Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, September 24, 2004

Solat Yang Lalai (al-Ma'un : 4-5)



Alhamdulillah, selasai jumpa orang Telekom di Melaka maka berakhir lah tugasan untuk hari ini. Melaka dan Seremban tidaklah jauh. Seperti biasa bila habis jer tugasan di Melaka pasti akan singgah Seremban. Terasa ada baiknya menyinggah di Seremban dulu dari terus pulang ke Puchong. Alhamdulillah sampai Seremban lebih kurang jam 6.00 petang. First thing yang mak tanya, dah makan belom? J ….. Biasalah, itulah soalan yang akan ditanya oleh bonda kalu anak-anak dio balik. Apa yang mampu dijawab ialah dah makan, tapi nak gak makan apo yg mak masak J …. Sebenarnya tak kesah pon ada ke idak makanan yg disediakan. Tapi biasalah bondaku memang masak lah kalau kami balik. Sian pon ado tgk dio, dah lah ponek balik kojo, masak plak tu. TQ bonda.

Malam tadi ada kuliah di Surau Muallimin, Taman Guru, taman di mana familyku menetap. Alhamdulillah berkesempatan juga untuk menghadiri kuliah di Surau. Dah lama rasanya tak pergi kuliah kat Surau nie, maklumlah dah tak jadi pemastautin di taman nie, dan kuliah2 pon selalunya diadakan pada weekdays dan confirm lah takder time weekdays. Topic Isra’ wa Mikraj….

Memang kebanyakan kita sudah tahu dengan Peristiwa Agung ini. Walaupun kita sudah tahu akan peristiwa ini, ini tidak bermakna kita telah tahu segala-galanya, dan menghadiri majlis-majlis ilmu amat dituntut bagi meningkatkan kefahaman kita. Penceramah jemputan ialah Ust Dasuki. Kupasan yang menarik in a short period. Di kesempatan ini ingin terasanya berkongsi pengalaman dari kuliah tadi. Mungkin agak panjang untuk ditulis, sekadar menyentuh beberapa topik sahaja.

Sememangnya kita tidak perlu meragui dengan Peristiwa Agung ini, Isra’ wa Mikraj. Kita patut berasa sedih kerana ada segelintir masyarakat kita sendiri meragui akan peristiwa ini. Sudahlah para orientalis pon cuba untuk menidakkan peristiwa ini, inikan ada segelintir dari kita yang bersetuju dengan mereka.

Berbalik kepada kuliah tadi, intro ust agak menarik, beliau mengenengahkan kehadiran Ramadhan al-Mubaraq. Apakah kaitan Ramdahan dan 2 bulan sebelomnya?Rejab dan Syaaban. Rejab dan Syaaban adalah 2 bulan di mana kemantapan Aqidah dipertingkatkan (bukan hanya sekadar 2 bulan ini sahaja, ust menyarankan demikian bagi menunjukkan ironinya peristiwa ini dengan 2 bulan ini, kemantapan aqidah adalah satu proses yang berterusan). Bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam kedua-dua bulan ini. Isra wa Mikraj dan juga peralihan arah Qiblat. Kedua-duanya merupakan peristiwa besar dalam perjuangan Baginda SAW. Dari peristiwa inilah Allah menunjukkan kepada Baginda SAW dan sahabat2 siapakah yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya. Begitu dengan kita pada zaman ini. Di dalam 2 bulan inilah kita sepatut nya melatih diri kita untuk memperkasakan diri kita dalam menyambut kehadiran Ramadhan al-Mubaraq. Latih diri kita dengan puasa-puasa sunat, bersedekah, membaca quran dan amalan-amalan nawafil yang lain. Contoh yang ust kemukakan, rerajin lah ke surau bagi mereka yang jarang ke surau, yang dah biasa tu istiqamah lah, dan yang tak biasa tu rerajinlah agar surau tak terkejut tgk kita bila kita hadir ke surau. Contoh kedua yang ustaz kemukakan, rerajinlah membaca al-Quran agar pabila imam membaca surah2 panjang kita tak terasa lenguh. InsyaAllah dengan sentiasa membaca Quran kita akan berasa sedap hati apabila imam membaca surah2 panjang dan tidak mustahil untuk kita bersolat terawikh dengan 1 juzu’ satu malam.

Sudah menjadi sunatullah, manusia ada keterbatasannya. Jika kita berfikir dari segi akal seperti orientalis mungkin kita akan bersetuju dengan pendapat mereka. Akal kita mempunyai LIMITATION. Tidak semua perkara dapat diselesaikan oleh aqal. Jangan jadi orang yang hanya percaya pada teori sains sahaja. Sains juga tidak berupaya menrungkai segala permasalahan kerana ada limitation. Contoh mudah yang ramai orang tahu. Ideal Gas Law, there is no such an Ideal Law, Ideal Law tidak mungkin dapat dicapai. Satu lagi, there is no 100% efficiency, mesti ada loss punya, tak kira lah apa system sekalipon, kereta ker, gas flow ker, memang ada loss, tak mungkin efficiency dia 100%, which most of the outcome (100% efficiency) wanted by the scientist or technical person. Aqal juga seperti bahagian badan kita yang lain, ada LIMITATION, perut yang terus menerus diisi dengan makanan pasti tidak akan berupaya selamanya diisi dengan makanan. Mata yang tidak mahu tidur, macam mana pon pasti akan terlelap. Itu sememangnya sunatullah. Oleh itu Peristiwa Agung ini harus kita terima dengan mata hati, yakni dengan kemantapan Aqidah, yang mana Allah mampu melakukanNya jika dikehendakiNya. Tiada satupon yg mustahil bagi Allah melaksanakanNya.

Hampir semua dari kita tahu bahawa dalam Isra’ wa Mikraj Baginda SAW diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa dengan izin Allah azzawajalla. Di sini terasa ingin berkongsi tentang mereka yang lalai dalam solat mereka. Allah memperlihatkan kepada RasulNya azab yang bakal menimpa orang yang melalaikan solatnya. Kepala mereka dihantuk sehingga terburai otak dan kemudian pulih semula dan kemudian still dihantuk tanpa kesudahan. Ini diperjelaskan oleh Allah azzawajalla di dalam al-Quran, firmanNya :

Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersolat; (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya; (al-Ma’un: 4,5)

Bayangkan orang yang solat juga dijanjikan kecelakaan jika lalai, bagaimana pula bagi mereka yang tidak bersolat. Moga kita dihindarkan dari sifat ini. Dalam kulih tadi ust memperbincangkan golongan yang lalai dalam solat mereka. Antaranya ialah riya’ dalam solat. Ingin memperlihatkan amalan kepada org lain. Dan satu lagi contoh mereka yang lalai dalam solat mereka ialah melewat-lewatkan solat. Orang-orang yang melewat-lewatkan solat seperti tidak meletakkan priotiti solat dalam hidup mereka. Mungkin pada golongan ini asal solat sudahlah, janji aku solat dah dan seribu satu alasan lain. Mungkin ada dikalangan kita yang kadang-kala terlewat untuk mendirikan solat. Marilah kita menanamkan satu azam untuk solat tepat pada waktu. Dewasa ini, terutamanya pada individu yang bekerja dan belajar berusahalah untuk tidak melewatkan waktu solat. Janganlah dihimpunkan waktu solat. Dah nak dekat waktu asar baru nak solat zohor. Dan bersolatlah dahulu sebelum pulang dari tempat kerja. Jangan kerana duk nak kejar takut traffic jam atau nak pulang cepat kita lupa akan tanggungjawab utama kita kepadaNya. BERIBADAT kepadaNya, bukankah itu hakikat kejadian kita sebagai insan. Personally, rasanya tak rugi kalau kita solat dulu sebelom kita pulang kerja. Asbab pertama, kalau kita solat dulu, hampir pasti kita solat di awal waktu kerana ofis hour habih dalam kol 5 ptg, asbab kedua kita rasa selesa kerna sudah menunaikan solat berbanding dengan belom menunaikan solat. Dan asbab ketiga, apabila sampai dirumah kita boleh melaksanakan tugasan lain.

Begitu juga dengan pelajar-pelajar. Janganlah kerana duk terlalu ghairah nak menyelesaikan satu permasalahan sampai melewatkan waktu solat. Masalah itu tidak akan lari, lagi hati tak tenang lagi lah sukar utk menyelesaikan masalah. Solat lah dulu, baru sambung untuk solvekan problem. InsyaAllah …akan dipermudahkanNya.

Sama-samalah kita berdu’a agar solat kita diterimaNya dan sentiasa khusyuk dalam solat kita dan dilindungi dari kelalaian dalam mendirikan solat. Jangan kita fikir kita dah solat tanggungjawab kita dah selesai. Solat tiang Agama, ianya merupakan satu KEWAJIPAN. Terlalu banyak tanggungjawab kita terhadap Allah, cuma mungkin kita tidak sedar atau tidak tahu. Itulah pentingnya untuk menghadiri majlis ilmu atau berguru dengan guru-guru yang mursyid untuk menyuluh hati kita dalam mencari redhaNya.

Segala yang baik datangnya dari Allah, dan segala kelemahan datang dari diri ini yang lemah.

Wallahu ‘alam ……

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home