Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, September 19, 2004

Blogging di IKIM




Semalam waktu dalam perjalanan menghantar kereta bonda untuk diperbetulkan sedikit masalahnya terdengar satu diskusi yang agak menarik diperbincangkan di Radio IKIM. Rancangan IKIM dot com. Mungkin ramai di antara kita yang familiar dengan nama Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh – Fellow Kanan Pusat Sains dan Teknologi IKIM.

Topic yang diperbincangkan oleh Shaikh Saifudden berkisar tentang weblog atau blog. Weblog atau blog menurut shaikh telah bermula sejak Disember 1997 oleh John Barger. John Barger mengistilahkan aplikasi ini sebagai weblog. Peter Merholz pada April atau Mei 1999 telah menggunakan istilah blog. Apa pon bunyinya, ianya membawa maksud yang sama. Aplikasi ini blogging ini mula mendapat perhatian dunia setelah terjetusnya Perang Iraq 2002, yang mana ramai orang yang ingin memperkatakan tentangnya tetapi tiada medium untuk memperkatakannya, maka dengan cara blogging lah mereka meluahkan apa yang mereka rasa melalui dunia penulisan. Nak tahu lebih lanjut tentang
History of weblog klik disini.

Satu pandangan yang dikira mungkin ramai diantara kita bersetuju ialah aplikasi blog ini memang sesuai dijadikan satu medium untuk berdakwah. Tiada keterbatasan dalam penulisan di ruang siber membolehkan penulis untuk terus berdakwah dan berkongsi ilmu di dalam blog yang dihasilkan oleh seorang penulis.. Tidak semua orang memiliki ilmu yang sama. Kesempatan untuk berkongsi di alam siber bukan sahaja berupaya meningkatkan pemahaman penulis malah membantu golongan pembaca memahami serba sedikit ilmu-ilmu baru. Begitulah antara idea yang diketengahkan oleh sheikh

Aplikasi blog yang agak mudah untuk dikuasai menerusi pengunaan kod-kod html yang agak mudah membolehkan kebanyakan orang untuk memahami aplikasi ini. Bagi diri saya sendiri, kesempatan untuk berkongsi sesuatu di alam siber di dorong oleh beberapa orang sahabat agar sama2 berkongsi ilmu dan pengalaman. Pengalaman mengajar kita, masa mendewasakan kita dan ilmu memimpin kita.

Ada orang yang suka membaca pengalaman orang, dari pengalaman orang kita dapat menjadikan pengajaran bagi diri kita. Tiada seorang pon manusia yang akan melalui pengalaman yang sama dalam hidup ini. Pengalaman yang Allah kurniakan kepada kita berbeza-beza. Pengalaman yang boleh dikongsi agar boleh diambil iktibar oleh orang lain bolehlah berkongsi.

Sampai jer woksyop dah terpaksa tutup radio. Jadi tak sempatlah nak dengar habis diskusi yang diperbincangkan oleh tuan Sheikh sampai tamat.

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home