Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, November 01, 2004

Kita Semua adalah Petani


Sekali lagi minggu ini diriku mendapat bantuan daripada adikku untuk menaip artikel pendek ini. Menarik untuk dibaca dan dicerna. TQ adikku Syaza.

Dalam satu sesi tugasan luar, menjelajah sampai ke Sekinchan dan beberapa buah desa berdekatannya. Menysusur laluan di pinggiran sawah. Bukan musim menanam atau menuai, sawah kosong kekeringan. Tetapi damai desa permai tetap terasa. Bebas daripada kesibukan kotak besar Kuala Lumpur.

“Hidup kita ini…. Samalah macam orang bertani di sawah,” kata-kata Ustaz Said, bilal masjid Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur dalam satu majlis ilmunya kembali menjengah di ingatan.

“Orang bersawah, bukan saja kena menghabiskan banyak masa di tengah sawah. Tetapi kene jaga tanaman mereka supaya tidak dirosakkan oleh serangga, tkus, burung dan makhkuk-makhluk perosak yang lain,” kata Ustaz Said lagi.

Malangnya, tambah Ustaz, semasa orang lain sedang tekun bekerja, ada segelintir peduduk yang asyik dengan’kerja’ mereka pula. Mereka juga berada di sawah. Cuma kerja mereka bukan mencangkul atau menanam padi. Sebaliknya leka menangkap ikan. Sebelah petang pula, bermain laying-layang. Begutulah cara mereka menghabiskan masa di sawah.

Tiba musim menuai, orang lain datang ke sawah dengan wajah senyum berseri. Jerit-perih dan penat lelah selama ini telah berbalas. Siapa yang banyak menanam dan baik pula mutunya, banyaklah pendapatannya. Siapa yang banyak menanam tetapi kurang mutunya masih boleh mengaut keuntungan.

Tetapi mereka yang sedikit menanam, sedikitlah hasilnya. Barangkali sekadar balik modal sahaja. Untung mungkin tiada.

Manakala segelintir yang leka menangkap ikan dan bermain laying-layang tadi, pastilah tidak ada apa-apa yang diperolehinya. Gigit jari melihat rakan-rakan pulang dengan hasil pendapatan yang berlipat ganda.

Demikian kiasan nasib kita dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Siapa yang rajin dan banyak menanam amal pahala, serta dijaga pula agar tidak dirosakkan oleh dosa-dosa dan sifat-sifat mazmumah yang bertindak sebagai perosak, beruntunglah dia. Di negeri abadi Akhirat, banyaklah ganjaran yang dipetik dari tanamannya itu.

Tetapi jika kita menjadi seperti segelintir penduduk yang leka menangkap ikan, bermain laying-layang, berbual kosong semasa rakan lain sedang tekun berusaha, apa yang bakal kita petik di Akhirat nanti? Sawah ladang tempat bercucuk tanam telah ditukar tempat membuang masa.

Semasa bermain, yang dirasai ialah keseronokan. Apa yang diperolehi daripada keseronokan kecuali kelalaian. Mujurlah dahulu ada orang yang menegur agar tidak bermain apabila bekerja, org menegur kita agar memenuhkan petak-petak anak-anak benih padi.

Namun tindakan susulannya juga kita sendiri yang memilihnya. Samaada mahu segera menyahut teguran atau menangguh-nangguhkannya lantaran permainan masih berlangsung.

Rugi di sawah kerana tidak berpeluang menanam padi, masih ada peluang menanam di musim hadapan. Tetapi rugi di dunia kerana tidak menanam amalan pahala dan kebajikan semasa waktu hidup di dunia, menangis air mata darah sekalipon tak mungkin kita diberi peluang yang kedua.

Artikel oleh Muhammad Widad dikupil daripada Majalah Anis Disember 2003.

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home