Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, November 28, 2004

Jalan-jalan Melaka.


Semalam sampai rumah parents lebih kurang jam 1830. Stranded sat kat highway, tak tahu apa punca nya traffic jam yang agak panjang, nampak cam ok jer, tapi very slow moving. Bertolak dari Uniten kira-kira jam 1700, sampai jam 1830. Kira lewat jugalah tu, lari dari perjalanan sebenar. Mula-mula ingat mahu bertolak after office hours tapi keadaan tidak mengizinkan.

Sampai di rumah sempat duduk berehat sebentar, dan seusai solat isya’ kami bertolak ke Melaka untuk berziarah mak su kami disana. Alhamdulillah perjalanan agak smooth, pergi dan balik. Lama juga rasanya diri tidak ke rumah maksu walaupun a few month back ada projek di Melaka, bukan tidak mahu menyinggah, Cuma takut rakan setugas berasa kurang enak jika menyinggah2. Tiap kali jika ada urusan di Selatan bersama rakan setugas terasa kurang selesa untuk menyinggah di mana-mana, even my house, takut dia berasa kurang selesa.

Macam-macam cerita yang diperbualkan, cerita kucing diduduk oleh anak-anak yang dijaganya turut dijadikan topik perbualan. Macam biasalah, bila ada permasalahan haiwan mesti org duk tanya pada adikku, doBot.

Antara perkhabaran yang paling menggembirakan diriku dan family members yang lain adalah keputusan anaknya epie yang memberangsangkan…alhamdulillah …. Syukur sangat aku mendengarnya. Mungkin ada yang tahu latar belakang maksu ku ini, kerana diriku pernah menulis tentangnya serba sedikit suatu ketika dahulu. Maksuku merupakan seorang balu beranak 4. Tiada suami tempat bergantung dan dia menyara keluarganya dengan mengambil upah menjaga anak-anak orang.

Sewaktu epie mula mendaftar di Politeknik Tg Malim, diriku dan bondaku lah yang menghantar mereka. Alhamdulillah, nampaknya dia sudah bulih adapt dengan kehidupan di sana. Banyak kuhamburkan kata2 nasihat agar belajar bersungguh-sungguh bagi membantu ibunya kelak. Diriku bersyukur sangat dengan anugerahMu Ya Allah. Keputusan SPM epie tidak lah sebaik mana, alhamdulillah beroleh tempat di Politech, itupon second call(kadang2 orang panggil second intake), dan dalam second call itu pon ada pihak yang telah membuat minor error yang menyebabkan epie mendapat tempat di Politech itu. Error yang dimaksudkan itu ialah kesalahan meletakkan epie di dalam kursus diploma Mechatronic. Menurut pihak admin di situ sepatutnya epie tidak layak untuk mengambil jurusan itu kerana ada subjek SPM nya yang membuatkannya tidak layak untuk mengambil jurusan itu. Sepatutnya epie ditawarkan kursus sijil. Alhamdulillah, selepas kami menceritakan serba sedikit permasalahan kami pihak pengetua dan ada beberapa staff politech bersetuju untuk menawarkan epie kursus diploma mechatronic, memandangkan masih banyak lagi kekesongan. Alhamdulillah … bersyukur sangat ..

Apa yang kurisau kan semasa epie dibenarkan mengambil jurusan itu ialah kemampuannya untuk membawa bidang itu. Alhamdulillah…..epie berjaya mengharungi first semester dengan cemerlang, 3.70. Itulah namanya rezeki kurniaan Allah dan berkat usaha, du’a dan tawakkalnya. Niat yang baik insyaAllah dipermudahkan oleh Allah.

Kegagalan lalu tidak bemakna selama-lamanya gagal. Usaha, du’a dan tawakkal adalah elemen penting untuk berjaya. Sekadar berusaha tanpa du’a dan tawakkal jika berjaya sekalipon kita menjadi makhluk Allah yang tidak bersyukur akan nikmatNya yang terlalu banyak. Tatkala mengenang cerita epie semalam, diriku teringat antara kata-kata sahabatku, kadang-kadang mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran (baca SPM) bukanlah seorang yang gagal, mereka Cuma tiada peluang untuk meneruskan pelajaran, tiada pihak yang membantu mereka untuk meneruskan proses pembelajaran mereka. Mereka bukan tidak pandai, cuma mungkin disebabkan oleh faktor2 lain yang menyebabkan mereka memperolehi keputusan seperti itu. Apabila faktor2 lain itu dapat dikesampingkan, insyaAllah mereka boleh berjaya seperti orang lain. Semoga berjaya menjadi insan yang berguna epie dunya wal ukhrawi….ameenn…

Hari nie pula, kami sekeluarga berziarah ke rumah ex-jiran kami di Seremban sewaktu lunch hour. Part yang paling best, diriku dan abiku menjadi tukang basuh pinggan, tuan rumah salah budjet. Nasib baiklah kami dah biasa buek keje2 camtu…:D

Perlu beransur, maghrib bakal menyusur ….wallahu ‘alam

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home