Menganalisa dan Menjawab Lima Alasan Mereka yang Menolak Penurunan ‘Isa Pada Akhir Zaman
In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful
Dalam minggu lepas atau 2 minggu lepas ada menerima satu email yang menglinkkan pada satu url. The java animation was nice. Subhanallah .... Maha Suci Allah yang menciptakan kejadiaan dengan secantik-cantiknya. Cubalah kita sama-sama saksikan sebahagian dari keindahan ciptaan Allah di url ini http://micro.magnet.fsu.edu/primer/java/scienceopticsu/powersof10/index.html
Alam maya dewasa ini sememangnya antara medium yang boleh digunakan untuk menaut tautan ukhwah sesama muslim. ianya juga boleh digunakan dalam usaha untuk berdakwah. last week ana ada email akhi hafiz firdaus memohon permissi untuk meletakkan artikel beliau yang bertajuk Benarkah Nabi Isa as akan turun pada akhir zaman? yang ditulis oleh beliau dalam majalah I keluaran Julai 2004. Tujuan asal sekadar untuk memohon permisi beliau. Tetapi dengan baik hatinya beliau siap kasi file tersebut dalam format MS word.... Syukran akhi.
Artikel beliau adalah bertujuan untuk memperbetulkan tanggapan tentang isu ini setelah terdapat sebuah majalah tempatan yang memutarbelitkan tentang isu Nabi Isa as ini. alhamdulillah ... with his simple explaination people will understand and totally will disagree with opinion of si tora-tora (gelaran Astora Jabat dalam al-ahkam.net) crony. Ramai juga orang yang menulis mengenai isu ini di dalam majalah I keluaran Julai ini. Jadikan dapatnya dipasaran sementara stok masih ada. Masih ada lagi ker ha? dah nak dekat2 hujung bulan nie... Cubalah cari bagi sesiapa yang berminat. Secara jujur saya katakan ianya best untuk dibaca dan difahami kerana akhi hafiz firdaus cuba menjawab persoalan/alasan yang dibangkitkan oleh kroni-kroni si tora-tora.
Menganalisa dan Menjawab Lima Alasan Mereka yang Menolak Penurunan ‘Isa Pada Akhir Zaman.
Oleh : Hafiz Firdaus Abdullah.
Antara iktikad Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah beriman kepada penurunan atau kebangkitan semula Nabi ‘Isa ‘alaihi salam pada akhir zaman. Keimanan ini adalah berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mutawatir yang menerangkan tentang penurunan semula Nabi ‘Isa a.s. pada akhir zaman.
Namun pada waktu yang sama wujud segelintir umat Islam yang menolak penurunan Nabi ‘Isa a.s. pada akhir zaman. Mereka memiliki beberapa alasan bagi penolakan ini. Namun jika kita mengkaji alasan-alasan mereka, semuanya dapat dirumuskan kepada lima alasan yang membentuk dasar penghujahan mereka. Insya-Allah artikel yang ringkas ini akan menganalisa dan menjawab lima alasan tersebut. Tidak dinafikan bahawa wujud alasan-alasan yang lain juga. Akan tetapi memadai untuk ketika ini kita memberi tumpuan kepada lima alasan sahaja memandangkan ia adalah yang paling lazim mereka kemukakan.
Alasan Pertama:
Hadis-hadis yang menerangkan penurunan Nabi ‘Isa a.s. bersifat hadis ahad. Tidak boleh berpegang kepada hadis ahad dalam persoalan yang melibatkan aqidah.
Analisa dan Jawapan:
Alasan di atas dapat kita jawab dari dua sudut. Pertama, pendapat yang mendakwa hadis ahad tidak boleh dijadikan pegangan dalam persoalan aqidah adalah pendapat orang-orang mutakhir yang tidak memiliki penguasaan sepenuhnya dalam bidang hadis. Sila rujuk artikel Hadis Ahad & Azab Kubur: Membetulkan Kekeliruan Yang Ditimbulkan (Majalah i edisi April 2004) dan Kedudukan Hadis Ahad: Dari zaman awal Islam sehingga kini (Majalah i edisi Julai 2004).
Kedua, mendakwa hadis-hadis yang wujud dalam sesuatu persoalan sama ada bersifat hadis ahad atau mutawatir adalah tugas para ahli hadis sahaja. Seseorang yang bukan ahli hadis, apatah lagi jika hanya sekadar seorang pemikir dan modernis, tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mendakwa sesuatu persoalan itu hanya didasari oleh hadis ahad. Dakwaan bahawa persoalan penurunan Nabi ‘Isa a.s. hanya didasari oleh hadis ahad adalah bukti terbaik bagi membenarkan poin kedua ini.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home