Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, September 25, 2005

Realiti TV

Bagi persoalan saya yang terakhir tentang bagaimana fenomena Mawi ini, jawabnya ialah sedih dan gembira. Saya sedih kerana Mawi telah kalah dengan hedonisme dan sedikit-sebanyak telah terhakis unsur-unsur jati diri Melayu-Islam asal Mawi. Mawi kinie mempunyai identity yang keliru dan mendedahkan kepada diri kepada dunia hedonisme yang cukup kuat dan menggoda. Saya yakin Mawi akan menghadapi kesukaran menghadapi budaya dan pengaruh hedonisme ini kecuali Mawi cepat-cepat berada dalam satu jemaah Islam yang boleh mendidik, memberi tazkirah yang berterusan dan mengatur strategi untuk menghadapi hedonisme ini dengan menggunakan hiburan sebagai wadah dakwah secara sistematik. Paling kurang Mawi patut bersama dengan kumpulan penghibur yang ada cita-cita perjuangan Islam, seperti sesetengan kumpulan nasyid kontemperori dan sebaginya. Dalam hal ini Mawi kena sentiasa berhati-hati. Kerana kuatnya budaya hedonisme itu, sesetengah kumpulan nasyid kontemporari sendiri pon tewas dengan hedonisme sehingga iramanya telah berubah kepada pop rock dan rock.


Walaubagaimanapun, di celah-celah kesedihan itu, terselit sedikit rasa gembira kerana sokongan terhadap Mawi menggambarkan masih wujudnya kecintaan Melayu-Islam kepada Islam. Saya yakin undian tertinggi dan sokongan tokoh-tokoh akademik dan politik terhadap Mawi merupakan gambaran bahawa masyarakat Melayu-Islam masih suka kepada unsur-unsur Melayu dan Islam. Ini tentulah berita baik bagi pejuang Islam untuk terus berusaha gigih menyebarkan Islam dan mengembalikan masyrakat kepada identity Islam yang sebenar. Alangkah baiknya kalau Mawi sendiri boleh menyertai pejuang-pejuang Islam ini.

Professor Dr. Muhammad Syukri Salleh Isdev, USM

“Program seumpama ini patut dihentikan terus. Ia tidak sesuai dengan dengan budaya Islam dan Melayu, serta mengganggu perkembangan intelek generasi baru.”

“Program Realiti TV ini adalah satu perkara yang tidak sihat. Ia bukan sekadar menyalahi hokum, tapi ada perkara besar disebaliknya. Kita bimbang, apabila masyarakat Melayu semakin dimomokkan dengan program-program hiburan seperti ini, maka ini akan menjejaskan pembinaan hiduo yang serius. Asyik tengok TV, akhirnya umat Melayu akan menjadi umat yang malas dan tidak berwawasan.”

“Umat Melayu mesti sedar perkara ini. Selama ini pun bangsa kita sudah cukup banyak terjebak dengan gejala sosial seperti dadah dan seumpanya. Lepas satu masalah, dihambat dengan masalah yang lain pula. Tindakan segera mesti di ambil !! Kita tidak mahu, apabila segala-galanya sudah hancur barulah kita sedar dan ketikaitu tiada apa lagi yang boleh dilakukan.”

Professor Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid, API, UM

Begitulah beberapa pandanagan tokoh akademik yang dilontarkan oleh mereka dalam Majalah I keluaran Oktober 2005 mengenai pembudayaan budaya Realiti TV di Malaysia. Salah ke realit TV nie? Ada salah ada baiknya.

Tapi pengusaha-pengusaha rangkaian TV Malaysia lebih suka mengadaptasi rancangan realiti yang terlalu laghe. Terdapat beberapa rancangan realiti TV yang baik sebenarnya, contohnya Apprentice yang bulih ditiru. Tetapi kenapa tiada siapa yang hendak menirunya kenapa? Mungkin alasan yang paling konkrit yang bakal diutarakan oleh penerbit atau pengusaha TV swasta adalah tiada modal dan tiada tajaan dan mungkin ratingnya tidaklah sehebat mana.

Stesen-stesen TV tempatan secara tidak sedar telah mewujudkan satu paksi untuk melemahkan mentaliti masyarakat Malaysia, melemahkan rakyat Malaysia dengan satu budaya hedonisme yang satu sen pon tak menguntungkan rakyat Malaysia dan hanya menebalkan poket pengusaha rancangan sahaja.

Kepincangan mungkin bermula apabila Kementerian Penerangan tiada kuasa untuk memantau perkara ini atau mungkin buat endah tak endah dengan kewujudan program-program hedomisme ini. Buat masa ini pemantauan terhadap stesen-stesen TV tempatan adalah dibawah Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi. Ini mungkin menyukarkan pihak Kementerian Penerangan untuk bertindak.

Lebih menyedihkan lagi bak kata ustaz Pahrol Mohd Juoi, ada sesetengah golongan dewasa dan sudah mencapai usia emas begitu fanatik dengan Mawi. Sehinggakan ketika beliau ke airport untuk mengerjakan umrah, seorang ibu separuh umut siap berpesan kepada anaknya agar merekodkan program kegemarannya itu agar apabila dia kembali dari mengerjakan umrah kelak dapat ditontonnya. Poning kepalo den bilo den baco tulisan ustaz Pahrol Mohd Juoi, sampai macam tu sekali masyrakat kita yer? Nak poie umrah, tapi mentaliti telah dijajah oleh Mawi. Musykil tol den…ish..ish …ish …

Biarlah AF3, Malaysian Idol dsb meninggalkan kita selama-lamanya, biarlah rancangan-rancangan ini tidak diteruskan di tahun-tahun hadapan. Jika tiada pun rancangan ini rasanya tidaklah kebulur rakyat Malaysia. Kerajaan kita ada kuasa untuk mengarahkan perkara ini dikuatkuasakan, moga-moga Pak Lah gagah untuk memberhentikan perkara ini dan secara peribadinya kukira Pak Lah mampu berbuat demikian. InsyaAllah.

Wallahu ‘alam …..

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
Narrated Kab: The Prophet SAW said, "The example of a believer is that of a fresh tender plant, which the wind bends lt sometimes and some other time it makes it straight. And the example of a hypocrite is that of a pine tree which keeps straight till once it is uprooted suddenly." (Saheeh Bukhari)

Saturday, September 24, 2005

19 Sept - 25 Sept

Isnin - Kapar Power Plant
Selasa - Telekom Tapah
Rabu - SKTLDM Labuan
Khamis - SKTLDM Labuan
Jumaat - Kapar Power Plant
Sabtu - Refilling Factory
Ahad - Ada di Seremban, jumpa mak & abah.

Begitulah kira-kira perjalanan kerja ku sepanjang minggu ini. Sedikit hectic kerana kerja-kerja yang tak kunjung padam.

Alhamdulillah, perjalanan ku ke Labuan telah diambil alih oleh rakan sekerja. Nasbi baik pihak TLDM di Labuan tidak bising dengan tidak kehadiranku. Terima kasih diucapkan kepada rakan sejawatku yang mengexplain ketidak mampuan ku untuk menghadirkan diri ke Labuan.

Sungguhpon tidak menghadirkan diri ke Labuan kerja-kerja di Kapar Power Plant masih perlu diteruskan, itulah salah satu asbabnya kenapa diriku terpaksa meminta rakan sejawatku untuk ke Labuan. Kerja di Kapar Power Plant tak kunjung habis, Kapar Power Plant dah macam rumah nombor 2 ku pula sejak kebelakangan nie.

InsyaAllah jika projek berjalan lancar di Labuan akan ku kunjungi dua atau tiga kali untuk monitoring process dan seterusnya untuk Testing & Commissioning kelak.

Ramadhan kian hampir, adakah aku telah bersedia? Tidak pernah kurasa begitu takut untuk menghadapi Ramadhan, tapi tahun ini perasaan ku bercampur-baur untuk menemui Ramadhan. Alhamdulillah rasa gembira sudah berputik di hati untuk menghadapi Ramadhan, tapi rasa takut juga turut hadir dalam menghadapi Ramadhan tahun ini.

Jika tahun-tahun lepas berpeluang untuk pergi dari satu masjid ke satu masjid untuk berterawikh, tahun ini tidak pasti lagi. Tahun lepas Masjid Putrajaya, Surau An-Nur, Masjid UPM, Masjid Istiqamah dan juga Masjid Uniten kerap ku kunjungi, tahun ini tidak tahu lagi adakah mampu diriku untuk pergi ke masjid-masjid ini. Dan beriftar juga adakalanya di Masjid pada tahun lepas, tahun ini tidak tahu lagi berkesempatan atau tidak, moga-moga masih bulih beriftar di Masjid Uniten.

Mungkin Masjid Pangkalan TLDM Lumut bakal menjadi tempat yang paling kerap untuk ku kunjungi, siapa tahu hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maklumlah ada projek di Lumut dan juga Labuan. Apa-apa pon aku memohon du’a agar Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik dan dan dipermudahkan bagiku oleh Allah bagi memperbanyakkan ibadah-ibadah nawaffil. Ku memohon agar pembaca-pembaca blogku agar kiranya dapat kita sama-sama panjatkan agar Ramadhan ini menjadi yang terbaik untuk kita semua, insyaAllah.







Gambar-gambar di atas disnap ketika perjalanan pulang dari site visit di Pangkalan TLDM Lumut pada minggul lepas yakni pada 15 September 2005, ianya diambil di sekitar Kuala Selangor kot kalau tak silap.

Dalam perjalanan pulang nampak pemandangan yang sungguh menarik …Subhanallah, siap bulih berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar. Subhanallah, tidak Allah jadikan alam ini dengan sia-sia, setiap kejadian yang telah termaktub pasti ada hikmahnya untuk manusia fikirkan.

Gambar di atas adalah bersaiz 1024 x 768, jika ada sesiapa yang berhajat untuk menjadikannya wallpaper PC anda bulih lah mengdouble klik gambar di atas.

Wallahu ‘alam …..

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------

Narrated Abu Huraira: The Prophet SAW said, "Whoever established prayers on the night of Qadr out of sincere faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven; and whoever fasts in the month of Ramadan out of sincere faith, and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven." (Saheeh Bukhari)

Sunday, September 18, 2005

Syaitan menghasut sesatkan manusia menerusi 10 pintu

UMAT Islam digalak agar selalu berlindung dan menghindari daripada bisikan syaitan dengan sentiasa menyebut: "Aku berlindung daripada syaitan yang direjam."

Kita juga dianjurkan selalu berdoa dengan menyebut: "Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan selepas Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Memberi (kurnia)." – (Surah Al-Imran, ayat 8)

Harus diingat bahawa malaikat dan syaitan sentiasa berlumba-lumba untuk menguasai hati manusia. Syaitan akan bekerja keras untuk menawan pemilik hati itu agar mereka melanggar perintah Allah.

Beruntung manusia yang berjaya menangkis godaan syaitan dan mengelakkan hati daripada ditawan syaitan durjana. Dalam hal ini, malaikat berfungsi untuk menetap dan menegakkan iman seseorang Muslim agar lebih bertakwa dan menghindari perbuatan mungkar.

Seorang ulama dan ahli sufi pernah berkata: "Saya sentiasa berfikir dan memerhati, dari pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati syaitan datang dari 10 pintu:

Pertama ialah pintu kesombongan dan keangkuhan. Kedua-dua sifat ini adalah antara sifat mazmumah yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya. Sifat itu amat mudah subur dalam diri manusia yang merasakan dirinya cukup segalanya daripada status hidup hingga kepada wang ringgit dan harta benda yang dimiliki.

Dengan itu berjalanlah manusia yang bersifat sedemikian dengan mendongakkan kepala ke langit tanpa mempedulikan orang di sekitarnya. Allah berfirman, bermaksud: "Jangan engkau miringkan pipimu terhadap manusia kerana kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan sangat riang, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlenggang dalam perjalanannya kerana sombong dan bermegah-megah." –(Lukman: 18)

Pintu kedua ialah melalui sifat bakhil dan kedekut. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat yang lainnya pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah oleh Allah.

Ketiga ialah melalui sifat takbur yang hadir dalam diri seseorang apabila dia berasakan dirinya sudah lengkap memiliki segalanya lalu dia mula rasa tinggi diri terhadap orang di sekelilingnya sehingga kadang kala mereka terlupa segala kurniaan nikmat itu boleh ditarik balik oleh Allah dalam sekelip mata saja, jika dikehendaki-Nya.

Allah berfirman, bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur" (An-Nahl: 23). Begitu juga firman-Nya, bermaksud: "Sesungguhnya orang yang sombong menyembah-Ku, balasannya ialah neraka dan akan rasa terhina." (Al-Mukmin: 60)

Pintu keempat melalui sifat riak dan suka dipuji. Memiliki kesempurnaan peribadi melalui ketinggian ilmu dan darjat yang disegani adalah idaman setiap insan.

Sifat kelima yang menjadi pintu kepada syaitan untuk masuk ialah melalui sifat hasad dengki. Islam amat membenci umatnya yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain kerana iri kepada kelebihan dan kepandaian yang diberikan Allah kepada seseorang yang lain.

Ini kerana sifat itu ada kalanya membawa kepada perasaan sakit hati dan dendam selagi seseorang individu itu masih tidak memperoleh seperti yang dimiliki oleh orang lain.

Pintu keenam ialah melalui sifat suka memandang remeh kepada orang lain, sama ada orang tua atau muda. Pengaruh persekitaran dan budaya liar yang banyak mementingkan diri sendiri mutakhir ini sesekali membuatkan seseorang itu rasa kepandaiannya boleh mengatasi apa jua permasalahan yang dihadapi tanpa sedikit pun mengharapkan bantuan orang lain.

Pada saat itu akan lahir sifat ego dan megah diri dan ia pasti akan mudah memandang rendah kebolehan orang lain. Mereka lupa hakikat tidak ada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya.

Pintu ketujuh ialah menerusi sifat ujub atau bangga diri. Orang yang mudah membangga diri sendiri sebenarnya dialah orang yang tidak mempunyai apa-apa. Ini kerana keegoan dan kebanggaan terhadap diri sendiri itulah yang akan merendahkan dirinya pada mata orang lain. Dia akan dicemuh masyarakat dan lebih malang, dimurkai Allah.

Allah berfirman, bermaksud: "Jangan engkau turut orang yang hatinya Kami lalaikan (butakan) daripada peringatan kami sedang dia mengikut kemahuan hawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut." (Al-Kahfi: 28)

Pintu kelapan ialah melalui sifat suka bersenang lenang. Manusia yang lebih gemar bersenang-lenang biasanya mudah alpa dengan kesenangan dan kemewahan yang dikurniakan, seolah-olah apa yang diperolehnya adalah kuasa tertinggi yang boleh menentukan perjalanan hidupnya. Mereka seolah-olah terlupa kepada tanggungjawab terhadap Pencipta dan Rasul-Nya, diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Pintu kesembilan yang menjadi laluan syaitan ialah sifat suka berangan-angan. Islam amat anti-sifat malas. Seseorang yang malas berusaha untuk memperoleh rezeki Allah, sama ada untuk dirinya atau keluarganya tidak akan memperoleh apa-apa kerana lebih suka berharap dan berangan-angan untuk memperolehnya.

Pintu terakhir yang menjadi laluan syaitan ialah melalui sifat suka berburuk sangka. Meletakkan anggapan buruk terhadap seseorang amat dikeji agama. Seseorang yang sengaja menuduh orang lain melakukan sesuatu perbuatan tidak baik melalui telahan dan anggapan atau sangkaan tanpa bukti dan kebenaran akan dilaknati Allah.

Sumber : Berita Harian, September 2003

Wallahu ‘alam …..

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------

Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (Al-Ahzaab : 11)

Secebis kisah dari Perang Badar

Adalah Hubab bin Munzir, seorang tentera berpengalaman berkata kepada Nabi Muhammad saw, “Apakah tuan berhenti di sini menurut perintah Allah atau kerana memandang tempat ini sesuatu untuk bertempur?” Nabi berkata, “Tidak ada pemerintah khusus yang diwahyukan sehubungan dengan hal ini. Apabila kamu mempunyai pandangan tentang tempat yang lebih tepat, boleh sebutkan agar saya boleh mengubah tempat apabila memang diperlukan”. Hubab berkata, “adalah bijak apabila menduduki tempat di tepi air yang paling dekat kepada musuh. Kita perlu membuat tempat oerkhemahan di sana sehingga air dapat diperolehi dengan mudah untuk kita mahupun haiwan”.

Sehebat-hebat hamba Allah Rasulullah SAW sedia menerima pandangan daripada seorang yang dipimpin. Sediakan kita menerima buah fikiran dari sub-ordinate kita?

Bukan permasalahan sedia atau tidak. Ianya lebih kepada etika individu bekerja, bersedialah menerima buah fikiran daripada sesiapa sahaja meskipun orang yang melontarkan idea itu adalah sub-ordinate kita.

Lebih-lebih lagi jika sub-ordinate kita adalah orang yang berpengalaman, mendengar buah fikiran tidak salah, jangan lekas berkata tak boleh, jika ada kebenarannya kita ambil dan kita guna pakai. Jika apa yang dilontarkan oleh sub-ordinate seperti tidak betul kita perbetulkan dengan penuh berhemah, bukan dengan nada egoistic atau nada kita saja yang betul.

Percayalah penerimaan dan penolakan idea sub-ordinate dengan berhemah akan mewujudkan satu hubungan yang lebih baik di antara dua individu. Yang diarah akan lebih menghormati arahan bos, dan bos akan lebih senang berurusan dengan orang yang mudah untuk menerima arahan.

Betapa indahnya tauladan yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita jadikan panduan. Setiap gerak-gerinya pasti ada hikmahnya, hanya kita kadang-kala tertinggal untuk menghayati Sirah Nububuwah.

Pengajaran ini sepatutnya diguna pakai oleh semua individu. Cuma di sini saya ingin tekankan kepada Jurutera-jurutera muda diluar sana, termasuk diri saya sendiri agar sentiasa berusaha belajar dari sub-ordinate dan juga contractor-contractor kita. Mungkin kita ada degree yang bagus, tapi pengalaman kerja mereka sebenarnya amat berguna untuk kita. Kita mungkin ada theoretical knowledge tapi kekurangan industrial knowledge yang masih ada ruang untuk ditambah dari semasa ke semasa, tapi jika kita sanggup kerap turun padang dan bertanya insyaAllah dengan ramuan theoretical knowledge dan industrial knowledge kita akan jadi engineer yang lebih baik.

Wallahu ‘alam.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.(Al-Jinn : 6)

Friday, September 16, 2005

Belajar berkata 'cukup'

Alhamdulillah ......
Dapat email dari seorang kenalan lama, agak menarik artikel yang dikongsikan oleh beliau ni. Terima kasih kerana sudi mengemail. Bacalah dan sama-sama kita ambil iktibar, insyaAllah artikel ini mudah untuk difahami dan menarik untuk kita reka satu situasi yang kita sendiri pernah alami.

------------------------------

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh.

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang -alik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya. Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta). Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata.

Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita? Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit alam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya usah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya etika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yangterbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki. Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah.Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah. Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.

Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dahcukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga! Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang,bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya angan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja. Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.

Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernahkita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.

Wallahu'alam...

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.(Al-Muzzammil:9)

Tuesday, September 13, 2005

Idea-idea Islam Liberal dan Implikasinya ke atas Umat Islam.

Alhamdulillah, dengan menyertai beberapa mailing list kadang-kala kita mendapat satu artikel atau kertas kerja yang menarik untuk kita baca dan kita hayati dan fikir-fikirkan.

Hari ini terasa ingin berkongsi kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Dr. Muhammad Nur Manuty. Cuma isinya sedikit berat dan memerlukan penelitian ketika proses mencernanya.

Adalah penting sebenarnya untuk kita mengetahui bentuk-bentuk ghuzuwwu al-fikri dalam kita membendung dan membina satu tembok dalam diri kita agar tidak terjebak ke lembah kehinaan tanpa kita sedari.

Serangan yang datang dari setiap penjuru, yang sentiasa berusaha menerobos liang-liang iman kita sentiasa perlu disekat dengan persiapan diri, persiapan dari segi fizikal dan lebih-lebih lagi mental. Kita khuatir kita terpedaya dan terpengaruh dengan kata-kata manis yang ditabur oleh mereka yang bergelar sarjana, lebih-lebih lagi bila mana ia mendakwa mereka adalah penganut agama Islam.

Moga pembaca blogku dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis kertas kerja ini. Bacalah perlahan-lahan jika kadar kepeningan meningkat. Ulangi bacaan dengan berfikir, bukan sekadar membaca sambil lalu kerana ku kira kertas kerja ini memerlukan kita berfikir untuk memahaminya.

Islam itu Indah, ianya sentiasa Indah, keindahan Islam biasanya sentiasa dibayangi oleh mereka-mereka yang tidak senang dengan Islam. Mereka tahu untuk mencabut terus Islam dari individu bukan mudah. Ideologi-ideologi baru tumbuh bak cendawan dalam menawan akal-akal kaum muslim.

Jika dulu ianya dilahirkan oleh golongan-golongan yang memusuhi Islam dengan nyata yakni orang-orang kafir dan barat melalui ideology secular, komunisme, Marxisme, Nasionalisme dan sebagainya kini penyelewengan cuba pula dilaksanakan oleh mereka yang menggelar diri mereka Muslim. Kadang-kadang kita takut diri kita atau saudara-mara kita terjebak dengan perkara ini walaupun kita tidak mahu ianya berlaku.

Satu caranya bagi mengelakkan perkara ini berlaku adalah dengan cara mengenal mereka bukan dalam erti kata ingin bertaklid kepada mereka tapi lebih kepada senjata atau persediaan untuk mempertahankan diri dari aqidah digoyangkan oleh mereka.

Kertas ini dibentangkan di Wacana Bulanan Yayasan Pembangunan Ummah(YPU) yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Keilmuan dan Kepimpinan Kelantan (Y3K) pada 02 September 2005, bertempat di Hotel Shah Village Petaling Jaya.


Mukaddimah

Idea-idea Islam liberal sebenarnya bukanlah merupakan satu gagagsan baru yang kini sedang berkembang luas dalam beberapa buah negara Islam. Faktor orientalisme dan aliran modernisme pada abad ke-19 dan 20 mempunyai pertalian yang rapat dengan aliran Islam liberal masa kini.

Dalam kertas ringkas ini, kita akan meneliti idea-idea pokok Islam liberal dan sekaligus melihat latar belakang para ideologinya. Selanjutnya beberapa respon kritikan dari kalangan cendekiawan Muslim semasa akan dikemukakan. Akhir sekali wacana Islam liberal pada malam ini akan membahaskan implikasi-implikasi yang sedang dirasai oleh umat Islam akibat jangkitan virus pemikiran Islam liberal secara umum di dunia saat ini dan khususnya di rantau Asia Tenggara.

Idea-Idea Pokok Islam Liberal Dan Beberapa Ideolognya:

Kritikan Terhadap Teks al-Qur'an:

Antara tokoh kontroversi pemikiran Islam liberal saat ini ialah Nasr Hamid Abu Zaid (NHAZ). Anak kelahiran Mesir yang kini sedang bertugas di Institut Pengajian Asia, Universiti Leiden, Belanda, telah dihukum murtad oleh Jawatankuasa Fatwa, Universiti al-Azhar, Mesir beberapa tahun lalu kerana kritikannya kepada al-Qur'an dan lain-lain aspek terpenting dalam agama Islam.

Dia telah menulis beberapa buah karya mengenai teks al-Qur'an seperti Mafhum al-Nas - Dirasah fi 'Ulum al-Qur'an (Kefahaman Mengenai Teks - Satu Kajian Mengenai al-Qur'an) dan Naqd al-Khitab al-Dini (Wacana Nalar Agama).

Dalam kajiannnya terhadap al-Qur'an, NHAZ banyak menggunakan kaedah hermeneutic. Sebagai seorang harmeneut, maka tahap terpenting dalam melakukan kajian terhadap makna teks, adalah melakukan analisis terhadap corak teks itu sendiri. Hanya dengan penggunaan kaedah yang sedemikian, maka maklumat-maklumat tentang pengarang teks itu dapat diketahui.

NHAZ yang jelas terpengaruh dengan teori hermenuetik Frederich Schliemarcher (1768-1834) telah mengaplikasikan teori tersebut dengan melontarkan satu teori bahawa al-Qur'an yang telah diturunkan melalui malaikat Jibril AS kepada seorang Muhammad SAW yang manusiawi.

Bahawa, Muhammad, sebagai penerima pertama, sekaligus penyampai teks adalah sebahagian dari realiti masyarakat. Membahas Muhammad SAW sebagai penerima teks pertama, bererti membicarakan seorang manusia yang dalam dirinya terdapat harapan-harapan masyarakat yang terkait dengannya (Adian Husaini dan Henri Salahudin, 2004, ms. 34).

Tentang konsep wahyu dan Muhammad versi NHAZ dan yang sejenis dengannya, mereka memandang al-Qur'an hanya pada tingkat perkataan - bukanlah wahyu yang turun dari langit dalam bentuk kata-kata yang benar - sebagaimana pernyataan klasik yang masih dipegang pelbagai kalangan - tetap merupakan spirit wahyu yang disaring melalui Muhammad dan sekaligus diekspresikan dalam batas intelek dan kemampuan linguistiknya.

Jadi, takrif NHAZ yang sedemikian itu telah meletakkan Junjungan Muhammad SAW semacam seorang “PENGARANG“ al-Qur'an. Kata mereka lagi bahawa Muhammad sebagai seorang yang ummi, bukanlah penerima pasif wahyu, tetapi juga mengolah redaksi al-Qur'an, sesuai dengan keadaannya sebagai manusia biasa.

Pandangan tadi adalah lanjutan dari pemikiran klasik orientalis-orientalis Barat generasi awal yang telah mendakwa dan seterusnya mendakyahkan idea bahawa Islam itu adalah "agama bikinan Muhammad" dan hukum Islam disebut sebagai "Muhammadan Law", sementara umat Islam digelar sebagai "Mohammadan".

Para penganut konsep al-Qur'an versi NHAZ enggan menyatakan "Allah berfirman dalam al-Qur'an" sebab mereka mendakwa bahawa al-Qur'an adalah kata-kata Muhammad atau al-Qur'an adalah karya bersama antara Tuhan dan Junjungan Muhammad SAW. NHAZ juga berhujah bahawa teks dalam apa bentukpun, adalah pada hakikatnya produk budaya.

Selanjutnya, NHAZ mengkritik keras metod tafsir para mufassir ternama Ahlus Sunnah wa 'l-Jama`ah. Selepas ini disebut dengan singkatan perkataan ASWJ. Katanya tanggapan yang menyebut bahawa otoriti tafsir adalah milik mutlak mufassirin terdahulu adalah salah.

NHAZ mendakwa bahawa kesilapan mereka ialah kerana adanya kekeliruan yang mendasar di kalangan ASWJ dahulu dan sekarang yang suka mengaitkan "makna teks" dan dalalahnya dengan makna kenabian, risalah dan turunnya wahyu. Kaum ASWJ menyusun sumber-sumber utama penafsiran al-Qur'an pada empat hal: Rasulallah, para sahabat, tabi`in, dan terakhir iaitu tafsir bahasa.

Selain daripada NHAZ, seorang lagi pemikir kontroversi liberal Muslim ialah Muhammad Arkoun, professor pemikiran Islam di University Sorbone, Perancis.

Kajian Arkoun mengenai al-Qur'an adalah dengan menggunakan pendekatan "sejarah" atau "historical method". Antara karya-karya yang sangat disanjung di dunia Barat serta dalam beberapa buah negara Islam saat ini ialah The Unthought in Contemporary Thought (2002) dan Min al-Ijtihad Ila Naqd al-`Aql al-Islami (1992).

Arkoun yakin bahawa kajian kritis sejarah tentang al-Qur'an adalah satu bentuk ijtihad. Menurut Arkoun lagi bahawa pendekatan terhadap fenomena wahyu dari perspektf umum. Dia memasukkan berbagai fenomena kitab suci dari komunitaiagama lain, seperti kitab agama Hindu, Buddha, dan lebih penting lagi kitab Injil Perjanjian lama dan Perjanjian Baru.

Dari perspektif antropologi, Arkoun meletakkan sifat nabi sesuai dengan fenomena yang disebut sebagai "production of great men" (intaj rijal al-`izam) dalam sejarah. Menurutnya lagi seorang nabi itu adalah seorang pemimpin yang bijaksana, yang dianugerahkan semangat raksaksa dan imaginasi hebat.

Arkoun memperdebatkan segala bentuk "kesucian", yang menganggap Tuhan secara aktif terlibat setiap saat dalam sejarah, dalam period heroik dan karismatik para nabi.

Mengenai wahyu, Arkoun membaginya dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah apa yang biasanya al-Qur'an menyebutnya sebagai Ummul Kitab (induk Kitab) dan pada peringkat kedua apa yang disebut sebagai berbagai kitab termasuk Bible, Gospel dan al-Qur'an. Ummul Kitab adalah Kitab Langit, wahyu yang sempurna, dari mana Bible, Gospel dan al-Qur'an berasal.

Arkoun yakin bahawa pada peringkat pertama wahyu adalah bersifat abadi, tidak terikat dengan waktu, serta mengandung kebenaran tertinggi. Justeru wahyu jenis ini adalah kebenaran absolute di luar jangkauan manusia yang tersimpan di Lauh Mahfuz.

Bagaimanpun, Arkoun turut berpandangan bahawa wahyu hanya dapat difahami oleh manusia pada tahap kedua. Inilah jenis wahyu yang diistilahkan oleh Arkoun sebagai "edisi dunia" yang telah mengalami modifikasi.

Kata Arkoun; "Kitab Langit hanya boleh diikuti oleh para pemeluknya melalui versi tertulis dari kitab-kitab suci yang ada sekarang. Aspek kedua dari Kitab Induk/Langit ini kemudian harus tunduk dengan pelbagai rintangan dalam kenyataan sejarah yang arbitrer." (Arkoun, Rethinking Islam Today, ms. 241).

Dengan membandingkan bentuk lisan dan tulisan dalam al-Qur'an, Arkoun menyatakan dengan tegas bahawa al-Qur'an lebih suci, lebih autentik dan lebih dapat dipercayai ketika masih dalam bentuk "wacana" jika dibanding dalam bentuk tertulis.

Alasannya menurut Arkoun kerana al-Qur'an terbuka untuk semua erti ketika dalam bentuk lisan, dan dalam bentuk tulisan tidak lagi begitu. Sebaliknya dia mendakwa bahawa penggunaan alat-alat tulis seperti pena dan kertas telah mengurangi status al-Qur'an yang bersifat ketuhanan sebagai sebuah buku dunia.

Ulil Absar selaku pengasas Jaringan Islam Liberal (JIL) menyimpulkan pemikiran mengenai teks al-Qur'an dengan menimbulkan masalah pemikiran pokok dalam pemahaman Islam sekarang ini adalah adanya pandangan yang dominan tentang teks sebagai sesuatu yang "supreme", sehingga pemahaman atas teks itu kerapkali mengabaikan kenyataan dan pengalaman manusia yang konkrit.

Akibatnya adalah pengasingan manusia dari pengalamannya sendiri, kerana mengagungkan teks yang berlebihan. Ulil Absar mahukan wahyu dan pengalaman manusia (termasuknya di dalamnya adalah akal) adalah sama kedudukan dan status "epesitemologis" nya dalam tindakan penafsiran (Ulul Absar, ms.427-428).

Idea Teologi Pluralis:

Selain dari bidang kajian kritis mengenai al-Qur'an, satu lagi aspek pemikiran Islam liberal yang sedang merebak saat ini ialah peri pentingnya masyarakat beragama Islam menerima adanya "teologi pluralis".

Adalah jelas bahawa idea teologi pluralisme agama telah bermula dengan penerbitan karya-karya kontroversi Nurkholis Madjid (Cak Nur) yang baru saja berpulang ke alam baqa Isnin lalu. Sebagai seorang lokomotif yang nyaris dikultuskan di Indonesia dan handal dalam menyajikan bahan-bahan klasik secara terpilih, Cak Nur amat kuat menganjurkan supaya toleransi antara agama-agama dunia dapat dilaksanakan semaksimum mungkin.

Dalam buku Pluralitas Agama: Kerukunan Dalam Keagaman, Cak Nur menjelaskan maksud teologi inklusif lawan eksklusif. Katanya; "Umat Islam pun diperintahkan untuk sentiasa menegaskan bahawa kita semua, para penganut kitab suci yang berbeza-beza itu, sama-sama menyembah Tuhan yang Maha Esa, dan sama-sama pasrah (muslimun) kepadaNya."

Jadi, menurut Cak Nur bahawa "kebenaran dan keselamatan" suatu agama bukan monopoli sesuatu agama. Justeru, dari perspektif teologi inkulisf bahawa dakwaan hanya agamanya sahaja yang benar dan menjadi jalan keselamatan adalah salah dari segi teologi!

Alwi Shihab yang kini adalah Menteri Kesejahteraan Sosial Indonesia adalah seorang lagi pendiri mazhab pluralisme agama. Dalam bukunya Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama, beliau mendakwa bahawa ayat al-Qur'an yang acap kali digunakan untuk membuktikan eksklusifnya agama Islam iaitu dalam Surah al-Baqarah: 62 dan al-Mai'dah: 69.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, Nasrani dan Shabiin, barang siapa yang beriman di antara mereka itu kepada Allah dan hari yang kemudian, serta beramal soleh, maka untuk mereka itu pahala disisi TuhanNya; dan tiada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita. (Al-Baqarah:62)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi dan Shabiin, dan orang-orang Nasrani, barangsiapa yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari yang kemudian , serta mengerjakan amalan yang baik-baik, nescaya tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tiada mereka berdukacita (Al-Maidah:69)

Ketika menghuraikan ayat-ayat tersebut, Alwi berpandangan bahawa hal itu tidak diperuntukkan bagi Muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya kepada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia.

Hujah yang dipakai oleh Alwi di sini ialah rujukannnya kepada perkataan "menyerah diri" dalam agama Islam dan lain-lain agama adalah manefastasi keimanan seseorang individu itu terhadap Tuhannya.

Alwi juga begitu yakin bahawa ayat-ayat al-Qur'an dalam Surah al-Baqarah: 62 dan al-Ma'idah: 69 adalah bersifat inklusif untuk semua agama. Justeru, beliau menterjemahkan ayat tersebut seperti berikut; "Sesungguhnya mereka telah beriman, iaitu, Yahudi, Kristen dan kaum sabi'in. Mereka yang percaya pada Tuhan dan Hari Akhir dan berbuat kebaikan akan menerima pahala dari Tuhan mereka. Mereka tidak akan merugi dan berdukacita."

Pokoknya, Alwi percaya bahawa dengan hanya terdapat pengakuan eksistensi orang-orang yang berbuat baik dalam setiap "masyarakat beragama" maka layaklah mereka menerima pahala dari Tuhan. Idea teologi pluralisme didokong kuat oleh lain-lain sarjana seperti Abdul Rahman Wahid, Djohan Effendi, Budhy Munawar Rachman, Masdar F. Mas’udi, Arief Budiman dan lain-lain. Pokoknya mereka percaya bahawa Islam yang dikehendaki dalam zaman yang berubah ini ialah Islam yang bercitra kemanusiaan dan kedamaian bukan Islam yang "theocentric exclusive".

Penolakan Terhadap Syari'at Islam

Golongan liberal Islam menolak pelaksanaan Shari'at Islam. Abdullah al-Naim, seorang penulis yang berasal dari Sudan telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul Toward an Islamic Reformation (1989) yang intinya merombak pemahaman orang Islam terhadap shari`at.

Abdullah mempopularkan bahawa syari'ah adalah "human" bukannya "divine". Seperkara yang wajar mendapat perhatian, pemikiran shari`ah Abdullah al-Nai'mi adalah lanjutan dari pemikiran Islam Mahmud Muhammad Taha yang telah mati dihukum bunuh dalam era kepimpinan Presiden Ja`afar Numairi kerana mendakwa bahawa shari`at Nabi Muhammad masih belum berakhir, dan dia adalah penyempurnanya.

Justeru, Abdullah menyuarakan pendapatnya bahawa syari`at Islam khususnya Islamic Public Law mesti dirobah kerana teks agama tidak perlu diikuti secara literal (harfiyyah). Abdullah Ahmad al-Na`imi melengkpakan hujahnya dengan berkata;

"I have shown that shari'ah was in fact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from the fundamental divine sources of Islam, the Qur'an and Sunnah. Shari'ah is not divine because it is the product of human interpretation of those sources..." (ms. 1850).

Sehubungan dengan penolakan shari`ah, para pendiri Islam liberal menolak dengan tegas konsep "Negara Islam". Selain daripada Cak Nur, Dr. M. Amien Rais, mantan Ketua Muhammadiyyah Indonesia menolak gagasan adanya perintah Tuhan dalam al-Qur'an dan al-Sunnah untuk menegakkan negara Islam. Yang ada kata Amein Rais ialah peri pentingnya melaksanakan etos-etos Islam seperti menegakkan keadilan sosial.

Golongan Muslim liberal bersekongkol dengan perisik-perisik dan pembuat-pembuat dasar di negara-negara Barat bahawa Islam politik atau al-Islam al-Siyasi hendaklah ditentang habis-habisan.

Respons Terhadap Pemikiran Islam Liberal:

Adalah jelas bahawa pemikiran NHAZ dan yang bersamaan dengannya adalah bertentangan dengan pendapat jumhur para `ulama tentang al-Qur'an seperti yang terungkap dalam satu disiplin khusus yang dinamakan `Ulum al-Qur'an.

Pendapat yang diterima pakai secara jumhur ialah al-Qur'an itu dari segi lafaz dan makna adalah dari Allah (swt). Junjungan Muhammad SAW hanyalah sebagai penyampai sahaja. Baginda tidak mengapresiasi atau mengolah wahyu yang diterimanya.

Kedudukan Junjungan Muhammad SAW selaku penyampai wahyu adalah pasif. Baginda tidak menambah atau mengurangi apa yang telah diwahyukan kepadanya menerusi malaikat Jibril AS. Baginda terpelihara dari segala kesalahan, kerana beliau itu adalah ma`sum.

Al-Qur'an memperakukan hakikat tersebut dengan firmanNya; "Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quraan) menurut kemauan hawa nafsunya." (Al-Najm: 3). Bahkan al-Qur'an memberi ancaman kepada Nabi Muhammad (saas); "Seandainya dia (Muhammad) sebahagian dari perkataan atas (nama) Kami, niscaya kami pegang dia pada tangan kanannya, kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya." (al-Haqqah: 44-46).

Memang benar bahawa teks al-Qur'an dalam bahasa Arab dan beberapa di antaranya berbicara tentang budaya ketika itu. Tetapi al-Qur'an tidak tunduk kepada budaya. Al-Qur'an justeru merombak budaya Arab dan membangun suatu polar pemikiran dan peradaban baru.

Istilah-istilah dalam al-Qur'an walaupun dalam bahasa Arab, tetapi ia telah mengalami makna yang baru berlawanan dengan kefahaman masyarakat jahiliah Arab dahulu.

Ketika konsep teks al-Qur'an dibongkar, dan dilepaskan dari statusnya sebagai "Kalamullah", maka al-Qur'an itu akan diperlakukan sebagai teks bahasa dan sastera serta produk budaya. Ini bermakna bahawa teks al-Qur'an hanya dapat difahami sebagai metod sejarah (historisitis), tanpa memperhatikan bagaimana Junjungan Muhammad SAW dan para sahabat utama memahami ayat-ayat yang ditanzilkan dalam kehidupan mereka.

Banyak yang menyangka bahawa kajian teks al-Qur'an versi NHAZ adalah berangkat daripada tradisi Islam, pada hal kajian yang telah dilakukan oleh NHAZ adalah menyamai metodologi kajian di Barat yang berakar kepada kajian teks Bible yang bermasalah.

Pada hakikatnya NHAZ telah berusaha untuk menghidupkan semula kritikan orientalis Barat seperti Alphonse Minga, Arthur Jeffery, Burton, Joseph Puin dan ramai lagi, terhadap kesucian al-Qur'an.

Lihat sahaja ungkapan Mingana - seorang Profesor Arab Kristian yang berasal dari Iraq di Universiti Birmingham dalam tahun 1927. Katanya; "The time has surely come to subjet the text of the Kur'an to the same criticism as that to which we subject to Hebrew and Aramaic of the jewish Bible and the Greek of Christian scriptures." (Adian Husaini dan Henri Salahudin, ms. 37-38). Nampak ketara kepada kita bahawa NHAZ ingin melupuskan kesucian al-Qur'an sehingga ianya boleh menjadi bahan kajian yang bersifat subjektif lagi.

Mengenai Arkoun, kita dapat membuat kesimpulan bahawa dia amat terpengaruh dengan kaedah historitis Marx. Beliau nampaknya tidak mahu mengakui metodologi untuk kepentingan al-Qur'an, tetapi menggunakan kajian al-Qur'an untuk mengesahkah keyakinan metodologi Barat yang diyakininya.

Al-Qur'an secara jelas merupakan sebuah Kitab untuk didengar, dan tentu untuk dibaca serta dilaksanakankan. Walaupun Arkoun menerima kesucian al-Qur'an dalam bentuk lisan, tetapi dia enggan menerima tuntutan untuk mendengar apa yang merupakan implikasi daripada penerimaan tersebut.

Sebaliknya, Arkoun bertanya kenapa al-Qur'an bagaimana Ia menerapkan sebuah erti yang tidak pasti. Kerana begitu kuat dipengaruhi oleh pemikiran dan metodologi Barat termasuk idea "deconstructicism" Focoult, Darida dan Gama, amat banyak berlaku kesamaran, kekeliruan dan kebodohan dalam analisisnya.

Paparan Arkoun tentang al-Qur'an menjadikannya satu kajian matametik. Memang benar dakwaan Arkoun bahawa kajian kaedah al-Qur'an yang digunakan olehnya yang disebut sebagai "the close official corpus" (korpus rasmi tertutup) pada hakikatnya sama dengan penggali lubang kubur untuk dirinya sendiri.

Jika konsep al-Qur'an sebagai "Kalamullah" cuba diruntuhkannya, maka giliran berikutnya adalah Hadis Nabawi yang dalam beberapa dekad lalu telahpun dipolemikkan oleh sebahagian penulis Muslim seperti Kasim Ahmad. Mohamad Arkoun, umpamanya, menyatakan pandangan kontroversinya bahawa Hadis itu tidaklah suci kedudukannya kecuali setelah Imam al-Shafi`iy melakukan penyaringan terhadapnya.

Ungkapan Cak Nur sewajarnya dibantah. Apakah benar penganut Islam, Kristian, Hindu, Budha, Konfusius dan sebagainya sama-sama menyembah Tuhan Yang Maha Esa dan sama-sama pasrah kepadaNya? Bukankah antara Islam dan Kristian serta Yahudi terdapat perbedaan akidah yang sangat jelas?

Hal ini dapat dilihat dalam Surah al-Ma'idah:
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: `Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam`, padahal Al Masih (sendiri) berkata: `Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu`. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun. Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: `Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga`, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya ?. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Al-Maidah:72-75)

Adalah jelas bahawa penganut Kristian telah melakukan amalan syirik - apalagi para penganut Hindu, Budha dan lain-lain. Dalam subjudul sebuah makalah Cak Nur yang berjudul "Satu Tuhan, Beda Jalan", dia menghurai dengan panjang lebar bahawa Islam juga mengakui kesahan agama-gama lain dan kitab sucinya. Jadi, jika diteliti ayat-ayat seperti “Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (Al Qur`an) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari bawah kaki mereka. Diantara mereka ada golongan yang pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka.“ (Al-Ma'idah:66) adalah jelas menolak dengan tegas konsep "inklusif" semua agama dunia.

Cak Nur nampaknya cuba mengelak daripada mengutip ayat-ayat al-Qur'an yang mengecam atau mengutuk sikap kaum Yahudi dan Nasrani seperti yang terdapat dalam Surah al-Ma'idah ayat 72-75.

Selain itu, pemikiran Cak Nur yang kononnya mendakwa bahawa dia banyak bergantung dengan hujah Ibn Taimiyyah ketika menjustifikasikan teologi inklusif, pada hakikatnya adalah berlawanan dengan apa yang telah ditulis oleh Ibn Taymiyyah secara komprehensif.

Dalam bab yang berjudul "Kaum Yang DiMurkai Allah Adalah Yahudi, Yang Tersesat Adalah Nasrani", dalam kitab ini Ibn Taymiyyah menghuraikan dengan panjang lebar larangan ALlah swt untuk menyerupai orang-orang kafir, khususnya Yahudi dan Nasrani, termasuk menghadiri perayaan-perayaan besar mereka. Ibn Taymiyyah telah mengutip sebuah Hadis yang menyatakan; "Sesungguhnya orang-orang Yahudi adalah yang dimurkai, sedangkan kaum Nasrani adalah yang tersesat." (HR Tarmizi).

Jelas sekali tindakan Cak Nur mengutip-mengutip pandangan Ibn Taymiyyah untuk meletakkannya dalam bingkai "teologi inklusif dan pluralis" merupakan tindakan yang tidak bermoral. Benar sekali seperti ungkapan Adian Husaini dan Nuim Hidayat, antara tokoh muda intelektual Muslim Indonesia yang telah berjaya menggugah pemikiran Cak Nur secara khusus dengan kata-kata berikut; "Selama puluhan tahun Nurkholis berhasil membonceng nama besar Ibn Taymiyyah untuk memuluskan misinya, Gerakan Pembaharuan Islam Liberal. Sayang sekali, kaum Muslimin kurang mencermati hal yang sangat serius bagi akidah Islam ini." (Adian Husaini dan Nuim Hidayat, 2002, ms. 79).

Implikasi-Implikasi Pemikiran Islam Liberal Ke Atas Umat Islam

1. Aliran pemikiran Islam liberal adalah bertentangan dengan prinsip a'qidah Islam. Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufr, syirik dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan ASWJ.

2. Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Indonesia sehingga Majlis Ulama Islam (MUI) di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa pemikiran Islam liberal itu adalah HARAM pada 25 Julai yang lalu.

3. Kehadiran Muslim liberalis yang kini menjadi "celebrities" di dunia telah memberi peluang dan ruang untuk musuh-mush Islam seperi Zionis, Evangelis Kristian, sekularis liberal Barat, pengembang-pengembang agama Hindu, Buddha, Bahai, Sikh dan lain-lain menyusup masuk secara lansung dan tidak langsung bagi merealisasikan cita-cita jahat mereka untuk melemahkan status agama Islam dan masyarakatnya supaya terus terpinggir dari arus perdana masyarakat.

4. Golongan Muslim liberalis kini mendapat dokongan moral dan material dari pelbagai individiu terutamanya dari Dunia Barat. Ini dapat dilihat dari persidangan, seminar, bengkel yang dianjurkan di dunia Islam. Di Malaysia, pada tahun 2003 telah diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai Islam dan cabaran modeniti yang dinamakan KALIF. Dalam seminar tersebut telah dihadirkan ramai tokoh-tokoh liberal Muslim dengan tujuan untuk mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya bersikap kritis terhadap warisan Islam (al-turath al-Islami).

5. Atas nama "moderat Islam/Muslim", kehadiran Muslim liberal telah menyebabkan doktrin Islam yang syumul dalam world viewnya sebagai "ad-din" sedang diturunkan statusnya untuk menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata. Konsep "moderat" tidak lagi diukur dengan skala al-Qur'an dan al-Sunnah yang hakiki seperti kaitannya dengan keadilan (ummatan wasatan). Pada masa ini beberapa konsep dan institusi asas Islam serta pemeluknya seperti jihad, hudud, da'wah, madrasah dan sebagainya sedang dicairkan dengan Islam dalam bijana Barat seperti Islam Amerikana. Justeru, terlalu banyak "think-tank" Barat yang mengakui tentang Islam seperti projek Rand Corporation, SIM di Leiden, Belanda, Institut Brooke, Washigton, D.C. dan yang lain-lain.

6. Dari segi syari'at, pemikiran Islam liberal menganjurkan supaya "otoriti agama" tidak lagi berada di tangan para 'ulama sebaliknya atas nama "egalitarian" (kesaksamaan) siapa sahaja boleh mentafsirkan agama! Hukum-hukum Islam seperti poligami mahu dihapuskan kononnya ia adalah berlawanan dengan realiti zaman moden.

7. Aliran untuk melonggarkan status hukum-hukum Islam supaya ianya lebih terbuka bagi menyesuaikan dengan peredaran zaman dengan menggunakan justifikasi DARURAH dan mengaplikasikan IJTIHAD secara sewenang-wenangnya.

8. Mutakhir ini masyarakat bukan Muslim di Malaysia dan di lain-lain tempat semakin berani melontarkan fikiran mereka mengenai agama Islam termasuklah mempersoalkan kewibaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan otoriti 'ulama. Gagagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam dan umat di Malaysia ketika umat Islam kuat mengukuhkan diri mereka dengan identiti Islam bagi menghadapi cabaran dalaman dan luaran yang semakin menyemarak.

9. Di Malaysia, beberapa NGO, antaranya, Sisters in Islam, adalah antara pendukung Islam liberal yang kuat mempromosikan isu kesetaraan kaum jenis lelaki dan perempuan. Ia mendapat dokongan moral dari beberap figure politik nasional serta begitu akrab jaringannya dengan beberapa agensi di dunia Barat.

Kesimpulan:

Gerakan pemikiran Islam adalah satu usaha yang terancang secara langsung atau tidak langsung. Pemikiran Kurzman dalam karyanya Liberal Islam mempunyai jaringan yang luas dengan kegiatan pemikiran Islam liberal di dunia pada masa ini. Kaum intelektual Muslim di mana sahaja berasa tidak wajar menyepi diri dengan menanggapi pemikiran Islam liberal sebagai satu gerakan yang tidak merbahaya dari segi akidah.

Strategi yang sedang digunakan oleh liberalis Muslim ialah menidakkan adanya "otoriti agama". Ulama diserang habis-habisan dengan pelbagi cemuhan, sinisime dan maki hamun. Sesungguhnya serangan pemikiran ke atas umat Islam atau apa yang disebut "al-ghuzuwwu al-fikri" masih belum berakhir. Sebaliknya ia menjadi semakin menyemarak dengan berlindung di bawah panji-panji progresif, kesederhanaan, modeniti, keamanan dan kedamaian, kemanusiaan dan hak asasi manusia. Wallahu 'alam bi 'l-sawab.

Sumber : Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengarah CESMACS, Jumaat 2 September 2005.

Wallahu ‘alam …..

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
Katakanlah: `Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui`. Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.(Al-‘Imran:29)

Sunday, September 11, 2005

Tepuk Dada, Tanya Iman ....

Di dunia moden yang penuh dengan pancaroba ini mencul satu suasana di mana kehidpan Muslim diserang hebat dari segenap penjuru sehingga Islam ditafsir sebagai suatu yang tidak harus wujud. Apatah lagi manusia hidup berlandaskan hak asasi sendiri mengikut akal fikiran.

Peradaban hidup terkini diteraskan pada hak kebebasan manusia membolehkan mereka membuat sesuatu berpandukan kehendak naluri masing-masing. Senarang sekatan atau perbuatan yang menggugat kebebasan ini akan dilihat atau boleh dianggap sebagai satu cubaan yang menyekat kebebasan yang telah diisytiharkan atau bertujuan merampas hak asasi. Anggapan ini dibuat walaupon tindakan atau perbuatan itu jelas tidak selaras dengan norma-norma sosio-budaya murni turun-temurun bangsa mahupun pegangan agamanya.

Peristiwa Zouk yang melibatkan pihak berkuasa agama dengan sebahagian anggota masyarakat secara langsung telah menimbulkan satu kekeliruan. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan memberi impak negative dikalangan umat Islam sendiri dan ciri kejayaan pula bagi mereka yang mahu melihat darjat dan maruah Islam terpalit.

Teras peristiwa yang berlaku itu berkait rapat dengan pegangan dan keimanan. Satu pihak mahu peristiwa itu ditangani mengikut hukum Islam yang ada, manakala satu pihak lain pula berteraskan pada hak asasi bebas melakukan sesuatu. Pada mereka pendekatan agama adalah hubungan peribadi antara manusia dengan Allah dan hal dosa pahala ‘bukan satu jenayah’ kerana ia tiada kena mengena dengan orang lain. Di sini kita dapat lihat bagaimana pengaruh sekulerisme berjaya menelusup di dalam individu masyrakat Malaysia atas nama hak asasi.

Dalam pada itu, semua pihak mesti faham dan sedar, setiap perilaku di dunia ini semestinya ada batas-batas yang perlu dipatuhi, sepeti kepentingan budaya bangsa dan kehidupan bermasyrakat. Manusia yang bebas dari itu mempunyai peraturan dan hukum-hukum yang mesti dipatuhi dan dihormati, Dengan lain perkataan, mengikut hukum dunia, manusia tidak mempunyai kebebasan mutlak.

Oleh itu, apabila seorang itu mengaku dirinya Muslim, maka hidupnya mestilah berpandu pada enam tuntutan Rukun Iman yang telah termaktub; Percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab yang diwahyukan, Nabi dan Rasul yang diutuskan, Hari Qiyamat dan Al-Qadar.

Jadi pada peristiwa yang berlaku itu, cuba renungi Rukun Iman yang menjadi pegangan Muslim atau paling tidaknya mereka yang mengaku dirinya seorang Islam. Apakah kita semua teguh berpegang dengan Rukun Iman itu?

Islam melarang umatnya minum arak.”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang panah, adalah semata-mara kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”(Al-Maidah : 90)

Islam juga menggariskan dress code untuk Muslimat yang berada di luar rumah. Lihat firmanullah Al-Ahzab:59.

Dua peraturan di atas terkandung di dalam kitab suci Al-Quran. Jadi renungilah apakah mereka yang terbabit itu bebas dan boleh melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan nilai diri masing-masing tanpa berpegang kepada apa yang telah diperintahkan? Adalah malang, iman dan pegangan Islamnya akan terjejas apabila dua perkara di atas itu tidak diiktiraf atau ia dipersoalkan. Seandainya terlanjur, insaflah dan bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengamoun lagi Pengasih.

Corak dan iklim duniawi mungkin boleh melepaskan diri seseorang daripada hukuman dunia, tetapi setiap Muslim yang beriman adalah tertakluk kepada Rukan Iman yang berkaitan Yaumul Qiyamah. Hukum Islam dalam hal ini amat jelas. Semoga yang tersilap itu kembali segera kepada Islam dengan penuh keinsafan dan taubat.

Sebagai seorang Islam , seharusnya kita mengetahui batas-batas yang ada dalam cara hidup sekarang. Mana-mana yang haram adalah tetap haram. Mana yang wajib kita patuhi. Itulah caranya mematuhi perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarangnya.

Peraturan yang diwahyukan oleh Allah melalui junjungan besar Muhammad SAW bukan bertujuan untuk menyulitkan umat manusia dan bukan membawa kemusnahan kepada manusia seperti dasar-dasar yang berlandaskan pemikiran manusia sahaja.

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau, melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam.”(Al-Anbiya’ : 107)”

Kecetekan ilmu mengenai Islam sendiri dan pelbagai serangan yang berterusan dalam bentuk material dan mental ke atas umat Islam sekarang menjadikan ramai umat Islam imannya terhakis sedikit demi sedikit. Nilai-nilai yang bertentangan dengan Islam mudah dijadikan ikutan, terutamanya dengan gaya hidup am. Desakan, tekanan dan kepentingan persekitaran melalui pergaulan seharian, serta pengaruh media massa selain daripada pimpinan ibubapa yang tidak berapa berkesan adalah faktor mengapa terdapat golongan umat Islam yang hanyut dalam arus kemodenan yang berpaksikan barat.

Perkara ini berlaku kerana pengiktirafan dan keyakinan terhadap Allah sebagai pencipta sekelian alam dan makhluk tidak begitu mantap. Kuasa Allah telah dialih kepada yang lain.

Dalam kejadian yang berlaku itu, mereka yang terlibat dan ditahan oleh pihak berkuasa nampaknya cemas dan takut, tapi bukan takut kepada Allah, tetapi akan perihal mereka akan diketahui umum, iaitu manusia. Jadi mereka telah meletakkan rasa takut itu bukan pada Allah, jika mereka takut akan Allah sudah pasti mereka tidak mengunjungi tempat-tempat sedemikian dan juga berpakaian sedemikian.

Daripada peristiwa ini, anggota masyrakat Islam daripada semua lapisan masyrakat perlu melihat dan memeriksa dalam diri sendiri agar kita dapatlah menepati perintah Allah demi menjamin kerukunan hidup seluruh umat menerusi ibadah, kerja-kerja dakwah dan ingat-mengingati antara satu sama lain.

Artikel ini diadaptasi daripada tulisan Hj Abu Bakar Ismail, Milenia Muslim April 2005.

Wallahu ‘alam …..

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
Narrated 'Abdullah bin 'Umar: Rasulullah SAW said, "Surely! Everyone of you is a guardian and is responsible for his charges: The Imam (ruler) of the people is a guardian and is responsible for his subjects; a man is the guardian of his family (household) and is responsible for his subjects; a woman is the guardian of her husband's home and of his children and is responsible for them; and the slave of a man is a guardian of his master's property and is responsible for it. Surely, everyone of you is a guardian and responsible for his charges." (Saheeh Bukhari)

Apakah tujuan para Sekularis meninggikan slogan Sekular?

Maksud golongan sekularis meninggikan slogan ini adalah;supaya undang-undang Negara, alat-alat media massa, system perundangan dan semua institusi Negara berjalan mengikut kaedah ilmuah, logic akal, undang-undang manusia dan teknik yang direka oleh manusia tanpa ada apa-apa peranan atau pengaruh agama serta tanpa ada campur tangan atau penggubalan undang-undang dari ahli-ahli perundangan Islam.

Pentafsiran terhadap secular ini memberi makna umat ini hendaklah berjalan dijalan tanpa agama, atau dala erti kata lian kerajaan hendaklah memisahkan antara agama dan Negara, membiarkan urusan pemerintahan kepada pemerintah dan urusan agama pada Allah.

Di sini timbul mengapa para sekular menamakan tanpa agama itu dengan sekular?

Mereka menamkan sekular kerana kekejian yang tertanam di dalam jiwa mereka dan tipu daya yang tersemat di hati mereka. Kekejian dan tipu daya ini jelas dalam meyakinkan umat Islam bahawa sistem pemerintahan dan perundangan negara hendaklah berasaskan kepada ciptaan akal dan rekaan manusia, berasaskan proses perubahan dan realiti serta kaedah usul ilmu dan percubaan.

Kadang-kadang mereka menggunakan cara lain dalam bentuk penipuan untuk meyakinkan umat dan menarik mereka seperti kata-kata ; Agama itu mempunyai kemuliaan dan kesucian di dalam diri orang-orang yang beragama, maka tidak boleh sama sekali dicampuradukkan di dalam pertarungan politik, permasalahan negara dan arus dasar-dasar pemerintahan bahkan agama itu hendaklah kekal tinggi ditempatnya yang tinggi dan kedudukan yang sesuai dengan kemuliaan dan ketinggian tanpa kita mendedahkannya kepada fitnah, atau kita mencampakkannya ke dalam lautan percaturan atau kita membenamkannya ke dalam kancah pemikiran serta dasar-dasar lain.

Kadang-kadang tipu daya mereka sampai ke tahap menggunakan uslub kata-kata seperti; Agama mempunyai peranan yang besar di dalam memperbaiki akhlak, menyucikan diri dan jiwa. Jika beginilah keadaannya, kita biarkan agama memainkan peranannya di dalam pengislahan dan pengasuhan dan kita biarkan undang-undang menjalankan peranannya di dalam penyusunan pemerintahan dan kehakiman, tanpa ada campur tangan salah satunya ke dalam pengkhususan yang lain dan tanpa salah satunya melampaui batasan sempadan yang lain.

Tidak ragu lagi bahawa tujuan menimbulkan idea dan keyakinan ini adalah untuk menolak tuduhan tidak beragama terhadap mereka ataupun sekurang-kurangnya adalah untuk berlemah-lembut dan memutarbelit supaya pemikiran kufur mereka tidak bertentangan dengan perasaan umat Islam.

Sumber : Generasi Muda Islam & Cabaran Globalisasi, Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Terjemahan Ust Hasnan Kasan, Terbitan YADIM.

Wallahu ‘alam …..

Jalan-Jalan Alam Siber
Ketika berjalan-jalan ke blog rakan-rakan terjumpa dengan satu tulisan yang agak menarik ni. Mungkin ramai sudah tahu dengan berita-berita tempatan, mungkin juga ana tak berapa tahu akan perkara ini. Waktu membaca tulisan alin81 terasa macam teruk juga pemimpin-pemimpin kita yer. Tak ambil pusing langsung dengan apa yang cuba diucapkan. Kiranya mulut diletakkan dihadapan kepala.

Apabila urusan diserahkan kpd yg bukan ahlinya.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
Diriwayatkan drp Abu Hurairah radhiallahu 'anh: Pd suatu masa ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sedang berada dlm suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dgn orang yg hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kpd Rasulullah, "Bilakah akan terjadi hari Qiamat?" Maka Baginda pun meneruskan percakapannya. Sebahagian yang hadir berkata, "Baginda mendengar apa yg ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya." Sementara yg lain pula berkata, "Bahkan Baginda tidak mendengar pertanyaan itu." Sehingga apabila Nabi selesai dr percakapannya Baginda bersabda, "Di mana orang yg bertanya tentang hari Qiamat tadi?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah." Maka Nabi bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Qiamat." Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yg dimaksudkan dgn mensia-siakan amanah itu?" Nabi menjawab, "Apabila urusan diserahkan kpd yg bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari Qiamat." (HR Imam Bukhari)

Monday, September 05, 2005

Kerajaan Selangor banned saya - Harussani



Pengkalan Hulu 24 Rejab 1426H @ 29 Ogos 2005 (Isnin)-"Di atas ketegasan saya itu, maka ceramah saya di sebuah Universiti tempatan di Selangor telah dibatalkan".

Demikian keluhan YBhg SS Mufti Negeri Perak, Hj Harussani bin Hj Zakaria, ketika menyampaikan ceramahnya di Masjid Kg Air Panas, Pengkalan Hulu, Ahad lalu.

SS Hj Harussani menjelaskan bahawa isu kondom dan jarum yang hendak dilancarkan oleh Kerajaan mulai Oktober depan perlu dinilai dari keseluruhan sudut agar ianya tidak akan merugikan semua pihak.

Menurut beliau dengan pemberian jarum percuma kepada mangsa hiv positif itu, apakah kita dapat menjamin bahawa jarum itu tidak dikongsikan dengan mereka di kalangan sesama penagih lain.

Begitu pula dengan pemberian kondom, apakah sudah dikenali mekanismenya bahawa dengan pemberian itu, mereka tidak akan berzina.

Ketegasan ini akhirnya mendapat perhatian pihak tertentu dan mereka telah 'banned' saya. Apabila disiasat, kononnya ia adalah dari arahan pihak atasan - JMNPk

Sumber
1.Kerajaan Selangor banned saya - Harussani
2.Laman Web Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Adakah ini salah satu asbabnya mengapa Dato’ Harussani tidak boleh berforum diperkarangan Masjid Al-Hasanah tempoh hari? Mungkin juga …..

Bila diminta pendapat diluahkan,
Bila pendapat tidak sehaluan digam pula ….
Musykil betol den ….
Baik tak payah minta pendapat, kalau pendapat sekadar pra-syarat.

Wallahu ‘alam …..

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
Katakanlah: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah".(Al-Furqaan : 57)

Sunday, September 04, 2005

Memperingati Isra’ dan Mikraj

Kita sekarang ini baru sahaja meninggalkan bulan Rejab yang merupakan antara bulan yang diharamkan oleh Allah daripada berperang di zaman awal Islam. Pada minggu terakhir bulan Rejab ini orang-orang Islam memperingati satu peristiwa daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan tercatat dalam Sirah baginda. Peristiwa itu ialah peristiwa Isra’ dan Mikraj Rasulullah SAW.

Orang-orang Islam memperingati peristiwa ini pada malam dua puluh tujuh rejab. Tidak ada dalil yang qat’ei membuktikan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab. Malah di sana ada banyak perselisihan pendapat tentang tarikh peristiwa Isra’ dan Mikraj. Pada malam bilakah ia telah berlaku? Pada bulan yang mana satukah ia telah berlaku? Pada tahun bilakah ia telah berlaku?. Adakah ia berlaku hanya sekali sahaja atau ia berlaku banyak kali? Banyak lagi persoalan lain yang dikaji oleh ulama’ Islam di dalam Sirah Rasulullah SAW. Para sahabat tidak akan memberikan perhatian pada sesuatu perkara melainkan pada suatu yang boleh mendatangkan amal. Perkara yang berkaitan dengan halal dan haram atas sesuatu yang membawa kepada wajib melakukan amalan tertentu akan dikaji secara teliti oleh para sahabat.

Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj tidak ada disyariatkan puasa di siang hari dan juga solat di malam hari. Oleh itu berlaku perselisihan di kalangan para sahabat tentang perkara yang berkaitan dengan Isra’ dan Mikraj ini. Akan tetapi telah masyhur di kalangan orang-orang Islam di akhir-akhir ini bahawa Isra’ dan Mikraj itu berlaku pada malam 27 Rejab.

Kita tidak mengambil peduli adakah Isra’ dan Mikraj berlaku pada malam tersebut atau tidak. Akan tetapi yang penting pada kita ialah peristiwa Isra’ Mikraj itu sendiri. Isra’ berlaku dengan nas al-Quran da Isra’ telah digunakan untuk menamakan salah satu surah dalam al-Quran. Surah ini telah dimulakan oleh Allah dengan menyebut perkataan Isra’. Firman Allah:

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Al-Isra’:1)

Oleh kerana Isra’ sabit dengan al-Quran yang qat’ie maka sesiapa yang mengingkarinya dan tidak beriman dengannya adalah menjadi kafir dengan ijmak ulamak, kerana dia telah mendustakan ayat al-Quran yang sorih, qat’ie dan dijimakkan oleh ulamak serta diketahui secara pasti dari sirah/sejarah perjalanan kehidupan Nabi SAW.

Manakala Mikraj hanya disebut di dalam al-Quran secara isyarat. Ini dapat dipetik dari surah An-Najm di mana Allah telah berfirman:

“Demi bintang ketika terbenam , kawanmu(Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan tiadalah yang diucapkan itu(al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya, ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya, yang diajarkan oleh Jibril yang sangat kuat, yang mempunyai akal yang cerdas dan Jibril itu menampakkan diri dengan rupa yang asli, sedang dia berada di ufuk yang tinggi. Kemudian dia mendekat lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak)dua ujung busur panah atau lebih dekat lagi. Lalu dia menyampaikan kepada hambaNya(Muhammad) apa yang Allah telah wahyukan. Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya. Maka apakah kamu(musyrikin Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya? Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibrail itu(dalam rupa asli) pada waktu yang lain iaitu di Sidratul Muntaha. Di dekatnya ada syurga tempat tinggal. (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputinya. Penglihatanya(Muhammad) tidak berpaling dari apa yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian dari tanda2 kebesaran TuhanNya yang paling besar.” (An-Najm:1-18)

Bukti Mikraj terdapat di dalam al-Quran melalui isyarat2 dalam ayat-ayat yang telah disebutkan. Akan tetapi dalil Isra’ dalam al-Quran adalah sorih. Hadis-hadis nabi juga ada mensabitkan peristiwa Isra’ Mikraj.

Isra’ ialah pengembaraan di atas muka bumi di antara dua masjid suci yang diberkati iaitu Masjid Mekah dan Masjid al-Quds.Allah telah menghubungkan kedua-dua masjid tersebut dengan perjalanan Nabi yang diberkati. Masjid Mekah merupakan tempat permulaan Isra’ dan masjid Al-Quds merupakan tempat berhenti perjalanan tersebut.

Mikraj pula ialah perjalanan yang bermula dari bumi dan tamat di langit “al ‘Ulya” iaitu ke tahap yang hanya diketahui oleh Allah.

Di setiap langit baginda telah disambut oleh para Anbiya’. Para nabi yang agung telah menyambut di bumi dan telah bersolat di belakang baginda. Kemudian Allah telah membahagikan para nabi yang agung ke langit2 yang berlainan. Mereka inilah yang telah menyambut kedatangan Rasulullah SAW.

Ini merupakan penghormatan yang diberika oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW setelah baginda menerima penyeksaan dan penentangan manusia di bumi.

Allah mahu melarikan baginda dengan menggantikannya serta mengadakan sambutan penghormatan di langit dan di bumi. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah menerima penyeksaan dari kaumnya. Selama 10 tahun baginda telah menyampaikan seruan dakwah kepada kaumnya, baginda membacakan kepada mereka ayat2 al-Quran, menyampaikan Islam kepada mereka, tetapi mereka menyambut baginda dengan penyeksaan yang tidak pernah diterima oleh baginda.

Penyeksaan bertambah teruk selepas kewafatan bapa saudaranya, Abu Talib yang merupakan benteng mempertahan baginda ketika hidupnya. Penyeksaan bertambah hebat dengan kematian isteri baginda Khadijah. Kedua-dua orang ini merupakan tempat beginda bersandar. Abu Talib mempertahankannya di luar dan Khadijah mepertahankannya di rumah. Kedua-dua pendokong Nabi ini telah wafat dalam waktu yang terdekat.(Dikatakan kedua-duanya meninggal pada tahun ke-10 selepas baginda dilantik menjadi Rasul. Nabi menamakan tahun tersebut dengan tahun duka).

Rasulullah SAW membuat ketetapan untuk cuba menyampaikan dakwah di bumi baru yang telah ada tunas2 dakwahnya yang lalu. Baginda menetapkan untuk pergi ke taif. Baginda menuju ke kawasan tempat tinggal kabilah Taqif. Mudah-mudahan baginda akan mendapat sambutan daripada bani taqif yang tidak diperolehinya dari kaumnya, dari bangsa Quraisy.

Baginda telah pergi bersama Zaid bin Haritah. Akan tetapi apa yang didapatinya dari kaum itu adalah peyeksaan yang telah dialaminya ketika menyampaikan dakwah pada kaum Quraisy.

Mereka telah menyambut mereka dengan sambutan yang buruk. Salah seorang daripada mereka telah berkata kepada baginda “Tidakkan Allah mendapati orang lain selain dari engkau untuk diutuskan sebagai Rasul kepada manusia?” Orang lain pula berkata kepada baginda ”Jika engkau seorang yang benar, maka aku tidak akan bercakap dengan engkau, dan jika engkau seorang pendusta, maka adalah hina jika aku bercakap dengan engkau. Aku tidak akan bercakap dengan engkau semada engkau orang yang benar atau dusta.”

Mereka telah menghantar hamba2,budak2 dan orang2 bodoh untuk melontar baginda dengan batu sehinggalah berdarah tumit kaki baginda. Dan darah keluar mengalir darinya.

Baginda telah kembali ke Mekah tetapi Allah tidak membiarknnya. Baginda telah kembali ke Mekah dan mengadu kepada Allah dengan doa yang terkenal “Ya Allah, kepadaMu aku mengadukan tentang kelemahanku, kurangnya cara aku menyampaikan dakwah, kelemahan aku berhadapan dengan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah, Engkau adalah Tuhan bagi orang2 yang lemah, Engkau adalah Tuhanku, kemanakah Engkau hendak biarkan aku, ketempat yang mereka boleh menyerangku atau kepada musuh yang akan menguasai? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak hirau akan apa yang berlaku. Hanya keampunanMu yang akan melegakan aku. Aku berlindung dengan Nur wajahMu yang menerangi kegelapan dan dengannya urusan dunia dan akhirat akan menjadi baik daripad aku ditimpakan dengan kemurkaanMu atau kemarahanMu. Celalah aku sehinggan Engkau redha kepadaku. Tidak ada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah.”

Baginda tidak kisah manusia marah kepada Baginda asalkan Allah redha terhadapnya, tetapi Baginda memohon agar Allah mengampunkan dan memberikan kesihatan kepada Baginda untuk menyampaikan dakwah kepada manusia.

Para malaikat telah marah ke atas penduduk Taif yang telah menyakiti baginda dan hanya menunggu isyarat dari baginda. Sekiranya mahu mereka akan menimpakan 2 buah bukit ke atas penduduk Taif atau menerbalikkan bumi atau akan menurunkan kepada mereka azab yang telah diturunkan kepada kaum kafir sebelum mereka. Akan tetapi baginda telah menolak semua tawaran malaikat itu dan berkata; “Sebaliknya aku mengharapkan akan lahir dari kalangan mereka manusia yang menyembah Allah semata-mata yang tidak mensyirikNya dengan sesuatu yang lain.”

Allah menghendaki perjalanan baginda ke Taif tidak menjadi sia-sia. Dengan perintahNya baginda telah kembali ke Makkah. Dalam perjalanan pulang baginda telah duduk disebuah tembok disebuah kebun kepunyaan 2 orang musyrikin Quraisy iaaitu Utbah b Rabi’ah dan saudaranya Syaibah bin Rabi’ah dari bani Abdul Al-syams. Kedua-dua laki itu menyedari kehadiran baginda dan telah menghantar sepundut anggur. Ia telah dibawa oleh budak suruhan yang berketurunan Nasrani. Nabi SAW telah mengambil beberapa biji anggur dan berkata Bismillah. Budak yang mendengar perkataan itu berasa hairan dan berkata ; ”Perkataan ini telah diucapkan oleh penduduk negeri ini”. Baginda bertanya “ Awak datang dari negeri mana?” Budak itu menjawab “ Dari negeri Nainawi” Baginda berkata “Dari negeri hamba yang soleh Yunus B Mata?” Budak itu bertanya. “ Dari mana engkau mendapat tahu perkara itu?”. Baginda menjawab “Dia adalah seorang Nabi dan aku juga seorang Nabi.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan kepada budak itu tentang Islam dan membacakan kepadanya beberapa ayat al-Quran. Budak lelaki it terus memeluk Islam. Ini merupakan hasil pertama dari perjalanan yang dilakukkan oleh baginda.

Di daam perjalanan pulangnya juga Allah telah mengutuskan sekumpulan jin untuk mendengar al-Quran:
“Tatkala jin sampai kepada Nabi mereka berkata: “Diam”. Apabila baginda selesai membaca al-Quran mereka terus pergi dan kembali kepada kaum mereka untuk memberikan peringatan”(Al-Ahqaf:29)

Mereka berkata kepada kaum mereka “Wahai kaum kami, sahutlah seruan pendakwah yang telah diutuskan oleh Allah dan berimanlah kamu kepadanya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dan akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih.

Kemudian berlakulah penghormatan ini iaitu Isra’ dan Mikraj.

Allah telah mengutuskan malaikat yang menyampaikan wahyu iaitu Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW lalu Jibril membasuh dada baginda dengan air zamzam. Jibril telah mengeluarkan habuan syaitan dari dalam hati baginda dan telah pergi bersama baginda menaiki Burak iaitu seekor binatang yang bergerak laju seperti kilat. Baginda menaiki kenderaan yang kita tidak tahu keadaannya yang sebenar dari Masjidil Haram ke Masjid al-Quds.

Allah telah memperlihatkan kepada baginda balasan dan ganjaran yang diperoleh oleh manusia.

Baginda telah melihat lelaki yang menyuapkan bara api ke mulut mereka. Baginda berkata “Siapakah mereka ini wahai Jibril?” Jibril menjawab “Mereka ialah para Khatib dari kalangan umatmu yang mengajak manusia kepada kebaikan sedangkan mereka melakukannya. Mereka membaca ayat-ayat al-Quran tetapi mereka tidak memikirkannya.” Baginda telah melihat balasan bagi orang yang mengumpat orang lain. Baginda melihat mereka mencakar muka mereka dengan kuku-kuku yang diperbuat daripada tembaga. Kemudian muka mereka elok seperti sedia kala. Kemudian mereka mencakarnya semula. Begitulah seterusnya.

Baginda telah melihat berbagai perkara di dalam perjalanannya sehingga sampai ke Baitul Maqdis. Di sana para Anbiya’ sedang menunggu ketibaan baginda.

Kemudian dari sana baginda telah naik ke langit tertinggi di mana di sana baginda menghadap Tuhannya. Di sana Allah telah menfardhukan solat lima waktu. Pada asalnya solat yang difardhukan adalah berjumlah 50 waktu. Akan tetapi dengan nasihat saudaranya Musa, baginda telah pergi semula kepada Allah meminta ia dikurangkan sehinggalah menjadi 5 waktu sahaja. Allah berkata, “Jumlah ini tiak akan ditukar lagi. Solat itu dikerjakan lima kali tetapi pahalanya adalah sama dengan 50 kali”

Ini merupakan permulaan solat yang merupakan tiang agama itu diwajibkan. Solat yang merupakan hubungan harian antara mansia denhan Allah. Ia merupakkan Mikraj harian bagi orang2 mukmin.

Pendapat yang sahih menyatakan bahawa baginda telah diIsra’ dan dimikraj dengan jasad dan roh baginda. Ini bukanlah suatu yang sukar bagi Allah untuk melakukannya.

Sekiranya manusia dengan ilmu yang telah diberikan oleh Allah dan dengan alat yang belum pernah dikenali sebelum ini berupaya melakukan perjalanan yang begitu jauh dan berjaya memendekkan zaman, sampai ke bulan, maka sudah tentulah Tuhan yang mempunyai kekuasaan yang Maha Tinggi berupaya mengIsra’kan dan dimikrajkan Nabi Muhammad SAW dengan roh dan jasad ke langit.

Rasulullah SAW telah dimikrajkan ke langit sehingga baginda menerima kefardhuan solat 5 waktu. Ini merupakan keistimewaan ibadat solat ke atas ibadat2 lain. Semua ibadat fardhu yang lain telah difardhukan di bumi. Manakala solat telah difardhukan di langit untuk menunjukkan kedudukannya dalam agama Allah dan menunjukkan bahawa ia adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.

Solat merupakan mikraj setiap orang mukmin menuju kepada Tuhannya.Mukmin berupaya untuk naik bertemu dengan Allah dengan solat yang membawa anda lari dari dunia manusia, dari dunia kelalaian, dari dunia pertarungan dan dari dunia perebutan manusia kepada bermunajat dihadapan Tuhan. Anda menyeruNya dari dekat dan bukannya dari jauh. Anda memohon dari Tuhan yang Maha Pemurah dan bukannya dari seorang bakhil, anda meminta pertolongan dari Tuhan yang Maha Kuat dan bukan dari orang yang lemah.

Sesungguhnya hadiah dan simpanan yang masih kekal untuk kita hasil dari mengingati Isra’ dan Mikraj ialah solat 5 waktu. Solat lima waktu yang kebanyakkan kita lihat orang Islam telah mengabaikannya.

“Mereka telah mengabaikan solat dan mengikut syawat. Maka mereka akan menemui kesesatan.” (Maryam:59)

Kita lihat dari kalangan anak-anak muslimin yang menggunakan nama orang Islam, nama para anbiya’, nama para sahabat, tetapi mereka tidak kenal akan masjid, mereka tidak mendirikan solat, tidak sujud kepada Allah. Adakah mereka ini masih sebagai orang yang beragama Islam?

Solat merupakan peninggalan Isra’ dan Mikraj.
Begitu juga Rasulullah SAW telah meninggalkan kita dengan satu peristiwa penting daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj ini. Yakni hubungan antara Masjidil Aqsa dan Masjidil Haram.

Allah telah menghubungkan kedua-dua masjid ini di dalam Al-Quran yang dijadikan permulaan surah Al-Isra’. Ini adalah supaya umat Islam tidak membezakan antara dua buah masjid suci ini, supaya mereka tidak mengabaikan satu dari keduanya. Sekiranya umat Islam mengabaikan satu masjid ini maka dikhuatiri mereka akan mengabaikan yang satu lagi.

Sekiranya kita biarkan Masjidil Aqsa’ diambil, dipermainkan dan diruntuhkan oleh Yahudi untuk mereka dirikan di atas runtuhannya Haikal Sulaiman, jika kita mengabaikan Masjidil Aqsa’ maka tidak mustahil satu hari nanti kita akan mengabaikan Masjid Nabi atau Masjidil Haram.

Yahudi terlalu ingin menawan Madinah di mana pernah bertapak di sana Bani Qainuqa’, Bani Quraizah dan Bani Nadir.

Orang-orang Yahudi mempunyai perancangan untuk menawan masjid Nabawi. Ini bukanlah suatu yang mustahil bagi mereka. Kita menganggap apa yang berlaku sekarang ini jauh sekali dari berlaku suatu ketika dahulu. Semua yang dapat kita saksikan hari ini, kita anggap mustahil berlaku pada suatu ketika dahulu. Akan tetapi generasi yang membesar pada hari ini melihat ini adalah realiti. Tidak ada suatu yang mustahil berlaku sekiranya kita lupa dan mengabaikannya.

Allah telah menghubungkan antara Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa supaya kita tidak menganggap kehormatan Masjidil Aqsa yang sekelilingnya adalah diberkati oleh Allah adalah tidak penting. Sekiranya bumi disekelilingnya diberkati oleh Allah, maka apatah lagi Masjid itu sendiri.

Bumi yang berada disekeliling Masjidil Aqsa adalah bumi yang diberkati oleh Allah. Ia adalah bumi para anbiya’. Ia adalah bumi peringatan. Allah telah menyifatkannya di dalam Al-Quran dengan sifat berkat dalam beberapa ayat. Sebagaimana firman Allah berkenaan Nabi Ibrahim;
“Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Lut dan Kami pindahkan mereka ke bumi yang Kami berkati padanya bagi manusia seluruh alam.” (Al-Anbiya’:71)

Ia adalah bumi para anbiya’, bumi yang telah dibebaskan oleh para sahabat dan tabi’in dengan darah mereka dan ramai syuhadak telah gugur demi untuk membebaskannya dari cengkaman musuh Islam. Orang Islam tidak boleh mengabai dan membiarkannya begitu sahaja.

Di antara pengajaran yang kita dapati dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ialah Allah menghubungkan antara Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa. Masjidil Aqsa adalah salah satu daripada tiga masjid yang digalakkan umat Islam menziarahinya, sebagaimana yang terdapat di dalam hadis sahih dan muttafaqun ‘alaihi;

“Tidak digalakkan mengembara melainkan ke tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.” (HR Muslim, Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Nasai’ & Ibn Majah)

Wahai saudara-saudaraku para muslimin, kita hendaklah ingat kepada isu Masjidil Aqsa dan jangan lupa tentangnya. Tugas membebaskan masjid ini hendaklah menjadi kewajipan kita bersama. Kita tidak boleh menyerah kalah dan membiarkan orang Yahudi menguasai Masjidil Aqsa dan bumi para anbiya’ itu.

Kita hendaklah berjihad sehingga kita dapat mengambil semula masjid dan kota Al-Quds, sehingga kita dapat merampas kembali bumi yang diberkati oleh Allah sekelilingnya bagi semua orang. Ia adalah bumi Islam. Ia adalah sebahagian dari negara dan tanahair Islam. Setiap orang tidak boleh melalai dan melupakannya. Kita tidak boleh menjual atau mengkhianatinya.

Sehinggakan jika orang-orang Palestine ini lari dari tanahair Islam ini, namun setiap umat Islam tetap berkewajipan mempertahankannya. Ini kerana bumi yang diberkati ini bukan menjadi milik penduduk Palestine sahaja dan bukan juga bumi bagi penduduk Jordan sahaja dan tidak juga sebagai bumi arab semata-mata. Akan tetapi ia adalah bumi Islam dan generasi Islam di sepeanjang zaman.

Jika generasi sekarang ini lalai dan mengabaikannya, generasi akan dating akan melaknat mereka dan akan berusaha untuk mendapatkannya semula bumi yang telah hilang dari mereka. Sudah pasti suatu hari kelak umat Islam akan berperang untuk merampas bumi ini dengan penuh keimanan dan keyakinan kepada Allah.

Suatu hari kelak sudah pasti orang Islam akan berperang dengan orang Yahudi untuk membebaskan bumi yang berkat itu. Pada saat itu kemenangan adalah berpihak kepada Islam. Ini merupakan jaminan yang diberikan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis ;
“Hari kiamat tidak akan berlaku sehinggalah orang Islam akan berperang dengan orang Yahudi. Pada ketika itu orang-orang Islam akan membunuh mereka sehinggakan orang Yahudi terpaksa berlindung di sebalik poko dan batu. Lalu batu atau pokok berkata; ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakang aku ada Yahudi, maka datanglah ke sini dan bunuhlah dia.” (HR Bukhari)

Kita menantikan hari yang dijanjikan ini. Perkara ini bukanlah sukar bagi Allah. Firman Allah ;

“Pada hari itu orang-orang beriman akan bergembira mencapai kemenangan dengan pertolongan Allah. Dia menolong sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia adalah Maha Perkasa lagi Maha Mengasihani. Ini adalah janji Allah, Allah tidak akan memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahu.” (Ar-Rum:4-6)

Sumber : Khutbah Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi, terjemahan Hasnan B Kasnan, As-Syabab Media.

Nota Kaki
Terima kasih kuucapkan buat adikku Syaza kerana sudi membantu abangmu untuk menaip artikel ini. Semoga ada manfaat untukmu dan juga pembaca sekelian.

Jadual Kuliah
1. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.
--------------------------------------------------------------
Dan demi sesungguhnya, mereka pula telah didatangi seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, lalu mereka mendustakannya; maka mereka pun ditimpa azab sedang mereka berkeadaan zalim.(Al-Nahl:113)