Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, March 06, 2007

New Place

Kini aku tidak lagi menulis di sini. Aku telah mula menulis di suatu tempat baru.

akhifaizul new Blogging Home, sudah berpindah ke rumah baru.

Labels:

Saturday, February 24, 2007

Work, Work & Work

Itulah tajuk entryku kali ini,
Walaupon kompeniku bekerja memberi cuti CNY selama 1 minggu, tetapi mulai hari khamis lalu diriku telah mula bekerja.


Hari Khamis 22 Februari 2007 jam 0930H diriku berada di Stesen Janamanjung, and the next day Jumaat 23 Februari jam 0930H diriku berada di Stesen Sasaran Penting Bukit Banang. MasyaAllah penatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Drive ke utara then drive ke Selatan. Besh, besh,

Alhamdulillah kerja berjalan lancar, di Janamanung hanya sekadar site visit. Di Bukit Banang adakan trobleshoot some MAJOR problem.

Pemandangan Selat Melaka dari Bukit Banang, Batu Pahat.

Labels: ,

Sunday, February 18, 2007

TV3

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini Stesen TV3 ada menyiarkan serba sedikit derita rakyat Palestin di kaca TV. Diriku yakin pasti ramai di antara kita yang tersentuh bila melihat saudara seIslam kita yang serba daif. Yang terpaksa menumpang tanahair orang untuk meneruskan kehidupan. Tidak keterlaluan jika aku katakana pasti ada di antara kita yang mengalirkan air mata bila melihat visual-visual yang dipaparkan di TV3.

Pertama-tamanya aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TV3 dan juga syabas buat TV3 yang menyediakan laporan ini. Sekurang-kurangnya adalah sedikit usaha pihak TV3 untuk menyiarkan kesengsaraan rakyat Palestin untuk tatapan kita semua. Untuk kita renungkan, dan yang paling penting untuk kita usahakan sesuatu untuk membantu saudara seAqidah kita di sana.

Tapi apa yang masih kurang dalam usaha untuk membantu rakyat Palestin ini adalah kurangnya promosi untuk bantuan terutama bantuan dari segi kewangan. Pihak TV3 boleh mengwar-warkan tabung-tabung yang membantu rakyat negara Palestin ini ataupon TV3 sendiri boleh wujudkan satu Tabung Khas untuk membantu rakyat Palestin ini seperti mereka mewujudkan tabung banjir tempoh hari yang mendapat kolobrasi dengan Maybank2u.com.

Jika kita lihat, tabung-tabung bantuan kepada rakyat Palestin ini jarang dapat di buat secara online (maksudku Maybank – Maaf yer Maybank sbb terlalu direct, kpd rakan-rakan di Maybank dapatlah kiranya di buat sesuatu), jika kita hendak menghulurkan bantuan kewangan kita perlu pergi ke Bank berkenaan. Namakan apa sahaja pertubuhan, AMAN Palestine, JIM atau apa shj pertubuhan lain yang mungkin diriku terlepas pandang, ianya pasti tidak dapat dilakukan secara online di Maybank2u.com. Alasan yang pernah diberikan kepadaku adalah Ini adalah pertubuhan dan jika encik hendak transfer kan duit, encik perlu ke bank kami. atas dasar apa ianya tidak boleh dilaksanakan atas talian aku tidak mengerti. Cuma diriku belum pernah mencuba kaedah IBG (Inter Bank Giro). Can anybody clarify this to me? Is it possible?

Oleh itu wahai sahabat-sahabatku dan juga pembaca-pembaca blogku, marilah sama-sama kita menyimpan beberapa nombor akaun pertubuhan-pertubuhan yang menyalurkan bantuan kepada saudara seIslam kita di Palestin ini di dalam wallet kita, di dalam PDA kita, di dalam diari kita supaya bila kita terasa hendak menghulur dan kita ternampak bank yang berkenaan kita boleh terus masuk ke dalam bank itu dan teruskan aktiviti mengdepositkan wang ke dalam akaun-akaun pertubuhan-pertubuhan ini.
-------------------------------------------------------------
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."(Al-Baqarah:271)

Labels: ,

Rancang Perjalanan

Biasanya bila menjelma perayaan yang besar di Malaysia diriku dan adikku akan memastikan perjalanan pulang ke kampong halaman akan berjalan lancar. Kami tidak mahu terkandas di dalam kesesakan lalulintas yang lama. Biarlah kami bertolak sedikit lewat, asalkan kami tidak stress di perjalanan.

Kami adik-beradik biasanya menggunakan khidmat PLUS untuk perjalanan ke utara atau ke selatan. Dan biasanya apabila perayaan-perayaan besar ini atau di hari-hari yang mana cuti umumnya agak panjang kami akan pastikan yang kami akan menalifon PLUS infoline untuk mendapatkan maklumat tentang kesesakan lebuhraya. Alhamdulillah, cara ini agak efektif sebenarnya, dan yang lebih penting ianya dapat mengurangkan stress di dalam kereta dan juga dapat mengelakkan kita dari membuang masa di atas jalan raya.

Pernah suatu ketika duu, rasanya sambutan Aidil ‘Adha rasanya, kami bertolak pulang lebih kurang jam 2100Hrs, masuk-masuk lebuhraya PLUS sahaja sudah mula terkandas di dalam kesesakan lebuh raya. Masuk di Plaza tol kajang, dan sebelum sampai plaza tol Bangi kami telah mula terkandas. Perjalanan yang biasanya mengambil masa lebih kurang sejam menjadi 4 jam. Bayangkan betapa stressnya kami di dalam kereta.

Alhamdulillah semalam pulang ke rumah mak and abah Seremban, sedikit lewat. Lebih kurang jam 2015 baru sampai Seremban. Itupon setelah menalifon PLUS bertanyakan status kesesakan lalulintas di sepanjang perjalanan untuk ke Seremban.
-------------------------------------------------------------
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami)......."(Hajj:5)

Labels:

Saturday, February 17, 2007

Ujian

Entry ini adalah untuk peringatan diri sendiri dan juga ahli keluargaku. Moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar dalam menerima ujian Allah. Roda tidak selamanya di atas. Roda pasti akan berpusing ke bawah jika hendak melengkapkan satu pusingan.

Ujian adalah sunatullah yang ditetapkan bagi seorang hamba kerana empat perkara. Ianya adalah seperti berikut;

1. Mengangkat darjat seseorang didunia dan di akhirat. Orang-orang yang mendapat ujian adalah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, di mana mereka diuji di awal perjalanan hidupnya. Lalu mereka bersabar dan mengharap pahala dari ujian itu. Allah akan meninggikan darjat untuk selamanya.

2. Untuk mendidik hamba yang diuji, di mana Allah mendidik hati manusia dengan ujian agar menjadi bersih dan ikhlas kepada Allah.

3. Membuktikan erti kehambaan kepada Allah.. Sebab Allah ingin mengetahui bahawa hamba benar-benar seorang hamba Allah. Perkara itu tidak mungkin berlaku dengan pengakuan semata-mata atau dengan alas an tidak berdalil sampai ia enyatakan pengabdiannya. Ramai orang yang mengaku hamba Allah, tetapi ketika dicuba dengan ujian ia kembali kepada keadaannya semula dan ia rugi dunia dan akhirat. Itulah kerugian yang nyata.

Maka di antara faedah ujian yang paling agung adalah merealisasikan maqam ibadah bila kamu sebagai hamba Allah. Inilah ujian, maka bersabarlah dengannya. Kerana Yang menulis ujian ke atasmu adalah Yang menulis nikmat untukmu.

4. Memperolehi bahala di sisi Allah. Sesuatu yang diamanahkan oleh Allah tidak akan hilang di waktu ia hilang di sisi manusia. Orang yang berhubung dengan Allah tidak akan rugi tetapi beruntung. Orang yang di tolong Allah tidak akan kalah, tetapi akan menang.

Artikel oleh Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni dari buku Jagalah Allah, Allah Menjagamu

p/s jangan lupa baca hadith dibawah untuk peringatan bersama.
-------------------------------------------------------------
Wahai anak, sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kata, jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu, jagalah Allah pasti kamu dapati Dia di hadapanmu (dengan pertolonganNya), kenallah Allah dalam kesenangan, pasti Dia akan mengenalimu dalam kesusahan. Ketahuilah bahawa kemenangan ada bersama kesabaran. (HR Tirmidzi)

Labels: ,

Friday, February 16, 2007

Kemanisan

Alhmadulillah, Segala Puji bagi Allah Rabb Sekelian Alam, Selawat buat junjungan Besar Muhammad SAW.

Kita diuji, kita terasa berat, tapi jika kita sabar dengan ujian insyaAllah Rabb ‘alamin akan mengangkat darjat kita. Anggaplah ujian yang kita lalui sebagai suatu yang berharga dalam hidup kita. Walaupon ia tidak manis, ianya pasti pengalaman berharga buat kita. Cuba bayangkan hidup tanpa ujian dan masalah. Pasti busan bukan? All the same thing running the whole life.

Kelmarin Allah kurniakan perkhabaran gembira buatku, semalam Allah kurniakan kegembiraan buat zaujahku. Alhamdulillah, tiada apa yang kami dapat ucapkan. Walaupon terpaksa berjauhan kegembiraan kami kongsi bersama.

Dalam alam pekerjaan sebagai seorang jurutera. Agak-agaknya apa yang manis bila kita bekerja nie yer? Rasanya kalau seorang jurutera tu, perkara yang manis dalam alam pekerjaan ialah apabila berjaya deliver projek/tugasan yang diamanahkan tanpa sebarang flaws.

Apart from accomplishment of project and assignment, normally as an individual who is makan gaji definitely having a bonus is a great joy. Alhamdulillah, walaupon mengambil cuti tanpa gaji lebih kurang tiga minggu, pihak syarikat tidak mengambil kira perkara itu. Syarikat mungkin melihat usahaku turun naik ke tapak projek dan menyelesaikan projek dari kick-off meeting sampailah kadang-kadang terpaksa interfere dalam proses follow up payment project. Yang paling mengejutkan aku, ada jugak individu yang dapat 0.5, aku bersyukur dengan apa yang Allah tetapkan. Sebenarnya aku tidaklah mengharapkan figure seperti yang diumumkan.

Semalam petang, sewaktu melepaskan lelah pulang dari kerja dan sementara menanti untuk ke bilik air, diriku mendapat perkhabaran gembira dari zaujah terchenta. Alhamdulillah, keputusan imtihannya telah keluar dan ianya sangat memberangsangkan. Dan apa yang membuatkan diriku terharu adalah resultnya adalah lebih baik dari sebelum menikahiku. Bukan bermakna zaujah tidak cemerlang sebelum menikahiku, tapi cuma kali ini kejayaannya terlebih sedikit jika dibandingkan dengan sebelumnya. Inilah namanya rezeki kurniaan Allah yang tidak kita sangka-sangka.Tahniah Pn Hazratul Mumtaz & Terima kasih. Sangat-sangat menghargai pergorbanan ummi, dari sekecil-kecil bantuan sehingga ke sebesar-besar bantuan. Moga Allah ganjari ummi dengan ganjaran yang hebat, ameenn.
--------------------------------------------------------------
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).(Al-Imran:123)

Labels:

Sunday, February 04, 2007

Sweet Beach Resort.

Beberapa keeping gambar yang sempat kuambil ketika menginap di Sweet Beach Resort, Tok Bali. Secara peribadi den rekomen untuk mereka yang ada urusan di utara Terengganu atau Selatan Kelantan eloklah menetap di sini.



Sunrise 1 - Ini sesuai dijadikan Wallpaper. Resolusi 1024 x 724.



Sunrise 2 - Ini sesuai dijadikan Wallpaper. Resolusi 1024 x 724.






-------------------------------------------------------------
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.(Mujadalah:11)

Labels: ,

Saturday, February 03, 2007

Billboard

Agak-agaknya bila Malaysia mampu laksanakan undang-undang billboard yang mana individu yang terlibat di atas billboard berada dalam keadaan menutup aurat. Kalau 2 negeri ni boleh, rasa-rasanya satu negara pon bolehkan?

Hatta Steven Gerard pon berseluar panjang. Alangkah bagusnya jika satu Malaysia sedemikian juga.










-------------------------------------------------------------
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).(Al-'Araaf:26)

Labels: , ,

Sabar

Kadang-kadang orang di sekelilingku melihatku seperti gembira. Tapi kegembiraan yang kupamerkan itu tidak semestinya apa yang kurasai. Orang kadang-kala tidak nampak kedukaanku. Kadang-kadang orang melihat diriku sebagai seorang yang knowledgeable tapi jauh dalam diriku aku rasai diriku masih banyak yang perlu kupelajari. Terlalu banyak aku perlu tahu, semakin banyak yang aku tahu, semakin banyak aku rasa aku tidak tahu.

Ujian yang datang sering menduga kita, sering mengajar kita bagaimana untuk berhadapan dengan ujian. Ujian biasanya berbentuk masalah, masalah boleh diselesaikan apabila kita tahu asbabnya. Masalah tidak mungkin dapat diselesaikan jika kita tidak tahu puncanya. Apa pon masalah yang kita hadapi, kita cuba selesaikan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Jangan biarkan hati-hati kita terusan kosong dek disebabkan masalah. Kita fikirkan apa yang boleh kita laksanakan agar ia senantiasa berada di atas landasan Islam. Dan perkara utama dalam menghadapi masalah adalah sabar. Allah menguji kita dengan ujian agar kita menjadi sabar. Aku sangat takut aku menjadi orang yang tidak sabar.

Ya Allah Ya Tuhanku permudahkan urusan hambaMu ini. Kurniakanlah kami kesabaran dalam menyelesaikan masalah ini. Kurniakan kami kekuataan Ya Allah. Golongkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai.

-------------------------------------------------------------
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada TuhanMu” Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini akan beroleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas".(Az-Zumar:10)

Labels: ,

Saturday, January 27, 2007

Kuala Terengganu Airport

Alhamdulillah perjalanan ke Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dan seperti yang dijadualkan. Inilah penerbangan pertamaku menggunakan Terminal LCC. In my personal point of view, the LCCT is not really bad. Cuma mungkin agak sukar sedikit untuk orang yang kurang upaya dan orang berusia. Mungkin petugas di LCCT perlu mencontohi servis beberapa airport. Dan mungkin pihak MAB perlu memikirkan bagaimana cara untuk memastikan orang kurang upaya atau orang berusia juga turut selesa menggunakan kapal terbang.

Bila mengenangkan orang kurang upaya ini, secara automatic aku teringat airport Manchester. Airport Manchester bulih kukira sebagai satu airport yang user friendly terutamanya untuk orang tua atau pon orang yang kurang upaya untuk bebas bergerak didalam bangunan terminal.

Para pengguna airport akan cuba dilayan sebaik mungkin oleh petugas airport. Cuma kadang-kadang mereka terlebih risau dengan bayangan mereka sendiri, walaupon mereka sentiasa dibayangi oleh igauan mereka yang tidak tentu fasal, mereka masih membudayakan budaya menghoramati orang, terutama sekali orang kurang upaya dan golongan tua.

Mungkin airport Manchester tidaklah secanggih airport KLIA namun method konvensional yang digunakan oleh petugas-petugas di sana dalam mengendalikan orang yang berusia dan kurang upaya wajar kita contohi. Mereka sekadar mengunakan method menolak kerusi roda, menolak kerusi roda dan terus menolak sehinggalah sampai ke boarding gate. Dan golongan ini akan diberi keutamaan untuk check in dahulu. Boleh dikira agak komited mereka membantu golongan ini. Dan untuk pengetahuan kalian orang putih ini bukanlah membantu bangsa mereka. Golongan yang dibantu rata-ratanya adalah masyrakat berbangsa India dan Arab.

Terengganu

Inilah kunjungan pertamaku ke Terengganu Darul Iman setelah aku meninggalkan negeri penyu ini 14 tahun yang lalu. Masih kuingat bagaimana aku dipermainkan oleh beberapa kenalan di sekolah ku. Semuanya dek gara-gara diriku tidak tahu bertelo Terengganu. Sejak kejadian itu aku bertekad untuk mempelajari telo bahasa Terengganu. Alhamdulillah sekejap sahaja diriku bulih berbahasa sedikit dengan telo Terengganu.

Bezanya kini aku tidak perlu bertelo Terengganu bila menjejakkan kaki di sini. Tiada siapa yang mempersendakan daku jika aku bertelo key ell(KL). Mungkin juga disebabkan statusku.

Aku diutuskan ke Terengganu oleh Co. ku untuk memantau dan melakukan kerja-kerja Testing & Commissioning bagi Tapak Projek Lapangan Terbang Terengganu. Dengan ceritanya perlu disiapkan sebelum Sukma Terengganu, yang mana ianya akan berlangsung tahub 2008. Projek ini lebih kepada expansion airport lama. Perjalanan yang menggunakan kapal terbang membuatkan daku sedikit buntu bila hendak ke sana dan ke mari. Biasanya aku lebih gemar memandu dari berkapal terbang. Mujurlah klienku seorang yang baik hati. Dialah yang membawa kami ke sana dan ke mari.

14 tahun dahulu ayahku masih berkhidmat dengan Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia. 14 tahun yang lalu kami sekeluarga menetap di Kem Seberang Takir. Kini kem itu masih wujud, Cuma namanya telah diubah kepada Kem Sri Pantai.

Bila melalui Pantai Teluk Ketapang jelas kelihatan quarters yang pernah kami duduki. Banyak yang telah berubah, mungkin boleh dikatakan terlalu banyak yang berubah sebenarnya.

Bila melihat padang golf di dalam Kem Sri Pantai teringat abah. Abah lah yang memulakan projek ini. Dari kosong kepada ada. Walaupon pada dasarnya padang golf itu tiada lah secantik mana. Keringat abah dan konco-konconyalah yang bersusah payah menyiapkan projek padang golfnya. Itu semua atas arahan CO waktu itu. Tak salah den Lt Kol Amir.

Kuala Terengganu
22 Januari 2007 till 23 Januari 2007


-------------------------------------------------------------
"Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu".( Faatir:35)

Labels: ,

The Manchester Museum

Alhamdulillah sewaktu pi Manchester hari tu berkesempatan pi satu Museum. The Manchester Museum. Kat Manchester nie sebenarnya banyak museum. Muzium Industri lah, Muzium Transport lah, Muzium Yahudi lah dan macam-macam muzium lagi.

Manchester Museum boleh kukira menarik jugaklah. Nampak entrance macam kecik aje. Tapi di dalamnya bulih tahan lah banyak sectionnya. Untuk pengetahuan pembaca blogku. museum in adalah sebahagian daripada University of Manchester. Masuk adalah percuma. Mengambil gambar juga adalah percuma, Cuma perlu habaq pada kaunter yang kita hadir bersama kamera dan berhajat untuk mengambil gambar.

Yang menjadi masalah bila nak ambil gambar mungkin lightingnya yang agak malap. Almaklum lah kamera tak cukup canggih. Ini semua nak kena cari dslr nie. Ada sesiapa yang nak menjual yang 2nd hand dslr?

Di dalam museum ini terdapat pelbagai koleksi dan galeri yang antaranya ialah Animal Life, Archaeology, Ancient Egypt, Living Cultures, Prehistoric Life, Rocks and Minerals, Science for Life, Animals, Archaeology, Archery, Coins, Fossils, Living Animals, Living Cultures, Plants, Rocks and Minerals.

Antara tempat yang tak boring2 den duduk tengok adolah Ancient Egypt and Dinosor. Bila tengok dinosor teringar Aiman anaknya Abg Eddy.



Perkarangan The Manchester Museum



Di dalam bangunan inilah Rutherford pernah diami. Orang pertama yang pisahkan atom.Agak-agaknyalahkan berapa kali dia cuba dan gagal?



Inilah dia pintu masuk utama ke galeri-galeri pameran Muzium Manchester



Den tak ingat Quran nie dari mana dan dari kurun ke berapa. Tapi yang den ingat inilah satu-satunya perkara yang berkaitan dengan Islam yang dipamerkan disini.Ayat yang sedang dipamerkan adalah Surah Yassin (36) ayat 78-83.[78] Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?[79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);[80] Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu.[81] Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui. [82] Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.[83] Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.






Discovery the Tomb of the Two Brothers. Memula tengok macam cuak-cuak jugak. almaklumlah mayat betol.



Tak ingat apa nama mummy nie. Tapi yang den ingat mummy nie mati ketika usia tua dek kerana jangkitan kuman. Jika tak silap den namanya bermula dari huruf A. Ada sesiapa kenal mummy ini?



Kesian singa ni, dikurung di dalam sangkar kaca untuk tatapan umum.



Ini bukan raksasa ataupon dinosor yer. Ini adalah rangka seekor gajah. MasyaAllah besar sungguh gajah ini.



Haaa, ini baru dinasor. Namonya T-Rex. Namo glamernya yang lain adalah Stan. Sebabnya biasalah kan, orang yang bernama Stan jumpo dio, tu namo gelaran Stan melokek sampai la nie. Nak tahu full name T-Rex kena tanya Aiman. Kan ummikan?


P/S - Untuk melihat imej dengan pixel yang lebih besar, sila klik pada gambar.

Labels:

Thursday, January 25, 2007

Ziarah Pak MAhmood

Hari Sabtu yang lalu aku dan wak Jep pergi menziarahi abah kepada Kak Liza. Bilamana kita menziarahi orang sakit, kita pasti akan berasa nikmat sihat. Kita jarang-jarang sangat atau sering terlupa dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan buat kita.

Tiba di rumah Kak Liza & Abg Lan kira-kira jam 1045 hrs. Terharu melihat ayahnya Kak Liza yang sedang sakit. Susah dan senang semuanya telah ditentukan oleh al-Khaliq. Tapi perkara yang membuat aku rasa kagum setiap kali menziarahi atau orang menceritakan pengalaman menjaga orang berusia yang sakit ialah semangat dan kekentalan jiwa orang yang menjaga pesakit.

Itulah yang berlegar-legar difikiranku. Sekali-sekala terdetik dihatiku, mungkinkah aku akan jadi sehebat mereka ini? Tidak jemu-jemu untuk berkhidmat kepada ibubapa mereka. Aku takut sangat jika aku dan adik-beradik ku tidak mampu. Moga kami sekeluarga berupaya berkhidmat buat kedua orang tua kami sehingga ke akhir hayat kami.

Buat Kak Liza dan keluarga, saya doakan kekuatan dan kemudahan buat kalian. Anggaplah ujian yang akak sekeluarga lalui ini adalah untuk meninggikan darjat akak sekeluarga di sana. Pasti ada ganjaran hebat untuk akak sekeluarga. Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan oleh hambaNya. Oleh yang demikian, saya yakin akak dan family mampu melakukannya. Moga akak sekeluarga sentiasa di rahmati dan diredhai Allah.
--------------------------------------------------------------
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). ( Al-Isra:23)

Labels: ,

Monday, January 22, 2007

Ujian Kesabaran

Alhamdulillah. Pagi ini bangun kira-kira jam 0430 pagi dengan linangan air mata. Hanya Solat Sunat Syukur yang mampu kuterjemahkan bagi tanda kesyukuran ku padaMu ya Allah. NikmatMu terlalu besar jika dibandingkan dengan apa yang aku lakukan. Alhamdulillah.

Semalam kira-kira jam 1000 pagi jiwaku menjadi kurang tenteram, pelbagai perasaan bercambur baur dek kerana beberapa permasalahan. Masalah yang tidak dapat tidak kami perlu lalui.

Kami berlindung dengan Mu ya Allah dari Syaitan. Hindarilah hati-hati kami dari bisikan-bisikan syaitan. Jadikan kami hamba yang sentiasa redha dengan ketentuanMu ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang berupaya untuk menyelesaikan ujian-ujian hidup ini ya Allah. Berikanlah kami taufiq dan hidayahMu ya Allah agar kami sentiasa berada dalam keredhaanMu ya Allah.

Semoga mumtaz

Lapangan Terbang Kuala Terenggan
0846HRS
Menulis sambil menunggu technician tiba.

-------------------------------------------------------------
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah:153)

Labels:

Friday, January 19, 2007

Satellite View

Alhamdulillah.


Klik pada gambar untuk melihat imej yang lebih besar & jelas.
-------------------------------------------------------------
“And Allah has made for you Mates (and Companions of your own nature …” (Surah Al Nahl 16:72)

Labels:

Saturday, January 13, 2007

Wheel of Manchester & Eye of Malaysia

Mula mendengar berita mengenai Malaysia Eye waktu berada di bumi Manchester. First thing that pop up in my mind is ridiculous. Apo kerajaan dah gilo apo? Apo lah faedahnya naikkan satu objek yang hanya satu objek tiruan dari orang lain. Kos yang menjangkau RM30 juta adalah satu angka yang menyedihkan. Masih banyak lagi perkara yang baik bulih dilaksanakan. Lebih menyedihkan ianya hanya digunakan untuk tahun ini sahaja. Bagi TMM 2007. Sedih, sedih, sedih sungguh.

Mula-mula lalu di Wheel of Manchester lepas keluar dari Arndale terasa macam tiada perasaan untuk naik. It was last week. Cuma posing-posing amik gambar sahaja. Tapi bila dah balik rumah, pikir-pikir balik, baik den cubo, baru den tahu apo yang kerajaan kito beria-ia benar nak bina satu objek pusing yang kosnya baik dialirkan pada perkara-perkara yang lebih bermanfaat.

Sebenarnya bila naik tak do apo pon yang seronok sangat pon. Cuma bulih lihat pemandangan kota Manchester dari atas. Tapi bagi Malaysia den rasa tak perlu kut buat benda nie. Kita dah ada KL Tower, kita dah ada KLCC bridge. Dua objek ini sudah cukup untuk orang kita melihat bandaraya Kuala Lumpur yang indah. Lainlah kota Manchester nie yang takdo bangunan setinggi KL tower yg open to public for viewing purposes.

Di sini den kopilkan beberapa koping gambar sekitar Manchester Wheel & Bandar Manchester.











-------------------------------------------------------------
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".(Al-Kahf : 109)

Labels: