Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, June 23, 2005

Perbezaan Pendapat adalah Kekayaan.


Perbezaan disamping merupakan satu rahmat dan keperluan, ia juga merupakan satu kekayaan yang tidak ternilai.

Perbezaan pendapat yang besifat ijtihad telah memperkayakan, mengembangkan dan memperluaskan fiqh. Ini kerana setiap pendapat pasti didasarkan kepada dalil-dalil dan pertimbangan syariat yang digali oleh akal para ulama dan pemikir Islam yang cemerlang melalui ijtihad, istinbhat, qiyas, istihsan, tarjih dan sebagainya.

Dengan pelbagai metadologi dan sumber pengambilan ini maka khazanah fiqhiah semain bertambah luas dan beraneka coraknya dari madrasatul hadis(aliran tekstual) hingga ke madrasatur ra’yi(aliran konteksual).

Aliran pertengahan pula mengambil pendapat terbaik daripada setiap aliran tanpa berpihak kepada Imam atau pendapat tertentu dan menghindari titik-titik lemah di setiap aliran berdasarkan ijtihad yang dilakukannya.

Akhirnya, berbagai madrasah, pendapat dan mazhab ini menghasilkan suatu khazanah dan kekayaan ilmiah yang tidak ternilai dan hanya orang-orang yang berilmu sahaja yang dapat menghargai nilainya.

Hal ini juga pernah disentuh oleh beberapa lembaga dan seminar-seminar antarabangsa di abad ini, seperti Seminar Perbandingan Undang-Undang yang diadakan di Lahay pada tahun 1936 M dan Seminar Paris pada tahun 1951 M. Bahkan Lembaga Pengkajian Fiqh di Rabitah Alam Islami, dalam pertemuannya yang kesepuluh yang diadakan pada tahun 1403 H, telah mengeluarkan suatu pandangan penting mengenai perbezaan fiqhiah antara berbagai mazhab dan masalah taasub fiqhiah di kalangan para pengikut mazhab. Berikut adalah kutipan teks dari Lembaga Pengkajian Fiqh tersebut ;

Segala puji hanya milik Allah. Selawat dan salam dilimpahkan atas junjungan Nabi terakhir Muhammad SAW dan para sahabatnya.

Amma ba’du ;

Sesungguhnya Lembaga Pengkajian Fiqh Islami dalam pertemuan yang kesepuluh yang diadakan di Makkah Al-Mukarramah, dari hari Sabtu 24 Safar 1408/17 Okt 1987 hingga hari Rabu 28 Safar, telah membahaskan perbezaan fiqh antara berbagai mazhab yang dianuti umat. Dibahaskan juga masalah taasub mazhab secara tidak sihat hingga mengakibatkan penghinaan terhadap mazhab dan ulama yang bukan semazhab.

Dalam pertemuan ini dibahas berbagai masalah yang menghantui fikiran dan pemahaman generasi muda sekarang berhubung dengan perbezaan mazhab yang tidak mereka katahui hujung pangkal permasalahan dan kepentingannya. Generasi muda yang telah berjaya diyakini oleh orang-orang tertentu terhadap suatu pola berfikir, tertanya-tanya mengapa harus terjadi perbezaan mazhab? Mengapa tidak disatukan sehingga kaum Muslimin menganut satu azhab dan satu pemahaman tentang hokum-hukum syariat?

Bukankah syariat Islam itu satu dan prinsip-prinsipnya juga diambil dari Al-Quran dan Sannah Nabawiyah yang sahih dan padu?

Selain itu dibahas juga masalah taasub mazhab dan masalah muncul darinya terutama di kalangan para pengikutnya yang beraneka aliran dan pemikiran kontemporari yang berkembang akhir-akhir ini. Mereka in mengajak kepada langkah ijtihad baru dan memandang rendah mazhab-mazhab yang telah dianut oleh umat Islam selama beberapa abad. Bahkan mereka mencaci maki sebahagian Imam dan fuqaha mazhab yang telah banyak berjasa.

Setelah melakukan perbahasan dan penkajian mendalam berhubung masalah ini, akhirnya Lembaga Pengkajian Fiqh Islami mengeluarkan keterangan yang ditujukan kepada kedua pihak; baik yang menolak ataupon yang taasub terhadap mazhab.

Perbezaan Mazhab
Sesungguhnya perbezaan mazhab-mazhab pemikir yag berkembang luas di negeri-negeri Islam ada dua jenis;

1. Perbezaan berkaitan mazhab-mazhab Aqidah.
Perbezaan ini merupakan musibah yang membawa berbagai tragedy di negeri-negeri Islam dan memecah belah barisan kaum Muslimin. Perbezaan ini perlu dihapuskan.

Umat Islam harus bersatu dalam mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang mencerminkan pemikiran Islam yang benar di mana Rasulullah SAW dan khulafa’ Ar-Rasyidin yang telah diumumkan oleh Nabi SAW sebagai kesinambungan dari Sunnahnya.

“Kamu harus mengikut Sunnahku dan sunnah para khulafa’ yang dipilih sesudahku. Berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah ia dengan gerahammu.”

2. Perbezaan berkaitan mazhab-mazhab Fiqh.
Perbezaan mazhab-mazhab fiqiah ini memiliki sebab-sebab ilmiah yang melatarinya. Di antara hikmah ilahiah daripada wujudnya perbezaan dalah masalah ini ialah; sebagai rahmat kepada hambaNya dan memperluaskan istinbhat (keterangan) hokum dari nas-nas syariat. Perbezaan ini juga merupakan nikmat dan kekayaan fiqhiah yang menjadikan umat Islam berada dalam kebebasan agama dan syariatnya. Mereka tidak terbatas dalam satu aplikasi hokum syariat tanpa memiliki alternative lain. Bahkan jika mazhab salah seorang Imam pada suatu masa dan dalam masalah tertentu terasa menyukarkan umat, maka di dalam mazhab lain ditemui kebebasan dan kemudahan; baik yang berkaitan masalah ibadah ataupon muamalah dan masalah-masalah keluarga, keadilan dan jinayat.

Perbezaan fiqh tidak bererti adanya kekurangan dan sesuatu yang berlawanan dalam agama kita. Bahkan perbezaan ini tidak dapat dihindari. Tidak ada satu pun sistem perundangan yang dimiliki oleh umat manusia kecuali telah menimbulkan perbezaan ijtihad dalam usaha memahami dan menerapkannya.

Pada hakikatnya perbezaan ini tidak mungkin dapat dihindarkan lantaran nas-nas asas yang mengandungi lebih dari satu makna. Di samping itu nas tersebut tidak mungkin mencakupi semua permasalahan yang mungkin terjadi, sebab nas-nas ini terbatas sedangkan permasalahan yang timbul tidak terbatas. Oleh sebab itu, kita mesti menggunakan qiyas dan menganalisa sebab-sebab suatu hukum, tujuan adanya syariat dan sasaran-sasaran umum yang ditetapkan oleh syariat. Usaha tersebut dijalankan untuk memberi jawapan terhadap permasalahan dan kes-kes yang sama sekali baru. Dalam hal inilah terjadi perbezaan pemahaman oleh para ulama dan kesimpulan-kesimpulan mereka mengenai hal-hal yang mempunyai beberapa penafsiran. Akibatnya, lahirlah beberapa hukum ijtihad yang berlainan mengenai suatu masalah. Tetapi masing-masing bermaksud mencari kebenaran, sehingga bagi ijtihad yang benar mendapat dua pahala dan bagi ijtihad yang keliru mendapat satu pahala.Dari sinilah timbul kebebasan.

Dengan demikian tidak ada alasan untuk mengatakan perbezaan fiqhiah ini sebagai suatu kekurangan. Bahkan ia merupakan satu kebaikan, rahmat dan nikmat dari Allah kepada para hambaNya yang beriman. Pada masa yang sama perbezaan ini merupakan kekayaan perundangan terbesar dan keistimewaan yang patut dibanggakan oleh umat Islam. Tetapi kaum yang sesat dari luar Islam yang memanfaatkan kelemaham wawasan para pemuda dan pemudi Muslim, memberikan gambaran kepada mereka bahawa perbezaan mazhab fiqhiah sama dengan perbezaan mazhab I’tiqadiah. Seterusnya kaum penyesat ini secara licik dan tanpa mahu menghiraukan perbezaan antara kedua perbezaan tersebut mengatakan bahawa hal ini menunjukkan sifat bertentangan dalam syariat Islam.

Terdapat kelompok lain yag menyeru penghapusan mazhab dan ingin membawa manusia kepada garis ijtihad baru seraya mengecam mazhab-mazhab fiqh yang ada para Imamnya. Sesungguhnya penjelasan penulis tentang mazhab fiqhiah dan keistimewaan kewujudannya di atas sudah cukup untuk menghentikan pola pemikiran dan gagasan yang bermaksud menyesatkan dan memecah-belah barisan kaum Muslim. Kaum Muslim tidak boleh berpecah belah kerana mereka memerlukan satu persatuan kalimat dalam menghadapi tentangan berbahaya dari musuh-musuh Islam ini.

Semoga selawat dan salam dicurahkan kepada junjungan kita Muhammad SAW dan keluarganya. Segala puji milik Allah, Penguasa alam semesta.

Sumber : Fiqh Ikhtilaf ; Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam yang Dibenarkan dan Dilarang oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi. Menurut nota kaki pengarang sebahagian artikel ini diperolehi dari Majalah Majma’ Fiqh Islami

Wallahu ‘alam ..

--------------------------------------------------------------
“Dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Al-Ahzab:72)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home