Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, August 12, 2005

Majlis Ilmu di Masjid Bangi

InsyaAllah malam ini akan diadakan satu ceramah agama di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.

Topik yang akan dibincangkan adalah satu topik yang sedang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Pemberian Jarum Suntik & Kondom Percuma: Di Mana Rasionalnya?.

Ceramah ini akan dipengerusikan oleh Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, dan barisan panelnya adalah individu yang rata-ratanya kita kenali. Panelis yang pertama adalah Datuk Seri Harunsani Zakaria yang merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perak. Ahli panel yang kedua adalah Datuk Zaman Khan yang merupakan bekas Ketua Polis Negara yang saya pasti ramai yang kenal akan dia ini. Dan panelis yang terakhir adalah Dr.Ishak Mas’ud yang merupakan bekas presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia.

InsyaAllah majlis akan bermula jam 9 malam, atau kukira selepas solat Isya’, muslimin dan muslimat semua dijemput hadir untuk sama-sama kita mendengar dengan berfikir apa yang bakal diperkatakan oleh para panelis pada malam ini. Dan insyaAllah ceramah malam ini adalah percuma. Jangan lepaskan peluang ini, marilah kita beramai-ramai ke Bandar Baru Bangi ke majlis tersebut.

Bagi mereka yang tidak tahu lokasi masjid ini, ianya amatlah mudah untuk sampai. Kalau anda keluar dari tol kajang, straight sahaja, sehinggalah bertemu dengan persimpangan T di hujung jalan berlampu isyarat. Kemudian ambil persimpanagan ke kanan. InsyaAllah dalam beberapa saat selepas persimpangan tersebut anda akan nampak sebuah masjid di sebelah kanan anda. Itulah masjid Al-Hasanah.

Wallahu ‘alam.

Jadual Kuliah
1.Jadual Pengajian Surau Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong bagi Bulan Ogos 2005.
2. Jadual Pengajian sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bagi Bulan Ogos 2005.
--------------------------------------------------------------
"Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi."(Al-Furqaan : 44 )

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home