Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, August 03, 2005

Terima Kasih Najib

Alhamdulillah …..
Semalam waktu balik dari buat flow test di Kapar singgah sebentar di Esso untuk makan bersama team member yang buat flow test. Walaupon flow test semalam sedikit gagal, tapi den tak berasa kecewa secara total kerana sedikit sebanyak belajar dari kesilapan. Kesilapan dek kerna technical. InsyaAllah hari ni akan pergi lagi, du’akan den berjaya menyiapkan flow test berkenaan ya sahabat-sahabat dan pembaca coretan ku ini.

Dalam duk team member menjamu hidangan nasi ayam Ayamas den sempat membelek akhbar utusan, itupon bukan baca banyak sangat pon.

Dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana sudi memberi buah fikiran dan teguran mengenai program realiti TV yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Terima kasih Najib.

Mungkin ada sesetengah orang berkata, siapalah Najib yang nak bersuara tentang isu pengaruh rancangan TV kepada masyarakat Malaysia secara amnya. Mungkin ada yang mengatakan Najib bukanlah orang yang sesuai untuk mengatakan perkara ini.

Secara peribadinya diriku merasakan sedikit gembira apabila Najib menyuarakan kebimbangannya dengan pengaruh realiti TV di Malaysia. Apa pon pandangan buruk sesetengah orang terhadap Najib kita patut ketepikan dan jangan berburuk sangka terhadapnya, ada baiknya husnu zhun.

Kita tidak tahu suatu hari nanti Najib bakal ditempatkan dalam golongan orang-orang yang mendapat taufik dan hidayahNya, kita tidak tahu bila atau sudah pon terjadi, ini semua hak mutlak Pencipta kita, sesungguhnya perkara ini amat mudah bagi Allah.

Cuma sedikit terkilan bila melihat slot temuramah media bersama beliau semalam, beliau hanya menegaskan bahawa rancangan realiti TV sepatutnya berlandaskan budaya masyarakat kita, masyarakat Malaysia.

Moga-moga dengan teguran Najib ini akan berkurangnya program realiti TV yang lagha, bukan tidak bulih melaksanakan program realiti TV, cuma biarlah ianya membawa kebaikan bersama, antara program realiti TV yang harus diperbanyakkan adalah seperti rancangan Bersamamu anjuran TV3 atau Misi Suara Hati anjuran Yayasan Budi Penyayang dan juga Astro, walaubagaimana pun rancangan Misi Suara Hati ini masih ada banyak ruang untuk diperbaiki. Jangan sampai mengabaikan aspek yang dipandangan ringan oleh sesetengah individu yang mahu mengutip dana dengan cara mudah.

Rancangan-rancangan seperti ini membuatkan kita sedar dan dan bersyukur dengan apa yang kita miliki, betapa beruntungnya kita yang berada lebih senang dari mereka yang kekurangan. Secara tidak langsung rancangan ini membentuk rasa syukur kita kepada Allah yang terlalu banyak mengurniakan nikmat kepada kita. Alhamdulillah.

Secara peribadi saya yakin pasti sedikit kesedaran akan timbul untuk membantu mereka, saluran derma melalui SMS dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.

Selalulah kita memandang golongan yang berada dibawah kita, insyaAllah kita akan menjadi insan yang bersyukur dengan apa yang kita ada.

Wallahu ‘alam…….

Jadual Kuliah
1. Jadual Pengajian bagi Bulan Ogos 2005, Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong.
--------------------------------------------------------------
“Dan ikutlah jalan orang yang suka kembali kepadaKu (Luqman : 15)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home