Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, November 07, 2004

Sedekah membuat hati menjadi lapang.


Melakukan kebaikan termasuk dalam hal-hal yang dapat mendatangkan kebaikan dan menghilangkan keresahan. Melakukan kebaikan di sini boleh berupa sedekah, berbuat baik, dan memberikan sesuatu yang baik. Semua ini adalah antara perkara-perkara yang dapat menghasilkan kedamaian di dalam hati..insyaAllah.

Wahai orang-orang yang beriman! sedekahlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu (Al-Baqarah :254)

Rasulullah SAW menggambarkan orang yang kikir dan orang yang dermawan itu dengan dua orang yang masing-masing memiliki jubah. Orang yang dermawan terus menerus memberi dan menginfakkan hartanya, sehingga jubah yang dipakai terus melebar demikian pula dengan baju perangnya yang terbuat daripada besi, sehingga bekas-bekas telapak kakinya terhapus. Sementara itu orang yang kikir terlalu kuat memegang hartanya dan semakin hari semakin berkurang sehingga menyempitkan sehingga jiwanya tersendat.

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah : 265)

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (Al-Isra’ : 29

Belenggu yang mengikat jiwa adalah sebahagian belenggu yang mengikat tangan. Orang-orang yang kikir adalah orang yang sempit jiwanya dan rosak akhlaknya. Mereka adalah orang yang kikir atas kurniaan Allah. Seandainya mereka sedar bahawa apa yang mereka berikan kepada orang lain akan mendatangkan kebaikan kepada dirinya, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk memberi dengan hati yang ikhlas.

Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). (At-Taghabun :17)

Firman Allah azzawajalla lagi

sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr : 9)

Allah telah memberi rezeki kepadamu maka keluarkan anugerahNya
harta itu akan padam dan umur akan berakhir pula
Harta itu laksana air, jika kau simpan akan berbau
dan jika kau alirkan akan sentiasa segar
Demi Zat yang Mengetahui yang ghaib
Dan yang Menghidupkan tulang-belulang yang berantakan
aku telah mengikat perutku padahal aku sangat berkeinginan pada makanan itu
Khuatir satu saat aku dipanggil kikir


Apakah menimbun harta akan membuat si penimbunnya menjadi kekal!!! Apakah menginfakkannya akan mendekatkannya dengan ajalnya? Jawapannya TIDAK …

Wallahu ‘alam ….

Artikel kupilan La Tahzan, M/surat 217, Dr ‘Aidh al-Qarni


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home