Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, November 10, 2004

Naib Canselor UTM disoal siasat FBI


Hari ini merupakan hari terakhir diriku akan berada diupis untuk minggu nie. insyaAllah lepas nie balik Soromban cuti raya selama 1 minggu dan 4 hari. Apa-apa pon besok ada iftar Ansara Pusat.

Hari nie waktu baca akhbar Berita Harian Online tersentak dengan satu tajuk yang agak menarik. Naib Canselor UTM disoal siasat FBI. Apa kenalah dengan Amerika ni, terlalu prejudis terhadap setiap orang Islam. Setiap orang disangkanya pengganas. Depa lupa yang depa tulah pengganas nombor satu dunia. Sesedap rasa je nak kata orang nie pengganas, orang tu pengganas. Mujurlah Naib Canselor itu tidak diapa-apakan (Baca tak disuruh buat perkara yang pelik-pelik atau diperlakukan seperti haiwan). Alhamdulillah.

Disini saya paste keratan akhbar online BH tu, saja jer paste kali nie sebab kalu tak paste dalam seminggu artikel nie ilang, masuk archives BH, dah tak bulih ekses. Taktik berniaga depa.

Naib Canselor UTM disoal siasat FBI
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Kerana disyaki anggota Jemaah Islamiah (JI), Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, disoal siasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Kejadian itu berlaku pada 24 September lalu ketika Dr Mohd Zulkifli mengikuti kursus Advanced Management Programme di Harvard Business School, Boston, Massachusetts.

Dr Mohd Zulkifli berkata, ejen FBI memberitahunya mereka menerima maklumat dari Malaysia bahawa beliau adalah anggota JI serta memintanya menjelaskan latar belakang dan penyelidikannya di UTM.

“Saya memberitahu bahawa saya bukan anggota JI dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan JI walaupun dua pensyarah UTM masih dalam buruan pihak berkuasa kerana disyaki anggota JI.

“Saya memaklumkan kepada ejen itu bahawa maklumat diterimanya itu adalah fitnah. Pemberi maklumat itu sama ada zalim, mempunyai masalah mental atau berharap dapat manfaat jika saya dikenakan tindakan oleh kerajaan AS,” katanya di sini semalam.

Dr Mohd Zulkifli mengikuti kursus itu mulai 7 September hingga 4 November lalu dan baru tiga hari pulang ke tanah air. Beliau mengikuti kursus itu bersama 147 eksekutif dari seluruh dunia.

Selain beliau, dua lagi peserta dari Malaysia ialah Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Abdul Rahman Manaf dan bekas Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan, Datuk Ramlan Osman.

Bagaimanapun, hanya beliau yang didatangi dan disoal siasat oleh FBI.

Dr Mohd Zulkifli berkata, dalam soal siasat selama hampir dua jam itu, ejen FBI turut menanyakan penyelidikannya mengenai bangunan tahan daripada letupan bom, yang dilakukannya beberapa tahun sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UTM pada 2001.

Beliau juga ditanya mengenai abangnya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang.

“Saya menjelaskan penyelidikan itu bukan mengenai kaedah meruntuhkan bangunan, sebaliknya mencari penyelesaian bagi menahan kesan letupan akibat bom. Saya berterus terang mengenai semua maklumat kerana tiada apa yang hendak disembunyi.

“Soal siasat ini dilakukan kerana ketika itu AS menghadapi pilihan raya presiden dan selepas ulang tahun kejadian 11 September. Jadi, pihak keselamatan dan keadaan di sana amat berjaga-jaga.

“Walaupun ejen itu bertanya dengan baik dan tidak menggunakan sebarang kekerasan, saya bimbang juga ditahan mengikut Patriot Act, akta pencegahan pengganas di negara itu,” katanya. (kononnya menentang ISA, kata ISA tak civilized lah depa pon sama 2 x 5 cam kita jugak, Akta nie samalah dengan ISA nie..free country kunun.. liberate country kunun)

Dr Mohd Zulkifli berkata, dia tidak memberitahu sesiapa mengenai soal siasat oleh ejen FBI berkenaan sama ada menerusi e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), surat atau perbualan.

Katanya, dia juga tidak memaklumkan soal siasat itu kepada rakan sekursusnya kerana bimbang menimbulkan suasana kurang senang sepanjang berada di sana.

“Saya hanya memberitahu isteri saya mengenai soal siasat ini selepas tiba di Malaysia Sabtu lalu. Saya mendedahkannya hari ini untuk memberitahu janganlah kerana ada masalah dalaman, kita memfitnah hingga menjejas keselamatan orang lain.

“Dengan kedudukan saya sebagai Naib Canselor, mungkin fitnah ini datang daripada kalangan kakitangan UTM,” katanya. (Selambanya Mamat nie buat accusation, sampai ke situ dia berfikir, tang nie yang den tak berapa pueh ati ngan adik MB Perak nie)

HOME

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home