Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, September 18, 2005

Secebis kisah dari Perang Badar

Adalah Hubab bin Munzir, seorang tentera berpengalaman berkata kepada Nabi Muhammad saw, “Apakah tuan berhenti di sini menurut perintah Allah atau kerana memandang tempat ini sesuatu untuk bertempur?” Nabi berkata, “Tidak ada pemerintah khusus yang diwahyukan sehubungan dengan hal ini. Apabila kamu mempunyai pandangan tentang tempat yang lebih tepat, boleh sebutkan agar saya boleh mengubah tempat apabila memang diperlukan”. Hubab berkata, “adalah bijak apabila menduduki tempat di tepi air yang paling dekat kepada musuh. Kita perlu membuat tempat oerkhemahan di sana sehingga air dapat diperolehi dengan mudah untuk kita mahupun haiwan”.

Sehebat-hebat hamba Allah Rasulullah SAW sedia menerima pandangan daripada seorang yang dipimpin. Sediakan kita menerima buah fikiran dari sub-ordinate kita?

Bukan permasalahan sedia atau tidak. Ianya lebih kepada etika individu bekerja, bersedialah menerima buah fikiran daripada sesiapa sahaja meskipun orang yang melontarkan idea itu adalah sub-ordinate kita.

Lebih-lebih lagi jika sub-ordinate kita adalah orang yang berpengalaman, mendengar buah fikiran tidak salah, jangan lekas berkata tak boleh, jika ada kebenarannya kita ambil dan kita guna pakai. Jika apa yang dilontarkan oleh sub-ordinate seperti tidak betul kita perbetulkan dengan penuh berhemah, bukan dengan nada egoistic atau nada kita saja yang betul.

Percayalah penerimaan dan penolakan idea sub-ordinate dengan berhemah akan mewujudkan satu hubungan yang lebih baik di antara dua individu. Yang diarah akan lebih menghormati arahan bos, dan bos akan lebih senang berurusan dengan orang yang mudah untuk menerima arahan.

Betapa indahnya tauladan yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita jadikan panduan. Setiap gerak-gerinya pasti ada hikmahnya, hanya kita kadang-kala tertinggal untuk menghayati Sirah Nububuwah.

Pengajaran ini sepatutnya diguna pakai oleh semua individu. Cuma di sini saya ingin tekankan kepada Jurutera-jurutera muda diluar sana, termasuk diri saya sendiri agar sentiasa berusaha belajar dari sub-ordinate dan juga contractor-contractor kita. Mungkin kita ada degree yang bagus, tapi pengalaman kerja mereka sebenarnya amat berguna untuk kita. Kita mungkin ada theoretical knowledge tapi kekurangan industrial knowledge yang masih ada ruang untuk ditambah dari semasa ke semasa, tapi jika kita sanggup kerap turun padang dan bertanya insyaAllah dengan ramuan theoretical knowledge dan industrial knowledge kita akan jadi engineer yang lebih baik.

Wallahu ‘alam.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.(Al-Jinn : 6)

2 Comments:

Anonymous Erin said...

Appreciate yyour blog post

27/2/22 13:12  
Anonymous Erin said...

Great reading thiis

13/3/22 13:45  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home