya kita merasa diperhati dan dilihat Allah selalu. Dan perasaaan inilah yang seharusnya dimiliki agar kita selalu dalam keadaan muraqabah selama‑lamanya. Sehubungan dengan ini sangat baik difikirkan firman Allah yang bermaksud:".....Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (al-Maidah : 97) 

Muhasabah pula adalah tinjauan semula atau kajian ulang terhadap segala amal perbuatan dan juga keadaan diri seseorang. Penilaian terhadap diri sendiri adalah sangat penting bagi memastikan adanya peningkatan dan perbaikan amal.

Orang yang enggan menilai diri sendiri selalunya hanya sibuk melihat kesalahan dan kekurangan orang lain. Sebagai akibatnya ia akan menderita kerugian besar kerana berbagai kelemahan dan kekurangan dirinya tidak pernah nampak apalagi terfikir. Rasulullah SAW menyifatkan kepada manusia yang suka memperhatikan kekurangan dan kelemahan dirinya sendiri kemudian berusaha memperbaikinya sebagai manusia yang cerdik. Hal ini dinyatakan di dalam satu hadithnya seperti berikut: "Orang yang bijak (cerdik) adalah orang yang mengadakan muhasabah (perhitungan kepada dirinya sendiri) dan beramal untuk kepentingan sesudah mati. Dan orang yang bodoh adalah manusia yang mengikuti hawa nafsunya (namun) berangan‑angan kepada (rahmat dan belas kasih) Allah SWT" (HR Ahmad, at‑Tarmizi, Ibnu Majah)

Hadith di atas jelas mengajarkan kepada umat Islam agar selalu membuat perhitungan dan penilaian terhadap diri sendiri. Tujuannya untuk mengetahui sejauh mana seseorang telah memenuhi kewajipan‑ kewajipannya dan menjauhi segala larangan agama. Dengan demikian sememangnya muraqabah dan muhasabah adalah sangat penting bagi menjadi insane yang bertaqwa. Wallahu 'alam .....


Artikel oleh Abu Mazaya al-Hafiz 

HOME


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home