Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, June 29, 2005

Proton harus berhenti salahkan orang lain

Assalamualaikum warahmatullah ….
Sekadar mengcopy dan paste satu artikel di dalam Berita Harian hari ini. Kenapa agaknya Mahaleel buat dakwaan macam tu yer? Bukankah dia dah sedia maklum dengan polisi MITI.

Alahai Mahaleel, Proton tu kan dah 2 dekad dah usianya, takkan masih belum mampu bersaing.

Apa yang aku nampak, pihak kerajaan cuba untuk memberi kualiti yang terbaik untuk rakyatnya, tapi persoalan lain plak yang timbul, adakah betul caranya? Macam-macam khabar angin didengari mengenai isu AP, siapakah orang yang bertanggungjawab. Maleh den nak menulih isu nie, masih mencari sumber-sumber yang sahih, sekadar dengar dan baca tanpa bukti yang sahih macam tak best lah pulak untuk ditulis.

Mungkin juga ada kebaikannya apa yang Rafidah buat untuk kita rakyat Malaysia, dalam konteks untuk mendapat kereta yang lebih berkualiti, tapi apa yang kurang menarik adalah; kereta itu masih mahal walaupon sebenarnya masih bulih direndahkan. Sebab apa? Fikir-fikirkanlah.

Aiyaa Mahathir(Penasihat Proton), hang marah sama bekas orang kanan hang ka?
------------------------
Rafidah nafi kerajaan melindungi Kumpulan Naza
PROTON Holdings Bhd (Proton) harus berhenti menyalahkan orang lain dan memfokus usaha membina kekuatan pasaran sendiri supaya lebih berdaya saing, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Rafidah Aziz.

Beliau yang menafikan kerajaan melindungi Kumpulan Naza, menegaskan Proton tidak harus mengungkit kesalahan orang lain jika gagal bersaing dengan pengeluar lain terutama kereta dari Korea yang menjual kereta lebih murah.

“Kerajaan komited untuk terus memberi perlindungan kepada pengeluar kereta nasional termasuk Proton. Kereta import siap bina (CBU) hanya mewakili 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang dikeluarkan di Malaysia.

“Saya difahamkan Proton dan Perodua menguasai lebih 80 peratus pasaran...tak kan 80 peratus tak boleh bersaing dengan yang 10 peratus,” katanya selepas merasmikan bilik pameran bersepadu Naza World Hyper Showroom milik syarikat Naza Motor Trading Sdn Bhd di Petaling Jaya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Eksekutif Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff, dalam sebuah akhbar tempatan bahawa dasar automotif tempatan tidak jelas serta kenapa perlu ada empat pengeluar berstatus nasional.

Rafidah berkata, dasar automotif negara sangat jelas dan difahami semua pengeluar tempatan.

“Jika dia (Proton) tidak jelas mengenai dasar yang ada, ia boleh merujuk dengan Miti,” katanya sambil menambah keputusan kerajaan memberikan status kereta nasional kepada Naza dan Inokom dibuat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi Perdana Menteri.

Rafidah berkata, Proton tidak pernah mengadu secara langsung kepada Miti dan apa yang beliau ketahui hanya menerusi akhbar.

Beliau menegaskan Proton perlu menumpukan usaha memperbaiki daya saing dan memfokus membentuk ‘kelebihan’ sendiri untuk memenangi pasaran berikutan kereta import terutama dari Korea adalah murah.

“Saya sendiri sudah lihat kereta Daewoo Matiz di Korea dijual pada harga atas jalan termasuk semua cukai berkaitan pada AS$8,000 (RM30,400) seunit,” katanya.

Rafidah berkata, ini kerana syarikat kereta Korea mendapat sokongan teknologi dan sinergi pengeluar kereta asing termasuk General Motors (GM) dan mereka mengeluarkan berjuta-juta kenderaan setahun.

Mengenai draf pembentukan Dasar Automotif Nasional (NAP), beliau berkata, kementeriannya sedang memperhalusi draf itu sebelum membentangkannya kepada Kabinet dalam tempoh sebulan lagi.

Katanya, masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi termasuk aspek teknikal.

“Draf itu bukan hanya menyentuh mengenai duti tetapi menggariskan hala tuju keseluruhan sektor automotif bagi menjadikan Malaysia sebuah hab serantau pengeluaran automotif dan komponen,” katanya.

Mengenai struktur duti baru bagi kenderaan import, beliau berkata, ia dijangka diumumkan Kementerian Kewangan pada Ogos depan.

Jalan-jalan Alam Siber
Sekitar isu kebolehan menjadi pelacur kesan akibat dharurat telah menjadi isu sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi kolumn ini ditulis oleh Dr. Masyitah. Secara peribadinya saya tak tahu adakah ianya benar-benar ditulis oleh Dr. Masyitah atau tidak.

Alhamdulillah, saudara Rozmal ada menulis isu ini dan meminta penjelasan dari pihak yang berkuasa.

Saudara Rozmal ada menulis di dalam Diari Negeri Sembilan nya mengenai isu ini. Untuk yang ingin membacanya bulihlah melayari laman web dibawah.

Achieves June 2005 Diari Negeri Sembilan oleh Saudara Rozmal

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home