Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, September 29, 2004

Kereta dipecah...



Jam 2130 malam tadi sewaktu duk tengah berehat-rehat ada satu sms yang mengejutkan ku terima. Memang sungguh terkejut dengan SMS yang ku terima dari sepupuku.

Dia mention yang kereta abiku dipecah orang..astaghfirullah ... terus pening kepalaku sebentar dengar berita yang baru ku terima. Time sepupuku sms depa tengah duk ada kat Balai Polis Serdang. Sebaik sahaja baca sms, terus mendail nombor rumah dan bertanya pada ummi. Seperti yang kujangkakan, gerenti my abah belom call mak. Memang betol jangkaan ku memang abah tak call mak pon. Biasalah, tak nak kasi mak susah hati kot. Tapi mak dah tahu dari my brother. My brother awal sket tipon umah bertanya tentang perkara ini. Lepas jer cakap dengan mak terus call my brother plak.

Kebetulan my brother malam tadi a bit bz sbb hari nie ada test, dia ada discussion di fakultinya. Alhamdulillah . on the way nak pi discussion dia terserempak ngan keter abah. Dia nak jumpa abah tapi abah kata tak po lah., alhamdulillah semuanya dah settle. Maksud dah settle, dah settle urusan di balai polis. Lepas call my brother saya terus call my abah. And alhamdulillah, everything fine according to him. Biasalah, jawapan biasa dari dia, tapi personally dapat kurasakan kesedihan hati dia. Gusar nak bertanya banyak-banyak takut-takut soalanku menambahkan lagi bebannya.

Nie nak cerita lokasi kejadiannya pulak. Lokasi kejadian kereta abiku dipecahkan ialah di Stesen Minyak Mobil dekat Sg Besi. Stesen Mobil yang berhampiran dengan Hotel Mint. Macam tak percaya jer boleh terjadi kat situ, tempat ramai orang tu. Macam-macam orang sekarang nie. Abi dan sepupuku berenti di Mobil untuk minum sebentar. Dalam sela masa yang tak lama bila mereka balik kat kereta tengok cermin belakang sudah dipecahkan orang. The first thing yang abahku periksa ialah beg peribadinya. Dan beg peribadinya itu memang sudah disambar orang. Kebetulan beg abahku diletakkan di seat belakang kereta. Dalam beg tu ada macam-macam dokumen (cheque, geran keter dan beberapa dokumen yang tak teringat olehku) dan juga sedikit wang tunai. Sedih bila diri ini mendengar jumlah wang yang hilang. Sedih dan GERAMMMMMM ... Satu sifat abiku yang aku kagum sampai la nie, dia pretend to be cool. Macam takder apa-apa berlaku.

Moral yang dapat dibuat dari kejadian yang menima abiku ialah walau dimana kita berhenti untuk berehat, tak kira di petrol pump ker, di kawasan R & R ke pastikan barang-barang berharga diletakkan ditempat yang sedikit tersembunyi. Dalam sela masa yang sigkat orang boleh merompak kereta kita jika ada sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka. Kalau sesiapa yang
biasa berehat di Stesen Minyak Mobil yang ku maksudkan itu pasti akan merasa pelik bagaimana si perompak mempunyai keberanian yang tidak bertempat dalam melakukan jenayahnya itu. Tempatnya agak terbuka dah ramai orang. Semoga perompak itu dikurniakan taufiq dan hidayahNya agar kembali ke jalan yang benar. Geram tetap geram .tapi macam mana geram pon kita masa yang telah berlalu tidak akan kembali.. Redha dengan ujian Allah. Mungkin itu kot yang difikirkan oleh abiku sampai dia boleh cool. Alhamdulillah .. Semoga pembaca-pembaca blogku ini serta diriku sendiri selalu berhati-hati ketika memandu dan berhenti untuk berehat. Penjenayah tidak mengenal waktu, asal ada peluang pasti depa cuba.

Hajat dihati hari ini hendak menulis sedikit sinopsis buku yang bertajuk La Tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr 'Aidh al-Qarni. Tapi lain plak cerita yang ditulis. Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya. InsyaAllah dikesempatan lain akan ku cuba untuk menulis sinopsisnya. Buku yang ku kira patut di baca, such a phenomenol work .subhanalllah..

HOME

Tuesday, September 28, 2004

Khinzir dan ayam dibungkus bersama



Astaghfirullah ..... That was my first impression when I read the link below. It was posted by a friend of mine (rakan sepejabat - TQ Zaid) . Memang menyedihkan masih ada masyarakat majmuk negara kita yang tidak sensitif dengan masyarakat majmuk di negara kita. Hilang rasa tanggungjawab dek kerana mengaut keuntungan semata-mata.

Memang mengerikan sungguh, dalam kita berwaspada dalam mencari sumber rezeki yang halal ada pula segelintir orang yang cuba merosakkan usaha kita. Sama-samalah kita berhati-hati. Bukan sekadar sewaktu kita berada di luar negara sahaja kita memerhatikan asal-usul bahan makanan kita, malahan tatkala kita berada di dalam negara juga kita wajar memerhatikan ingredient bahan makanan kita. Bila membaca kisah ini teringat kisah sahabat-sahabat yang berada di luar negara betapa mereka memerhati betoi-betoi ingredient sesuatu makanan yang mereka ambil. Semoga kita di sini juga begitu jugalah hendaknya.

Edisi KL: Sah kilang tiada sijil halal
Oleh Hadzlan Hassan dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my


KLANG: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan kilang menyembelih ayam dan itik di Serdang, yang diarah tutup serta-merta semalam kerana mencampuradukkannya dengan anak babi siap diproses, tidak mendapat lesen pengesahan halal daripada jabatan itu.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Makanan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahmad Solihin Maryakon, berkata hasil pemeriksaan pihaknya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati pengusaha kilang itu tidak pernah memohon mendapatkan lesen pengesahan halal.

"Pengusaha kilang ini tidak pernah memohon dengan Jakim atau Jais untuk status halal dan kita juga mendapati ayam yang disembelih di situ dihantar ke pasar raya besar untuk dijual." katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, kerajaan Selangor mengarahkan sebuah kilang penyembelihan di Serdang, ditutup serta-merta kerana didapati mencampuradukkan daging halal dengan anak babi yang siap diproses.



HOME

Monday, September 27, 2004

Kartun



Di sini dikepilkan beberapa link kartun yang agak menarik... Gerenti torsonyom punyolah bilo melihatnya ... 8)

Kartun Solat Pada waktu

Baju free size

Jangan Syirik

HOME

Saturday, September 25, 2004

Generasi Muda dan Perubahan - Persediaannya



Generasi Muda adalah merupakan pewaris kepada masa hadapan. Di sini ingin berkongsi apa yang patut kita golongan muda perkasakan dalam menghadapi kehidupan duniawi. Artikel ini diperolehi dari al-ahkam.net yang di tulis oleh dr Fathi Yakan. Bagi sesiapa yang berminat untuk membaca teks penuh boleh lah ....berziarah ke link ini.

Bentuk manhaj Bagi Persediaan Pemuda Islam Ia wajiblah mengandungi persediaan berikut:

1- Persediaan di segi Pemikiran


Yang kita maksudkan adalah membentuk aqliyah Islamiyah (berfikir secara Islam) bagi pemuda-pemuda Islam. Apakah `thaqfah' (pengetahuan) yang diperlukan?

Bagi pemuda Islam, supaya membolehkan mereka bangun menunaikan tanggungjawab yang berat itu, mereka memerlukan pemikiran yang sempurna, iaitu:

A) Thaqafah Islamiyah (pengetahuan Islam) iaitu wajib mereka dipersenjatai dengan pengetahuan Islam, di mana pengetahuan yang asli murni terpusat pada usul-dasar dan kaedah. Ia diperlukan awal-awal lagi untuk membina kehidupan di atasnya; dan juga sebagai alat untuk menarik orang lain kepadanya. Sesungguhnya orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mampu memberi.

Bagi membentuk thaqafah Islamiyah ini semestinya dipelajari ilmu-ilmu berikut: A1-Qur'an dan tafsirnya, as-Sunnah dan ulumnya, as-Sirah an Nabawiyah, kehidupan para sahabat, fiqh dan usul fiqh, ilmu Aqidah, ilmu Tazkiyah, dan sistem-sistem Islam. "Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya dia difahamkan agama kepadanya."

B) Thaqafah Ammah (Pengetahuan Umum) iaitu pemuda-pemuda Islam memerlukan pengetahuan, ilmu dan pemikiran lain bagi membolehkannya mengkritik dan menghadapi mana-mana penyelewengan. Benarlah sabda Rasulullah saw dalam hadis-hadis:

'Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu ia aman dari tipuan mereka.'

'Ambillah hikmah itu walau dari bekas manapun ia keluar.'

Bagi membentuk thaqafah umum maka mestilah dipelajari: Pengetahuan tentang kemanusiaan, sains, pengetahuan tentang realiti dan sejarah.

2- Persediaan di segi kejiwaan


Apa yang kita maksudkan ialah pembentukan kejiwaan secara Islam bagi pemuda Islam. Kejiwaan Islam itu ialah kejiwaan yang menggunakan naluri dan kecenderungan mengikut hukum syara', kejiwaan yang mendapat fatwa Islam dan berpegang teguh dengan fatwa ini. Maka ia tidak dikuasai oleh hawa nafsu atau dipimpin oleh syahwat atau oleh kepentingan.

Persediaan kejiwaan ini samalah pentingnya dengan merialisasikan persediaan pemikiran dan mengamalkan aqliyah Islamiyah itu.

Persediaan kejiwaan ialah menj inakkan j iwa untuk terikat dengan syara' dalam memenuhi kehendak dan kemahuan. Ini boleh dicapai dengan memahami hukum syara' bagi had-had pemenuhan itu. Kemudian menjinakkan jiwa untuk menunaikan tanggungjawab ibadah dan tarbawiyah (pendidikan tarbiyah).

Persediaan kejiwaan merupakan tulang belakang kepada manhaj tarbiyah. Ianya merupakan hati yang berdegup dan dinamo yang menggerakkan segala injinnya.

Di sini wajiblah bagi mereka yang bertanggungjawab memberi tarbiah kepada pemuda-pemuda untuk mengetahui bahawa persediaan kejiwaan ini ialah sebagai batu asas dalam pembinaan syakhsiyah Islamiyah.

Pemuda Islam pula hendaklah memahami bahawa perhatian berat hendaklah diberi kepada Tazkiat-an-Nafsi (membersihkan diri). Ianya hendaklah lebih dari segi lain. Kalaulah akal dan jasad memerlukan makanan seperlunya untuk menj alankan peranan secara sempurna, begitulah juga dengan jiwa dan hati, hendaklah diberikan makanan kerana dengan jiwa ia beriman dan dengan hati ia menjadi rabbani.

Oleh itu bagi pemuda Islam, sejauh manapun pengetahuan yang ada padanya tidaklah terjamin selagi pembentukannya tidak rabbani, kerana tanpa rabbani, ilmu pengetahuan tidak akan dapat diasaskan ke atas taqwa dan keredhaan Allah swt.

Dari sini dapatlah kita fahamkan beberapa kali tentang nilai hati yang disebutkan oleh Al-Qur'an dan sunnah bila berbicara tentang manusia. Allah swt berfirman:

"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau akal atau yang menggunakan pendengarannya. " ( Qaaf : 37 )

"Pada hari yang tidak lagi bermanafaat harta dan anak kecuali mereka yang datang menghadap tuhan dengan hati yang sejahtera. " (as-Syu 'araa : 88-89)

"Tidak kamu dapat suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, walaupun mereka itu bapa-bapa mereka, anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka atau kaum kerabat mereka. Mereka itu orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan di hati mereka keimanan dan disokong pula dengan ruh dariNya. " (Mujadalah : 22 )

Sabda Rasulullah saw:


`Manusia itu kedua matanya ialah penunjuk, kedua telinganya menahan (daripada maksiat), lidahnya jurucakap, kedua tangannya sayap, dua kakinya tunggangan. Hatinya raja, apabila raja baik, baiklah tenteranya.'

Artikel penuh ini agak menarik untuk dibaca, cubalah baca artikel ini. ..... wallahu 'alam.

HOME

Friday, September 24, 2004

Solat Yang Lalai (al-Ma'un : 4-5)



Alhamdulillah, selasai jumpa orang Telekom di Melaka maka berakhir lah tugasan untuk hari ini. Melaka dan Seremban tidaklah jauh. Seperti biasa bila habis jer tugasan di Melaka pasti akan singgah Seremban. Terasa ada baiknya menyinggah di Seremban dulu dari terus pulang ke Puchong. Alhamdulillah sampai Seremban lebih kurang jam 6.00 petang. First thing yang mak tanya, dah makan belom? J ….. Biasalah, itulah soalan yang akan ditanya oleh bonda kalu anak-anak dio balik. Apa yang mampu dijawab ialah dah makan, tapi nak gak makan apo yg mak masak J …. Sebenarnya tak kesah pon ada ke idak makanan yg disediakan. Tapi biasalah bondaku memang masak lah kalau kami balik. Sian pon ado tgk dio, dah lah ponek balik kojo, masak plak tu. TQ bonda.

Malam tadi ada kuliah di Surau Muallimin, Taman Guru, taman di mana familyku menetap. Alhamdulillah berkesempatan juga untuk menghadiri kuliah di Surau. Dah lama rasanya tak pergi kuliah kat Surau nie, maklumlah dah tak jadi pemastautin di taman nie, dan kuliah2 pon selalunya diadakan pada weekdays dan confirm lah takder time weekdays. Topic Isra’ wa Mikraj….

Memang kebanyakan kita sudah tahu dengan Peristiwa Agung ini. Walaupun kita sudah tahu akan peristiwa ini, ini tidak bermakna kita telah tahu segala-galanya, dan menghadiri majlis-majlis ilmu amat dituntut bagi meningkatkan kefahaman kita. Penceramah jemputan ialah Ust Dasuki. Kupasan yang menarik in a short period. Di kesempatan ini ingin terasanya berkongsi pengalaman dari kuliah tadi. Mungkin agak panjang untuk ditulis, sekadar menyentuh beberapa topik sahaja.

Sememangnya kita tidak perlu meragui dengan Peristiwa Agung ini, Isra’ wa Mikraj. Kita patut berasa sedih kerana ada segelintir masyarakat kita sendiri meragui akan peristiwa ini. Sudahlah para orientalis pon cuba untuk menidakkan peristiwa ini, inikan ada segelintir dari kita yang bersetuju dengan mereka.

Berbalik kepada kuliah tadi, intro ust agak menarik, beliau mengenengahkan kehadiran Ramadhan al-Mubaraq. Apakah kaitan Ramdahan dan 2 bulan sebelomnya?Rejab dan Syaaban. Rejab dan Syaaban adalah 2 bulan di mana kemantapan Aqidah dipertingkatkan (bukan hanya sekadar 2 bulan ini sahaja, ust menyarankan demikian bagi menunjukkan ironinya peristiwa ini dengan 2 bulan ini, kemantapan aqidah adalah satu proses yang berterusan). Bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam kedua-dua bulan ini. Isra wa Mikraj dan juga peralihan arah Qiblat. Kedua-duanya merupakan peristiwa besar dalam perjuangan Baginda SAW. Dari peristiwa inilah Allah menunjukkan kepada Baginda SAW dan sahabat2 siapakah yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya. Begitu dengan kita pada zaman ini. Di dalam 2 bulan inilah kita sepatut nya melatih diri kita untuk memperkasakan diri kita dalam menyambut kehadiran Ramadhan al-Mubaraq. Latih diri kita dengan puasa-puasa sunat, bersedekah, membaca quran dan amalan-amalan nawafil yang lain. Contoh yang ust kemukakan, rerajin lah ke surau bagi mereka yang jarang ke surau, yang dah biasa tu istiqamah lah, dan yang tak biasa tu rerajinlah agar surau tak terkejut tgk kita bila kita hadir ke surau. Contoh kedua yang ustaz kemukakan, rerajinlah membaca al-Quran agar pabila imam membaca surah2 panjang kita tak terasa lenguh. InsyaAllah dengan sentiasa membaca Quran kita akan berasa sedap hati apabila imam membaca surah2 panjang dan tidak mustahil untuk kita bersolat terawikh dengan 1 juzu’ satu malam.

Sudah menjadi sunatullah, manusia ada keterbatasannya. Jika kita berfikir dari segi akal seperti orientalis mungkin kita akan bersetuju dengan pendapat mereka. Akal kita mempunyai LIMITATION. Tidak semua perkara dapat diselesaikan oleh aqal. Jangan jadi orang yang hanya percaya pada teori sains sahaja. Sains juga tidak berupaya menrungkai segala permasalahan kerana ada limitation. Contoh mudah yang ramai orang tahu. Ideal Gas Law, there is no such an Ideal Law, Ideal Law tidak mungkin dapat dicapai. Satu lagi, there is no 100% efficiency, mesti ada loss punya, tak kira lah apa system sekalipon, kereta ker, gas flow ker, memang ada loss, tak mungkin efficiency dia 100%, which most of the outcome (100% efficiency) wanted by the scientist or technical person. Aqal juga seperti bahagian badan kita yang lain, ada LIMITATION, perut yang terus menerus diisi dengan makanan pasti tidak akan berupaya selamanya diisi dengan makanan. Mata yang tidak mahu tidur, macam mana pon pasti akan terlelap. Itu sememangnya sunatullah. Oleh itu Peristiwa Agung ini harus kita terima dengan mata hati, yakni dengan kemantapan Aqidah, yang mana Allah mampu melakukanNya jika dikehendakiNya. Tiada satupon yg mustahil bagi Allah melaksanakanNya.

Hampir semua dari kita tahu bahawa dalam Isra’ wa Mikraj Baginda SAW diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa dengan izin Allah azzawajalla. Di sini terasa ingin berkongsi tentang mereka yang lalai dalam solat mereka. Allah memperlihatkan kepada RasulNya azab yang bakal menimpa orang yang melalaikan solatnya. Kepala mereka dihantuk sehingga terburai otak dan kemudian pulih semula dan kemudian still dihantuk tanpa kesudahan. Ini diperjelaskan oleh Allah azzawajalla di dalam al-Quran, firmanNya :

Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersolat; (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya; (al-Ma’un: 4,5)

Bayangkan orang yang solat juga dijanjikan kecelakaan jika lalai, bagaimana pula bagi mereka yang tidak bersolat. Moga kita dihindarkan dari sifat ini. Dalam kulih tadi ust memperbincangkan golongan yang lalai dalam solat mereka. Antaranya ialah riya’ dalam solat. Ingin memperlihatkan amalan kepada org lain. Dan satu lagi contoh mereka yang lalai dalam solat mereka ialah melewat-lewatkan solat. Orang-orang yang melewat-lewatkan solat seperti tidak meletakkan priotiti solat dalam hidup mereka. Mungkin pada golongan ini asal solat sudahlah, janji aku solat dah dan seribu satu alasan lain. Mungkin ada dikalangan kita yang kadang-kala terlewat untuk mendirikan solat. Marilah kita menanamkan satu azam untuk solat tepat pada waktu. Dewasa ini, terutamanya pada individu yang bekerja dan belajar berusahalah untuk tidak melewatkan waktu solat. Janganlah dihimpunkan waktu solat. Dah nak dekat waktu asar baru nak solat zohor. Dan bersolatlah dahulu sebelum pulang dari tempat kerja. Jangan kerana duk nak kejar takut traffic jam atau nak pulang cepat kita lupa akan tanggungjawab utama kita kepadaNya. BERIBADAT kepadaNya, bukankah itu hakikat kejadian kita sebagai insan. Personally, rasanya tak rugi kalau kita solat dulu sebelom kita pulang kerja. Asbab pertama, kalau kita solat dulu, hampir pasti kita solat di awal waktu kerana ofis hour habih dalam kol 5 ptg, asbab kedua kita rasa selesa kerna sudah menunaikan solat berbanding dengan belom menunaikan solat. Dan asbab ketiga, apabila sampai dirumah kita boleh melaksanakan tugasan lain.

Begitu juga dengan pelajar-pelajar. Janganlah kerana duk terlalu ghairah nak menyelesaikan satu permasalahan sampai melewatkan waktu solat. Masalah itu tidak akan lari, lagi hati tak tenang lagi lah sukar utk menyelesaikan masalah. Solat lah dulu, baru sambung untuk solvekan problem. InsyaAllah …akan dipermudahkanNya.

Sama-samalah kita berdu’a agar solat kita diterimaNya dan sentiasa khusyuk dalam solat kita dan dilindungi dari kelalaian dalam mendirikan solat. Jangan kita fikir kita dah solat tanggungjawab kita dah selesai. Solat tiang Agama, ianya merupakan satu KEWAJIPAN. Terlalu banyak tanggungjawab kita terhadap Allah, cuma mungkin kita tidak sedar atau tidak tahu. Itulah pentingnya untuk menghadiri majlis ilmu atau berguru dengan guru-guru yang mursyid untuk menyuluh hati kita dalam mencari redhaNya.

Segala yang baik datangnya dari Allah, dan segala kelemahan datang dari diri ini yang lemah.

Wallahu ‘alam ……

HOME

Wednesday, September 22, 2004

Hampir usai projek di Melaka...Alhamdulillah




A few pic of FIKE FE-227 Total Suppression System

alhamdulillah ….berakhirnya seisi testing and commissioning bermakna hampir selesailah projek di Ibusawat Alor Gajah, Cuma nak settlekan final documentation jer lah tinggalnya. Everything run smoothly…..alhamdulillah. Personally I like working with Telekom guys. Depa straight…alhamdulillah. Dan kerja-kerja juga amat mudah bersama mereka. Agak sukar untuk dapat working environment begini lately…alhamdulillah. Buat masa nie nak prepare final documentation untuk tujuan penginvoisan. Moga dipermudahkanNya….

Semalam kami dikhabarkan dengan berita gumbira. Kami diawardkan untuk melaksanakan satu lagi projek. Design, supply, installation, testing and commissioning di Ibusawat TM Komtar….alhamdulillah ….. Lepas nie bergegas ke Penang and Taiping lah plak ana….Tak tahu nak tulis apa ari nie. Just jotting down sesuatu selepas bersiar-siar dialam siber ke weblog sahabat-sahabat. Untuk sahabat-sahabat yang baru memulakan pengajian selepas bercuti semoga cekal dan istiqamah dalam menimba ilmu. Moga usaha kalian diberkati olehNya. Biarlah kita menuntut ilmu untuk mencari redhaNya. fillah...


HOME

Monday, September 20, 2004

Tamsilan Penjajahan Minda oleh Puak Kuffar



Pagi ini saya menerima sebuah e-mail yang saya rasa agak menark untuk berkongsi diblog ini. Berkisar pada masyarakat kita pada masa ini. Hanya antara sedar dengan tidak sahaja masyarakat kita di masa ini. Marilah kita sama-sama memahami dan mencerna cerita ini untuk kebaikan kita bersama…insyaAllah.

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya ada satu permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun faham dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.


Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, masyarakat kita sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.


Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak kita semua dengan terang-terang...Kerana tentu kita akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.Tapi mereka akan menggulung kita perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan kita semua.""Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain.

Tapi sekarang tidak lagi. Mereka telah mengubah cara menguasai kita dengan cara halus yang kita hampir tidak sedari. Moga kita semua dilindungiNya dan sentiasa beroleh taufiq dan hidayahNya.Wallahu ‘alam.

HOME

Sunday, September 19, 2004

Blogging di IKIM




Semalam waktu dalam perjalanan menghantar kereta bonda untuk diperbetulkan sedikit masalahnya terdengar satu diskusi yang agak menarik diperbincangkan di Radio IKIM. Rancangan IKIM dot com. Mungkin ramai di antara kita yang familiar dengan nama Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh – Fellow Kanan Pusat Sains dan Teknologi IKIM.

Topic yang diperbincangkan oleh Shaikh Saifudden berkisar tentang weblog atau blog. Weblog atau blog menurut shaikh telah bermula sejak Disember 1997 oleh John Barger. John Barger mengistilahkan aplikasi ini sebagai weblog. Peter Merholz pada April atau Mei 1999 telah menggunakan istilah blog. Apa pon bunyinya, ianya membawa maksud yang sama. Aplikasi ini blogging ini mula mendapat perhatian dunia setelah terjetusnya Perang Iraq 2002, yang mana ramai orang yang ingin memperkatakan tentangnya tetapi tiada medium untuk memperkatakannya, maka dengan cara blogging lah mereka meluahkan apa yang mereka rasa melalui dunia penulisan. Nak tahu lebih lanjut tentang
History of weblog klik disini.

Satu pandangan yang dikira mungkin ramai diantara kita bersetuju ialah aplikasi blog ini memang sesuai dijadikan satu medium untuk berdakwah. Tiada keterbatasan dalam penulisan di ruang siber membolehkan penulis untuk terus berdakwah dan berkongsi ilmu di dalam blog yang dihasilkan oleh seorang penulis.. Tidak semua orang memiliki ilmu yang sama. Kesempatan untuk berkongsi di alam siber bukan sahaja berupaya meningkatkan pemahaman penulis malah membantu golongan pembaca memahami serba sedikit ilmu-ilmu baru. Begitulah antara idea yang diketengahkan oleh sheikh

Aplikasi blog yang agak mudah untuk dikuasai menerusi pengunaan kod-kod html yang agak mudah membolehkan kebanyakan orang untuk memahami aplikasi ini. Bagi diri saya sendiri, kesempatan untuk berkongsi sesuatu di alam siber di dorong oleh beberapa orang sahabat agar sama2 berkongsi ilmu dan pengalaman. Pengalaman mengajar kita, masa mendewasakan kita dan ilmu memimpin kita.

Ada orang yang suka membaca pengalaman orang, dari pengalaman orang kita dapat menjadikan pengajaran bagi diri kita. Tiada seorang pon manusia yang akan melalui pengalaman yang sama dalam hidup ini. Pengalaman yang Allah kurniakan kepada kita berbeza-beza. Pengalaman yang boleh dikongsi agar boleh diambil iktibar oleh orang lain bolehlah berkongsi.

Sampai jer woksyop dah terpaksa tutup radio. Jadi tak sempatlah nak dengar habis diskusi yang diperbincangkan oleh tuan Sheikh sampai tamat.

HOME

Saturday, September 18, 2004

Sudah seminggu



Seminggu dah rasanya selsema, batuk berlarutan. Sesekali ada gak demam datang. Nak buat camna masa untuk kurang sihat sudah datang.
Pi site pon kurang sihat, pi airport pon ari tu kurang sihat. Pasti ada hikmah diri nie sakit.

Ari tu bagitau Bonda tak balik umah minggu nie sebab ada hal. Alih-alih pagi nie terpacul depan rumah. Kelakar plak tengok bonda dicelahan pokok-pokok bunganya mengendap anak dio yang baru balik. First thing lepas salam bonda dio perli kito plak. Kata tak balik minggu nie?

Nak buat camna mak, rasa badan tak sihat, takkan tak bulih balik plak. Bonda hanya tersenyum ….. :) kita pon tersenyum sama……

HOME

Tuesday, September 14, 2004

Muqaddimah Sanggahan Salah Tafsiran Islam


Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta kepada sekelian orang mukmin. Amma ba'du.

Ketika ini dunia sedang dilanda pelbagai krisis yang sangat membimbangkan. Jika dibiarkan, ia akan mengancam kewujudan dan kesinambungan umat Islam. Sesungguhnya umat Islam adalah umat teristimewa yang membawa misi peradaban dan kesejahteraan kepada dunia serta dilantik oleh Allah sebagai pemimpin dan saksi bagi umat manusia. Firman Allah S.W.T.

Ertinya: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang membeli keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.( al-Baqarah:143)

Di antara krisis umat Islam yang amat membimbangkan ialah krisis pemikiran dan moral. Krisis pemikiran berkaitan dengan kewarasan umat, sedangkan krisis moral berkaitan dengan mindanya. Hidup umat Islam pasti dilanda kemelut jika pemikirannya tidak rasional dan mindanya jumud. Antara krisis pemikiran yang melanda umat Islam ialah tanggapan buruk terhadap Islam. Akibat kemunduran umat Islam, terjadilah kebekuan fikiran, tafsiran melulu di bidang fiqh, keraguan dalam 'aqidah, menganggap ibadah sebagai adat kebiasaan dan berlebih-lebihan dalam tasawuf.

Krisis pemikiran adalah pengaruh dari luar atau disebut ghazwu al-fikri (pengaruh pemikiran) yang dirancang.Gerakan ini bertujuan untuk menghancurkan umat Islam dengan menyusupkan pemikiran yang berbeza dari ajaran Islam yang sebenar. Pengaruh pemikiran telah bermula sejak dari pendidikan pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi, melalui pelbagai media cetak dan elektronik. Ia juga meresap menerusi kebudayaan, hiburan, maklumat, Iklan dan sebagainya. Melaluinya juga umat Islam disogokkan dengan maklumat dan pemikiran yang tidak sesuai dengan Islam.

Maka pendidikan agama sering diabaikan. Akibatnya umat Islam tidak lagi memahami ajaran Islam yang sebenar. Lantas, ada umat Islam yang sanggup mencampurkan ajaran-ajaran karut ke dalam Islam. Ada yang menyelewengkan Islam, ada yang memahami Islam secara songsang, ada yang mengabaikan keseimbangan amalan dan ada juga yang cuma mengambil sebahagian sahaja dari keseluruhan ajaran Islam.

Apabila majoriti umat Islam sendiri sudah tidak memahami Islam, maka tidak hairanlah jika orang bukan Islam akan berani menghina Islam. Meskipun ada juga di kalangan bukan Islam yang cuba mengkaji Islam, namun mereka masih mempunyai tanggapan buruk terhadap Islam disebabkan tiada kefahaman, berbeza ideologi, sikap permusuhan dan sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ajaran Islam dan hidup seperti orang bukan Islam.
Kita harus membetulkan kefahaman terhadap Islam agar umat Islam mengikuti jalan Islam dengan benar. Berfikirlah dahulu sebelurn bertindak, kerana fikiran adalah pangkal pekerjaan yang benar. Juga, ingatlah ayat al-Qur'an yang pertama diturunkan, yang bermaksud: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." Sesungguhnya mernbaca adalah pintu ilmu pengetahuan.


Perkara paling penting bagi seseorang muslim mestilah istiqomah dan berpegang teguh kepada agama Islam. Rutin kehidupan hendaklah dilaksanakan dengan kegiatan hidup yang sewajarnya di atas dasar agama. Sebenarnya, tiada pertentangan di antara agama dengan tamadun sebagaimana yang diperkatakan oleh sebahagian orang. Selagi agama bersinar, maka akan lahir tamadun yang gemilang. Agama dan peradaban saling melengkapi. Agama melahirkan peradaban dan peradaban haruslah berpangkal pada agama. Namun, hanya agama yang benar dapat menjadi dasar peradaban atau tamadun yang benar.

Kefahaman yang benar terhadap ajaran Islam adalah syarat untuk meninggikan darjat umat Islam. Semua kaedah kehidupan di dunia ini bejalan di atas landasan ajaran Islam yang sebenar serta diredhai oleh Allah S.W.T.

Oleh yang demikian, ajaran Islam perlu disebarkan ke tengah masyarakat secara berkesan berserta hujah-hujah yang benar, supaya krisis pemikiran yang melanda umat Islam akan segera berakhir. Akhlak masyarakat mempunyai peranan terpenting bagi membangunkan sesebuah bangsa dan negara. Sesebuah negara tidak akan kuat, jika masyarakatnya tidak berakhlak.


Hanya kepada Allah S.W.T. kita memohon supaya diberikan kefahaman yang benar terhadap Islam serta menuturkan kata-kata yang benar, niat yang tulus ikhlas dan mengerjakan segala amalan yang bermanfaat. Semoga beroleh rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan permintaan hamba-Nya. Amin ... !

HOME

Sunday, September 12, 2004

27 Rejab 1425



27 Rejab merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah umat Islam. Yakni, hari Isra' dan Mi'raj. Hari dimana Baginda Rasulullah SAW diperjalankan oleh Allah azzawajalla. Tahun lepas ada seorang sahabat yang meminta diri ini untuk memperjelaskan secara detail sedikit tentang Isra' dan Mi'raj ini. Alhamdulillah ..... last year dapat juga diri ini mengkompilkan beberapa kandungan tentang peristiwa ini.

Tahun ini terasa ingin berkongsi pula hasil tulisan akhi Hafiz Firdaus tentang Isra' dan Mi'raj. Baru-baru nie akhi Hafiz Firdaus ada menkompile buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah, terbitan Jahabersa. Terdapat banyak juga artikel yg menarik untuk dibaca di dalam buku itu. Artikel dikumpul dari penulis-penulis dan ilmuan-ilmuan yg tersohor seperti Dr Asri, Dr Abdullah, Umm Ziyyad dan ada beberapa org lagi. Cepat, dapatkan dipasaran tempatan segera. Harganya kalau tak silap ari tu RM17.00. Promotion buku akhi Hafiz Firdaus sat ......

Isra' dan Mi'raj Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar
Oleh : Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)

Peristiwa Rasulullah s.a.w. Isra' dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa dan Mi'raj ke langit adalah salah satu mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada baginda. Malah boleh dikatakan bahawa ia adalah kemukjizatan baginda yang kedua terbesar sesudah al-Qur'an al-Karim. Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy berkata:

"Segenap kaum muslimin telah bersepakat untuk menerima kebenaran peristiwa Isra' dan Mi'raj Rasulullah s.a.w., iaitu satu malam di mana baginda diperjalankan oleh Allah 'Azza wa Jalla dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dan dinaikkan ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha. Tujuan Isra' dan Mi'raj adalah agar hamba-Nya dan Rasul-Nya (Muhammad s.a.w.) dapat menyaksikan secara langsung betapa besar kekuasaan Allah s.w.t. serta keajaiban-keajaiban ciptaan-Nya yang tidak mungkin diketahui oleh manusia di bumi dan tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka. Ia adalah sesuatu yang hanya dapat dijangkau oleh keimanan yang mantap, teguh lagi suci.

Kita sebagai umat yang beriman menyedari bahawa mukjizat baginda yang berupa peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah sesuatu yang sungguh besar, sungguh ajaib serta mengkagumkan sesudah mukjizat baginda berupa kitab suci al-Qur'an yang sehingga sekarang - bahkan sehingga bila-bila jua dapat disaksikan (kemujizatan) isi kandungannya.

Isra' dan Mi'raj merupakan satu peristiwa yang agung kerana tiada seorang Nabi mahupun Rasul yang diberi penghormatan oleh Allah s.w.t. untuk mengalaminya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang diberi anugerah ini. Ia adalah satu tanda ketinggian dan keagungan baginda di sisi Allah a.w.j.." [Qishah al-Mi'raj (edisi terjemahan oleh A. Zakiy dengan judul Menyingkap Rahasia Isra' - Mi'raj Rasulullah; Pustaka Setia, Bandung 2000), ms. 13]

Apabila Rasulullah s.a.w. kembali daripada Isra' dan Mi'raj, baginda menerangkannya kepada kaumnya di Kota Makkah akan peristiwa yang baru dialaminya. Sebahagian daripada orang Islam yang lemah imannya mengingkari khabar tersebut dan murtad daripada Islam. Sementarayang selainnya daripada kalangan kaum kafir turut menolak khabar tersebut. Mereka menuduh baginda hanya berdusta atau setidak-tidaknya baginda hanyalah bermimpi.

Penolakan peristiwa Isra' dan Mi'raj masih berlaku sehingga hari ini daripada kalangan umat Islam. Bezanya penolakan mereka dilakukan dengan cara yang lebih halus dan licik. Lebih tepat, mereka adalah orang Islam yang beraliran modernis atau Islam Liberalyang mengunggulkan akal di atas wahyu sehingga apa jua petunjuk wahyu yang tidak logik di sisi akal mereka akan ditolak atau didustakan.

Insya-Allah melalui artikel ini penulis akan kemukakan beberapa dalih yang biasa mereka kemukakan untuk mempersoal dan menolak kemukjizatan peristiwa Isra' dan Mi'raj. Kemudian diikuti dengan penjelasan bagi menjawab persoalan dan penolakan mereka. Kita mulakan dengan dalih yang pertama:


DALIH PERTAMA

Peristiwa Isra' adalah sesuatu yang mustahil berlaku kerana tidak mungkin seorang manusia dapat melalui perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat tanpa apa-apa kenderaan yang canggih.

Penjelasan

Peristiwa Isra' dan Mi'raj memang mustahil jika diukur dengan akal tetapi tidak mustahil jika diukur dengan kekuasaan Allah s.w.t.. Untuk menjelaskan dalih di atas, marilah kita mengkaji firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari al-Masjid Al-Haram (di Makkah) ke al-Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [al-Isra' 17:01]

Allah a.w.j. telah memulai ayat di atas dengan "Subhanallah", kenapakah demikian? Syaikh Mutawalli al-Sya'rawi rahimahullah (1998M) menerangkan sebabnya, sekali gus menjawab persoalan mustahil atau tidak peristiwa Isra':

"Dalam menyampaikan berita terjadinya peristiwa Isra' ini Allah s.w.t. memulainya dengan kata-kata Subhana.(Maha Suci). Kata-kata Subhana ini akan memberikan pengertian dalam hati seseorang bahawa di sana ada kekuatan yang jauh dari segala macam perbandingan, kekuatan yang jauh melampaui segala kekuatan manusia di muka bumi.

Maka makna perkataan Subhanallah ialah bahawa Allah Maha Suci Zat-Nya, Sifat-Nya dan Perbuatan-Nya dari sebarang kesamaan (dengan makhluk-Nya). Kalau ada sesuatu perbuatan atau peristiwa yang di situ Allah s.w.t. mengatakan bahawa "Dia yang melakukannya" makasaya wajib mensucikan Dia (Allah) dari segala undang-undang dan ketentuan yang berlaku untuk manusia(dalam mengukur perbuatan tersebut). Saya tidak boleh mengukur perbuatan Allah dengan perbuatan saya (kerana Maha Suci Allah daripada memiliki kesamaan denganmakhluk-Nya dalam melakukan sesuatu perbuatan). Oleh kerana itulah surah ini dimulai-Nya dengan kata-kata "Subhana" (Maha Suci) sehingga akan timbul kesan di dalam hati manusia bahawa peristiwa itu benar-benar ajaib lagi luar biasa, di luar jangkauan akal dan kemampuan manusia." [Isra' dan Mi'raj (edisi terjemahan oleh Noraine Abu dengan judul yang sama;Dinie Publishers, Kuala Lumpur 1994), ms. 39-40]


HOME

Saturday, September 11, 2004

Islam Tanpa Penyelewengan



Islam yang diamalkan adalah Islam yang bersifat Rabbani sebagaimana yang disyari'atkan oleh Allah S.W.T, tanpa ada sebarang unsur penyimpangan, pindaan atau pendangkalan terhadap nilai, makna dan ajarannya. Bagi mencapai Islam Rabbani, perlulah melalui pemahaman serta mendalami ajaran Islam yang benar dengan kembali kepada dasar dan sumbenya yakni al-Quran dan sunnah. Dengan yang demikian, ajaran Islam akan terselamat dari sebarang bentuk penyelewengan.

Namun, masih ramai orang yang memandang remeh terhadap ajaran Islam, malah mereka berusaha pula untuk menyelewengkan ajaran Islam yang sebenar. Mereka tersalah tanggapan dalam memahami Islam. Mereka ibarat membalutnya dengan pakaian yang tidak sesuai, seperti yang pernah ditempelak oleh Saiyidina 'Ali kwh.

Memang ramai orang yang memahami Islam secara yang tidak sesuai dengan konsep ajaran Islam sebenar, baik dalam masalah 'aqidah, akhlak, ibadah ataupun mu'amalah. ,Sebagai contoh, pemahaman terhadap konsep beriman kepada (qadar) takdir. Masih ramai orang yang memiliki fahaman Jabariyah dalam memahami qadar. Malah fahaman ini berkembang luas di kalangan umat Islam. Fahaman ini menyatakan bahawa manusia itu dikendalikan dan tidak bebas untuk menentukan arah hidupnya. Manusia tidak memiliki kebebasan, kehendak dan kuasa. Manusia ibarat bulu yang berserakan ditiup angin takdir ke mana angin bertiup, maka ke sanalah bulu-bulu berterbangan.

Fahaman ini amat bertentangan dengan isi al-Qur'an yang mengatakan bahawa manusia bertanggungjawab terhadap segala amal perbuatannya. Manusialah yang menentukan sendiri arah hidupnya sesuai dengan sunnatullah (hukum yang berlaku bagi seluruh maujud di alam semesta ini). Manusia berkehendak, sesuai dengan kehendak Allah S.W.T. Manusia melakukan kuasa, sesuai dengan kuasa Allah, dan manusia berbuat sesuatu kerana perintah Allah S.W.T.

Inilah kefahaman takdir menurut ajaran Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, sehingga iman kepada qadar menjadi sumber kekuatan bagi mereka. Mereka tidak takut mati dan tidak khuatir terhadap generasi sesudah mereka, kerana percaya ajal dan rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T. Mereka yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa tiada sesiapa yang mampu menangguhkan ajal walaupun hanya sesaat dan tiada sesiapa yang boleh memberi rezeki walaupun hanya sesuap.

Mereka yakin bahawa takdir Allah S.W.T. tidak dapat ditolak dan keputusan-Nya tidak dapat diingkari. Dalam satu kisah, seorang panglima Parsi pernah bertanya kepada sebahagian sahabatnya, "Siapakah kamu?" Mereka menjawab,"Kami adalah takdir Allah S.W.T. Allah S.W.T. menguji kamu dengan kami dan menguji kami dengan kamu. Seandainya kamu berada di awan, kami akan mengejar kamu atau kamu yang akan turun kepada kami.

Pengaruh fahaman Jabariyah nampak jelas pada cara kefahaman kebanyakan orang yang menyamakan konsep sebenar tawakkal (berserah diri kepada Allah setelah berusaha) dengan tawakkal (hanya pasrah tanpa berusaha). Akibatnya mereka langsung tidak melakukan sebarang usaha untuk mencapai sesuatu tujuan, melainkan hanya berserah kepada Allah.

Lantaran itu, adalah tidak benar sama sekali jika ada orang yang mengatakan bahawa tawakkal adalah pasrah. Sebaliknya tawakkal adalah sikap aktif, iaitu berusaha keras merancang dan melaksanakan segala usaha. Selain itu, usaha gigih dan kerjaa keras yang dilakukan, haruslah disertakan dengan usaha memohon doa ke hadrat Allah S.W.T, semoga dengan limpah rahmat-Nya usaha yang dijalankan akan berjaya. Setelah berusaha sewajarnya, barulah pasrah kepada Allah tentang hasilnya, sebagaimana terdapat pada Hadith:

Ertinya: Ikatlah dahulu, barulah bertawakkal (Hadith Riwayat al-Tirmidzi)
Hadith itu adalah perintah untuk mengikat keldai sebelum ditinggalkan. Kemudian barulah pasrah kepada Allah. Misalnya bagi menghadapi peperangan, haruslah mempersiapkan diri terlebih dahulu sebagaimana firman Allah S.W.T.:
Ertinya: "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan..." (al-Anfal : 60)

Ertinya: "Wahai orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum katnu menghadapi musuh)..."(an-Nisa’:71)
Ayat tersebut adalah perintah agar kita berusaha keras secara sistematik dengan mempersiapkan semua kelengkapan dan kaedah yang mampu memberi kekuatan maksimum. Kemudian barulah pergi ke medan peperangan disertai dengan tawakkal kepada Allah S.W.T.

Sebelum Rasulullah SAW berangkat untuk berhijrah ke Madinah, baginda telah mempersiapkan bekalan terlebih dahulu. Antaranya ialah kenderaan, teman (Abu Bakar al-Siddiq), penunjuk jalan ('Abdullah bin Uraiqit), tempat persembunyian. (gua Thur yang jauh dari jalan menuju ke Madinah bagi menghindari buruan kaum Quraisy) dan pembekal makanan (Asma' binti Abu Bakar). Rasulullah SAW mempersiapkan segala keperluan dan prasarana mengikut kemampuan yang dimiliki. Namun, hal itu dilakukan dengan rapi, terencana dan cukup sistematik. Setelah itu, barulah Nabi Muhammad SAW bertawakkal kepada Allah S.W.T.

Ketika orang Quraisy mengepung gua, Abu Bakar ketakutan dan berkata, "Seandainya mereka melihat kita ... !" Di sinilah Rasulullah SAW berkata dengan penuh keyakinan dan keimanan yang teguh, "Wahai Abu Bakar, apakah kau kira kita hanya berdua? Ingatlah bahawa Allah S.W.T. adalah yang ketiganya." Sebagaimana diterangkan dalam al-Qur'an.

Inilah tawakkal yang benar. Setelah melakukan segala usaha, maka kita berserah kepada Allah S.W.T., Zat yang menciptakan segala sesuatu. Namun, jika ada kesempatan lagi, kita harus mencuba dengan lebih teratur. Setelah itu, barulah pasrah sepenuhnya kepada Allah tentang hasil daripada semua yang telah kita usahakan.

Adaptasi dari Sanggahan Salah Tafsiran Islam oleh Dr Yusuf al-Qardhawi.

Sunday, September 05, 2004

Zuhud



Masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami zuhud. Zuhud difaharni sebagai sikap menjauhi semua persoalan keduniaan, seperti tidak mahu mencari kekayaan hidup, tidak mahu bekerja untuk kebahagiaan dunia dan tidak mahu memanfaatkan sumber alam. Sikap ini tentu saja tidak betul, seperti yang dibantah oleh para ‘ulama’ dengan kata‑kata, "Ingatlah, bahawa menguruskan sumber alam adalah bahagian yang sangat penting dari tujuan syari'at." Imam al‑Raghib al‑Asfahani mengatakan, bahawa bagi umat Islam, dalam menguruskan sumber alam. setidak‑tidaknya dimotivasi oleh tiga hal yang sangat penting iaitu:

Pertama: Ibadah kepada Allah. Firman‑Nya:

Ertinya:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.”(adz-Dzariyat : 56)

Kedua: Menjalankan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi, sebagaimana ditegaskan oleh Allah S.W.T. tentang fungsi manusia. di bumi dalam firman‑Nya:

Ertinya:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. (al-Baqarah :30)

Ketiga: Kewujudan perintah Allah S.W.T. agar manusia menjadi pengelola seluruh sumber yang ada di bumi (imarat al‑ardhi), seperti terkandung di dalarn firman‑Nya:

Ertinya:
“Dialah yang menjadikan kamu dari bahan­-bahan bumi, serta menghendaki kamu memaknuikannya." (Hud : 61)

Ayat ini mengandungi perintah agar kita mengurus seluruh sumber atau hasil alam yang ada di muka bumi. Oleh yang demikian, zuhud bukan bererti harus meninggalkan usaha atau mengabaikan tugas sebagai pengurus sumber alam. Ia adalah suatu komitmen untuk hidup secukupnya, tetapi tidak menjadikan diri terbelenggu dengan kepentingan dunia sehingga melupakan kepentingan akhirat. Pendek kata, ibarat kita berjalan di atas muka bumi tetapi kepala kita menengadah ke atas. Kita hidup di dunia dengan hati sebagai penghuni akhirat. Kita bekerja untuk dunia seolah‑olah hidup selamanya dan bekerja untuk akhirat seolah‑olah akan mati esok. Inilah prinsip yang dipegang teguh oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi, prinsip zuhud yang benar ialah kita menguasai dunia tetapi dunia tidak menguasai kita. Dunia hanya ada di tangan, tetapi tidak di dalam hati. Maka tidak hairan kalau ramai sahabat Rasulullah s.a.w. yang menjadi orang kaya, misalnya Abu Bakar r.a., 'Uthman r.a. dan 'Abdul Rahman bin 'Auf r.a. Padahal mereka tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Mereka kaya, tetapi mereka tidak dikuasai oleh harta benda dan hiasan dunia lainnya.

'Abdul Rahman bin 'Auf misalnya, telah mengikut Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Dia rela mening­galkan rumah, kebun dan segala hartanya di Mekah. Di Madinah dia mulakan hidup dari kosong. Namun, semangat berusaha 'Abdul Rahman bin 'Auf tidak pernah surut. Ketika dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Sa'ad bin Rabi' al‑Ansari, Sa'ad menawarkannya untuk memilih salah satu rumahnya sebagai tempat tinggal dan menawarkan hartanya untuk dibahagi dua.'Abdul Rahman bin 'Auf membalas pemberian yang sangat berharga ini dengan penuh kewibawaan, seraya berkata,"Semoga Allah memberkati keluarga, rumah dan harta anda, tetapi aku adalah seorang pedagang, maka tunjukkanlah kepadaku di mana ada pasar di sini."

Ketika itu pasar di bawah monopoli Bani Qainuqa' dari golongan Yahudi. Namun 'Abdul Rahman bin 'Auf yakin dan sedia bersaing dengan Bani Qainuqa' yang menguasai ekonomi. Dalam waktu yang singkat dia mampu bersaing dengan orang Yahudi. Sehinggalah pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan bau yang sangat harum. Maka apabila Rasulullah s.a.w. bertanya, dia menjawab, "Saya sudah bernikah, wahai Rasulullah." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Apakah sudah mengadakan walimah?" Dia menjawab, "Belum!" Maka Rasulullah s.a.w. berkata, "Laksanakan walimah walaupun hanya dengan seekor kambing." Walaupun 'Abdul Rahman bin 'Auf memulakan usahanya dari kosong di Madinah, namun ketika dia meninggal dunia, dia meninggalkan emas yang cukup banyak. Seperti dikatakan Ibnu Sa'ad, bahawa emas peninggalannya dibahagikan kepada empat isterinya dengan bahagian masing-masing lapan puluh ribu dinar. Jumlah ini hanyalah satu pertiga puluh dari semua jumlah hartanya. Cuba bayangkan berapakah jumlah keseluruhan harta 'Abdul Rahman bin 'Auf yang pada saat itu nilai dinar dan dirham sangat tinggi.

Namun, dia tidak teragak‑agak menginfaqkan berjuta-juta hartanya untuk membantu semua keperluan pasukan jihad dan membantu fakir miskin. Demikian juga kekayaan 'Uthman bin 'Affan. Dunia dalam genggaman mereka, tetapi mereka tidak sampai gila kepada dunia. Mereka memperbudakkan dunia tetapi mereka tidak diperbudakkan oleh dunia. Jelaslah, betapa dalam mencari harta dunia, yang penting, dunia tidak dijadikan satu‑satunya primadona supaya dunia tidak memperbudakkan kita. Inilah zuhud yang sesungguhnya.

Bagaimanpun, ada juga umat Islam yang memburukkan imej ajaran Islam, seperti yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang gaya hidup melambangkan kemiskinan. Mereka memutuskan sama sekali dengan keduniaan. Mereka hidup tanpa bekal, tanpa bekerja, padahal mereka mampu bekerja. Jelas amalan ini bertentangan dengan syari'at Islam dan tidak sesuai.


Ketika 'Umar r.a. melihat beberapa orang berdiam diri di masjid setelah solat Jumaat, dia bertanya kepada mereka, "Siapakah kamu?" Mereka menjawab, "Kami adalah orang yang bertawakkal kepada Allah." Lalu 'Umar r.a. berkata, "Sesungguhnya kamu adalah orang pasrah yang tidak mahu berusaha untuk mencari rezeki dan hanya berdoa: "Ya Allah berilah kami rezeki." Padahal mereka tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas atau perak, tetapi Allah S.W.T. yang memberikan rezeki kepada manusia. Apakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah: Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi?" Setelah berkata demikian, 'Umar r.a. segera mengusir mereka dari masjid.


Adaptasi dari Buku Sanggahan Salah Tafsiran Islam oleh Dr. Qardhawi


Hari tu dah preview dah buku nie. Ini adalah muka depan buku yang saya maksudkan tempoh hari. Gaya penulisan dr Qardhawi memang menarik. Cubalah baca.


HOME

Saturday, September 04, 2004

Maxis New 256k Sim Card



A few days back Celcom had launched a new 128k sim card application. Throughout the tv, celcom is promoting their new 128k sim card. Yesterday MAXIS had launched a new 256k sim card. Which they claim can store up to 1k phone number and 100 of messages in the sim card alone. What a competitive world of telecommunication. It is just a matter of question; do we need a huge storage in our phone nowadays? Even the phone itself nowadays can accommodate quite a huge memory. Most of the phone in the market today can accommodate 250 entries for purposes of storing phone number. And some of advanced phone even have their own memory card, for example the Nokia 3360 which have their own MMC Card.





The best part is; if a MAXIS customer would like to upgrade their sim card from 64k to 256k they have to pay for RM65 which I consider quite hefty. Maxis nie memang bab nak ambik kesempatan keatas orang memang pandai. Its better for me to use the current 64k card because I don’t see any need for me to change to the new sim card which is costly. Dengan duit sebanyak tu baik den boli buku atau sodokah kek orang ado gak paedahnya. Since my phone can accommodate 500 entries, there is no point for me to change for a new sim card.

Satu lagi maxis nie dari segi kos sedikit mahallah. Memang tak dinafikan. Especially the GPRS rate. DIGI is the cheapest operator for GPRS services.(heheh…promo DIGI sat) Tapi den still gak pakai maxis nie. Antara punca utama yang yg den masih pakai adalah kerana coveragenya agak baik dan user friendly dari segi nak membayar dan memeriksa bil. Mungkin sbb tulah depa charge mahal sikit. Ada setengah orang cakap celcom punya coverage pon baik jugak. Memang betoi celcom nya coverage bolih dikatakan baik, tapi ada sedikit kelemahan yang patut diperbaiki oleh pihak celcom. Saya sebelom beralih ke Maxis pon duk pakai celcom, tp disebabkan satu quality ini kurang I shift to Maxis.

Wallahu ‘alam…

Thursday, September 02, 2004

Syirik yang kita tak Sedari



Tanggal 2 September merupakan hari lahir adikku yang ke 25. Selamat Hari Lahir adikku. Moga dikurniakan kebahagiaan dunia wal ukhrawi. HAPPY BESDAY doBot.

Pagi tadi sewaktu cek mailbox, ada satu mail yang menarik perhatianku. And I think it is worth to be shared.

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam. Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragam Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar. Adik-adik atau anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

"Uncle sebelah buat apa tu Alonng/Angah/Abah?" secara amnya, kita akan menjawab... "Dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia" jawaban itu sebenarnya boleh menjerumuskan kita ke lembah syirik. Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita."Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawapan "Dia tengah sembah tuhan dia" kita menggambarkan pada adik atau anak kita bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran pada adik atau anak kita, bahawa kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dari kita.

Sedangkan kita mengucap kalimah kita "Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" Jadi mana datangnya konsep atau pengertian "dia sedang sembah tuhan dia "Sekiranya jawaban ini diteruskan.....maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita " Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH." Di samping itu kita telah menidakkan usaha para anbiya’ dalam menyebarkan ajaran tauhid. Allah Maha Esa. Ahad.

Jawaban yang sebenarnya, "Adik / anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada adik atau anak, kerana jawapan yang salah akan hanya merosakkan aqidah mereka.

HOME

Wednesday, September 01, 2004

Merdeka dan Jalur Gemilang



Ramai di antara kita yang tahu tarikh negara kita Merdeka. Dari anak-anak kecil yang mula masuk sekolah hinggalah kepada golongan warga emas telah sedia maklum tarikh negara mencapai kemerdekaan. 31 Ogos 1957.

Tapi ramai di antara kita yang tidak tahu negara kita mencapai kemerdekaan pada 5 Safar 1377. Ini bermakna negara kita telah merdeka semenjak 48 tahun yang lepas. 5 Safar 1425 jatuh pada 26 Mac yang yang lepas.

Semalam waktu duk pi Stesen Projet, terselak paper Metro 31 Ogos 2004. Ada tpik yang menarik depa duk cerita. Anda kenal siapa pencipta Jalur Gemilang? Saya pon tak kenal sapa pencipta jalur gemilang. Pelik juga. Bila pikir-pikir balik betol jugak ye.Kenapa identiti pencipta Jalur Gemilang nie tak pernah saya tahu. Mungkin disebabkan saya tak pernah diberitahu sewaktu zaman pembelajaran. Tapi itu bukan alasannyakan? Saya sepatutnya lebih peka siapakah yang mencipta jalur gemilang yang kita kibarkan la nie. Artikel Harian Metro membincangkan siapakah orang yang mencipta Jalur Gemilang. Menurut akhbar ini pencipta Jalur Gemilang adalah Allahyarham Mohamed Hamzah. Artikel ini membincangkan siapakah pencipta Jalur Gemilang. Untuk bacaan lanjut sila klik di sini. Ini adalah link Harian Metro.

Sekadar berkongsi….. wallahu ‘alam

HOME