Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, June 24, 2005

Debat Dr. Asri & AJ


Assalamualaikum warahmatullah ….
Dua hari lepas memperolehi sms dari seorang yang sahabat yang mempromo satu program yakni debat AJ dan Ust. Asri.

Dan Alhamdulillah hari nie dapat detail mengenai program dari seorang sahabat. Syukran jazeelan sahabat. Di sini sy letakkan sedikit info mengenai debat ini. Ianya dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf.

Kalau rasa-rasa nak nengok kelibat AJ yang kontorversi nie, bulih laa ke program berkenaan. Rasa-rasanya iklan nie bakal ada kut dalam keluaran Majalah i bulan Julai, tak sempat nak cek lagi sebab majalah biasanya sampai rumah kek Seremban. Belom berkesempatan melihat isi dalamnya lagi.

-------------------------

Debat Astora Jabat vs Dr. Mohd, Asri

Tajuk : Gerakan Tajdid Satu Perbincangan

Tarikh: Sabtu, 9 Jamadiul Akhir 1426 16 Julai 2005
Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Anjuran Bersama: Dewan Bahasa & Pustaka, Kumpulan Karangkraf dan Barakat Al-Aziziyyah


TEMPAT TERHAD, DAFTAR SEKARANG

Perbincangan Isu Terkini Agama

Anda telah mengikuti siri seminar-seminar yang kami anjurkan sebelum ini, antaranya Seminar Pertelingkahan Sahabah (2003), Seminar Penyelewengan Tarikat (2004), dan Seminar Bahaya Islam Liberal (Mei 2005). Semuanya padat dengan ilmu, dan panas dengan reaksi peserta dan penceramah.

Kali ini kami membawa dua orang penceramah untuk berdebat mengenai berbagai-bagai isu agama terkini:

Astora Jabat

Editor Majalah Al-Islam, juga kolumnis ruangan agama di akhbar Mingguan Malaysia. Tulisan dan pandangan beliau mengenai isu-isu dan hukum-hakam Islam, selalu dianggap kontroversi dan bercanggah dengan pandangan umum. Beliau menyuarakan pendapat tanpa selindung, dan sedia menerima kritikan dari orang ramai.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Pakar ilmu hadis, dan kini menjadi pensyarah kanan Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM). Sering memberi ceramah mengenai isu-isu agama semasa, dan membentang kertas kerja pada seminar dalam dan luar negara. Menghurai dan sanggup berhujah mengenai sesuatu perkara berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Matlamat Program
Mendapatkan penjelasan mengenai berbagai-bagai isu terkini agama. Kedua penceramah akan mengemukakan hujah berdasarkan fakta-fakta ilmiah, juga berpandukan sumber-sumber yang diperuntukkan oleh hukum-hakam agama Islam. Mengelakkan buruk sangka di kalangan sesama Islam, menerusi penyebaran maklumat yang tepat. Mencari kejernihan dari kekeruhan yang berpunca dari kelemahan dan kurang pengetahuan mengenai sesuatu perkara.

Membuka peluang kepada peserta untuk bertanya perkara-perkara yang menimbulkan keraguan, juga sama-sama berhujah dan memberi pendapat berhubung satu-satu isu agama.

Peserta
Para ulama, pengkaji ilmu agama, pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi, guru, dan mana-mana individu yang prihatin dan sentiasa mengikuti isu-isu Islam semasa. Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak digalakkan mengikuti debat ini.

Tempat terhad (hanya untuk 800 peserta), permohonan untuk menyertai debat ini ada berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. Mendaftarlah sekarang, sebelum kehabisan tempat!

Bayaran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM30. Bayaran tersebut ialah untuk mendapatkan beberapa majalah terkini terbitan Kumpulan Karangkraf, minum pagi, dan kos pengurusan.

Tag Nama
Untuk memudahkan urusan masuk dan keluar dewan, setiap peserta yang telah membuat pembayaran dan disahkan tempat akan diberi tag nama. Kami terpaksa mengadakan kawalan memandangkan tempat terhad, dan tidak mahu mana-mana peserta tidak mendapat tempat duduk.

Pendaftaran
Bayaran juga boleh dibuat menerusi akaun bank atas nama Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Mayban No. Akaun 014271-20001-1). Untuk pengesahan, slip pembayaran menerusi bank hendaklah difaks kepada

Ahmad Yani Abd. Manaf menerusi No. Faks 03-5101 3601.

Urusetia boleh dihubungi menerusi telefon.
Ahmad Yani Abd Manaf 03-5101 3856 / 019-3911313
Emel: ahmad.yani@karangkraf.com.my

Ahmad Baei 03-5101 3876
Nurol Shafie Anuar 03-5101 3724
Saharom Abd Aziz 03-51013876

Wallahu ‘alam ..

--------------------------------------------------------------
“Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
” (Al-Ghaffir:65)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home