Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, August 17, 2005

Kebaikan

Pernah saya beriktikaf di Masjidil Haram ketika cuaca sangat panas, lebih kurang sejam menjelang waktu solat Zuhor. Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki yang sudah berusia berdiri dan memberi air sejuk kepada orang-orang yang hadir di situ. Dia memberi minum para jemaah dengan air zam-zam.

Setelah seorang selesai meminum air yang diberikan dia kembali mengambil air dan memberi kepada jemaah yang lain. Sudah ramai orang yang diberi minum, saya lihat keringatnya keluar dengan banyak sekali sedangkan orang-orang lain hanya duduk menunggu giliran untuk mendapatkan air dari orang tua berkenaan.

Saya kagum kepada semangat, kesabaran dan kecintaannya kepada kebaikan, serta wajahnya yang sentiasa melontarkan senyuman kepada orang-orang yang diberinya minum.

Akhirnya saya tahu bahawa kebaikan itu sangat mudah untuk dilaksanakan oleh sesiapa sahaja yang Allah permudahkan baginya. Allah memiliki simpanan kebaikan yang banyak sekali dan akan dikurniakan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan Allah juga mengalirkan keutamaan, meski pon sedikit, kepada orang-orang yang baik yang senang melakukan kebaikan kepada sesama manusia dan tidak senang melihat keburukan menimpa sesama manusia.

Abu Bakar sedia menempuh bahaya pada saat hijrah semata-mata untuk melindungi Rasulullah SAW.

Hatim rela tidur dalam kelaparan asal tetamunya kenyang.

Abu Ubaidah tidak tidur malam di tengah tenteranya sedang nyenyak.

Umar al-Khatab mengelilingi kota Madinah pada saat penduduk kota itu dibuai mimpi.

Ibnul Mubarak memberi makanan kepada orang-orang lain padahal dia berpuasa.

Artikel oleh : Dr. ‘Aidh al-Qarni, La Tahzan

Wallahu ‘alam.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong bagi Bulan Ogos 2005.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
Narrated Abu Huraira: The Prophet said, "I shall accept the invitation even if I were invited to a meal of a sheep's trotter, and I shall accept the gift even if it were an arm or a trotter of a sheep." (Saheeh Bukhari)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home