Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, February 25, 2007

Kerisauan

Solat berserta doa yang mampuku titipkan buat orang yg aku anggap hebat dan aku sayangi. Itulah yang mampu aku lakukan kira-kira jam 1441 hari ini. Moga urusan kita dipermudahkan Allah dan moga kita senantiasa dalam limpah rahmatNya. Buat umm Mujahid, sukar hendak kugambarkan kerisauan. Sama-sama kita berharap & berdoa agar detik itu akan tiba. Allah tidak akan mensia-siakan doa dengan hati yg tulus & ikhlas.

-------------------------------------------------------------
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.(Al-Baqarah:45)

Saturday, February 24, 2007

Mawi


Gambar yang sempat kusnap ketika keluar dari Stesen Petronas Hutan Melintang, Perak.

Work, Work & Work

Itulah tajuk entryku kali ini,
Walaupon kompeniku bekerja memberi cuti CNY selama 1 minggu, tetapi mulai hari khamis lalu diriku telah mula bekerja.


Hari Khamis 22 Februari 2007 jam 0930H diriku berada di Stesen Janamanjung, and the next day Jumaat 23 Februari jam 0930H diriku berada di Stesen Sasaran Penting Bukit Banang. MasyaAllah penatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Drive ke utara then drive ke Selatan. Besh, besh,

Alhamdulillah kerja berjalan lancar, di Janamanung hanya sekadar site visit. Di Bukit Banang adakan trobleshoot some MAJOR problem.

Pemandangan Selat Melaka dari Bukit Banang, Batu Pahat.

Labels: ,

Monday, February 19, 2007

Masjid al-Aqsa simbol persefahaman

Tindakan Israel menggali kawasan suci di Palestin dianggap perbuatan biadab mesti dihalang

SEJAK kelahiran Islam 1440 tahun yang lalu, Masjid al-Aqsa di bawah pemerintahan tiga kuasa agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Masjid al-Aqsa di bawah pemerintahan Islam selama 1200 tahun, Kristian (88 tahun) dan Yahudi (59 tahun).

Perlu dinyatakan di sini bahawa Masjid al-Aqsa pernah berada di bawah kuasa konspirasi antarabangsa moden (Inggeris dan sekutunya menerusi Perjanjian Balfour) dari 1917 hingga munculnya Israel pada 1948.

Kawasan Masjid al-Aqsa adalah satu-satunya negeri yang penyerahannya dilakukan oleh khalifah sendiri. Demi menghormati Masjid al-Aqsa dan permintaan penghuni Kristiannya, Khalifah Umar ibn al-Khattab meluangkan waktu dari Madinah pergi menuju Baitulmaqdis menerima kunci kota itu. Beliau turut membuat perjanjian bertulis disebut al-Ahdah al-Umariyah yang menyatakan bahawa orang Kristian mengamanahkan kepada Umar diri mereka, harta, gereja, keturunan, orang sakit, orang sihat dan semua kepercayaan mereka di sana, untuk dijaga dan dipelihara oleh pemerintahan Islam. Dari sinilah bermulanya pemerintahan Islam selama 1200 tahun hingga 1917.

Selepas 400 tahun pembukaan Masjid al-Aqsa oleh Umar, ia jatuh ke tangan pemerintahan Kristian. Ia ditakluki Raymond Tolouse, seorang keluarga diraja dari Toulouse, Perancis. Beliau memimpin tentera Salib menuju al-Quds. Jumlah mereka hanya sekitar 1,000 tentera berkuda dan 5,000 pasukan infantri. Pada 1099M, mereka berhasil memasuki Palestin dengan melalui Acre. Selepas itu mereka menduduki Ramleh, Lod dan Baitulaham. Pada 7 Jun 1099M, pengepungan wilayah al-Quds dimulakan. Iftikhar al-Dawlah adalah penguasa yang dilantik Kerajaan Fatimiyah di sana. Kota ini dikuasai pada 15 Julai 1099.

Tentera Salib terus menyerang umat Islam selama seminggu. Mereka berhasil membunuh lebih 70,000 muslim di dalam Masjid al-Aqsa, termasuk pemimpin, cendikiawan dan orang yang sedang beribadah. Malangnya, Kerajaan Fatimiyah dan Abbasiyyah tidak berbuat apa-apa untuk membantu, mereka hanya diam membisu melihat peristiwa ini. Al-Quds dikuasai oleh tentera Salib, Godfry Gouillon, yang dengan rendah hati menyebut dirinya dengan jolokan Pembela al-Quds.

Lapan puluh lapan tahun kemudian, iaitu pada 1187, Masjid al-Aqsa kembali ke tangan umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi. Pada 20 September tahun itu, pengepungan ke atas kota al-Quds bermula. Di dalam kota ada seramai 60,000 pasukan Salib yang semuanya memutuskan untuk lebih baik mati daripada menyerahkan wilayah kota berkenaan. Pada masa pengepungan berlaku beberapa pertempuran. Pasukan Islam berusaha untuk merempuh masuk dan menyerang. Akhirnya, tentera Salib Eropah menuntut damai dengan meminta kota itu diserahkan kepada mereka dan apabila permintaan itu tidak dipenuhi mereka mengancam akan membunuh ribuan tawanan Muslim.

Mereka juga mengugut akan membunuh kaum wanita dan keturunan mereka yang Kristian, membakar dan menghancurkan seluruh harta benda, membunuh binatang ternak, merosak Masjid al-Aqsa dan Batu Shahrah, lalu mereka keluar untuk bertempur hingga ke titisan darah terakhir.

Salahuddin yang berbincang dengan sahabatnya kemudian bersetuju untuk berdamai. Lalu diberikan kepada mereka perdamaian. Akhirnya umat Islam mencapai kemenangan ke atas al-Quds pada 2 Oktober 1187M. Di sini nampak jiwa tolak ansur dan kasih sayang Salahuddin yang juga diakui oleh kebanyakan orang Kristian.

Begitulah akhirnya Baitulmaqdis kembali diperintah di bawah bendera Islam selepas 88 tahun dikuasai tentera Salib. Keagungan dan kemuliaan Masjid al-Aqsa dikembalikan, suara azan kembali berkumandang.

Pada 1948 pemerintahan baru menguasai Masjid al-Aqsa selepas tentera Yahudi menaklukinya. Ini diakui seorang wartawan Israel, Gad’on Levy, menerusi artikelnya di akhbar Israel Ha’aretz mendedahkan mengenai kejahatan dan penindasan terancang Israel terhadap tempat suci di Palestin. Dalam artikelnya itu, Levy menulis dengan berdirinya entiti Yahudi Israel di Palestin, mereka mula menodai nilai bangsa lain. Tidak kurang daripada 400 desa Palestin diporak-perandakan pada 1948. Padahal di desa berkenaan ada 400 masjid yang juga dihancurkan dan 400 gereja milik Kristian turut menjadi mangsa kekejaman Israel. Israel tidak meninggalkan jejak sejarah apapun di desa itu dan kubur yang ada didalamnya dibongkar manakala masjid, ada yang dihancurkan dan ada yang dikotori.

Hari ini selepas 59 tahun Masjid al-Aqsa dikuasai tentera Zionis Israel, rancangan tersembunyi dan jahat mereka ke atas Masjid al-Aqsa terdedah dan didedahkan lagi. Seperti dilaporkan awal minggu ini bahawa kegiatan menggali dekat Masjid al-Aqsa atas sebab mencari tinggalan sejarah Yahudi akan diteruskan oleh pihak berkuasa Israel, meskipun Israel menghentikan pembinaan satu laluan ke dalam Kota Lama yang menempatkan rumah ibadat berkenaan.

Walaupun pihak berkuasa Israel menolak kebimbangan al-Aqsa akan rosak termasuk Masjid Omar yang dikatakan dibina kononnya di atas bekas tapak kuil Yahudi purba, umat Islam masih meraguinya. Ketua Mahkamah Palestin, Syaikh Taisir Tamimi meminta kaum Muslimin tidak mudah terlena dengan janji Zionis yang akan menghentikan sementara penggalian di Maghariba, wilayah Masjid Al-Aqsa.

Katanya, apa yang dilakukan Zionis Israel yang menghentikan penggalian di sekitar Masjid al-Aqsa itu mempunyai tujuan lain iaitu menghentikan reaksi kemarahan masyarakat dan kaum Muslimin yang sudah meluas ke seluruh sudut kota Palestin bahkan ke beberapa negara Arab dan Islam, serta mengundang tekanan antarabangsa terhadap penjajah Zionis sendiri.

Syaikh Tamimi dalam keterangannya yang disampaikan kepada Palestine Information Center menegaskan bahawa sehingga saat ini beberapa pertubuhan Zionisme ekstrim sesungguhnya masih tetap melanjutkan penggalian dan menghancurkan kawasan sekitar Masjid al-Aqsa, khususnya pintu Maghariba, secara diam-diam. Beliau meminta masyarakat antarabangsa terus menekan Zionis Israel supaya menghentikan kerja menghancurkan Masjid al-Aqsa.

Pakar Zionisme, Nawwaf al-Zuru dalam tulisannya menyatakan ada 10 fasa menghancurkan Masjid al-Aqsa. Israel tidak hanya pandai membuat teori menghancurkan Masjid al-Aqsa tetapi mereka sudah melakukan 10 fasa untuk merobohkan tempat suci umat Islam itu, kemudian dibangunkan haikal Sulaiman di atas puing-puingnya.

Fasa I: Dilakukan sejak 1967 hingga akhir 1968 dengan menggali terowong 70 meter di selatan Masjid al-Aqsa di belakang menara masjid.

Fasa II: Dilakukan dari 1969 hingga 1970 dengan menggali terowong 80 meter dari pagar Masjid al-Aqsa.

Fasa III: Dilakukan dari 1970 hingga 1973, Israel menggali terowong di bawah Mahkamah Syariah dan di bawah lima pintu masjid al-Aqsa, al-Musalsal, al-Muthahirah, al-Qatthanin, al-Hadid dan Alauddin al-Basyri di samping terowong yang ada di bawah empat masjid dan menara masjid Qaithabi dan Suuq Al-Qatthanin. Penggalian terowong dan aktifak Yahudi ini menyebabkan sebahagian daripada bangunan Mahkamah Syariah berubah menjadi gereja dan peninggalan bersejarah perjuangan suku Kurdi Islam dan sekolah Al-Jauhariah mengalami kerosakan.

Fasa IV-V: Dilakukan sejak 1973 hingga akhir 1975 dengan penggalian daerah bahagian belakang gerbang selatan sepanjang bahagian timur bawah Masjid al-Aqsa, pagar Masjid al-Aqsa bahagian timur sepanjang 80 meter juga mencakupi penggalian bahagian bawah Masjid al-Aqsa.

Fasa VI: Kegiatan dilakukan mulai 1975 dengan tujuan menghilangkan kubur Sahabat Nabi dan mendirikan beberapa tempat pelancongan nasional Israel di atasnya.

Fasa VII: Ini dilakukan sesuai dengan projek Dewan Kementerian Israel pada 1975 yang merampas infrastruktur milik Islam hingga pagar Al-Barraq (al-Mabkaa) dan diteruskan dengan penggalian di bawah bangunan Mahkamah Syariah dan perpustakaan Al-Khalidiah dan pojok Abu Madin al-Ghauts dan semuanya roboh, ditambah 35 rumah warga lainnya.

Fasa VIII: Fasa yang bermula daripada permulaan tahun 80-an dengan slogan mengungkap harta karun Kerajaan Israel ini adalah penggalian yang sangat berbahaya yang pernah di alami oleh Masjid al-Aqsa. Sebab banyak penggalian yang masih dilakukan secara sembunyi oleh Israel. Sebahagian penggalian ini diungkap oleh laporan kepala daerah Um Alfahm, Raid Shalah seperti Lembaga Al-Aqsa dan Jabatan Waqaf di Al-Quds. Pada saat itu sempat terjadi pertentangan antara Israel dengan jemaah. Di tengah-tengah pertentangan ini penggalian dilakukan di bawah Masjid al-Aqsa.

Fasa IX: Dilakukan pada 1981. Pembukaan terowong yang ditemukan Kolonel Inklizi Charles Warn dibuka dan kemudian ditutup semula. Terowong itu bermula di bahagian bawah pintu Al-Muthahharah antara pintu Al-Silsilah dan Al-Qathanin hingga ke pintu Magharibah dan ke bawah Masjid al-Aqsa. Israel mendakwa bahawa tembok yang terdapat di terowong adalah milik Haikal Sulaiman yang mereka sebut dengan terowong Hasyumunaim. Pada fasa ini dilakukan penggalian terowong di bawah bangunan Mahkamah Syariah pada 1987 dan di bawah sekolah Al-Tankiziah. Terowong dibina sehingga ke sebelah utara Masjid al-Aqsa. Akibat kegiatan penggalian ini sejumlah bangunan, sekolah dan bangunan kedai mengalami kerosakan malah ada yang roboh. Penggalian ini juga mengakibatkan gerbang utama Jabatan Waqaf, roboh.

Fasa X: Sebahagian terowong Hasyumunaim yang panjangnya kira-kira 250 meter dibuka selepas hari raya Pengampunan Yahudi pada Isnin 24 September 1999. Pengumuman pembukaan yang dihadiri oleh pejabat tinggi Israel ini menyebabkan perselisihan atau pertentangan antara Israel dan Palestin paling sengit berlaku di Masjid al-Aqsa. Pemerintah Israel tergesa-gesa menutupnya. Israel menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa sepanjang 400 meter dari kampung Barat Arab hingga di tapak tembok Al-Barraq di bahagian utara kampung Islami. Jika tindakan itu diteruskan, sewajarnya kita bimbang Masjid al-Aqsa, kiblat pertama kita dirobohkan? Jika berlaku, sewajarnya orang Kristian juga bimbang dan khuatir tempat suci mereka dirobohkan. Begitu juga, sewajarnya orang Yahudi juga bimbang dan khuatir apabila tempat suci mereka dirobohkannya walaupun Zionis mengatakan lain?

Oleh Abdurrahaman Haqqi, Berita Minggu 18 Februari 2007

-------------------------------------------------------------
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.(Al-An'aam:115)

Labels: ,

Sunday, February 18, 2007

TV3

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini Stesen TV3 ada menyiarkan serba sedikit derita rakyat Palestin di kaca TV. Diriku yakin pasti ramai di antara kita yang tersentuh bila melihat saudara seIslam kita yang serba daif. Yang terpaksa menumpang tanahair orang untuk meneruskan kehidupan. Tidak keterlaluan jika aku katakana pasti ada di antara kita yang mengalirkan air mata bila melihat visual-visual yang dipaparkan di TV3.

Pertama-tamanya aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TV3 dan juga syabas buat TV3 yang menyediakan laporan ini. Sekurang-kurangnya adalah sedikit usaha pihak TV3 untuk menyiarkan kesengsaraan rakyat Palestin untuk tatapan kita semua. Untuk kita renungkan, dan yang paling penting untuk kita usahakan sesuatu untuk membantu saudara seAqidah kita di sana.

Tapi apa yang masih kurang dalam usaha untuk membantu rakyat Palestin ini adalah kurangnya promosi untuk bantuan terutama bantuan dari segi kewangan. Pihak TV3 boleh mengwar-warkan tabung-tabung yang membantu rakyat negara Palestin ini ataupon TV3 sendiri boleh wujudkan satu Tabung Khas untuk membantu rakyat Palestin ini seperti mereka mewujudkan tabung banjir tempoh hari yang mendapat kolobrasi dengan Maybank2u.com.

Jika kita lihat, tabung-tabung bantuan kepada rakyat Palestin ini jarang dapat di buat secara online (maksudku Maybank – Maaf yer Maybank sbb terlalu direct, kpd rakan-rakan di Maybank dapatlah kiranya di buat sesuatu), jika kita hendak menghulurkan bantuan kewangan kita perlu pergi ke Bank berkenaan. Namakan apa sahaja pertubuhan, AMAN Palestine, JIM atau apa shj pertubuhan lain yang mungkin diriku terlepas pandang, ianya pasti tidak dapat dilakukan secara online di Maybank2u.com. Alasan yang pernah diberikan kepadaku adalah Ini adalah pertubuhan dan jika encik hendak transfer kan duit, encik perlu ke bank kami. atas dasar apa ianya tidak boleh dilaksanakan atas talian aku tidak mengerti. Cuma diriku belum pernah mencuba kaedah IBG (Inter Bank Giro). Can anybody clarify this to me? Is it possible?

Oleh itu wahai sahabat-sahabatku dan juga pembaca-pembaca blogku, marilah sama-sama kita menyimpan beberapa nombor akaun pertubuhan-pertubuhan yang menyalurkan bantuan kepada saudara seIslam kita di Palestin ini di dalam wallet kita, di dalam PDA kita, di dalam diari kita supaya bila kita terasa hendak menghulur dan kita ternampak bank yang berkenaan kita boleh terus masuk ke dalam bank itu dan teruskan aktiviti mengdepositkan wang ke dalam akaun-akaun pertubuhan-pertubuhan ini.
-------------------------------------------------------------
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."(Al-Baqarah:271)

Labels: ,

Rancang Perjalanan

Biasanya bila menjelma perayaan yang besar di Malaysia diriku dan adikku akan memastikan perjalanan pulang ke kampong halaman akan berjalan lancar. Kami tidak mahu terkandas di dalam kesesakan lalulintas yang lama. Biarlah kami bertolak sedikit lewat, asalkan kami tidak stress di perjalanan.

Kami adik-beradik biasanya menggunakan khidmat PLUS untuk perjalanan ke utara atau ke selatan. Dan biasanya apabila perayaan-perayaan besar ini atau di hari-hari yang mana cuti umumnya agak panjang kami akan pastikan yang kami akan menalifon PLUS infoline untuk mendapatkan maklumat tentang kesesakan lebuhraya. Alhamdulillah, cara ini agak efektif sebenarnya, dan yang lebih penting ianya dapat mengurangkan stress di dalam kereta dan juga dapat mengelakkan kita dari membuang masa di atas jalan raya.

Pernah suatu ketika duu, rasanya sambutan Aidil ‘Adha rasanya, kami bertolak pulang lebih kurang jam 2100Hrs, masuk-masuk lebuhraya PLUS sahaja sudah mula terkandas di dalam kesesakan lebuh raya. Masuk di Plaza tol kajang, dan sebelum sampai plaza tol Bangi kami telah mula terkandas. Perjalanan yang biasanya mengambil masa lebih kurang sejam menjadi 4 jam. Bayangkan betapa stressnya kami di dalam kereta.

Alhamdulillah semalam pulang ke rumah mak and abah Seremban, sedikit lewat. Lebih kurang jam 2015 baru sampai Seremban. Itupon setelah menalifon PLUS bertanyakan status kesesakan lalulintas di sepanjang perjalanan untuk ke Seremban.
-------------------------------------------------------------
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami)......."(Hajj:5)

Labels:

Saturday, February 17, 2007

Ujian

Entry ini adalah untuk peringatan diri sendiri dan juga ahli keluargaku. Moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar dalam menerima ujian Allah. Roda tidak selamanya di atas. Roda pasti akan berpusing ke bawah jika hendak melengkapkan satu pusingan.

Ujian adalah sunatullah yang ditetapkan bagi seorang hamba kerana empat perkara. Ianya adalah seperti berikut;

1. Mengangkat darjat seseorang didunia dan di akhirat. Orang-orang yang mendapat ujian adalah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, di mana mereka diuji di awal perjalanan hidupnya. Lalu mereka bersabar dan mengharap pahala dari ujian itu. Allah akan meninggikan darjat untuk selamanya.

2. Untuk mendidik hamba yang diuji, di mana Allah mendidik hati manusia dengan ujian agar menjadi bersih dan ikhlas kepada Allah.

3. Membuktikan erti kehambaan kepada Allah.. Sebab Allah ingin mengetahui bahawa hamba benar-benar seorang hamba Allah. Perkara itu tidak mungkin berlaku dengan pengakuan semata-mata atau dengan alas an tidak berdalil sampai ia enyatakan pengabdiannya. Ramai orang yang mengaku hamba Allah, tetapi ketika dicuba dengan ujian ia kembali kepada keadaannya semula dan ia rugi dunia dan akhirat. Itulah kerugian yang nyata.

Maka di antara faedah ujian yang paling agung adalah merealisasikan maqam ibadah bila kamu sebagai hamba Allah. Inilah ujian, maka bersabarlah dengannya. Kerana Yang menulis ujian ke atasmu adalah Yang menulis nikmat untukmu.

4. Memperolehi bahala di sisi Allah. Sesuatu yang diamanahkan oleh Allah tidak akan hilang di waktu ia hilang di sisi manusia. Orang yang berhubung dengan Allah tidak akan rugi tetapi beruntung. Orang yang di tolong Allah tidak akan kalah, tetapi akan menang.

Artikel oleh Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni dari buku Jagalah Allah, Allah Menjagamu

p/s jangan lupa baca hadith dibawah untuk peringatan bersama.
-------------------------------------------------------------
Wahai anak, sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kata, jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu, jagalah Allah pasti kamu dapati Dia di hadapanmu (dengan pertolonganNya), kenallah Allah dalam kesenangan, pasti Dia akan mengenalimu dalam kesusahan. Ketahuilah bahawa kemenangan ada bersama kesabaran. (HR Tirmidzi)

Labels: ,

Friday, February 16, 2007

Membenteras Rasuah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala larangannya, mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang-orang yang bertakwa didunia ini.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Sempena dengan sambutan bulan hijrah pada kali ini, marilah sama-sama kita mencari kehidupan yang diberkati Allah s.w.t dan kita hidup dengan sumber rezeki yang halal serta jauhilah rasuah, kerana rasuah adalah wabak penyakit yang telah menular dan menjadi darah daging dalam masyarakat klasik (dahulu) atau masyarakat kotemporari (semasa) didunia sekarang. Rasuah telah mendominasi (mengusai) kehidupan,ekonomi,politik,pendidikan,sukan dan lain-lain.

Wabak ini amat sukar dibendung,kerana ia terselindung dan dilindungi oleh tangan-tangan kotor yang begitu licik, tetapi mempunyai nama dan kedudukan. Ia juga dibalut dan dibungkus dengan nama-nama indah seperti komisen,duit kopi,pelincir,wang ekstra,hadiah penghargaan dan lain-lain nama yang sangat bagus dan indah bagi produk yang sama,sehingga dikala ini ia dipandang sebagai sangat wajar dan biasa. Pada hal, walau sekecil mana sekali pun, ia boleh memusnahkan sebuah negara dan melenyapkan tamadun sesuatu ummat.

Wabak ini telah merentasi sejarah, zaman dan sempadan geografi dengan begitu pantas sekali. Tidak kira bila dan dimana, ia tetap sebagai simbol pengkhianatan,keperibadian yang buruk dan hina, kerana rela menggadai agama,bangsa,negara dan ummat demi wang ringgit,Dolar,Rupiah,Rial dan lain-lain lagi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mari kita renung satu kisah iaitu Puteri Balqis,seorang ratu kerajaan Saba' dalam era kenabian Sulaiman a.s,pernah menghantar satu deligasi mengadap Nabi Sulaiman a.s dengan membawa barang-barang hadiah setelah menerima surat dakwah Nabi Sulaiman a.s menyeru beliau dan rakyatnya menyembah dan mengesakan Allah s.w.t, dengan anggapan bahawa Nabi Sulaiman a.s boleh dipengaruhi dan dibeli serta membiarkan ratu Saba' itu dalam kemusyrikannya. Nabi Sulaiman a.s menolak dengan tegas,malah mengusir deligasi tersebut. Peristiwa ini dipaparkan oleh Allah s.w.t dalam al-quran dengan firmannya:

"Kembalilah kepada mereka (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera, yang mereka tidak akan terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina,menjadi orang-orang tawanan".(An-Naml :37)

Ibnu Khasam dalam kitab sirahnya pernah meriwayatkan bahawa Uthbat bin Robiat seorang tokoh yang berpengaruh dalam masyarakat Qurais datang menemui Rasulullah s.a.w dengan menawarkan harta yang boleh menjadikan Nabi Muhammad s.a.w seorang yang paling kaya dikalangan mereka. Beliau juga menawarkan jawatan ketua yang berkedudukan paling tinggi, atau wanita-wanita cantik,sekiranya itulah yang Nabi Muhammad s.a.w inginkan dalam perjuangan agama baru yang dibawanya. Nabi Muhammad dengan tenang tetapi tegas menolak segala tawaran yang tidak bermaruah itu, kerana bukanlah itu yang diperjuangkannya.

Rasuah juga adalah sebagai amalan tradisi bagi bangsa-bangsa Yahudi. Dimana mereka sering mengagungkan kebatilan, kedustaan serta mengamalkan rasuah. Ini telah diperjelaskan oleh Allah s.w.t dengan firmannya :

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta,sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya), oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah diantara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka, dan kalau berpaling dari mereka, maka mereka tidak akan dapat membahagiakanmu sedikit pun, dan jika engkau menghukum,maka hukumlah diantara mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil".( Al-Maidah ayat 42)

Sidang Jumaat yang mulia,

Rasuah dalam perspektif hukum feqah Islam hukumnya adalah haram, walaupun ada ulamak yang berlainan pendapat tentang pengambilan rasuah untuk menolak kezaliman (darurat dan terpaksa). Hukum haramnya rasuah itu tetap qot'i berdasarkan kepada dalil-dalil syar'i dari al-quran, as-sunnah dan ijmak ulamak.

Dalam al-quran banyak terdapat ayat-ayat yang mengisyaratkan tentang rasuah. Berdasarkan firman Allah s.w.t :

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu dengan (memberi rasuah) kepada hukum-hukum, kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)". (Al-Baqarah ayat 188)

Ketetapan as-sunnah pula meriwayatkan berdasarkan sabda rasulullah s.a.w : "Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk kedalam neraka". (Riwayat At-Tabrani)

Hadirin yang berbahagia,

Jenayah rasuah sering berlaku adalah disebabkan :

1- Hilangnya nilai keimanan dalam diri dan kehidupan setiap individu.

2- Syariat Allah tidak diamalkan dalam kehidupan nyata manusia. Situasi ini akan membuatkan manusia begitu nekad melakukan jenayah dan menghalalkan semua cara.

3- Ingin menjadi cepat kaya dan hidup berbagai, sehingga tidak mempedulikan halal atau haramnya harta yang diperolehi.

4- Kegagalan dalam mengimbangi antara pendapatan dan perbelanjaan dengan keperluan hidup semasa.

5- Rasulullah s.a.w bersabda : "Tibanya suatu masa dimana manusia ketika itu tidak lagi peduli tentang apa yang mereka ambil (belanjakan ) samada daripada sumber yang halal atau pun yang haram".

Sidang Jumaat yang mulia,

Merebaknya rasuah dalam kehidupan masyarakat meninggalkan padah dan gejala yang sangat buruk dan negetif. Ia dapat memutarbelitkan kebenaran, malah kebatilan dapat menjadi kenyataan. Ia meracuni nilai akhlak yang mulia, menghakis potensi dan kualiti.Sebaliknya orang yang berpotensi tinggi, dan manusia yang punya hubungan rapat dengan agama akan terpinggir, kerana tidak mampu menyogok atau memberi sedikit habuan.

Oleh itu sebagai renungan, marilah kita ikuti kata-kata Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmuk :

"Merebaknya rasuah dikalangan pemegang kuasa adalah bala dan petaka bagi si pelaku sendiri dan masyarakat umum. Dengan menerima rasuah, kepekaan rohaniahnya akan mati, hatinya menjadi batu dan wajahnya menjadi hantu, sedangkan orang awam,orang-orang yang lemah tidak dapat meneruskan urusannya, anak-anak yatim piatu dan para balu akan terkapai-kapai, kerana tidak dapat mengalas perut".


Meskipun rasuah belum ditemui titik noktahnya, namun ia bukanlah satu mistik dialam misteri. Sesungguhnya kanser sosial ini wajib dibanteras, kerana ia mengundang akibat yang sangat konfliks dalam kehidupan masyarakat duniawi dan ukhrawi. Malah sejarah telah membuktikan bahawa gejala rasuah boleh merugikan negara dan negara akan jatuh muflis, sekiranya gejala buruk tersebut tidak dibanteras hingga keakar umbinya. Justeru, semua pihak bermula daripada individu hinggalah kepada yang mempunyai kedudukan dan kekuasaan, termasuk menyedia dalam semua bentuknya, lebih-lebih lagi dalam era globilisasi dan kemajuan sistem informasi ini, wajiblah memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengadakan gerakan pencegahan yang tepat dan teratur bermula dengan diri masing-masing, antaranya hendaklah mengamalkan perkara-perkara berikut :

1- Menghayati ajaran Allah s.w.t dalam kehidupan.

2- Menanam dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri seperti beramanah dan bertanggungjawab.

3- Menguruskan perbelanjaan secara berhemah.

Ya-Allah, kurniakan kerahmatan dan keselamatan , penjagaan dan perlindungan, kesuburan dan penghasilan, keatas negeri kami,Negeri Selangor Darul Ehsan. Jadikan rakyatnya bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, lindungi kami daripada persengketaan, perpecahan,fitnah memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian Negeri Selangor dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.

Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor, 16 Februari 2007
--------------------------------------------------------------
Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);(An-Naba' : 37)

Labels: ,

Sukhoi Su-30MKM jets

Pepople will ask, why do I Cut & Paste this article and post in in my blog. There are several reason.

Number uno , Because my company and I involved indirectly in the hangar and bunker construction for this fighter. My company involved in the fire protection system for this two building. The rest we do not involved. The civil and other work is not related to us.

What can I say about the construction, sedih …. Suppose an air force base building, shall be a really sophisticated building, but this hangar had been a hangar that is built just for the sake of building it and just for the sake of following the minimum standard requirement. Those who work in the construction environment would understand what I’m saying if they have a chance to have a look at the hangar building.

Second reason; in the original version, this fighter is equipped with Israeli electronic counter-measure system and other fittings that I do not familiar. Al-maklumlah ini bukan bidang den. However for the purpose of selling this fighter to Malaysian government, the Russian had to comply with our requirement, which clearly state that we do not want any diplomatic or whatsoever relation with and illegal state. This is a good measure taken by our government, but the question is, how reliable is the new replaced system? And hopefully the government know where to get the spare parts.
------------------------------
KUALA LUMPUR: After a one-year delay, the first six Sukhoi Su-30MKM jets will be delivered to the Royal Malaysian Air Force in May.

The RMAF ordered 18 of the Russian jet fighters in 2003 in a US$900 million (RM3.24 billion) deal.

After India and Vietnam, Malaysia will become one of the largest operators of the high-tech jet.

Indonesia has ordered 12, while Thailand is mulling the purchase.

Defence industry sources said the RMAF was ready to take delivery of the jets as the crew of pilots, engineers, technicians and ground support staff had completed their training.

Sources said India was the natural choice for the RMAF crew training as English was the medium of instruction.

Hindustan Aeronautics Limited (HAL) is said to be as sembling 140 Su-30MKI for the Indian Air Force.

HAL will provide technical support for equipment such as auxiliary power units, air-cooling systems and spares for the RMAF.

A local service and maintenance centre is also being established.

In December, information technology company Heitech Padu Bhd won a 13-year, RM258 million contract to design, construct, supply, fit, assemble and maintain a Sukhoi flight simulator.

The multi-role Sukhois will gradually replace the RMAF’s 14 two-decade-old US-made F-5E jets and complement its 18 MiG-29N Fulcrums.

"Part of the delay is attributed to the fitting of non-Israeli components (as Malaysia does not have diplomatic ties with the Jewish state).

"Russian and French-made avionics replaced the Indian-Israeli-French combination, while the Israeli electronic counter-measure system was changed to a South African variant," a source said.

Those familiar with the package said it would have the "NIIP N011M Bars" passive electronically scanned-array radar, Kh-35 (AS-20 Kayak), Kh-31A (AS-17 Krypton) and Indo-Russian Brahmos (anti-ship) missiles.
--------------------------------------------------------------
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.(Al-Baqarah:193)

Labels:

Kemanisan

Alhmadulillah, Segala Puji bagi Allah Rabb Sekelian Alam, Selawat buat junjungan Besar Muhammad SAW.

Kita diuji, kita terasa berat, tapi jika kita sabar dengan ujian insyaAllah Rabb ‘alamin akan mengangkat darjat kita. Anggaplah ujian yang kita lalui sebagai suatu yang berharga dalam hidup kita. Walaupon ia tidak manis, ianya pasti pengalaman berharga buat kita. Cuba bayangkan hidup tanpa ujian dan masalah. Pasti busan bukan? All the same thing running the whole life.

Kelmarin Allah kurniakan perkhabaran gembira buatku, semalam Allah kurniakan kegembiraan buat zaujahku. Alhamdulillah, tiada apa yang kami dapat ucapkan. Walaupon terpaksa berjauhan kegembiraan kami kongsi bersama.

Dalam alam pekerjaan sebagai seorang jurutera. Agak-agaknya apa yang manis bila kita bekerja nie yer? Rasanya kalau seorang jurutera tu, perkara yang manis dalam alam pekerjaan ialah apabila berjaya deliver projek/tugasan yang diamanahkan tanpa sebarang flaws.

Apart from accomplishment of project and assignment, normally as an individual who is makan gaji definitely having a bonus is a great joy. Alhamdulillah, walaupon mengambil cuti tanpa gaji lebih kurang tiga minggu, pihak syarikat tidak mengambil kira perkara itu. Syarikat mungkin melihat usahaku turun naik ke tapak projek dan menyelesaikan projek dari kick-off meeting sampailah kadang-kadang terpaksa interfere dalam proses follow up payment project. Yang paling mengejutkan aku, ada jugak individu yang dapat 0.5, aku bersyukur dengan apa yang Allah tetapkan. Sebenarnya aku tidaklah mengharapkan figure seperti yang diumumkan.

Semalam petang, sewaktu melepaskan lelah pulang dari kerja dan sementara menanti untuk ke bilik air, diriku mendapat perkhabaran gembira dari zaujah terchenta. Alhamdulillah, keputusan imtihannya telah keluar dan ianya sangat memberangsangkan. Dan apa yang membuatkan diriku terharu adalah resultnya adalah lebih baik dari sebelum menikahiku. Bukan bermakna zaujah tidak cemerlang sebelum menikahiku, tapi cuma kali ini kejayaannya terlebih sedikit jika dibandingkan dengan sebelumnya. Inilah namanya rezeki kurniaan Allah yang tidak kita sangka-sangka.Tahniah Pn Hazratul Mumtaz & Terima kasih. Sangat-sangat menghargai pergorbanan ummi, dari sekecil-kecil bantuan sehingga ke sebesar-besar bantuan. Moga Allah ganjari ummi dengan ganjaran yang hebat, ameenn.
--------------------------------------------------------------
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).(Al-Imran:123)

Labels:

Thursday, February 15, 2007

Tabung oh Tabung

Kadang-kadang aku tidak paham kenapa pihak yang bertanggungjawab membantu dalam pendidikan adik-adik kita dalam meneruskan dan menamatkan pengajian hanya mampu membantu dalam tempoh pengajian. Itupon dengan niat mengaut keuntungan selepas mereka dibantu.

Sedih aku melihat bila adik-adik yang baru tamat pengajian telah mula berhutang dengan PTPTN. Dan ansurannya juga boleh tahan berat. Dan yang lebih menyedihkan, terdapat interest yang bulih ku kategorikan agak melampau.

Habis belajar, belum bekerja sudah berhutang. Akhbar Berita hari ini melaporkan akan menaikkan lagi kadar faedah bagi mereka yang gagal melunaskan hutang mereka. Memang betul, hutang itu perlu dilangsaikan. Aku tidak nafikan perkara ini, tapi biarlah berpada dalam skim pembayaran balik.

Cuba contohi badan-badan kerajaan seperti MARA atau JPA yang dilihat skim bayaran semulanya agak longgar. Memang betul, PTPTN bulih memberi kelonggaran, tetapi setelah beberapa prosedur dilaksanakan. Setelah beberapa kali turun naik pejabat. Cuma kadang2 pihak PTPTN terlepas pandang bukan semua orang mampu berurusan di pejabat PTPTN. Ada orang yang sudah mula bekerja terikat dengan waktu bekerja, ada orang yang belum ekerja tetapi jauh pulahendak berurusan.

Bila terbaca artikel ini teringat kisah seorang staff abah yang pernah mengikut suaminya belajar di Sweeden. Di mana first degree bagi rakyat di sana adalah percuma. Memang tidak layak negara kita dibandingkan dengan Sweden. Tapi apa yang aku harapkan adalah biarlah kerajaan dan badan kewangan yang mencekik darah ini mengkaji semula tujuan asal membantu pelajar.

Sudahlah belajar penat-penat, bila keluar dari Universiti belum tentu ada kerja, alih-alih dah kena mulakan bayaran. Sedih kadang-kadang bila melihat scenario ini. Kadang-kadang hati tertanya-tanya bila melihat adik-adik yang sedang belajar, especially yang belajar di kolej-kolej swasta. Soalan yang biasa berlegar dalam kepalaku, bagaimanakah keadaan mereka selepas bergraduasi, mudah ke untuk mendapat pekerjaan dengan gaji yang sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang.

Bagi mereka yang berhasrat untuk membuat pinjaman PTPTN fikirlah banyak kali. Aku sering menasihatkan orang biarlah PTPTN menjadi pilihan yang terakhir dalam usaha menampung perbelanjaan ke universiti.

Aku sangat-sangat kecewa dengan keadaan ini. Agak-agak korang kolej swasta nie mula bercambah waktu zaman siapa jadi Menteri Pendidikan ya? Cuba fakir-fikirkan.

--------------------------------------------------------------
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). ( Al-Baqarah:280)

Wednesday, February 14, 2007

Perlu ikhlas dalam berdoa

Firman Allah: Apabila hamba-hambaku bertanya kepada-Ku tentang Aku (maka jawablah) bahawa Aku sangat hampir (kepada mereka) Aku menyambut permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. (al-Baqarah:186)

Sebab turunnya ayat ini bahawa Nabi s.a.w mendengar orang Islam berdoa kepada Allah dengan suara yang yang tinggi di dalam peperangan Khaibar.

Lantas Nabi s.a.w bersabda kepada mereka yang bermaksud: Hai manusia, perlahankan suara kamu dalam berdoa kerana kamu tidak berdoa kepada yang pekak dan tidak kepada yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kepada yang Maha mendengar, dekat dan bersamamu. Di sini Ibn al-Jauzi menyebut pendapat yang lain berkenaan turunnya ayat ini selain di atas:

1. Seorang Badwi datang bertemu Nabi Muhammad s.a.w dan bertanya: Adakah Tuhan kita hampir untuk munajat atau jauh untuk menyeru? Kemudian turunnya ayat ini. Seperti riwayat Alsalt bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya.

2. Yahudi Madinah bertanya: Hai Muhammad! Bagaimana Tuhan kami mendengar doa kami, sedangkan kamu sangka antara langit perjalanan lima ratus tahun? Kemudian turunnya ayat ini. Inilah riwayat Abu Soleh daripada Ibn Abbas.

3. Mereka berkata: Hai Rasulullah! Kalau kami tahu waktu yang disukai oleh Allah untuk kami berdoa kepada-Nya. Lantas turunnya ayat ini, seperti pendapat Ata’.

4. Sahabat Nabi bertanya Rasulullah: Di manakah Allah? Lantas turunnya ayat ini. Seperti kata al-Hasan.

Firman Allah: Aku sangat hampir (kepada mereka) Aku menyambut permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Sheikh al-Maghari berkata: Dekatnya Allah dengan hambanya bermaksud: Penguasaan ilmu dengan sesuatu ialah dia mendengar segala ucapan dan melihat perbuatan mereka.

Dinyatakan di sini beberapa adab berdoa, antaranya:
1. Berdoa dengan penuh keikhlasan dan pengharapan kepada Allah s.w.t.

2. Memulakan dengan pujian kepada Allah s.w.t dan diikuti dengan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

3. Menutup doa dengan pujian kepada Allah s.w.t dan selawat kepada Rasulullah s.a.w. Imam al-Nawawi berkata bahawa para ulama telah sepakat (ijmak) bahawa doa itu dimulai dengan kalimah memuji Allah s.w.t kemudian selawat kepada Rasulullah s.a.w. Demikian juga penutup doa, diakhiri dengan pujian dan selawat. (Al-Azkar dalam Bab Pembukaan dan Penutup Doa. Ibn Hajar mengatakan sanadnya adalah jayyid, (Sahih al-Tirmizi).

4. Berdoa dengan khusyuk, tadharru’ dan disertai dengan penuh pengharapan.

5. Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah s.w.t.

6. Tidak berdoa untuk keburukan seperti kecelakaan dan memutuskan silaturrahim.

7. Berdoa dengan mengucapkan Ya Rabb sebanyak tiga kali. Dari riwayat daripada Atha’ r.a beliau berkata: Tidaklah seseorang hamba mengatakan Ya Rabb sebanyak tiga kali melainkan Allah s.w.t akan mendengar akan permintaannya. Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah s.w.t dalam doa tentang wajarkah atau tidak diseru dengan nama Sayyid. Jawab beliau: Katakanlah: Ya Rabb, kerana itulah panggilan para nabi a.s kepada Allah s.w.t dalam munajat mereka. (Fiqh al-Doa: Bab Doa Makbul).

8. Mengadap kiblat. Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa kerana berdasarkan dalil: Anas bin Malik.

9. Berdoa dalam keadaan berwuduk.

10. Menyeru Allah s.w.t dengan nama-namanya yang mulia iaitu Asmaulhusna.

11. Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal dan bersih.

12. Hendaklah melakukan amal makruf dan nahi mungkar. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Demi Allah s.w.t yang jiwaku berada dalam tangan-Nya hendaklah kalian menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada melakukan perkara yang mungkar. Jika kalian tidak melakukannya Allah s.w.t akan menurunkan seksa kepada kalian dan apabila kalian berdoa kepadanya nescaya tidak akan dimakbulkan. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Turmuzi dan dianggap sebagai hasan.

13. Menghimpunkan kesemua anak jari melainkan ibu jari ini berdasarkan sebuah hadis sahih.

15. Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa. Dalilnya Ibn Abbas berkata: Apabila kamu memohon kepada Allah s.w.t mohonlah dengan tapak-tapak tangan dan jangan memohon dengan belakang tapak tangan kamu dan sapulah muka kamu dengan tapak tangan kanan. (riwayat Abu Daud, Ibn Majjah dan al-Hakim).
Saad bin Majid menceritakan daripada bapanya memberitahu bahawa apabila Rasulullah berdoa, baginda akan menadah kedua belah tapak tangannya, kemudian menyapu dengan kedua belah tangan tersebut. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud.

Umar bin Al-Khatab pula menceritakan, apabila baginda mengangkat kedua belah tangannya ketika berdoa, baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedua belah tangan tersebut. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim.

16. Mengaminkan doa yang dibaca.

Sebahagian adab doa ini diambil daripada buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran; Khasiat dan Kaifiat Beramal oleh Zahazan Mohamed.

Firman Allah: Oleh itu hendaklah mereka menyambut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat jalan yang banyak. Orang yang arif dengan syariat Allah dan sunah Allah terhadap makhluknya tidaklah bermaksud doanya kecuali hidayahnya dengan sebab kepada penghasilan segala matlamat dan mencapai maksud.

Sebagai contoh: Apabila seseorang memohon kepada Allah supaya rezeki bukan bermaksud turun hujan ke atasnya hujan emas dan perak. Apabila memohon sembuh penyakit, bukan bermaksud dia mencari adab sebaliknya untuk taufik kepada rawatan yang membawa kepada penyembuhan.

Ditegaskan oleh Sheikh al-Maghari: Siapa yang meninggalkan usaha sebaliknya menuntut untuk didatangkan apa yang dihajati tanpa sebarang ushaa, maka ia dianggap tidak berdoa sebaliknya jahil. Ini kerana ia membatalkan segala sunah yang telah disunahkan Allah mengikut hukumnya terhadap makhluk.

Seperti yang diketahui, doa merupakan tuntutan serta bertawajuh dengan Allah dengan hati akan terkesan betapa perlu-Nya. Orang yang mengingati kebesaran Allah pasti mencapai matlamat doa. Sebab itulah Nabi s.a.w menamakan doa sebagai otak segala ibadah.

Dalam ayat ini Allah memperakukan penerimaan dengan syarat beriman dan yakin kepada-Nya. Orang yang mempunyai sifat tersebut sudah pasti mendapat petunjuk Allah s.w.t.

Iktibar dan pengajaran ayat:
1. Dekatnya Allah s.w.t dengan hamba untuk memberi pertolongan dan mengetahui keadaan mereka.
2. Doa merupakan otak ibadat dan senjata yang ampuh bagi orang Islam.
3. Bagi mentahqiqkan penerimaan doa hendaklah dilaksanakan dua syarat:
- Beriman.
- Melaksanakan segala arahannya sama ada yang fardu atau sunat dan meninggalkan segala larangannya.

Artikel Oleh : Dr. Zulkifli al-Bakri.
-------------------------------------------------------------
"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). "(Al-An’aam:122)

Labels: ,

Tuesday, February 13, 2007

Takut

Ya Allah Ya Tuhanku, Permudahkanlah urusan Zaujahku.

Monday, February 12, 2007

Usaha Zionis Robohkan al-Aqsa

Rasanya ramai yang telah membaca buku Al-aqsa dalam Bahaya tulisan Ust Maszlee Malik. Untuk entry ini den letakkan video talk beliau. Kebanyakan perkara yang diperkatakan di dalam video ini lebih kurang sama dengan apa yang terdapat di dalam buku yang ditulis beliau. Dengar dan membaca dua perkara yang lain. InsyaAllah ada manfaatnya jika dengar butir bicara beliau di dalam video ini.

Labels: ,

Artikel atau Fakta Sejarah

Suatu ketika dahulu, diriku antara orang yang gemar akan subjek sejarah, yang mana orang lai mungkin ramai tidak suka subjek ini. Mugkin dek kerana nak tahu asbab sesuatu perkara itu yang membuatkan diriku seronok bila membaca fakta sejarah. Sewaktu alam persekolahan nama Sultan Mahmud mangkat dijulang memang biasa didengar. Walaubagaimanapun sejarah Sultan Mahmud semakin pudar dari ingatanku. Alhamdulillah, Berita Harian had provide some refreshment on this matters. Cuma nak share artikel semalam yang terdapat dalam akhbar Berita Minggu. Enjoy the reading.
-----------------------------
Kezaliman Sultan Mahmud

SULTAN Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berusia 10 tahun. Oleh kerana masih kecil, segala urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan ketika itu berada di Kota Tinggi manakala Johor Lama dijadikan istana hinggap, di sinilah tempat di mana Temenggong menjalankan tugas menjaga keamanan di Johor Lama.

Sultan Mahmud dikaitkan dengan kezaliman serta seorang yang sering menimbulkan pergolakan di dalam negeri.

Baginda adalah keturunan daripada raja Melaka yang melarikan diri setelah negeri itu jatuh ke tangan Portugis pada 1511. Ketika kanak-kanak, baginda dipangku di atas takhta oleh ibu tirinya di mana ketika itu kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil dan keluarganya.

Apabila dewasa, baginda mengambil alih tampuk pemerintahan yang terletak di Johor Lama. Di sana baginda memerintah dengan penuh kezaliman.

Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama pada 1695, menulis mengenai keganjilan perilaku sultan berkenaan.

Baginda seorang yang bengis dan ganjil. Ini juga disahkan oleh utusan Belanda ke Johor pada 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal.

Sultan ini menghabiskan masa dengan hanya berseronok dan membunuh orang sesuka hati. Kemuncak kezalimannya ialah dengan membunuh isteri orang besar istana iaitu Megat Seri Rama atau lebih dikenali sebagai Laksamana Bentan.

Menurut cerita, isteri Laksamana Bentan yang sedang sarat mengandung itu mengidam buah nangka di dalam taman diraja dan mengambil sedikit untuk dijamah.

Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim membelah perut mangsa bagi melihat anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.

Laksamana Bentan yang pulang dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu dikhabarkan orang kampung mengenai kematian isteri kesayangannya. Pada masa sama, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil bersama pembesar istana lain, bersepakat untuk menghapuskan baginda.

Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan daripada takhta apabila terbukti baginda gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang diadakan secara tertutup untuk membunuh sultan.

Bagaimanapun, terdapat seorang pembesar yang bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada sultan.

Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh dengan Keris Penyalang.

Orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu manakala Laksamana Bentan pula mengambil keputusan untuk menderhaka pada raja dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid (peliknya baginda masih menunaikan haknya sebagai muslim), lalu laksamana itu membunuh sultan. Tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'.

Makam baginda dikenali sebagai ‘Makan Sultan Mangkat Dijulang’ kerana baginda dibunuh ketika sedang dijulang di atas jejuaknya.

Kejadian itu berlaku pada 1699. Sultan Mahmud mangkat ketika berusia 24 tahun.

Dalam Tahfatu'l Nafis karangan Raja Ali Haji Riau, terdapat slot kisah yang menggambarkan kejadian Sultan Mahmud Raja Johor yang mati dibunuh dalam peristiwa Sultan Mangkat Dijulang.

Melalui catatan Tahfatu’l Nafis, baginda yang sedang diusung di atas julang dalam perjalanannya untuk menunaikan solat Jumaat, dibunuh oleh Laksamana Bentan, yang membalas dendam atas kematian isterinya yang dibunuh ketika sedang sarat mengandung akibat perintah sultan.

Secara halus Raja Ali Haji juga menyifatkan keganjilan peribadi sultan ini kerana baginda beristerikan peri (sejenis jin) yang begitu cemburu sehinggakan sultan itu tidak dapat bersama dengan isterinya yang lain. Akhirnya baginda dikatakan mewarisi perilaku songsang seperti yang dilakukan oleh kaum Nabi Luth.

Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki tampan berbanding wanita cantik.

Alexander dalam bukunya, 'A New Account of The East Indies'- Edinburgh 1727 ada melakarkan pelbagai kisah mengenai Sultan Mahmud ini, antaranya:

"Baginda seorang pengamal seksual di mana ramai anak lelaki bangsawan dan ‘orang kaya’ dipaksa untuk melakukan perkara terkutuk itu. Moorish Merchant adalah seorang pengangkut barang di kapal milik saya yang mempunyai seorang anak lelaki yang tampan. Suatu hari sultan melihatnya dan ingin menjadikannya sebagai teman untuk melakukan hubungan di luar tabii itu. Jika tidak, baginda akan memaksa secara kasar. Moorish Merchant terus menyembunyikan anak lelakinya itu di dalam kapal dan saya berjanji untuk memberikan perlindungan kepada mereka...”( Winstedt 1932).

Dicatatkan juga ramai lelaki tampan di negeri itu menjadi mangsa nafsu Sultan Mahmud ini.

Sumber : Berita Minggu, 11 Februari 2007 oleh Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman
-------------------------------------------------------------
"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"(Al Maaidah : 118)

Labels:

Biadap

Lihatlah kebiadapan Israel. Dunia mengecam pembinaan jambatan yang diimpikan, mereka buat tak tahu dan terus sahaja melaksanakannya. Tidak hirau dengan bantahan dunia, mereka seolah-oleh berkuasa mutlak. Hinggakan hendak bersolat pon dilarang. Langsung tiada kebebasan buat saudara-saudara kita di sana. Apa yang kita buat untuk mereka? Sama-sama kita renungkan.
-----------------------------
Israel teruskan projek ke Masjidil al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Israel terus menjalankan projek pembinaan di laluan menuju ke Masjidil al-Aqsa meskipun projek itu dibantah dunia Islam dan dua hari selepas bantahan ganas Palestin, termasuk serangan ke atas bas pelancong Kanada.

Dengan dikawal ketat polis Israel, pekerja kembali ke tapak binaan di kawasan tembok Kota Lama selepas cuti sehari kelmarin.

Suasana tegang terus memuncak di bandar itu sejak minggu lalu apabila Israel memulakan projek berkenaan di kawasan Tanah Haram manakala Yahudi menganggap kawasan itu sebagai Temple Mount.

Israel mahu membina kawasan pejalan kaki baru bagi menggantikan tanjakan asal yang diperbuat daripada tanah dan mengalami kerosakan sejak tiga tahun lalu selepas dilanda ribut salji.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, tiada sebarang insiden semalam dan menegaskan, kerja pembinaan itu akan diteruskan sepanjang hari.

Katanya polis dan anggota tambahan seramai lebih 2,000 akan terus ditempatkan di dalam dan sekitar Baitulmaqdis Timur selain melarang Muslim bawah 45 tahun memasuki masjidil al-Aqsa.

Ketika berucap menjelang mesyuarat mingguan Kabinet, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengecam golongan dalam dunia Arab antarabangsa yang mempunyai kepentingan kerana menjadikan isu itu sebagai alasan mengapi-apikan lagi kebencian dan permusuhan terhadap rejim Yahudi itu.

Tanjakan sedia ada kata Olmert, perlu dibaik pulih kerana strukturnya sudah dianggap bahaya dan kerja binaan dilakukan adalah di kawasan tanggungjawab mutlak Israel serta dikawal rapi.

Jumaat lalu, kira-kira 200 polis anti rusuhan melemparkan bom renjatan dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang melontar batu selepas lebih 3,000 penduduk Palestin berhimpun menunaikan solat di al-Aqsa.

Kelmarin, remaja Palestin melempar batu ke arah polis Israel selain membakar bendera Zionis serta menyerang bas pelancong Kanada dengan batu.

Kawasan tembok terbabit, sudah beberapa kali mencetuskan intifada Palestin. Kawasan terbabit dianggap suci oleh Islam kerana dikatakan menjadi tempat Nabi Muhammad mikraj ke langit manakala Yahudi menganggap tempat itu menjadi rumah ibadat mereka.

Mengulas mengenai pembentukan kerajaan campuran Palestin menerusi deklarasi Makkah, Olmert berkata, kerajaan baru Palestin mesti mengiktiraf negara Israel seperti yang dituntut dalam proses damai tajaan Barat, selain menghentikan serangan terhadap rejim Yahudi itu. – AP

Sumber : Berita Harian, 12 Februari 2007
-------------------------------------------------------------
Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong - yang lain dari Allah - yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah petunjuk).(Asy-Syuura : 46)

Labels: ,

Sunday, February 11, 2007

Al-Aqsa: Tindakan Israel diragui

JORDAN dan Palestin menyuarakan kebimbangan berhubung kerja penggalian di sekitar Masjid Al-Aqsa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel.

Dunia Islam pun pasti turut bimbang terhadap perkara ini. Bukan itu saja, dunia juga mesti prihatin terhadap perkara ini.

Kalau dunia Islam sering kali menegaskan bahawa punca akar keganasan adalah masalah Palestin, maka soal Masjid Al-Aqsa inilah merupakan teras kepada ancaman keselamatan dunia.

Manakan tidak, agenda Israel untuk memusnahkan kebenaran dan digantikan dengan kepalsuan fahaman mereka menjadi ancaman kepada persefahaman hubungan antara bangsa dan agama di dunia.

Pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa kerja-kerja penggalian itu dilakukan untuk membina satu laluan baru bagi menggantikan tempat yang menjadi lalu-lalang para pengunjung kerana dikatakan telah rosak dan buruk.

Bolehkah Israel dipercayai? Tentunya dunia Islam tidak dapat mempercayai Israel. Bukan saja dari segi rekod, malah dari segi prinsip dan kepercayaan, Israel tidak dapat dipercayai.

Dalam hal ini, perlu dilihat perbezaan antara Yahudi, Zionis dan Israel berhubung dengan Baitulmaqdis serta Masjid Al-Aqsa.

Yahudi membawa kepada dua konsep iaitu agama dan bangsa. Zionisme membawa konsep ideologi. Sementara Israel membawa konsep politik negara bangsa.

Dalam agama Yahudi, terdapat pelbagai mazhab, yang antaranya mengimpikan pembinaan balik Rumah Ibadat Raja Sulaiman.

Mereka berasa bertanggungjawab untuk membina semula Rumah Ibadat Raja Sulaiman, atau King Solomon Temple yang didirikan pada tahun 953 sebelum Masihi oleh Nabi Sulaiman.

Rumah ibadat ini dianggap oleh penganut agama Yahudi sebagai tempat paling agung telah dimusnahkan oleh tentera Babylon. Kemudian ia dibina balik dan dikenali sebagai Rumah Ibadat Kedua oleh Raja Herod. Sebahagian daripada tembok yang dibina itulah kini dikenali sebagai Tembok Ratapan atau Wailing Wall di mana penganut-penganut Yahudi menziarahinya dan meratap di situ mengenangkan nasib bangsa mereka ketika ditakluki.

Penakluk Rom kemudian memusnahkan lagi Rumah Ibadat Kedua itu dan orang Yahudi bertebaran ke seluruh empayar Rom di sekitar negara-negara Laut Mediterranean.

Orang Rom kemudian membina sebuah Kuil Jupiter untuk meraikan dewa Jupiter di satu tapak tidak jauh dari Rumah Ibadat Raja Sulaiman itu.

Setelah empayar Rom menjadi Kristian, maka maharajanya membina sebuah gereja besar Church of Holy Sepulchre tidak jauh dari Kuil Jupiter yang kemudian dimusnahkan.

Bagi orang Islam, Rumah Ibadat Raja Sulaiman itu dianggap sebagai Masjid Al-Aqsa. Masjid dalam erti kata, tempat sujud, atau rumah ibadat.

Walaupun konsep masjid sebagai rumah ibadat orang Islam hanya timbul setelah munculnya agama Islam tetapi jika diambil pengertian bahawa agama Islam adalah merujuk kepada semua agama yang benar termasuk agama yang sebelumnya gerakan dakwah Rasulullah s.a.w., maka agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman dan Nabi Isa yang dikenali juga dengan agama Hanif, agama Yahudi asal dan Nasrani, maka konsep masjid juga merujuk kepada rumah-rumah ibadat agama sebenar ini.

Justeru Masjidilharam di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan juga Masjid Al-Aqsa yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman adalah disebut juga sebagai masjid walaupun ketika Rasulullah belum lahir.

Maka dalam Israk dan Mikraj Rasulullah yang masa itu masih berada di Mekah dan belum lagi dibina mana-mana masjid oleh orang Islam, baginda sampai di Masjid Al-Aqsa sebelum berangkat ke Sidratul Muntaha.

Masjid Al-Aqsa inilah juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum berubah ke Masjidilharam.

Apabila Sayidina Omar sampai di Baitulmaqdis sebagai panglima tentera Islam yang membebaskan Palestin, tempat pertama yang beliau cari ialah tapak Masjid Al- Aqsa. Tidak ada lagi bangunan di situ. Yang ada menurut riwayat sejarah adalah tempat pembuangan sampah.

Baginda kemudian membersihkan tempat itu yang dianggap sebagai tempat suci memandangkan ia merupakan tapak Masjid Al-Aqsa dan mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa seperti yang ada pada hari ini.

Tetapi itu bukanlah bermakna keseluruhan bangunan Masjid Al-Aqsa yang ada itu dibina oleh Sayidina Omar sebagai khalifah kedua.

Menambah bangunan

Pada tahun-tahun kemudian, khalifah-khalifah telah membaiki dan menambah bangunan Masjid Al-Aqsa hingga menjadi bentuk pada hari ini.

Toleransi pemerintahan khalifah jelas apabila gereja yang tidak jauh dari situ terus dibenarkan digunakan. Bagaimanapun dengan melihat kehebatan Sayidina Omar, maka ramailah penduduk Palestin pada zaman itu berduyun-duyun memeluk agama Islam lebih-lebih lagi sebelumnya semasa pemerintahan Rom Bizantin, mereka menanggung pemerintahan kejam.

Selepas beberapa ratus tahun kemudian, semasa pemerintahan khalifah ke-9 Umaiyah, Khalifah Malik ibni Marwan mengarahkan pembinaan sebuah masjid yang lebih cantik tidak jauh dari Masjid Al-Aqsa dan gereja besar itu.

Masjid yang dikenali sebagai Masjid Omar atau Kubah Al-Sakhra, atau Dome of the Rock (Kubah batu) mempunyai seni bina yang cantik dan gemilang hingga ia menjadi terkenal hingga ke hari ini sebagai simbol bukan saja Baitulmaqdis tetapi Palestin.

Banyak orang keliru bahawa Dome of the Rock ini adalah Masjid Al-Aqsa. Tetapi ia merupakan masjid indah dan menjadi simbol kegemilangan Islam hingga ada kalangan orientalis yang membuat andaian bahawa pembinaan masjid itu oleh Khalifah Umaiyah adalah untuk menegaskan keagungan agama Islam mengatasi Kristian, iaitu untuk mengatasi gereja Church of Holy Sepulchre.

Pada masa itu, pemerintahan Islam iaitu khalifah Umaiyah berpusat di Damsyik dan Palestin terletak di pemerintahan langsung dari Damsyik.

Perlu diingat bahawa semasa pemerintahan Khalifah-au-Rasyidin yang empat, Palestin terletak di bawah pentadbiran wilayah Syam dengan ibu wilayah di Damsyik.

Damsyik pula sebelum diperintah oleh Islam adalah juga ibu wilayah Rom bagi Syam yang meliputi Palestin. Melihat sejarah yang sebegini tidak hairanlah kini Syria yang mempunyai ibu negara di Damsyik cenderung untuk memainkan peranan ke atas masalah Palestin.

Semasa Damsyik menjadi ibu wilayah empayar Rom Bizantin yang beragama Kristian, terdapat gereja paling besar di Asia Barat terletak di kota itu.

Pada masa itu, tamadun Rom berada di peringkat jauh lebih tinggi daripada orang Arab. Maka apabila orang islam dapat menguasai Damsyik dan Syam, mereka mewarisi tamadun Rom dan menjadikannya sebahagian daripada peradaban Islam.

Sayidina Muawiyah yang menjadi gabenor Islam di Damsyik menjadi perintis kepada proses ketamadunan Islam.

Lebih-lebih lagi selepas beliau menjadi khalifah kelima Islam dan khalifah pertama daripada kerajaan Umaiyah, maka jelas segala kegemilangan Rom diwarisi oleh Islam.

Gereja besar Damsyik diambil alih untuk dijadikan Masjid Umaiyah utama seperti yang ada pada hari ini. Untuk memajukan kerajaan besar Islam, khalifah-khalifah Umaiyah telah menyerap orang Yahudi ke dalam jentera kerajaan.

Ada yang memeluk agama Islam, tidak kurang pula yang terus kekal berada dalam agama Yahudi.

Namun begitu, dari segi budaya, orang Yahudi yang pandai menulis ini telah menjadi bahagian penting dalam tamadun Islam. Kepentingan peranan orang Yahudi dalam tamadun Islam bukan saja berlaku dalam pemerintahan Umaiyah di Damsyik tetapi juga kerajaan Umaiyah di Andalusia.

Mereka kemudian terus diberi tempat dalam kerajaan Uthmaniah di Istanbul.

Pihak yang meminggirkan Yahudi adalah orang Rom dan kemudiannya Kristian, termasuk golongan tentera Salib.

Semasa Perang Salib, golongan Kristian dari mazhab Katolik sampai ke Baitulmaqdis dan Palestin. Ketika mereka masuk ke Baitulmaqdis, kota itu berlumuran darah kerana hampir semua penduduknya dibunuh, bukan saja orang Islam, tetapi juga Yahudi dan Kristian. Tentera Salib turut memusuhi orang Kristian yang bukan daripada mazhab mereka. Maka yang menjadi mangsa iaitu selain daripada orang Islam dan Yahudi, ialah Kristian Ortodoks.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Kristian dan tentera Salib, mereka amat berminat mengenai apa yang terkandung di bawah tanah sekitar masjid Al-Aqsa. Muncul sekumpulan yang dikenali sebagai Pahlawan Templar atau Knights of the Templar yang dikatakan dapat memasuki kawasan-kawasan purba di bawah Masjid Al-Aqsa dan gereja Church of Holy Sepulchre. Sebagai tempat bersejarah tentunya ia mengandungi banyak rahsia dan pelbagai misteri serta mitos dikaitkan dengannya.

Malah Knights of Templar juga dikatakan mempunyai rahsia tersendiri yang dikatakan berkait dengan Nabi Isa. Kisah-kisah berkaitan rahsia ini mendorong banyak pihak khususnya ahli sejarah membuat kajian, baik daripada kalangan ahli arkeologi profesional mahupun amatur.

Tetapi dalam banyak-banyak kisah ini, terdapat penulis fiksyen dan rekaan turut serta membuat pelbagai cerita, maka antaranya muncullah novel seperti The Da Vinci Code yang sudah pun dijadikan filem.

Bagaimanapun, kemudiannya Palestin dan Baitulmaqdis kembali ke tangan orang Islam melalui usaha, antaranya Salahuddin Al-Ayubi, seorang sultan Kurdis yang memerintah dari Kaherah. Kemudian Baitulmaqdis dan Palestin berada pula di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah.

Zaman moden

Menjelang zaman moden, iaitu apabila munculnya Enlightenment di Eropah diikuti dengan Revolusi Sains dan Industri, orang Yahudi didapati menjadi sebahagian daripada Eropah walaupun mereka disisihkan, dihina dan ditindas serta dipaksa tinggal dalam daerah-daerah sempit dikenali sebagai ghetto.

Dalam keadan tertindas ini, orang Yahudi terus cemerlang dalam bidang intelektual dan kewangan. Antara hasil daripada pemikiran ini, maka muncul fahaman Zionisme, yang secara ringkas mencita-citakan sebuah negara untuk orang Yahudi.

Pada awalnya Zionisme bukannya fahaman keagamaan. Ia lebih berbentuk politik dalam fahaman sekularisme, nasionalisme dan sosialisme. Mereka tidak begitu mencita-citakan sebuah negara Yahudi di Palestin. Bagi mereka, sudah cukup baik jika terdapat satu wilayah di mana-mana di muka bumi, walaupun di Eropah untuk dijadikan negara Yahudi.

Kesatuan Soviet pernah memperuntukkan sebuah republik Yahudi di bawah Persekutuan Soviet Sosialis Rusia (FRSSR).

Bagaimanapun, dengan keruntuhan khalifah Uthmaniah dan kekalahan pakatan Jerman-Turki dalam Peperangan Dunia Pertama, mereka mendapat peluang bertapak di Palestin. Dengan menggunakan gerakan terorisme, mereka dapat merampas tanah Arab untuk dijadikan wilayah Yahudi.

Tetapi hanya selepas berlaku Holocaust dan Perang Dunia Kedua, barulah golongan Zionis diberi wilayah untuk dijadikan Israel. Pada mulanya Britain mahu memberikan Uganda di Afrika sebagai negara bagi orang Yahudi.

Tetapi atas menanggung kesalahan orang Kristian dan Eropah terhadap apa yang mereka melakukannya kepada orang Yahudi, maka Palestin dijadikan Israel. Selepas perang tahun 1967, mereka berjaya menawan Baitulmaqdis, Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock.

Hanya selepas itu, mereka bercita-cita untuk membangunkan semula Rumah Ibadat Raja Sulaiman di atas tapak Masjid Al-Aqsa. Model untuk itu sudah pun dibuat. Usaha penggalian arkeologi serta pelbagai helah dibuat untuk merosakkan Masjid Al-Aqsa.

Artikel asal oleh : Zin Mahmud, Mingguan Malaysia 11 Februari 2007

Labels: ,

Februari

Semalam berbicara sedikit dengan zaujah terchenta perihal keprihatinan golongan agamawan di Malaysia tentang peri pentingnya menyedarkan masyarakat dengan sambutan hari Valentine. ALhamdulillah, kebanyakan kerajaan negeri telah mula sedar akan pentingnya untk menyalurkan maklumat sebenar kepada rakyat setiap negeri akan bahayanya hari Valentine ini.

Hari ini diriku dikejutkan dengan berita yang dipaparkan oleh akhbar Utusan yang menlaporkan kadar kehamilan tanpa nikah meningkat saban tahun selepas hari Valentine. Jelas di sini, walaupon sesetengah daripada kita telah berusaha untuk memberi kefahaman tentang bahayanya Valentine tetapi masih ramai sangat umat Islam khususnya di Malaysia ini tidak faham apa itu Valentine.

Apa yang lebih menyedihkan, mereka tidak faham akan kesan Valentine pada aqidah mereka, dan mungkin ramai yang tidak tahu akan latar sejarah hari Valentine ini.

Alhamdulillah, khatib-khatib di negeri-negeri seluruh Malaysia rasanya berusaha keras untuk menyalurkan kefahaman mengenai hari Valentine ini. Di Batu Pahat sewaktu bertugas outstation baru-baru ini, khatib ada mengingatkan jemaah Jumaat akan bahaya Valentine.

Laporan akhbar Utusan benar-benar memeranjatkan diriku. Sedih melihat bangsaku bergelumang dalam dosa atas dasar menyambut perayaan yang mereka sendiri tidak tahu asal-usulnya. Perayaan yang disambut atas dasar ikut-ikutan telah meranapkan jati diri seorang muslim dalam memelihara maruah Islam dan diri sendiri.

Sebenarnya pemahaman dalam sesuatu perkara itu amatlah penting dalam tindakan kita. Ketiadaan pemahaman mengenai Valentine membuatkan sesetengah individu terjebak kepada perkara yang tidak bermoral ini.

Dari mana datangnya pemahaman? Jawapan mudahnya adalah dari PENDIDIKAN. Pendidikan hanya akan terlaksana apabila ada pendidik dan juga penyaluran maklumat mengenai sesuatu isu.Bila ada pendidikan mengenai bahayanya hari Valentine, insyaAllah kepincangan seperti ini tidak akan berlaku.

Golongan yang menyambut hari Valentine ini rata-ratanya boleh kurumus sebagai mengikut trend secara mengkhinzir-buta. Mereka melihat ianya suatu budaya yang baik tanpa melihat kesannya dari aspek tuntutan agama. Bagi golongan ini, mereka berpendapat tiada salahnya untuk menzahirkan rasa kasih-sayang, kasih-sayang yang mereka dakwa fitrah manusia patutlah dihormati.

Semua kita yang cintakan Islam pasti tidak akan menolak fakta fitrah menyintai seseorang, tetapi kita ada garis panduannya.Apa-apa yang kita buat kita tidak bulih melangkaui batasannya. Contoh mudah, kita bekerja dan di setiap ada peraturannya, maka kita sebagai pekerja seharusnya mengikuti lunas peraturan yang telah ditetapkan oleh majikan kita. Apa kesannya jika kita tidak menmatuhi peraturan yang telah ditetapkan? Banyak bukan kesannya.

Islam telah menggariskan panduan yang sangat jelas tentang hubungan kasih-sayang ini. Di sini diriku rasanya tidak mahu menulis tentang nilai kasih-sayang yang dianjurkan oleh Islam, rasanya ramai di antara kita yang telah faham akan peri pentingnya nilai kasih-sayang ini.

Cuma di dalam posting ini diriku menyeru agar kita (terutama diri penulis) semua dapat kiranya membezakan sesuatu yang bukan milik kita (bukan budaya kita, bukan tuntutan agama kita). Kemudian tanamkan rasa tidak suka dan tidak akan menyambut perayaan yang tiada kaitan dengan kita. Kemudian kita beri pemahaman ini kepada orang-orang yang hampir dengan kita, terutamanya ahli keluarga kita, kemudian sahabat handai dan seterusnya jika mampu seluruh umat Islam. InsyaAllah dengan cara ini kita dan juga orang-orang yang rapat dengan kita serta masyarakat dapat menghindarkan diri dari mengamalkan suatu budaya yang bukan milik kita.

------------------------------------------------
Kes remaja hamil luar nikah meningkat selepas Valentine’s Day

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Kes remaja hamil luar nikah di negara ini sering menunjukkan peningkatan setiap kali selepas sambutan Hari Memperingati Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun.

Gejala itu jika dibiarkan berlarutan dibimbangi akan menyumbang kepada meningkatnya kes pembuangan bayi di negara ini.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof berkata, berdasarkan kepada kes yang dikendalikannya, jumlah remaja hamil yang dirujuk ke pusat itu pada akhir Februari dan awal Mac biasa meningkatnya.

Katanya, dalam tempoh itu pusatnya yang menempatkan remaja-remaja yang bermasalah menerima purata 40 hingga 45 remaja hamil.

‘‘Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day.

‘‘Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar ‘terlanjur’ lalu hamil,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Justeru, katanya, Kewaja menyarankan supaya sambutan hari tersebut diawasi dan sewajarnya oleh semua pihak terutama ibu bapa dan tidak dijadikan amalan di kalangan remaja khususnya yang beragama Islam.

‘‘Islam tidak menggalakkan sambutan seperti itu kerana hari tersebut bukan sahaja mengagungkan budaya Barat malah mempunyai banyak pengaruh sosial yang tidak baik,’’ katanya.

Dalam hal itu, beliau berpendapat kempen kesedaran harus dijalankan sepanjang tahun bagi meningkatkan kesedaran remaja terutamanya terhadap bahaya pergaulan bebas.

‘‘Kempen yang berterusan akan membantu untuk membendung gejala tidak sihat ini,’’ katanya.

Kemaja yang ditubuhkan pada tahun 1988 membimbing wanita serta remaja bermasalah terutama yang mengandung di luar nikah menggunakan elemen Islam Hadhari.

Sumber : Utusan Malaysia, 10 Februari 2007.

Bacaan Tambahan mengenai Fatwa Hari Valentine
1. Islam Larang Sambut Hari Valentine - Bernama
2. Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day – Oleh Ustazah Norzila, Bahagian Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Selangor (Link ini merupakan file berformat PDF.
3. Ruling on celebrating Valentine's day
4. Valentine's Day From an Islamic Perspective – IslamOnline.Net
5. Hari Kekasih bertopengkan kasih sayang - Utusan Malaysia 13/02/2007
-------------------------------------------------------------
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan..(Mujadalah:11)

Labels:

Sunday, February 04, 2007

Si Tampan Mini

Khas buat tatapan sesiapa yang rindukan si tampan mini..










-------------------------------------------------------------
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.(al-Baqarah:164)

Sweet Beach Resort.

Beberapa keeping gambar yang sempat kuambil ketika menginap di Sweet Beach Resort, Tok Bali. Secara peribadi den rekomen untuk mereka yang ada urusan di utara Terengganu atau Selatan Kelantan eloklah menetap di sini.



Sunrise 1 - Ini sesuai dijadikan Wallpaper. Resolusi 1024 x 724.



Sunrise 2 - Ini sesuai dijadikan Wallpaper. Resolusi 1024 x 724.






-------------------------------------------------------------
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.(Mujadalah:11)

Labels: ,

Saturday, February 03, 2007

Billboard

Agak-agaknya bila Malaysia mampu laksanakan undang-undang billboard yang mana individu yang terlibat di atas billboard berada dalam keadaan menutup aurat. Kalau 2 negeri ni boleh, rasa-rasanya satu negara pon bolehkan?

Hatta Steven Gerard pon berseluar panjang. Alangkah bagusnya jika satu Malaysia sedemikian juga.










-------------------------------------------------------------
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).(Al-'Araaf:26)

Labels: , ,

Kelahiran

Setelah melalui tempoh masa tertentu, lazimnya 9 bulan. Maka kandungan seorang ibu itu akan dilahirkan. Pasangan ibubapa akan menunggu saat kelahiran dengan rasa cemas, gembira dan syukur.

Di dalam syariat Islam terdapat beberapa perkara yang dianjurkan ketika menyambut kelahiran bayi. Antara perkara-perkara sunat yang dianjurkan dalam menyambut kelahiran bayi adalah seperti berikut ;-

1. Azan dan Iqamah
Disunatkan azan ditelinga kanan dan iqamah di telinga kiri. Hal ini dilakukan sendiri oleh Baginda SAW seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ubaidillah Ibni Abi Rafi’ katanya yang bermaksud “Saya telah melihat Rasulullah SAW mengazankan di telinga Hussin Ibn Ali ketika dilahirkan oleh ibunya Fatima.”

Dalam hadis lain riwayat al-Baihaqi daripada hadis Hassan Ibn Ali baginda bersabda yang bermasksud: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahaya mata maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamahkan di telingan kiri, nescaya terlepas dari ummu sibyan atau dari angin tiupan syaitan.”

Sunat dibacakan pada telinga kanan bayi tersebut dengan doa yang bermaksud “Bahawasanya, aku pohonkan perlindungan Engkau (Ya Allah) diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan

2. Memberitahu Jiran dan Sahabat Handai
Kepada pasangan yang dikurniakan cahaya mata oleh Allah, disunatkan buat mereka mengwar-warkan kelahiran anak pada jiran tetangga dan juga sahabat handai, ini bagi tujuan menzahirkan rasa bersyukur dengan anak kurniaan Allah. Tidak semua manusia diberi peluang oleh Allah untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Bagi sahabat handai pula yang menerima berita gembira ini, disunatkan buat mereka untuk mengucapkan ucapan tahniah. Disunatkan bagi mereka yang menerima berita gembira ini untuk mendoakan pasangan yang baru dikurniakan anak dengan doa ini “Semoga Allah memberkati kurniaannya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa depannya.”

Kemudian dibalas dengan mendoakan kebaikan buat mereka.

3. Melakukan Tahnik
Setelah seorang bayi selamat dilahirkan oleh ibunya, selain daripada azan dan iqamah, kita disunatkan agar dapat mentahnik anak yang baru dilahirkan. Tahnik dilakukan dengan cara meletakkan sedikit isi buah tamar di atas jari telunjuk serta memasukkannya ke dalam mulut bayi, perlahan-lahan menggerakkan jari itu dari kanan ke kiri mulut bayi. Ini dilaksanakan sehingga isi buah tamar tersebut menyentuh keseluruhan mulut bayi tadi dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekak bayi berkenaan.

Kira sukar mendapatkan tamar, maka bolehlah digantikan dengan apa sahaja yang ada unsur manis. Lebih afdal jika bertahnik ini dilaksanakan oleh orang-orang yang soleh.

4. Mencukur Rambut
Di antara perkara yang sunat dilakukan kepada bayi yang baru dilahirkan ialah mencukut rambut. Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh selepas dilahirkan, kemudian disunatkan pula bersedekah dengan perak seberat timbangan rambut yang dicukurkan itu kepada fakir miskin jika berkemampuan. Atau jika tidak maka atas sekadar yang mampu sahaja.

Rasulullah SAW bersabda ketika mana anaknya Fatimah melahirkan Hassan dan juga Hussein. Sabda Baginda SAW yang bermaksud “Timbanglah rambut Hussein dan sedekahlah seberat timbangan perak.” Dan ketika Fatimah melahirkan Hassan pula Baginda SAW bersabda lagi yang bermaksud “Cukurlah rambutnya, sedekahlah seberat timbangan (rambutnya itu) daripada perak.”

Sumber :
Pendidikan Anak-anak Dalam Islam, Abdullah Nasih Ulwan dan Majalah Anis

-------------------------------------------------------------
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan..(At-Tahrim:6)

Labels: ,

Sabar

Kadang-kadang orang di sekelilingku melihatku seperti gembira. Tapi kegembiraan yang kupamerkan itu tidak semestinya apa yang kurasai. Orang kadang-kala tidak nampak kedukaanku. Kadang-kadang orang melihat diriku sebagai seorang yang knowledgeable tapi jauh dalam diriku aku rasai diriku masih banyak yang perlu kupelajari. Terlalu banyak aku perlu tahu, semakin banyak yang aku tahu, semakin banyak aku rasa aku tidak tahu.

Ujian yang datang sering menduga kita, sering mengajar kita bagaimana untuk berhadapan dengan ujian. Ujian biasanya berbentuk masalah, masalah boleh diselesaikan apabila kita tahu asbabnya. Masalah tidak mungkin dapat diselesaikan jika kita tidak tahu puncanya. Apa pon masalah yang kita hadapi, kita cuba selesaikan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Jangan biarkan hati-hati kita terusan kosong dek disebabkan masalah. Kita fikirkan apa yang boleh kita laksanakan agar ia senantiasa berada di atas landasan Islam. Dan perkara utama dalam menghadapi masalah adalah sabar. Allah menguji kita dengan ujian agar kita menjadi sabar. Aku sangat takut aku menjadi orang yang tidak sabar.

Ya Allah Ya Tuhanku permudahkan urusan hambaMu ini. Kurniakanlah kami kesabaran dalam menyelesaikan masalah ini. Kurniakan kami kekuataan Ya Allah. Golongkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai.

-------------------------------------------------------------
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada TuhanMu” Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini akan beroleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas".(Az-Zumar:10)

Labels: ,