Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, August 30, 2004

PKNS oh PKNS .....



Masyarakat kita memang selalu disogokkan dengan unsur hiburan. Perlu sangatkah hiburan nie? Semua orang hampir pasti hiburan merupakan suatu yang melalaikan. Tetapi masih ramai yang masih berhibur. Dalam erti kata lain hiburan yang melalaikan. Tiada salahnya hiburan yang tidak melanggar syariat. Yang menjadi masalahnya ialah hiburan yang tidak berlandaskan syariat.

Hari sabtu lepas, selesai waktu pejabat sy meluangkan sedikit masa untuk ke plaza PKNS, Shah Alam. Mcm biasalah, awal bulan cuba mencari bahan bacaan untuk ditambah sebagai koleksi peribadi. Buku yang dicari out of stock. InsyaAllah minggu depan ada kot. Ikut kata abg din tu la. Moga-moga ada. Tapi biasalah kan bila dah sampai rasa tak beshh lah plak balik tangan kosong. Pusing punya pusing tahu-ahu dah sampai 4 biji kedai masuk. Alhamdulillah last kedai masuk beli gak satu buku. Buku yang betajuk "SANGGAHAN SALAH TAFSIRAN ISLAM" di tulis oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi. Buku kecil yang isi nya agak menarik juga untuk dibaca oleh kita semua. Membincangkann salah tafsiran tentang Islam.

Apa yang mengecewakan saya waktu duk dalam pusing-pusing tu, plaza PKNS nie dicemari oleh pencemaran bunyi yang amat sangat. Tak tahu la berapa desibel agaknya tahap pencemaran bunyi yang dihasilkan. Konsentrasi menilik dan mencari bahan bacaan terganggu sikit dek bunyi bising konsert mini yang entah apo-apo. Cabutan premium BSN diadakan di Plaza PKNS pada hari itu, tapi secara peribadinya saya rasakan cabutan tu tak perlulah diadakan konsert sekali. Bising rasanya. Kalau nak buat cabutan tanpa ada mini konsert tak bulih ker? Pelik jugak mesti nak ada bunyi-bunyi. Sepatutnya pihak BSN peka sebelum melaksanakan agenda mereka. Ini merupakan pusat membeli belah yang ramai penyewa dan pelanggan. Kalau PKNS nie besar lain lah citernya, mungkin tak berapa kedengaran. Nie dah lah kecik, lepas tu pakai loudspeaker yang amat kuat bunyinya, konpem lah hiruk pikuk dibuatnya. This is just my personal opinion. Cuma terasa kurang selesa sikitlah dengan keadaan yang dilalui pada hari sabtu lepas. Dah lah kita nie jarang-jarang dapat keluar, sekali dapat keluar macam nie plak jadinya.

Berbalik kepada sinopsis buku dr Qardhawi. Di sini saya salin semula sinopsis yang disediakan oleh dr Qardhawi dalam buku kecilnya. Saya rasa buku nie memang menarik untuk dibaca. Kecil, pendek dan padat.

Kefahaman yang benar terhadap ajaran Islam adalah syarat untuk meninggikan darjat umat Islam.Semua kaedah kehidupan didunia ini berjalan diatas landasan ajaran Islam yang sebenar serta diredhai oleh Allah S.W.T.
Oleh yang demikian ajaran Islam perlu disebarkan ditengah masyarakat beserta hujah2 yang benar supaya krisis pemikiran yang melanda umat Islam akan segera berakhir.Akhlak masyarakat mempunyai peranan terpenting bagi membangunkan sebuah bangsa dan negara.Sesebuah masyarakat tidak akan kuat,jika masyarakat tidak berakhlak.

Hanya kepada Allah S.W.T kita memohon supaya kita diberikan kefahaman yang benar terhadap Islam serta menutur kata2 yang benar,niat yang tulus ikhlas dan mengerjakan segala amalan yang manafaat.Semoga beroleh rahmat dan keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar Lagi Maha Memakbulkan permintaan hamba-Nya.Amin...!

Dan katanya lagi didalam buku tersebut: "Kelemahan umat Islam yang ketara kini ialah perilaku umat Islam yang senang 'mencincang' sesama Islam,bagaikan daging diatas landas..."

Selamat membaca …… wallahu ‘alam

HOME

Saturday, August 28, 2004

Konsert Merdeka KLCC 2004



Konsert Merdeka KLCC 2004, sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke 47. Setiap kali melihat iklan ini dikaca tv hatiku pasti akan tersentuh sedikit mengenangkan penganjuran suatu aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Mengapa satu syarikat yang gah di dunia harus meniru suatu budaya lain? Mengapa harus diadakan konsert untuk mengingati hari kemerdekaan Malaysia? Apa rasionalnya mengadakan konsert besar-besaran yang jelas merupakan satu pembaziran yang nyata Adakah dengan mengadakan konsert sedemikian golongan muda-mudi(anak-anak merdeka) akan dapat menterjemahkan perjuangan pejuang kemerdekaan? Rasanya tidak sama sekali. Kami golongan anak-anak yang lahir selepas merdeka tidak akan dapat menterjemahkan perjuangan pejuang kemerdekaan dalam bentuk konsert yang cuba dianjurkan.

Semua orang pasti setuju bahawa cara ini merupakan satu cara yang tidak betul dalam menyampaikan mesej perjuangan kemerdekaan dikalangan muda-mudi. Konsert bukanlah satu medium untuk menghadirkan atau membangkitkan rasa cinta akan tanahair. Ianya merupakan hiburan semata-mata, Ya mungkin benar ada diselitkan unsur-unsur patriotisme dalam konsert berkenaan. Tetapi impaknya dalam jiwa masyarakat yang hadir pada konsert itu tentang erti kemerdekaan mungkin sifar atau zero kerana telah disogokkan dengan hiburan. Kehadiran mereka lebih menterjemahkan naluri untuk berhibur bukan untuk menghayati erti kemerdekaan dan mengenangkan liku-liku perjuangan pejuang kemerdekaan. Terasa terpanggil untuk menulis tentang kemerdekaan kerana agak sedih melihat masyrakat kita di kala ini terutamanya di kalangan remaja yang berbangsa melayu dan beragama Islam yang ramai alpa dalam mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikurniakan oleh Allah azzawajalla. Hampir 400 tahun negara kita dijajah. Bermula pada tahun 1511, kehadiran bangsa Portugis menjajah Melaka. Selepas dari detik itu Inggeris dan Jepun pula yang menjajah. Mungkin ramai di antara golongan remaja yang mensyukuri nikmat kemerdekaan, tetapi gagal menzahirkan nikmat kemerdekaan dengan cara yang bersesuaian dengan syariat Islam.

Nikmat kemerdekaan negara yang dikurniakan oleh Allah kepada kita bukanlah satu nikmat yang kekal atau dalam erti kata lain milik mutlak kita rakyat Malaysia. Nikmat ini boleh ditarik bila-bila sahaja jika Dia menghendakinya. Adakah dengan mengadakan konsert-konsert yang tumbuh bak cendawan di negara kita ini adalah satu medium yang sesuai dalam mengekspresikan erti kemerdekaan. Ini bukannya cara kita sebagai seorang muslim mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Pengaruh budaya barat yang menerapkan elemen hiburan melampau atau budaya hedonisme menyebabkan ada segelintir masyarakat yang cuba menbangkitkan keghairahan berhibur. Keghairahan menghiburkan segelintir masyarakat dan keghairahan masyarakat berhibur merupakan satu proses yang timbal-balik yang mana memerlukan 2 pihak. Jika tiada penganjur maka tiadalah aktiviti berhibur. Jika tiada masyarakat yang tidak mahu berhibur maka tiadalah inisiatif pertubuhan menganjurkannya.

Dalam konteks ini saya melihat penganjur lebih perlu dipersalahkan. Apa perlunya konsert. Tiada perlunya konsert. Terlalu banyak unsur yang tidak berfaedah dalam penganjuran konsert-konsert ini. Pertama ianya menjadikan masyarakat kita masyarakat yang cintakan hiburan. Tiada faedahnya mencipta sebuah masyrakat yang cintakan budaya berhibur. Mencipta masyarakat yang cintakan umpama menrencana kehancuran negara. Negara dijana atas dasar ilmu dan taqwa kepada Allah untuk menjadi sebuah negara yang diredhaiNya. Budaya hedonisme ini akan menjadikan segelintir masyarakat kita lupa akan tanggungjawab mereka. Kedua, konsert merupakan satu pembaziran yang amat sangat. Persiapan yang dilaksanakan menelan belanja ratusan ribu ringgit. Bayangkan wang sebanyak ini digunakan dengan cara yang betul. Duit sebanyak itu jelas menunjukkan pembaziran yang melampau.

Di sini saya ingin mengetengahkan elemen bersyukur masyarakat Malaysia. Bagaimanakah segelintir masyarakat Malaysia mensyukuri nikmat kemerdekaan ini? Kita sebagai anak merdeka sepatutnya berasa bertuah kerana dilahirkan di dalam sebuah negara yang telah ‘merdeka’, tidak seperti ayah dan datuk nenek kita yang merasa hidup dibawah penjajahan. Penjajahan yang hanya menguntungkan penjajah. Mensyukuri nikmat Allah ini sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.


Maka ingatlah Aku nescaya aku akan meningatimu, dan syukurlah atas nikmatKu dan jangan sekali-kali kufur (al-Baqarah:152)

Kita perlu tanamkan dalam fikiran kita, bahawa sesungguhnya kemerdekaan yang kita kecapi ini bukanlah milik mutlak kita. Ianya boleh ditarik oleh Allah dengan pelbagai cara, samaada kita sedari atau tidak sedari. Sejarah banyak mengajar kita betapa umat-umat terdahulu yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah telah dihancurkan oleh Allah. Sejarah juga mengajar kita betapa umat-umat terdahulu yang mensyukuri nikmat Allah dan melaksanakan perintah-perintah Allah telah mencapai kemanisan dalam kehidupan mereka di dunia.

Muhajirin, Ansar dan Hawariyun. Semuanya adalah golongan yang mensyukuri nikmat Allah dan mentaati perintah Allah. Muslimin Madinah yang bersyukur dan bersabar dalam menjalani perintah Allah akhirnya berjaya menawan Mekkah al-Mukarramah tanpa perlu menitiskan darah. Setiap insan yang bersyukur insyaAllah akan ditambahkan nikmat oleh Allah.

Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan lagi(nikmatKu) (Ibrahim : 7)

Adakah segelintir masyarakat kita dinamakan bersyukur dengan nikmat Allah sedangkan pada masa yang sama mereka melakukan kemungkaran seperti cara menyambut kemerdekaan. Jawapannya adalah TIDAK. Tidak mungkin kedua-duanya berjalan seiring.

Sejarah umat-umat terdahulu juga mengajar kita bahawa kehancuran umat terdahulu disebabkan kedurhakaan mereka dalam mentaati perintah Allah. Kaum Nabi Lut, Nuh dan Bani Israel. Semuanya menjadi tauladan kepada kita. Al-Quran diturunkan kepada kita sebagai pedoman kepada kita untuk melayari bahtera duniawi yang bersifat fana ini. Al-Quran dan as-Sunnah menjadi pegangan kita. Al-Quran memberitahu kita bahawa golongan yang kufur akan nikmat Allah akan ditimpakan azab olehNya yang berupa kehancuran mereka. Tidak kira kehancuran di dunia ini atau di akhirat kelak. Lihat sahajalah Bani Israel golongan yang telah diangkat martabatnya oleh Allah pada suatu ketika telah dilaknat oleh Allah kerana kekufuran mereka.

Hai Bani Israel, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan Aku telah melebihkan kamu atas segala umat (al-Baqarah : 122)

Apa telah jadi pada Bani Israel? Keegoan dan mereka menyebabkan mereka dimurkai oleh Allah. Kegoan mereka dalam mentaati perintah Allah dan mendustai dan membunuh para anbiya’ yang mana golongan anbiya’ ini ramai tergolong dari kaum mereka.
Marilah kita sebagai umat Islam, khasnya masyarakat Malaysia yang bakal menyambut hari kemerdekaan memanjatkan rasa syukur yang amat sangat atas kurniaan Allah mengizinkan negara kita merdeka dari penjajahan.


Kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam sewajarnya berazam dan sentiasa berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri kita dari konteks zahiriah dan spiritual dalam melaksanakan amanah kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Pelbagai cara boleh dilaksanakan dalam usaha kita meningkatkan mutu diri kita sebagai seorang insan. Masih banyak lagi cara kita sebagai umat Islam untuk menyambut hari kemerdekaan. Lihat sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid as-Syakirin KLCC dan Masjid WP, Jalan Duta anjuran Bank Islam. Saya menyeru pada diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat agar sama-sama kita tidak menghadirkan diri pada konsert yang melalaikan itu.


Wallahhu ‘alam

HOME

Sunday, August 22, 2004

Hakikat Muraqabah


Muraqabah atau meneliti diri itu ialah menjaga kesopanan diri terhadap Allah yang Maha Pengawas dan Maha Peneliti serta menyerahkan segala maksud dan tujuan hanya kepadaNya saja. Yakni hendaklah disematkan dalam hati semacam keadaan yang dihasilkan oleh sejenis makrifat, dan keadaan itu pula akan mencetuskan pelbagai amal pada seluruh anggota dan hati.

Perihal yang menyangkut keadaan, iaitu hati yang akan mengambil berat terhadap Zat Allah yang bersifat Maha Pengawas dan Peneliti atas segala gerak‑geri diri kita. Adapun perihal yang menyangkut makrifat pula, iaitu untuk mengenal Zat Allah yang Maha Menyingkap segala yang tersimpan di dalam hati hambaNya, Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di lubuk kalbunya, meneliti segala amalan hambaNya dan Mengawasi setiap langkah yang diusahakannya. Dan sesungguhnya semua rahsia hati manusia itu akan terbuka nyata di hadapan Allah s.w.t., seperti juga kulit badan yang terdedah jelas di hadapan mata manusia sendiri.

Orang yang meneliti diri sendiri dalam amalan‑amalannya ada dua cara, iaitu:

(1) Meneliti amalan sebelum dimulakan.

(2) Meneliti amalan ketika melaksanakan.

PERTAMA: MENELITI AMALAN SEBELUM MEMULAKAN

Seelok‑eloknya, hendaklah kita menumpukan perhatian dan gerak‑geri terhadap sesuatu amalan itu, sama ada ia sebenamya ditujukan kerana Allah semata‑mata, ataupun dicampuri oleh keinginan hawa nafsu atau menurutkan kemahuan syaitan.

Sebaik‑baiknya kita menghening sebentar untuk menetapkan hati agar tersingkap bagi diri kita suatu keadaan yang sebenar, sehingga kita dapat melihat hakikatnya dengan nur (cahaya) kebenaran. Kalau sudah jelas, bahwa amalan itu memang ditujukan kepada Allah Ta'ala semata‑mata, maka hendaklah kita teruskan amalan itu sehingga sempurna. Sebaliknya kalau amalan itu bukan kerana Allah Ta'ala, hendaklah kita segera merasa malu kepada Allah Ta'ala, dan segera memberhentikan amalan itu. Seterusnya hendakah kita merasa bimbang kerana hatinya telah terpesong manakala perhatian serta kecenderungannya menyimpang dari Allah Ta'ala itu. Harus juga kita mengingatkan diri kita tentang amalan yang jelek itu, dan bahwasanya amalan serupa itu haruslah dianggap sebagai musuh kepada diri sendiri, kerana ia akan membawa bahaya yang besar kepada diri kita sendiri.

KEDUA: MENELITI AMALAN KETIKA MELAKSANAKAN

Adalah wajar sekali bagi diri kita meneliti setiap amalan yang sedang dilaksanakan, apakah caranya betul seperfi yang ditunjuk, agar ia dikira sempurna untuk menunaikan hak Allah Ta'ala. Kemudian hendaklah kita mensucikan niatnya, sehingga amalan itu terlaksana dan dikerjakan dengan keadaan yang sesempurna sempurna mungkin. Penelitian serupa ini harus selalu berlaku dalam semua hal ehwalnya. Sebab setiap amalan yang dilakukan sehari‑hari itu tidak sepi sama ada dari ketaatan atau kemaksiatan, ataupun amal mubah(harus). Oleh itu jika amalan kita itu berupa ketaatan, maka penelitiannya ialah dengan menjalankan amalan itu secara tulus‑ikhlas dan cukup sernpurna serta menjaga sopan‑santunnya dan memeliharanya dari segala bencana yang boleh merosakkannya.

Jika amalan itu pula berupa maksiat, maka menelitinya ialah dengan bertaubat yang disertai dengan perasaan kesal dan malu serta memenuhi diri dengan kesyughulan memikirkan dosa yang telah dibuat itu. Dan hendaklah kita mengikis terus maksiat yang telah dilakukan itu dari dalam dirinya serta berjanji kepada diri sendiri tidak akan mengulangi lagi.

Jika amalan itu berupa perkara‑perkara yang mubah, yang dihukumkan harus dibuat dalam agama, maka menelitinya ialah dengan menjaga tata‑tertib dalarn melakukannya. Dalam pada itu, jangan pula sampai kita terlupa mengakui kenikmatan yang telah dilimpahi oleh Allah s.w.t. dan mensyukurinya.

Kita harus mengakui juga, bahwa dalam hal‑ehwalnya sehari‑hari itu, tentu sekali ia tidak akan sepi daripada bencana yang menimpanya, maka sewajarnyalah kita bersabar keatasnya. Begitu pula tidak sepi daripada nikmat yang dikecapi, maka sudah sepatutnyalah ia mensyukuri nikmat itu.

Sernua itu adalah termasuk muraqabah ataupun penelitian diri yang tidak boleh tidak manusia mesti melaluinya dalam segala hal ehwalnya yang telah ditakdirkan oleh Allah Ta'ala. Baik dalarn perbuatan yang wajib dilaksanakan, mahupun larangan yang mesti ditinggalkan. Baik dalam perbuatan sunnat yang digalakkan oleh syariat Islam supaya segera mencapai keampunan Allah Ta'ala dan mendahuluinya dari hamba‑hamba Allah yang lain, mahupun dalam perbuatan harus yang memang mengandungi kebaikan‑kebaikan untuk jasmani dan rohani yang dapat menolong untuk melakukan ketaatan kepada Allah Ta'ala. Tiap‑tiap satu dari perkara‑perkara tersebut itu ada batas‑batasnya yang tertentu yang sewajarnyalah dijaga dan dipelihara dengan cara‑cara muraqabah atau penelitian diri.

Allah berfirman ;

“ …..sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya dia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).” (at‑Talaq: 1)

Orang berkuasa untuk menambah kebajikan, maka hendaklah berusaha untuk menambahkan kebajikan. Orang yang berupaya menambahkan keuntungan , tetapi melengahkan usahanya itu, padahal ia berkuasa untuk mencapainya, maka tidak dapat tidak tentulah orang itu akan menanggung kerugian yang besar. Keuntungan-keuntungan itu pasti dapat dicapai dengan menambahkan kebajikan.

Sumber : Bimbingan Mu'minin


HOME

Saturday, August 21, 2004

Enakmen Rizab Melayu



“Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-60 semalam memutuskan Enakmen Rizab Melayu (ERM) akan dipinda bagi membolehkan tanah simpanan Melayu dipajakkan kepada bukan Melayu untuk tempoh maksimum sehingga 60 tahun.”

Itu adalah antara petikan artikel Berita Harian semalam yang betul-betul membuat sy tersentak dan marah. Memajukan atau memiliki tanah rizab melayu? Itu persoalan yang timbul. Bilamana kaum lain telah memajukan sesuatu kawasan secara automatiknya naluri untuk memiliki kawasan yang dimajukan itu akan timbul. Siapa yang nak lepaskan hasil usaha mereka selama ini.

Tanah rizab Melayu adalah antara hak kita sebagai orang melayu yang masih ada dalam tangan kita. Apakah yang cuba mereka pinda? Adakah mereka pinda untuk kebaikan kaum peribumi Malaysia? Alasan yang mereka gunakan untuk meminda akta ini agak mengecewakan. Antara alasan yang diberikan oleh mereka ialah tanah rizab melayu sukar dimajukan kerna
“sebelum ini, tanah rizab Melayu sukar mencapai nilai pasaran tinggi walaupun berada di kawasan strategik berikutan tidak dapat dijual atau dibangunkan bangsa lain. Keputusan semalam membuka laluan kepada pembangunan hartanah lebih cergas di atas tanah rizab Melayu di seluruh negara.”

Saya rasa idea yang dikemukan adalah tidak bernas sama sekali dan ianya menunjukkan seolah-olah kerajaan berusaha untuk menjual negara kita kepada orang asing. Yes we are Malaysian, and we live together in our own multi racial community but the privilege that had been granted by the constitution since Merdeka clearly stating that we are the peribumis, we are the bumiputeras. What are bumiputeras? For me bumi status shows to the people out there that we are the ruler of this country, we have our right in this country, not only right but also an extra right compared to other races. I’m not trying to bring up a racism issue here but this is the fact we are the landlords of our land!!!!

Adakah kita mahu melihat bangsa kita menjadi seperti orang Indian di Amerika, atau orang Aborigines di Australia. Tidakkah barisan kepimpinan sekrang melihat pada sejarah silam. Kesilapan pemimpin-pemimpin silam harus dijadikan ikhtibar bukan sekadar untuk dibaca dan tiada ertinya bagi si pembaca (pemimpin la ni la). Orang kita telah melakukan satu kesilapan satu ketika dahulu. Alhamdulillah orang kita juga yang mendapatkannya kembali dengan izin Allah. Tapi la nie orang kita pula berusaha plak yg cuba nak menjual balik hak kita, tapi bukan kepada penjajah, tapi kepada masyarakat Malaysia (as they claim).

Just want to share my experience while I was in Kelantan the other day for a site visit. The kelantanese are so proud that they still have a privilege that most of the malays here in klang valley does not have.

Apa dia yang mereka banggakan? Kelebihan hak pemilikan tanah, hak pemilikan rumah, hak pemilikan kedai dan pelbagai lagi hak-hak komersial yang mereka perolehi. Di sana, tauke-tauke adalah melayu. Orang cina tau org India nak tak nak akan menyewa dari orang melayu. Hampir sukar orang bukan bumi untuk memiliki harta. Walaupun bukan tiada langsung tapi jumlahnya adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan keadaannya di Lembah Klang. Kat Lembah Klang lain plak halnya. Orang melayu plak yang sikit memiliki harta. Org cina plak yang macam bigg boss. Memang tak dinafikan orang melayu ada yang ramai berjaya. Tapi dalam kuantiti yang ramai tu ramai lagi orang cina. Saya rasa antum semua pasti setuju.

Satu lagi statement yang membuat sy teruja ialah
"Pindaan ini memudahkan gadaian tanah rizab Melayu kerana lebih banyak institusi kewangan akan menerima tanah itu sebagai gadaian. Ini akan menyumbangkan kepada peningkatan nilai tanah rizab Melayu," katanya selepas mesyuarat itu di Jabatan Perdana Menteri, petang semalam.

Apa jadi kalau tanah ini tergadai? Sama-samalah kita fikirkan? Bila tergadai, apa lagi yang kita miliki. Tiada medium lain untuk menghadirkan rasa tidak puas hati, di sini sajalah peluang untuk meluahkan rasa hati. Teringat plak kata seorang kawan yang ayahnya orang kuat kerajaan di Kedah. Dia duk kata kalu Najib naik jadi PM, silap haribulan Malaysia nie pon dia nak jual kalau bulih.

Artikel penuh tentang pindaan enakmen ini boleh dibaca
disini, dan moga-moga sahabat-sahabat dapat memperbetulkan sy jika ada tersilap. Memohon keampunan kerana a bit emotional ari nie. Wassalamualaikum warahmatullah …

HOME

Friday, August 13, 2004



Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Last week at the end of progress meeting regarding our project for TOC Skudai di Telekom Larkin, Jalan Taruka syarikat kami diberitahu oleh pegawai TM yang kami berjaya dalam tender bagi design, supply, install, testing and commissioning di TOC Alor Gajah pula. Alhamdulillah, rezeki kami as a team tahun nie. The value of the contract is almost half a million,alhamdulillah. Dapat buat job nie best sebenarnya, walaupon kita tak dapat keuntungan macam yang boss kita dapat, tapi kita dapat pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan projek. Dahlah jangkamasa untuk menyiapkan kerja hanya sebulan, boleh dikatakan agak mencabar jugalah.

This project consists of 10 rooms. Six with FE-227 total suppression system and the other room we are using pyrogen system as requested by TM personnel.Kami kalau bulih semuanya nak pasang FE-227 sebab boleh untung lebih sikit. Apa itu pyrogen system. Sistem pyrogen lebih kurang jugak fungsinya macam FE-227, tapi system nie kurang bersih (less cleaner compared to FE-227) selain dari itu system pyrogen juga menggunakan cylinder yang agak banyak, yang mana boleh dikatakan byk amik space lah jugak. Tapi kebaikan system ini dia tak payah pakai complicated piping system compared to FE-227.

August 2004…… Bulan nie ramai betol majlis walimah sahabat2 ex-mrsm. Bulan nie ada 4 majlis walimah.


Syahdi 31/8/2004
Nasrul 29/8/2004
Kuchai 22/8/2004
Zulkifli 22/8/2004
Izzati 21/8/2004

Alhamdulillah …. Masing-masing plan nak menghabiskan zaman bujang masing-masing. Moga berusaha mewujudkan sebuah baitul muslim yang diredhaiNya …. Moga berjaya melayari bahtera perkahwinan yang disirami sakinah dan mawaddah… Ameenn.. Kebanyakan tarikh perkahwinan depa nie clash plak dengan pelbagai aktiviti. Dalam dilemma betoi den nie haa… on 22nd ada muktamar senawi abim di Johor Bahru n FCR anjuran IIS. Memula dulu kena decide either one yang mana satu nak pi. Ni dah masuk ada 4 perkara nak kene decide. Kalu sahabat2 ada advise bulih la tinggalkan msg ya. On the 29th ada aktiviti kat masjid KLCC. Forum Perdana yang bertajuk “Dakwah kepada Bukan Muslim – Pengalaman, peranan dan pendekatan.”

Rasa hati nak betoi pi muktamar senawi abim di JB, kebetulan tengah duk buat projek kat sana dan kebetulan our ustaz ajak pi sama. Keputusannya masih belom dibuat. Most probably next week baru bulih decide.

wallahu 'alam

HOME

Wednesday, August 11, 2004

Hubungan antara sabar dan syukur

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Terasa lama sungguh tidak sempat berkongsi sesuatu di dalam alam siber ini. Hambatan tugas yang tidak menentu membuat diriku tidak sempat menulis pengisian di alam maya ini. insyaAllah dikesempatan ini ingin berkongsi sesuatu hasil tulisan Hujatul Islam Imam al-Ghazali dalam kitabnya Bimbingan mukminin, versi yang lebih kecil dari ihya ulumuddin.

Tiap‑tiap satu nikmat dari kenikmatan dunia ini, ada di antaranya yang merupakan bencana di samping sifatnya sebagai suatu nikmat. Betapa banyak orang yang hidupnya fakir, miskin, sentiasa melarat dan berpenyakit, tetapi itu dapat dianggap baik baginya. Kerana jika sihat badannya dan banyak hartanya, mungkin ia akan menjadi seorang manusia yang tida berakhlaq.

Allah s.w.t. telah berfirman:

"Dan jika Allah murahkan rezeki kepada hamba‑hambaNya, niscaya mereka akan membuat kedurjanaan di atas muka bumi." (asy‑Syura:27)

Allah s.w.t. tidak menjadikan sesuatu perkara itu melainkan ada padanya hikmat dan nikmat jua. Dalam bencana yang menimpa diri individu tanpa kita sedari sebenarnya terdapat unsur nikmat disebalik bencana yang menimpa diri kita. Kesimpulannya sesuatu keadaan itu tidak boleh disifatkan sebagai bala semata-mata, kita sebagai manusia seharusnya bersabar dengan bala yang menimpa ke atas diri kita disamping bersabar kita hendaklah menanamkan rasa syukur atas bala yang menimpa diri kita. Jika kita lihat keadaan sekeliling masih ramai orang yang tidak memiliki apa yang kita miliki, lebih ramai orang yang diuji oleh Allah dengan ujian yang lebih besar. Ujian yang menimpa diri kita mungkin sekadar sekelumit dari ujian orang-orang yang ditimpa ujian yang lebih hebat.

Bagaimana kedua sifat itu boleh bersatu, sedangkan keduanya bertentangan? Bukankah sabar itu tidak boleh jadi, melainkan jika dilanda kesusahan, dan syukur itu tidak akan diucapkan, melainkan jika didatangi kegembiraan?

Sesuatu perkara itu ada kalanya bila diteliti pada satu segi sangat menyedihkan, tetapi pada segi yang lain pula amat menggembirakan. Justeru itu hendaklah ia bersabar. Bahkan dalam setiap keadaan seperti miskin, sakit, takut dan bala di dalam dunia ini, mengandungi lima perkara yang sepatutnya kita manusia yang waras fikirannya merasa gembira dan memanjatkan kesyukurannya iaitu:

Pertama: Setiap bencana atau penyakit yang dialaminya itu janganlah kita anggap ianya lebih besar bencananya dari yang dialami oleh orang lain, kerana takdir Allah Ta'ala itu tidak terbatas. Andaikata Allah s.w.t. mengganda atau melebihkannya dari yang sedia ada, sudah pasti kita tidak mampu menolak atau menghalangi ujian yang melanda. Oleh itu wajarlah kita bersyukur kepada Allah Ta'ala yang tidak menimpakan ke atas diri kita bencana atau penyakit yang lebih berat dari yang dialami ketika itu..

Kedua: Mungkin bencana yang menimpanya itu ada kaitan dengan urusan agama kita, kalau tidak maka seharusnyalah kita mensyukuri Allah Ta'ala. Dalam sebuah Hadis, pemah Rasulullah s.a.w. berdoa: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Janganlah ditimpakan bencana kepada kami atas urusan agama kami."

Ketiga: Mungkin kita selayaknya ditimpa bencana itu. Andaikata bencana itu tidak kita rasai di dunia, dikhuatiri ia akan ditangguh­kan, di Hari Akhirat kelak. Betapa berat sekalipun bencana yang diterimanya di dunia, tentulah masih dapat ditanggung, dan lebih ringan bila dibandingkan dengan bencana yang ditangguhkan di Hari Akhirat. Jika kita berupaya menggambarkan hal ini dengan sedalam-dalamnya, nescaya penanggungannya itu akan menjadi lebih ringan dirasakan, sebab bencana di Akhirat itu akan terus berkekalan. Mungkin Allah s.w.t. tidak mahu menangguhkan balasan seksaNya hingga ke Hari Akhirat, maka sebab itulah didahulukan balasan itu di dunia ini. Kalau begitu bukankah wajar kita bersyukur dan berterima kasih kepada Allah Ta'ala?

Keempat: Bencana dan bala itu memang telah tercatit dalam ummil‑kitab (buku catitan), dan tidak boleh tidak mesti diterima.

Kelima: Bahwasanya pahala menanggung bencana itu adalah lebih besar dari bencana itu sendiri. Bencana‑bencana dunia itu adalah sebagai jalan menuju kepada kebahagiaan Akhirat. Meskipun setiap bala yang menimpa kita di dunia ini adalah seperti ubat yang rasanya tidak disenangi sekarang, tetapi akan mendatangkan manfaat di masa akan datang. Oleh itu barangsiapa yang bisa menggambarkan keadaan ini, tak dapat tidak ia akan mensyukuri atas nikmat bala itu. Tetapi bagi orang yang tidak mengenal nikmat dalarn bala, mana mungkin ia mengucapkan syukur, kerana timbulnya kesyukuran itu sejalan dengan adanya kesedaran terhadap nikmat. Maka barangsiapa tidak mempercayai bahwasanya pahala menanggung bencana itu lebih besar dari bencana itu sendiri, janganlah diharap ia akan mensyukuri Allah atas bencana yang diterimanya. Sebenarnya berita‑berita yang warid tentang besarnya pahala sabar atas bencana itu sangat banyak. Tetapi rasanya memadailah ayat berikut ini sebagai dalilnya:

"Hanyasanya orang‑orang yang sabar itu akan diberikan balasannya tanpa dihisab.” (az‑Zumar: 10)

Sekalipun kita mengetahui bahwa keutamaan nikmat ini berada di samping bala, namun Rasulullah s.a.w. juga sering berlindung diri kepada Allah menerusi doanya, agar terhindarlah segala bala bencana dunia dan siksaan akhirat. Baginda juga sering berlindung kepada Allah, agar jangan sampai musuh‑musuh merasa gembira atas bencana yang menimpa dan sebagainya.

Dalam sebuah Hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mohon kepada Allah keselamatan, tidak ada suatu kumia yang diberikan oleh Allah kepada manusia lebih utama dari keselamatan, kecuali keyakinan saja."

Yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan keyakinan di sini ialah keselamatan hati dari penyakit kejahilan dan syak wasangka, kerana keselamatan hati itu lebih tinggi kedudukannya daripada keselamatan badan.

Akhir sekali, kita bermohon kepada Allah s.w.t. yang amat Pemurah dengan kumiaNya ke atas sekalian makhlukNya, agar Dia bermurah hati mengurniakan keampunan dan keselamatan kepada kita dan sekalian kaum Muslimin dalam urusan agama, dunia dan Akhirat. Amin.


HOME

Wednesday, August 04, 2004

Keutamaan Sifat Pemaaf

In The Name of Allah The Most Gracious Most


Maaf adalah menggugurkan hak dan melepaskannya dari orang yang menuntut hak tersebut. Di dalam konteks kehidupan kita seharian memberi maaf boleh berlaku apabila seseorang tidak membalas dendam terhadap orang lain, walaupun secara dasarnya ia mampu untuk membalas dendam terhadap orang yang menzaliminya. Terdapat beberapa dalil sama ada di dalam Al-Quran atau as-Sunnah yang menerangkan tentang kebaikan dan hikmah memberi maaf. Antara lain adalah: "Hendaklah engkau memberi maaf dan menyuruh mengerjakan yang baik dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil." (al-Araf : 199)


Sesungguhnya orang yang suka memberi maaf adalah salah satu faktor yang membentuk diri seseorang menjadi insan yang bertaqwa. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: "dan kalau kamu memaafkan, maka maaf itu adalah lebih dekat dengan taqwa." (al-Baqarah:237)


Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah membalas dendam terhadap orang lain. Baginda sentiasa memberi maaf kepada sesiapa sahaja yang menganiaya bagind, selagi ia tidak diharamkan oleh Allah. Hal ini diterangkan oleh ummul mukminin Aisyah RA yang mafhumnya : Sekali-kali tidak pernah aku melihat Rasulullah SAW membela diri dari kezaliman yang dilakukan oleh orang ke atas diri baginda, selagi ianya tidak melanggar apa-apa yang diharamkan oleh Allah. Apabila melanggar sesuatu yang dilarang oleh Allah, nescaya Rasulullah marah pada yang demikian. Rasulullah tiada memilih di antara 2 perkara, melainkan baginda memilih yang lebih mudah di antara kedua perkara tersebut, selagi ianya tidak mendatangkan dosa ( HR at-Tarmizi ) Abu Darda RA salah seorang sahabat Nabi SAW ditanya tentang manusia yang paling mulia, maka ia menjawab; "Orang yang paling mulia adalah orang yang memaafkan padahal ia sanggup dan mampu membalas. Oleh kerana itu hendaklah kamu suka memaafkan, nescaya akan dimuliakan oleh Allah.


Terdapat seorang lelaki datang kepada Nabi SAW mengadu tentang kezaliman yang dialaminya. Lalu baginda menyuruh lelaki tadi duduk, sedang ia bermaksud ingin membalas orang yang mezalimi dirinya tersebut. Lalu Baginda SAW bersabda; "Sesungguhnya orang-orang yang teraniya maka itulah orang yang memperoleh kemenangan di hari kiamat." Sebaik sahaja lelaki tadi mendengar sabda Baginda SAW, maka lelaki tersebut terus duduk dan tidak jadi untuk membalas dendam.
Seseorang yang mahu memaafkan kesalahan atau kezaliman orang lain terhadap dirinya merupakan satu sifat yang dikasihi oleh Allah SWT. Hal ini dijelaskan oleh Allah menerusi firmanNya ; "........dan hendaklah mereka suka memaafkan dan berlapang dada, tiadakah kamu suka (jika) Allah akan memberi keampunan kepada kamu? Allah adalah Maha Pengampn dan Maha Penyayang." (an-Nur:22)


Sifat pemaaf adalah satu akhlaq yang mulia yang patut hadir dalam diri kita sebagai individu muslim. Sifat ini berupaya menjana kita agar menjadi insan yang bertaqwa. Memberi maaf adalah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan secara lisan, tetapi agak sukar untuk dilaksanakan dari hati. Kita sepatutnya mampu memberi kemaafan dari luaran (lisan) dan dalaman (hati). Itulah sebaik-baik dalam memberi kemaafan, bukan sekadar terucap dibibir malahan hati juga sama-sama berkongsi memberi kemaafan. Kemaafan dari dalam hati boleh hadir jika kita ikhlas dalam memberi kemaafan.


Sumber : Artikel Abu Mazaaya al-Hafiz

HOME

Tuesday, August 03, 2004

M-Life Notebook

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

alhamdulillah dengan limpah rezeki kurniaanNya dapat aku memiliki sebuah notebook. Moga dengan adanya kemudahan ini dapatlah diriku berkongsi sesuatu jika ada keluangan waktu.insyaAllah. Cuma masalah untuk mengupload entry sahaja yang menjadi masalah buat masa ini. InsyaAllah jika ada kesempatan boleh kuupload entry menggunakan pcku di upis. Walaupun internet connection kat upis agak teruk, mungkin bulih ku katakan ianya agak lebih teruk dari dial up connection insyaAllah akan kucuba mengupload entry diupis.

Sudah agak lama rasanya memendam rasa untuk membeli sebuah notebook or pc, akhirnya alhamdulillah dapat gak membeli satu notebook secara installment. Tq ummi… J Hatiku tergerak untuk memiliki pc setelah rakan setugasku membuat keputusan untuk membeli kereta. Pelik ya apa kaitannya antara kereta dengan notebook. Kereta jauh lebih mahal dari notebook bukan? Semua org tahu akan fakta itu. Rakan pejabatku berhajat untuk memiliki kereta kerana tugas memerlukan beliau untuk mengendalikan projek kompeni di Johor Bahru. Rakan ku sanggup mengeluarkan wang untuk menjalankan amanah boss kami dengan sebaik mungkin. Dalam duduk-duduk diriku terfikir, kalau rakan ku sanggup mengeluarkan wang untuk membeli kereta kenapa tidak aku mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membeli sebuah notebook agar dapat berkongsi ilmu dengan cara yang lebih konsisten…..insyaAllah.Moga dipermudahkanNya dan diberi kekuatan agar istiqamah. Dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh syarikat, rakanku terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk kemudahan beliau berjalan jauh. Kereta merupakan salah satu tools bagi beliau dalam melaksanakan amanah yang diamanahkan oleh majikan kepada beliau. Dan bagi diriku dalam menyampaikan ilmu atau pengalaman di alam siber tools yang paling penting yang perlu dimiliki ialah pc. Itulah antara sebabnya mengapa diriku terasa pentingnya untuk memiliki pc or notebook. Walaupon belom ada internet connection dirumahku insyaAllah akan kucuba mengupdate jika ada kesempatan diupis. At least I have time to write at home and upload it in the office….. insyaAllah.

Masalah utama yang kami satu housing estate (apartment sebenarnya) hadapi ialah ketiadaan bekalan fixed telephone line. Pelik tapi benar. Nak kata duduk jauh benar dari bandar dekat sangat. Duduk di Puchong. Pihak Telekom telah berjanji akan berusaha menyediakan bekalan fixed line secepat mungkin. Moga depa cepat sikit sediakan. Nie dah masuk 2 bulan dah nie dari tarikh yang dijanjikan. Tak pelah sabar jelah buat masa nie.

Notebook ku ini dibeli pada 31 July 2004, Sabtu.Jutaan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang memberi pandangan. Dan yang paling penting TQ doBot, my bro kerana sediakan sikit masa untuk teman abg mu membeli notebook walaupon hang agak bz untuk preparation test on Monday. Time kasih bebanyak DOBOT. DoBot nie sebenarnya adalah cfoo ku dalam bab pc nie. Dialah yang mengenalkan diriku dengan pc, dari zero knowledge to current knowledge. Dari tak tahu nak pasang sampailah dah boleh assemble satu pc sendiri. Alhamdulillah ….. Dan adikku lah orang yang bertanggungjawab memberi nasihat terakhir kepadaku samaada nak beli pc or notebook. Alhamdulillah hati tergerak untuk memiliki notebook. Banyak pro dari kon nya. Diriku bukanlah orang yang reti main game sangat, itu lah sebabnya adikku menyuruh beli notebook. Seumur hidup hanya 3 game jer yang rasanya penah melekat.CM, CS dan Commandos…. Dah tak reti nak main game dah…. Even PS2 milik doBot beberapa kali jer pernah kusentuh….lepas tu dah give up…..rasa boring dan tak minat….

Moga sahabat-sahabat yang membaca entryku mendoakan agar diri ini istiqamah dalam berkongsi ilmu yang bermanfaat.


Muktamar Senawi ABIM akan dilangsungkan di JB pada 21st dan 22nd August ini. Clash plak dengan FCR anjuran IIS (organisasi yang sebumbung dengan Saba Media.) Tak tau lagi mana satu nak pi. Moga2 ada tugasan di JB on 23rd boleh pi kut.

Wallahu ‘alam.

HOME