Harga minyak mentah naik paras tertinggi
Semalam waktu duk nengok Nightline terkejut dengan harga baru minyak. Sekadar meletakkan news Bharian agar ingat bila harga nie naik ke paras ini di masa hadapan tak berkesempatan nak mengulas.
HARGA minyak mentah melonjak ke paras tertinggi melepasi AS$59 setong semalam, meneruskan kenaikan minggu lalu berikutan tekanan ke atas konsulat Eropah di Nigeria menambahkan kebimbangan pelabur yang sudah sedia bimbang mengenai kekurangan bekalan.
Harga bahan api itu meningkat lebih sembilan peratus, atau hampir AS$5 (RM19) minggu lalu.
Kontrak hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Julai mencecah rekod AS$59.23 setong, sebelum stabil pada AS$58.82 setong semalam.
Kontrak bagi Ogos pula meningkat 46 sen kepada AS$59.64 setong dan kontrak bagi tempoh empat bulan terakhir tahun ini, ketika permintaan minyak meningkat di atmosfera utara, diniagakan melebihi paras AS$60 setong.
Jumaat lalu, pasaran kembali bimbang mengenai eksport minyak mentah daripada negara pengeluar apabila AS, Britain dan Jerman menutup pejabat konsulat masing-masing di Lagos, Nigeria, Jumaat lalu yang didakwa disebabkan kebimbangan ugutan kumpulan militan asing.
“Pasaran terus mengesyaki akan berlakunya gangguan bekalan berikutan isu di Nigeria itu.
“Apabila peristiwa sedemikian berlaku pada waktu sebegini, harga akan memberikan reaksi kuat,” kata Daniel Hynes, penganalisis di ANZ bank.
Nigeria, pengeluar minyak kelapan terbesar dunia yang membekal kira-kira 10 peratus minyak mentah AS, dinamakan calon bagi ‘pembebasan’ oleh Osama Laden.
Tinjauan industri di Boston minggu lalu menunjukkan lebih separuh responden menganggap pergolakan politik di negara strategik berkemungkinan menjadi punca kepada gangguan bekalan minyak.
Wujud juga kebimbangan penutupan kilang memproses diesel, minyak pemanas dan minyak jet, berikutan bekalan tidak mencukupi pada separuh kedua ini.
Harga naik melebihi 35 peratus sejak Januari berikutan dana spekulatif bertaruh pertumbuhan ekonomi global kukuh akan mengekang bekalan, terutama jika berlaku gangguan tidak dijangkakan, seperti penutupan kilang memproses petrol Royal Dutch/Shell di Deer Park, Texas, minggu lalu.
Kilang itu berkemungkinan akan ditutup selama dua minggu. – Reuters
Baca lagi mengenai Berita harga kenaikan minyak dunia.
1.Sumber 1
2.Sumber 3
3.Sumber 3
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home