Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, January 27, 2007

Kuala Terengganu Airport

Alhamdulillah perjalanan ke Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dan seperti yang dijadualkan. Inilah penerbangan pertamaku menggunakan Terminal LCC. In my personal point of view, the LCCT is not really bad. Cuma mungkin agak sukar sedikit untuk orang yang kurang upaya dan orang berusia. Mungkin petugas di LCCT perlu mencontohi servis beberapa airport. Dan mungkin pihak MAB perlu memikirkan bagaimana cara untuk memastikan orang kurang upaya atau orang berusia juga turut selesa menggunakan kapal terbang.

Bila mengenangkan orang kurang upaya ini, secara automatic aku teringat airport Manchester. Airport Manchester bulih kukira sebagai satu airport yang user friendly terutamanya untuk orang tua atau pon orang yang kurang upaya untuk bebas bergerak didalam bangunan terminal.

Para pengguna airport akan cuba dilayan sebaik mungkin oleh petugas airport. Cuma kadang-kadang mereka terlebih risau dengan bayangan mereka sendiri, walaupon mereka sentiasa dibayangi oleh igauan mereka yang tidak tentu fasal, mereka masih membudayakan budaya menghoramati orang, terutama sekali orang kurang upaya dan golongan tua.

Mungkin airport Manchester tidaklah secanggih airport KLIA namun method konvensional yang digunakan oleh petugas-petugas di sana dalam mengendalikan orang yang berusia dan kurang upaya wajar kita contohi. Mereka sekadar mengunakan method menolak kerusi roda, menolak kerusi roda dan terus menolak sehinggalah sampai ke boarding gate. Dan golongan ini akan diberi keutamaan untuk check in dahulu. Boleh dikira agak komited mereka membantu golongan ini. Dan untuk pengetahuan kalian orang putih ini bukanlah membantu bangsa mereka. Golongan yang dibantu rata-ratanya adalah masyrakat berbangsa India dan Arab.

Terengganu

Inilah kunjungan pertamaku ke Terengganu Darul Iman setelah aku meninggalkan negeri penyu ini 14 tahun yang lalu. Masih kuingat bagaimana aku dipermainkan oleh beberapa kenalan di sekolah ku. Semuanya dek gara-gara diriku tidak tahu bertelo Terengganu. Sejak kejadian itu aku bertekad untuk mempelajari telo bahasa Terengganu. Alhamdulillah sekejap sahaja diriku bulih berbahasa sedikit dengan telo Terengganu.

Bezanya kini aku tidak perlu bertelo Terengganu bila menjejakkan kaki di sini. Tiada siapa yang mempersendakan daku jika aku bertelo key ell(KL). Mungkin juga disebabkan statusku.

Aku diutuskan ke Terengganu oleh Co. ku untuk memantau dan melakukan kerja-kerja Testing & Commissioning bagi Tapak Projek Lapangan Terbang Terengganu. Dengan ceritanya perlu disiapkan sebelum Sukma Terengganu, yang mana ianya akan berlangsung tahub 2008. Projek ini lebih kepada expansion airport lama. Perjalanan yang menggunakan kapal terbang membuatkan daku sedikit buntu bila hendak ke sana dan ke mari. Biasanya aku lebih gemar memandu dari berkapal terbang. Mujurlah klienku seorang yang baik hati. Dialah yang membawa kami ke sana dan ke mari.

14 tahun dahulu ayahku masih berkhidmat dengan Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia. 14 tahun yang lalu kami sekeluarga menetap di Kem Seberang Takir. Kini kem itu masih wujud, Cuma namanya telah diubah kepada Kem Sri Pantai.

Bila melalui Pantai Teluk Ketapang jelas kelihatan quarters yang pernah kami duduki. Banyak yang telah berubah, mungkin boleh dikatakan terlalu banyak yang berubah sebenarnya.

Bila melihat padang golf di dalam Kem Sri Pantai teringat abah. Abah lah yang memulakan projek ini. Dari kosong kepada ada. Walaupon pada dasarnya padang golf itu tiada lah secantik mana. Keringat abah dan konco-konconyalah yang bersusah payah menyiapkan projek padang golfnya. Itu semua atas arahan CO waktu itu. Tak salah den Lt Kol Amir.

Kuala Terengganu
22 Januari 2007 till 23 Januari 2007


-------------------------------------------------------------
"Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu".( Faatir:35)

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home