Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, September 14, 2004

Muqaddimah Sanggahan Salah Tafsiran Islam


Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta kepada sekelian orang mukmin. Amma ba'du.

Ketika ini dunia sedang dilanda pelbagai krisis yang sangat membimbangkan. Jika dibiarkan, ia akan mengancam kewujudan dan kesinambungan umat Islam. Sesungguhnya umat Islam adalah umat teristimewa yang membawa misi peradaban dan kesejahteraan kepada dunia serta dilantik oleh Allah sebagai pemimpin dan saksi bagi umat manusia. Firman Allah S.W.T.

Ertinya: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang membeli keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.( al-Baqarah:143)

Di antara krisis umat Islam yang amat membimbangkan ialah krisis pemikiran dan moral. Krisis pemikiran berkaitan dengan kewarasan umat, sedangkan krisis moral berkaitan dengan mindanya. Hidup umat Islam pasti dilanda kemelut jika pemikirannya tidak rasional dan mindanya jumud. Antara krisis pemikiran yang melanda umat Islam ialah tanggapan buruk terhadap Islam. Akibat kemunduran umat Islam, terjadilah kebekuan fikiran, tafsiran melulu di bidang fiqh, keraguan dalam 'aqidah, menganggap ibadah sebagai adat kebiasaan dan berlebih-lebihan dalam tasawuf.

Krisis pemikiran adalah pengaruh dari luar atau disebut ghazwu al-fikri (pengaruh pemikiran) yang dirancang.Gerakan ini bertujuan untuk menghancurkan umat Islam dengan menyusupkan pemikiran yang berbeza dari ajaran Islam yang sebenar. Pengaruh pemikiran telah bermula sejak dari pendidikan pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi, melalui pelbagai media cetak dan elektronik. Ia juga meresap menerusi kebudayaan, hiburan, maklumat, Iklan dan sebagainya. Melaluinya juga umat Islam disogokkan dengan maklumat dan pemikiran yang tidak sesuai dengan Islam.

Maka pendidikan agama sering diabaikan. Akibatnya umat Islam tidak lagi memahami ajaran Islam yang sebenar. Lantas, ada umat Islam yang sanggup mencampurkan ajaran-ajaran karut ke dalam Islam. Ada yang menyelewengkan Islam, ada yang memahami Islam secara songsang, ada yang mengabaikan keseimbangan amalan dan ada juga yang cuma mengambil sebahagian sahaja dari keseluruhan ajaran Islam.

Apabila majoriti umat Islam sendiri sudah tidak memahami Islam, maka tidak hairanlah jika orang bukan Islam akan berani menghina Islam. Meskipun ada juga di kalangan bukan Islam yang cuba mengkaji Islam, namun mereka masih mempunyai tanggapan buruk terhadap Islam disebabkan tiada kefahaman, berbeza ideologi, sikap permusuhan dan sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ajaran Islam dan hidup seperti orang bukan Islam.
Kita harus membetulkan kefahaman terhadap Islam agar umat Islam mengikuti jalan Islam dengan benar. Berfikirlah dahulu sebelurn bertindak, kerana fikiran adalah pangkal pekerjaan yang benar. Juga, ingatlah ayat al-Qur'an yang pertama diturunkan, yang bermaksud: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." Sesungguhnya mernbaca adalah pintu ilmu pengetahuan.


Perkara paling penting bagi seseorang muslim mestilah istiqomah dan berpegang teguh kepada agama Islam. Rutin kehidupan hendaklah dilaksanakan dengan kegiatan hidup yang sewajarnya di atas dasar agama. Sebenarnya, tiada pertentangan di antara agama dengan tamadun sebagaimana yang diperkatakan oleh sebahagian orang. Selagi agama bersinar, maka akan lahir tamadun yang gemilang. Agama dan peradaban saling melengkapi. Agama melahirkan peradaban dan peradaban haruslah berpangkal pada agama. Namun, hanya agama yang benar dapat menjadi dasar peradaban atau tamadun yang benar.

Kefahaman yang benar terhadap ajaran Islam adalah syarat untuk meninggikan darjat umat Islam. Semua kaedah kehidupan di dunia ini bejalan di atas landasan ajaran Islam yang sebenar serta diredhai oleh Allah S.W.T.

Oleh yang demikian, ajaran Islam perlu disebarkan ke tengah masyarakat secara berkesan berserta hujah-hujah yang benar, supaya krisis pemikiran yang melanda umat Islam akan segera berakhir. Akhlak masyarakat mempunyai peranan terpenting bagi membangunkan sesebuah bangsa dan negara. Sesebuah negara tidak akan kuat, jika masyarakatnya tidak berakhlak.


Hanya kepada Allah S.W.T. kita memohon supaya diberikan kefahaman yang benar terhadap Islam serta menuturkan kata-kata yang benar, niat yang tulus ikhlas dan mengerjakan segala amalan yang bermanfaat. Semoga beroleh rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan permintaan hamba-Nya. Amin ... !

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home