Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, July 22, 2004

Cukupkah sekadar amal soleh

In The name of Allah The Most Gracious Most Merciful.

Tatkala membaca majalah Anis keluaran Julai 2004 teringat akan satu tazkirah yang sempat dihadiri sekitar awal tahun 2004 lalu. Antara kata-kata yang masih segar dalam ingatan ialah saranan ustaz agar bersyukur dengan nikmat Allah kerana masih dikurniakan Allah nikmat untuk beribadat kepadaNya. Masih ramai orang diluar sana yang tidak dikurniakan oleh Allah untuk berusaha bertaqarrub kepadaNya.

Ustaz berpesan agar janganlah kita berasa kita telah mencapai kejayaan apabila kita selesai melaksanakan amal soleh. Kejayaan melaksanakan amal soleh adalah dengan izin Allah. Tanamkan rasa syukur dan berharap agar Allah akan sentiasa membuka pintu hati kita agar sentiasa hampir kepadaNya dengan beristiqamah dalam melakukan amal soleh.

Istiqamah merupakan suatu proses yang bukan mudah. Tetapi perkara yang sukar tidak bererti ianya tidak boleh dilaksanakan. Tiada satu perkara pun yang sukar melainkan menjadi mudah apabila dimudahkan oleh Allah. Jika Allah permudahkan apa sahaja yang kelihatan sukar dan payah dilakukan akan menjadi mudah. Begitu juga sebaliknya; sesuatu yang nampak mudah dilaksnakan akan menjadi sukar apabila Allah tidak permudahkan urusan tersebut. Oleh itu kita disarankan agar memperbanyakkan doa agar dimudahkan oleh Allah dalam segala urusan kita, keluarga dan sahabat-sahabat.

Keluaran Julai betul-betul merefreshkan kembali memoriku tentang sebuah hadith yang mafhumnya ; “Bukan amal seseorang yang memasukkan ke dalam syurga atau melepaskannya daripada neraka, termasuklah aku. Tetapi ialah semata-mata rahmat Allah swt belaka”. (HR Muslim)
 
Kita semua meyakini bahawa hak syurga dan neraka malah keseluruhan yang ada di alam ini adalah hak MUTLAK Allah azza wa jalla. Perlu kita tanamkan dalam minda kita bahawa seseorang itu akan memasuki syurga kerana rahmat dan keredhaan Allah dan bukan atas tiket amal soleh kita. Ertinya sudah memiliki tiket belum menjamin kita akan memasuki syurga. Inikan pula jika tiada tiket langsung. Jika tiada tiket secara automatiknya sudah tentu insan itu tidak layak untuk mendiami Jannah Allah. Itulah pentingnya kita berasa bersyukur dan sentiasa berharap agar Allah mempermudahkan kita dalam melakukan amal soleh agar dapat menyedikan tiket untuk pulang ke negeri abadi. Jangan sesekali kita bangga dengan amal soleh yang telah kita laksanakan, ini adalah kerana ianya bukan milik kita secara mutlak. Ianya adalah kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih untuk menerimanya.

Iman dan amal adalah perlu untuk kita mencari syurga adalah perlu untuk kita menyusuri jalan ke syurga.Ia nya merupakan perintah Allah dan RasulNya.Dengan menyedari amal soleh tidak menjamin tempat di syurga maka ini membuka ruang untuk kita agar sentiasa ikhlas dalam beramal. “Sesungguhnya Kami turunkan kitab kepada engkau dengan sebenarnya, maka sembahlah Allah, serta mengikhlas agama bagiNya.” (az-Zumar:2.)


Jangan kita bergantung harap atau bertawakal dengan amal soleh kita, sebaliknya kita hendaklah bertawakkal kepada Allah swt. Dialah pemilik MUTLAK segala alam dan isinya yang tidak terjangkau untuk kita memikirnya. Amal soleh adalah bukti keyakinan dan penyaksian taat setia. Ia menjadi sebab dan kayu pengukur untuk penilaian sejauh mana seseorang hamba itu redha dengan suruhan dan laranganNya. Selepas itu barulah layak kita berharap diredhai olehNya. walhu 'alam ....

Semoga Tuan Guru Nik Aziz segera sembuh …… ameeeennnn ..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home