Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, September 25, 2005

Realiti TV

Bagi persoalan saya yang terakhir tentang bagaimana fenomena Mawi ini, jawabnya ialah sedih dan gembira. Saya sedih kerana Mawi telah kalah dengan hedonisme dan sedikit-sebanyak telah terhakis unsur-unsur jati diri Melayu-Islam asal Mawi. Mawi kinie mempunyai identity yang keliru dan mendedahkan kepada diri kepada dunia hedonisme yang cukup kuat dan menggoda. Saya yakin Mawi akan menghadapi kesukaran menghadapi budaya dan pengaruh hedonisme ini kecuali Mawi cepat-cepat berada dalam satu jemaah Islam yang boleh mendidik, memberi tazkirah yang berterusan dan mengatur strategi untuk menghadapi hedonisme ini dengan menggunakan hiburan sebagai wadah dakwah secara sistematik. Paling kurang Mawi patut bersama dengan kumpulan penghibur yang ada cita-cita perjuangan Islam, seperti sesetengan kumpulan nasyid kontemperori dan sebaginya. Dalam hal ini Mawi kena sentiasa berhati-hati. Kerana kuatnya budaya hedonisme itu, sesetengah kumpulan nasyid kontemporari sendiri pon tewas dengan hedonisme sehingga iramanya telah berubah kepada pop rock dan rock.


Walaubagaimanapun, di celah-celah kesedihan itu, terselit sedikit rasa gembira kerana sokongan terhadap Mawi menggambarkan masih wujudnya kecintaan Melayu-Islam kepada Islam. Saya yakin undian tertinggi dan sokongan tokoh-tokoh akademik dan politik terhadap Mawi merupakan gambaran bahawa masyarakat Melayu-Islam masih suka kepada unsur-unsur Melayu dan Islam. Ini tentulah berita baik bagi pejuang Islam untuk terus berusaha gigih menyebarkan Islam dan mengembalikan masyrakat kepada identity Islam yang sebenar. Alangkah baiknya kalau Mawi sendiri boleh menyertai pejuang-pejuang Islam ini.

Professor Dr. Muhammad Syukri Salleh Isdev, USM

“Program seumpama ini patut dihentikan terus. Ia tidak sesuai dengan dengan budaya Islam dan Melayu, serta mengganggu perkembangan intelek generasi baru.”

“Program Realiti TV ini adalah satu perkara yang tidak sihat. Ia bukan sekadar menyalahi hokum, tapi ada perkara besar disebaliknya. Kita bimbang, apabila masyarakat Melayu semakin dimomokkan dengan program-program hiburan seperti ini, maka ini akan menjejaskan pembinaan hiduo yang serius. Asyik tengok TV, akhirnya umat Melayu akan menjadi umat yang malas dan tidak berwawasan.”

“Umat Melayu mesti sedar perkara ini. Selama ini pun bangsa kita sudah cukup banyak terjebak dengan gejala sosial seperti dadah dan seumpanya. Lepas satu masalah, dihambat dengan masalah yang lain pula. Tindakan segera mesti di ambil !! Kita tidak mahu, apabila segala-galanya sudah hancur barulah kita sedar dan ketikaitu tiada apa lagi yang boleh dilakukan.”

Professor Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid, API, UM

Begitulah beberapa pandanagan tokoh akademik yang dilontarkan oleh mereka dalam Majalah I keluaran Oktober 2005 mengenai pembudayaan budaya Realiti TV di Malaysia. Salah ke realit TV nie? Ada salah ada baiknya.

Tapi pengusaha-pengusaha rangkaian TV Malaysia lebih suka mengadaptasi rancangan realiti yang terlalu laghe. Terdapat beberapa rancangan realiti TV yang baik sebenarnya, contohnya Apprentice yang bulih ditiru. Tetapi kenapa tiada siapa yang hendak menirunya kenapa? Mungkin alasan yang paling konkrit yang bakal diutarakan oleh penerbit atau pengusaha TV swasta adalah tiada modal dan tiada tajaan dan mungkin ratingnya tidaklah sehebat mana.

Stesen-stesen TV tempatan secara tidak sedar telah mewujudkan satu paksi untuk melemahkan mentaliti masyarakat Malaysia, melemahkan rakyat Malaysia dengan satu budaya hedonisme yang satu sen pon tak menguntungkan rakyat Malaysia dan hanya menebalkan poket pengusaha rancangan sahaja.

Kepincangan mungkin bermula apabila Kementerian Penerangan tiada kuasa untuk memantau perkara ini atau mungkin buat endah tak endah dengan kewujudan program-program hedomisme ini. Buat masa ini pemantauan terhadap stesen-stesen TV tempatan adalah dibawah Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi. Ini mungkin menyukarkan pihak Kementerian Penerangan untuk bertindak.

Lebih menyedihkan lagi bak kata ustaz Pahrol Mohd Juoi, ada sesetengah golongan dewasa dan sudah mencapai usia emas begitu fanatik dengan Mawi. Sehinggakan ketika beliau ke airport untuk mengerjakan umrah, seorang ibu separuh umut siap berpesan kepada anaknya agar merekodkan program kegemarannya itu agar apabila dia kembali dari mengerjakan umrah kelak dapat ditontonnya. Poning kepalo den bilo den baco tulisan ustaz Pahrol Mohd Juoi, sampai macam tu sekali masyrakat kita yer? Nak poie umrah, tapi mentaliti telah dijajah oleh Mawi. Musykil tol den…ish..ish …ish …

Biarlah AF3, Malaysian Idol dsb meninggalkan kita selama-lamanya, biarlah rancangan-rancangan ini tidak diteruskan di tahun-tahun hadapan. Jika tiada pun rancangan ini rasanya tidaklah kebulur rakyat Malaysia. Kerajaan kita ada kuasa untuk mengarahkan perkara ini dikuatkuasakan, moga-moga Pak Lah gagah untuk memberhentikan perkara ini dan secara peribadinya kukira Pak Lah mampu berbuat demikian. InsyaAllah.

Wallahu ‘alam …..

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
Narrated Kab: The Prophet SAW said, "The example of a believer is that of a fresh tender plant, which the wind bends lt sometimes and some other time it makes it straight. And the example of a hypocrite is that of a pine tree which keeps straight till once it is uprooted suddenly." (Saheeh Bukhari)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home