Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, January 25, 2007

Ziarah Pak MAhmood

Hari Sabtu yang lalu aku dan wak Jep pergi menziarahi abah kepada Kak Liza. Bilamana kita menziarahi orang sakit, kita pasti akan berasa nikmat sihat. Kita jarang-jarang sangat atau sering terlupa dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan buat kita.

Tiba di rumah Kak Liza & Abg Lan kira-kira jam 1045 hrs. Terharu melihat ayahnya Kak Liza yang sedang sakit. Susah dan senang semuanya telah ditentukan oleh al-Khaliq. Tapi perkara yang membuat aku rasa kagum setiap kali menziarahi atau orang menceritakan pengalaman menjaga orang berusia yang sakit ialah semangat dan kekentalan jiwa orang yang menjaga pesakit.

Itulah yang berlegar-legar difikiranku. Sekali-sekala terdetik dihatiku, mungkinkah aku akan jadi sehebat mereka ini? Tidak jemu-jemu untuk berkhidmat kepada ibubapa mereka. Aku takut sangat jika aku dan adik-beradik ku tidak mampu. Moga kami sekeluarga berupaya berkhidmat buat kedua orang tua kami sehingga ke akhir hayat kami.

Buat Kak Liza dan keluarga, saya doakan kekuatan dan kemudahan buat kalian. Anggaplah ujian yang akak sekeluarga lalui ini adalah untuk meninggikan darjat akak sekeluarga di sana. Pasti ada ganjaran hebat untuk akak sekeluarga. Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan oleh hambaNya. Oleh yang demikian, saya yakin akak dan family mampu melakukannya. Moga akak sekeluarga sentiasa di rahmati dan diredhai Allah.
--------------------------------------------------------------
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). ( Al-Isra:23)

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home