Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, September 11, 2005

Tepuk Dada, Tanya Iman ....

Di dunia moden yang penuh dengan pancaroba ini mencul satu suasana di mana kehidpan Muslim diserang hebat dari segenap penjuru sehingga Islam ditafsir sebagai suatu yang tidak harus wujud. Apatah lagi manusia hidup berlandaskan hak asasi sendiri mengikut akal fikiran.

Peradaban hidup terkini diteraskan pada hak kebebasan manusia membolehkan mereka membuat sesuatu berpandukan kehendak naluri masing-masing. Senarang sekatan atau perbuatan yang menggugat kebebasan ini akan dilihat atau boleh dianggap sebagai satu cubaan yang menyekat kebebasan yang telah diisytiharkan atau bertujuan merampas hak asasi. Anggapan ini dibuat walaupon tindakan atau perbuatan itu jelas tidak selaras dengan norma-norma sosio-budaya murni turun-temurun bangsa mahupun pegangan agamanya.

Peristiwa Zouk yang melibatkan pihak berkuasa agama dengan sebahagian anggota masyarakat secara langsung telah menimbulkan satu kekeliruan. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan memberi impak negative dikalangan umat Islam sendiri dan ciri kejayaan pula bagi mereka yang mahu melihat darjat dan maruah Islam terpalit.

Teras peristiwa yang berlaku itu berkait rapat dengan pegangan dan keimanan. Satu pihak mahu peristiwa itu ditangani mengikut hukum Islam yang ada, manakala satu pihak lain pula berteraskan pada hak asasi bebas melakukan sesuatu. Pada mereka pendekatan agama adalah hubungan peribadi antara manusia dengan Allah dan hal dosa pahala ‘bukan satu jenayah’ kerana ia tiada kena mengena dengan orang lain. Di sini kita dapat lihat bagaimana pengaruh sekulerisme berjaya menelusup di dalam individu masyrakat Malaysia atas nama hak asasi.

Dalam pada itu, semua pihak mesti faham dan sedar, setiap perilaku di dunia ini semestinya ada batas-batas yang perlu dipatuhi, sepeti kepentingan budaya bangsa dan kehidupan bermasyrakat. Manusia yang bebas dari itu mempunyai peraturan dan hukum-hukum yang mesti dipatuhi dan dihormati, Dengan lain perkataan, mengikut hukum dunia, manusia tidak mempunyai kebebasan mutlak.

Oleh itu, apabila seorang itu mengaku dirinya Muslim, maka hidupnya mestilah berpandu pada enam tuntutan Rukun Iman yang telah termaktub; Percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab yang diwahyukan, Nabi dan Rasul yang diutuskan, Hari Qiyamat dan Al-Qadar.

Jadi pada peristiwa yang berlaku itu, cuba renungi Rukun Iman yang menjadi pegangan Muslim atau paling tidaknya mereka yang mengaku dirinya seorang Islam. Apakah kita semua teguh berpegang dengan Rukun Iman itu?

Islam melarang umatnya minum arak.”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang panah, adalah semata-mara kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”(Al-Maidah : 90)

Islam juga menggariskan dress code untuk Muslimat yang berada di luar rumah. Lihat firmanullah Al-Ahzab:59.

Dua peraturan di atas terkandung di dalam kitab suci Al-Quran. Jadi renungilah apakah mereka yang terbabit itu bebas dan boleh melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan nilai diri masing-masing tanpa berpegang kepada apa yang telah diperintahkan? Adalah malang, iman dan pegangan Islamnya akan terjejas apabila dua perkara di atas itu tidak diiktiraf atau ia dipersoalkan. Seandainya terlanjur, insaflah dan bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengamoun lagi Pengasih.

Corak dan iklim duniawi mungkin boleh melepaskan diri seseorang daripada hukuman dunia, tetapi setiap Muslim yang beriman adalah tertakluk kepada Rukan Iman yang berkaitan Yaumul Qiyamah. Hukum Islam dalam hal ini amat jelas. Semoga yang tersilap itu kembali segera kepada Islam dengan penuh keinsafan dan taubat.

Sebagai seorang Islam , seharusnya kita mengetahui batas-batas yang ada dalam cara hidup sekarang. Mana-mana yang haram adalah tetap haram. Mana yang wajib kita patuhi. Itulah caranya mematuhi perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarangnya.

Peraturan yang diwahyukan oleh Allah melalui junjungan besar Muhammad SAW bukan bertujuan untuk menyulitkan umat manusia dan bukan membawa kemusnahan kepada manusia seperti dasar-dasar yang berlandaskan pemikiran manusia sahaja.

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau, melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam.”(Al-Anbiya’ : 107)”

Kecetekan ilmu mengenai Islam sendiri dan pelbagai serangan yang berterusan dalam bentuk material dan mental ke atas umat Islam sekarang menjadikan ramai umat Islam imannya terhakis sedikit demi sedikit. Nilai-nilai yang bertentangan dengan Islam mudah dijadikan ikutan, terutamanya dengan gaya hidup am. Desakan, tekanan dan kepentingan persekitaran melalui pergaulan seharian, serta pengaruh media massa selain daripada pimpinan ibubapa yang tidak berapa berkesan adalah faktor mengapa terdapat golongan umat Islam yang hanyut dalam arus kemodenan yang berpaksikan barat.

Perkara ini berlaku kerana pengiktirafan dan keyakinan terhadap Allah sebagai pencipta sekelian alam dan makhluk tidak begitu mantap. Kuasa Allah telah dialih kepada yang lain.

Dalam kejadian yang berlaku itu, mereka yang terlibat dan ditahan oleh pihak berkuasa nampaknya cemas dan takut, tapi bukan takut kepada Allah, tetapi akan perihal mereka akan diketahui umum, iaitu manusia. Jadi mereka telah meletakkan rasa takut itu bukan pada Allah, jika mereka takut akan Allah sudah pasti mereka tidak mengunjungi tempat-tempat sedemikian dan juga berpakaian sedemikian.

Daripada peristiwa ini, anggota masyrakat Islam daripada semua lapisan masyrakat perlu melihat dan memeriksa dalam diri sendiri agar kita dapatlah menepati perintah Allah demi menjamin kerukunan hidup seluruh umat menerusi ibadah, kerja-kerja dakwah dan ingat-mengingati antara satu sama lain.

Artikel ini diadaptasi daripada tulisan Hj Abu Bakar Ismail, Milenia Muslim April 2005.

Wallahu ‘alam …..

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
Narrated 'Abdullah bin 'Umar: Rasulullah SAW said, "Surely! Everyone of you is a guardian and is responsible for his charges: The Imam (ruler) of the people is a guardian and is responsible for his subjects; a man is the guardian of his family (household) and is responsible for his subjects; a woman is the guardian of her husband's home and of his children and is responsible for them; and the slave of a man is a guardian of his master's property and is responsible for it. Surely, everyone of you is a guardian and responsible for his charges." (Saheeh Bukhari)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home