Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Sunday, September 11, 2005

Apakah tujuan para Sekularis meninggikan slogan Sekular?

Maksud golongan sekularis meninggikan slogan ini adalah;supaya undang-undang Negara, alat-alat media massa, system perundangan dan semua institusi Negara berjalan mengikut kaedah ilmuah, logic akal, undang-undang manusia dan teknik yang direka oleh manusia tanpa ada apa-apa peranan atau pengaruh agama serta tanpa ada campur tangan atau penggubalan undang-undang dari ahli-ahli perundangan Islam.

Pentafsiran terhadap secular ini memberi makna umat ini hendaklah berjalan dijalan tanpa agama, atau dala erti kata lian kerajaan hendaklah memisahkan antara agama dan Negara, membiarkan urusan pemerintahan kepada pemerintah dan urusan agama pada Allah.

Di sini timbul mengapa para sekular menamakan tanpa agama itu dengan sekular?

Mereka menamkan sekular kerana kekejian yang tertanam di dalam jiwa mereka dan tipu daya yang tersemat di hati mereka. Kekejian dan tipu daya ini jelas dalam meyakinkan umat Islam bahawa sistem pemerintahan dan perundangan negara hendaklah berasaskan kepada ciptaan akal dan rekaan manusia, berasaskan proses perubahan dan realiti serta kaedah usul ilmu dan percubaan.

Kadang-kadang mereka menggunakan cara lain dalam bentuk penipuan untuk meyakinkan umat dan menarik mereka seperti kata-kata ; Agama itu mempunyai kemuliaan dan kesucian di dalam diri orang-orang yang beragama, maka tidak boleh sama sekali dicampuradukkan di dalam pertarungan politik, permasalahan negara dan arus dasar-dasar pemerintahan bahkan agama itu hendaklah kekal tinggi ditempatnya yang tinggi dan kedudukan yang sesuai dengan kemuliaan dan ketinggian tanpa kita mendedahkannya kepada fitnah, atau kita mencampakkannya ke dalam lautan percaturan atau kita membenamkannya ke dalam kancah pemikiran serta dasar-dasar lain.

Kadang-kadang tipu daya mereka sampai ke tahap menggunakan uslub kata-kata seperti; Agama mempunyai peranan yang besar di dalam memperbaiki akhlak, menyucikan diri dan jiwa. Jika beginilah keadaannya, kita biarkan agama memainkan peranannya di dalam pengislahan dan pengasuhan dan kita biarkan undang-undang menjalankan peranannya di dalam penyusunan pemerintahan dan kehakiman, tanpa ada campur tangan salah satunya ke dalam pengkhususan yang lain dan tanpa salah satunya melampaui batasan sempadan yang lain.

Tidak ragu lagi bahawa tujuan menimbulkan idea dan keyakinan ini adalah untuk menolak tuduhan tidak beragama terhadap mereka ataupun sekurang-kurangnya adalah untuk berlemah-lembut dan memutarbelit supaya pemikiran kufur mereka tidak bertentangan dengan perasaan umat Islam.

Sumber : Generasi Muda Islam & Cabaran Globalisasi, Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Terjemahan Ust Hasnan Kasan, Terbitan YADIM.

Wallahu ‘alam …..

Jalan-Jalan Alam Siber
Ketika berjalan-jalan ke blog rakan-rakan terjumpa dengan satu tulisan yang agak menarik ni. Mungkin ramai sudah tahu dengan berita-berita tempatan, mungkin juga ana tak berapa tahu akan perkara ini. Waktu membaca tulisan alin81 terasa macam teruk juga pemimpin-pemimpin kita yer. Tak ambil pusing langsung dengan apa yang cuba diucapkan. Kiranya mulut diletakkan dihadapan kepala.

Apabila urusan diserahkan kpd yg bukan ahlinya.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan September 2005.

--------------------------------------------------------------
Diriwayatkan drp Abu Hurairah radhiallahu 'anh: Pd suatu masa ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sedang berada dlm suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dgn orang yg hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kpd Rasulullah, "Bilakah akan terjadi hari Qiamat?" Maka Baginda pun meneruskan percakapannya. Sebahagian yang hadir berkata, "Baginda mendengar apa yg ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya." Sementara yg lain pula berkata, "Bahkan Baginda tidak mendengar pertanyaan itu." Sehingga apabila Nabi selesai dr percakapannya Baginda bersabda, "Di mana orang yg bertanya tentang hari Qiamat tadi?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah." Maka Nabi bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Qiamat." Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yg dimaksudkan dgn mensia-siakan amanah itu?" Nabi menjawab, "Apabila urusan diserahkan kpd yg bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari Qiamat." (HR Imam Bukhari)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home