Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, August 31, 2005

Merdeka!!! - Tak tahu nak letak Tajuk Apo.

Entah kenapa waktu melihat sambutan kemerdekaan Malaysia ke-48 malam tadi di kaca tv perasaanku bercampur-baur.

Melihat dari kaca tv di kedai makan, pada mulanya bercadang hendak makan di awal malam, tapi dek kerna tak larat sangat bila balik dari office, berehat-berehat la dulu. Bila jam menunjukkan lebih kurang jam 1130 perut dah mula berkeroncong tahap maksima. Nak tak nak kena pi makan nie.

Perasaan bercampur baur ketika melihat laungan kemerdekaan dilaungkan, ada gembira, ada sedih ada geram tapi secara jujur banyak perasaan sedih dari rasa-rasa yang lain. Terfikir perlukah laungan kemerdekaan dilaungkan dalam kita menyambut kemerdekaan? Mungkin perlu kukira, bagi mengimbau sejarah silam, perit jerih datuk nenek kita memperjuangkan kemerdekaan untuk negara tercinta pinjaman Allah ini. Tapi ada juga gerak hatiku mengatakan ianya tak perlu, banyak cara untuk menterjemahkan erti kemerdekaan.

Rasa tidak perlu lebih banyak dari rasa perlu, ini hanyalah sekadar pandangan peribadi. Mungkin lain orang lain pandangannya dalam isu menyambut kemerdekaan. Bagi diriku laungan tidak memainkan apa-apa peranan dalam menyambut kemerdekaan. Kita hanya meniru apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman. Kalau nak dikirakan pon bukan bukan pukul 1200 tengah malam Tunku melaungkan kemerdekaa. Entahlah, mungkin orang ada berkata aku nie kekampungan atau orthodox sangat, itu tak bulih ini tak bulih. Masalahnya bukan itu tak bulih ini tak bulih, masalahnya aku rasa tak perlu itu sahaja.

Banyak lagi cara nak mengenang jasa mereka yang berusaha kearah kemerdekaan negara kita. Antaranya mengadakan kempen mengingati jasa mereka.

Sedih betul tengok rakyat Malaysia yang berpeluh-sakan, berasak-asak, berhimpit-himpit hanya semata-mata nak meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-48. Sepanjang hidupku tak pernah ke mana-mana tempat untuk meraikan kemerdekaan. Cukuplah kalau terasa hendak melihat kemeriahannya (kononnya) sekadar ditonton di kaca tv.

Bak kato orang nogori, poning kepalo den dek ghamai orang cam tu. Dah la menyusahkan, nak cari parking confirm satu masalah besar, nak drive confirm jam dan macam-macam masalah lah yang bakal kunjung tiba kalau poie ke sambutan macam tu.


Tatkala Korea Selatan telah menghasilkan jet pejuang pertamanya, T-50 dengan termetrainya kerjasama di antara mereka dan Lockheed Martin kita masih berseronok dengan kejayaan kita menggapai kemerdekaan lalu. Mengenang kemerdekaan tiada salahnya, yang salah adalah caranya. Orang duk sibuk menyalahkan keruntuhan akhlak remaja kita, sibuk mengatakan remaja terlibat dengan pelbagai masalah sosial, tapi sebenarnya, jawapannya adalah mudah, kita yang menyediakan jalan kearah itu, maka itulah yang mereka nampak. Sejak kebelakangan nie diriku sedikit kecewa bila orang asyik-asyik menuduh remaja kita rosak, seperti hanya beban keruntuhan akhlak mereka hanya terpikul dibahu mereka, sedangkan apakah peranan kita dalam membendung masalah ini? Sudahkah kita berperanan? Biarlah sedikit usaha kita, asalkan ikhlas dan ada sumbangan ke arah pembentukan sahsiah remaja yang lebih elok.

Entahlah sekadar mencoret tatkala menunggu mengburn ceramah oleh bekas paster Assembly of God (AOG) yang telah bergelar muslim untuk seorang sahabat dan dalam keadaan mata yang mengantuk sangat-sangat. Agak menarik kuliah beliau. Nama beliau ialah Ust. Saifuddin dan nama kritiannya adalah Richard Agustine.

Wallahu ‘alam.

Nota Kaki
Anybody can verify this news, this news claims that Mahathir return all the Proton cars to Proton Berhad. Below is the link where the news head been published.
Mahathir returns cars to Proton out of anger over developments

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong bagi Bulan Ogos 2005.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
Narrated Anas bin Malik: The Prophet said, "Facilitate things to people (concerning religious matters), and do not make it hard for them and give them good tidings and do not make them run away (from Islam)." (Saheeh Bukhari)

Tuesday, August 30, 2005

Pengimportan Kebudayaan Barat dan Anasirnya.

Terasa lama sungguh tidak mencoret apa-apa diblog ini. Kesibukan tugas yang tak kunjung habis membuatkan diriku tidak sempat untuk mengupdate. Selepas flow test, reportnya pula hendak disiapkan.

Entry kali nie sebenarnya sudah lama hendak kutulis, tapi memandangkan masa tidak menngizinkan baru kini berpeluang utuk dikongsi bersama. Satu entry yang diadaptasi dari sebuah buku terjemahan yang ditulis oleh salah seorang tokoh ilmuwan yang tidak asing lagi dikalangan kita, Dr. Yusf Qardhawi.

Tulisan kali ini mungkin agak panjang untuk dibaca, moga ada manfaatnya tulisan ini.insyaAllah

Pengimportan Kebudayaan Barat dan Anasirnya.

Diantara seruan yang menyesatkan adalah suara-suara yang menyatakan kita perlu mengambil semua ‘kebudayaan barat’, mengambil dalam erti kata mengambil semua kebudayaan barat, sama ada betul ataupun salah. Golongan ini mengemukakan dua alasan mengapa kebudayaan barat harus dijadikan kiblat atau sandaran kita semua.

Pertama; Kebudayaan ini adalah satu kebudayaan antarabangsa bukan kebudayaan barat. Jika kita tidak membuka pintu kepada kebudayaan ini, pasti kita akan hidup ketinggalan zaman dan jauh dari dunia kemajuan dan kemodenan.

Kedua ; Suata kebudayaan antarabangsa adalah merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan dan diasingkan antara satu dan lain. Jika kita hanya mengambil sebahagian sahaja, kita tidak akan mencapai kemajuan. Jadi kita tidak hanya boleh mengambil bidang sains, sastera ataupon pengetahuannya sahaja. Oleh sebab itu aliran ini mahu kita mengambil semua kebudayaan dan produk pemikiran gaya barat sebagai ikutan dan contoh.

Dakwaan bahawa Kebudayaan Barat bersifat Antarabangsa
Kebudayaan dan cabang-cabang ilmu adalah dua perkara yang berbeza. Kaedah ilmu pengetahuan dan teori-teori sains berdiri atas ujian-ujian dan percubaan-percubaan. Kebudayaan antarabangsa tidak boleh didakwa meliputi kedua-duanya sekali. Ianya boleh diasingkan, dan tidak mungkin kebudayaan dan ilmu bercampur. Ilmu-ilmu fizik, ilmu perubatan, ilmu kimia dan cabang-cabang sains dan teknologi adalah bersifat antarabangsa, ianya dikongsi oleh kesemua manusia tidak kira mereka kafir atau bergelar muslim, tidak kira mereka fasiq ataupon munafik, ini adalah sunatullah, ianya dikongsi oleh segenap lapisan umat manusia.

Perkara yang berbeza adalah tatacara pengajaran dan pembelajarannya sahaja yang berhubung kait dengan falsafah pemikiran tertinggi berkenaan dengan alam raya.

Sifat kebudayaan berbeza dengan ilmu pengetahuan dan sains, ini kerana kebudayaan itu mempunyai cirri-ciri khusus dan pasti. Ia bukan setakat hasil pemikiran akal, tetapi ianya lebih merupakan hasi; pemikiran, pengalaman dan perjuangan yang dihiasi dengan akhlak-akhlak dan sinar-sinar keyakinan serta keimanan yang bersatu di dalam gerak kerja, sikap perbuatan dan adapt kebiasaan dan dilahirkan melalui syiar-syiar, kesusteraan dan ksenian. Ianya dapat dirasa, didengar dan dilihat dalam kehidupan nyata dan bukannya sekadar konsep dan teori sahaja.

Kebudayaan manusia dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti agama, bahasa, persekitaran, warisan-warisan budaya terdahulu dan interaksinya dengan budaya-budaya lain baik yang bersifat positif ataupon negative.

Peradaban bangsa yang tidak mengenal Tuhan berbeza dengan ummat yang beriman kepada ajaran Islam. Kebudayaan ahli Kitab berlainan dengan kebudayaan kaum penyembah berhala. Kebudayaan penduduk luar Bandar berlainan dengan penduduk Bandar. Jika kita melihat ke Barat, kita akan temui bahawa falsafah liberalisme yang menjadi asas kehidupan di sana berbeza dengan falsafah komunisme.

Orang Islam mempunyai kebudayaan dan peradabannya yang tersendiri, dalam erti kata mempunyai keistemewaan tersendiri. Kebudayaan yang lain dari yang lain tetapi berlandaskan syariat.

Benarkah Kebudayaan itu Satu Kesatuan yang tidak dapat dipisahkan?
Ada juga orang yang mendakwa keseluruhan kebudayaan itu adalah satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan antara suatu dengan yang lain. Pendapat ini adalah suatu pendapat yang tidak berasas dan tidak dapat diterima kerana bercanggah dengan logic, sejarah dan reality kehidupan sebenar.

Dr, Taha Hussein pernah melaung-laungkan seruan di atas pada awal tahun 30-an di dalam bukunya yang berjudul “Mustaqmal Al-Thafaqah fi Misr” (Masa hadapan Kebudayaan Mesir).

Dr. Yusuf al-Qaradawi telah membincangkan perkara ini di dalam bukunya yang berjudul “Al-Hulul al-Mustawradah” (Cara Penyelesaian Gaya Asing) bahawa melakukan kritik, pengubahsuaian dan pembetulan terhadap kebudayaan asing adalah sangat mungkin bahkan ianya pernah terbukti dalam lipatan sejarah dan kehidupan, samada kehidupan kini ataupun kehidupan lampau.

Sebagai contoh jelas yang dapat kita imbau adalah zaman emas kaum Muslim. Kaum Muslim ketika itu telah memandaatkan peradaban yang telah dikembangkan oleh orang-orang Yunani, Parsi dan juga India dalam pelbagai aspek. Namun demikian, mereka hanya mengambil perkara-perkara yang bermanfaat sahaja dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sahaja dan meninggalkan perkara-perkara mudarat dan yang tidak selari dengan syariat Islam.

Demikian juga orang-orang Barat, yang hanya mengambil manfaat dari perkembangan sains dan teknologi yang berjaya dikembangkan oleh Kaum Muslim pada era keemasan mereka, Golongan Barat tidak mengambil semua perkara yang ada pada kaum Muslim untuk dijadikan sandaran dalam membentuk kebudayaan mereka, mereka membentuk kebudayaan mereka dengan acuan mereka sendiri. Mereka tidak mengambil Aqidah, cara ibadah, akhlakk dan keyakinan umat Islam untuk mereka jadikan pegangan dan juga sandaran.

Professor Arnold Toynbe, seorang pakar sejarah berbangsa Inggeris, dengan tajam mengkritik sikap bangsa-bangsa Timur yang pernah dijajah oleh Barat dan kini sudah merdeka, namun mereka mengambil kebudayaan dan peradaban sekaligus, dan ada pula yang mengambilnya dengan hampir keseluruhannya, tanpa memilih dan menilainya terlebih dahulu.

“Negara-negara di Timur yang telah merdeka secara politik dari penjajahan barat, ternyata belum lagi merdeka dari kebudayaan penjajahan Barat. Ia masih lagi terpengaruh dengan gaya pemikiran, tingkah laku dan adat-adat yang tidak dimiliki oleh mereka, sebaliknya lebih mengutamakan kebudayaan barat, mereka mengambil kebudayaan Barat tanpa mempunyai satu keberanian untuk mengkritik dan menilai semula.“

“Negara-negara yang telah berhasil melepaskan diri dari belenggu penjajah secara politik, telah menggunakan kemerdekaan tersebut untuk perkara-perkara yang tidak terduga sebelumnya sama sekali. Bangsa di negara-negara yang terjajah tersebut telah berjuang dengan segala kemampuan yang ada untuk mengusir penjajah dan mendapatkan kemerdekaan bagi negara yang mereka cintai. Mereka dianggap mampu melepaskan diri dari belenggu penjajah. Jangkaan awal, bahawa dengan kebebasan yang diraih dari belenggu penjajah, selanjutnya mereka akan menggunakan kemerdekaan tersebut bagi memerangi semula kebudayaan barat yang masih tersisa di tanahair mereka.“

Sambutan Kemerdekaan di Jalan Bukit Bintang pada 30 Ogos 2003

“Namun apa sebenarnya yang terjadi – seperti kita sedia maklum – kemerdekaan tersebut digunakan untuk perkara-perkara yang sangat berlainan. Kemerdekaan tersebut malah mereka pergunakan untuk meniru kebudayaan dan cara hidup barat dengan sukarela dan keinginan mereka sendiri dengan penuh bersemangat. Kesungguhan dan semangat mereka dalam hal ini melebihi semangat-semangat orang-orang Barat sendiri.

Adakan kita tergolong dalam golongan seperti ini? Saya kira pembaca pon mungkin dapat menilai sendiri.
Sambutan Kemerdekaan di KLCC pada 30 Ogos 2003

Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, perkara ini merupakan satu kerugian yang sangat nyata dan akan dideritai oleh manusia sejagat – bukan hanya orang-orang yang mengadaptasi kebudayaan barat sahaja, malahan orang-orang barat juga akan merasai impaknya – Bila sebahagian bangsa bukan Barat (Timur/Islam) menerima semua kebudayaan dan gaya hidup barat tanpa mengkritik dan menilai semula dan tanpa membezakan mana-mana yang bermanfaat dan mana-mana yang mudharat, ianya dikategorikan sebagai satu kerugian yang sangat nyata.

Dr Yusuf juga menegaskan lagi bahawa inilah nasib buruk yang akan menimpa umat manusia keseluruhannya, kerana kebudayaan dan tamadun Barat – seperti juga kebudayaan dan tamadun lainnya – mempunyai sisi-sisi yang baik dan merbahaya, ianya terpulang kepada kita untuk menilai dan melaksankannya dalam kehidupan kita.

Tujuan kehidupan ini bukanlah pencapaian kejayaan kebendaan semata, tetapi ada matlamat yang lebih mulia iaitu kejayaan dan pencapaian nilai-nilai kerohanian.

Alasan Golongan Sekular dalam mengimport Aliran Pemikiran Barat
Sebahagian penulis yang mendokong aliran sekular di negara-negara ummat Islam mengemukakan hujjahnya mengapa kita harus mengimport pemikiran dan falsafah Barat dan menyanggah kritik serta teguran yang disampaikan oleh para pejuang nilai-nilai Islam yang murni. Alasan mereka kemukakan adalah “Kehidupan ini berjalan atas dasar saling pertukaran. Sebelah sana mengimport dan sebelah sana mengeksport; bahagian sini membeli bahagian sana memjual. Jika perkara ini boleh berlaku dalam dunia material mengapakah ianya tidak boleh berlaku di dalam dunia pemikiran dan falsafah?“. Mereka yang mengajukan pendapat seperti ini seolah-olah mereka melupakan beberapa perkara penting yang di antaranya;

Pertama : Para pejuang yang mempertahankan nilai-nilai murni ajaran Islam tidak pernah memungkiri idea “mengimport“ sebahagian pemikiran ataupon cara penyelesaian dari Barat ataupon Timur bagi kemusykilan yang sedang kita hadapi apabila cara tersebut dianggap layak dan sesuai mengikut prinsip dasar Islam dan boleh membantu untuk mewujudkan matlamat yang sedang kita jadikan tujuan.

Kitalah yang melakukan pemilihan sendiri, bukan orang lain yang memilih untuk kita. Malah kadang-kala, mengimport hasil teknologi dan kemajuan produk Barat itu menjadi perkara wajib, terutamanya mengenai peralatan canggih dan moden.

Idea yang menjadi sanggahan pihak pejuang nilai-nilai Islam adalah “mengimport“ seluruh jenis produk Barat, baik yang berupa peralatan dan juga pemikiran untuk sepenuhnya dijadikan rujukan utama dan panduan dalam hidup.

Kedua; Para pejuang yang mempertahankan nilai-nilai kemurnian Islam membantah dan menyanggah keadaan di mana kita sentiaasa bersikap mengimport sepanjang masa dan tidak pernah berusaha untuk menjadi pengeksport, selalu menjadi pembeli dan jarang menjadi penjual. Keadaan ini tidak sesuai dinamakan dengan “Keadaan Saling Pertukaran“. Mengapa dan kenapa?

Kerana selama ini kita hanya menjadi pasar untuk barangan jualan mereka sahaja. Pintu negara-negara kita sentiasa terbuka menerima produk-produk mereka, sementara kita masih belum dapat memasarkan barangan kita kepada mereka. Keadaan seperti inilah disifatkan dengan sifat “Ikut-ikutan dan mengekor“ yang tidak dapat kita terima kerana ia menjejaskan maruah dan nama baik bangsa yang hendak menjadi suatu bangsa yang mulia dan maju, baik dalam bidang perindustrian mahupun dari segi pemikiran.

Apabila satu bangsa atau ummat telah jatuh ke dalam lembah mengimport, maka nota-nota kelemahan sedang menjalar di dalam tubuhnya. Sebab itu kita perlu bangkit untuk membentuk kepercayaan dan jatidiri semula dengan menghakis perasaan kebergantungan kepada pihak lain.

Adaptasi daripada Wawasan Islam antara Keaslian dan Kemodenan tulisan Dr. Yusuf Qaradhawi terjemahan oleh Hj Ahmad Nuryadi Asmawi

Wallahu ‘alam.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong bagi Bulan Ogos 2005.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
"(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran." (Al-Hajj:53)

Sunday, August 21, 2005

Dr. Azzam Talk

Alhamdulillah berpeluang untuk menghadirkan diri ke satu talk yang dianjurkan oleh Alumni Sekolah Islam Adni telah menganjurkan satu talk yang mana tetamu jemputannya adalah Dr Azzam Tamimi.

Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat yang mengwar-warkan kehadiran beliau ke Malaysia seterusnya mengkhabarkan mengenai program semalam. JZKK.

Mungkin bagi siapa yang berhajat untuk mendengar talk beliau bulih lah mengklik dilink dibawah dan mendownloadkannya. Untuk summarizekannya mungkin diriku tidak berkesempatan kerna masa yang suntuk. InsyaAllah link talk beliau available sehingga 31 August ini, dan selepas itu diriku terpaksa mengeluarkannya dari server, maklumlah server tumpangan.


Terima kasih buat adikku doBot yang meminjamkan kamera Konica Minolta nya kepadaku, kamera inilah yang berfungsi untuk merakamkan butir percakapan Dr. Azzam Tamimi.

Today Gazza, Tomrrow the rest of Palestine. InsyaAllah…. Alhamdulillah perjalanan talk semalam agak baik, walaupon sebenarnya masih bulih banyak diperbaiki, insyaAllah dimasa akan datang penganjuran oleh pihak penganjur akan lebih baik lagi. Apa-apa pon terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengambil inisiatif menjemput seorang tokoh.

Ucapan dr Azzam tamimi semalam sememangnya menarik dan menaikkan semangat para pendengar yang hadir kemajlis semalam. Seorang yang membincangkan isu sejagat atau ummah, bukan hanya berkisar pada Palestine tapi sejagat. Menaikkan semangat tanpa berbuat apa-apa, apa gunanya bukan, sebenarnya banyak yang bulih kita lakukan untuk membantu saudara kita di sana, insyaAllah. Awas bukan hanya dengan wang ringit sahaja cara yang kita bulih laksanakan untuk membantu saudara kita, banyak lagi, untuk maklumat lanjut dengar dan fikirkan apa yang dr azzam utarakan.

Antara tokoh ilmuwan Malaysia yang mempunyai kredebiliti yang bulih meruntun hati pendengar di Malaysia antaranya adalah Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah kukira. Selain ilmu yang dimiliki beliau juga mampu menarik perhatian pendengar melalui intonasi pengucapan awamnya.

Mungkin setakat ini sahaja kut menulis untuk hari ini, ingin bergegas pulang ke Puchong, 3, 4 minggu nie jadual ku sedikit sibuk. Kepada sahabat-sahabat yang berutus email dan bertanya khabar kupohon seribu keampunan kerna tak sempat mengreply email kalian.

Please download, do not listen by streaming, takut bandwidth habis. Cara untuk download, right klik the mouse and select Save Target as Muslims Role in the Plight of Al-Aqsa

Nota Kaki
Harap maaf jika dalam proses mendownload anda menghadapi sedikit kesukaran, sy tak dapat pastikan apakah punca sebenarnya cuma dapat tahu mungkin server hosting kurang berfungsi dengan baik, exabyte ada problem sedikit mungkin.

Wallahu ‘alam.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong bagi Bulan Ogos 2005.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.(Taha : 68)

Wednesday, August 17, 2005

Kebaikan

Pernah saya beriktikaf di Masjidil Haram ketika cuaca sangat panas, lebih kurang sejam menjelang waktu solat Zuhor. Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki yang sudah berusia berdiri dan memberi air sejuk kepada orang-orang yang hadir di situ. Dia memberi minum para jemaah dengan air zam-zam.

Setelah seorang selesai meminum air yang diberikan dia kembali mengambil air dan memberi kepada jemaah yang lain. Sudah ramai orang yang diberi minum, saya lihat keringatnya keluar dengan banyak sekali sedangkan orang-orang lain hanya duduk menunggu giliran untuk mendapatkan air dari orang tua berkenaan.

Saya kagum kepada semangat, kesabaran dan kecintaannya kepada kebaikan, serta wajahnya yang sentiasa melontarkan senyuman kepada orang-orang yang diberinya minum.

Akhirnya saya tahu bahawa kebaikan itu sangat mudah untuk dilaksanakan oleh sesiapa sahaja yang Allah permudahkan baginya. Allah memiliki simpanan kebaikan yang banyak sekali dan akan dikurniakan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan Allah juga mengalirkan keutamaan, meski pon sedikit, kepada orang-orang yang baik yang senang melakukan kebaikan kepada sesama manusia dan tidak senang melihat keburukan menimpa sesama manusia.

Abu Bakar sedia menempuh bahaya pada saat hijrah semata-mata untuk melindungi Rasulullah SAW.

Hatim rela tidur dalam kelaparan asal tetamunya kenyang.

Abu Ubaidah tidak tidur malam di tengah tenteranya sedang nyenyak.

Umar al-Khatab mengelilingi kota Madinah pada saat penduduk kota itu dibuai mimpi.

Ibnul Mubarak memberi makanan kepada orang-orang lain padahal dia berpuasa.

Artikel oleh : Dr. ‘Aidh al-Qarni, La Tahzan

Wallahu ‘alam.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong bagi Bulan Ogos 2005.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
Narrated Abu Huraira: The Prophet said, "I shall accept the invitation even if I were invited to a meal of a sheep's trotter, and I shall accept the gift even if it were an arm or a trotter of a sheep." (Saheeh Bukhari)

Tuesday, August 16, 2005

Rise for Al-Aqsa

Talk : ‘Muslims’ Role in the Plight of Al-Aqsa.
By : Dr. Azzam Tamimi IIPT London
Date : 20 August 2005 (Saturday)
Time : 8-11 pm
Place : International Islamic University Malaysia (UIA) Matriculation Center.
Ticket: Adults RM 10, Choice of RM10 & RM5 for students
Purchase Inquiries : Nihlah at 017-6202014

Please SMS your details for reservation. Your SMS shall have this information, full name, IC Number and numbers of ticket to be booked and send to ukhtie Nihlah. Ticket can be collected before the event start on 20th August 2005.

This is a once a year opportunity for us in Malaysia. If possible let us grab it. Thanks to sahabat who share this news.

CV Dr. Azzam Tamimi
Wallahu ‘alam.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong bagi Bulan Ogos 2005.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
" Narrated Abu Dhar: I said, "O Allah's Apostle! Which mosque was first built on the surface of the earth?" He said, "Al-Masjid-ul-,Haram (in Mecca)." I said, "Which was built next?" He replied "The mosque of Al-Aqsa ( in Jerusalem) ." I said, "What was the period of construction between the two?" He said, "Forty years." He added, "Wherever (you may be, and) the prayer time becomes due, perform the prayer there, for the best thing is to do so (i.e. to offer the prayers in time). Saheeh Bukhari.

Saturday, August 13, 2005

Harap Maaf

Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya. Seperti diwar-warkan olehku semalam sepatutnya sebuah ceramah agama yang dijadualkan di Masjid Bandar Baru Bangi telah dibatalkan. Sebabnya tidak dapatlah saya kenal pasti.

Sedih juga, dah sampai tapi tiada majlis, nak buat macam mana. Jika ada pembaca-pembaca blogku yang hadir ke Masjid Al-Hasanah semalam atas saranan dariku, sepuluh jari kupohon maaf kerana majlis tidak berlangsung seperti dirancangkan.

Alhamdulillah ramai juga orang di Masjid Bangi semalam. Biasanya the crowd tidaklah berapa ramai. Masjid inilah yang menjadi pitstop ku jika aku pulang ke Seremban di malam hari. Jarang melihat orang seramai itu semalam. Dan masjid inilah yang mencoret sedikit kenangan tatkala bertemu abang akmal suatu ketika dulu.

Jalan-Jalan alam Siber
Entry Pakdi kali nie agak menarik, berkisar mengenai Steve Jobs. Siapa Steve Jobs? Cuba baca entri pakdi ini, agak menarik. Kadang-kadang kita suka bahan bacaan seperti ini, tapi tidak berpeluang menemui bahan seperti ini, terima kasih pakdi kerana sudi berkongsi bahan. Stay hungry, stay foolish!

Wallahu ‘alam.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian bagi Bulan Ogos 2005, Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
"“Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.”(Ibrahim : 26)

Friday, August 12, 2005

Majlis Ilmu di Masjid Bangi

InsyaAllah malam ini akan diadakan satu ceramah agama di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.

Topik yang akan dibincangkan adalah satu topik yang sedang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Pemberian Jarum Suntik & Kondom Percuma: Di Mana Rasionalnya?.

Ceramah ini akan dipengerusikan oleh Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, dan barisan panelnya adalah individu yang rata-ratanya kita kenali. Panelis yang pertama adalah Datuk Seri Harunsani Zakaria yang merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perak. Ahli panel yang kedua adalah Datuk Zaman Khan yang merupakan bekas Ketua Polis Negara yang saya pasti ramai yang kenal akan dia ini. Dan panelis yang terakhir adalah Dr.Ishak Mas’ud yang merupakan bekas presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia.

InsyaAllah majlis akan bermula jam 9 malam, atau kukira selepas solat Isya’, muslimin dan muslimat semua dijemput hadir untuk sama-sama kita mendengar dengan berfikir apa yang bakal diperkatakan oleh para panelis pada malam ini. Dan insyaAllah ceramah malam ini adalah percuma. Jangan lepaskan peluang ini, marilah kita beramai-ramai ke Bandar Baru Bangi ke majlis tersebut.

Bagi mereka yang tidak tahu lokasi masjid ini, ianya amatlah mudah untuk sampai. Kalau anda keluar dari tol kajang, straight sahaja, sehinggalah bertemu dengan persimpangan T di hujung jalan berlampu isyarat. Kemudian ambil persimpanagan ke kanan. InsyaAllah dalam beberapa saat selepas persimpangan tersebut anda akan nampak sebuah masjid di sebelah kanan anda. Itulah masjid Al-Hasanah.

Wallahu ‘alam.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong bagi Bulan Ogos 2005.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
"Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi."(Al-Furqaan : 44 )

Three Ways to Make UK Safer From Terror Attacks - Ken Livingstone

I came across this article last week from a mailing lists, I’m not trying to say Livingstone is a nice or wise guy. He is far from a wise guy. But at least he is able distinguished the root problem of terrorism.

Tony Blair only able to give words or ideas on how to suppress the terrorism – he urges himself and people to find the root problem, but he is unable to distinguish the real root problems. Most probably he knows what the real root problems but he wishes not to voice up what are the causes. Maybe he is hiding something.

It is four weeks since bombers indiscriminately killed and maimed ordinary Londoners. Protecting London from terrorists requires the best possible policing - which, in turn, needs the greatest possible flow of information from all communities. It also demands that we shrink the pool of the alienated that bombers draw on by treating all communities as equal parts of British society - not only theoretically, but in reality. And it means withdrawing from Iraq. All are interrelated.

Acceptance that the invasion of Iraq increased the likelihood of a terrorist attack on London now extends far beyond the usual suspects - from Guardian writers to MI5, Douglas Hurd, the Daily Mail, the Spectator, and a majority of the British public. Jack Straw has also acknowledged this debate. If the invasion of Iraq had been justified, it would be possible to argue that we must bear the sacrifices necessary to achieve a just outcome. However, it is evident that the war in Iraq was not justified. It has made the situation worse. The illusions with which it was launched are collapsing.

The reason the US is not able to stabilise Iraq is related to the same critical issue that affects policing in Britain: information. Which is simply another way of saying the attitude of the population. US forces are ineffective because the great bulk of the population will not give them intelligence voluntarily. Therefore elements within the US military are led to resort to ritual humiliation and torture. This does not yield remotely sufficient information. Therefore US forces are led to relatively blind strikes against those opposing them - inevitably killing innocent civilians. This, of course, has the effect of alienating the population further.

The Iraqi people see US policy in practice. Successive US administrations showed no interest in Iraqi democracy - so long as Saddam Hussein gassed Iranians, Kurds or other US opponents he was supplied with weapons and other support. Only when he struck a US ally was he opposed. After the 2003 invasion, when US troops were deployed to protect the oil ministry while looting gripped Iraq, when key reconstruction contracts were awarded to US companies, Iraqis understood what was in store for them. US forces cannot win over Iraq's population because the formally stated democratic goals of the forces have nothing to do with the actual policy pursued.

That is also why al-Qaida, previously without a presence in Iraq, now has a strong base there - damaging the fight against international terrorism. Nevertheless, I want to make the point to some opponents of the war. It is not a policy simply to explain to people: “You are dying because Britain is in Iraq.” The bombers came to kill indiscriminately. As one Londoner put it to me: “I am a Muslim and scared - and my first fear is being blown up.” I supported action against the Iraq war and I support measures to stop Londoners being bombed.

Right now, only the police can stop bombers. Anyone who tries to avoid this is not dealing with what are literally life and death matters. But the police can only be effective if they get community cooperation. Opponents of the war should continue to oppose it. But they also have to say to London's communities: "Cooperate with the police to catch terrorists" - and explain that the quality of information the police get will be decisively affected by the degree to which communities are treated with respect.

Which leads directly to the question of whether Britain should ban Sheikh Qaradawi - a matter with major consequences for the treatment of Britain's Muslim community. Last week, Jonathan Freedland honestly reported on these pages that Qaradawi utterly condemned the London bombings. However, many have suggested that Qaradawi should none the less be banned because he says Palestinian suicide bombing can be justified under Islam in the specific conditions of the Israel-Palestine conflict. I am utterly against both suicide bombings and Israeli killing of civilians - I didn't oppose capital punishment decade after decade to turn round and say it's all right when suicide bombers blow people up.

But if supporters of the Palestinians should be banned on the grounds that Palestinians kill civilians, then consistency would require banning Israeli leaders, who have been responsible for killing several times more Palestinian civilians. Someone advocating that both Sharon and Qaradawi be banned would be wrong, but at least they would be consistent.

Consider the consequences of a ban on Qaradawi for relations with the Muslim community. My political record makes clear that I totally disagree with Qaradawi on gay rights and many other questions. Nevertheless, he is one of the world's most eminent Muslim religious leaders. It is impossible to say that Britain's Muslims should be treated with respect but that their religion's most eminent representatives must be banned. Imagine how the Jewish community, many of whom do not agree with the policies of Israel's government, would react if Israeli leaders were banned because of military actions that have killed thousands of Palestinian civilians.

Every major British Muslim organisation - even those disagreeing with him, such as Imaan, the organisation of lesbian and gay Muslims - believes Qaradawi should be admitted. Whatever his individual views, he is seen as a moderate and is fiercely opposed to al-Qaida. Those believing he should be banned give lip service to treating Britain's Muslim community with respect but in practice deny it. Not only is that wrong itself, but it will increase the number of alienated fanatics.

As only dialogue and negotiation will end this cycle of violence, I favour banning neither Israeli leaders nor Qaradawi. I don't believe there is any prospect of achieving a lasting peace in the Israel-Palestine conflict until all sides come to terms with the horrors they have perpetrated. The injustice done to the Palestinians does not justify the actions of a suicide bomber. But neither can anything justify the killing of civilians by Israeli forces.

The London bombings, demand clear thinking, not rhetoric. People's lives depend on the decisions made. These must be for every community to aid the police in preventing attacks; to treat Britain's Muslim community with respect, both because it is right and to shrink the pools terrorists operate in; and for Britain to withdraw from Iraq.

Ken Livingstone
Thursday August 4, 2005
The Guardian

Ken Livingstone is mayor of London; you can donate to the London Bombings Relief Charitable Fund over the counter at your nearest bank or post office, by phone on 08705 125 125, or online at: Redcross.org.uk

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong bagi Bulan Ogos 2005.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
"To Allah we belong and to Him is our return." (Al-Baqarah :156)

Tuesday, August 09, 2005

Sheikh Ahmed Deedat has passed away

"To Allah we belong and to Him is our return." (Al-Baqarah :156)

I was informed by Pertubuhan Al-Nida’ about this news. The original articles can be view at IPCI website.(http://www.ahmed-deedat.co.za/frameset.asp)

A message on behalf of Trustees, Director and Staff of IPCI
Early this morning, 8 August 2005 / 2 Rajab 1426, Sheikh Ahmed Hoosen Deedat passed on to meet his Creator. This was after succumbing to a severe stroke that left him paralysed for more than nine years.Throughout this period, he gracefully persevered under the most difficult personal conditions; however, not forgetting his task as a daee (Islamic worker) and an ambassador of Islam, he continued to inspire, educate, challenge and inform people about the universal message of Islam.It is on this solemn occasion of his demise that we salute the courageous spirit and phenomenal work of this world-renowned personality, a hero of the Muslim World, nay, a true hero of believers all around the globe!

Brief Biography of Sheikh Deedat
Sheikh Ahmed Hoosen Deedat was Born on the 01 July 1918 in the Surat district of India in 1918. His father emigrated to South Africa in 1927 with him. Ahmed Deedat was a very bright student and excelled in school. Lack of finance interrupted his schooling and at an early age of 16 he took on the first of many jobs in retailing and short assistant.

After reading a book called Izharul Haq – The Truth revealed, a book about a debate with Christian Missionaries in the then British India, Sheikh Deedat was spurred on in the direction of Dawah – Islamic Missionary Activity to halt the tide of the then Christian onslaught against Islam.

Over the next four decades, he immersed himself into a host of activities. Conducting Bible classes, lectures and debates the world over. He established the first Islamic Seminary in Southern Africa to train propagators at Assalaam educational Institute - Braemar.

He is the founder of the largest Islamic Dawah Organization in the world, the Islamic Propagation Center International and became its president.
He has published more than 20 books and distributed millions of copies of FREE literature and pamphlets the world over. Many of Sheikh Deedat’s publications have been translated into the many different languages of the world : Russian, Urdu, Arabic, Bengali, Bangladeshi, French, Amharic, Chinese, Japanese, Mayalam, Indonesian,, Zulu , Afrikaans, Dutch, Norwegian amongst others.

He delivered thousands of lectures all over the world, crossing all the continents and successfully engaging some of the biggest names in Christian evangelists in public debates. Sheikh Deedat’s debates and lectures are available all over the world in the various languages in Video and DVD format.
His career in the field of Comparative Religion took him across all five continents and dialogue with the heads of the Protestant world in America and the late Pope John Paul.

So fearless was his stand in defending the truth that Sheikh Deedat was refused entry into France and Nigeria on the pretext that ‘ he would cause a civil unrest’.

Sheikh Deedat also received a personal phone call at the IPCI from former President Nelson Mandela who was in Saudi Arabia at the time, congratulating Deedat for his international icon status in the Muslim World.
He was awarded the prestigious King Faisal Award in 1986 for his sterling services to Islam in the field of Propagation.

May Almighty Allah bless his soul, accept his efforts for the cause of da’wah and grant gracious patience to his loved ones during this trying time.

His funeral will leave his house 49 Trevenen Road, Lotusville Verulam at 5 pm. Proceeding to the Wick Street Musjid and after Magrib Salah / Prayer , he will be laid to rest in the Verulam Muslim Cemetery.

1. Islam Online Article - After a lifetime of struggle to serve Islam, Sheikh Deedat dies

Jadual Kuliah
1. Jadual Pengajian bagi Bulan Ogos 2005, Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
"To Allah we belong and to Him is our return." (Al-Baqarah :156)

Sunday, August 07, 2005

Hiroshima hantui Razak.

Diriku merupakan seorang yang tidak berminat dengan subjek sejarah, dari Tingkatan 1 aku suka membaca tentang sejarah, dek kerana suka membaca buku sejarah lah diriku dikurniakan gred yang agak baik dalam peperiksaan dalam subjek sejarah. Kebanyakan jawapan yang kuberi adalah dari jawapan spontan, ku kira.

Secara ikhlasnya, diriku tidak minat subjek sejarah, tapi apa yang diriku minat ialah untuk tahu apa yang aku tak tahu. Sama juga kesnya dalam subjek Geografi. Bukan atas alasan minat dengan sejarah aku banyak membaca buku sejarah, tapi atas alasan nak tahu apa yang berlaku membuatkan nafsu hendak tahu ada dalam diriku.

Tapi pengalaman orang melayu yang merasai kesan pengeboman Hiroshima secara langsung adalah satu perkara yang tidak pernah disentuh di zaman kanak-kanak, mahupon zaman pembelajaran formalku, mungkin disebabkan aku berada di aliran kejuruteraan kurang didedahkan dengan sejarah.

Sekadar ingin meletakkan artikel akhbar Berita Harian mengenai artikel pandangan Datuk Abdul Razak ketika beliau menghadapi saat-saat genting pada 6 Ogos 1945.

----------------------------------------------------------------------------
SUASANA Hiroshima pagi itu - Isnin, 6 Ogos 1945, tenang seperti hari sebelumnya. Suhu kira-kira 26 darjah Celcius cukup nyaman. Walaupun Jepun dilanda peperangan, kehidupan di bandar yang berpenghuni 400,000 hingga 500,000 orang, berjalan seperti biasa.

Penduduk sudah lali dengan kehadiran pesawat Tentera Berikat. Mereka segera lari menyorok dalam lubang perlindungan yang ada di mana-mana jika terdengar bunyi deruman pesawat. Penduduk Hiroshima tidak tahu bahawa sesuatu yang amat dahsyat akan menimpa mereka.

Kapal terbang pengebom B-29 yang berlepas dari Pangkalan Udara Tinian di Guam, berada di ruang angkasa Hiroshima pada jam 8.15 pagi. Kira-kira 17 saat kemudian, bom atom (Uranium-235) dilepaskan dan seminit kemudian, bom yang dikenali sebagai Little Boy meledak di udara.

Sasaran awal adalah Jambatan Aioi, tetapi pusat ledakan adalah di atas Hospital Shima, bersebelahan Dewan Promosi Perindustrian Hiroshima yang kini dikenali sebagai Kubah Bom Atom.

Natijahnya, kira-kira 60,000 orang terbunuh serta merta! Sesudah Hiroshima, tiga hari kemudian giliran Nagasaki pula menjadi mangsa kekejaman `Little Boy’

Kira-kira 39 tahun kemudian (1984), statistik melalui Buku Rekod Kesihatan, melaporkan anggaran mangsa yang terbunuh di Hisroshima bertambah enam kali ganda, iaitu seramai 368,000 orang. Ramai yang mati selepas menanggung derita akibat kesan radioaktif bom atom.

Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sentiasa dikenang sebagai antara tragedi kemusnahan manusia dan alam paling menyayat hati.

Semalam adalah hari ulang tahun ke-60 kejadian itu. Di kebanyakan tempat dunia ini, sambutan diadakan dengan harapan tragedi itu tidak berulang.

Di Hiroshima, Kubah Bom Atom menjadi medan pertemuan rasmi bagi mangsa yang masih hidup untuk mengenang semula detik hitam itu.

Di Kuala Lumpur - Datuk Abdul Razak Abdul Hamid, 80, tidak pernah ketinggalan menyertai sambutan di Hiroshima sebagai tetamu kehormat kerajaan Jepun.

“Hanya tahun ini, saya tidak dapat ke Hiroshima kerana keadaan kesihatan isteri tidak mengizinkan. Sayu tidak dapat pergi.

“Setiap tahun, saya sentiasa menunggu tarikh 6 Ogos kerana seminggu sebelum itu, saya akan berada di sana untuk bertemu semula sahabat lama,” katanya.

Malaysia bertuah kerana tidak memerlukan orang Jepun mengisahkan semula peristiwa itu. Anak jati Pulau Pinang itu Razak adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dari Malaysia.

Peristiwa yang dirasakan seperti berlaku semalam itu baginya bukti kezaliman peperangan yang kerana hendakkan kuasa, sanggup membunuh manusia tidak berdosa.

“Zalim...saya hairan memikirkan manusia yang suka membunuh,” kata bekas mahasiswa Universiti Hiroshima itu ketika ditemui di rumahnya di Gombak, Selangor.

Mengimbas kembali kejadian itu, Abdul Razak bersama Pengiran Yusuf dari Brunei tekun belajar matematik dengan Profesor Hiroshi Toda dalam kelas.

Tiba-tiba terdengar bunyi siren. Semua kelam kabut berlari menyorok dalam lubang perlindungan. Kemudian siren berbunyi lagi menandakan keadaan selamat.

Sebaik saja pelajaran bersambung, terdengar bunyi yang sangat kuat. Boom! Bangunan kayu dua tingkat kelas itu runtuh dan turut terperosok di bawah runtuhan kayu.

“Saya tak tahu berapa lama tertimbus. Apabila sedar, saya nampak cahaya samar-samar lalu merangkak ke arah cahaya itu,” katanya yang cedera ringan di kepala.

Selepas berdiri tegak, Abdul Razak terpegun kerana keadaan sekeliling berjerebu dan sebahagian besar bangunan ranap menyembah bumi.

Toda menyuruh Abdul Razak pulang ke asrama, tetapi beliau sendiri tidak tahu mencari arah ke asrama.

Ketika berjalan mencari-cari, Abdul Razak bertemu rakannya dari Kelantan, Nik Yusuf Nik Ali. Seorang lagi rakan senegara ialah Syed Omar Aksagoff.

Nik menjerit: “Razak! Cepat balik tolong kawan-kawan di asrama.” Saya tanya: ”Awak macam mana? Nik berkata: ”Saya sihat, tak ada apa-apa.”

Rupa-rupanya hari itu adalah pertemuan terakhir dua sahabat karib itu. Nik Yusuf kemudian hilang begitu saja.

Selepas menemui asrama yang sudah menyembah bumi, Abdul Razak bertungkus lumus membantu rakan-rakan dan penduduk Jepun yang terselamat hingga petang.

Pada petang itu, berlaku kebakaran besar yang meragut nyawa mereka yang masih hidup.

“Saya nampak di seberang sungai, orang lari ke tebing tetapi dihalang arus deras. Api menggila seperti puting beliung mara menyambar mereka di tebing.

“Api itu seperti bermata, mara ke seberang sungai kawasan saya berdiri melalui sebuah jambatan,” katanya.

Abdul Razak yang melihat tragedi di seberang sungai tidak berdiam diri lalu berlari ke sebuah jambatan lain. Dengan izin Allah, ada sebuah rakit tertambat di situ.

Beliau bersama rakan-rakannya menaiki rakit yang hanya mampu menampung kira-kira 15 orang. Baki di daratan hangus dijilat api.

Di atas rakit pula, beberapa orang yang mungkin kerana terlalu dahaga meminta air. Abd Razak mencedok air sungai dan diberikan kepada orang itu.

Orang itu mati serta-merta selepas minum. Beberapa orang lain juga menerima nasib sama.

“Barang kali kerana air sungai ini penuh dengan mayat, banyak kuman dan perlu dipanaskan terlebih dulu. Tetapi selepas minum air yang dijerang, mereka juga mati.

“Walaupun saya enggan lagi memberikan mereka air, tetapi mereka kata, tak apa, biarlah kami mati asalkan dapat air,” katanya.

Apabila malam menjelma, barulah bantuan ubat-ubatan dan makanan dari tempat lain tiba.

Abdul Razak dan rakan-rakannya bernasib baik kerana seorang penduduk Jepun membawa mereka tinggal di rumahnya selama seminggu.

Pihak berkuasa Jepun kemudian mengesan mereka dan dibawa ke Tokyo. Ketika perjalanan, Syed Omar yang sakit ditinggalkan di Kyoto.

Tiga bulan kemudian, Abdul Razak mendapat tahu bahawa Syed Omar meninggal dunia.

Teka-teki kehilangan Nik Yusuf pula berakhir apabila Abdul Razak menemui nama Nik Yusuf Nik Ali-Malaya di kawasan perkuburan mangsa Hiroshima.

Di Tokyo, hampir sebulan Abdul Razak menerima rawatan kerana kekurangan sel putih dan selepas Jepun menyerah kalah, Amerika Syarikat menguasai negara itu.

Pegawai Amerika Syarikat menemu bualnya dan oleh kerana tidak ada siapa lagi yang menaja pembelajarannya, beliau disuruh pulang ke Malaya.

Setiba di rumah keluarganya di Kampung Baru pada Disember 1945, keadaan kecoh kerana tiada siapa menyangka beliau masih hidup.

Hari ini, peperangan yang berlaku di sana-sini dan bencana alam seperti tsunami menyebabkan Abdul Razak, mudah terkenang balik tragedi Hiroshima dan Nagasaki.

Beliau juga tidak mudah melupakan kata-kata seorang tentera Jepun yang marah kerana negaranya menyerah kalah selepas peristiwa dahsyat itu.

“Razak, kau balik ke negara kau yang makmur, tetapi 20 tahun lagi, Jepun akan bangun semula,” Terbukti kata-kata itu benar. Jepun sudah lama bangkit dari debu kemusnahan.

Di bawah ini saya letakkan satu link dari akhbar NST berkenaan kata-kata seorang Arcbishop yang memberi kebenaran kepada Tentera Perikatan untuk menggugurkan Little Boy dan Fat Man.

1. Petikan dari akhbar NST 7 August 2005
2. mykhilafah Article : Hiroshima & Nagasaki - Memori Kerakusan Barat

Wallahu ‘alam…….

Jadual Kuliah
1. Jadual Pengajian bagi Bulan Ogos 2005, Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong.
--------------------------------------------------------------
“"Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)".(Faatir : 30)

Wednesday, August 03, 2005

Flow Test

Alhamdulillah ….
Kegagalan melaksanakan flow test semalam membuat kami sepasukan bekerja lebih keras untuk memastikan kami tidak off schedule. Dan kegagalan semalam menjadi pengajaran kepada kami.

Hari ini berjaya menyiapkan 4 pump fire figting pump, satu electrical pump dan 3 diesel generated pump.

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sama-sama berusaha memastikan kerja-kerja flow test ini berjalan dengan lancer. Simon, Jeffriy, Ting, Indran, Lim and beberapa individu yang ditempatkan di lokasi site, terima kasih kuucapkan.

Wallahu ‘alam…….




Jadual Kuliah
1. Jadual Pengajian bagi Bulan Ogos 2005, Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong.
--------------------------------------------------------------
“Dan ikutlah jalan orang yang suka kembali kepadaKu (Luqman : 15)

Terima Kasih Najib

Alhamdulillah …..
Semalam waktu balik dari buat flow test di Kapar singgah sebentar di Esso untuk makan bersama team member yang buat flow test. Walaupon flow test semalam sedikit gagal, tapi den tak berasa kecewa secara total kerana sedikit sebanyak belajar dari kesilapan. Kesilapan dek kerna technical. InsyaAllah hari ni akan pergi lagi, du’akan den berjaya menyiapkan flow test berkenaan ya sahabat-sahabat dan pembaca coretan ku ini.

Dalam duk team member menjamu hidangan nasi ayam Ayamas den sempat membelek akhbar utusan, itupon bukan baca banyak sangat pon.

Dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana sudi memberi buah fikiran dan teguran mengenai program realiti TV yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Terima kasih Najib.

Mungkin ada sesetengah orang berkata, siapalah Najib yang nak bersuara tentang isu pengaruh rancangan TV kepada masyarakat Malaysia secara amnya. Mungkin ada yang mengatakan Najib bukanlah orang yang sesuai untuk mengatakan perkara ini.

Secara peribadinya diriku merasakan sedikit gembira apabila Najib menyuarakan kebimbangannya dengan pengaruh realiti TV di Malaysia. Apa pon pandangan buruk sesetengah orang terhadap Najib kita patut ketepikan dan jangan berburuk sangka terhadapnya, ada baiknya husnu zhun.

Kita tidak tahu suatu hari nanti Najib bakal ditempatkan dalam golongan orang-orang yang mendapat taufik dan hidayahNya, kita tidak tahu bila atau sudah pon terjadi, ini semua hak mutlak Pencipta kita, sesungguhnya perkara ini amat mudah bagi Allah.

Cuma sedikit terkilan bila melihat slot temuramah media bersama beliau semalam, beliau hanya menegaskan bahawa rancangan realiti TV sepatutnya berlandaskan budaya masyarakat kita, masyarakat Malaysia.

Moga-moga dengan teguran Najib ini akan berkurangnya program realiti TV yang lagha, bukan tidak bulih melaksanakan program realiti TV, cuma biarlah ianya membawa kebaikan bersama, antara program realiti TV yang harus diperbanyakkan adalah seperti rancangan Bersamamu anjuran TV3 atau Misi Suara Hati anjuran Yayasan Budi Penyayang dan juga Astro, walaubagaimana pun rancangan Misi Suara Hati ini masih ada banyak ruang untuk diperbaiki. Jangan sampai mengabaikan aspek yang dipandangan ringan oleh sesetengah individu yang mahu mengutip dana dengan cara mudah.

Rancangan-rancangan seperti ini membuatkan kita sedar dan dan bersyukur dengan apa yang kita miliki, betapa beruntungnya kita yang berada lebih senang dari mereka yang kekurangan. Secara tidak langsung rancangan ini membentuk rasa syukur kita kepada Allah yang terlalu banyak mengurniakan nikmat kepada kita. Alhamdulillah.

Secara peribadi saya yakin pasti sedikit kesedaran akan timbul untuk membantu mereka, saluran derma melalui SMS dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.

Selalulah kita memandang golongan yang berada dibawah kita, insyaAllah kita akan menjadi insan yang bersyukur dengan apa yang kita ada.

Wallahu ‘alam…….

Jadual Kuliah
1. Jadual Pengajian bagi Bulan Ogos 2005, Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong.
--------------------------------------------------------------
“Dan ikutlah jalan orang yang suka kembali kepadaKu (Luqman : 15)