Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, September 25, 2004

Generasi Muda dan Perubahan - Persediaannya



Generasi Muda adalah merupakan pewaris kepada masa hadapan. Di sini ingin berkongsi apa yang patut kita golongan muda perkasakan dalam menghadapi kehidupan duniawi. Artikel ini diperolehi dari al-ahkam.net yang di tulis oleh dr Fathi Yakan. Bagi sesiapa yang berminat untuk membaca teks penuh boleh lah ....berziarah ke link ini.

Bentuk manhaj Bagi Persediaan Pemuda Islam Ia wajiblah mengandungi persediaan berikut:

1- Persediaan di segi Pemikiran


Yang kita maksudkan adalah membentuk aqliyah Islamiyah (berfikir secara Islam) bagi pemuda-pemuda Islam. Apakah `thaqfah' (pengetahuan) yang diperlukan?

Bagi pemuda Islam, supaya membolehkan mereka bangun menunaikan tanggungjawab yang berat itu, mereka memerlukan pemikiran yang sempurna, iaitu:

A) Thaqafah Islamiyah (pengetahuan Islam) iaitu wajib mereka dipersenjatai dengan pengetahuan Islam, di mana pengetahuan yang asli murni terpusat pada usul-dasar dan kaedah. Ia diperlukan awal-awal lagi untuk membina kehidupan di atasnya; dan juga sebagai alat untuk menarik orang lain kepadanya. Sesungguhnya orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mampu memberi.

Bagi membentuk thaqafah Islamiyah ini semestinya dipelajari ilmu-ilmu berikut: A1-Qur'an dan tafsirnya, as-Sunnah dan ulumnya, as-Sirah an Nabawiyah, kehidupan para sahabat, fiqh dan usul fiqh, ilmu Aqidah, ilmu Tazkiyah, dan sistem-sistem Islam. "Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya dia difahamkan agama kepadanya."

B) Thaqafah Ammah (Pengetahuan Umum) iaitu pemuda-pemuda Islam memerlukan pengetahuan, ilmu dan pemikiran lain bagi membolehkannya mengkritik dan menghadapi mana-mana penyelewengan. Benarlah sabda Rasulullah saw dalam hadis-hadis:

'Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu ia aman dari tipuan mereka.'

'Ambillah hikmah itu walau dari bekas manapun ia keluar.'

Bagi membentuk thaqafah umum maka mestilah dipelajari: Pengetahuan tentang kemanusiaan, sains, pengetahuan tentang realiti dan sejarah.

2- Persediaan di segi kejiwaan


Apa yang kita maksudkan ialah pembentukan kejiwaan secara Islam bagi pemuda Islam. Kejiwaan Islam itu ialah kejiwaan yang menggunakan naluri dan kecenderungan mengikut hukum syara', kejiwaan yang mendapat fatwa Islam dan berpegang teguh dengan fatwa ini. Maka ia tidak dikuasai oleh hawa nafsu atau dipimpin oleh syahwat atau oleh kepentingan.

Persediaan kejiwaan ini samalah pentingnya dengan merialisasikan persediaan pemikiran dan mengamalkan aqliyah Islamiyah itu.

Persediaan kejiwaan ialah menj inakkan j iwa untuk terikat dengan syara' dalam memenuhi kehendak dan kemahuan. Ini boleh dicapai dengan memahami hukum syara' bagi had-had pemenuhan itu. Kemudian menjinakkan jiwa untuk menunaikan tanggungjawab ibadah dan tarbawiyah (pendidikan tarbiyah).

Persediaan kejiwaan merupakan tulang belakang kepada manhaj tarbiyah. Ianya merupakan hati yang berdegup dan dinamo yang menggerakkan segala injinnya.

Di sini wajiblah bagi mereka yang bertanggungjawab memberi tarbiah kepada pemuda-pemuda untuk mengetahui bahawa persediaan kejiwaan ini ialah sebagai batu asas dalam pembinaan syakhsiyah Islamiyah.

Pemuda Islam pula hendaklah memahami bahawa perhatian berat hendaklah diberi kepada Tazkiat-an-Nafsi (membersihkan diri). Ianya hendaklah lebih dari segi lain. Kalaulah akal dan jasad memerlukan makanan seperlunya untuk menj alankan peranan secara sempurna, begitulah juga dengan jiwa dan hati, hendaklah diberikan makanan kerana dengan jiwa ia beriman dan dengan hati ia menjadi rabbani.

Oleh itu bagi pemuda Islam, sejauh manapun pengetahuan yang ada padanya tidaklah terjamin selagi pembentukannya tidak rabbani, kerana tanpa rabbani, ilmu pengetahuan tidak akan dapat diasaskan ke atas taqwa dan keredhaan Allah swt.

Dari sini dapatlah kita fahamkan beberapa kali tentang nilai hati yang disebutkan oleh Al-Qur'an dan sunnah bila berbicara tentang manusia. Allah swt berfirman:

"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau akal atau yang menggunakan pendengarannya. " ( Qaaf : 37 )

"Pada hari yang tidak lagi bermanafaat harta dan anak kecuali mereka yang datang menghadap tuhan dengan hati yang sejahtera. " (as-Syu 'araa : 88-89)

"Tidak kamu dapat suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, walaupun mereka itu bapa-bapa mereka, anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka atau kaum kerabat mereka. Mereka itu orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan di hati mereka keimanan dan disokong pula dengan ruh dariNya. " (Mujadalah : 22 )

Sabda Rasulullah saw:


`Manusia itu kedua matanya ialah penunjuk, kedua telinganya menahan (daripada maksiat), lidahnya jurucakap, kedua tangannya sayap, dua kakinya tunggangan. Hatinya raja, apabila raja baik, baiklah tenteranya.'

Artikel penuh ini agak menarik untuk dibaca, cubalah baca artikel ini. ..... wallahu 'alam.

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home